Friday, 31 August 2012

Selamat hari Merdeka ke 55

Janji ditepati
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Qoute for today

Sometimes music speaks what you feel inside."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 29 August 2012

Warong Don, Plaza Damas


Nak share satu tempat makan yang chill dan sempoi.
Nama dia Uncle Don,
Tapi lepas tu aku terjumpa pula nama kedai Warong Don.
Aku tak tau sangat sejarah dorang,
tapi ni hasil daripada pemerhatian aku
sebab dah lepak nak dekat 10 tahun dekat don
Asal usul adalah berasal tempat makan
yang bernama uncle don,
 terletak di hartmas yang bekas pelita sekarang ni.


So konsep di kedai makan berkonsepkan hawker style.
Main killer uncle don  dari dulu
ialah shisha,wafel dan nasi lemak.
sebenarnya macam-macam
ada tapi masa tu aku zaman student
mampu makan kena dengan duit poket

So diikutkan cerita lepas habis belajar
daripada UPM aku dah lama tak lepak dekat hartamas.
Lepas tu dah cuci kaki dari zaman clubbing
So lepas two years back,
 aku datang balik dengan BF aku nak dating.

 Terkejut beruk jugalah
bila aku tengok uncle don dan hartamas square dah lenyap.
Lepas tu dia tanya nak makan mana ?
aku kata uncle don
.... lahh uncle don tak de dah naik aji
jadi Aji don dekat plaza damas....
*ngeh*


Kat Hartamas ni kalau korang perasan ada 3 tempat makan yang belakang tu ada Don

  1. Aji don ( konsep hawkers tyle )
  2. Station ( uncle don the pioner)
  3. Warong don ( Tempat best untuk lepak)

Warong don , Plaza Damas

Tempat style untuk lepak lokasi sebelah Station.
Main killer so far yang aku makan
dan orang yang ramai makan
chicken dan grill burger dia memang
The world wow!!!

lepas tu pengurus dia yang friendly memang best.
Bagi aku konsep dia berkonsepkan santai,
 beliau pun tak tamak.
Sebab apa yang cuisine disediakan memang
simple tapi sedap.

Menu utama nasi lemak,
nasi ayang,
burger grill,
chicken chop,
 noodles
dan side order yang simple.


Apa macam ok tak ????







Tuesday, 28 August 2012

Main Arked Game


Bebudak sekarang tak reti kot main game ni.
Inilah salah satu bapak moyang video game
yang masih lagi berjasa di dunia.
Dulu time-time ponteng sekolah
dekat arked game juga kita sorok.
Sebab masa tu mana ada zaman cyber cafe.


 Kalau ada Cyber Cafe
mesti bapak mahal nak mammpus.
1jam 10 ringgit...
Mau tak terpengsan masa tu.
Baik lepak kat starbucks dapat minum caramel size grande.
Tambah beberapa ringgit je.


Kalau Game arked yang  aku layan
Aku main time crisis je.
Entah kenapa aku gila pun tak tau game ni ?
Nasib baik partner pun jenis main game.
1 ringgit = 1token



Anak kucing masuk dah umur sebulan



ok,
alhamdulillah anak-anak kucing aku 
dah masuk sebulan. 
Dah pandai berjalan dan tak tergedek-gedek.

Masa berlalu dengan cepat.
Lebih mengagumkan dah pandai makan. 
Jadi aku bercadang untuk beli brand Cat eye untuk dorang. 
Jadi boleh share satu rumah dengan cheche,bitsy dan rengo. 
Daripada pemahaman aku 
anak-anak kucing ni suka mencuba 
jadi aku nak cuba beberapa makanan 
kepada mereka supaya mereka ni tak beberapa jemu. 
(aku berharap sangat nak ambil gambar kucing, tapi orang tua-tua tak galakkan )
Urban legend sungguh ikut patang orang-orang tua

So dalam tempoh sebulan ni ,
aku nak beri dorang wetfood dan juga dry dryfood , 
pakai cat eye. 
Mungkin aku boleh campurkan sedikit susu 
(susu kucing nyer  bebudak, budak susu manusia.... berbuihkan mulut kucing korang ).
Aku tadi baru start train 2 ekor
gunakan litter box. 



Muka kecil dorang tu aku
 sapukan pasir kucing kat muka 
lepas tu suruh dorang bau litter box tu. 
Daripada apa yang dee bagitau aku tadi. 
Ada yang dah pandai guna litter box. ada yang tak.
hurrmm memang kena train dorang dan pantau. 

Sekarang ni anak-anak bulu 
dah aku bebaskan daripada bilik tengah tu. 
Dorang dah tak duduk terkurung kat dalam dunia bilik dorang tu lagi. 
Cuma malam je baru aku masukkan. 









