Sunday, 31 March 2013

Can i make it?

I went through my calendar and found out that my master course actual take 1 year instead two years. So meaning here, my university already compress all the time table and meaning here too......there are no semester break for me...It quite though...... nice my background study not from information technology.

It is like I'm suicide myself....that is the point of view my negative side.

Previously I'm took physic (bachelor's with Hons In science material)...totally different...totally challenging..event I did not have any basic information. But the good thing is my background level from information communication technology..which is peoples called it in bahasa pasar .... customer support, customer service, helpdesk...etc

I took this course because my passion about technology...even I played with number a lot. I love computer...I love gadget.... that I never mention to anyone.

This year will be no enjoyable moment for me. I need to sacrifice my own sake life...this is one my agenda in the future.

No pain, no gain right.?

I'm wish myself good luck...right now time management is very important

Saturday, 30 March 2013

Jiran oh Jiran ( Part two)




sambungan.....


2) Baru terjadi baru ni,

Cerita dia tak delah panjang lebar macam sebelum ni... pasal parking juga.  Aku kesian kat mama aku switch parking dengan papa. Papa pun tak parking kereta-kereta dia kat rumah sini. Alang-alang dah pindah dekat dengan rumah kami. Senang-senang papa letak semua dekat office. Boleh driver dia jaga.

Ok dipendekan cerita..... one day aku tekan punat alarm nak buka pintu... tetiba aku nampak kesan calar dekat kereta aku. Kebetulan aku baru dapat parking ni. Dan parking ni management tukarkan dekat club house.... pastu aku macam peliklah kenapa calar. Sampai aku bergaduh dengan cousin aku.  Aku ingat dia yang calarkan.

Lepas hasil siasatan kami. Hanya dua tempat je kami tuju rumah kami dan rumah mak counsin aku.... sah sah aku punya parking rumah cousin aku tu lapang tak de kereta....

So... maksudnya jiran akulah langgar aku( mungking).... ha ni lagi sorang suka makan parking. Masa kena calar hari tu, nampak kereta aku satu je yang parking kat situ. So dipendekan cerita . Jiran aku ni... kereta dia semua kena sagat tang tepi...macam tak geti parking... dia ni pun boleh tahan banyak kereta... hari ni aku nampak kereta kelisa parking... aku tengok tepi memang sagat kemik.... ..


aku perasan kalau aku parking buntut..... dia mesti takut. sebab kereta aku pada bahagian belakang tu memang cantik. Aku memang jenis jaga kereta...ko dah sagat kereta aku kat depan... banyak bunyi pulakan..

ikutkan hati nak tuntut tapi tak de bukti...kan orang cakap aku gila.  Tapi aku suspek dia. Kalau korang jadi aku pun korang suspek dia kan ?

Bad Neighbour



Aku nak kongsi 2 cerita tentang jiran Aku. Ini berkaitan dengan tempat letak kereta.


1) Jiran Sebelah ( Kisah 3 tahun lepas)

Jiran sebelah MK ni memang dia ok. Baik. Selalu tukar makanan. Cuma satu je suka pertikaikan papa kenapa tak beli kereta mahal ( jenama luar negara) . Sebenarnya ada cuma papa tak parking tempat rooftop papa parking tempat khas tiada rooftop. Siapa yang tahu keadaan parking condo,aparment atau rumah bertingkat ni parking dia memang limited. So nak tak nak papa kena beli extra. Tak kan papa nak bagitahu satu dunia.. papa pakai kereta sekian sekian. Yang parking kereta roottop tu bukan kereta papa.Kereta aku dengan mama kekadang tukar. Sekejap atos, sekejap getz, sekejap wira... tup tap tup tap kereta my vi.

Lagi pun jiran aku ni pakai kereta saga (cabuk dan berkarat) sumpah... aku bukannya nak kutuk.  Aku tahu dia ada duit sebab dia pernah mintak tolong aku masuk RM10,000 cek  dalam akaun dia. Punyalah dia percaya dekat aku masa tu. ( Aku tak tahulah niat dia ni nak menunjuk-nunjukan kat aku ... sumpah masa tolong tu tak fikir apa-apa)


So hinggalah satu masa rezeki dia ,dia belilah BMW 6 series. aku pun tumpang gembiralah....

1 day  aku balik kerja dia dah balik dulu tapi dia makan parking aku dalam hati aku takpelah first time kot bawa kereta baru tak biasa lagi nak corner.

2 day  hari sama juga...mmmm. sabar-sabar  

benda ni berlarut sampai seminggu dua sebab dulu aku jenis balik kerja terus merayap dan chill-chill ,lewat malam baru sampai rumah. So selalunya dia yang balik dulu.

akibatnya aku terpaksa makan parking jiran sebelah aku. Kebetulan Aunty angie dan aku selalu balik time serentak. So kekadang dia kesian kat aku. Aunty angie ni boleh tahan besar gak kereta dia. Selalunya aku kasi dia parking dulu baru aku parking.

Nak diikutkan cerita tetiba aku tak suka nak keluar malam dan aku selalu balik awal kul 4 petang. Lepas kerja habis. Jadi aku lah selalu balik awal.

