Tuesday, 30 April 2013

Memori Pewarna kuku

(gambar hiasan sahaja)


Aku hendak bercerita tentang kuku berwarna....
aku sebenarnya tidak berapa setuju 
kalau tengok orang muslim perempuan 
mengunakan pewarna kuku( kecuali inai) 
bukan aku jelous. 
Ikut kehendak hati boleh je hendak pakai. 
Tapi nanti aku story sikit pasal cerita benar aku . 
Nak kata lebih aku tak alim. 
Solat pun terabur lagi.
Tapi kekadang kalau kita tengok orang islam 
pakai mesti terdetik. 
Sembahyang ke budak ni ?
...oklah sensitif kan pula karangsoalan dia nanti.
Sebab yang pakai tu kekadang tengah datang bulan kan.


Cerita 1
Aku memang pernah pakai satu ketika dulu. 
Walaupun mama dah pesan banyak kali jangan pakai.
Alasan aku berikan alah datang bulan
....bukannya ada masalah pun.
Jadi aku pakai sorok-sorok belakang mama.
Sampai satu hari mama herdik aku sambil menangis. 
Tolonglah jangan pakai.
Terus mama cerita pasal 
Kapal Terbang MAS terhempas di Tanjong Kapong 1977.
Masa cerita masa tu dia anak dara jurulatih juruwat 
sebelum dia berhenti sebab berkhawin dengan papa.
Mama cakap masa tu masa cuti dia. 
Jadi dia pun kena panggil untuk hulurkan bantuan.
Badan berkecai bersepah-sepah. 
Ada yang dapat sahkan jantina. 
Ada yang tak 
Mengikut list pramugari semuanya adalah
MELAYU ISLAM.
Jadi bila mama dah kumpul badan mereka
ada dapat dikesan ,ada tidak
dipendekan cerita bila tang nak 
bersihkan bila dah buat post mortem.
Masa tu forensik DNA takde lagi.
Jadi boleh bersihkan mayat. 
Niat mama sebab list adalah melayu Islam..
Mama pun nak cuci pewarna kuku mereka. 
Sebab nak mandikan mayat kan wandi hadas besar....
tahu tak?

Perwarna kuku tu tidak boleh 
ditanggalkan langsung ? 
cucilah dengan apa pun tinner ke...
tak jalan...
bila nak tanamkan.. kena tanam semua satu kubur
Nak tak nak cara dia
adalah cabut kuku... 
Mama tak cerita habis. Sebab mama cakap dia
 pertikaikan cara kebumi mangsa tu.


*Tapi neh.... aku kan degil lepas dengar... aku still pakai*.


Cerita 2
Cerita 9 tahun yang lepas. 
Cerita pasal 2 orang kawan baik aku terkorban .
Secara jujurnya ,
aku tak pernah cerita fully benda ni dekat sesiapa.
Sebak...kejap... 
aku harap ini pengajaran untuk aku juga.
Wow...sedihnya nak taip..
ok kita teruskan...
dipendekan cerita aku ,
nama-nama arwah kawan baik aku tak payahlah sebut.
Si T dan Si A baru dapat kaki.
 Maksudnya kitaorg semua baru dapat lesen kereta.
Yalah lepas SPM.  
Lepas tu suka lenjan kereta mak bapak. 
Dah pandai start keluar malam (curi pagar)

Cuma aku kena control sikit dengan mama dan papa. 
Sampailah aku masuk matrikulasi.
Si T dan Si A untung sebab parent masing-masing 
dah hadiahkan kereta.
Aku jelah jelous tak dapat bawa kereta. 
So di pendek cerita bila matrikulasi habis. 
Si T dan Si A nak hiburkan aku,
 sambil kitorang berangan nak cerita perancangan masa hadapan nak buat apa.
Yang pastikan kitorang tak nak berpecah 
dan make sure maksud university yang sama
untuk buat degree.

hari dikunjung tiba, 
aku dah ready dah pack barang. 
Entah apa emosi tah
aku tak nak pergi sebab tetiba ex-boyfriend aku ajak keluar.
Katanya nak bawa aku jumpa family dia
masa tu aku macam berbelah bahagi
..nak pergi ke tak nak. 

So aku memang kawan yang jahatlah
sebab masa tu aku pilih ex boyfriend aku.

 kebetulan masa tu aku penat gila
3 hari berturut-turut pergi clubbing
 rambut pun dah bau rokok.
 Aku cancel..
aku tau-tau dapat sms:
 "sampai hati tak nak ikut kitorang,yelah kitorang siapa"
Kami bergerak gi genting .
Kalau rasa nak join. Lu naik la...

so...

dipendekan cerita....
 pukul 9 pagi esok. Si R call aku
"beb kita dah hilang 1 kawan...satu lagi koma"
Si A tercampak keluar daripada hadapan ...
meninggal dekat situ
Si T....badan terlipat dua...sedang koma..