Monday, 27 August 2012

Genting International Magic Festival





-        Showcase International Renowned Magicians, Magical Buskers & Magical Exhibits, all under 1 roof Malaysia.
-        Produced & Directed by an Independent Malaysian.
-        Covers 3 Unique Events within the period of 40 days
1.      International Magical Buskers
2.      International Magic Factory
3.      Superstars Of Magic 2, 2012
MAIN HIGHLIGHTS: Superstars Of Magic 2
Date      : 18/08 – 09/09/2012
             : 25/08/2012 (Extra Matinee Show @ 4.00pm)
Time      : 9.00pm
Venue  : Genting International Showroom
The magic is back at Genting with Superstars of Magic 2 as 8 new magicians are set to dazzle you with their spectacular acts. Prepare to be amazed once again as they perform their grand illusions so fast, your mind will tell you they’re real. Don’t miss these renowned award-winning magicians as they set out to amaze you with their stunning and extravagant performance once again at Resorts World Genting. Presenting the grand illusionists that will astonish you: “The World’s Greatest Escape Artist” – Dean Gunnarson, “The Great Illusionists” – JC Sum and ‘Magic Babe’ Ning, the “World’s Best Variety Act” – Charlie Frye & Co., “Europe’s Best Pickpocket Artist” - Christian Lindemann, “Stage Comedy Magician of the Year” – Chipper Lowell, “France’s Card Manipulation Champion” – Nestor Hato, the “World’s Best Quick Change Act” – Sos and Victoria Petrosyan, and “The World’s Youngest Manipulation Artists” – Sos and Tigran Junior. Don’t miss out on this chance to witness in person an amazing magical experience. Grab your show tickets now and see if you can tell how they did it.
International Buskers
Date      : 01 – 15/08/2012
Time      : 12.00noon onwards
Venue  : Resort wide
Be mesmerized with our international magic buskers as they make their rounds at our resort in line with our magic theme this season. They are no ordinary buskers but are among the best in their field, all brought together from all over the world to one place with only one purpose – to entertain your family, your friends and yourself. Be sure to keep an eye out for them when you are here at the resort. Trust us, you won’t be disappointed.
International Magic Factory
Date      : 15/08 – 02/09/2012
Time      : 10.00am onwards
Venue  : Universal Walk, First World Plaza
Here’s your chance to dazzle your family and friends with your very own unique magic performance. With the help of these international magic products, they will think that you have a special uncanny ability to perform a unique magic act that is otherwise not seen locally. A total of 8 international vendors will be here to present their magic wares at First World Plaza, offering you a wide and unique selection that will enhance a very basic magic act into something that looks complicated. No magic skills and experience are required as these products are easy to use. But you will need to find your beautiful assistant on your own.
Magic Workshop 
Date      :   24 - 25/08, 31/08 - 02/09 & 07 - 09/09/2012
Time      :   2.00pm 
Venue  :  Genting International Convention Center, Meeting 7 & 8
It is not every day that one is given the chance to learn from the best, but we are offering you an opportunity not-to-be-missed. Emulate the professionals by attending their workshops and see how they did their tricks. It is one thing to see the secrets on TV, but the chance be taught by one of these professionals in person is a worthwhile experience. Workshop Sessions
24 August 2012
: Charlie Frye
25 August 2012
: Chipper Lowell
26 August 2012
: Christian Lindemann
31 August 2012
: JC Sum
1 September 2012
: 'Magic Babe' Ning
2 September 2012
: Christian Lindemann
7 September 2012
: Charlie Frye
8 September 2012
: JC Sum
9 September 2012
: 'Magic Babe' Ning

Sunday, 26 August 2012

Wordless Word

Nothing lasts forever, so live it up, take chances, and never regrets, because at one point everything you did was exactly what you wanted."



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 25 August 2012

Apa itu program Evangelist?



Ialah satu program yang dibawakan oleh nuffnang untuk kepada penguna nuffnang dan pembaca blog-blog. Selain daripada itu ahli nuffnang boleh ambil tahu promotion yang terkini daripada brand/ label yang mereka minat. Macam like dalam facebook tu. Kalau anda suka brand tu anda like.


Sign up sebagai "angle brand" anda di nuffnang anda akan menjadi sebahagian daripada exclusive community . Kalau ada sebarang promotion , anda antara orang pertama yang akan ketahuai promotion mereka.Event ? anda antara orang pertama yang akan dijemput untuk menghadiri event mereka.


Macam mana nak join program Evangelist?
Sign up sebagai member nuffnang dulu. Lepas tu pergi ke account pada bahagian evangelist.
Click-> pilih brand anda. Dan anda akan jadi ambassador kecil brand tersebut... yeaah


Berapa banyak brand yang anda boleh jadi angle ?
Satu brand , untuk satu kategori sahaja.


Program Evangelist percuma ?
Ya percuma, dan anda akan ketahuai perkembangan terkini daripada mereka.
Yang menarik kalau anda rajin , sertai program mereka. Mana tau dapat hadiah best-best kalau menang.



Saya adalah evangelist :-















Gambar Kuala Lumpur masa ada Padang Kuda





























Gambar Jalan Bukit Bintang ( Dulu-Dulu , hitam dan putih)







cathay cinema late 50, Bukit Bintang









Negara-Negara Yang Bebas Cukai

Cukai adalah satu pendapatan yang disalurkan untuk pembangunan negara. Tetapi ada juga negara yang tidak mengenakan cukai ke atas rakyatnya. Sebab negara yang kaya dengan sumber pendapatan... wahh.. rasa cam nak migrate tak negara lain ? hurmmm saya rakyat malaysia *sengih* ikhlas ke tak ni ?


