Wednesday, 28 November 2012

Makanan Yang Mengemukkan Di Malaysia.



Jom Kita bertapa dan berfikir sejenak makanan yang mengemukkan di negara kita sendiri.
Tapi masalah aku rasa semua benda ni adalah makanan kegemaran aku. Seriously.

  1. Nasi lemak
    kalori 400-450 kalori untuk satu pinggan ( jadi kena makanan satu pinggan jer) tapi ini untuk nasi dan standard sambal. Belum termasuk ayam goreng atau pun lauk-pauk. (total up kalau tambah boleh jadi 1000 kalori atau lebih)
  2. Roti Canai
    630 Kalori untuk sekeping ibarat kalori digunakan untuk berjogging selama 90 minit baru terbakar.
  3. Nasi goreng
    lebih kurang kalor sama dengan roti canai. Baik makan nasi goreng daripada roti canai belum tambah lauk-pauk kalau ada.
  4. Aiskrim
    memang lah tak de lemak. tapi kandungan kalori gula yang tinggi, jika tak digunakkan akan bertukar jadi lemak. 2 scoop bersamaan dengan 360 kalori tidak termasuk penambahan cokelat ke,gula manik dan sebagainya.
  5. Burger
    Semua burger mengandungi kalori yang tinggi ( seriously aku baru tahu hari ni) ingatkan makan roti
    tak akan ada masalah. Hurrmm sama gak.
  6. Mee Kari
    Sebab pakai santan. jadi berlemak kelas tinggi. Pendek kata semua benda ada santan. Jalan
    memang jadi spare part dalam badan kalau kita tak gunakan tenaga tu langsung
  7. Makanan Bergoreng
    Fikir dua tiga kali nak fikir nak makan. sebab setiap satunya tu mengandungi kandungan yang banyak.
    lebih baik makan nasi putih dengan kicap. Seriously
  8. susu pekat manis
    Elakkan minum minuman yang ada susu pekat. stok potong kaki.

  9. Donut
    memang kegemaran aku... sekeping donut menyumbang lemak di perut anda. Jadi silalah makan secubit
  10. Mayo
    aku suka makan fries cecah dengan mayo (p/s : dahlah goreng pastu ada mayo ) memang terbaik.

Preview Life of Pi




Life of Pi memang tak keluar lagi dekat wayang. Aku baru tengok semalam 27/11. Terima kasih kepada  churp-churp untuk tiket sponser. Untuk cerita ni. Siapa yang suka kepada national geograpyh boleh tengok cerita ni. Aku memang suka layan mother natural jadi ok je nak layan cerita ni. Secara asasnya. Aku suka cerita ni sebab dia adalah cerita pasal life. How lucky your life is. And did you ever-ever notice it ?
Cerita ni best tengok dengan 3D. Starting memang agak slow tapi sebenarnya menceritakan babak pengalaman hidup dan teladan. Akhir kata... luangkan masa anda selagi boleh dengan family anda. Life is too short.

Saturday, 24 November 2012

Preview Breaking dawn part 2

Semua orang sibuk memperkatakan cerita breaking down part 2. Aku adalah salah satu daripada peminat twilight yang tegar. Sebab aku baca dulu buku dia sebelum cerita- cerita mereka dimainkan di pawagam. Secara keseluruhan semuanya mengikut jalan cerita buku.....kecuali... breaking dawn part 2. Pendek kata aku boleh katakan sangat menghampakan. Tak tau nak cut budget ke. Cerota panjang sangat ke....tapi seriously boring. Banyak benda yang tak ikut story line... banyak part bab membebel sana sini. Tapi aku pelik pula bila ramai cakap best. Apa yang best pun aku tak faham.... serious..aku nak part masa jacob tengah imprint anak bella dia jodohnya dia. Dia tak tunjuk.
Dia tak tunjuk sebenarnya kuasa bella adalah kuasa yang paling power dari geng volturi.
Banyak part yang dia tak tunjuk. Mungkin ini adalah kesan kerana kita mendalami buku cerita sangat.
Jadi aku sedikit hampa dengan movie yang terakhir ini. Nasib baik tak tengok golden glass. Kalau tak sedikit kehampaan aku.
From galaxy tab

Friday, 23 November 2012

Nescafe on the life



kongsikan sumber inspirasi anda dengan Nescafe on the life .klik sini
Dengan klik di link situ rebutlah peluang untuk memenangi hadiah yang berjumlah
RM 28,000 termasuk mini chiller mereka yang comel.
Peraduan yang mudah, reka satu slide show dan kongsi kisah anda
.mudahkan..? :

