Wednesday, 31 October 2012

Cupcake/Cake in The list



Jom berangan . Nanti aku nak merasa dan order bentuk kek macam ni. Aku ni suka appreciate kek-kek yang comel. Untuk aku buat? Tidaklah kan. Sebab nanti kalau buat kita lagi sayang nak makan. Inikan pula tukang order...  jom terjah.































Parti : Soccer Theme


Semua laki suka bola. Rasanya tak salah kalau kita buat tema pasal party "soccer theme" . Tetiba benda ni datang menujah idea kepala otak aku. Aku belek dalam goggle. .. Hurm sudah ada idea dah. Maksudnya dah ada orang fikir macam mana nak tema ni.

Bolehlah buat survey pasal benda ni. Coloring dia senang. hijau/hitam/oren. Boleh ikut daya kreatif sendiri. Sambil mencedok. Dalam masa terdekat ni aku sedang cuba nak organize benda yang simple.

Soccer theme party ni. Senang Nak buat DIY .selain menjana otak aku berlegar nak berpusing berfikir.







Makanan
Jajan(Coach's Food)
Steamboat ( Kick'off Steamboat)
Chocolate Booth (Grand Prize Choco)



Mungkin nanti aku nak label makanan. Memadangkan ini parti orang dewasa yang bertema . Tak kan nak buat game ? Bergantung kepada crowd. Mungkin aktiviti berdasarkan free flow dan cadangan aku.


Aktiviti
Berdasarkan kepada tetamu sendiri (memandangkan tempat chill di PNB ilham- ada indoor board game atau tetamu boleh mandi-manda di laut atau pool)
aktiviti bergambar paloriod denga birthday boy
mini movie ( ditaja oleh PNB ilham )


Lupa..... nak update pasal kek...


tada cadangan awal nak kek bentuk fifa world cup



Ini semua cadangan awal dan idea sementara waktu. Nanti kalau berjalan lancar aku akan update and buat posmoterm. Untuk memperbaiki kelemahan.


Monday, 29 October 2012

Day 7 : A picture of my treasured item

Antara benda paling berharga adalah keretaku, si bebeh seksi nama diberi. Hasil titik peluh aku sendiri menjadi teman setia selama 4 tahun. Aku jatuh dan naik dengan dia. I love u si putih bebeh yang seksi. Walaupun myvi je... bahagia aku dengan si dia. Kalau korang pun mesti ada nama timangan kereta korang kan kan.

Negara Yang peramah di Dunia.



Hari ni aku baca dekat forbes dengan star online nak update status negara yang peramah kat dunia. A.K.A Busy body hik hik hik bukanlah busy body. Bergantung. Maksudnya friendly dan mesra alam.
Keluar-keluar kereta ada orang greeting. Masuk pasar raya orang senyum-senyum. Wahhh.... kan best.
Agaknya kalau kita datang melawat tak jadi masalah untuk bertanya mana arah. Untuk pengetahuan Malaysia masuk dalam list ni ok. Masuk forbes ok? Sayang malaysia tak ?


Ok on list from Forbes :-

Canada










Bermuda













South Africa














USA














Australia












Spain







France










UK














Malaysia












German

Saturday, 27 October 2012

Teori Gila aku : Kenapa Kucing Bulu tebal Mahal ?




Hari ni dah masuk seminggu bitsy dah  ada anak. Serious payah betul nak jaga bitsy compare tu cheche.
Ingatkan benda tu abnormal. Untuk pegetahuan cheche aku pun dah let go dan harap dia boleh hidup dengan
happy.


Jaga bitsy lepas salin payah daripada che che, walaupun cheche cuma seekor kucing kampung ketot yang cute tapi bitsy kucing bulu tebal domestik yang mahal di pasaran. Seriously bakal menyakitkan jantung korang semua. Daripada apa yang aku ajar checheh macam mana nak susu anak. Sekelip mata cheche boleh ikut kata. Kalau anak nangis dia akan lari macam the flash tengok anak dia.


Tapi bitsy... dah lah suka pijak anak, daripada 5 ekor anak terus tinggal 3 ekor. Tapi tak boleh nak salahkan bitsy sebab kelahiran pra matang. Patutnya deliver bulan depan. Kenapa tah bulan ni dah terberanak keluar.
Lepas tu anak-anak bitsy ni jenis degil. Kalau seekor dah minum susu. Yang lain nak puting sama. Adoyai....


