Tuesday, 31 July 2012

Berbuka Di Tropicana Golf Club






Semalam berbuka puasa di tropicana golf club yang terletak berhampiran kota damansara dan short cut ke ara damansara. Yang ni berbuka nak testing dulu samada juadahnya ok atau tidak. Jawapannya pastilah ok dan aku sangat recommend tempat ni. Harga sekepala untuk member club ialah RM52 tak tahu harga non member range price .
Picture pasal tak dapat nak ambil fully sebab masa tu bateri sangat weak. Tapi tak pe minggu depan kami datang lagi bersama seorang tetamu jemputan khas. Jeng jeng jeng... Nantilah saya update

Secara umumnya makanan tak menghampakan tambahan pula disajikan band ghazal dan malam semalam Jamal abdillah telah menyanyikan beberapa potongan. No wonder orang tergila-gila Jamal Abdillah,sebab suara tak pernah berubah.

Lagi satu pengalaman yang menarik, pelanggan akan dibawa ke tempat makan dengan buggy car. Start dari turun kereta sampai ke tempat makan. Lepas nak balik pun sama. Seronok. Pengalaman tak dapat dilupakan yang pasti insayallah panjang umur kita datang lagi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa itu Configure Page List?

Inilah dia configure page list, bare untuk link ke halaman lain. Page yang boleh stand alone (berdiri sendiri dalam bahasa melayunya.) Macamana nak buat ? Dia ni sama juga macam widget dan tak yah risau . no html involve.


Click Design

Nampak tak add a gadget tu ? Maka click lah di situ. Cari Configure page list dan add dalam blog. Kemudian tadaa dah ada dalam blog.



Macam mana nak edit ? Pergi kat posting kemudain tu click edit page. Serlah daya kreatif anda nak letak stand alone page apa. Selamat mencuba!

Hantu pop corn (Cuba Resipi White Chocolate Popcorn)













Bahan

4 beg popcorn microwave pop corn * (Atau 2 baik beg bersaiz daripada popcorn -.. Yang boleh didapati dijual di lorong cip kentang saya sebenarnya suka jenis ini lebih baik kerana ia kekal segar lebih lama kerana ia mempunyai bahan pengawet di dalamnya) Sama ada mentega perisa atau tetap- kedua-duanya adalah lazat.


1 bungkus kulit badam
Pilihan: manik gula atau taburan untuk menambah warna yang diingini





Sediakan permukaan kerja dengan menyediakan kertas digilap di meja atau kaunter. Cairkan kulit badam mengikut arahan pakej  .Letakkann popcorn di dalam mangkuk BESAR dan tuangkan  cairan badam di atas. Dengan sudu kayu, kacau perlahan-lahan coklat ke dalam popcorn, berhati-hati tidak menghancurkan popcorn. Ia mungkin kelihatan seperti kulit badam tidak akan kot semua popcorn ini, tetapi ia akan akan kot. Teruskan mengacau.Kemudian letakkan di atas kertas gilap tadi dan keringkan popcorn.
Rasa manis / masin lazat seperti yang sedia ada. Tetapi jika anda mahu menambah apa-apa lain ke dalam campuran, anda akan taburkan di atas popcorn yang bersalut dan biarkan ia kering bersama-sama.


Monday, 30 July 2012

Quote for today

Stop running away from your problems because that only increases the distance from the solution. Make it right today, tomorrow is too late



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 27 July 2012

Skesta Hari ini

Hari ini dari damansara perdana  menuju ke arah Tropicana MedicalCenter.
Jalan medical check up, buat fisio yang menyakitkan badan. Gagahkan diri juga sebab tangan tak mahu lurus -lurus macam jiwa aku yang senget ni.Daripada Medical Center bercadang ke KPJ untuk melawat orang sakit.

Tapi jem macam haram ,redah sana sini, short cut sana sini semua haram. Kereta semua macam siput kat jalan raya. Sambil merayau , mata melilau cari kuih seri muka... tak jumpa-jumpa sebab orang Kl masak untuk duit bukan masak untuk sedap... haram.