Sambung Belajar


#alhamdulilah akhirnya panggilan dinanti-nantikan sudah terjawab. Aku siap buat tarian gelek zamba dekat office. Aku akan melanjutkan pelajaran aku untuk  master's degree dalam  master of Instrutional design and Technology. Jauh menyimpang daripada degree fizik aku sebelum ni. Sekurang-kurangnya ada dalam link bidang pekerjaan aku sekarang. IDT adalah salah satu bidang yang sedang bercambah dekat Malaysia. Aku ambil bidang ni pun sambil pejam mata. Suatu benda yang baru dekat Malaysia. Diharapkan aku dapat menimba pengalaman dan menginjak sedikit paradigma aku. Siapa yang nak bangga dengan diri kita kalau tak kita sendiri ,memandangkan anak orang lain menjadi kebanggaan seperti model,doktor,engineer dan businessman. Jadi kita bangga apa yang kita anda dan bersyukur.

"Pegang satu benda, jangan berikan orang perlekehkan keinginan kita  kerana orang yang perlekehkan kita tu sebenarnya dia dapat apa yang hendak dia buat"-Gardner Rich


From samsung galaxytab

Tanda-tanda Malaikat Maut Menjemput Kita.

Dah lama tangan aku hendak menari-narikan tajuk title ni. Tapi kesudahan aku mengelamun.
Ini sekadar ilmu yang aku belajar sikit -sikit masa sekolah-sekolah dulu. Nak kongsi bersama untuk tatapan rerakan dan pembaca berkenaan dengan kematian.



100 Hari Sebelum Meninggal Dunia
Pernah dengar cerita tak ? Atau pernah berlaku ? Kekadang kita tak perasaan pun benda ni kerana berlaku secara tidak sengaja. Tapi ada setengah orang kata, empunya badan akan rasa bila ajal dia nak dekat sampai.

Pada waktu asar , dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, akan bergetar seperti mengigil. Pernah tengok lembu kena sembelih? Seperti mana lembu yang menunggu ajal tiba, daging dia akan bergetar.

Tapi tak semua orang akan perasan tanda-tanda ini.


40 Hari Sebelum Meninggal
Berlaku pada waktu asar (sebab tu orang tua-tua tak galakkan kita tidur waktu asar sampai mangrib).
Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Tanda Daun yang tertulis nama kita gugur dari dahannya (arash)
Maka malaikat maut akan mengambil daun itu dan membuat persediaan dan perhitungan untuk kita meninggal dunia.

Antaranya mengikuti kita sepanjang masa, sebab tu kekadang siapa hendak meninggal, malaikat maut akan menampakan kelibatnya sepintas lalu.


7 Hari Sebelum Meninggal
Tanda ini diberikan kepada mereka yang diuji dengan kesakitan. Dimana mereka yang sedang sakit selalunya tidak mempunyai selera makan. Tetiba akan berselera untuk makan.....


3 Hari Sebelum Meninggal
Pada bahagian tengah-tengah dahi akan berdenyut.
Mata hitam tidak bersinar lagi
Telinga layu
Tapak tangan telunjur kehadapan dan sukar ditegakkan

maka berpuasalah kita untuk memudahkan pengembumian kita.. Dimana kosongkan lah perut kita. Untuk
mudahkan orang memandikan kita.


1 Hari Sebelum Meninggal
Denyutan daripada belakang ubun-ubun, (berlaku pada waktu asar), sewaktu ini kita akan rasa esok tidak
sempat untuk kita


Hari akhir
Badan sejuk daripada pusat hingga pinggang kemudian akan naik ke halkum. Tibalah masanya kita mengucap dua khalimah syahadah dan menantikan malaikat maut menjemput kita

Wednesday, 21 November 2012

Kambing Hitam

Tetiba nak bernostalgia di petang hari. Mungkin orang nampak kita gelak-gelak, tapi hakikatnya dalam hati tuhan je yang tahu apa benda yang kita pikul. Mungkin pengalaman yang mengajar kita untuk berubah.

Kalau tanya acik,alia,siti, ana, dayang dan afnie. Dorang tahu tahap emo aku macam mana. #murung.
ngah ngah ngah apa benda yang murung pun aku tak tahu kenapa... dorang je yang mengerti dan faham perasaan aku. Sebab tu kalau jumpa dorang, dorang ni boleh tahu aku bohong dorang ke tidak.