Macam biasa aku parking betul-betul dan cantik punya parking.


dipendekan cerita hari ketiga aku balik awal ,esok harinya pergi kerja . Dapat nota cinta " YOUR CAR IS TO SMALL COMPARE TO ME.... MINE IS BIGGER. THIS IS BMW...YOU KNOW BMW ?" PLEASE GIVE SPACE TO ME....

banyak bapak cantik ko! kalau kereta aku kecil tak de jadi masalah pun. Masa kau bawa kereta cabuk tu ok je kau parking... apasalah masalah kau.

Lepas tu jumpa aku nak tarik muka...Sebab aku sound dia balik "ITS NOT MY PROBLEM!, IF I TAKE TO OTHER SPACE...WHAT ABOUT AUNTY ANGIE?"

stupido....


One day papa aku nak pergi gym kat bawah... terserempak dengan mamat ni. (masa tu aku tak cerita kat ayah aku). Tau tahu je papa datang sound-sound aku tak jaga hati jiran.

Ayah aku ni masa tu ketua komuniti penduduk Kondo ni. (ikut penggal)
aku punya kecik ati masa tu....
lepas tu aku terus campak kertas nota tu kat papa.
Terkulat.. kulat papa baca.

Nak diikutkan cerita papa test kereta mama getz tu bawa masuk....
Mamat ni ingat aku yang bawa...
Dia tampal lagi surat cinta......
aku tak tahu apa yang dia tulis...

Yang aku tahu keesokan harinya selama beberapa minggu papa alihkan " kereta special dia" yang dia selalu parking dia uncover parking tu....dekat parking aku dan memanjang dia tukar-tukarkan kereta dia yang lain. Termasuk kereta yang dia parking dekat mama sue (mak tiri aku)

Mamat ni dah terkulat-kulat dan tak sound aku dah....papa aku bengang kot... baru dapat pengang BMW 6 series nak sound-sound aku. Apa dia ingat dia seorang je ada kereta best. Papa kata kekadang kita ni biar hidup kena humble. Sekali sekala kena ajar orang macam ni. Berlagak nak mampus....

Agaknya dah bingit one day dia sound mama pulak... I see you  have a lot of pretty car.. why not your  staying at bunglow ? Mama pun sound... well  I'm pity at  husband because he need to look after for two wives... two houses...and 4 childers... is fine to staying here. 

owh... ok.... dan keesokan harinya dia minta uncover parking. Which is sebelah kereta mak aku. Ha... rasakan... jangan nak kecoh sangat. setakat ada satu kereta mewah ni apalah sangat. 



Nak Cuti Free???? Free Seat From Asia Ticket


2,000,000 set kosong dengan serendah 0 Big point... ya betul.... nak cuti tak ? MK tak tipu punya
berlaku pada 1 April ini ....cepat-cepat!!! bukan april fool. Percayalah....
Nak tahu lebih lanjut ??? tak mahu cakap lebih. Pesanan daripada penaja.... klik sini

Wednesday, 27 March 2013

Almari Budak Jambu





Di kala kesibukan ni, MK memang tak de masa nak shopping. Boring asyik pakai benda sama ( macam tulah perempuan, padahal dekat rumah boleh buat stok butik tapi masih lagi menjerit barang takde )

MK pun cuma larat mengupdate. Ada sekali tu nak update terlihat post Nisa Kay  , pasal almari budak jambu... Macam ku kenal je nama tu.... damn.... laptop tet tet tet tet... off sudah bateri kong... tak sempat nak buka.

Ok takpe... nak habaq sikit.... dekat almari budak jambu ni, korang boleh shopping online. Mk sebenarnya tengah jatuh cinta dengan beg style envelope . Easy, breezy and simple! memang berkenaan style yang dipakai oleh Si budak Jambu ( dialah the owner of online boutique Almari budak Jambu)

Tapi sebab tak de masa..( masa tu tak tahu Si budak jambu ni buka boutique) ...MK pun tak beli belah. Dipendekan cerita... hari MK jumpa dia zasssss tengok beg-beg comel yang cantik, sambil terkebil-kebil mata rambang .... terus beli... yeaaahhhhh ada handbeg baru!. Trend envelope ni tak up lagi sebab orang tengah sibuk dengan beg sailang lagi.


Moh.... tengok member jual... cantik pulak tu..
Barang cantik harga pun cantik (sangat affordable dengan duit anda ) 


Tada MK beli ni.





Tadaa simple and nice kan ?


beg envelope = clutch 


Banyak lagi....MK nak suruh korang lawat laman ini untuk lihat gambar-gambar beg yang meletup

Tayangan Perdana G .I. Joe Bersama Nuffnang




(Tayangan Perdana 26/3/13)




Di kala kesibukan dan jadual padat, MK menyelit jugakan diri untuk tayang perdana nuffnang. G.I.Joe Retaliation akan dikeluarkan pada 28/3/13 di seluruh pawagam di Malaysia. Saksikan di pawagam berdekatan tempat anda.Untuk cerita movie lain... MK terpaksa lepaskan sampai habis  exam. uhuuhh ni kira aktiviti stop kejap till the further notice....ok panjang pula mukadimah dia.