Tetiba jiwa kanak riang menusuk. Teringin nak main game arcade Time Crisis 4 . Asyik kalah part kumbang yang merayap tu macam haram..Sambil bergossip baru tau hari ni nyawa di hujung tanduk. Rupanya masa sorang tadi. Rumah pintu grill tak kunci.... grrrrrrrr!!! (oit tak sayang nyawa aku ker??? aku patah tangan nak silat macam mana kalau ada apa-apa???)


Main game sampai cungap-cungap tak sedar diri tu puasa.... dan hari ni dengan rasa bersalah
aku tak sembahyang lima waktu dan tak qada.
Iftar dekat barakah dengan linda.Makan dengan dosa... sebab tak baca bismillah....

Lepas tu pergi KPJ melawat pakcik ,sama-sama beli slurpee untuk pakcik dan makcik
untuk diri sendiri beli tutti fruity ( macam ni ek ejaan dia) *sambil garu kepala*


Balik dengan langkah longlai sebab hati tu dah hilang rasa dan mati hati. Walaupun tak pandu tapi badan penat dan letih apakan lagi pemandu tersayang. Balik-balik parking tak da. Terfikir percent pembayaran tu dibuat oleh siapa ? Hati rasa hilang semula lagi.Ditambah tangan yang belum baik. Bertekad dengan han nak angkat kaki lambung sahaja.











Thursday, 26 July 2012

Apa itu linkwithin ?

Linkwithin adalah salah satu cool stuff widget juga dan bagi pendapat saya sendiri ini akan menampakkan blog kita menjadi friend user terutamanya untuk blog walking. Apa benda menantang ni ? Ini akan menunjukkan post related di bawah post blog kita contoh :-




Tapi selalunya orang otai-otai blogger dah tahu benda ni. Orang macam saya masih lagi tergedek-gedek nak mencari dan belajar.Tapi yang bad news yang ini nak tak nak kena bermain coding HTML juga. Tapi... tapi ada good news juga, no worries....ikut sahaja arahan daripada link ini ( click sini )


Bila dah masuk link, isikan tempat kosong yang berikut



Kemudian Ikut Arahan ni sahaja



Click Install widget pada page yang dibuka pada window baru. Dan ikut sahaja arahan.Kalau boleh dah siap-siap login blog anda.
Pilih url address blog anda dan click add widget.



untuk pastikan kedudukan widget linkwithin ni, masuk blog ->dashboard->design. Pastikan kedudukan link within di bawah post anda. Kalau tak anda boleh alihkan dengan drag coloumn tu

Kemudian click save



Tadaaa dah siap!

Anak kucing seminggu baru dilahirkan

  




Kesenambungan entri lepas. Aku teruja gila dapat baby kucing, agaknya macam inilah perasaan dapat baby meow meow . Ini baru meow-meow bukan baby manusia yang betul-betul. Saban hari aku ni akan jadi kepohchi masuk keluar kat bilik khas cheche yang lazimnya aku dah jadi stor di situ.

Kepohchi mengalahkan cheche. 5 ekor anak kucing selamat dilahirkan. Saban aku kena check satu per satu aku. Keadaan fizikal macam mana, ada sebarang kecacatan ketidak. Memandang dapat medical leave 2 bulan aku rasa ada hikmahnya aku patah tangan. Anak-anak cheche ni semua jenis berebut susu, ada juga aku tengok cheche ajar anak dia minum susu, tapi yang lawaknya , bila sekor dah jumpa spot. yang lain nak juga spot sama padahal puting lain ada je. Kekadang aku belek juga puting checche ni siap sapukan sikit air, Takut kering kot ?