Tetiba penyakit aku ni datang waktu senja kembali. Tapi tak payah dilayankan sangat tak kemana pun.
Silap hari bulan layan perasaan, dengan aku lingkup kembali.


Dulu aku dok sedih pasal family aku, teriang-riang acik cakap. Tak payah nak sedih. Tu bukan silap aku.
Too bad sebab dorang tak kenal aku macam mana kawan aku kenal aku.

Dulu nak sedih pasal cinta, alhamdulilah hati aku tak berisi, walaupun "kami tak sempurna" kami tahu had batasan kami. Yang pasti kami mengorak langkah untuk maju ke hadapan.


Kekadang terbongkar sikit pasal family aku juga. #malasnakendah
Makan hati jugalah. Kalau aku tulis pasti panjang berjela-jela. Hanya mereka-mereka je yang faham.


Ada orang mungkin dilahirkan hebat dan mencapai kehebatan sendiri.
Ada orang mungkin tidak mencapai kehebatan itu, tapi aku akan berusaha mencapai kehebatan itu.

Aku bukannya seorang supermodel yang boleh di"agong"kan
aku bukannya seorang yang mampu memberi projek yang berjaya kepada family
aku bukan hebat mana pun nak jadi doktor.
Aku bukannya orang kaya yang nak beli banglow untuk family.
,
,
,
,
Tak payah nak bandingkan aku dengan anak orang lain.
*sengih*
Siapalah akukan... jangan salahkan aku sebab aku lebih rapat dengan family orang lain dan rerakan aku.

Tuesday, 20 November 2012

Pencil and Eraser

We used pencil when we are small but now we use pens ....
Do you know Why ????  
Because mistakes in childhood can be erased.



 


 




 

 



 

 




 

Monday, 19 November 2012

Permohonan Pendaftaran BR1M 2.0

Aku tak pasti sama ada korang dah buat permohonan BR1M 2.0 ? Sebab permohonan telah dibuka pada awal bulan ini iaitu pada 1 November. BR1M adalah singkatan untuk bantuan Rakyat 1 Malaysia.
Memandang pada budget 2013 yang lalu, macam biasa keutamaan istimewa diberikan kepada golongan yang berkerja dan berkhidmat dengan kerjaan. Boleh lompat setinggi awan sebab banyak faedahnya dapat.


Walaupun kita rakyat yang berkerja di bahagian swasta, ini masih lagi mampu menyara diri sendiri. Aku rasa tak salah kalau kita nak menuntut hak kita sebagai rakyat. Kalau korang dok bising tak adil sana tak adil sini.Tapi sebagai rakyat yang sudah diberi peluang emas. Korang dah ambil peluang tu tak untuk mendaftar permohonan bagi BR1m 2.0 ?

Mula-mula aku pun cakap tak ada masa nak datang ke hasil pendapat negara. Kena beratur ke kaunter. Lepas tu bilalah masa pelepasan nak isi borang tu. Lepas tu mama cakap #eh bukan boleh daftar dari online tak ? wahhh.. kagum... dah maju.

Permohonan BR1m 2.0 menumpukan invidivu bujang/duda/janda. Atau pendek kata.... singel mingle.
Dengan bantuan Rm250 je... RM250 "je" pun duit juga. Orang tak bayar hutang kita. Kita dapat free duti daripada kerajaan.