Akhirnya si T meninggal
 masa aku OTW tengok dia. 
Difahamkan parents dia pun tak sempat tengok dia.
lebih menyayat hati bila aku tersentak tahu 
kedua-dua arwah pakai pewarna kuku yang aku belikan.
yang aku pun sedang pakai masa tu juga.
,
,
,
pewarna kuku tak boleh tanggal ,
akhirnya kuku-kuku arwah...kena tanggal(cabut)
luruh jantung aku masa tuh. 
sebab satu aku tak ikut, 
sebab dua aku yang belikan pewarna kuku tu.
aku tengok arwah mayat terseksa.
 Aku menangis kategori melalak...
bukan sebab utama arwah-arwah tiada.
.sebab... aku sedih  tengok arwah punya kuku kena cabut satu per satu. 
Apa yang mama cakap tu betul.

Lepas kejadian tu sampai sekarang aku tak pakai warna kuku.
Aku nasihatkan kita tak tahu ajal kita macam mana...
adi..janganlah pakai warna kuku untuk
yang muslim tu. 
Ya umur kita masih lagi panjang. 
Tapi nak ke kalau kita mati
... kuku kita kena cabut.....


***Al fatihah untuk arwah****

Monday, 29 April 2013

7 cara untuk pastikan rumah anda selamat semasa cuti

Tak kisahlah. Mesti ada yang dah rancang untuk cuti panjang sebab nak dekat pilihan raya 13 ( PRU 13).
Masa nak pilihan raya 2013 ni macam-macam perangai pelik keluar kan ?
Walaupun pihak pegawai keselamatan  seperti polis ada meronda. Tapi sebagai rakyat prihatin dan kita pun
tak busy body dengan jiran sebelah kita yang sinun sinin... jadi kita kena jaga rumah.
Sebab orang pun tak kisah sangat kalau rumah kita kena pecah masuk.. kan ?

  1. Pasang Lampu
    Ini memang teknik yang kuno yang berkesan. Pasang lampu dekat rumah biar orang tahu kita ada. Bila malam. Kalau ada kawan yang baik hati dan DIPERCAYAI, minta dia jadi tukang set timer lampu. Jadi takdelah orang suspek lampu tu je buka kan.
  2. Jangan beritahu
    Jangan kepoh sangat nak annouce kat FB ke kat twitter ke dekat BBM ke apa
    apa lah. Bukan MK jeles pun takde kene mengena. Bila kita annouce... orang tahu kita tiada dalam rumah tu. Kekadang kita tak tahu siapa musuh kita. Silap hari bulan kita tuduh orang yang tak bersalah. kan kan ... mana tahu si polan tu datang curi kasut kita ke. hantar sihir depan pintu ke..
    benda-benda ni yang kita minta simpang 44 malaikat maut. Biar kita upload pic masa pergi
    tapi jangan annouce kita balik 5 hari.... 1 hari je dah boleh buat dajal kan ?
  3. Post gambar
    erkkk pada pendapat MK pun tak selamat.... kalau rumah tu kosong... naya weiii
    (daripada pengalaman) kang dia tibai kereta kita . Cam ne ?

  4. Becakap dengan rombongan
    mmm... ok maksudnya kat sini dalam percutiaan kita yang panjang kita mesti bawa partner kita ke
    adik kita ke....mak kita ke... sesiapalah. Kalau rumah kita kosong. Inform mereka untuk tidak sebarkan informasi kepada golongan tak sepatutnya. Mana tahu ada stalker gila ikut kan.
    (Ini kesilapan MK selalu buat ghairah nak bercerita pasal cuti)
  5. Cakap dengan Jiran
    siapa yang baik dengan jiran tu boleh minta jiran tolong tengok-tengok kan rumah
    jangan harapkan pagar, pagar makan padi nanti
  6. Berhenti Langgan Suratkhabar
    Kena plan awal benda ni. Kalau dah confirm baru bagitahu . Dengan abang hantar
    suratkhabar jangan hantar.
  7. Minta kawan check Rumah
    Kawan di percayai..sebaik-baiknya sedaralah..nak lari mana pun jumpa balik


Cuti adalah sepatutnya masa untuk diri kita sendiri. Sebab kita pun tiada masa nak
fikir benda lain. Kekadang sibuk nak mengundi tetiba balik rumah,
rumah kena rompak...tak spoil ke mood tu ?


Saturday, 27 April 2013

Perbezaan lelaki dan wanita : Bilik Air








Perempuan boleh lah dikatakan mandi cepat tapi siap lambat.... agree ? nak make up... nak keringkan rambut. Nak tunggu muka kering. Sebab ada setengah tu berpantang larang.

Lelaki ? siap kejap je... sapu deodorant kat ketiak. pakai baju yang paling cantik dan awesome . Lepas tu rapikan rambut. Aset penting dorang gigi dan rambut je. Tapi mandi.... nauzubillah...lambat dowh...kekadang terfikir...apa korang lama sangat mandi tu ? ha buat apa dengan sabun tu ? eh#...
tak kisahlah untuk partner,bottom,up....mmm.. bottom mandi lama ? no komen. Tapi rasa lama juga..

Mungkin...