United Arab Emirates -Pengeskport minyak yang ketiga di dunia.Sebaliknya cukai dikenakan  kepada pelaburan asing ( luar negara) sahaja. Iaitu perdagangan Minyak mentah

Qatar - Dikatakan negara yang ketiga terkaya di dunia. Kaya dengan gas aslinya. Mereka cuma menyumbang 5 % untuk sosial keselamatan perkerjaan mereka. Kalau kat Malaysia macam EPF la.
Oman- membangun kerana hasil minyaknya. Namun daripada hasil sumber hasilnya yang kaya. Penduduknya tidak beberapa gembira .Persengketaan berlaku antara penduduk dan kerajaan. Antara isu yang berbangkit pencen buruh dan masalah pengangguran yang semakin meningkat
Kuwait - negara ke-6 yang terbesar untuk pengeluaran minyak, dan boleh dikatakan kaya dengan sumber pendapatan asil namun begitu di sebalik kekayaan mereka. Negara ini memang terkenal dengan pergolakkan ahli parliment dan politiknya. Skandal rasuah di kalangan ahli politik yang utama yang memberi kepincangan pembangunan negara. Ada setengah tokoh politik mencadangkan jika ada cukai. Masalah isu politik dapat diselesaikan.

Pulau cayman - Terkenal dengan salah satu pusat kewangan dunia. Standard kos harta tanah yang tinggi.Tidak mempunyai caruman kewangan perkerjaan sosial tetapi kerajaan telah menetap semua syarikat harus memberikan pencen kepada perkerjanya....wahh best tak ?


Bahrain - tidak mempunyai cukai peribadi, tetapi bergantung kepada hasil  output  minyak keluaran arab saudi.Negara ini juga telah berada dalam kegawatan daripada protes pro-demokrasi oleh majoriti Syiah umat Islam terhadap kerajaan yang dikuasai oleh Sunni. Protes bermula pada bulan Februari 2011 dan diikuti kebangkitan di negara-negara Arab yang lain.


Bermuda -Dianggap sebagai salah satu negara paling kaya di dunia, Bermuda juga mempunyai antara kos sara hidup tertinggi di dunia.walaupun tidak ada cukai pendapatan, pekerja boleh ditanya oleh majikan menyumbang sehingga 5.75 peratus cukai gaji 16 peratus bahawa majikan telah membayar kepada kerajaan pada $ 750,000 pendapatan pekerja. Pekerja juga perlu membayar $ 30,40 seminggu ke arah insurans keselamatan sosial, yang dipadankan oleh majikan. Lain-lain cukai termasuk cukai hartanah sehingga 19 peratus bergantung kepada nilai tahunan sewa tanah yang ditentukan oleh kerajaan. Satu duti setem juga terpakai kepada harta pusaka / estet dari 5 peratus hingga 20 peratus bergantung kepada nilai hartanah.


BahamasAntara negara-negara Caribbean terkaya, Bahamas mempunyai sebuah ekonomi yang bergantung kepada pelancongan dan perbankan luar pesisir.Walaupun kemakmuran sebagai sebuah pusat kewangan, Bahamas mempunyai kadar pengangguran 15 peratus dan parti-parti politik yang bermusuh sejak projek cari gali minyak di perairannya yang boleh datang pada kos pelancongan.















Quote for today

BEST ADVICE: Be happy in front of people who don't like you, it kills them."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 23 August 2012

Must have item in your handbag.

This is solid perfume from the body shop(malaysia) that I already falling in ♥ so so much. I pick up love etc solid perfume ,because of the lovely blend of citrus,flora and vanilla scent. The solid version comes in a cute little heart shaped tin with 13 grams .The solid version is much more easier to carried that you can slip into your purse or handbag , however only lasts about 1-2 years.
Oklah daripada kita nak bawa minyak wangi yang besar gedabak. By the way the price range is RM45.00


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 22 August 2012

Pengalaman kena tipu dengan bank

nak berkongsi sikit pasal satu pengalaman sendiri dan juga rerakan yang terkena dengan penyangak. Moral ceritanya supaya korang lebih berwaspada dengan mangkuk-mangkuk hayun ni.Lebih baik korang penuhkan dada korang dengan isian pengetahuan undang serba sikit. Kalau terjadi dekat diri korang, boleh sahaja kasi paku keras balik. Penyangak ni dah semakin bijak dorang juga ibarat hackers malaysia. Sekarang macam-macam boleh jadi.


kisah satu
Aku ada satu kawan nama  I, untuk beberapa bulan memang beliau ada sedikit isu untuk pembayaran kereta. Biasalah dunia pasang surut dalam kehidupan kita. Tapi nasib baik beliau ni suka alert dengan pegawai bank beliau sendiri, ye lah apa-apa hal sendiri tanggung. Kebetulan langkah beliau sangat bijak. Dan pengawai bank selalu remind berapa hari bulan untuk elakkan kereta kena tarik.

Dipendekken cerita kebetulan pada suatu hari, beliau boleh menjelas baki tetunggak, maka dengan gembira pergi bank dan keluarkan amount yang banyak untuk langsai semua hutang tu. Duit diletakkan dalam poket.Semasa perjalanan masuk ke kereta (baru keluar duit dari maybank  the curve nak bayar duit kereta)Bila masuk, kereta beliau tetiba ditahan oleh dua orang india yang mengaku pegawai bank dan mahu tolak kereta.