Jadi kesimpulan cheche si kucing kampung, lagi bijak dan pandai. Kalau panggil cheche. Dia seakan memahami dan terus datang kepada kita. Tapi jika bitsy atau pun renggo.Jangan harap.... Bila panggil buat dek je sebab dorang tahu dorang ni cantik.

No wonder setengah orang tak beberapa suka DLH (domestik long hair cat).
DLH yang jantan suka nak main je. Nampak betina macam dah pernah jumpa 10 tahun tak pun jenis makan-makan tido. Lepas tu gaduh dengan kucing lain.

Yang betina suka mandi-mandi.

Lalu aku pun membuat andaian satu teori . Sebab apa domestik long hair ni mahal ? Sebab breed dorang susah nak dapat.

Sebab betina dia tak beberapa nak pandai sangat nak jaga baby. Kekadang boleh gugur.

Sebab tu harga di pasaran tinggi. eh betul ker ? Ini teori gila aku

Wednesday, 24 October 2012

Mengisi masa lapang......






Daripada aku meroyan sana., meroyan sini dan emo. Membazirkan masa sambil menunggu waktu balik. Aku menghabiskan masa belajar bahasa mandirin sendiri daripada online.

Siapa kata senang ?

Kenapa nak belajar ?

Boleh kutuk orang dalam bahasa Mandirin!!! * ngah ngah ngah*

Takdelah, ajar aku boleh updatekan dalam resume aku . Daripada aku scroll cerita bukan- bukan. Baik aku habiskan masa updatekan blog sambil belajar mandirin.

Berpeluh jugalah nak menyebut.
Aku siap nota lagi ni. Jom Belajar mandirin sama-sama kat sini
Janganlah tamak. Memang satu hari tak pandai. Hari ni aku belajar pasal greeting dan kata nama.

Oklah.. takdelah susah bahasa arab. Yang penting mandirin etonasi bunyi tu lain. Kalau keras untuk laki untuk perempuan halus sikit.

Nak polish terror greeting. * pening*



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kebaikan memakan Tempe


 Aku memang suka makan tempe , jawa sangat kan ? aku kan orang kampung- eh... memanglah aku orang kampung.Lepas tu, tu dapat cecah dengan sambal kicap . Sedap kan? Ha hantu tempe je tahu benda ni.

  1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan).
  2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.
  3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.
  4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.
  5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.
  6. ya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!
  7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.
  8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.
  9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).  ( Tapi serious aku cepat marah, tak kurang pun????)
  10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.


     Nota kaki : Jom lepas ni makan tempe!



Tuesday, 23 October 2012

Patung





Esok nak masuk pejabat nakjadi patung, buat kerja .Malas nak layan suasan persekitaraan yang kolot. Nanti kalau buka mulut sikit macam-macam benda menyakitkan hati. Biasalah manusia. Lepas tu dorang ni tengok aku rotate baju pakai baju yang sama je. Padahal aku tak balik rumah takde baju. Bra dengan spender pun takde. Sebab aku nak menjerit. Aku tak balik rumah. Kotak-kotak kat rumah aku pun aku tak susun.

Mama pun dah malas nak telefon aku sebab bilik macam tongkang pecah. Mama dari dulu dah ajar aku, kalau tak kemas selagi tu lah selerak. Maksudnya aku kena kemas sendiri. Sebab mama malas nak hire bibik dan mama cakap dia bukan bibik nak kemas barang aku. Aku rasa mama pun dah merajuk teruk dengan aku. Yelah aku menonong dengan"jadual" aku yang tak hala tuju dan bertindak mengikut arahan. Sebab aku pun serabut. Aku pun sebenarnya takde kuasa nak bersuara sebab dah kena cekik. Sedihkan ? emotional metal.

Kesian kengkawang aku baca blog aku pasal patung ni. Mulalah korang cakap aku ni dah start balik emo.
Macam mana aku tak emo kan kan ?*sengih sesorang*

Merungut tak habis habis : pasal kerja. pasal space kehidupan... semua benda nak merungut.


Lepas tu aku fikir nak sambung belajar cepat. Bila aku sambung belajar. Aku rasa boleh jadi diri aku balik. 
Menyesal tak nak belajar betul-betul. Kalau tak prof aku tu dah offer buat master. Aku je memain. Siapa pernah buat semikonduktor untuk bahan Ultarasonik???? Dahlah aku seorang, yang lain semua ada group title dalam tajuk yang berlainan. Aku punya je eksperimental sikit. Sebab tu keluar lab terus mental.