1) Bilik air tempat meditasi dorang... kat situ je kot dorang luahkan perasaan. Kan nangis kat luar...jatuh macho

2) Privacy ---> situ je kot dorang boleh terpekik terlolong nyanyi...karang kat depan orang, orang kata sewel

3)masuk bilik air confirm bawa suratkhabar tak pun telefon...--> membaca katanya. Dorang kat luar tu takde masa nak baca... kat sini je dorang boleh baca


4) kalau perempuan siap lama ..sebab mengadap cermin ...aku rasa lelaki pun mengambil masa mengadap cermin dalam bilik yang lama... agaknya sebab tu dorang pantang kalau bilik air takde cermin. karang mengadapa cermin depan orang , orang panggil johhny bravo.


sekarang aku dah tahu kenapa dorang lama sangat dalam bilik air. ( Ilham daripada : yahoo

I am the Unstoppable Explorer : Food






I'm a maniac explorer of food because food is a good friend of mine * huh * although I'm kind of 

watching and control my diet... (gemuk lah nanti)
when I'm think of happy, joyous, or comfortable things, I will inevitably turn to food.
Something tasty 
can take a cruddy day and fix it. Something sweet can make all your problems evaporate.
Something delicious can take stress and make me to forget it.
My challenge every day is to make sure that  I able to found the food or recipe that variety
my taste bud. In short word... I want to have wonderful food.

Command scenario challenges that I faced, till at one stage I did not know what
I want to eat or cook. Sometimes the idea is not come out and it can make me so anger when I can't give a new information to others. But thanks to my baby Samsung galaxy tab II was very helpful ,I  get all information at my fingertip.
I can google,foursquare, insta... name it.... it's  feel like heaven....the important thing I can explorer more about food.

Did you know astro have lunch product call  Astro-on-go??? This is the latest innovative service that meet mine or your digital lifestyle. It provide us with access to a wide range of programs that we can enjoy with our Favorite devices such as PC,laptops and of course  my precious baby samsung galaxy tab.



So this is a very very good news to me , because I can catch up my favorite channel especially
Food Channel = Asia Food Channel  at any time and any where!!! yeeehaaaa.....
 no regret when I leave the home so I can watch from my tablet.
Interesting right ?  for more info you may visit to astro on the go website :www.astroonthego.com







samsung galaxy S4 lunch today @ malaysia








Apakah kelebihan samsung galaxy S4 daripada samsung yang terdahulu ?


Full HD super amoled! (skrin paparan dia lagi cantik)
Badan telefon ini lagi nipis dan badan telefon ini disalut dengan
polikarbonat khas ( maksudnya lagi ringan...jangan tercicir dalam mangkuk tandas cangkuk sudah ek... terutama lelaki)
Badan dia ada texture design


ada orang kata macam s3...

tapi MK galakkan korang pergi link ni
Untuk lihat sendiri design s4.... bye bye


Thursday, 25 April 2013

Bahan masakan yang mahal di Dunia

(gambar ihsan daripada yahoo.com.my)

1.Bunga kunyit.
Macam pelik kan ? sebab dekat malaysia punyalah banyak. Tapi kalau nak goreng sedap kena letak lebih kunyit kan ? mampu tak ? cuba tanya owner kedai. Sebab tu ayam goreng,ikan goreng, sotong goreng..apa-apa goreng denga kunyit kalau menjadi tarikan sesuatu kedai tu. Harga dia melambung sikit.Ingat senang ke nak ekstrak bunga kunyit ni? Kalau makan dekat luar negara ni..menangis kita nak makan.Jadi hargailah kunyit di malaysia



(gambar ihsan daripada yahoo.com.my)

2.Kacang Macadamia
antara kacang atau mungkin kacang yang termahal di dunia. Kenapa ? susah kot nak tanam benda ni. Cuba beli kek macadamia,cokelat macdamia... apa-apa yang kita request ada benda ni...berbaloi ke nak makan...lepas tu jadi tanji.....Janji sedap kan ? peduli apa?Macadamie kacang ranggup tapi masuk mulut dia cair. Nak tanam dia kena tanah subur dan lembap.


(gambar ihsan daripada yahoo.com.my)

3.Kaviar/ Telur Ikan
Ha... ni memang kegemarang aku. Suka sangat nak makan benda ni. sebab tu sushi mahal. kekadang beli kat pasar raya. sapu dekat biskut masin.Sedap!





(gambar ihsan daripada yahoo.com.my)

4.truffle

Gila benda ni tak mahal. Rasanya MK pernah tulis pandangan MK pasal ni. Boleh review dekat sini



(gambar ihsan daripada yahoo.com.my)


5.La Bonnotte

Apa benda tu ? itu adalah kentang. Orang kata dalam setahun hanya 100 sahaja yang dipetik dan dihidangkan untuk makan. Nak komen lebih....sebab tak pernah makan.




Kalori Seketul Karipap

Seketul karipap bersamaan dengan 130 Kalori.


#Sekian
#Freak calories begin

Wednesday, 24 April 2013

Kesesakan Network/ Rangkaian


Assalamualaikum Wbrt.




Hari ini MK nak berkongsi ilmu teknologi sedikit dengan korang , ilmu yang MK dapat daripada pengajian MIT yang MK buat.

Apa itu kesesakan network ? atau bahasa english nya dipanggil Network congestion ?

