Friday, 31 May 2013

Pop Corn Rosted Chicken, TGV Food Counter




Macam Aku cakap dulu. 
Aku memang hantu pop corn.
Aku  tengah gila nak makan pop corn 
dekat TGV.


Dia ada Perisa bulanan.
Untuk bulan ni perisa dia adalah
Rosted Chicken. "
ricky-ricky" dengan mamat TGV
dia cakap mungkin promo 1-3 bulan
bergantung kepada permintaan

Kalau siapa pernah makan planet pop corn
Rasanya lebih kurang
sama macam Perisa Cheese. 
Masin -masin
dan kalau pertama kali rasa 
korang akan pandang 2-3 kali
ingat termakan twisties 
perisa BBQ

Amaran : Kepada pengemar exotic mungkin suka perasa pelik-pelik.Kena tengok branch juga.Masa pergi kat TGV wangsa walk sedap. Ranggup gitu.  Pergi kat TGV Shamelin ...liat-liat macam masuk angin.

Thursday, 30 May 2013

Expose kenapa aku suka mengarang

Aku tak pasti...
Kemudian duduk diam-diam
Aku tulis, aku conteng
Lepas tu aku karang lagi

Kemudian memori aku kena recap
Macam kena rewind
Dan pick up memori aku masa
Sekolah menengah...
Masa tu aku sekolah asrama
Jeng jeng jeng....
Aku kena sumpah dengan cikgu aku

Aku ni nakal
Nakal satu hal
Lepas tu gatal
Suka mengarang ayat cinta
Takdelah hot stuff mana pun

Tapi gatal nak couple
Buat surat layang cinta
Tapi sekolah asrama mana
Yang benarkan istilah
Couple ni...salah....

Masa tu zaman muda
Mana ada hal
Sampai satu hari, surat cinta aku dan kawan
Aku yang aku dipertanggujawab jaga
Akhirnya jatuh ke tangan cikgu aku

Kena panggil
Aku buat dek...
Nakal-nakal aku pun result sekolah menangah
Aku not bad tau
Apa yang cikgu nasihat
Masuk telinga kiri keluar sebelah kanan
Eh silap
Masuk kanan keluar telinga kiri

Bukan aku tak hargai nasihat cikgu
Nama dia cikgu nazarudin
Zaman hingusan
Kepala besar
Rasa macam diri dah cukup
Makan garam
Padahal berak basuh pun
Tak bersih

Akhir penhujung ayat cikgu....
Aku cuma dengar
Cikgu sumpah awak alihkan bakat
Berfaedah ni buat karangan

Ahahahaha aku gelak....
Gelak dalam hati
Karang dikatakan tak hormati guru
Full stop

Cikgu terima kasih
Saya dah jadi orang
Dan termakan sumpah....
Saya suka karang tanpa henti.

P/s:budi cikgu pun saya tak mampu balas. Saya doakan terbaik untuk cikgu-cikgu saya.

Wednesday, 29 May 2013

Mood ke laut

Aku boleh kekal bermotivasi selama 3 bulan
Lepas tu prestasi akan merosot menjunam
Aku rasa kekadang semua orang mengalami nasib yang sama

Cabaran untuk kekal positif
Memang satu cabaran
Nasihat aku, sekali dah menjunam tu
Jangan layan sangat.
Bila layan
Itu tak kena
Ini salah
Semua orang salah

Itu masalah bila kita dah layan
Anasif negatif dalam minda
Untuk membina mood tu balik
Nampak senangkan

Kunci rahsia
Fokus.....
Aku kagum pada masa pejabat korang
Boleh update bagai di laman sosial
Apa yang aku buat sekarang....menaip blog
Sudah 70 peratus menganggu fokus aku
Dalam kerja aku.

Ini sekali layan
Sampai aku punch card petang karang
Bagi aku ...fokus tu penting .

Sebelum meleret sampai sinun.
Aku nak buat kerja.
Karang tak berjalan.
Sekali dah menaip memang dah sampai sheikh aku

Tuesday, 28 May 2013

Resipi Hot Chocolate Homemade yang sedap




Korang boring asyik minum air milo rasa yang sama? atau nak cari-cari satu kelainan dalam air milo korang lepas tertengok cerita orang omputih. Minum air milo dalam cerita tu macam sedap je bunyi slurrpp slurrppp . Ayuh jom try





Mula-mula masukan 4 keping 
sebenarnya bergantung berapa keping
Kalau terlebih, 
khuatri manis stok potong kaki


Pastikan sejurusnya air dimasak, 
Korang terus tuang dalam cawan yang
dah letak daim tu. 
Ibarat daim tu base untuk
minuman korang

Daim mudah cair, 
bila anda gaul di akan jadi
seperti gambar diatas



Lepas tu masukkan milo, 
dan korang hayatilah milo tu cair (jangan Kacau)
di dalam cawan 
yang korang  isi air daim tadi


Boleh tambahkan lagi satu daim ,
sementara di masih lagi panas.
Apa pun bergantung 
tahap kemanisan yang korang hendak.

