Wednesday, 27 June 2012

Kemalangan dan Patah tangan



Pengalaman patah tangan dan dapat juga selama tiga bulan, telah memberi idea aku secara serious untuk menulis blog.  Kejadian patah tangan ni terjadi sebab perkara bodoh dan kemungkinan silap aku sendiri.

Lepas makan tengah hari di pejabat, aku as usually akan mengambil masa 10-15 minit untuk merokok di bawah. Oleh kerana kawasan pejabat aku, adalah kawasan sopan santun agak pelik melihat orang perempuan berbaju kurung menghisap rokok. Sudah menjadi kebiasaan aku untuk hisap rokok di belakang bangunan.

Department aku, terletak di bangunan belakang sekali. Sebab itu aku mengambil keputusan belakang tu adalah port kebebasan aku.  Macam biasa menyalakan rokok, tarik dan hembus sana sini.  Sekali tengah ambil feel, aku terbaulah nasi minyak kat belakang office aku ni. Bukan main meriah bau dia macam bau kenduri orang kahwin


Aku pun tegurlah... sedap bau ni...sekali tetiba lepas tegur tu, terus aku licin jatuh. Nak tahan muka aku tahan pakai tangan...memang masa jatuh tu dengar bunyi kreeek. Lepas dah dengar bunyi kreek tu rasa macam nak pengsan. Tapi aku gagah juga bangun dan naik ke office. Pada mulanya ingat tergeliat. Tapi lain macam je sakit dia macam nak pengsan.

Masuk je dekat department semua orang tegur, mungkin aku pucat macam mayat. Aku cakap aku sakit. Tak cakaplah apa terus boss aku ambil handbag dia bawa aku masuk kereta. Sekali check dengan doktor patah tangan. Itu pun lepas dah dua kali jumpa doktoor yang berbeza.


Maksud baik ada company insurance apa lagi claim. Kena admitted lah dekat Tropical Center Kota Damansara










Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 25 June 2012

Baju Raya 2012



Yang saya berangan nak beli , saya daripada dulu memang peminat setia Button My Button. Cuba tengok gambar di bawah






Unikkan?  Nak tengok lebih lanjut tengok website dorang dekat sini (link)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 24 June 2012

Patin Place, Bandar Puchong Utama

Kalau nak cari lemak patin masak temponyak korang boleh cuba dekat Patin Place ni.Hari tu kita lepak dengan cousin kita kak Amy dan Aunty Mok. Mencubalah makan ikan patin dekat Patin Place ni selepas di "suggest" oleh Kak Amy. Baik kak Amy dan cousin-cousin aku, kalau bab makan memang win. Last kali makan tempoyak dekat rumah Alia di Kuantan.

Senjata Rahsia Patin Place ni ada 3 :

Ikan Patin dia , khas di datangkan daripada Termeloh

Killer specialty dia memang lauk tempoyak

Cara ikan dia masak memang win, macam kena bakar atas arang.


So kita lepak rumah kak amy one day, lepas tu kak amy, aunty mok dengan Abang Idham ajaklah makan dengan Patin Place. Saya memang suka makan ikan patin. Tapi mama tak berapa sangat. Maklumatlah ikan exotic  


Banyak kak amy order!...antaranya ikan gong. bebaik kalau order ikan gong ni orang tu akan bawa gong dan baca macam satu ritual dah macam orang istana dulu-dulu tapi version urban



Tapi banyak-banyak menu...mestilah ikan patin masak tempoyak yang aku focus memang pekat dan terbaik!!!!!!!!!!!





Patin Place
No. 31, Jalan BPU 5, Bandar Puchong Utama
14 Mile Jalan Puchong
47100 Puchong
Selangor Darul Ehsan
Tel: 016-208 9012
Email: Patinplacepuchong@gmail.com
Business Hours:
10:30 a.m. till 11:00 p.m. (Weekdays)
9:00 a.m. till 11:00 p.m. (Weekends)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 23 June 2012

Study and I

Wish me good luck, currently I'm waiting a feedback for OUM for my application to further my studies . Guest what, is Master in IDT and totally different from my course and subject previously. "Physic"

My attention to improve and to get a better life, beside this one is dedicate to my mum. I wish she proud with me. I'm targeting in 2 years. And it might be will be rough time for this. Hey this is what we call life... You need to sacrifice and the you can appreciate the value. And thank you to Han , this is for you too.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.