Keadaan Seminggu anak kucing yang baru dilahirkan.
anak kucing yang baru lahir seminggu keadaan sangat fragile sangat tidak bermaya, anak kucing akan selalu bergantung dengan ibu kucing.Telinga akan lipat kebelakang dan mata akan tertutup. Dan majoriti hasil "mengoggle" mengatakan mata anak kucing akan terbuka selepas seminggu. So lahir 22 julai dalam akhir bulan julai baru mereka akan buka mata kan ? Selain daripada itu mereka pun tak dapat mendengar.


Salah satu anak kucing lakukan ialah menyusu, jika mereka lapar atau mahukan susu, mereka akan megeluarkan suara decit.Masa tulah aku kena pastikan setiap ekor akan dapat susu atau tidak.

Selain tu kena kawal sarang atau tempat mereka berlindung memandangkan aku ada lagi 2 ekor kucing yang dewasa. Sebab bila Ibu kucing terasa terganggu dia akan pindahkan anak-anak di tempat lain. Perkara yang macam nilah aku tak nak. Jadi mengikut undang rumah sendiri sebab Han yang bayarkan expense dia , aku jadikan tempat stor tu bilik cheche. Supaya dia rasa lebih selamat.

Wednesday, 25 July 2012

Iftar Ramadhan 2012-KGPA

Berbuka pada kali ini di KGPA ( Kelab Golf Perkhidmatan awam ) Terletak Di Jalan Damansara. Tajaan pada kali adalah Bro Dee, memandangkan tangan aku pun tak beberapa nak baik sangat. Dipendekkan cerita kami (Dee yang book kan ) dah buat penempahan awal. Alang-alang birthday aku , aku anggap bolehlah celebrate bersama-sama pada bulan puasa.

Memandangkan kami tinggal di damansara perdana, cadangan awal untuk gerak 6.30 petang, tapi takut akan kekalutan jem yang maha hebat kami pun geraklah awal lebih kurang 6.00 petang. Teka apa ? dengan kelajuan 50 km/ J siap berhenti singgah pam station kami sampai lebih kurang 6.15pm maksudnya ? jalan lengang ke arah KL. Alhamdulillah dan kami kesengalan sebab sampai awal.

Bak kata orang masa itu emas, berlalu dengan cepat. Buffet Berkonsepkan Garden BBQ , with malay cuisine dan warung Konsep. KGPA menawarkan juadah sebanyak 200 jenis makanan termasuk 30 berkonsep warung.

Makan sampai kenyang ... errrk...tapi killer KGPA adalah BBQ... sayang semua habis .Sebab ramai yang berpusu-pusu nak kambing golek tu.






Kekenyang Selepas Balik Makan ( Maaf gambar bergegar)
Kuih-kuih
Popiah basah
Lamb Chop
Kami
Kambing golek
Bubur Asyura
Rendang Tok dan Lemang
Caramel
Fettucini Cheese lagi!
Reserved Table
Sayur
Roti Jala
Lagsana
Kuih Nyonya
Bro Belanja Makan





















Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tukar Background Image tanpa html code

 Yang ni di khususkan untuk mereka yang masih belum arif berkenaan dengan coding html.Tapi oleh kerna, aku cuti dapat medical leave selama 2 bulan,inilah masanya untuk "mengeledek" blog kedua saya yang dah berhabuk-habuk ini.

Bawah adalah gambar untuk rujukan dan diselangi dengan butirannya.


 First kali , kena search gambar yang sesuai dengan blog anda semua. Tapi so far daripada "mengeledek" saya, akhirnya tempat yang "cool" dan best adalah website photobucket di link ini 
Selepas anda sudah memilih background yang sesuai. Anda boleh simpankan file dahulu.
Cara untu simpan file. Tekan button kanan mouse click save image as.Namakan file anda untuk mudahkan pencarian.


Kemudian pergi ke blog anda ( ini adalah bagi user blogspot sahaja). Click kepada design.


Kemudian pergi ke blog anda ( ini adalah bagi user blogspot sahaja). Click kepada design.