Dalam rangkaian data / que theory  berlaku apabila pautan sedang menjalankan banyak data yang menyebabkan perkhidmatan service merosot atau lambat.
,
,
,Jap korang faham ke bahasa teknologi ni ? zzzzzzz

ok kita pakai bahasa kitalah.

Contohnya kenapa internet slow ? kenapa nak buka FB atau social network slow ?

apabila :-

1) data muat turun ( maksudnya disini application online yang aktif) banyak sangat di telefon atau computer.

2) Pengunaan jaringan pada kawasan itu terlampau banyak.(perasaan tak kalau masa new year kalau kita jalan-jalan atau count down. Telefon mesti "line busy". Sebab apa ? Sebab dah terlampau ramai sangat penguna di kawasan tu.


Yup... betul network pun macam jalan raya juga. Kebanyakan IT savy tahu benda cuma. Dan juga kepada customer service telekomunikasi. kekadang pelanggan ni tak nak faham. Main tembak je. Cuba faham dulu senario dia.

Sedangkan awan tu pun ada trafik untuk kapal terbang inikan network.
cara untuk mengatasi rangkaian yang lambat

1. Jauhkan daripada kawasan sesak. Nak buat camn ne kan ?
2. Kurangkan aplikasi yang tak sepatutnya. Terutama FB sebab dia akan sentiasa snyc kan telefon tu. Sebab dalam tu ada gambar , video. Walaupun kita tak buka.
3. Pakai sim card yang mempunyai speed laju. ( bergantung kepada plan)
4. Kekadang berguna juga telefon customer care telekomunikasi. sekurang-kurangnya mereka boleh buat pemetaa dalam report.
5. Yang berada dipejabat tu pepandailah filter server. sebab tu ada setengah pejabat dia tak kasi buka FB...pasal apa? slow...boleh menambah jadi slow


Sekarang dah up jadi 4G untuk sesetengah rangkaian. ...ha... salah satu kenapa semuanya down lately ni.

bayangkan saluran paip 2g,3g dan 4g.... sumbat.... sesak wei sesak...




Taste Bud : Bread Ties Taman Melawati


(Tempat makanan ini sudah ditutup pada kali terakhir aku datang pada tahun lepas 2015 , selepas aku dimasukan di hospital area-area sana ingat nak makan dekat situ)


Tempat makan dekat taman melawati memang banyak dan sedap lagi satu harga masih lagi berpatut walaupun terletak di kawasan startegik. Tak jauh daripada bandaraya dan dekat dengan zoo negara.
MK pada mulanya rindu nak makan sup dalam roti. Walaubagaimana pun orang malaysia tak berapa nak reti nak makan. Kenapa cakap macam tu ?

Kalau siapa ingat kedai express soup. Dikenali dengan sup dalam roti tapi sekarang mana ada lagi kedai tu. (Please tell me siapa ada jumpa kedao express soup ni).

Ok. di pendekan cerita. Kedai ini dicadangkan oleh boyfriend MK terletak di taman melawati. Satu barisan dengan Hospital damai melawati. Kalau siapa yang tahu hospital ni. Atau korang terjah sahaja alamat MK kasi ni

Taman melawati ,jalan bandar 4.... cari landmark pam petrol BHP dan caltex


Stail tempat makan ala urban
tema makan lebih kepada pastri dan bakery ( siapa suka makan pastri)

Kalau nak tahu menu boleh klik link ni


Apa benda yang menjadi pujaan MK dan recommend untuk makan adalah :-

Sup dalam roti (makan confirm kenyang) so kalau order ni jangan gatal nak order lain



Cream brule... kena makan dekat situ tak best tapau


corus... roti goreng panjang-panjang ( Ini ikut hari dia)



Apa-apa pergi lawat website dia dulu. kena ikut time dia. Breakfest lain menu. Kedai ni pun dah masuk jalan-jalan cari Makan TV3

Tuesday, 23 April 2013

7 cara untuk hadapi tolakan / rejection

Assalamualaikum wbrt

Dalam semua situasi




1. Pandang daripada prespektif lainYup cakap memang senang, bro dan sis... kan kan. Tapi itulah hakikatnya kekadang kita tak akan nampak prespektif tu sekarang. Macam contoh, dulu mk pernah dapat satu kerja, offer dia menarik orang kata kumpul 2 bulan boleh langsai hutang kereta yang berjumlah lagi 3 tahun ni. Mk tarik diri pasal personal masa tu. Frust juga menonggeng. Siap salahkan boyfriend punya salah.
Tapi lepas 5 bulan jumpa kawan di syarikat sama. Dia mengadu tak guna duit banyak..duit bukan segalanya nak solat susah inikan lagi nak jumpa famili. Pendek kata, takde life
Kekadang bila kita pandang sudut prespektif lain , benda itu yang buat kita kuat untuk move on


2.semua benda yang terjadi ada alasanKekadang kita jangan salahkan takdir. Semua benda terjadi ada alasan yang tersendiri. Betul tak? Bila kena dekat kita saat macam tu memang senang nak cakap.
Tapi semuanya ada sebab sesuatu rahsia hukum yang kita tak tahu.Contohnya kita tak dapat task tu , mana tahu tarikh task tu start sekali anak,mak atau ayah kita sakit. Jadi bersyukur.
Tak perlu kita cuba melanggar hukum alam. Kekadang tak dapat tu tuhan nak lindung kita


3.semua orang pernah kena rejectOrang handsome atau lawa macam mana pun kena reject. Dunia tak sempurna. Kita bukannya nabi pun nak capai kesempurnaan yang unggul.