MK memang dibesarkan dengan G.I.Joe biasalah anak mejar. Memang gila suka tengok cerita perang-perang ni. Tak seperti sequal lepas, sequal kali ini lebih memberangsangkan. Tetapi jika anda bukan kaki game... atau pun tak minat. Cerita ni untuk siapa suka main game dan suka cerita perang-perang.

MK dengan kapten duke ada persamaan. Bila main game tembak-tembak akan pusing 360 darjah atau pun dalam counter strike kerja nak duck je.... lepas tu pusing 360 darjah lagi.. muahahahha siapa faham. Sila lah tengok game ni.

Hero malaya MK adalah kapten duke....tapi dalam cerita ni kapten duke mati....adoyai sedih kejap.
Tapi pelik sebab shadow storm tu patutnya dah mati masa sequal lepas. Entah macam mana boleh muncul balik dalam cerita ni.

Tapi basiclly tak payah nak fikir logic sangat. Cerita dia best.Sebab korang akan tengok gadget senjata api yang meleleh air liur korang. Korang akan cakap.. wah ni ada dalam game ni.... 


-> babak romantik = none
-> aksi =100 %

Best..... recommended untuk kaki game. Dan disarankan tengok pakai 3-D
Thanks Nuffnang dan sponser malam ni.




Surprise Party




Share the softness with heart-warming quotes to your loved ones & you might win an awesome Kleenex Party for 50 BFFs


 How ? Click here

Tuesday, 26 March 2013

5 Benda yang Pengusaha Makanan Kena alami

Well customer always right ? Betul ker? Check it out…….


1.       Last Minute
Kedai baru nak buka 1 jam lepas, tetiba datang pelanggan minta tempahan 100 orang punya makanan  yang patut disediakan
dalam masa 5 minit…. *pengsan*



2.       Patah balik
patah balik apa tu  ? Ok scenario dia… di kedai mamak:-

Pelanggan : Mamak nak cili Potong
Mamak: (dah bawa cili potong)
Pelanggan: Mamak nak tisu…
Mamak: (bawa tisu)
Pelanggan: Mamak! Nak sos
Mamak: ( mampus ko! Tunggulah satu jam)



3.       Songeh
Pelanggan : Bang saya nak mee lebih, sayur tak nak. Nak ayam tapi buang kulit… pet pot pet pot
Abang kedai:Lu pergi masak dekat rumah boleh ? banyak betul songeh


4.       Lepaking (smoker geng)
Pelanggan :Jommmm kita lepak dan makan. Jom order( bercakap dengan geng dia)

3 jam yang kemudian….

Abang kedai : Dik nak makan apa? Tak kan tiga jam minum air kosong jer….kiri kanan rokok terbiar boleh
buka kilang dunhill


5.       Berkira
Pelanggan : Cekik Darah… harga mahal nak mampus…..
Abang kedai: Kenalah mahal… cuba pergi tempat lain… kalau dah ikan siakap 1 KG tak kan nak charge RM10?

(jenis customer yang tuntut refund)







 

Walaupun kami bogel



Walaupun kepala kami bogel.
Tak bermaksud kami ni tak sembahyang


Walaupun kepala kami bogel
Tak bermaksud kami lakukan seks satu malam

Walaupun kepala kami bogel
tak bermaksud kami pandang orang sebelah mata

Walaupun kepala kami bogel
kami tetap dibakar di kayu api jahanam
tapi kami bukan sampah masyarakat.


Are you the lucky W-I-N-N-E-R?














 Ini untuk pengemar crossword yang power... ya... kalau anda rasa anda otai crossword

Nak try dan menang sila klik sini

Ditaja khas daripada Darlie.

Ragam Duduk Rumah Sewa



Orang kata banyak orang banyak ragam. Gasaklah kalau duduk dan sewa rumah dengan orang yang menyakitkan hati. Kalau duduk asrama lain ceritanya. Inilah pula duduk sewa beramai-ramai. Sebab tu kekadang orang lebih selesa duduk rumah sesorang. Ini antara pengalaman aku alami masa sewa rumah sepanjang aku student mahupun di tempat lain. Semua akan mengalami isu yang sama.



1. Aku punya kau punya juga
Barang kita qiqah beramai-ramai, sharing is caring. Tapi kalau tukang keluar tu seorang je. 1-2-5 kali boleh tahan kot. Kalau dah bertahun duduk. Tak engkau rasa sakit hati. Contohnya: Makanan korang dia kebas,air dia kebas, shampoo dia kebas, tempat letak barang kau kebas. Memang lah tak berkira. Tapi kalau setahun macam tu... orang yang budiman pun sakit hati. 

solution : give in take la... hari ni dia beli maggie esok kau beli lah biskut. Hari ni dia beli shampoo esok lusa kau beli pencuci baju.


