Saturday, 29 September 2012

Aktiviti hujung minggu

5.00 am : bitsy dah awal gila bangun kejutkan. aku untuk teman dia makan

6.00 am - 8.00 am : aku terkulat-kulat dah boleh tidur sebab bitsy bangunkan aku


8.00 -10.00 am : dah merengek - rengek lapar nak makan


10.00 - 12.00pm : duduk diam- diam tengok tv sambil main dengan bitsy. Nak basuh baju tak boleh sebab selalu confirm kena tidur rumah saudara. Tak kan nak bawa seguni baju kotor basuh rumah dia


12.00pm - 4.00pm : Teman makcik saudara jalan dan makan tengah hari sama -sama ( aku tak mandi pun sebab nak tunjuk protest hidup aku kena sekat)


4.00pm - 12 am : (dalam perancangan ) .Tak tau lagi.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Seriously apa yang aku hendak ?

Sebelum 35 tahun lagi 6 tahun aku nak kejar.

1. Sekurang-kurang ada pencapaian pendidikan sehingga master

2. Sekurang-kurangnya mempunyai rumah atas nama sendiri

3. Sekurang-kurangnya mempunyai satu business untuk income sendiri

4. Mempunyai perkejaan yang stabil dengan jawatan yang boleh tahan


5. Bawa parents pergi ummrah/ haji


6.Kedudukan ekonomi yang stabil sambil membersihkan diri daripada pinjaman bank
Untuk bekalan hari tua







Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kurungan (puisi) ] Nurkilan drpd aku

Pernah tak anda merancang sesuatu
Setiap plan
Anda tersekat?
Tersekat dalam kurungan
Kekadang tersangkut

Menginjak umur yang semakin meningkat
Melalui proses penuaan
Anda ditahan. Terkulat
Terhalang untuk membuat apa yang anda suka

Kekadang bukan anda hendak bebas
Berlarian di pentas dunia sambil leka
Anda tersekat untuk buat apa yang anda perlu
Atau anda citakan
Kerna mengikut rentak pilihan yang bukan anda?

Jadi anda menjadi semakin tua
Yang membosan
Terpenjara dalam kota yang membosankan

Walaupun mewah
Bukan mengeluh
Tapi anda sanggggggaaaaattttt bosan
Sebab anda tak boleh buat
Apa yang anda suka
Jadi seperti perlarian dalam hidup sendiri
Dalam kurungan pilihan sendiri atau orang lain ?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 28 September 2012

Quote for today

People who are meant to be together will always find their way back"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 26 September 2012

Cupcake handbeg dan alkisahnya







Hik hik hik aku kan drama queen gedik.suka majuk. Terima kasih kepada boyfriend aka han sebab hadiah kan suprise cupcake handbeg . Tema beliau untuk saya adalah handbeg sebab saya dapat handbeg. Ingat nak ronggeng tapi bila fikir balik, han dan familynya masih lagi berkabung. Bagi menghormati arwah, saya rasa ulang tahun percintaan kami disambut secara serdahana. Alhamdulilah rezeki tahun ini murah . Tapi sebenarnya setiap hari adalah hari yang istimewa. Mungkin sesetengah pasangan menyambut hari ulang tahun mereka, kerana meraikan suka dan duka yang mereka lalui sepanjang tahun.

Hidup ni bak kata orang penuh dengan pasang surutnya. Kekadang kita di atas sangat. Tetapi kekadang kita dibawah sangat dan tak mampu nak bernafas.aku.... Nak bercerita pasal aku memang aku cepat melatah. Tapi han adalah ying yang aku untuk menjadikan aku berfikir secara rasional.

*senyum*
Nak bercerita pasal aku je boring kan... Eheheheh
Hadiah untuk han pula... Tada!!!!!!! Sebuah camera Polaroid rare untuk beliau. Harap beliau suka hadiah tu.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 25 September 2012

Berapa kalori yang Diperlukan Untuk Menurunkan Berat Badan ?

Jom kengkawang kita diet. Sempena dah habis raya aidilfitri , masa bulan puasa punyalah jaga makan tapi bila raya kita ngap ngap ngap makan macam pacman tu.Bila badan dah berat , kita sebagai tuan punya badan sahaja yang rasa berat kita. Kekadang bila kita nak diet tu banyak betul kengkawang. Sebab ada yang akan jadi batu penghalang kita nak diet kan. Aku pun nak dietlah balik sebab kawan yang dah lama tak jumpa 10 tahun pun cakap aku meletup macam belon. Padahal tak beranak lagi . Badan dah beranak pinak dah.