Ok pendek kata nak share link online pendaftaran BR1M 2.0

Wednesday, 14 November 2012

Gadget Yang Menjadi pujaan pada 2012

Samsung Galaxy 3- Ini bukan daripada apple dah terang-terang tulis samsung kan. Rupa bentuk je macam apple. Pendek kata lagi bagus daripada iphone 5.
Iphone 5- Semestinya daripada apple tak lain tak bukan. Siapa gila apple. Mesti tahu pasal telefon ni betul tak ?4G access dan lebih nipis
Vizio Cinema Wide XVT3D- Siapa yang nak berangan bawa movie masuk rumah. Boleh pakai TV ni. sebab skrin display adalah 21 :9. Lebih kurang macam skrin wayang mini untuk bilik kecil. ( Tapi konsider besar jugalah kan ????) cuma bezanya tak macam skrin yang lain kalau besar mesti ada bar hitam yang mecacatkan pemandangan skrin tu. Itu yang TV memang tak da langusng Bar hitam tu. Datang bersama gambar HD , bagus tapi tak terbaik macam 3D sony TV.Didatangi sekali dengan cermin mata 3d. Lupa nak cakap... owhh size dia 58 inci... wow besar tak??
Nikon Coolpix S800c- Ini adalah Kamera bijak setakat ini, dengan lens yang mempunyai pixel sebanyak 16 Mega pixel.
Ada point Wifi dan ada aplikasi google. Dimana User boleh muat turun aplikasi edit photo. Dan lepas edit photo tu boleh upload terus dekat FB.
Samsung Galaxy Not 10.1- Walaupun dengan memori yang tersimpan sebanyak 16GB yang sedia ada. Samsung tab ini bukan sebarang tab apatah lagi jika nak compare dengan Ipad. Mempunyai slot memori card dan tidak ada pada Ipad. Dan berita baik, mempunyai kuasa bateri yang lebih tahan.



















Monday, 12 November 2012

Dongeng : Tidur Pakai Bra kena Kanser ?





Cuba tengok kepada link ni , pasti ada yang tertanya-tanya bila kita tidur tak buka bra nanti cepat kena kanser ? Ini adalah urban lagend yang masih di pemikiran kita sebagai perempuan. Betul tak ?

Masa dulu memula pakai bra, aku selalu lupa nak buka bila nak tidur. Bila keesokkan harinya mengelabah, belek "tang" tu takut kena kanser. Lepas tu melalak macam orang bodoh.

Sebenarnya tidak. Setelah beberapa tahun pakai bra baru tahu pasal fakta berkenaan dengan isu ni. Jika kita tidur pakai bra. Pengaliran darah tidak lancar ( kalau jenis yang ada besi) dia akan mengekat mengaliran darah kita. Maksudnya oksigen tak mengalir dengan betul.Jadi bila bangun kita akan rasa sesengal sikit badan tu. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik link tu. Untuk memastikan hipotesis kita berkenaan " Pakai bra masuk tidur boleh kena kanser?" zaasss!

Restoran Chardin Seaview Village, Port Diskson




Ini adalah senarai kepam yang aku tak share, sewaktu kunjungi aku ke PD pada minggu lepas. Tempat ni papa asyik nak bawa dulu tapi asyik tutup. Sampai kesudahanya kami semua terencat nak makan. Asyik dengar gebang lebih daripada member tempat makan ni sedap. Sehingga meleleh air liur dengar dorang bercerita.




Lantaran itu, aku pun macam biasa minta special request dekat Si dia nak makan dekat sini. Restoran ni adalah masakan ala-ala cina . Jangan risau halal. Kalau tak , takde lah aku melantak kat sini. Sebab bagi pendapat aku untuk seafood terbaik adalah dimasak oleh orang cina . Sebab untuk pengetahuan korang tip untuk makan kedai cina. Kalau dorang ada seafood. Dorang tak akan campurkan dengan daging yang tak halal. Sebab nanti rasa dia pelik dan kelat. Inilah berita aku dengar.Ajaib kan kuasa Allah ?

Aku usha menu not bad. Lepas tu aku cakap dengan BF aku tak payah order bebanyak. Kita dua je . Makan. Yang best tu. Mengadap makan tepi laut. Selalunya tepi laut, berdinding kayu tapi dekat sini berdinding kan batu.


Aku minta order dan aku rokemen untuk korang makan benda ni. Rugi .. sebab dekat KL dengan JB mahal kot... Crab Chili!!! terbaik dan superb.Jadi bila jejakkan kaki ke PD , silalah datang ke tempat ini










Day 9 : picture of the person who has gotten you through the most

save our planet

nurkilan DIY yang boleh dikongsi sama (dipetik dari churpchurp)

Saturday, 10 November 2012

10 Benda Yang Kita Boleh Belajar Dari FairyTale






Semalam tengok anugerah skrin 2012 , sampai aku tertidur-tidur, haram jadah nak faham. Membosankan. Minta maaf ya. Tapi hendak tengok sebab nak cuci mata artis pakai baju apa. Betul tak ? Sambil syok sendiri boleh memberangankan diri jadi puteri... paaaaammmmmmm terus masuk dalam mimpi sebab syok sangat berangan sampai lupa apa itu anugerah skrin 2012
Tetiba ada jadi horror pulak mimpi aku.