4.jangan ambil hatiSiapa kata tak sakit hati? Jadi didik hati jangan ambil hati. Ini boss aku pesan dekat aku...sekali aku didik hati aku ambil hati aku dah hantar signal dekat otak aku untuk berfikir negatif. Jadi terpancarlah aura negatif tu.sebab tu satu per satu penolakan terjadi dekat diri kita. Sebab tu ada pepatah sudah jatuh ditimpa tangga pula


5.terus mencubaWalaupun ranking dekat nuffnang naik sikit-sikit oklah naik daripada tak naik langsung...siapa nak kasi? Terus mencuba.....cuba dan cuba. Tak usaha tak dapatkan. Kekadang bukan rezeki kita pun..tapi bila kita langgar hukum alam dan terus mencuba...tak akan tak dapat sikit pun.


6.salurkan negatif anda
Bila kita dah depress dengan penolakan tu salurkan channel yang betul...macam pergi berjalan ke. Tapi daripada pengalamankan..better masuk gym...lepaskan geram...tahu2 badan cantik. Ha....kan? Setakat ini blog pun channel yang terbaik juga. Tapi fb ,twitter atau insta tak membantu. Sebab kekadang bila sesorang tengah sedih tengok status kawan-kawan yang happy tu, terasa cam kena ejek. Kan? So pilihlah channel yang betul.



7.ambil rejection tu sebagai pembina anda.Kelemahan kita adalah kekuatan kita. Serious tak tipu. Dulu aku ni penakut nak jumpa orang...takut nanti..krik krik krik krik bunyi cengkerik....sekarang jumpa tanya kawan blogger mk....kepoh macam macikz..... tot tet tot tet

Sunday, 21 April 2013

Weekend project : handbag hanger

Assalamualaikum wbrt
I would like to share a new gadget that i bought ace hardware located at midvalley megamall

Nothing much to share, I'm not sure either worth it or not the thing that I bought for me. But after spent about 5 minutes....(this is for handbags lover)

Previously I have experience :
1.messy handbags collection
2.damage handbags (stok yang penyet yang menyebabkan beg mahal kita cepat Rosa)
3.dusty handbag

So I decided today and buy handbags hanger which cost you RM 51.90 . It's quite expensive because right now it's middle of the month

Well that is the price of organize . Let's the picture tell the story. Finally I think it's worth it.

P/s: if you find this with cheaper price, please let me know.

Spark your Creativity with Graffiti Day #1 Part 2



Kemudian dah posing dan semua dah naik the wave (ride baru yang berada di genting) . Perut pun dah nyanyi lagu-lagu rock... lapar wehhh... dah gerak pagi tadi. Kebanyakkan mesti semua tak makan lagi .Takut ganggu event kan..kan.. kebetulan sepanjang aktiviti aku banyak masuk toilet... nak buat cam ne. Perut meragam.



Kami pun dibawah ke happy Valley restaurant di genting.
Gambar ini MK petik daripada :http://foreverhungry5.blogspot.com


Makanan seafood yang halal di genting. Kat sini MK belajar ilmu baru. Makan beradab/ protokol cina. MK memang reti pakai chop stik. Tapi ini bukan sekadar chopstik tau!... Cara kita menghayati makanan yang dimakan dalam mangkuk kecil.Memang pengalamanan membuatkan MK tidak bertabik dada. Sebab banyak lagi kita kena belajar.

Makanan dia best. Hurrmmm nanti nak datang lagi makan chili crab. Dengan khabar sedap.
Gambar diambil daripada insta Penaberkala

Cuba tengok gambar di atas.... paling sedap udang goreng kering kicap tu.... mula-mula potong nak keluarkan isi dia pakai chopstik...last-last pakai tangan....(melayu tetap melayu makan pakai tangan)


Lepas dah puas melantak dengan kawan-kawan blogger kami pun diberikan bilik masing-masing.
(Nanti aku share gambar bilik aku time malam).... duduk dekat First World. By the way aku pun dah lama tak naik genting. FYI..... bilik First world dah renovate...cantik... Aku punya dekat Tower 1 Tingkat 11.
Dan kebetulan pemandangan bilik tu cantik... betul-betul menghadap taman tema genting.
Sepanjang-panjang aku pergi genting tak penah dapat bilik ni. Selalu dapat bilik stok pemandangan bilik jiran depan. uhuhuhhuuh.


Ok .Rehat sekejap je. kemudian kami berkumpul beramai-ramai. Lebih kurang jam 2.30PM macam tu
Kami pun pergi ke songkran Festival ( kebetulan pada masa ini genting sedang adakan pesta air thailand)
Tujuaan kami check-in sebentar tadi sebenarnya nak bertukar baju....baju basahan.
Untuk kami masuk dalam pesta berbuih air...