Mula-mula kita lihat carta dibawah :-

Calorie Needs (Energy Requirements) of Boys and Men

Age/yearsSedentaryLow activityHigh activity
2-3110013501500
4-5125014501650
6-7140016001800
8-9150017502000
10-11170020002300
12-13190022502600
14-16230027003100
17-18245029003300
19-30250027003000
31-50235026002900
51-70215023502650
71+200022002500

Calorie Needs (Energy Requirements) of Girls and Women

Age/yearsSedentaryLow activityHigh activity
2-3110012501400
4-5120013501500
6-7130015001700
8-9140016001850
10-11150018002050
12-13170020002250
14-16175021002350
17-18175021002400
19-30190021002350
31-50180020002250
51-70165018502100
71+155017502000

Oklah tapi mengikut fahaman aku, keperluan kalori bergantung kepada badan invidu. Sebab tu bila kita aktif kita akan megunakkan kalori yang kita makan tu.

Jadi untuk mereka yang kurang bersenam dan bercadang untuk kurus.Maka saranan untuk makan pada jumlah kalori 1000-1200. Jika kita mahu badan kita untuk bakar semua kalori tersebut.


Sama macam hukum fizik F= ma ,
Kalau kita makan banyak = berat badan bertambah
Tidak bergerak/kurang aktif = tiada jumlah pembakaran
Kurang makan = turun badan = aktif


errk faham tak bahasa fizik aku ? aku rasa kawan kolej UPM aku jer paham apa bahasa aku.
Sebab aku cakap dalam bahasa matematik. So far siti ngan acik je boleh catch up apa aku cakap.. kan kan


Tapi kenapa bila aku kurang makan , berat tak turun - turun ?
Apabila kita kurang makan, berat kita akan turun tapi untuk seketika sahaja.Dan akan jadi tetap... tension kan ? Ini sebenarnya bila kita kurang makan, ini sekaligus akan membuatkan kadar metabolism kita menjadi rendah... so kesimpulan bila metabolism rendah... lemak tak bakar.

Oleh itu anda tidak digalakkan menyekat atau menahan kelaparan.
Apabila perlu anda buat.... Pastikan anda makan 3 kali sehari. Iaitu sarapan , tengah hari dan malam.
Dan pastikan pengambilan makanan malam sebelum pukul 8pm. (Dalam Islam pun mengalakkan kita makan awal)



Jom Cabarkan diri untuk ikuti program diet model...
Untuk siapa yang  tidak bergerak dan tiada masa untuk bersenam

1 day
Pagi : susu low fat ( kotak kecil)
Tengah hari : ayam rebus (peha)  dan makan lemak dan garam
malam :sebiji epal hijau
Air : Air kosong sebanyak lapan gelas

2 day
pagi : sebiji telur rebus
Tengah hari :Satu yougart  atau susu
Malam : satu mangkuk kecil salad
Air : Air kosong sebanyak lapan gelas


3 day
Pagi : sebiji telur rebus
Tengah hari : ikan stim
malam :sebiji epal hijau
Air : Air kosong sebanyak lapan gelas


4 day
Pagi : susu low fat ( kotak kecil)
Tengah hari : epal hijau + yougart (tiada lemak )
malam :sebiji epal hijau
Air : Air kosong sebanyak lapan gelas


5 day
pagi : sebiji telur rebus
Tengah hari :ikan
Malam : satu mangkuk kecil oatmeal
Air : Air kosong sebanyak lapan gelas



6 day
pagi : sekeping roti wholebread + susu (kurang lemak)
Tengah hari :ikan stim
Malam : sebiji epal hijau
Air : Air kosong sebanyak lapan gelas



7day
pagi : satu mangkuk cereal kecil bersama susu skim milk
Tengah hari :ayam kfc peha , makan isinya sahaja
Malam : sebiji epal hijau
Air : Air kosong sebanyak lapan gelas


 

Cream puff Bread's Papa




Kepada pencinta cream puff berita terbaik untuk anda. Anda boleh makan puas-puas cream puff yang best dekat Bread's papa. Cuma cawangan terhad dibeberapa tempat di Midvalley,Pavillion, One utama dan City Square Johor.