Jadi minuman milo korang 
akan rasa caramel
Boleh diminum 
panas atau sejuk.

*jangan lupa gaul-gaul sebab ada daim yang melekat di dasar cawan*


Monday, 27 May 2013

Anugerah Syarikat koporat Di Malaysia 2013



Taniah Kepada pemenangan anugerah tahunan ke-13 FinanceAsia



Dr Sri Nazir Razak
(Beliau adalah ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB)
CEO Terbaik Malaysia


Faizal Mansor
(beliau adalah  Ketua pegawai kewangan Malaysia Airports Holding)
CFO Terbaik Malaysia


Digi.com Bhd
Terbaik dalam tiga Kategori :
Syarikat terbaik dalam pengurusan
Syarikat terbaik dalam tanggujawab sosial Koporat
Syarikat terbaik  dalam komited dasar dividen yang kukuh



Maybank
Anugerah tadbir urus koporat terbaik



AirAsia
Syarikat terbaik di Malaysia dalam perhubungan Pelabur





KPJ Healthcare
Syarikat Modal Pertengahan yang terbaik Di Malaysia




Naim Holdings Berhad
Syarikat bermodal kecil yang terbaik Di Malaysia




Sunday, 26 May 2013

Review Teater Chowkitroad






26/5/2013 mengikut jadual , 
adalah hari pementasan yang terakhir pagi chow kit road.
Tajuk pun tidak asing lagi bagi lagu nyanyian 
daripada arwah Dato Sudirman Hj Arshad
dan masih lagi belum terlambat bagi 
korang untuk menempah persembahan
yang terakhir pada malam ini 
yang akan bermula 8.30PM



 Bagi aku ,
ianya tidak merugikan
bahawa persembahan didendangkan
patut diberi pujian yang tinggi
kerana mampu dilakukan secara live tanpa miming.
Kepada pelajar U
gunakan peluangkan keemasan korang. 
Tak kira apa pun course anda
korang boleh duduk seat hadapan 
dengan potongan 50 %



Teater ini lebih kepada nilai masyarakatan.
Dimana  Datin (lakonan Kak adibah nor) 
telah betting kepada rakan-rakanya
untuk menukarkan ilham (lakonan anding) 
budak dari chow kit 
untuk dijadikan Gentleman (orang dalam bahasa melayu)

Berjaya atau tidak ?
Mestilah Berjaya
tapi mesti ada tragis!





Twisties SuperStarzX 2013



Semalam dapat invitation daripada Nuffnang
Untuk Twisties SuperStarX
dekat  di aquasonic , Sunway pyramid. 
Semalam adalah juara penentu

Di mana acara ini mengikut tema kepada konsep tinju.
Satu pendekatan unik 
yang tidak pernah atau ternampak dalam
pertandingan nyanyian.
Class!!!!!





Di mana pada malam semalam
terdapat 6 finalist bagi pertandingan twisties superstarz X
Bagi aku 
Dorang punya suara semua mantap 

Young ( ini adalah finalist kegemaran aku)

Syah

Joey

kyle


Rosalina


Diary of us


Seperti petandingan tinju ala nyanyian ni, 
pertandingan ini mempunyai 4 peringkat


Pusingan pertama : lontaran vokal nyanyian
Pusinga kedua : Acara berlawanan dua pihak ( battle sing)
Pusingan ketiga: singkir ( hanya 2 finalist dibawa ke acara peringkat seterusnya)
Pusingan terakhir : Juara penentu


Dimana pada peringkat ketiga, 
Kyle dan Joey telah mara ke peringkat akhir. 
Dimana aku sedikit kecewa 
sebab peserta kegemaran  aku ,Young telah keluar.
 Takpe...mesti ada rezeki kat tempat lain. 






Dan juara pada malam semalam bagi Twisties SupestarzX adalah :
Joey!

Pada pendapat aku, 
kekuatan Joey adalah pada peringkat utama. D
imana lagu dendangan beliau
adalah medley ... campur. 
Memang dia pandai nak masuk semua lagu
dalam satu masa. 
Dimana pemilihan telah dilakukan sendiri oleh beliau.