Siapa tak suka main buih dan air kan ??? best best best sebab dapat main buih dengan rakan-rakan blogger,penganjur dan sponser. Siap baling-baling air....Kalau kat luar ni confirm kena cekik









Sambung...................






Saturday, 20 April 2013

Cupping / Comfort Foot Reflexology @ Festival City





Last week was hectic week that i need to face off . But it was totally fun and awesome experience.
Because last week, I need to concentrate my study cause I need to enter the battle field that terrified me so much.I have 3 papers, only one of the paper make me black out sudden. But I pray so much to got hopefully Dr.  Isa can pass me.
Ngam... ngam cukup makan pun ok.

Then I have been invited by nuffnang for YNOT graffiti event that I collect wonderful experince with them. Thanks Nuffnang  and new nuffies that I have meet.
,
,
,
Wahhh so long  introduction...... ok. So to short-cut the  story I totally exhausted and I need my sweet own time. I decide went to foot massage. I went to Comfort Foot Reflexology located at Lower Ground Festival city Mall @ near to danau kota.Firstly, I thought the employee from local however after they started to speak unknown language, from there I detect they are come from beijing.

Because I tried to speak in mandarin but not too fluent...ala setakat cakap bo,pyau...basic itu semua orang boleh cakap. Because at beijing they have their own language.They health care therapist is very professional because them have been trained at their country. Basically we know that acupuncture/Reflexology etc origin from China.

I approach them around 9.30 PM, so during the time the prince range for 1/2 hours = RM28... murahkan. Not bad with reasonable price.

while massaged, the therapist inform with with signal hand that my abdomen are was not good. I understand when she mention yau...yau yau.. then she signal at abdomen section.
then she suggest me to try cupping ( bekam )... wahhh takutnya.... serious!

If feel like you are in one of character the karate kid movie (Jackie Chan  version)
Their using fire cupping
,
,
,
,
What is fire cupping ? Please refer to below picture


Any way its totally cover my energy and my angin pun keluar sampai terkentut-kentut


Thursday, 18 April 2013

Spark your Creativity with Graffiti Day #1 Part 1





Boleh rujuk kepada entri lepas MK berkenaan dengan YNOT Graffiti Competition  dengan penaja
Sebelum tangan MK menari-nari menaipkan patah perkataan berkenaan dengan event ini. Pertama sekali MK nak ucapkan ribuaan terima kasih kepada nuffnang dan Evangelist MK :Genting, kerana memilih MK sebagai jemputan event ini. Dan dapatlah MK berjumpa dengan blogger-blogger lain.

(dorang ni macam tahu-tahu je tau MK habis exam dan memerlukan sweet escape sebentar, kalau tidak kerana dorang ..tercongoklah MK dekat KL sebab yang lain semuanya busy dengan masa-masa lain)


ok rundown MK dan  blogger lain telah diatur rapi dengan sponser ( Genting dan nuffnang )

13/4/20120

8.00 am    -                Berkumpul di wisma genting

Sinopsis : MK tidur dekat  tune hotel KL, malam sebelum exam. Habis sahaja paper master MK tu. MK ambil masa untuk lepaskan tekanan belajar sekejap. golek-golek kat lantai KLCC lepas tu check-in dekat Tune hotel. atas sebab :-
  1. KL tak ada bekalan air pada masa itu.Habis tu nak mandi macam mana ? pengsan blogger lain bau ketiak masam MK
  2. Mood nak santai dekat hotel. Feeling-feeling layan perasaan
  3. MK check in lambat lebih kurang 9 Malam lepas golek-golek kat KLCC ,sangat tak best dan tak berbaloi untuk check in dekat hotel 4-5 bintang. (lepas tu tune hotel pun ok juga. siapa kata tak best.?  decoration Tune hotel KL not bad ... boleh lawat kat sini)
  4. Kalau bawa kereta terus je..dalam 3 minit dah sampai wisma genting
9.30am    -     First World Lobby check in Luggage


10.00am  -                    Terus kepada aktivti event ada:
                                     YNOT graffiti showdown, jumpa group dancer ELECOLDXHOT and FIX 


Sinopsis : Siapa kah ELECOLDXHOT? merek adalah satu kumpulan " street dance" yang antara terkenal di Malaysia. Pernah tengok cerita-cerita movide break dance tak ? ha.... jangan main-main malaysia boleh. Maksudnya di sini Malaysia pun ada tau. Dan bukannya busuk-busuk. Dorang menari memang cantik,

(video ni saya cilok daripada blogger yang datang hari itu juga)





                                        
                         Kemudian ada  pertunjukan Xtream BMX, dan ada HITZ.FM outside boardcast  Genting.