Snow White
Jangan makan daripada makanan yang ditawarkan daripada orang tak dikenali. Dapat free ke murah ke.
Katakan tidak.Orang offer minuman free pun . Katakan tidak sebab nanti sia-sia je kalau apa-apa jadi. Lepas tu sentiasa bersikap positif dalam semua keadaan dan berbuat baik kepada semua benda hidup.



Cinderella
Belajar bersabar tentang cinta. Sebab sekarang perempuan terlalu tergopoh-gopoh tentang cinta dan berusaha untuk jadi matang kemudian diakhir dengan "pregnent" tanpa lesen. Dia tak perlu untuk buka baju untuk mengoda kekasih hatinya. *wink* . Lagi satu teladan , walaupun apa jua keadaan menimpa dia tetap buat baik dengan  semua orang termasuk burung dan tikus


Aurora
Daripada sleeping beauty, adoyai... bosan fairy tale ni tak banyak sangat cerita dia. Tau-tau je kena cium dah bangun.Yang ni mengajar kita tentang power "cium" jadi tak perlukan SEX untuk mengungkai bibit-bibit percintaan


Ariel
Little mermaid. Mengajar kita bahawa jika kita sayang sesorang untuk berkorban.Selain benda negatif : mengajar kita lari dari rumah untuk bersama orang tercinta dan meninggal adat resam untuk jadi ikan duyung sebab cinta...ngah ngah ngah ngah.
Selain tu megajar tingkahlaku lagi bermakna daripada berkata-kata. Jadi Gerak geri itu penting!


Belle
Mengajar bahawa baca buku itu sangat best. Dan supaya tidak pransangka benda buruk dekat orang, hanya kerana orang itu bermuka buruk. Lepas tu Belle ni berkorban untuk ayahnya dan untuk selamatkan ayahnya.
(semangat family)


Jasmine
Adventure, tak payah nak gedik-gedik dan yang penting self respect kepada diri sendiri.Belajar untuk jadi diri sendiri daripada bertukar atau berpura-pura supaya dicintai  dengan sifat yang tidak wujud. Pendek kata Be yourself.


Pocahontas
Macam Belle dengan Jasmine, bukan nak bercinta sebab orang lain bercinta.Menegakkan kebenaran . Dan merasakan apa tindakan yang bagus untuk dia dan family dia.




Global Handwashing Day



Jom kita bantu pelajar-pelajar sekolah di Malaysia dengan cara yang mudah dan ikhlas.
Tanpa memerlukan sebarang pengeluaran duit. Tak salahkan? Ini salah satu cara untuk kita menderma
kepada mereka yang memerlukan.


Kenapa Global handwashing day? Sebagai salau satu brand sabun yang termuka di dunia ( bukan sebarang sabun ya... sabun yang memberi pelindungan kepada kita daripada kuman) Lifebuoy mempunyai satu mission dan target untuk mempromosikan Malaysia untuk kearah kesihatan " Malaysia, jom lebih sihat" Kempen.

Cara untuk membantuk pelajar sekolah adalah dengan pergi ke page ini :LifebuoyFB
berjanji yang anda akan basuh tangan sebelum makan. Jika mencapai kepada 50,000 klik
Lifebuoy akan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada pelajar dalam usaha memperbaiki bilik air sekolah mereka (pssss siapa tak ingat betapa horrornya bilik air sekolah kita)
Untuk kawasan lembah Klang.


Jadi apa kata kita menderma ikhlas dengan cara mudah dengan melawat page ini

Day 8 : Picture that Make You Laugh






Ini adalah gambar yang boleh mampu buat aku ketawa sebab menyimpan kenangan yang berjuta-juta penuh pengalaman . Bak kata orang baru kenal dunia.



Acik/ Alia
selalu buat kerja gila dengan dorang ni. Panjat  pagar UPM.Lepas tu buat benda yang boleh kena tangkap dengan polis, cucuk langit,berkongsi idea yang merepek. Kagum dengan acik sampai sekarang, sebab dia ada banyak brilliant idea bernas yang munasabah. Seperti... pan-pan alia?ahahahahahah sampai sekarang ingat perkataan tu.
Alia??? tak kurang kreatif lepas tu part aku suka ialah bila dia memberi memberi gelaran orang dengan tepat. Seperti muka orang tu macam "pisang" automatik aku pandang orang tu dia jadi pisang yang sedang berjalan.
Dorang ni banyak layan emo aku gaban gila. Dari putus cinta menonggeng dan tertonggeng sampai aku kecewa jadi Inspektor Polis.