Taniah Joey!


Gallery Picture

Bersama young

Mk takut dengan menantang ni.... maskot malam tu  bergerak sana sini

Bersama dengan Juri malam itu Dina

Bersama Jinny emcee malam tu












Saturday, 25 May 2013

Explorer-On-The-Go Event




 Thinking about "adventure" , thank you for Nuffnang and Astro for invitation 
event on Explorer-on-Go , I'm partnering up with sam on that day.

From Left side Redmummy
From right side Sam

Astro was exposing us to become ultimate hunt by putting us through a series
obstacle that we need to use our intelligent and lot of stamina.
The challenges is more on social media skills. Luckily all
participants were gadget maniac 

Sam was planning the game

We need to chase for the check point to complete our task.
Each task indicate to the channel that offer from Astro on The Go
Our strategies? I let man become a leader/Pilot and we decided to
move as fast as we can beside using our own devices since we already familiar with it.


Check point sport

The best part during the event I need to juggling ball using my foot, which I look
easy like eat a peanut  in football match play on ESPN , but unfortunately when I tried to juggling ball...
it was totally hard ... because I need to juggling for 3 times straight.....hahaha
So intense!!!!!!!!!!!!!

What I get from Explorer-on- The-Go event ? Reminder to myself to read more
information and stay alert. I'm astro superpack subscriber yet I'm not
register for  Astro On-The-Go where actual I can enjoy
Astro On-The-Go at no extra cost... yes..... it's free for me.

Yup with Astro On-The Go ,I'm foresee that my life will never ever dull because I will
able to watch astro from my fingertips



I got Astro On-The -Go, how about you ?
No worries. Please visit this website for more info : www.astroonthego.com


Aspire you life with Astro On-The-Go











GSC Holiday Roadshow May 2013






Cuti sekolah dekat hujung corner sahaja kan ?
Bermula pada 25 May bersiap sedialah dengan aktiviti
di 5 tempat kawasan Klang valley
Dapat jumpa toyol kecil a.k.a minions dari The Despicable Me 2,The smurf 2 dan
tidak lupa ada pertunjukan silap mata jalanan. Menarikan kan ?
Jangan lupa lawati kepada laman web ini untuk maklumat lanjut

Oh lupa jangan lupa Cerita EPIC pun akan dikeluarkan masa terdekat.
p/s : ada goodies bag disediakan

Nak tahu dekat mana 5 kawasan tu ?

Lagi sekali jangan lupa klik sini







Thursday, 23 May 2013

Benda yang perempuan tak patut share dengan lelaki



Rahsia kawan baik perempuan anda
Kita pun nak jaga nama baik kawan-kawan kita.
Jadi bila dah pecah mulut. Pertama sekali lelaki pun
akan fikir. Kita pun 2 X 5... tak pandai simpan rahsia.
Oleh itu atau sebab itu kekadang kenapa kita perasan lelaki
banyak berahsia sangat dengan kita. Sebab mereka tahu
kita pun tak pandai simpan rahsia.
Rahsia tetap rahsia kan ?


Tahap keyakinan kita
Hakikatnya lelaki suka perempuan confident its look
Jadi jadi ada low esteem tu pandai-pandailah sorok
Boleh cerita dengan kawan-kawan perempuan
dorang je faham perasaan kita



Kisah silam
tak kisah bila dah kahwin atau dah bercinta lama
tak payah nak ungkitkan kisah silam kesilapan anda.
Ya betul anda tak mahu hipokrit. Tapi secara jujurnya memang betul
dia menerima anda. Cuma ingat lelaki berfikir dengan rasionalnya
bukan macam perempuan lebih banyak emosi.
Bila kita bercerita... mereka akan berfikir logik.
Jadi jangan buat mereka berfikir dan tertanya-tanya. Hingga satu masa..
satu ayat terkeluar..."oh saya dah tahu kenapa awak macam ni"..
ingat mereka ni lebih kepada fakta. Jadi kalau ada cerita mengarut
tokok tambah . Mereka dapat bau...