Kepada sesiapa baru tertanya apa tu cream puff?????????
Sebenarnya berasal daripada ibu negara pembuat pastri lain tak bukan itali. Untuk cream puff ianya adalah sejenis Choux pastri (pastri yang ringan ) di mana di dalamnya akan diletakkan whip cream atau pastri krim. Sama ada di atasnya dibiarkan kosong,calit dengan chocolate ataupun ditaburkan gula. Bergantung kepada tempat tersebut.



Untuk Bread's papa syarikatnya berasal daripada jepun dan bahan-bahan mentah diimport daripada sana
Tak mo risau, sebab ianya halal.



Seriously masa first time makan, hati aku dah terpaut dah sebab di ringa, ranggup dan filling di banyak dan tak manis. Yummmmyyyy. Dan cream caramel/vanilla dia superb. yeah.




Menu di Bread's Papa






Kunjungan aku di cawangan Midvalley
















Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 21 September 2012

Sentuhan Makeup




 Apa kata cuci mata kejap sambil menonton perbezaannya. Jangan tertipu wahai sang jejak


Apa feature yang ditekan di sini ?
a) Cover up (foundation ,crayon etc)
b)Feature mata (maksudnya mekap mata tu yang penting)
























aktiviti Untuk Pasangan










  1. Project
    Bukan project tu ok. (Ini bukan lucah *ngeh*).Dulu masa sekolah-sekolah selalu buat scrap book kan untuk projek sekolah tu. Rasa tak bila kita buat projek scrap book tu membuatkan kita sangat-sangat menghargai titik peluh kita. Apa kata kita buat projek scrap book untuk pasangan kita. Duduk sama-sama luangkan masa sambil memilih gambar yang sesuai untuk projek bersama.
    Bergantung kepada minat pasangan masing-masing scrap book anda boleh dipenuhi dengan gambar yang meyimpan kenangan manis dan indah.Atau pun bill percutian yang anda pergi bersama untuk kenangan abadi.


  2. Romantic Dates
    Date bersama pasangan anda sama ada berkelah atau makan di tempat yang menarik. Mungkin boleh berkelah di tempat berair, kerana simbolnya yang tenang dan tertarik antara satu sama lain contohnya seperti air terjun,pantai,tasik dan sebagainya.
    Atau pun mungkin aktiviti yang sempoi seperti anda berdua berjalan-jalan menerokai kawasan perumahan yang hebat sambil bercerita tentang rumah impian anda.Melawat kedai yang anda berdua suka masuk. Contohnya aku dan dia suka masuk kedai pet shop dengan hardware . Pelik kan? tapi sebenarnya tidak itu aktiviti kami berjalan dan meneroka barang-barang baru. Tak semestinya kita beli. Kekadang kita belajar benda baru dengan cara melihat.
    Atau lakukkan aktiviti yang anda suka seperti bermain game arcade kalau kedua-duanya kaki game, melihat wayang bersama (tak yah cerita romantik sangat) atau bermain pool bersama. Kekadang kita kena pam adernalin kita juga. Baru rasa teruja tu terkeluar.


  3. Beating
    Untuk siapa yang dah kahwin boleh buat combination kuiz diselang seli dengan imaginasi masing-masing contohnya main kad happy family ke main sudoku ke siapa kalah kita buka baju #eh gitu

    yang belum kahwin tu bolehlah try main sudoku , siapa kalah belanja makan. Atau siapa sampai dulu kat tempat pintu kereta dulu dia pemenang yeaaahh!!

    atau pun main game arcade ,pool atau go-kart ... jangan takut cabar pasangan anda.Untuk tiupkan adernalin di dalam badan. Kekadang time nilah kita bergaduh secara sihat dan seronok. Tapi untuk perempuan janganlah selalu ambil hati sangat. Nanti anda jadi minah membosankan. Relax dan chill. Kalau pasangan anda gentlemen dorang akan kasi kita chance punya nak menang

  4.  Entertainment
    Tidak merujuk kepada tengok wayang sahaja. Luaskan bahagian ini seperti berkarok bersama. Melihat teater atau tak salah menambahkan ilmu dengan melawat tempat ilmiah seperti muzium, berjalan di tempat yang bersejarah. Kalau anda perasaan , anda akan dapat bertukar idea dengan pasangan anda.