2.Priority Bayar
Contohnya bilik besar bayar lebih, bilik kecil bayar serdahana.  Tapi duduk sama-sama. Nak kemas rumah berkira. Siapa bayar lebih tu kena kemas rumah. Yang bilik kecil ni kemas rumah bila ada geng atau kawan datang rumah. Nak tunjuk rajinlah tu kemas rumah. Padahal engkau tak tahu pula yang tukang kemas tu yang  bayar lebih. Sebab alasan kau bayar sikit atau duduk free.

solution : buat jadual waktu. biarpun macam budak sekolah. Biar semua orang rotate. Tapi selalunya orang selfish dia tak akan ikut jadual kemasan rumah kita.

3.Split Pembayaran
Yang ni makan hati woo.... siapa buat cara penyewa bulanan macam ni. Kalau dapat housemate sekepala dan faham each other. Tabik spring!... contohnya seorang bayar sewa,sorang bayar beli makanan rumah satu bulan. Sorang lagi bayar segala bill (astro,air,telefon etc) Tapi masalah salah seorang kalau tak buat.Sampai kena potong semua...sakit hati wooo.. unless mereka ramai-ramai mufakat kalau ada masalah duit.
Tapi ni jenis stok shopping sana sini nak guna alasan duit tak cukup.....

Solution : Orang macam ni kena duduk rumah sendiri. Kalau duit takde nak bayar part masing-masing tapi sibuk shopping sana sini

4.Barang Hilang
Bukan asrama je.... semua tempat kalau dah berkongsi bersama-sama memang ada hilang punya. Ni khas untuk penghuni ramai. Kalau setakat 2-3 orang, nak curi boleh nampak balik.

solution : Ini memang kena duduk bilik seorang. Tak boleh share


5.Barang Mahal
Ni macam yang no. 1 tadi cuma sakit hati bila beli barang mahal , barang kita asyik kena guna je. Contoh Shampoo Salon khas kita beli, selang seminggu tak habis. Padahal dorang punya shampoo bersepah kat dalam bilik air tu. Kita punya juga dia pakai

Solution : Simpan dalam bilik





Monday, 25 March 2013

Lemon mint krusher

Slurrpppss... susah betul nak dapat minuman ni kat kfc. Cuma kfc yang terpilih sahaja yang ada. MK memang suka minuman bercitrus .tambahan bila cuaca panas. Feelig minuman lemonand di kfc. Bila susah nak jumpa...lepas gian beli sekali 4.... murah je...satu  rm3. Boleh tambah ilham cipta resipi air baru.

Sunday, 24 March 2013

Jom berenang

Serious masa takde. Tapi itu bukan alasan untuk kita tak bersenam. Bukan untuk kurus je tapi untuk pastikan jantung kita sihat.bercaka9 sekarang memang tak rasa tunggu umur kita 40 tahun nanti. Baru tahu tinggi dan rendah akan kepentingan senaman

Tuesday, 19 March 2013

Meet the drivers from the Mercedes AMG PETRONAS team!








Are you an F1 fan? If yes, then you’ll be delighted by what PETRONAS has in store for you! 

In conjunction with the 2013 Malaysian Grand Prix, the Mercedes AMG PETRONAS team drivers – Lewis Hamilton and Nico Rosberg will have a meet and greet session: 

Date: 20th March 
Time: 5pm 
Venue: Concourse of Suria KLCC 

See you there! ( click here)

Masa.

Bercakap pasal masa, aku memang tiada masa. Aku tak tahu sekarang ni masa bergerak pantas, atau aktiviti aku padat ibarat dr mahathir. Family nak jumpa aku punya kena buat temu janji.Bapa besar darjat aku buat macam tu dekat family. Aku dahulu mana tugasan yang penting dulu.Bayangkan masa untuk riadah, dating, buat facial....tiada....tiada.

80% lebih kepada kerja pejabat
10% belajar
1% dating
5% family
4%lain-lain

Ya.....sangat padat. Dulu masa zaman bawah 25 tahun...rasa macam banyak masa.tiap-tiap malam beronggeng tak ingat masa....cucuk langit sana sini dan hadir parti private anak-anak datuk sana sini...padahal tak kenal pun dorang...muahahaha....haiiih.... dibaginya dugaan kita dengan masa.Rasanya sangat lain.

Masa itu emas, gunalah sebaiknya untuk diri anda.anda  ada mungkin segalanya ...tapi bila anda tiada masa....baru anda tahu masa tu adalah segalanya

Tak salah saya cakap masa itu harta kita jika kita penuhi dengan sebaik-baiknya.

Kenapa kita tak suka beratur?

Acap kali kalau beratur lepas tu orang potong line kita. Rasa macam hangin je....padahal budak sekolah tadika lagi pandai beratur.kalau masuk universiti, pun sama... bas sampai ingat pandai beratur...huh...hampeh ....berebut-rebut nak naik. Kalah nak masuk line konsert artis.
Kenapa tak suka beratur? Walaupun perkara asas ini macam papan skema. Beratur adalah percepatkan proses. Nanti nak maauk syurga atau neraka pun kena beratur juga.

Sunday, 17 March 2013

Gigi macam Fazura?????