Mengeletar kawan aku sebab masa tu dia ingat dia bayar lambat pasal dah habis office hour. Tapi yang peliknya pengawai bank dia sendiri dah beri green light boleh bayar sebelum 2 hari lagi.darah berderu . Dah lah muka cam samseng.Gertak nak tarik kereta. Mangkuk-mangkuk hayun ni dahlah tak tunjuk permit dan pengenalan diri. So kawan aku ni musykil.Dia cuma mampu menurunkan tingkap sikit sahaja.

Sambil keras dan ugut kawan aku. Kawan aku dah panic attactk tak leh fikir langsung.Tetiba dalam kekalutan tu orang tu kata "ni maybank suruh tarik kereta ni sudah lama tak bayar ooiii, nak kami ambil ke u serah?' kawan aku tetiba pelik. loan ambank. keluar duit dari atm maybank je ... haiiihhh pelik ni. Tetiba partner kawan aku ni gatal buka pintu orang gila tu pun melompat masuk duduk dalam kereta.

Tanpa fikir panjang,kawan aku terus hidup enjin bawa kereta pecut. Sambil kawan mangkuk hayun tu kejar dari belakang.Mangkuk hayun dalam kereta dah bising-bising sambil tepis tangan kawan aku yang tengah drive. Kawan aku cakap."ok i nak ambil duit ni nak bayar kat bank u ikut la". sambil pecut membawa kereta menghampiri pondok polis mutiara damansara.agaknya orang india tu takut.. terus lompat masa kawan aku tengah drive kereta.Buat aksi stunt yang berani.

Tanpa fikir panjang kawan aku terus masuk pondok balai minta bantuan. Lepas check sah... orang tu nak hijack kereta kawan aku.Mana ada orang boleh tarik kereta sesuka hati macam tu.Mesti ada permit dan surat waran.Dan mana ada tarik kereta lepas waktu pejabat?Kalau anda was-was anda boleh ajak pegawai tu pergi ke balai. Dan kalau betul mereka bertugas dan pegawai bank sebenarnya.Mereka akan patuh permintaan anda. Sebab mereka pun tau undang-undang la.



Kisah dua
Kisah ni terjadi dekat aku.masa itu aku adalah masalah  sikit jadi nak guna duit lebih yang memerlukan aku pakai wang plastik aku untuk support hidup. Aku pula jenis bodoh sombong malas nak call pegawai bank aku pasal kelewatan untuk buat pembayaran.

So dipendekkan cerita , sebab aku ni setiap kali bank call suka reject nombor.Tetiba satu hari yang hening aku dapatlah satu voicemail daripada Aeon bank kata aku ada buat pinjaman wang plastik yang tak bayar 5 bulan.

Aik? setahu aku bank aku ada 3 bank je tapi aeon bukan lah dalam list bank aku pinjam.Aku punya bijaklah pandai pergi call nombor tu balik.Aku ni satu bodoh dan sengal tak gi telefon aeon bank center customer . Aku pergilah dail balik nombor tu. Bijakkan....

So talian aku disambungkan dan bercakap dengan orang yang mengaku pegawai aeon. Siap verify nama aku dan i/c. Siap cakap alamat surat menyurat aku.. lagilah aku panik... siapa ek pakai nama aku buat loan? celaka betul... amarah dah menguasai aku. Sambil memberi penjelasan kepada aku siap cakap cik ambil nombor akauan aeon cik ni laporkan dengan BNM (bank negara). Aku angguk sahaja. Baik aku akan walk in kata aku... "takpe cik system kami kena alert dengan BNM dengan segara sebab benda ni adalah serius jadi  mereka akan terus hubungi hubungi cik , sila catatkan nombor BNM : 603-2698-8044" sambil berjaya "convience"  aku yang tengah marah ni. Aku pun letak call.

Aku siap catat no 603-2698-8044 dan google ...lepas tu keluar Bank negara. ok fine...sah dan confirm memang BNM selang lima minit , nombor bank negara tu keluar.Beliau memperkenalkan diri dan sahkan nama aku. Beliau sempat cakap dalam syciris.ada no. aku sekian dan sekian. Jadi untuk proses penyiasatan. Beliau memerlukan semua nombor akauan aku yang ada dekat bank. Masa tu tak fikir panjang sebab aku memang dah google dan sahkan nombor tu dari BNM sebab dia siap call aku balik untuk tujuan rekod katanya. Sah aku pun rasa memang dari bank negara. Aku kasilah semua bank akaun yang aku ada. Dia siap cakap. Ok betul , betul dan betul dekat branch sekian-sekian.... ha lagi lah suspen. So dia cakap, semua akaun akan suspen sementara waktu dan dia nasihatkan aku dalam masa 3 hari jangan buat transaksi mana-mana bank sebab nak tangkap penjenayah tu. Siap cakap nama dia Encik Badali cari pada bahagian penyemakan status.  *Telefon letak*

Aku pun terdiam "eh tak leh boleh jadi ni" orang pakai nama dan i/c nak curi identiti aku. Jadi cepat-cepat, aku ke Balai polis Damansara. Pegawai polis pun semua terkejut kepalang. Sebab tu kes pertama. So dorang buat report untuk sahkan aku adalah aku yang sebenarnya. Jadi Mereka pun siap alert bukit aman ada kecurian identiti. Manalah tahu tetiba nama aku jatuh dekat nama pejenayah...nyanyer je aku ni.