Kemudian click kepada background -> nampak anak panah -> scroll kepada upload dan pilih file serta save.kemudian click apply to blog... tadaaa dah siap tanpa coding html







Menu Berbuka pada 25 Julai 2012 dan Resipi Koboi



Masih lagi merujuk kepada list menu berbuka puasa tahun ni ,
Aku telah masak 3 dish menu sekaligus , senang untuk sahur terus .Aim untuk masak lamb stew,meatball ala-ala ikea dan fettucini and cheese dah terlaksana semalam.

Meatball ala-ala Ikea
Siapa tak pernah makan meatball, hidup tak meriah kalau tak makan lagi. Kepada siapa yang tak pernah try lagi.Silalah mencuba diri anda . Di Cafe Ikea, Mutiara Damansara, kekadang untuk portion aku seorang sahaja. Aku mampu mencekik untuk 20 biji bola meatball di Ikea.Resipi ni mudah je. Yang penting cuma kena buat bebola daging tu kalau rajin boleh layari resipi yang aku cilok di sini.

Tapi disebabkan aku ada 1 jam je nak masak, aku pakai je bebola ramli tu,pakai mushroom sauce dan goreng kentang. Taaddaaa dah habis dah. Masak dia.
Fettucini and Cheese


Yang ni pun senang aku pakai hentam juga ni dari kaedah cuba-cuba hasil dari rasa ujikaji aku.Macam biasa celur fettucini (tips, tunggu air mendidih dulu baru letak sedikit minyak jagung dan secubit garam baru rendam pasta ) lepas dah lembut ( tip : tekankan dengan garfu kalau mudah dah masaklah tuh ada setengah orang tunggu hingga warna bertukar seakan-akan putih ) baru tos.

Tumiskan bahan yang dikisar(setengah bawang holland bersama ibu jari halia )bila naik bau , letakan 4 sudu besar cili giling( bergantung korang nak pedas macam mana sebenarnya) dan masukkan 2 sudu besar kicap tiram dan gaul rata.Tumiskan garing.

Kemudian masukkan fettucini yang dah ditos, gaul rata ngan bahan. bila dah gaul rata masukkan cheese (bole pakai parmesan atau chedar) .Cheese letak ikut suka hati korang. Terutamanya siapa suka cheese boleh letak banyak.



Lamb Stew

Tip untuk masak stew, lagi lama lagi best sebab juice kambing dia dah mendap. Selalunya makan dengan french loaf. Resipi masak lamb stew ni aku olah daripada arwah tok bah ( sebelah papa).Arwah tok bah ni memang terkenal dengan masakanwestern sebab dulu dia kerja dengan orang putih sebagai agen tanah.Yang ni dia ajar ajarkan tak silap umur aku 9 tahun,dia kata masuk dan campak2 je bahan. Dialah yang mengajar aku macam mana nak masak.Dia kata tak elok orang perempuan tak geti masak. Buat malu jer. 


Resipi Lamb Stew ni mudahje, tapi seperti arwah tok bah pesan, kelazatan terselah biladia mereneh lagi lama. Itu je petua nak masak stew atau benda yang berkuah.

Resipi :-

Blend  1 bawag saiz besar holland bersama dengan halia (sebesar) ibu jari, kemudian bahan yang diblend ditumis hingga garing (naik bau ) dengan minyak jagung. Tambahkan satu - dua gelas besar selepas bahan yang ditumis naik bau.
Campak (perkataan arwah tok bah ajar ) , carrot,kentang,cendawan butang , broccoli dan apa-apa yang anda suka makan  (potong ikut suka hati dan banyak mana korang nak ). Campak 4 kuib stok lembu ,daging kambing, read bean (tin kecil) kalau nak masak letak tomato puree tin kecil. Letak gula dan garam ikut rasa. Kacau rata. Dididihkan sehingga pekat.( bergantung kepada kelikatanyang anda suka.