Thursday, 20 September 2012

Pulau Pesendirian Untuk Jutawan

Wahh seronoknya kalau kita adalah jutawan sehingga mampu membeli sebuah pulau sebagai salah satu harta kita. Tapi tak pe, rezeki itu datang daripada Allah.  Kalau meninggal tiada apa yang kita boleh bawa masuk dalam kuburkan. Sekarang jom kita teropong pulau pesendirian jutawan. Ayoooh !!!!











Sampson Cay, The Bahamas - Dibeli oleh John Malone. Beliau  juga taiko rancangan rangkaian  persiaraan.




James Island, Canada -Craig McCaw yang beli .Siapa dia ni ? Dia  adalah orang besar CNN selepas mengambil alih jawatan Ted tuner.



Robins Island, New York- Dibeli oleh Louise Moore Bacon antara orang terpegaruh di wall street.Tapi tabik spring wa kat dia . Pulau ni adalah untuk memelihara alam dan flora yang hampir pupus.




Alland Island ,Washington - Dibeli oleh Paul Allan, pengasas window microsoft.


Brecqhou,uk - Dibeli oleh pasangan adik kembar empayar Siaran TV di Britsh  David and Frederick  Barclay 



St philips  Island ,South Carolina -Dibeli oleh Ted Tuner, beliau adalah pengasas CNN. Rasanya kalau tak silap. Pulau pesendirian ini adalah untuk kegunaan beliau sahaja dan dilabelkan"PRIVATE "



Pulau Necker,Birtish Virgin Island - Dibeli oleh Richard Branson dan beliau menjadi pulau ini sebgai  tempat  percutiaan yang mewah.

Lanai, Hawaii - Dibeli oleh Larry Ellision antara pembelian pulau  yang termahal di dunia









Wednesday, 19 September 2012

Plan B Restaurant, Publika Review Service


Tempat kali ini nak katakan untuk dirokomenkan errmmm entahlah.Secara keseluruhan tempat out sebab customer service dia yang sangat-sangat menghampakan. Walaupun makanan superb atau fantastic sekali pun . Tetapi jika mutu layanan terhadap pelanggan kurang memuaskan. Teeeettt you are OUT!!!!!!

Aku berharap branch Plan B restaurant yang lain tidaklah seperti branch plan b di Publika.Makanan dia dalam bentuk portion besar.aku cadangkan makan cheese burger dia atau sandwich. Secara jujurnya, aku yang kuat makanan ni pun tak mampu nak habiskan.Air minuman dia superb ,kepada siapa yang gemarkan butterscotch . Dirokemenkan.Untuk dessert dia not bad cuma presentation failed. Sebab dia takde etika pemakanan. Bila nak serve dessert there are no any cutlet for dessert and you must used main dish cutlet.


Waiter dia tak beradab. Mungkin mereka ni datang dari celah kampung mana (sorry to said this) sangat biadab dan tidak kena dengan konsep high end food style mereka. No smiling, memandang customer sebelah mata and there are no friendly greeting from their mouth. Just because we're not using branded stuff dorang tak nak layan kita dan layan kitaorang pun macam orang kampung.

Yang kelakar tu customer lain minum air biasa je daripada kitaorang dan makan kek sepotong share ramai-ramai. Lepas tu bayar pakai kredit card staff dekat Plan B ni terkinja kinja nak bayar dan tatang dorang macam anak raja. Kitaorang ni bukan nak cakap apalah makanan satu meja tu 3 kali ganda mahal daripada meja sebelah tapi dorang pandang kitaorang macam jual durian pula

Malay lady waiter dia pulak bila panggil nak bil siap tunjuk muka kata "nak apa hah?"Attitude sangat ngko nikan cik midah.Akhir kata kalau anda lapar gila sangat janganlah makan sini sebab customer service dia macam lahar. Tapi kalau nak chill ala-ala santai bolehlah kot.














Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 18 September 2012

Taniah Yuna!






Di ambil daripada Petikan Yahoo

Mengucapkan taniah kepada yuna kerana mengharumkan nama industri tempatan di persada antarabangsa.

Usaha berkat dan gigih anda akhirnya membuahkan hasil setelah pelbagai rintangan ditempuhi di negeri

sendiri. Lebih menyedihkan bakat yuna hanya nampak di negara luar. kepada kita sebagai rakyat malaysia

tidak pernah bersyukur kerana mempunyai seniman yang terbilang ? Bila hilang sinarnya baru terkapai-kapai

dan terduduk.