Pasal belajar. End the end tak payah berangan. Aku akan keluar dan pakai duit sendiri.Tak yah bergantung harap dengan orang. Silap ari bulan diri sendiri kecewa. Tapi macam boleh keluar dari KWSP akaun kedua.Nanti aku nak survey bebetul


Lepas tu , belajar betul-betul.Baru cari kerja baru. Tahanlah dengan perangai orang kolot kat office. 
Jijik betul. Aku dah separuh mental dah masuk kat dalam aquarium tuh.


Gila lah... tetiba entri aku jadi emo balik.... sebab sekarang ni.  Aku takde baju nak pakai untuk esok. Aku tak dapat jumpa mama. Aku tak dapat beli barang dapur untuk mama. Aku mungkin tak dapat raya haji dengan mama. Sedih betul. Beginilah hidup patung. Sejauh mana aku menjerit atau tulis dalam blog. haiissshh takkan difaham.



Aku rasa aku macam patung barbie. Kerja rotate baju sama je. Cuma barbie tu lawa . aku je ni biasa

Day 6 : Picture of A person I'd Love to trade places With For a day





I Choose to be a princess or Nasha Aziz *wink*- because I have a lot of money that I spent in the whole day without thinking of it. I go shopping to the max , I can any where I want, I can do charity.
I can do anything without boundering . hmmmm...

DIY Atau Kreatif ?

one day aku nak try. Instead off kita nak buang benda sekeliling kita. Kita boleh guna pakai benda tu semula. jom terjah  (sumber dipetik daripada yahoo )




Pintu garis-garis/ Tingkap kayu  : ok yang ni boleh buat tempat gantung kuncin atau dihiasi sepatutnya cool tak ?








Buku lama : Ada buku lama lebih tak ? Boleh buat ikat macam ni. Jadi rak buku








Cube ice : jadi tempat letak pin dan sebagainya









Raket : Bekas raket lama tak pakai lagi. Jadi tempat gantung rantai
 






Kenapa kita kerja tak pernah lama ?



kekadang kita tak akan berada di sesuatu tempat kerja dalam jangka yang lama. Kalau lama pun samada kita ada 'sher' dekat situ atau pun company tu Bapak kita punya betul tak ?

Tetapi ada pro and con , sama ada kita bertukar kerja ini bagus atau pun tidak. Lagi kita duduk lama. Mungkin lagi kita stabil. Atau jika kita bertukar kerja di banyak syarikat ( ini pun bergantung kepada berapa lama kerja anda ) lagi banyaklah pengalaman yang kita akan kutip di dalam sesuatu syarikat.


Atau pun ini berlaku jika anda duduk di dalam kerja kerajaan . Taniah
Anda dapat banyak sangat benefit. Tapi tengok kepada sejauh mana perkembangan anda di  dalam kerjaan betul tak ?


Tingkatkan Skill
Ada setengah orang lebih selesa masuk kerja duduk, baca online paper, atau handle beberapa task yang mudah. Bak orang kata tutup mata pun boleh beres kerja tu. Sekali sekalau sahaja sibuk. Jangan risau majoriti suka begini.

Tapi sejauh mana skill anda bertambah ? Atau pun anda selesa untuk berada pada skill yang sama ? buat akaun , akaun ,akaun ? atau greet orang datang . Itu je ?


Teknologi
Ditujukan untuk mereka yang berada dalam teknikal line atau pun berkerja dengan syarikat yang bergantung kepada teknologi terkini. Dunia makin maju. Teknologi pun makin canggih. Tapi kekadang ada setengah syarikat masih lagi jauh ke belakang. Tapi kalau dah jauh ketinggalan 10 abad. Sanggup ke tunggu ? Rasanya gaji pun tak naik -naik kan ?


Pandangan
Percaya tak cara anda berfikir dan memberi pandangan adalah daripada pergaulan anda setiap hari ? Jadi kalau anda suka mencarut. Bermakna orang sekeliling anda suka mencarut. Kalau anda suka bergossip , bergaulan anda suka bergossip. Maksudnya kalau kawan dengan orang bawa taik. Anda pun bau taik.
Pokoknya di sini kekadang persekitaraan pejabat anda juga mempnegaruhi cara anda berfikir. Diharapkan anda tak terpegaruh dan memperbaik diri sendiri. Syabas kalau berada dalam kelompok yang maju.