Tuesday, 24 July 2012

Plan Menu Berbuka Tahun 2012

*Asal-asal tangan kanan ni patah, semalam detik bersejarah 23hb Julai 2012 , doktor Joseph Yap telah mengeriji tangan aku (pembetulan tangan simen aku atau aku panggil handbeg ). Dapatlah tangan aku kembali tapi keadaan tak beberapa baik. ada kesan darah beku.*

Selingan daripada Trilogy patah tangan (click disini untuk mengetahuai orang yang meroyan tahap gaban )
Oklah memandangkan dah lari dari tajuk yang tak beberapa nak lari, jadi aku dengan meriahnya lepas dari buka tangan=> salam doktor=> beli doktor hadiah( nanti jumpa doktor balik bulan depan=> ambil ubat => masuk kereta => terus scratch juadah buka puasa yang aku masak (p/s kononnya ini menu dalam masa 30 hari )


Plan Cadangan Asal Untuk Berbuka Puasa 2012 

  1. Fettuccine Cabonara
  2. Fettuccine Alfredo
  3. Bihun Singapore
  4. Macaroni and Cheese
  5. Mee Goreng Mamak
  6. Suhoon Goreng
  7. Fettuccine and Cheese
  8. Macaroni Goreng
  9. Laksa johor
  10. Lasagna
  11. bolognese
  12. Pizza
  13. Pasta Primavera
  14. Kuey teow goreng
  15. Bihun Tomyam
  16. Bihun Biasa
  17. Lamb Stew
  18. Pesto Pasta goreng
  19. Meatball spaghetti
  20. Marina meatball
  21. Kuey teow Cantonese
  22.  Mee kari
  23. Maggie Goreng Special
  24. Mee Rebus

Begitulah plan asalnya untuk masak. Tapi memadangkan tangan patah yang tak berapa nak baik sangat ni, Aku memerlukan bantuan dan tangan lebih untuk masak :)) .Wish me good luck untuk plan asal masak ni.

Idea makanan berbuka pada bulan Ramadhan








Ulasan : Sebab bulan puasa , jadi tak beberapa sedap katanya. Mula-mula patah semangat juga nak masak, sebab baru je dapat tangan. Tapi tak mengapalah , biasalah orang perempuan kan suka sensatifi. Jadi dipendekkan cerita, aku ambil positif side. Kalau orang tak mengomen, kita tak tahulah masakan kita sedap ke tak. Nanti jadi "angkat bakul sendiri ". 

Postmortem : Mungkin Disebabkan oregano terlebih dan kesilapan megisar bahan dengan susu bukan air.
Serta tidak tumis bahan secara garing

Plan Cadangan Asal Untuk Berbuka Puasa 2012 

  1. Fettuccine Cabonara
  2. Fettuccine Alfredo
  3. Bihun Singapore
  4. Macaroni and Cheese
  5. Mee Goreng Mamak
  6. Suhoon Goreng
  7. Fettuccine and Cheese
  8. Macaroni Goreng
  9. Laksa johor
  10. Lasagna
  11. bolognese
  12. Pizza
  13. Pasta Primavera
  14. Kuey teow goreng
  15. Bihun Tomyam
  16. Bihun Biasa
  17. Lamb Stew
  18. Pesto Pasta goreng
  19. Meatball spaghetti
  20. Marina meatball
  21. Kuey teow Cantonese
  22.  Mee kari
  23. Maggie Goreng Special
  24. Mee Rebus



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tanda Kucing nak lahirkan anak


22hb Julai 2012 ( nak juga letak tarikh ni ), dapatlah aku 5 ekor kitten ( anak kucing a.k.a cucu ) selamat dilahirkan dan cheche pun selamat juga. Dipendekkan cerita dalam sedih-sedih bila tiada orang ingat harijadi aku.Alhamdulillah , kelahiran 5 ekor kittens telah meceriakan hari aku yang malap. Di dalam kegumbiraan ini, terselit juga kerisauan aku pada cheche serta anak beranaknya.