Nak cantik macam fazura ?
Mk pernah jumpa dia real life tanpa makeup... fazura memang cun
Lepas tu nak menang hadiah branded yang berharga RM2650 uools?
You uoolss Klik sini dan siapa suka selca (camwhore) dekat instagram tu...digalakkan join...mana tahu dapat balik bawa beg branded tu!!!! *wink*

#OpticWhiteMY

YNOT Graffiti Competition





Belia generasi X dan Y masa kini mampu menghasilkan idea yang bernas dan super duper fantastik! Mengapa tidak kita memberi peluang kepada mereka yang penuh dengan idea yang merimpah lauh! Oleh kerana itu Resort World Genting  mahu memberi peluang kepada belia masa kini untuk melibatkan mereka kepada aktiviti yang menarik dan dapat membantu mereka untuk salurkan daya kreatif mereka kepasa saluran yang betul. Graffiti bukannya jenayah jika anda berada pada saluran yang betul.

Apa kata rebutlah peluang ini,mungkin sekali dalam seumur hidup anda! Menarik bukan.... jika anda diberikan peluang untuk meconteng master piece anda di genting....sambil berkata itu hasil kerja jaya aku... bangga * kembang kucup hidung*



Bagi mereka yang berminat untuk YNOT Graffiti Competition ini terbuka kepada mereka yang berusia pada 18 tahun dan ke atas dan terbahagi kepada
  • Terbuka
  • Pelajar kategori
Permohanan hendaklah dibuat pada facebook (Klik Disini) dan siapa yang nak vote pun boleh Klik pada link tersebut



Tak payah cakap banyak.... kita lompat terus kepada hadiah dia...tadaaa


Open category: 
Champion
RM3,000 cash and Langkawi holiday package
1st Runner Up
RM2,000 cash and Awana Hotel superior room 3 days 2 nights stay
2nd Runner Up
RM1,000 cash and First World Hotel superior room 3 days 2 nights stay
Consolation Prizes
First World Hotel superior room 3 days 2 nights stay


dan

Student category:
Champion
RM1,000 cash and First World Hotel superior room 3 days 2 nights stay
1st Runner Up
RM800 cash and First World Hotel superior room 3 days 2 nights stay
2nd Runner Up
RM500 cash and First World Hotel superior room 3 days 2 nights stay
Consolation Prizes
First World Hotel superior room 2 days 1 night stay



oh ye..... peserta juga dihakimi daripada vote link juga....dan hadiahnya....


Open category: 
Champion
RM3,000 cash and Langkawi holiday package
1st Runner Up
RM2,000 cash and Awana Hotel superior room 3 days 2 nights stay
2nd Runner Up
RM1,000 cash and First World Hotel superior room 3 days 2 nights stay
Consolation Prizes
First World Hotel superior room 3 days 2 nights stay


dan

student category:
Champion
RM1,000 cash and First World Hotel superior room 3 days 2 nights stay
1st Runner Up
RM800 cash and First World Hotel superior room 3 days 2 nights stay
2nd Runner Up
RM500 cash and First World Hotel superior room 3 days 2 nights stay
Consolation Prizes
First World Hotel superior room 2 days 1 night stay



Jadi tak payah cakap banyak jommmm vote dan masuk di sini . Daya kreatif mereka terselah...tak dapat nak di sharekan diblog saya kerana terlalu berharga =)







Saturday, 16 March 2013

#GrammarNazi

mk anti dengan orang grammar nazi. Macam dia tu sangatttttttttttt bagus dengan grammar dia. Mk tambah ttttttttt pun akan jadi satu isu.

Grammar nazi ni adalah orang yang suka gelakkan orang yang membuat kesalahan bahasa english. Biasalah orang melayu dah power bahasa english katanya cacat kalau orang lain tak pandai english. Aku pun ada gak kawan terror english siap ada master TESTL selalu betulkan kesalahanan nahu aku. Aku pun tak malu belajar daripada dia.Tapi taklah perangai yang sombong hidung tinggi.

Tapi orang yang grammar nazi yang oh my english sangat ni, tak membantu langsung orang melayu.Antara sebab orang melayu tak berapa fasih english sebab mereka malu sering digelakkan oleh mereka yang bersifat nazi grammar. Bantulah sikit. Tak yah gelakkan orang yang sedang belajar. Sebab tu dia nak belajar english engkau terbahak-bahak gelakkan dia.

Aku tak boleh belah nak duduk dengan orang grammar nazi nya....bahasa bonda kita bahasa melayu juga, masuk kubur bahasa arab. mana bahasa english lu. aku kesian dekat mereka yang baru nak belajar....akan terbantut nak majukan diri dalam memperbaiki bahasa mereka. Aku pun pernah tersasul walaupun aku cakap tak gagap tapi dia dah buat mimik muka....haiyaahhh lu.... hidup kena rendah diri.Jangan kedekut ilmu.

Antara sifat grammar nazi :
1.kita bercakap dia akan senyap dan tenung kita
2.terpusing je lidah kita letak is,are..past nouns...dia start mimik muka dia
3.ketawa bahak-bahak bila kita tersasul

P/s:belajar bahasa english dengan orang cina lagi bagus

Kan bagus

Kan bagus jika industri makanan kita dapat diperkembangkan begini. Bukannya tak sedap makanan orang malaysia ni. Tapi kita sibuk agongkan makanan brand jenama barat. Katanya tak kelas makanan orang malaysia. Dulu nenek moyang punya air tanya itu yang orang barat tergila-gila

Thursday, 14 March 2013

Pray for lahad datu...

