About Konahblog





When I start diet? mmmmm....I'm struggling a few years to lose my weight with short cut way. Korang fahamkan apa maksud dia? Maksudnya I don't use healthy way untuk menurunkan berat badan- daripada pengunaan duaramin , supplement, korset hinggalah kepada slimming center . ( please don't give me wrong  untuk menutup business kecantikan product line - I 'm just sharing my experience). Cara penurunan berat badan dengan cara short cut memang mudah , tetapi banyak menghabiskan duit dan menelan sehingga mencecah 8K.  Tetapi lepas korang stop memang hancur. Definitely kalau turun cepat, naik berat badan lagi cepat - is so true.




Sekarang 2017


Masalahnya walaupun kita mengunakan cara short cut , akhir kita kena juga mengawal cara pemakanan kita. Agree or disagree? Sampai satu tahap, ada salah seorang kawan saya menegur saya. "Kalaulah produk-produk kurus ini berkesan, dah lama satu dunia ni tak ada orang gemuk. Lepas satu tahap , bila berat badan saya bertambah semula. Saya jadi demotivated untuk meneruskan program menurunkan berat saya. Dan saya makan apa saya suka. Ini kerana saya beruntung kerana mempunyai ketinggian lebih kurang 5 kaki 5. Jadi penambahan berat badan saya tidak nampak. Malah rakan-rakan tidak menegur dan selalu berkata "untunglah sebab tinggi tak nampak gemuk" . Sehingga satu hari, saya tidak boleh bangun daripada tidur untuk bersiap pergi ke kerja, kerana mengalami sakit belakang teramat sangat dan ditambahkan selang seli sakit kepala yang melampau (sampai nak tercabut otak).






Selepas membuat pemeriksaan doktor, didapati tekanan darah saya mencecah 200BP dan dimarahi oleh Doktor kerana ini adalah sindrom penyakit darah tinggi.Kebetulan doktor tu pun bestfriend mama. Dia sendiri pun tak sampai hati untuk menyarankan saya mengambil ubat yang ketika itu bagi beliau adalah waktu saya masih muda. Doktor cakap berhenti kerja rehat seketika sehingga tidak mengalami tekanan dan "kurus"

Masa tulah saya terpaksa berazam dengan kurus secaras sihat dengan serious. So semoga perkongsian melalui entri blog ini dapat sedikit sebanyak membantu korang dalam menjalankan kehidupan FIT secara sihat. ( Saya mungkin bukan pakar dalam sukan, pemakanan dan sebagainya segala kekurangan saya memohon maaf dan sambil tu boleh kita belajar bersama-sama. Jika sepanjang entri tersebut)

Subscribe