TANDA – TANDA KUCING BUNTING
 segalanya akan berlaku dalam keadaan singkat. Antara tanda-tanda yang kelihatan adalah:
• Peningkatan selera makan
• Puting susu menonjol dan kemerahan (sekitar 2 minggu selepas mengawan)
• Bahagian perut semakin membulat
TANDA – TANDA KUCING NAK BERANAK
 Kita boleh menjangka bahawa si ibu kucing akan melahirkan anaknya dalam masa terdekat apabila dia menunjukkan kecenderungan mencari dan menempatkan sarang bagi kelahiran anak-anaknya. Susu akan kelihatan pada putingnya lebih kurang 1-2 hari sebelum melahirkan anak. Anda juga boleh memeriksa suhu badan ibu kucing pada bahagian dubur sebanyak 2 kali sehari jika anda mahukan kepastian. 24 jam sebelum kelahiran, suhu badannya akan menurun pada tahap 37 darjah Celsius.
 KEPERLUAN/PENYEDIAAN 
 Kotak Kelahiran atau tempat yg selesa untuk si ibu melahirkan. Kucing biasanya suka tempat yang gelap dan tidak mudah dilihat untuk melahirkan anak, jadi, sediakan satu kotak kosang yang dialas kertas di mana-mana tempat tersorok dalam rumah anda ya.
Sarung tangan yang steril. Beli je dari farmasi berdekatan. Mana la tau kalau kita diperlukan untuk membantu menyambut kelahiran nanti…heheheh…jadik bidan terjun! Heuhuhu
Pipet atau jarum suntikan untuk membantu buang mucus pada bhg mulut dan hidung anak kucing yang dilahirkan…biasanya Persian yg tak pandai jaga anak susah nak menjilat…nak tak nak, kita yang perlu bantu ya. Hehe
Dental floss atau benang.
Antiseptik untuk disapu pada tali pusat anak kucing.
Gunting
Tuala Bersih
Pastikan no telefeon vet anda mudah dicari untuk kes kecemasan.
Susu gentian untuk si anak kucing. Hanya perlu disediakan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya si ibu tidak mahu menjaga anak yang baru dilahirkannya. Jarang berlaku tetapi kemungkinan tetap ada ya.
 APA YANG BERLAKU KETIKA KELAHIRAN KUCING
 Masa yang diambil untuk kelahiran bergantung kepada samada ibu kucing pernah melahirkan anak atau berapa banyak anak kucing yang dilahirkan pada masa itu. Tempoh kelahiran boleh berlaku dalam masa beberapa minit, jam malah mungkin juga seharian jika anaknya ramai.
 Anda boleh melihat lendiran mukus dikeluarkan apabila proses kelahiran bermula. Contraction akan berlaku dan anak kucing akan dilahirkan. Ibu kucing akan menjilat dan membuang lendiran pada anak kucing. Jika tidak, anak kucing akan lemas dan jika ini berlaku maka anda perlulah campurtangan untuk mengelakkannya mati. Ibu kucing kemudiannya akan menggigit tali pusat yang menyambungkan anak kucing.
 Semasa anak kucing dilahirkan, berat mereka hanyalah beberapa gram sahaja dan sangat-sangat terdedah kepada bahaya. Mereka amat bergantung kepada ibunya untuk terus hidup kerana mata mereka masih tertutup, telinganya masih belum berfungsi dan mereka hanya mampu merangkak.
 Ibu kucing akan meneruskan kelahiran beberapa anak kucing lagi. Dia akan terus menjilat dan membersihkan anak-anaknya dan secara perlahan-lahan akan menolak mereka ke arah puting susunya. Anak kucing mampu menyusu dalam masa kurang 1 jam selepas dilahirkan.
 Anak kucing akan menerima imuniti awal pencegahan penyakit dengan cara menyerap antibodi yang ada pada kelenjar susu ibunya. Anak kucing hanya mampu menyerap antibodi yang ada pada badan ibunya dalam masa 24 jam terawal semasa ia dilahirkan. Maka adalah amat penting bagi anak kucing untuk menyusu dari ibunya secepat mungkin selepas dilahirkan.
 Ibu kucing mungkin akan memakan tali pusat anaknya, walaupun kelihatan agak jijik tetapi ini sebenarnya adalah perkara biasa sahaja. Ibu kucing akan mengalami lelehan yang keluar dari faraj dalam tempoh 2 minggu atau kurang selepas melahirkan anak. Lelehan ini akan kelihatan seperti darah dan mungkin juga berwarna hijau dan berlendir. Tetapi lelehan ini tidak sepatutnya kelihatan seperti lendiran pekat berwarna putih kekuningan seperti nanah atau bisul. Jika ini berlaku, bawa ibu kucing ke klinik vet seberapa cepat.
 Jika kucing anda (si ibu) suka merayau-rayau, cuba kurungnya di dalam bilik bersama-sama dengan anaknya supaya mereka tidak terbiar. Anda juga perlu prihatin dengan masalah kutu, jika si ibu mempunyai kutu, ia boleh merebak ke anak kucing dan boleh menyebabkan anemia yang mengancam nyawa anak kucing.
 KESULITAN BERANAK
 Seperti mana manusia, kucing juga boleh mengalami kesulitan semasa melahirkan anaknya. Dystocia adalah istilah yang merujuk kepada proses kelahiran yang bermasalah. Kucing yang sudah tidak melahirkan anak dalam masa yang panjang, atau mempunyai anak kucing yang tersangkut dan menyembul keluar dari vulva adalah antara situasi yang tergolong sebagai dystocia.
 Ibu kucing yang sakit atau lemah, anak kucing berada dalam keadaan songsang dan anak kucing yang terlalu besar untuk melalui salur kelahiran dan anak kucing yang mati dalam rahim dan menghalang anak kucing lain untuk keluar adalah antara punca dystocia.
 Jika ibu kucing telah mengalami contraction selama 1 jam tanpa melahirkan anak, anda perlu mendapatkan bantuan veterinar. Doktor akan mengimbas X-ray untuk melihat kedudukan anak kucing dan mengenalpasti sebarang keadaan luarbiasa padanya. Doktor juga mungkin akan memeriksa darah ibu kucing untuk mengetahui masalah seperti kekurangan kalsium atau gula, yang merupakan antara punca menghalang ibu kucing untuk mengalami contraction secara normal.
 Jika klinik itu mempunyai kemudahan ultrasound, ujian ini dapat mengenalpasti degupan jantung anak kucing dan lain-lain masalah. Doktor mungkin akan membuat keputusan untuk menyuntik ibu kucing dengan dadah atau menggunakan kaedah pembedahan caesarian, bergantung kepada situasi. Kebiasaannya dadah akan diberikan untuk mendorong kelahiran dan jika tidak berjaya maka pembedahan perlu dilakukan. Namun begitu, pembedahan juga meningkatkan risiko kematian anak kucing (tetapi ia juga perlu untuk menyelematkan nyawa ibu kucing)