Email yang mengejutkan saya terima...

Happy Ending



Bercakap pasal happy ending. Kahwin.
Happy ending je kahwin.
Cerita dalam karton tu, happy ending je.... tadaaa kahwin. Itu adalah tipikal thinking manusia memang tidak dapat dilari.

MK tulis ni bukan apa, karang nanti orang pergi cop MK ni anti Kahwin pula. Mana ada. Itu adalah sunnah rasullah. Kita perkembangan keturunan kita. Walau bagaimanapun kalau tak de rezeki , janglah pasrah sampai frust menonggeng.



Sebab ada kalanya korang akan rasa tertonggeng mengalamun kenapa tak kahwin-kahwin (artikel ini lebih kepada wanita sebab laki takde hal makin berusaha makin laku) Ini kerana MK pun pernah mengalami nasib yang sama. Ini pun tulis berdasarkan pengalaman. Kalau siapa kenal MK sekarang dia tahulah keadaan MK sekarang. 

MK dulu masa buat degree pertama fikir nak kahwin bila lepas kerja. Padahal belajar entah ke mana soal percintaan entah ke mana. Tup tap tup tap nak lagi satu SEM nak grade putus cinta sebab bukan jodoh. Lepas tu bodoh.... pergi extand SEM alasan emosi terganggu sebab putus cinta katanya...kengkawan dah grade ,MK terkangkang nak habiskan....nasib baik habis. Tak habis...aku kena kerat 14 dengan Aunty nah.Ada benda yang menjadi traumatik kepada MK hanya kawan rapat MK dan BF MK sekarang je yang tahu apa jadi. Tapi ini bukan maksudnya MK band Kahwin.

Masa tu rasa macam langit runtuh... bila aku nak kahwin... bila aku nak kahwin...
bukanya tak berusaha, usaha hingga entah ke mana. Lepas tu MK start meroyan-royan. Tengok cermin , telek badan . Asal hodoh sangat ke aku ni?Lagi menambahkan meroyan MK bila lihat kawan-kawan MK jadi satu per satu berkhawin. Lagi parak..... Sampai satu masa kawan-kawan yang rapat yang selalu tolong MK ni MK buang jauh-jauh... ada yang sampai ke pintu rumah datang , MK cakap kat mama MK banyak kerja dekat pejabat......padahal dorang nilah yang selalu kasi penguat semangat dekat MK. such a waste MK buat alia,suraya,Hana,dayang,pija dan terutamanya Siti...MK cancel jadi pengapit dia. (Minta maaf ya korang aku sayang korang ketat-ketat sebab tak pernah buang aku sampai sekarang)


Atas hasil berkat dorang yang tak putus-putus doakan MK supaya berubah dan keluar daripada sarang tebuan, tetiba satu hari kawan atas kawan yang mengalami nasib sama macam MK datang jumpa MK, tak dalah rapat tapi orag kata takdir. Berkongsi cerita dengan MK, kesian sampai nak bunuh diri. Kemudian MK duduk termenung, asal kita rasa kalau tak kahwin kita tak akan mencapai happy ending kita ? Sebab orang sekeliling dok tanya bila nak kahwin ke ?


MK tengok kawan MK tu cantik,pandai , berpendidikan tinggi, ada rumah sendiri (beli ok..bukan sewa), ada kereta sendiri, pendek kata fully package lah...kaya... kenapa dia meroyan?

Sebenarnya alam perkhawinan bukanlah happy ending. Alam perkhawinan adalah satu bermulaan hidup baru kita bersama orang baru yang kita gelar suami. Ada sebab mungkin Allah berlambatkan jodoh kita.Sebenarnya Allah mempunyai rahsia yang sangat banyak dengan kita.Pasangan kita telah ditetapkan masa di Luh Mafuz lagi.Jadi jangalah risau. Kalau tak kahwin mungkin kekasih kita adalah bidadari. (Nak cakap lebih karang orang cop MK berdakwah pula... ya MK faham, MK pun kepala bogel lagi... solat pun tunggang terbalik)


Tapi apa-apa pun Kahwin bukan lah penamat hidup kita. Mungkin Allah ada ceritanya sendiri. Cuba bayangkan kita kahwin tetiba :-
  • Tak boleh beranak -> suami kahwin lain
  • suami kaya-> tapi kita dimadukan
  • kita kena tanggung hutang suami
  • suami tak kasi kerja
  • dapat suami control tak kasi kita jumpa family
  • kena tanggung suami
  • mak metua tak suka kita
  • dapat pulak suami kaki pukul...cacat badan kita
Banyaklah....mungkin ini dugaan atau asam garam yang Allah nak simpan daripada kita.