Apa jua pun Yuna, saya sebagai rakyat malaysia berbangga dengan usaha anda selama ini.


Taniah untuk  Percalonan Antarabangsa:-

  • MTV European Music Awards (EMA) 2012 di Festhalle, Frankfurt, Jerman pada 11 Nov.
  • 25th Nickelodeon Kids’ Choice Awards
  •  mewakili Asia dalam voting “Best Act” di seluruh dunia.

Jadi untuk menyokong yuna ,"Pemenang kategori “Best Asian Act” ini akan mewakili Asia dalam voting “Best Act” di seluruh dunia.Undian yang hanya boleh dilakukan secara atas talian boleh dibuat di mtvema.com/vote sehingga 9 Nov nanti.






Quote For Today

Apabila kita melakukan sesuatu amalan, usahlah bermegah-megah kepada yang lain, cukuplah kita dan Allah mengetahuinya."









Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 17 September 2012

Susah sangat ke nak sebut tolong?

  


Tak salah kalau kita merendah diri kepada orang lain. Apa dapat kalau hidung tinggi melambung. Secantik mana atau sekacak mana kita pun, kalau kita hidup dengan bongkak pun tak guna. Hidup dalam dunia ini semuanya pinjaman dan kita berkongsi antara satu sama lain. (Mungkin ada benda yang kita kena pentingkan diri kandangkala).

Tapi untuk meminta bantuan kepada orang lain. Apasalahnya menyebut kata-kata azimat "minta tolong" atau "tolong". Daripada kita straight foward terus. Ada benda yang kita boleh straight foward dan ada benda tidak. Seperti boss meminta sesuatu daripada orang bawahannya, Tak perlulah dia menyebut kata tersebut sebab itu adalah untuk menunjukkan jurang antara boss dan orang bawahannya. Atau seperti ibubapa kita meminta tolong kepada kita. Itu adalah jurangnya.

Tapi antara pangkat yang sama seperti kawan atau adik beradik, dengan mengamalkan sebut kata-kata azimat meminta tolong. Kita akan menjadi merendah diri dan kita memerlukan pertolongan lain. Tidak menyebut perkataan "tolong" . Semacam mengarahkan orang mengikut apa kehendak kita. Orang itu manusia dan ada hati. Jadilah kalau kita nak meminta bantuan tu, kita kenalah "treat mereka seperti orang" bukannya seperti anjing yang diarah. Tak semua orang suka diarahkan. Kerana bunyinya seperti memaksa kan???

Kita nak tolong ke kalau orang tu mengarah kita? Cuba kita letakkan kaki dalam kasut orang tu .
Orang tu pun bukannya kuli nak turut perintah.Unless kita bayar upah perkhidmatan orang tu.
Diingatkan semua orang ada "hati" jadi janganlah cuba menjadi pengarah dalam hidup orang.











Sunday, 16 September 2012

SunFish, Batu caves


Nak share satu tempat makan sedap dekat dengan selayang, (iklan kejap : betul-betul dekat dengan rumah kawan aku ,Siti.. tapi minah ni dah kahwin dah. Dia tinggal dengan husband dia dah kat cheras)  Ok sambung balik. Sunfish ni diperkenalkan oleh han kepada aku. Sebab aku dengan dia ni suka Chinese cuisine , jadi dah ada chemistry kat situ tanpa banyak soal. Bab halal jangan risau, memang halal. Sebab ada perkerja melayu dan ada tanda halal. Apa yang menarik ? Yang ni untuk kepada pengemar chinese cuisine atau siapa yang suka makan noodles. Apa yang istimewa ? kedai ni sempoi je.Tapi serius first time aku pandang kedai ni sebelah mata je.Tak kenal maka tak cinta betul tak ? Makanan dihidangkan 80% hand made. Memang terbaik. Bila makan roti bakar dia. Kopitiam lain aku dah tak pandang dah.


Lepas tu aku kagum dengan boss Sunfish ni, dorang ni tak tamak. Macam setengah orang meniaga ni nak buka branch bagai lepas tu dia buka time office hour je. Tapi sabtu pun bukan gak.Ahad tutup.Boleh click sini pada homepage sunfish sendiri.