Sunday, 22 July 2012

Piramid Makanan

Bercakap pasal carta makanan, pasti semua orang dah bosan untuk dengar.Semua orang akan *wave tangan* aah kami dah tahu apa itu piramid makanan.Tapi berapa ramai yang menitik berat piramid.Bagi mereka nak kurus, apa kata cabarkan diri anda ikut skim piramid ni. Lihatlah hasilnya dalam masa singkat.






Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
Dan inilah sukatan makanan sehari .Kawal dan jangan lebih daripada sukatan.
  • Paras 1
    • Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
  • Paras 2
    • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Paras 3
    • Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang
    • Susu dan produk tenusu
  • Paras 4
    • Lemak, minyak, gula dan garam






Saturday, 21 July 2012

List Lagu Raya



Untuk 2012, ramadhan telah jatuh pada bulan julai dan puasa pada hari pertama adalah pada 21 Julai 2012.Ini bermakna pada malam ini bermulalah solat tarakwih yang pertama. Selaku entri di atas bukan maksyd aku untuk menghitung hari atau detik nak beraya. Cuma akan aku terkenang lagu-lagu kita dibesarkan. Lagu kita yang sentiasa bermain-main pada bulan puasa.Menambahkan impak keseronakan dan riang-ria pada umur kita yang muda.