Sebab tu kekadang orang pindah sebab persekitaraan pandangan office yang berfikiran secara kolot dan tak maju. Sebab takut di pengaruhi.


Career advancement
Bayang anda berada pada jawatan yang sama selama 4 tahun. Mesti membosankan . Sebab bila sampai 2 tahun anda akan rasa sangat demotivated. Sama ada anda menambahkan ilmu pegetahuan dan minta jawatan lain .. atau pindah ke tempat kerja baru.



Tetapi kekadang melompat satu kerja ke tempat kerja yan lain mungkin mendatangkan masalah seperti contohnya pangkat senior anda , atau sama ada kesetiaan anda di dalam syarikat itu diragui . betul tak ?
Jadi ada pro dan con.


Monday, 22 October 2012

Cara guna Blusher



Pernah tak anda mengalami masalah ini ? dah make up , tapi anda akan keluar  daripada rumah lebih daripada 8 jam. Lepas kekadang tempat yang membuatkan make up anda cepat cair. Lepas tu bertindan -tindan make up anda masukkan dalam handbeg. Lepas beg gelembung besar dan berat. seriously ?Ok nak tau idea gile aku ? Yang aku buat mudah tapi berkesan untuk aku. Cuba try.
Contohnya untuk Blusher, macam-macam boleh buat ikut daya imaginasi sekali gus anda bawa benda alah tu je. Senang tak yah pening.Blusher bukan untuk pipi sahaja.



1.Eye shadow

2.Lip gloss ( campurkan dengan vaseline )

3.higlight ( dekat bahagian dahi ,dekat dengan anak rambut tu jangan tebal sangat cukup untuk shading)

 4.Bentukkan Cleavage ( Ini utk siapa tetek kecil nak pergi kelab ke .Atau nak nampak macam ranum)

5.Double chin ( Sapukan pada rahan pipi jangan tebal sangat cukup untuk ilusi optik)

6.Scar ( Kekadang pakai cover pun still nampak. Campurkan sikit dengan blusher)

7.bekas belak ( Kekadang ada orang pergi kuliah dengan kerja kena pakai tudung tetiba buka tudung ada garisan belak. Boleh Cover pakai blusher)






Ibu bapa muda di Malaysia




Aku akan jadi "baby sister" dengan si dia. Tolong jaga  sepupunya. Sebab mamanya ada urusan di oversea.
Dah lama tak jadi babysister. Kalau jaga pun setakat 1 malam je.

Kalau kita tengok cerita omputih glamour je "babysister ni" . Asalkan dorang nak pergi mana-mana dorang akan hire baby sister untuk jaga anak dorang.

Kalau kat Malaysia takdelah budaya macam ni. Rata-rata suruh bibik jaga siang dan malam dan pun parents pergi campak anak mereka dekat sekolah. At less orang omputih, sesibuk mana pun dorang -dorang akan jenguk anak mereka. Mungkin di Malaysia , keperluaan yang tinggi seperti kos tempat tinggal, kereta, pendidikan dan sebagainya membuatkan ibu bapa di Malaysia menjadi macam lebah. kerja kerja kerja...

Tapi kekadang  janganlah terabaikan anak sendiri. Ini ditujukan khas untuk parents yang muda.
Trend ni pernah aku berborak kosong dengan mama.

Ibu bapa muda sekarang tak macam ibu bapa dulu, Entah mana silapnya ataupun mereka menerima nasib yang sama.

  • Hantar sekolah/ child care dan mengharapkan anak pandai kerana cikgu ?
  • Belajar displin daripada cikgu?
Banyak lagi sebenarnya, sedangkan kerja ibu bapa muda ni cuma ambil dan hantar anak pergi kinder garden. Tapi dekat rumah , satu sepatah haram tak nak ajar anak. Dari kecil tak dedahkan dengan displin.
Nak anak pandai tapi beli anak apa ? Permainan. Haibat. Lepas tu nak tunding cikgu salah ? lagilah haibat.
Dan paling mama aku sedih bila umur 6 tahun masih lagi tak pandai mengucap ? Macam mana menerapan masa kecil ? Kalimah Allah pun tak kenal kata mama ? Tapi mak bapak kerja haibat macam doktor, peguam dan sebagainya...