Atas nasihat budi bicara. Dorang suruh aku pergi Aeon Bank HQ bawa report ni dengan pergi bank negara sekali. Lepas tu.... aku pun ikut jelah. Sampai Aeon Bank HQ jejakan kaki. Cari pegawai, tunjukkan report polis dan bercerita dengan eksen dekat pegawai tu. Terkulat- kulat mereka kena marah dengan aku.

Tetiba-tetiba. Aku kena ke tingkat 25(kot tak ingat tapi tinggi gak tingkat tu sebab kena ada kad nak masuk)...asal pula... ha nak bawa aku jumpa managment team lah tu siap...Aeon bank boss aku maki.
Bila masuk pejabat. Jumpalah macam assistant manager dia kot. "Adik... akak rasa adik kena tipula.... mungkin orang yang telefon adik ni sedikit pengodam cyber dan Nama adik clear takde dalam system tadi akak dah call BNM, mereka tak boleh reveal apa-apa details pasal adik melainkan adik kena jumpa BNM" This first case kami terima, tapi apa BNM kata, nama adik clear. Mereka minta adik datang sendiri...' Kata puan tu.

Aku diam.....lepas tu puan tu sambung... adik ada kasi details akaun ke? Aku jawab ya....
Ok... adik sekarang ni minta semua bank adik blok card adik sekarang. Kami suspect dia nak duplicate data atau palsukan kad adik.
Tanpa melengahkan masa, time tu juga aku call semua bank-bank nak blokkan kad... dah..tak sampai satu hari... habis....beriban melayang bila dorang verify nak blok kad untuk tranksaksi...macam gampangkan penyangak tu...habis licin lesap. Aku masa tu off day mencicit lari masuk office minta tolong Kaysaf dengan Shikin beritahu HR jangan masukkan gaji aku kat bank. Minta Cek. Aku siap bawa report polis tu dekat dorang. Alhamdulillah HR memahami keadaan aku.Tapi aku kerugiaan kena bayar hutang.... haram setan!!!!
dah setahun berlalu.  Apa-apa aku relakan beratur dan walk in ke bank daripada call atau online. Sangat menakutkan selepas kejadian trauma tu.


Kisah Ketiga

Berlaku kepada kawan aku L, dia pernah ada kereta. Tapi ada beberapa masalah. Kereta tu dah diinsurankan dan tinggal beberapa amount yang belum dijelaskan lagipun tak silap bawah RM4K,
Tetiba satu hari tanpa ribut tanpa kilat, ada pegawai bank call dia dari hanset untuk tanya bila nak jelaskan pembayaran dengan nada gertak. Dipendekkan cerita orang tu siap datang rumah gegarkan rumah kawan aku ni. Sama kes juga. Pakaian macam samseng, setahu aku kalau kes-kes bayar yang sangkut ni ada proses flow dia, pegawai kena tunjukkan identiti, surat lawyer untuk notis dan surat bank yang bercop. Tapi dia kasi kertas dekat kawan aku kertas warna pink ala-ala permainan sahiba tu.

Kebetulan nasib baik L ni terfikir aku time tu. Telefon tanyakan pendapat. Aku pula berdasarkan pengalaman hitam tu. Tanyalah macam-macam dan berikan nasihat kepada L.Dorang tak boleh redah macam tu je L aku cakap dekat L. Dorang kena bawa ko masuk dekat court dulu sebelum buat tindakan. Sebab dari maklumat L cakap dekat aku, Dorang suruh bayar dekat dorang tak payah deal dengan bank sebab dorang adalah ejen yang disuruh oleh pihak bank.

Lepas tu aku cakap . "ok L, esok kita pergi bank" setelah apa yang jadi dekat aku pada masa yang lalu. So dipendekkan cerita, L pergi HQ bank, bank kata tak da masalah, kita bayar ikut pada kemampuan awak. Tapi agent tu memang tak patut buat awak macam tu.

Kebetulan masa L tengah dapatkan pendapat daripada pegawai bank HQ tu, penyangak pegawai tu call. Siap marah dan ugut L jangan runding dengan bank dan duit kena serahkan dekat dorang. Pegawai bank yang ada dekat office tu pun terkejut dan minta L letakkan telefon jangan layan.

So, L menarik nafas lega. Tapi masalahanya penyangak ni asyik call dan gertak L dan family . Hingga ke satu tahap aku pun hilang kawalan. Aku cakap dekat L, ni dah melampau dah ni L, ko kena report polis ambil tindakan. Mana ada bank sampai gertak family macam ah long. Baik ko pinjam ah long cam ni.
Kami buat report dan pegawai polis suspek ni satu penipuan sebab dorang ni tak pernah kasi L apa-apa notis pun. Jadi risau akan keselamatan family, polis minta L ambil nombor telefon pegawai.