SitiPersahabatan kitaorg jadi rapat selepas beliau kena tikam dengan Erna. Aku tak tahulah perempuan tu wujud lagi ke tidak (Si Erna ni). Macam -macam suka-duka kena kongsi dengan siti dari kertas ujian sampai cerita putus cinta. Yang best tu dulu masa sem 1aku tak bawa kereta, Jadi selalu konvoi naik bas dengan dia.Dari Siti lah aku kena alia .Satu benda kita orang tak lupa :

Pada satu hari aku sibuk nak buat assisgment paper dengan amali sebab 3 malam berturut-turut asyik ronggeng cucuk bintang sana-sini ( aku ni dulu party animal) Jadi aku tak makanlah satu hari tu. Tetiba lapar. aku pergi balun lima cucuk crab ball yang besar-besar dekat fakulti business ( aku budak sains ) suka beli makanan kat situ.Dipendek cerita aku makan sambil berjalan menuju ke lab digital. Masa tu petang. Lepas tu sampai lab , aku pergi kat meja aku. Siti satu group dengan aku juga. Kita orang pun testinglah code binarial untuk digital. Perut aku ni nak masuk angin. Nanti kentut satu lab tu boleh bau. Lalu aku kebetulan sendawa perlahan.

Korang tau tak apa jadi?  Satu lab tu tetap bau ketam.. ( aku tak tau aku makan ketam ke udang masa tu)
Semua orang menjerit. Gila tak jatuh keayuan aku ??? aku senyap jelah sebab tak siapa tahu. Tetiba siti datang kat aku bisik kat telinga. Aku rasa aku bau ketam... ko makan ek ? kan kan kan? Errrkk aku mampu senyum je kat Siti. Sebab dia ni Mrs Detector Liar. So tak dapat menipu dia.



Ana
Mula-mula tak rapat pun dengan minah ni. Sebab dia satu koridor dengan aku kat Kolej 14, UPM. Selalu nampak dia poyo dan dia ni pun tak suka aku sebab muka aku sombong.Suka pandang dia atas bawah. Serious... ahahahahah. Lepas tu aku ni suka hisap rokok curi-curi dekat belakang asrama. Yan cakap janganlah hisap rokok dekat situ nanti kena simbah air. One day aku dah kena simbah air satu baldi oleh budak-budak  asrama yang dengki dan aku jumpa Yan, dan tanya mana port rokok yang best? Yan kata jom pergi bilik dia. Aku pun pelik juga sebab si Yan ni tak isap rokok. Masuk-masuk je bilik Yan... tada tada.... Ana adalah roomate Yanz .pFFFFTTTT......
Aku tak malu pergi hisap jer rokok kat bilik dorang. Rupanya-rupanya minah ni otai.. ok? owwhh cool rupanya minah ni. Jadilah kami member isap rokok dekat kolej. Isap dekat tepi tasik UPM. Lawak gila.
The best part aku pernah seludup ana daripada rumahnya untuk cucuk langit.Masuk-masuk dalam kereta aku pakai baju kelawar. Aku dah berhias dengan baik ni. Dia boleh pakai baju kelawar? Aku tegurlah. Ko gila ke apa masuk club pakai baju kelawar? ha? Ana kata nak tengok magic tak ? tadaaaaa dia cabut baju dia.Ko... lagi gempak dari baju aku... hik hik hik



Pijot,Idot, Minot dan Azie
Pijot : Serious gila aku rindu minah ni. Lepas jadi bini dia senyop (sebenarnya aku yang senyap)
Minot: Minah ni aku suka gaduh ,baik,gaduh,baik  itulah kesudahanya. Tapi dia ni macam kakak dia, kak na suka protect aku.
Azie : Entah apa cerita ko ?


Aku pernah lari 7KM daripada kolej UPM aku daripada pintu belakang kolej tu sampai pintu gerbang UPM orang panggil lebuhraya silikon. Kalau korang tak percaya jumpa lalu tempat tu. Dan bayangkan aku lari dengan dorang ni pakai high heels dan sanggup lari merentasi jerat cina tanpa fikir ada hantu ke tidak. Semata-mata nak makan chicken chop??? Aku ulang semata-mata chicken chop dekat dengan Uptown tu.
High heels enam inci ok? Mampu ado? aku sampai fed up menangis-nangis. Bengong betul. Sib baik tak pengsan dekat jerat cina.
Esok panggil balik UPM sib baik muka kitorg tak tampal jadi jenayah yang dikehendaki di UPM.