Balik tajuk aku kepada baby sister... Seronok jadi baby sister ni.Terasa macam jadi mak mak. Boleh rasa macam mana jadi emak. Siapa kata kahwin senang ? Nak terberanak, nak kena jadi suri rumah, nak kena kemas rumah ( harapkan bibik pun tak jalan kekadang ), nak kena masak, nak kena basuh baju.

Tapi mampukah kita menjadi perfect kan ?

Practice make prefect.
Time managment tu penting.

Kekadang kita pun tiada masa untuk diri sendiri. Tapi ada orang perasaan? 

Tapi kerja kami mudah je babysister ni, temankan sedara kami.
Paham kot. Rumah tu besar, lepas tu duduk sorang. Kalau aku duduk kat rumah aku pun, aku dok pasang semua lampu dengan lagu.

 At least ada orang di rumah .Terisi kekosongan sedikit di rumah tu.







Jom derma darah



Tetiba seronok pula menjadi penderma darah.Hari ni masuk office dengan langkah longlai melayan monday blues. uweek.. menyampah betul nak buat kerja. Jadi mari muhasabah diri dan lihat apa aktiviti yang aku buat hari ahad semalam.

Hari ni aku goggle " apa kelebihan menderma darah " baik ke tidak ? Sebab lepas menderma darah , tetiba aku rasa macam nak pitam. Sebab aku dengan poyonya terus bangun nak balik. patutnya lepas derma darah kena duduk dekat tempat derma darah selama setengah jam. Aku boleh pula nak merokok... ha lagi lah cepat pengsan.


Baik dan seterusnya nak berkongsi apakah kebaikan derma darah :-

1. Menjaga Kesihatan Jantung
Tingginya zat besi dalam darah boleh meningkatkan daya tahan kita terhadap penyakit. Namun demikian, zat besi yang berlebihan boleh menyebabkan kolesterol dioksidakan.
Hasil pengoksidaan kolesterol tersebut akan melekat pada dinding arteri dan menyebabkan risiko yang lebih tinggi untuk serangan jantung dan stroke. Apabila kita menderma darah, zat besi dalam tubuh badan menjadi lebih stabil dan seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung.
2. Meningkatkan Penghasilan Sel Darah Merah
Menderma darah juga akan membantu mengurangkan sel darah merah dalam darah. Janganlah anda risau kerana apabila sel darah merah berkurang, sum sum tulang akan menghasilkan semula sel-sel darah merah yang telah hilang tersebut.
Sel-sel ini boleh diibaratkan sebagai pasukan baru yang lebih segar dan lebih bertenaga berbanding sel-sel darah merah yang lama iaitu yang telah hilang tersebut. Anda sebenarnya menstimulasikan sel-sel darah merah yang baru.
3. Membantu menurunkan berat badan
Salah satu cara yang cukup berkesan untuk menurunkan berat badan adalah dengan selalu menderma darah. Dengan menderma sebanyak 450 ml, anda telah membakar kalori dengan jumlah 650 kJ. Jumlah kalori tersebut mampu membuatkan pinggang anda kelihatan ramping.
4. Kesihatan Psikologi
Kita selalunya akan berasa puas apabila mendermakan sesuatu yang berharga buat manfaat orang ramai. Hasil kajian menunjukkan ramai orang yang berusia yang rajin dalam menderma darah berasa lebih bahagia dan kesihatan mereka di tahap yang terbaik.
5. Mengesan penyakit-penyakit serius
Sebelum menderma darah, darah kita akan diperiksa terlebih dahulu. Kadang kala kita akan mampu mengesan penyakit-penyakit seperti HIV, Hepatitis A, Hepatitis B, Hepatitis C, Siflis, Malaria dan sebagainya dengan lebih awal untuk tindakan susulan.


Bila dah baca.... macam nak derma darah lagi... yuhhu sebenarnya tidak. Aku boleh derma darah lagi 3 bulan.

Sunday, 21 October 2012

Mari Derma darah



Hari ini aku telah membuat satu adegan gila. Sila tepuk tangan untuk diri aku sendiri. Aku dah derma darah sebanyak 450 ml dengan kagumnya dan aku baru tahu betul-betul darah aku adalah jenis A.


Selalu dulu kat sekolah aku lalu lalang tengok orang derma darah.... Lalu je takut nak tengok. Sebab aku akan nak terpengsan kalau tengok darah hidup. Lepas tu aku takut jarum. Mungkin ini salah satu kenapa masa matrikulasi aku tak mahu nak buat kedoktoran. Sebab Setiap kali bedah benda, aku separuh nak pengsan. Tengok jantung katak tengah berdenyut-denyut... masayallah... takutnya. Tapi kalau tengok dalam tv tak pulak pengsan kan? so nak jadi doktor pun kena ikut bakat juga.