Sinopsis : Ni yang nak gedik ni.....MK masuk dalam rancangan HITZ. FM.... ada dengan tak orang sebut nama ash ???/ ha tu lah MK....( apa tak dengar ???/ alor sedihnya) ok takpe....MK retis dan gatal masuk kuiz dia yang berkemundang di udara .Tapi jadi pemenang last. Sebab terkeluar awal kui kui kui...





  diikuti dengan Graffiti Raincoat Art Fashion showcase
dan lagu-lagu yang berkemundang di bawa oleh DJ EVA -T (macam nak menari-nari dekat tengah-tengah tu....karang kejap lagi kawan-kawan mesti lari sorok muka tak kenal MK....(mata di atas, tangan di atas bahu )


Lepas tu merayau-rayau kejap kawasan sekitar stage tu, tetiba nuffnang panggil..... jom pergi theme park new ride... huh ? Genting ada New Ride ?? eheheeheheh boleh dikatakan semua permainan outdoor genting ni MK dah naik banyak kali. Dah tua-tua ni tetiba takut nak buat comeback. Tetiba baru tahu genting dah tambah satu permainan baru.

Nama dia The wave........(video ini diambil daripada kawan blogger MK)







Lepas naik The Wave kami bergambar... nampak tak kegedikan Macikz konah aka kasutkaca di situ ?
Gedik kan










Tuesday, 16 April 2013

Beg perempuan = beg doremon

Pernah tengok isi kandungan beg perempuan?

1.buku cerita/majalah : kalau boring boleh baca
2.mesin kira-kira :kalau kerja dia berkaitan kira-kira atau pun dia student sebagao bonus dia boleh kira apa barang yang dia beli.biar buka sikit mata tu
3.buku nota : boleh conteng-conteng dan update status kerja atau ilham
4.beg mekap: dalam tu penuh dengan make up
5.minyak wangi: nanti terasa busuk, boleh sembur kat badan
6.vaselin:multi purpose untuk pelembap dan makeup remover dan pelembap tu boleh guna dekat bibir,rambut, termasuk kulit kering
7.charger/power bank: untuk charge phone ler
8. Spek mata hitam la...

Agak-agak..... baling dekat anak ayam koma tak.?

Bad hair day = bad luck day






OMG( oh my god) ! what happen to your hair ? If you have firzzy hair 
its like end of your world....

Bad hair day = bad luck day

 agree ???




Fight the frizz with Sunsilk’s new Smooth & Manageable variant, infused with 5 natural oils which nourishes your hair from within, and creates a protective layer on the outside too! The Keratin Yogurt Nutri-Complex™ inside tames unmanageable hair and protects it 




Monday, 15 April 2013

Jom kita Cari Mencari Ramli 2



Prolog
Mari.... mari kita cari ramli...ramli kuasa dua... eh... bukan mari  Mencari Ramli 2. Ramli boyfriend baru saya ke ? hot..hot..hot panas....panas.ssssssss
,
,
,
,
Mungkin ada yang sudah tahu apa itu "Mencari Ramli" dan mungkin yang ada yang belum. Kan ? Untuk saya dan kepada lelaki di luar sana. Jangan pandang saya sebelah mata. Saya ni peminat bola ok dan ada juga perempuan yang kaki bola. Cuma tak bersuara sebab kawan-kawan lelaki saya adalah peminat "die hard fan" masing-masing. Salah sikit cakap nanti kena jerus dengan air. Sumpah tak tipu! * angkat tangan*


Mencari Ramli 2

"Mencari Ramli" adalah salah satu rancangan program realiti di mana dalam usaha untuk menaikan martabat mutu sukan bola sepak Malaysia. Dan tidak sepatutnya dipandang sebelah mata. Kerana :-

  1. Rancangan "Mencari Ramli 1" di mana salah satu peserta rancangan ini telah diserap masuk di dalam pasukan 21 tahun Harimau muda
  2. Finalis daripada " Mencari Ramli 1" telah diterbangkan khas ke Itali menjadi penyerang pasukan bawah 17 tahun kelab bola sepak U.S Arezzo
  3. Red devil team a.k.a Manchester United adalah rakan telekomunikasi  TM( kerana program ini di taja oleh  TM)
  4. Pemenang musim "Mencari Ramli 2" akan berpeluang berlatih bersama atlet .... * cepat buat paluan gendang*.... ya... berlatih bersama atlet-atlet di sekolah bola sepak di Old Trafford.... *orang bukan gila bola sahaja tak tahu maksud ni*----- >  hello... is Frenz United Football Academy
  5. Dan pemenang juga berpeluang menjejak kaki, di sekolah bola Sepak Machester United. *ok saya nampak orang terbeliak dah*

Di mana siaran Mencari Ramli 2 akan di udara bermula daripada 19 April 2013 ini. ( Lagi empat hari lagi)
Pada setiap hari jumaat daripada pukul 7.30 malam hingga 8.00 malam.