GUys.....hope our friendship last forever

Handphone Pouch: Osaka Gadget












Kenapa handphone tu penting ? Mestilah penting itu umpama gf/bf kita yang kita jinjing ke sana ke mari . Dan penting sekali bila kita pun nak kasi handphone kita tampak gaya #eh. Tapi perasan tak semakin tipis phone kita semakin mahal pula handphone pouch kita. Terutamanya untuk adik berasik Tab. Jom terjah link ni. click sini




Offer sehingga 51% Untuk smart multi pouch seperti Iphone/SamsungGalaxy S3 dari Osaka gadget.
Beli 1 ( BerhargaRM36)/ 2 (Berharga 68)/4 ( Berharga 116) bila beli banyak dapat % banyak-banyak. Boleh share dengan kengkawan.Owh ye tak termasuk free delivery dalam Malaysia aje tau.

Jom share dengan kawan. Lagi sekali silalah pergi gi laman ini




Friday, 9 November 2012

7 Benda Paranoid Yang Aku ada



Percaya tak kalau aku cakap korang semua.. dan termasuk aku ada sakit paranoid GAD? ahahahha seriously. Sama ada ketara atau tidak. Apa itu GAD? Generalized Anxiety Disorder 

Adalah satu gejala bila orang tu cepat rasa panik dan panik dia akan terbawa-bawa. Ia macam aku.  Lepas
aku bercerita pasal kepanikan. Aku rasa benda ni normal cuma antara nampak ketara atau pun tidak.
Kekadang lawak juga. Betul tak korang akan paranoid :?

  1. was-was
    Benda ni semua normal. Macam pintu. Korang bila dah kunci pintu kereta ke. pintu rumah ke. Lepas tu korang akan tersedar satu panik attack... alamak tak kuncila... so bila datang balik tempat kejadiaan sebenarnya pintu tu memang dah sedia ada terkunci.
    (Was-was adalah permainan syaiton)
  2. Sakit
    Selalunya  kalau demam ke, sakit kepala ke, tetiba rambut gugur ke. Ada tak panik attack datang..
    haaa aku ada cancer ke?? benda-benda yang aku ni sakit normal ke tidak. Rupanya jumpa doktor , doktor sahkan korang ni Hyper tension je. ceet
    (Jadi kalau ada benda pelik tu sakit, apakata jumpa terus je. Tak payah buat andaian)
  3. Stalker
    Haaaa benda ni mesti lawak jangan gelakkan ok. Pernah tak korang jalan sesorang atau pun pandu kereta. Setiap kali tu korang rasa diekori. Ada sekali tu aku sanggup pergi kedai buku tercegat tunggu orang tu takut betul-betul dia ni pengintip daripada EX-EX aku yang saiko.
    ahahahah lawak.... lawak tak ? tu belum lagi aku bawa masuk kereta pusing kat balai polis buat 1 kali tawaf
    (Tindakan bagus ,sebab kekadang kita tak tahu mungkin kita adalah target seterusnya daripada perogol persiri)
  4. Binatang sedang tengok objek yang tak ada... hantu kahh?
    Benda ni jadi dekat rumah pertama sewa aku... aku sesorang dengan bitsy. Bitsy ni suka syok sendiri dok bawah sofa, tetiba baaammm melompat atas aku sambil tenung belakang aku macam ada benda... lepas tu bulu roma aku menegak... tetiba aku tengah tengok cerita lawak tu pun jadi takut macam ada hantu kat belakang aku
    (Binatang boleh nampak benda halus)
  5. Selimut
    Serious dan terima kasih kepada cerita hantu Ju-on tu.... Setiap kali tidur aku kena tidur pakai selimut. Tak kisahlah. Panas ke sejuk ke. Sebab bila tidur dengan selimut aku akan rasa selamat. dan aku pastikan kaki aku tak terkeluar daripada selimut sebab nanti aku rasa macam ada orang nak tarik kaki aku... tetiba keluar daripada katil bawah sambar kaki aku.
  6. Kuat Makan
    Kalau tetiba nafsu aku nak makan lebih daripada luar biasa... aku rasa aku dah nak dekat datang bulan. Nasib baik bukan simptom pregnant #eh? ahahah (korang je tau aku macam mana mungkin tidak kepada pregnant) .Sebab dikala ini aku dah start prepare dah sebab aku takut kena period cramp. sebab craving aku yang menjadi luar biasa

  7. Tenggelam
    Aku suka berenang. Walau terror macam mana aku berenang bak kata kengkawan. Hakikatnya aku paranoid ok. Aku takut tetiba buka mata dalam air kola/laut/sungai depan mata ikan piranha/jerung / buaya tak pun anaconda.... ini hasilnya suka tengok cerita meraban.