Ingatkan dah report bank dan polis , penyangak tu dah berhenti menyalak.Tetiba hari raya ketiga, penyangak ni datang tuntut duit L kata daripada bank polan-polan yang L buat pinjaman. Kebetulan L pun tiada di rumah. Bodohkan penyangak ni. Dahlah musim raya. Buta ke apa raya ketiga bank tak  buka lagi lah pandai.
Nasib baik nombor polis tu mak L ada. Pantas buat panggilan. Penyangak ni kena tangkap.
Padan muka ko.




Jadi nasihat aku kepada korang, berhati-hati. Sebab penyangak ni satu sahaja taktik dia... chaos .... jadi korang kena sentiasa dalam keadaan tenang. Ambil nafas dalam-dalam atas apa jua tindakan anda.




















Top 10 Negara yang paling Biadap




Miami, Florida - Kalau kita rasa pemandu KL kurang ajar, Miami mempunyai  pemandu yang paling kurang ajar di dunia mengikut survey. Malaysia masih lagi dalam kategori yang boleh bertimbang rasa. Di sana tahap kesabaran dan tolenrasi sudah hilang. Malah mereka memandu dengan cara berbahaya dan lalai.


London, Uk - Antara salah satu negara di dunia yang masih lagi mengekalkann tradisi diraja terkenal dengan acara perkhawinan yang gemilang. Tetapi survey kata  mereka mempunya unfriendliest customer service in the world. Untuk dunia realiti sebenarnya. Jika anda pergi ke pub,kelab atau pun paling cikai dalam bus, mereka antara orang yang tidak suka bergaul dan mereka akan cuba elak untuk bercakap.Dan mereka dicopkan antara tempat yang tidak mesra alam seperti hotel, airport..tak tahulah kenapa orang malaysia tergila-gila nak melawat london ni.



Manchester, UK- Dari survey forusquare negara yang suka mencarut yang kalah dengan negara lain. Mengikut  pengaruh bola sepak dan tekanan peminat MU,kata survey lah.


LosAngeles, U.S - Daripada realiti dan komen penduduk LA sendiri, penduduk yang paling biadap dan selfish. Tiada manner untuk penghargaan- Maksudnya mereka tidak mudah menghargai sesuatu dan berterima kasih atas segala-galanya.

Milan, Itali - kota fashion di mana brand -brand dan pereka fashion di lahirkan di sini seperti vercase,prada,gucci, Dolce... dan kebanyakan mereka mempunya model figure yang anda rasa dan dipandang buruk kalau anda tidak berpakaiaan atau berbentuk seperti mereka.

Paris,France- hurrmmm antara tamdun yang tertua di dunia. Mereka dikatakan kota cinta yang mempunyai  syair  indah  di dunia.Kesombangan mereka yang melampau yang kekadang  akan nampak kekejaman mereka. Antara pantang orang france... a) jangan minta steak well done - sebab mereka rasa itu satu penghinaan mereka rasa mereka suka masakan mereka separuh mentah untuk daging, ber"juicy", b) Jangan kata ketchup-sebab bagi mereka itu biadap kena guna bahasa sastera... zey sauce, gauche.. (apa-apalah dari kamus france) c) kena guna slang mereka, baru mereka nak bercakap dengan kita


Toronto, Ontario - Kota yang paling kotor dan antara banyak crime di dunia.


New york - hutan batu dunia. Di mana anda selalu dengar slogan "dream come true" sebenarnya  mempunyai maksud tersirat daripada ayat tersebut. Kebanyakkan pemikaran penduduk adalah bersikap saing antara satu sama lain. Mereka terlalu tertekan untuk jadi terbaik antara satu sama lain.Mereka akan berebut untuk sesuatu peluang yang kekadang sanggup berkelakuan kejam... hurrm tengok sahaja President dia. Ada pepatah mengatakan kalau anda boleh hidup disini adalah boleh hidup ditempat lain.


Seoul,Korea - Terdapat kekeliruan di sini... tapi inilah hakikatnya. Korea memang terkenal dengan kehalusan mereka  seperti daripada customer service mereka yang cermelang dan bagaimana mereka menyambut tetamu mereka. Tetapi pada realitinya pemandu mereka tidak mempunya belas kasihan, seperti membawa kereta yang membahaya pengguna, melanggar lampu merah, kekadang jika ada kemalangan tiada siapa yang datang membantu. Daripada segi percakapan, survey menyatakan mereka boleh menanyakan soalan peribadi kepada orang yang mereka tak kenali. Ada setengah budaya merasakan ini suatu kebiadapan. Tapi Bf saya pernah pergi sini, dari apa yang saya faham, mereka ni tidak fasih berbahasa inggeris mungkin kekadang tu soalan boleh disalah ertikan.


Hong kong- Antara negara yang padat dengan penduduk,sehingga dalam  kehidupan mereka terlatih untuk bersaing. Lebih dikenali sebagai berebut.Contohnya berebut tempat makan,tempat tinggal, tempat duduk bas,,, hurrm tak de istilah cop-cop atau pun book dekat sini. Aku sampai dulu aku punya.


















