Makanan Yang boleh dimasak dengan mengunakan Periuk Nasi

April 13, 2015


Dulu masa duduk asrama univerisity , siap bawa periuk nasi. Periuk nasi ni kalau kita kreatif macam-macam boleh masak. Aku teringat dan throwback , zaman-zaman masa belajar dulu memandangkan adik-adik yang ambil SPM 2014 , result UPU dia akan bakal keluar anytime around this corner kan ? 

Idea ni hakak  teringat masa tu, kecil-kecil hakak tinggal dengan papa hakak. Mama hakak masa tu outstation luar daerah. Papa hakak sibuk gila , sampai terlupa nak check gas dapur. So malam tu, papa hakak masak gunakan periuk nasi ( kreatif bapak aku ni ). Dia masak dulu lauk, panas minyak masakan telur. lepas tu masak sayur kacang. Lepas tu baru masak nasi. Hebat betul ayah aku ni.


Sayur Goreng

picture from https://octopusgourmet.files.wordpress.com
Boleh masak sayur goreng dalam rice cooker. Senang je. Cuma perencah tu janganlah pakai yang lambat masak contohnya bahagian daging atau ayam. Pakai seafood.

Bahan :
Sayur  ( Tak kisah lah sayur apa tapi potong halus sikit jadi cepat masak)
minyak  sikit minyak biar penu ruang sikit tekan suis on dia tunggu sampai nampak macam buih sikit maksudnya minyak dah masak lah tu)
2 bawang merah kecil ( mayang halus-halus)
1 bawang putih ( mayang halus-halus)
2-3 sudu air (optional)
garam ikut rasa
3-4 sos tiram/kicap


Panaskan minyak, lepas tu masuk bawang merah dengan bawang putih (gaul rata). Bau dah bangkit letak rencah kalau ada.lepas tu letak sos tiram/kicap dan gaul dan baru letak sayur. Bila sayur tukar bentuk . Letak garam ikut rasa dan lepas tu boleh angkat. Senang je macam masak atas api cuma bezanya masak atas periuk nasi kena cepat.


Mac and Cheese

picture from http://www.professionalfatpeople.com/

Periuk nasi pun boleh masak pasta yang mudah. Dan pasta yang paling senang nak masak adalah Mac and cheese.


Bahan
2 Cawan macroni
1 cawan susu
1 kuib ayam
1 cawan keju


Masak air dalam periuk nasi, tunggu sampai dia mendidih baru masuk macroni dan kuib ayam. Lepas tunggu sampai macroni dah masak. Angkat periuk dan buang air tu dan tos. Lepas letak susu sikit dulu (cukup untuk penuh ruang ). Panaskan susu lepas tu masuk macroni yang dah tos tu dan letak cheese. Gaul dan gaul sampai cheese cair. Sekali -sekala tambah susu balance yang ada. Ada setengah orang suka mac and cheese dia basah-basah ada setengah orang suka kering.




Sup 

picture from http://mistyyoon.com/

Masak sup lagi senang, belilah perencah siap-siap. Cuma korang kena beli bahagian nak masak contohnya daging ke, ayam ke tapi kalau masak pakai periuk nasi hakak recommend adik-adik masak sup ekor. Memang terbaik. Follow je instruction perencah tu. Cuma korang tak boleh biarkan periuk nasi macam tu takut korang careless. tau-tau air dah kering. Senangkan? campak-campak




Sagu Gula Melaka

picture from https://encrypted-tbn1.gstatic.com/
korang masak style bujang sudah. Periuk nasi ni juga kalau pandai boleh masak dessert. Senang je beli sago. Masukkan dalam air panas yang dah didih tungguk dia dah masak sampai tak ada biji-biji putih tu. lepas tu angkat dan tos air letak dalam bekas comel-comel contohnya bentuk love tu. Lepas tu ambil 1-2 cawan susu segar rendah lemak (depends kalau kau nak lebih-lebihkan susu). Masak susu ni dengan beberapa ketul gula melaka yang dah siap potong halus-halus. Kalau dapat serbuk lagi bagus.  Gaul -gaul sampai cair gula melaka tu. Kalau nak wangi jangan lupa letakkan daun pandan.
Dah masak. Boleh tuang atas sagu tadi. Jalan.



Rebus Makanan

picture from https://findingtimeforcooking.files.wordpress.com/
Tau tak petua orang tua, kalau nak lembutkan daging rebus pakai rice cooker? haaaa tapi tak boleh tinggal macam tu takut air kering. So korang boleh rebut makanan contohnya macam sausage , jagung ( potong kecil -kecil). Atau pun beli tempat stim. Rebus pakai  rice cooker. Pun jalan.Senangkan duduk asrama? Mana tahu tekak tak boleh masuk nak makan makanan cafe sebab home sick rindukan rumah.

Haaa apa kata nak masuk univerisity barang wajib korang kena ada , adalah periuk nasi. Beli yang comel-comel sudah . Tak payah gedabak. Tak caya gi testing pakai mak punya kat dapur tuh. Percayalah dah lama-lama nanti korang akan master dan boleh variety resipi apa.

You Might Also Like

7 comments

  1. sedap pulak tengok mac and cheese...
    dulu kalau tiba2 je umah abis gas time masak... terus guna periuk nasi elektrik... hehehe
    selama duk u, macam2 dah pernah masak, magi, goreng roti telur, sup, tomyam....
    memang bergunalah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi percayalah masak pakai rice cooker ni lagi best kan ahahah

      Delete
  2. pernah dulu masa mula-mula kahwin, gas habis goreng sayur dalam periuk nasi

    ReplyDelete
  3. tq for sharing ;)
    selalu gas habisss makan maggi jew => itu pon gebus pakai air panas jeww

    ReplyDelete
  4. Kalau ada penapis kukus..boleh kukus ayam/ikan dalam rice cooker gak! :)

    ReplyDelete

Hello readers! I need a feedback. Negative , postive , happy or angry is important for me to improve my writing! - Love xoxo

Subscribe