Alamat :-
No.22, Lorong Perusahaan 4,  Taman Perusahaan Kimpal,, 68100 Batu Caves,, Selangor Darul Ehsan., Selangor
03-6185-5688
Roti bakar dia superb yang garing
Wantan goreng home made
Wantan mee orginal yang kering. Ada setengah tempat basah. tapi ini baru original wantan mee  ok...sedap!
Loh mee dia macam rasa shark fin sup



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Etika Dalam Movie




Pernah tak korang masuk dalam movie lepas tu mengalami situasi yang tak best cam ni. Rasa macam nak hempuk-hempuk kepala orang tu. Aku pernah sekali sound orang kat dalam movie. Tapi tak makan saman gak sebab budak tu duduk belakang aku. So kerja dia goyang kerusi aku. Budak melayu baru nak up (budak sekolah ) tapi otak letak kaki. Kekadang tu terfikir gak kepada orang-orang cam ni tak beradab? Otak tu letak bawah kaki. Kekadang kalau kita kelakuan cam tu... cepat-cepat pandang kiri kanan takut orang annoy dengan kita. Kita pulak kena jaga hati orang.Tapi ada orang jaga hati kita?

  1. Goyang Kerusi
    Ni aku tak paham orang macam ni. Tak geti bahas. Kalau orang depan dah henyak-henyak kerusi tu. Pepandailah jangan koyang kerusi tu lagi. Yang ni stok suka goyang-goyang syok diri. Orang macam ni kena nyahhh belah tengok movie kat rumah wei......
  2. Make out
    Dalam erti bahasa romen. Aku pun pernah bercinta gak wei.... tapi kalau nak romen nak ramas sana sini ehem ehem... pandang-pandang kiri kanan. Buat malu je. Majoriti yang aku tangkap (mata ke atas tangan di atas bahu) ialah MELAYU aku ulang MELAYU ok....free hair takpe lah gak. Tapi kalau dah berlitup tapi pepek kena seluk dengan tetek kena ramas. Buat malu je.... kawan cina aku pun pernah tanya. Asal dorang tak nak pergi hotel ek ? kenapa dalam cinema ?
  3. Silent Phone
    Kekadang kita manusia normal. Biasalah tak lari daripada kesilapan. Tapi kalau dah tak silent lepas tu ko boleh plak angkat phone sambil bercakap kuat terutamanya pada babak-babak klimaks. Ko memang cari pasal.Aku dah baling pop corn kat ko.
  4. Repeat Script
    Yang ni untuk cerita box office  ataupun orang tu dah lebih 1 kali tengok cerita tu. Dia akan bawa member dia. Bercakap nak rak cerita dan dialognya sekali. Aku rasa member dia dan sapa yang dengar tu macam nak "pang" je. Ko dah tengok , tolonglah jangan repeat script ok.
  5. Budak
    Ni aku tak faham, tak salah nak spent time kalau anak ko tu behave, ni perangai macam anak syaitan baru lepas kena gari. Berlari kat tangga. Tak pun melalak.... Aduuhhh spoil
  6. Makanan
    Sapa tak pernah seludup makanan dalam cinema. Tapi agak-agak makanan korang seludup tu. Jangan bawa makanan yang boleh berbau. Tak semua orang boleh makan apa yang ko makan. Contohnya durian,sushi (yang murah...sebab bau hanyir dia naik ), jeruk. uweeeekkk spoooiiillllllllll!!!!!
  7. Seat
    Siapa yang dah tahu duduk tengah tu, sila lah datang awal.Janganlah masa pertengahan movie tu korang nakjuga kasi buntut ko tu kat orang.Kalau agak-agak dah pertengahan movie tu sila-silalah duduk mana-mana seat








Friday, 14 September 2012

Tip Untuk Bermalam Di Hotel


Ini salah satu tip daripada pengujung hotel yang kerap ( bergantung kepada hendak percaya atau mahu buat itu terpulang kepada anda )

Sepertimana yang  kita ketahuai kebanyakan hotel akan mempunyai salah satu bilik "permanent" dan dimana haruslah dikosongkan sepanjang masa.Walau penuh bagaimana pun, bilik atau pun bilik-bilik tidak dibenarkan dijual atau dipenghunikan oleg tetamu atau pelanggan.Ini kerana ada setengah bilik dikatakan istemewa untuk "pengunjung yang istimewa". Jadi Kebanyakan pelanggan digalakkan untuk menempah lebih awal di elakkan walk-in pada masa yang padat.