Wednesday, 22 May 2013

Review :Fast & Furious 6




Terima kasih tayangan perdana yang dianjurkan oleh NN (nuffnang) and CC(churp churp) dan 
tidak dilupakan kepada united international pictures dan TGV Cinemas
bertempatkan di TGV 1 utama ,21 Mei 2031.
Soalan pertama ? worth it ke untuk ditonton untuk kali kedua ?
Jawapan ya! banyak kali .
Bergegaslah ke pawagam yang berdekat yang akan ditayangkan
pada 23 Mei 2013 serentak di seluruh malaysia.
Barisan watak-watak utama daripada Fast and Furious 5 yang 
dikekalkan dan dibawakan bersama. Kalau ingat scene akhir Fast 5.
Dimana Hobss dikejutkan bahawa Letty (bekas awek Dom episod Fast 1 ) masih lagi hidup 
Cerita ini akan menjadi hidup kalau korang TIDAK pernah tinggal semua tayangan sequal Fast

Trus me... banyak recap!
Yang penting kalau movie nak start, jangan berangan dalam benak fikiran nak beli pop corn
dengan alasan ..."alah iklan 5 minit je" . Mungkin sempat nak kejar movie ni.Sila beli pop corn awal-awal.
Sebab korang harus tengok permulaan montage Fast 6.
Standing occasion... terlahir sedut hati macam sebak... adakah Fast 6 adalah sequal terakhir ?
Sebab anda terasa seperti tak mampu terpisah dengan cerita-cerita Fast



Review
1) montage first superb...tolong jangan tinggalkan

2)script kuat ( seimbang sebab atas lawak,inspirasi kekeluargaan)

3)Seharusnya kereta yang pelik dan cantik

4) Tapi first start tetiba macam pelik menekan kereta BMW... 
so...not them-mungkin sebab kalis peluru

5) ada kereta pelik yang diubahsuai...macam F1 je... (nak satu boleh ?)

6) Aspek kekeluargaan kuat, kawan maksudnya keluarga.

7) Kereta lagi

8) Tetiba ada tanker

9) Oh...lupa nak update...letty hilang ingatan

10) 50/50 penamat cerita sad  dan happy ending
kisah cinta yang tragik yang akan mengingatkan korang sequal Tokyo drift ?


11) Dan kereta..... lagi

pengakhiraan.... seperti biasa Fast akan keluarkan teka-teki..
adakah ada sequal Fast 7 ? mmm...... tengoklah sendiri.Panas tak ?


Adakah Fast 6 dimatikan atau disambungkan dalam transpoter
 (ni tetiba cerita Jason Statham ada kenapa?)

atau pun memang ada Fast 7?
jeng
jeng 
jeng



sebab ada mamat handsome dekat bawah ni.







Tuesday, 21 May 2013

Astro On The Go Explorer (Amazing Race)











Post gedik


Pelancaran dilakukan dengan gemilang. Di mana nuffnag dan astro penaja selaku aktiviti kami pada hari sabtu lepas 18/05/2013 di sunway pyramid. Secara umumnya macam amazing race.
Di mana hadiah yang ditawarkan kepada blogger agak menarik. antaranya.

1st Runner Up
2 x Apple iPad Mini + (Bonus: RM800 cash each IF you are an *Astro-On-The-Go subscriber)

2nd Runner Up
2 x Nexus 7 + (Bonus: RM800 cash each IF you are an *Astro-On-The-Go subscriber)

Bonus prize for top-tweeting team
RM500 cash + (another RM800 cash if you are an *Astro-On-The-Go subscriber)

Bonus Lucky Draw (for ALL Astro-On-The-Go subscribers ONLY)
1 x Apple iPad Mini

Best Buzz Bloggers (Post-event)1 x Apple iPhone 5
1 x Apple iPad Mini
1 x Nexus 7

Tak gigit kuku MK tengok hadiah ?

Dimana setiap kumpulan telah dibahagikan kepada 2 orang. Dimana nuffnang siapkan ahli dia. Untunglah MK dapat berkenalan dengan partner baru.
Sebelah kiri MK redmummy and sebelah kanan Sam ( partner MK masa race)

p/s: taksub kejap jumpa redmummy


MK dengan Sam mengalami nasib yang malang sebab wifi yang diberikan sangat tidak membantu.
tension. Dekat 30 minit kitorang berpakat pakai telefon sendiri. Nasib baik canggih. kalau tak memang
confirm tarik diri. Lupa habaq.. kitaorg dibekalkan dengan Ipad setiap seorang
(tapi tak boleh bawa balik) --->baru MK tahu apple bukan friend user...sorry guys. Cuma berlaku jujur sahaja.

Banyak halangan tapi kita kutip sebagai pengalaman
.lepas tu seronok boleh berlari dalam mall tanpa rasa malu sebab dah pakai tag from astro... jadi orang pun tahu siapa kitaorang.. tih tih tih tih
 Ok... yang penting MK dan Sam bersemangat jitu
untuk berjuang .Memang seronok dapat berkenalan dengan Sam.