Janganlah rasa bila tak kahwin umpama hidup tak berguna lagi. Cuma renung pada diri kita? Kita ada badan yang sempurna, kita boleh buat apa yang kita suka, kita boleh beli asset untuk kita ... banyak benda yang kita boleh beranakan (bukan kita beranak lahirkan anak). Perkembangan dan majukan diri kita sendiri. Kalau orang tanya dan soal banyak. Sila tanya kepada Allah, mungkin dia ada plan best untuk saya.


Sebab sekali kita dah berumah tangga, hak mutlak kita adalah suami. Kalau kita eh, owh dan tak layan suami... susah nak bau syurga... mampu? Sila lihat kepada point view yang lain


P/s: Hati MK dah terisi pun dah.

Tuesday, 12 March 2013

Kucing dan Deria Keenam






Pernah tak kita pergi makan, lepas tu dalam banyak-banyak orang ...tetiba kenapa meja kita menjadi sasaran mereka untuk mengadu domba yang mereka ni lapar ? Atau pun sebaliknya dalam banyak-banyak meja kenapa kucing tu pergi ke meja orang itu ?

antara teorinya :-

1) orang tu memang tak suka kucing atau takut kucing -> negatif
2) orang tu memang kaki bela kucing -> Positif

Sebenarnya janganlah kita mengeluh kepada siapa yang tak suka kucing tu. Kalau tak suka senyap je buat deq... dia tahu korang tak layan. Satu tips jangan kasi eye contact lansung dan buat macam biasa. Insayallah dia berlalu pergi... lagi korang tendang lagi dia datang ( tak baik tau tendang kucing)


Sebenarnya kucing antara binatang yang cepat dapat mengesan aura manusia. Kuasanya Allah kepada makhluknya. Kepada yang tak suka bila kucing datang menyinggah tu... korang perasaan tak pada masa itu korang moody,baru maki orang,bergaduh etc telah terpacarnya satu aura negatif dan datangnya kucing ini untuk menghilangkan aura busuk tu. Kalau korang layang sebentar kasi kucing tu makan, tenung... secara tak langsung aura itu ditelan dan dimamah oleh kucing tu sekali dan mood korang sekurang-kurang terubat sedikit.Pada masa yang sama kita dah sedekahkan makan dekat mahkluk Allah juga. Dia pun akan doakan untuk kita.

Kekadang kalau siapa yang sayang kucing, kalau melangkah sahaja kaki nampak kucing ,korang kasi eye contact... lepas tu berlari-lari dorang ke arah kita. Eh... jangan risau kita bukannya pembawa aura negatif. Dari situ kucing dah tahu kita mempunyai aura yang bersih.

Betul tak ? kekadang dalam banyak-banyak meja makan kita. Kenapa kucing pilih kita ?
=)
Sebab kita adalah sesuatu kejadiaan yang terpuji.

Kita.

Kita manusia
Hati lain-lain
Inikan rambut bermacam rupa

Kita manusia
Tak perlu banding dengan orang lain
Sebab diri sendiri pun lain

Kita manusia
Matlamat hanya satu
Janji perut senang
Kocek penuh yang itu sama

Monday, 11 March 2013

LaFerrari Yang baru



Petikan daripada yahoo
Ferrari mengeluarkan kereta supercarnyayang baru.
Yang mempunyai hybrid elektrik bermotor.



sisi depan





Sisi belakang



Dalaman Ferrari



cantik kan.....




Wordless Today : Super Duper Busy

Masa itu emas.
salah susun masa
boleh bikin diri jadi mereng

Ukuran Kejayaan

Adakah nilai kekayaan diukur daripada kebendaan?
Atau diukur daripada kepandaian,
 sikap yang baik,
pemikiran kelas pertama
dan sebagainya?


Bagi Mk nilai kekayaan diukur jika orang ada fully package.
 Pandai,kaya,cantik,hensem dan sifat dalaman yang cantik.
Tapi ada sesetengah jika kita perhatikan,
berlagak bukan ke main.
Barang fully branded dan kerja "menganjing" orang...

"kau mampu?" katanya kepada orang lain untuk beli seperti ini.
Bila kita kaji seledik
...bukan nak menghina background family
tinggal dekat setinggan,flat dan rumah papan.
Siap selindung family punya background .

MALU Katanya...tapi diri sendiri tak malu
dengan sifat bongkak dan riak
seraya memperendahkan sifat kebendaan orang lain.
Selalunya orang berada atau senang kita panggil hidup senang
tak mungkin berlagak.


Tapi orang yang berlagak nak rak ni....
kita selak dompet yang branded tu mengigil dia nak keluar duit.
Selalu orang macam ini kita tak tahu hutang dia berapa.
Silap bulan dia korek pitty cash company.
Kekadang terselit rasa insaf mk,

dan doa kalaulah aku takbur seperti itu
minta dijauhkan lupa daratan.
Faktor-faktor mungkin orang seperti ini
 dikelilingi rakan-rakan yang senang.
Kalau tengok cerita drama lebih kurang macam realiti.
Tapi jangan sampai tak mengaku family daripada keturunan mana.
Soalan cepu emasnya....
apakah maksud nilai kekayaan untuk korang?
Hartanya atau sifat peribadinya.