Jadi setiap kali ada kempen menderma darah kat sekolah ke,kat tempat kerja ke... kat kampus ke... keinginan tu meluap-luap tahap gaban. Tapi aku tak mampu nak terjah masuk . Kot kot sampai depan doktor tu aku terus pengsan.

Hari ini aku berjalan cuci mata berpimpinan tangan dengan si dia . Sahaja mengisi masa lapang kami, sebab esok dah isnin...argghh kerja... malas betul!


Tetiba bila berjalan dengan si dia ni ada satu keinginan yang meluap-luap dan ada keberanian nak derma darah.












Jadi sebelum nak ambil darah tu dorang bukan sesuka hati je ambil darah kita. Ada peringkat yang kita kena lalui

  • Register / Daftar ( kena keluarkan kad pengenalan)
  • Check Jenis darah dan kategori layak atau pun tidak
  • check peringkat kedua daripada segi tekanan
  • jawab soalan survey dengan jujur atau tidak
  • baru boleh ambil darah

Sebenarnya seriously tak sakit pun. Sebab dia dah sapukan anesatik kat kulit kita,jadi tak rasa pun jarum tu.
Lepas tu kita dapatlah satu buku dan kita disahkan sebagai penderma. 

Nak share kebaikan/ benefit/faedah kita dapat daripada kerajaan kalau kita adalah penderma : -


  • 1 Kali - percuma rawatan persakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk x-ray dan pembedahan wad kelas kedua untuk tempoh 4 bulan 
  • 2-5 kali - percuma rawatan persakit luar dan rawatan pemedahan dan wad kelas kedua untuk 4 bulan dan percuma pelalian Hepatitis B
  • 6-10 kali - Percuma rawatan pesakit luar 1 tahun dan rawatan perubatan kelas kedua 6 bulan

Lepas tu banyak lagi nak taip kat sini bak kata orang , lagi banyak bilangannya lagi banyak faedah. Begitulah ceritanya.




Day 5 : Pictures Of my Favorite memory











Saturday, 20 October 2012

Resipi Spaghetti Aglio Olio Simple








Alhamdulillah ada sedikit masa pada hujung minggu ni. Kesempatan untuk masak tu ada. Tapi sediakan resipi pasta yang simple. Untuk orang bujang bolehlah. Sebab benda ni simple giler. Muai dan sempoi.Nak masak pasta olio satu je tip dia. Adalah pakai minyak buah zaiton




Bahan-bahan
udang dan sotong ( ikut berapa banyak yang korang suka ada setengah suka letak lala dan sebagainya)
*ini adalah untuk pemanis*
5 biji ulas bawang putih
2 capsicum
kepingan cili /red chili flakse (alternatif boleh potong cili kering halus-halus)
Spaghetti ( sila rebus dan toskan dulu)
sedikit rasa oregano
cili padi (untuk tambah rasa pedas)



Cara :-
1. cincang halus cili padi dan bawang putih, kalau nak blend sekali pun boleh
2. Goreng pakai minyak zaiton seafood yang anda beli untuk pemanis. (lepas tu ketepikan ) - kekadang seafodd dia keluarkan stok air dia ketepikan sekali
3. lepas tu boleh tumis cili padi dan bawang putih bila dah bangkit bau campak garam secukup rasa dan oregano serta serbuk cili dan gaul
4. agak-agak dah garing masukkan capsicum yang dikerat ikut citarasa anda
5. Boleh masukkan seafood yang digoreng dan airnya jika ada kalau nak basah sikit
6. Lepas tu masukkan pasta dan gaul dengan semua bahan
7.Agak-agak dah sebati dan mesra alam boleh angkat



Cepat dan mudahkan ????? yeaaah siap.

Day 4 : picture of you at night


Thursday, 18 October 2012

Bitsy dah terberanak

Teka teki dah terjawab. Bitsy dah selamat lahirkan 5 ekor anak yang cantik
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Day 2 :Picture of you and the person you have been close a while



Dayang and Me



My buddies




My buddies
My buddies








digizen and me
Pijot and Me
Dedee and Me
Kak nor and Me





Dylla and Me