Jika receptionist kata tiada bilik, jangan sesekali counter balik dan paksa mereka untuk berikan bilik kosong kepada anda.Oleh kerana itu, kekadang mereka akan memberikan bilik "istimewa" kepada anda. Tetapi kekadang "tetamu istimewa" ini akan berkeliaran juga dan masuk ke bilik anda.

Antara tips yang aku nak share, korang boleh guna :-
  1. Sebelum masuk bilik, ketuklah pintu bilik dulu walaupun anda tahu bilik tu kosong (bagi yang beragama islam boleh mengucapkan salam dan masuk langkah kaki kanan, bacalah apa-apalah patut. Jika bilik kosong berikan salam "assalamuailaikum na" --> dalam bahasa arab na tu merujukkan bilangan ramai.
  2. Bila anda masuk bilik tetiba bilik tu sejuk semacam dan seram.Cepat-cepatlah pergi ke receptionist untuk tukarkan bilik.Kebanyakkan mereka sebenarnya dah tahu kenapa.
  3. Bila masuk bilik benda pertama sekali buka lampu dan buka tirai langsi (kalau siang)
  4. Bila tidur bukalah sekurang-kurangnya satu lampu : lebih mudah lampu bilik air
  5. Kalau anda bersorang tapi dapat katil twin atau double , jangan kosongkan katil anda. Letakkan beg
  6. Yang beragama islam bila nak masuk tidur, bacalah doa. Kalau mana boleh solat tu solatlah.
  7. Bila tidur untuk ying dan yang, kasut lagi sebelah tu terbalikkan.







Hotel yang berhantu di dunia

Hotel del Coronado (San Diego, California, US)- kisah Kate Morgan yang diperiksa ke dalam bilik 302, mayat beliau telah ditemui enam hari selepas check in.

The Taj Mahal Palace (Mumbai, India) -The Taj Mahal Hotel di Mumbai dikatakan dihantui oleh Ketua Jurutera beliau, WA Chambers yang mati akibat kecewa selepas menemui istana itu tidak dibina mengikut reka bentuk asalnya. Menurut pekerja hotel dan tetamu, rohnya boleh didapati merayau di sayap lama hotel.

The Roosevelt Hotel (Los Angeles, US)- Hantu dari senarai A list menghantui Marmont Chateau, manakala bagi celeberiti yang terkenal, seperti Marilyn Monroe dan Montgomery Clift, memilih Roosevelt sebagai tempat kegemaran mereka yang terakhir.





`
Sagamore Hotel (New York, US)-Terletak di Pergunungan Adirondack masih lagi ditarah, ia dikatakan rumah berhantu kepada roh-roh sesat, termasuk seorang budak lelaki yang berkeliaran di padang golf.

Grand Hyatt (Taipei, Taiwan) -Dikatakan bahawa hotel telah dibina di kem penjara Perang Dunia II di mana beratus-ratus orang telah dipenjarakan dan dibunuh. Angka hantu merayau koridor dan bunyi pelik datang dari bilik berpenghuni beberapa pertemuan menyeramkan yang dilaporkan di sini.


The Ancient Ram Inn (Gloucestershire, UK ) - dibina lebih kurang 5000 tahun lalu, penginapan tertua di Wotton Under Edge dan terkenal dengan aktiviti mistik yang aktif

Macdonald Berystede Hotel & Spa (Berkshire, UK) - Didiami oleh "blue lady", pembantu rumah yang mati ngeri apabila cuba menyelamatkan permata tuannya sewaktu ada kebakaran

Ston Easton Park (Somerset , U.K ) - Palladian Hotel antara hotel yang tercantik di Somerset, U.K. Tetapi adalah penghuni bagi hantu pembantu yang dibunuh dan digantung pada tingkat atas



Asia Hotel (Bangkok, Thailand)-Dengan koridor yang bercahaya malap dan lampu yang berkelip di tengah-tengah malam, tetamu hotel yang banyak telah dihadapi jelmaan hantu duduk di atas sofa, merenung mereka dan kemudian hilang ke udara nipis

Crescent Hotel (Arkansas, US) - Hotel Crescent memang dah masuk dalam tv "ghost hunter" dan disahkan oleh pakar pengkaji panoramal di sana