Sunday, 10 March 2013

Jangan makan kedai mamak

Hari tu berlepakan
 bercerita pasal makanan,
Mk memang suka roti canai.
 Kuah banjir, roti kena garing
lagi hangus lagi bagus.

Orang kata kalau pakai mesin tak sedap.
Kena pakai handmade.
 Tapi cuba bayangkan kalau mamak jenis buka dari pagi
sampai ke lewat tangan.
Berapa kuasa tenaga manusia
 yang dikerahkan untuk uli tepung?


Pernah buat kuih uli pakai tangan?
Berapa kerat sangat kuasa kudrat kita
untuk kerja uli pakai tangan.
Konsepnya sama macam proses wain
 kalau kita baca di wikipedia.
 Mamak uli pakai kaki.

Terfikir akan pakai ke seluar dalam.
Tekak mk yang suka makan roti canai
mula mengembang bila ada orang berbicarakan benda ini.
Kekadang sampai tak tidur malam mengenangkan roti canai
garing mamak si polan tu.
Penangan uli pakai kaki
...memang sedap

...selamat menjamu selera.

Wednesday, 6 March 2013

If you sports fan!




Can’t live without constant updates on how your favourite sports team is performing, or when they have a match? Click here New Application

Tuesday, 5 March 2013

Kenapa dihantar Polis dahulu dan bukannya Tentera jika ada sbrg pencerobohan berlaku?

Petikan yang dikongsi bersama daripada boss saya :Juriani Jantan.
Sedikit perkongsian Ilmu
Ramai orang tertanya-tanya mengapa anggota Polis dikerah terlebih dahulu di Lahad Datu untuk menangani penceroboh dan bukannya dikerahkan anggota Tentera kerana penceroboh sudah pun menggunakan alatan-alatan perang yang lengkap...

Persoalan kenapa Polis tak Tentera?

1) Jika kita guna Tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang terhadap kita.

3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.


Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna:

1) Kita masih anggap mereka (penceroboh) itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah
menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai Tahanan Penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo Bay juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika Tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
(Jika Tentera mengambil alih maka tiada lg rundingan, hanya senjata dan peluru sahaja lah sbg rundingannya).

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan.

Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil).

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu - tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawasan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini, jadi kita sbg rakyat dan org awam jangan lah terlalu bersangka buruk dan berfikiran negatif dlm hal ini dan jangan suka-suki
LIBATKAN POLITIK dalam hal ini, tidak mungkin Kerajaan akan membiarkan anggota2 pertahanan mati begitu sahaja dan membiarkan negara ditakluki penceroboh..#PrayForLahadDatu#

p/s: Al-Fatihah buat pejuang2 polis/tentera kita yg terkorban..



Monday, 4 March 2013

Nenek moyang



Bukankah mereka pernah menjadi pemerintahan yang agong
Bukannkah mereka pernah menjadi tamadun yang termasyur
dan pernah menjadi perantau yang terkenal
tapi mana silapnya?

Hari ini mereka bangun untuk menangisi
terbangun  bukannya daripada tiupan sangkakala
terbangun kerana meratapi nasib anak bangsa mereka
yang entah mana silap.

Saling bersengketa antara satu sama lain
akhir mati dimamah daging sendiri
langkah ini longlai
kerna sejarah"mungkin" berulang


roh ini cuba mengapai anak cucu
menangisi hiba kepada yang kecewa dan lemah
untuk mengatur langkah
yang perjuangan ini masih belum selesai


Hari ini lorong ini
janganlah kita leka dan terus alpa
bahawa syurga sekarang
bukan hak milik kekal untuk masa yang akan datang
Kerana jalan ini penuh berliku
Jadikan kisah nenek moyang sebab kisah pengajaran




Standing Occasion





'


.
.
.
.
.
.

Standing Occasin bermaksud tanda penghargaan

diberikan untuk


,
,
,
ha ? MK hisap rokok dan berhenti hisap rokok ?
Dapat standing occasin ?
,
,
,
,
,
Lagi sekali tepuk


Bukanlah... bukan untuk  MK



Tapi untuk ini...










Tapi untuk pencipta kek yang berjaya membuat MK makan sambil terduduk dan menangis makan. Kali terakhir makan kek sambil menangis masa arwah atok buat chocholate fudge. Semenjak daripada tu tiada siapa boleh setanding kek arwah atok. Tak jumpa yang perfect. Ada yang sedap tapi rasa tak perfect yang boleh membuatkan rasa lidah ni meletup-letup hinggalah pada satu hari dapat kek ini.
Serious tak rugi. Dan sila layari page ini

Masa MK makan, keranggupan kek terserlah daripada oatmeal ditambahkan pula kek lembut macam kapas.Apabila dimamah cair dimulut dan kemudiannya baru terungkai perisa strawberry dan peanut butter dan diselangi dengan oatmeal di selang seli rasa lembut dan ranggup seperti irama lagu yang serasi bersama. Perfect... Anda tak mampu nak berhenti seperti ada yang mengoda anda untuk terus makan sampai licin.


Tempahan anda, insayallah berpuas hati dengan hasil kreatif dia sebab dibuat dengan penuh kasih sayang =)page ini