Mungkin keriangan itu sedekit demi sedekit dibunuh dek kerna dimamah usia.Tapi dengan adanya muzikdan irama sedekit sebanyak menaikkan semangat aku yang separuh mati.

Kepulangan Yang Dinanti (1981)
Penyanyi Asal: Aman Shah

Tahun 80-an sememangnya tahun lagu raya. Lebih puluhan lagu-lagu baru dihasilkan, namun lagu Aman Shah hasil ciptaan Osman Taib dan A.S. ini menjadi antara lagu yang masih kekal di hati pendengar kerana tema sedihnya. Entah kenapa, para pendengar sukakan lagu-lagu yang syahdu pada hari raya dan "Kepulangan Yang Dinant" amat sesuai buat ibu bapa yang menantikan kepulangan anak-anak mereka di hari raya


Selamat Hari Raya (1955)
Penyanyi Asal: Saloma

"Selamat Hari Raya" merupakan antara lagu raya yang paling klasik dan paling digemari ramai kerana benar-benar dapat menterjemah kebahagiaan dan kegembiraan pada hari raya, apatah lagi apabila korusnya dinyanyikan bersama-sama dengan suara anak-anak dan bunyi tertawa yang menghiasi latar lagu. Dihasilkan oleh Ahmad Jaafar (yang juga merupakan penggubah lagu-lagu hit filem seperti "Ibu" dah "Hujan Lebat"), liriknya yang mudah dan muziknya yang begitu catchy menjadikan ia antara lagu pertama yang akan anda nyanyikan secara tidak sedar apabila diminta menyanyikan lagu raya.

Menjelang Hari Raya (1977)
Penyanyi Asal: DJ Dave

Dalam banyak-banyak lagu raya, inilah lagu yang rentaknya begitu sesuai untuk menjadi hiburan tatkala anda memandu dalam kesesakan lalu lintas dalam perjalanan pulang ke kampung. Lagu ciptaan S. Atan dan lirik oleh Kamali Hudi ini juga merupakan antara lagu yang dimasukkan ke dalam album "Bergembira Di Hari Raya" selain "Seloka Di Hari Raya" nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir serta "Suasana Hari Raya" nyanyian Sharifah Aini. Oleh kerana temponya yang rancak dan menaikkan semangat, kami akan memaafkan liriknya yang agak no-brainer, seperti "Menjelang hari raya, berakhirnya puasa" dan "Semoga berbahagia, hidup aman sentosa". Sudah tentulah!

Dendang Perantau (1950-an)
Penyanyi Asal: Tan Sri P. Ramlee

Lagu "Dendang Perantau" merupakan antara lagu raya terawal selain dari "Selamat Hari Raya" nyanyian Saloma dan lagu "Miskin Kaya" nyanyian Nona Asiah. Sesuai ditujukan buat mereka yang sudah lama tidak pulang beraya bersama keluarga dan kekasih di kampung. Lagu hasil nukilan S. Sudarmaji dan P. Ramlee ini tidak pernah luput ditelan zaman sekalipun sangat menjengkelkan apabila dinyanyikan oleh artis lain.


Dari Jauh Ku Pohon Maaf (1993)
Penyanyi Asal: Sudirman

Dipetik daripada album "Balik Kampung" yang dihasilkan khas oleh Sudirman sempena Hari Lebaran, lagu ini paling sesuai untuk mereka yang tidak dapat pulang akibat bekerja dan tidak dapat bercuti (biasanya disebabkan masih bujang dan tidak diberi keutamaan untuk pulang beraya). Suara Allahyarham Sudirman yang mendayu-dayu dan menusuk kalbu itu boleh menyebabkan sesiapa saja mengalirkan air mata sambil memeluk radio.