Lepas tu dapat bergambar dengan nisa kay (comel orangnya)


ok. Nasib tak sebelahi MK dan Sam. Tapi MK tumpang gembira kepada rakan MK
yang menang.uhuuhuhuhuh syabas korang ... penaberkala,rawlins dan mahamahu
(untunglah lepas ni jangan lupa open table uoolsss)

Happynya  mahamahu




penaberkala dan rawlins...wahh taniah korang!


dan akhir sekali pemenag dia
jeng
jeng
jeng

Tahniah diucapkan!




 

Monday, 20 May 2013

7 Benda masalah perempuan (yang tak beberapa masalah)


Tengok tajuk... p/s: termasuk aku. Aku tidak pasti sama ada korang ... mempunyai imaginasi begini.
Tapi aku rasa sebagai seorang perempuan kita semua sama



Berat
Mitos yang dididik oleh perempuan semenjak mereka daripada kecil.
Pipi tembam, badan naik.. gemuk. Mak tegur, nenek tegur dan ayah tegur.
Atau pun kawan-kawan tegur. Pernah tak dengar perbualan yang famous ni?
Eh lama tak jumpa awak... asal badan naik ni ?

Amboi sedap nak mengata orang gemuk ek.. padahal diri sendiri tu tak
de lah berapa kurus sangat. Well itulah masalahnya
Jadi sebenarnya jangan salahkan kami  perempuan.
Kalau kami meroyan pasal kegemukan. pasal kami dididik oleh
persekitaraan bahawa gemuk tu tidak cool.



                                                                 Saiz buah dada
Ini normal isu dia. Tapi akan bakal membuatkan rambut perempuan menjadi kusut pakai.
Bukannya tak bersyukur....susah nak cakap. Kenapa ? Meh sini aku terangkan.
Bila pakai baju tetiba teettttttt...menangkap pulak dekat bahagian tu... ingat tak stress ke ?
Dahlah nak pilih baju berkurun-kurun lama... atau pun teetttttttt pakai baju tetiba
saiz tu kecil sangat. macam boy-boy pulak....haissh..Tension
kena cari baju lain....







Jurang PehaItulah masalahnya..... peha berlaga...
lepas tu stress... perempuan telah dididik gambaran iklan
peha tu jangan berlaga. Tak tahu pula yang Peha tak berlaga ada jurang
tu super skinny boleh panggil anorexia.
Inilah masalahnya bila lelaki tak faham.
Sayang...I nak peha macam tu...
Kepala hot.......




Kulit Cantik
idea untuk satu kecantikan apabila kulit kena cantik
mulus macam kulit telur.
Jadi tak heran ada antara perempuan-perempuan
sanggup perhempas pulas pakai make up
walaupun nak pergi makan kat kedai mamak.
Sebab ideologi dididik bahawa kulit cantik
kena licin.

(p/s: ada setengah kes kalau ada jerawat terus cancel nak keluar...
duduk bertapa sampai jerawat hilang)





Tinggi
Tipulah kalau perempuan tak pernah terlintas walaupun masa zaman kanak
-kanak dia nak jadi supermodel ( aku yang tomboy ni pun
berangan bagus).Ideologi kata nak jadi model
kena tinggi. Ataupun tinggi akan
menipu mata ilusi bahawa orang tu kurus.
Nak jadi pramugari pun kena tinggi.
Sebab tu wujudnya kasut tumit tinggi.
Ilusi untuk menampakkan perempuan tu tinggi




Pengaruh Media
Dalam semua list yang aku tulis kat ada tadi tu. kerana dididikan yang
perempuan terima daripada persekitaraan. Terutamanya majalah.
Sebab tu korang selalunya nampak perempuan suka beli majalah kecantikan.
Sepatutnya majalah atau media kena realistik sikit pasal ni.
Tak semua orang mempunyai kulit yang cantik.
kebanyakkan iklan tu semua dah touch up..
tak semua orang kurus...Kalau dah rangka
besar nak kecil macam mana lagi ?
Rosak tulang orang tu.

p/s: sebab tu perempuan termasuk aku kekadang saiko
bila dah baca majalah..ee... kenapa orang ni cantik sangat.
Tapi bila jumpa real life model casting tu.. dia pun manusia biasa
:P



Pengaruh
Kekadang terpegaruh dengan persekitaraan menyebabkan sesorang
akan bertukar menjadi copycat.Contohnya seorang color pink untuk rambutnya
dan hari seterusnya group-group atau orang kelilingnya akan ikut sekali warna
pink...aka kita panggil trend... kalau tak ikut trend
takut ketinggalan zaman