Tuesday, 21 August 2012

Berubah wajah Dengan mengunakan template Download














Akhirnya aku tukar lagi blog templete biasalah suka cuba-cuba.
Dan mudah dan ringkas nak share salah satu website yang menyediakan template.
Untuk Template kali ini aku dapat daripada link ini click di sini

Kebanyakan tutorial aku belajar dan "try and error" daripada pages ni.
Cuma satu je kalau kita download mana-mana templete (yang ni aku khususkan kat semua download dan juga website yang lain ) akan effect kita punya blog post. Contohnya untuk post aku yang ini

Jadi nasihat aku ,pandai-pandailah budget contain korang yang nak tulis.


Bagaimana cara untuk ubahkan blog anda, bergantung page apa yang anda guna. Buat sementara waktu aku gunakkan click link ni


Pilih template yang mana yang korang berminat.


Contoh macam screen shot di atas, aku click download dan save kan satu tempat .




Kemudian masukkan kepada dashboard blog anda dan click design





Kemudian click kepada Edit Html







Pada bahagian backup/restore template click choose file yang disimpan tadi dan click upload







ikut arahan daripada blogger post dan save














































Monday, 20 August 2012

Alasan Tak Sambut Raya







1. Gemuk
Kita nak control makan,
tapi takut orang terasa hati
kalau kita tak menjamah



2.kecil hati
Kekadang kita ada aktiviti kita sendiri
tapi kita akan jadi insan yang tersangkut di tengah-tengah pagar.
 Kita akan tersangkut dengan aktiviti family,
 kawan dan partner.
 Kekadang semua datang serentak.
Kalau tak ikut
ada yang kecil hati




4.Duit raya.
Kekadang budget kita lari.
Siapa yang dah kerja tradisi memberi duit adalah wajib.
 Siapa yang tak kasi malu
oowwh bebudak ni tanya.
Kena sedia sampul duit lebih.
Janji letak seringgit ikhlas pun cukup.



5.Sengal
Nak beraya tetiba hujan/ paNas terik.
 Perut dah penuh menjadi sengal.

6. makan
Sama macam list 1.
 Tak nak makan pun kena paksa makan.
Makan sana , makan sini.


7.Kena masak.
Untuk siapa yang ada dirumah,
tetamu akan datang tak kunjung tiba( rezeki namanya) tetiba bila makanan dah habis...
Ada lagi tetamu datang ...
Badan penat...
Gagahkan diri kena masak
bila menantu dan anak perempuan goyang kaki tak nak tolong


8. Baju tak muat.
Hari pertama muat baju.
Siap dah longgar dah baju tu.
Tapi masuk malam. Sumpah.
Baju ni dah ketat.


9. Traditional
Erk. Kena pakai baju raya.
Tapi kesian dekat kaum hawa terikat dengan baju traditionalnya..
Time tu la panas.
Time tu la nak hujan.



10. Menunjuk
Time-time nilah
jumpa si penunjuk.
Baju raya, kereta raya, rumah raya.
 Barang kemas raya.
Tak salah. Tapi jangan macam makcik2 nak heboh beli mana.
Original ke tak,ayooh ni raya
bukan tayang barang




                     










Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 19 August 2012

Resipi kuih kek lapis berempah

Aduanan yang dibahagi sama rata, atas bahagian tanpa rempah , bawah bahagian berempah
Gunakan gelas bulat, dan giliskan dengan mentega cair. Kemudian tepek kan pada bahagian layer  yang dah dibakar sebelum nak letakkan aduanan layer baru - yang ni untuk melekatkan antara layer
Ini contoh permukaan yang dah masak
Kek lapis berempah yang dah masak.

Kuih ini adalah kesukaan kerabat johor, dulu masa kecil-kecil arwah tok ara pernah ajar dekat aku. tapi aku malas nak ambil tau sebab masa tu aku budak lagi.Arwah tok ungku yang pun pernah pesan macam mana nak buat. ada aku kisah? eheheheh sebab kecil sangat masa tu mana nak ambil kisah. Sampai lah dah tua ni, (tak tua manalah) barulah nak terkial-kial belajar resipi family. Terima kasih kepada mak bf saya. aunty ungku yang ajar. Ok. Tak payah nak monolog sangat. Tapi apa yang nasihat aku boleh beritahu, kek ni satu je tips dia.... sabar , sabar dan sabar. Kalau arwah tok ara dengan arwah tok ungku yang dorang selalu masak tengah malam. Biar hati sejuk... petua orang tua.


Bahan
11 oz gula pasir ( yang dikisar halus dalam blinder kering dan pastikan kering jangan ada air langsung - kisar sampai macam jadi gula aising)
80z tepung gandum
30 biji telur kuning
11 biji telur putih
3 buku mentega (dibiarkan cair pada suhu bilik)
rempah ( yang ni pun ada resipi dia sendiri)

Hiasan
ceri berwarna
badam nipis ( digoreng kekuningan)



Cara :-
Rempah
Kita buat rempah dulu :( bua pelaga,pala,cengkih dan kulit kayu manis) digoreng kering sehingga naik bau
maksud goreng kering ni korang goreng atas pan non stick ( jangan letak minyak).Kisar sehingga halus .Kalau nak halus lagi kena tapis-tapiskan



masukkan telur putih dulu (campurkan sedikit sahaja soda baking ) pukul/putarkan dengan mesin pemutar. agak-agak dah kembang.Masukan sikit demi sedikit gula dan putarkan sehingga sebati dan bertukar warna.