Walaupun lagi 4 hari rancangan  akan ke udara ini tidak bermaksud kepada anda yang mempunya bakat terpendam untuk pendamkan lagi bakat anda. Anda masih lagi sempat mengejar ujibakat bagi rancangan ini.
Mula-mula print dulu borang ini

Kemudian semak tarikh ujibakat "Mencari Ramli 2"
NEGERI         LOKASI                       TARIKH

KUALA LUMPUR       Padang Sekolah Victoria Institution            20 - 22 Apr
SABAH       Stadium Likas           27 - 29 Apr
MELAKA      Stadium Hang Tuah           11 - 13 Mei
SARAWAK     Padang B Petrajaya Kuching           18 - 20 Mei


Program ini bukan cari glamour tau!... ini adalah satu program untuk orang yang betul-betul serious untuk bermain bola dan ingin menjadikan sukan bola sepak sebagai kerjaya .Objektif sebenar program ini

  • Untuk membuka minda ibubapa Malaysia bahawa kerjaya pemain bola sepak merupakan kerjaya yang boleh menjamin masa hadapan anak mereka jika anak mereka mengunakan saluran yang betul
  • Mencungkil bakat bola sepak muda yang berumur bawah 16 tahun
  • Diharapkan program ini dapat mewujudkan "semangat kekitaan"
  • Satu platform bidan terjun kepada mereka yang berpotensi

Apa yang saya harapkan atau bayangkan untuk "Mencari Ramli 2" ? Saya tidak harapkan bentuk fizikal atau pun hensem.( Itu semua satu pakej kalau ada) Saya pentingkan skills!

  • Perserta tu mesti power gilalah buat kawalan bola. Saya akan kata WOW! kalau dia mampu kejar dan kawal bola dan mampu berhentikan bola dengan satu kaki sahaja...awesome! 
  • Hantaran bola kepada pasukan bila masuk ke kawasan pihak lawan. Bila dia mampun hantarkan bola pada sudut rendah 30 darjah ..pangggg!!! dan kena pada kaki kawan dia untuk membuat hantaran ke gol.... dahsyat...dahsyat...
  • Tandukan bola... tandukan bola adalah penting ok. --> yang ni saya power
  • Jangan lupa orang gagah perkasa bagi definasi saya ialah orang yang mampu menghalang pihak lawan menjaringkan gol
banyak betul list dia....

owh yang pasti lagi satu skill... peserta tu kena pandai tipu badan kepada pasukan lawan. Mengunakan bahu sebagai umpan kononya nak pergi kiri nak bawa bola tu tapi sebenarnya dia pergi kanan...-->yang ni susah gila nak cari orang macam ni...




Ok yang pasti...jangan lupa tonton Mencari Ramli 2 akan di udara bermula daripada 19 April 2013 ini.
Pada setiap hari jumaat daripada pukul 7.30 malam hingga 8.00 malam.


















Resipi Endo Mee Burger



Masa exam minggu lepas memang tak de masa nak masak best-best. Mama pun baru balik ummrah memang tak nak suruh dia masak. Jadi MK pun masak simple-simple masa revision. Terfikir tekak nak makan indo mee bukan mee maggi lepas kejadiaan jumpa seramik tu.

Kalau kita pergi dekat mamak indo mee ni mahal  tak berbaloi harga. Satu pinggan kekadang boleh jual mencecah RM5 padahal hampir boleh beli satu bungkus indo mee... Nak tahu kenapa ? sebab nak buat dia remeh. Meh project jengah project gila MK hasil ilham daripada mamak bestari hartamas punya menu.




Macam biasa celur mee, tapi petua nak mee cantik kenyal macam spring toing-toing effect korang kena tunggu sampai air mendidih mengelegak tu lepas tu baru masuk kan mee. Jangan letak je. Tengok tahap keceluran dia. Kemudian 2-3 minit kalau korang puas hati angkat.( by the way kebaikan celur mee ni dahulu boleh menjadikan makanan tu sihat sikit je ..di ulang sihat sikit je sebab lilin yang dikeliling mee ni keluar bila kita tos kemudian)



Gunakan penapis macam ini , untuk menapis mee korang dan biarkan kering . Bila tos air tak de... light light air macam tu. Dalam paket tukan ada minyak perisa atau guna minyak zaiton sikit je..diulang sikit je...gaul sikit dengan mee ni takut nanti melekat. Kalau tak nak pun takpe.

Sementara nak menunggu mee kita kering. Kita hancurkan daging burger kita . Quota untuk daging burger korang nak pakai suka hati korang.Tahap kehancuran daging suka hati korang. Lagi hancur lagi best kan ?Lepas tu mayang bawang merah. 




Lepas tu tumis bawang merah. Sehingga naik bau, lepas tu baru masukan daging burger korang.
Sebenarnya kalau korang ada bahan tumis haibat(haibat = maksud dia sama hebat cuma budak muda melayu nak style sebut haibat)... dipersilakan




daging burger yang dah digoreng. kalau nak best sikit tambahlah kicap-> suka hati korang.

p/s: masa tumis bawang tu pakai minyak sikit je..sikit je tau sebab burger dah pun ada minyak sendiri... kan banyak kolestrol pula




Ni rempah endo mee atau korang boleh pakai mee sedap




Petua nak dapat endo mee sedap.... campurkan semua bahan perisa dia dalam bekas makan dan gaul sebati.



Dah sebati gaul mee yang korang tos lagi lepas tu masukkan daging yang dah digoreng tu.(p/s: lagi satu petua endo mee yang sedap korang kena gaul dalam bekas. Boleh gaul baik punya. Kalau pakai pinggan tak best nak gaul)



Tadaaa. siap.


Tapi tahap kesihatan -> mmm bergantung kepada berapa banyak minyak yang korang guna.
Tahap diet-> out

sekali sekala boleh kot sebab nak jaga kesihatan badan.(biar gemuk janji badan sihat)