Tempat-Tempat bahaya untuk dilawat Di dunia

aku petik daripada sumber cnbc



Nairobi, Kenya - orang-orang dia suka campak bom sana -sini . Lepas tu sama..jenayah tak dapat dibendung

Sana’a, Yemen - Pergolakan daripada kerajaan mereka sendiri. Sambil membuka pintu kepada pihak haluan kiri untuk menganas. Cuba tengok rumah dorang. Penuh dengan kesan tembakan. Takut giler.

Tbilisi, Georgia- Ada beberapa tempat yang dah stabil tapi ada yang tak.. .musykil sikit sebab.... dorang suka test bom tangan. Tetiba nak hidupkan enjin kereta... keeddaabooommm!!!!!!!!. Berkecai daging

Karachi, Pakistan-Kawansan adalah kelahiran penganas... muahahahahahah!


Kinshasa, Democratic Rep. of the Congo - Tahap jenayah yang kritikal. Suka serang warganegara USA ( pendek kata orang kulit putihlah) Lebih menakutkan .Jenayah jalanan di ketuai oleh budak-budak. Awas nampak comel tapi merek jenayah cilik


Bangui, Central African Republic- Yang ni pun sama dorang suka attack orang kulit putih daripada dorang.
Abidjan, Ivory Coast- Perebutan kuasa kerajaan mereka menyebabkan keadaan bertukar jadi huru-hara
N’Djamena, Chad- Walaupun tiada sekatan untuk masuk dinegeri ini. Satu arah telah dikeluarkan supaya pelancong berhati-hati. Kerna banyak berlaku peculikan di negara ini.
Baghdad, Iraq - Antara tempat yang paling tak selamat untuk dikunjungi ketika ini sebab peperangan masih lagi meletus di sini.

Conakry, Guinea Republic - jenayah berlaku di merata tempat dan target utama adalah pelancong terutama pelancong amerika.





















































Thursday, 8 November 2012

Meet My Baby

Smoocchh smoochh.. say hello to my baby
Thank you han for your present!

Your mail has been scanned by InterScan.

Tuesday, 6 November 2012

Happy birthday

Happy birthday to you ♥♥♥♥
Kita sambut lambat  sikit tahun ni




adil

dulu aku selalu duduk-duduk asyik fikir dunia ni kejam
pernah tak korang tekup muka korang kat bantal
lepas tu jerit sekuat-kuat hati
arrrRgghhhhhhh! nak keluarkan anak tekak tu
fuuuuuuuh lega

kita cakap benda ni tak adil
benda tu tak adil
kenapa orang pecah muka bole dapat awek cun?
kenapa orang tak payah kerja , duit melimpah ruah?


kita bising... arrrgg tak cukup ni
tak cukup tu
aaaaarRrrrgh kurang ni kurang tu

tapi bila tuhan dah berikan sesuatu kita merengek
kita dapat apa yang kita nak tapi kita akan hilang benda lain
jadi mula satu episod kita mula merengek
tak adil
tak adil

cuba lihat contohnya :
kita merengek duit tak cukup, tapi pada masa itu kita
gembira dalam keserdahanaan.kita ada masa.
masa untuk berehat yang cukup
jika susah pun rezeki datang mencurah-curah dalam bentuk lain
makan banyak dapat barang free



tapi bila duit banyak
kita hilang masa untuk diri sendiri
bila kita boleh petik jari kita nak apa
hakikatnya kita dicurah-curah dugaan satu persatu
kehilangan orang disayangi
bila takde masa untuk diri sendiri
penat yang melampau
Macam-macam dugaan allah kasi.


Kemudian aku terfikir sesuatu, tak semestinya kaya itu bahagia.
Adilkan tuhan ini.
Mungkin bila kita kekurangan duit kita bahagia, tapi pada takat serdahana
kita sentiasa bersyukur

tapi bila kita senang dengan duit
tak semestinya kita boleh mengukir kesenyuman
mungkin senyuman itu palsu atau sekejap sahaja
dan mungkin kita tak bersyukur langsung


Sebenarnya dunia tu adil