Bila dah selesai pukulkan dengan gula tadi pastikan warna dia putih, barulah masukkan kuning telur, sama juga putarkan sedikit demi sedikit , bertukar warna dari kuning kepada putih. Putarkan sehingga kembang dan pekat dan putih .Selagi kekuningan maksudnya tak sebati.

Kemudiah adunan tadi baru dicampurkan dengan mentega dan tepung. Cuma gaulkankan sehingga sebati.
Lepas itu adunan diasingkan kepada dua bekas yang sama rata.Satu bekas dicampurkan dengan rempah.


Pastikan ketuhar sudah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu over bergantung kepada oven korang.Janji kuih boleh dibakar.Sebab kek lapis berempah bukan letak dan biar korang kena angkat layer by layer.


Ok pastikan bekas dah letak ketas minyak/aluminum/dan sebagainya. First layer letak rempah. Kemudian bakar.Perhatikan warna berubah jangan hangit( warna hitam ). Lepas berubah warna, Angkat dan letak dan ratakan pula dengan bahagian tanpa rendah lagi sekali bakar. Korang kena buat step ni berterusan sampai habis dan pastikan layer paling atas adalah bahagian bukan rempah.

*between layer-layer tu, korang kena giliskan mentega pada gelas bulat dengan mentega dan ratakan diatas permukaan lepas tu baru boleh letak adunan* tips ini adalah untuk melekatkat permukaan.

Kekadang benda ni memakan masa 4-5 jam nak masak. Jadi kesabaran sangat diperlukan.

Bila dah siap baru boleh hiasakan benda ni.











Saturday, 18 August 2012

Quote for today

Be happy, do not let the sadness destroy you. Say Alhamdulillah on everything that happens to you. #Islam"




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Qoute for today

The best revenge is to show your ex that life is better after they're gone not by stalking them, that's pathetic












<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
        nuffnang_bid = "76d21e13f32c7c18927bdce5420bb2e2";
        document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" );
        (function() {
                var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript';  
                nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js';  
                var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
        })();
</script>
<!-- nuffnang-->
                       


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 16 August 2012

Snow world Genting Theme Park

Dari hari tu aku belek website genting theme park, pasal snowworld ni. Korang perasaan tak? Semakin lama semakin panas malaysia. Tiap-tiap, aku terpaksa memboloskan diri dengan memakai benda yang sejukkan badan sampai mengamalkan teh hijau sebab nak cool down badan ni.

website yang aku terjah

Bele-belek website, still under maintenance.Tertanya-tanya ini mesti nak berubah wajah.Bila belek genting evanelist ... memang sah snowworld dah berubah wajah. Terfikir kalau cuti clear dan tangan aku sembuh , nak berangan-berangan pergi ke snow world untuk percutiaan yang koboi dan bersahaja.
Nak update sikit dan share info terbaru pasal new snow world genting theme park ni :-


Location                      : Level T2A, First World Plaza
Temperature              : -6°C
Area                            : 22.8k sq ft. (Biggest Winter Wonderland in Malaysia)


Berkonsepkan winter downtown and World Heritage jadi mesti sesuai untuk siapa yang suka post-post gambar.


Harga Tiket
Termasuk jacket, boots, gloves and all sizes bergantung kepada item yang ada.
Category
Normal (RM)
Genting Rewards Card (RM)
Adult
25.00
23.00
Child / Senior Citizen
23.00
21.00

*Rate bergantung kepada  subjek notis
Express Lane: Not Available

Waktu Beroperasi
Normal
Malaysia School Holidays &
Public Holidays
Monday - Friday
10:30am - 10:30pm
09:30am - 11:30pm
Saturday / Eve of Public Holidays
09:30am - 11:30pm
09:30am - 12:30am
Sunday
09:30am - 10:30pm
09:30am - 11:30pm
*Bergantung kepada subjek tempat dibuka.


Gambaran new snow world



Apa yang menarik :-
The Winter Downtown + World Heritage Concept
Berjalan di pekan salji bersama konsep heritage berbagai negara

LED Light Animation Scheme
Alami transformasi snowworld yang baru dengan lampu LED yang unik

Lookout Point
Mempunyai lookout point sendiri

Warm House
Tak tahan sejuk ? berehat sebentar di bilik "warm house" mereka. Dan teruskan perjalanan anda selepas itu

Ice Sculpture + Play Slide + Cresta Run Slide + Snowball Time
Jangan lepas peluang untuk bergambar denagn sculputre contohnya iceman dan bermain di dalam salji *wink* 











*Pesanan Penaja dalam English*
Rules & Regulations
Please Do:-
  • Refer to the height requirements
v min. height: 4 ft ; max. weight 65kg to board the Cresta Run
*There is no weight and height limit to enter the SnowWorld.
Just a little reminder :-
  • No Smoking
  • No Camera, Video Camera & Mobile Phone
  • No Food & Drinks
  • No Baby Stroller & Wheelchair
  • No Slippers or Heels
  • No Bermudas or Shorts

The following persons are NOT suitable in this attraction:-
·       Visitors with asthma
·       Pregnant women