Friday, 28 June 2013

Usha : coolpix aw100

MK dengan usha (tengok ) satu camera daripada Nikon yang CoolPIX ni.
Untuk maklumat, kamera MK rosak masa buat event dekat genting hari tu.
Sedih gila. Tetiba patah semangat nak buat blog.
Tapi fikir balik dan baca otai-otai punya blog, sedikit sebanyak semangat tu datang balik
Cuma seorang blogger akan faham apa kepentingan kamera.
Syukurlah telefon masa kini dah canggih-canggih.

MK dalam kategori ganas. suka jatuh. suka lari ,suka lompat.
Semualah aktiviti bebas yang boleh buat. Tapi daripada pengalaman MK
kebanyakan datang event je mesti ada air. Contoh parti buihlah,
masuk dalam kolam renang lah,hujanlah.
tak naya rosak gadget kita tuh.

itu yang usha coolpix aw100 ni.
sesuai untuk dasar laut, anti-shock ( tahan gegearan)

antara features dia :
  • Full 1080p HD movie recording with stereo sound
  • HDMI connectivity (HDMI cable available separately)
  • 7.5 cm (3-in.) high-resolution 460k-dot (approx.) Clear color display
  • EXPEED C2 image processing engine
  • 16.0 effective megapixels
  • Back illuminated CMOS image sensor
  • Four advanced VR image stabilizing features
  • Easy auto mode
  • Smart portrait system
  • 19 optimized scene modes



ok tak ? dengan aku yang ganas ni ?

Thursday, 27 June 2013

Review : despicable me 2

Despicable me 2 bakal ditayang di pawagam berdekatan dengan anda pada 4 Julai ini .kepada nuffnang terima kasih atas sponsor malam tayangan perdana malam semalam dan tidak lupa kepada madi, tanpa anda siapalah saya untuk datang malam semalam. Mekasih tau jemput madi *sengih*

Untuk maklumat anda, tidak rugi untuk membayar tiket ini, cuma 20 minit pertama bila cerita ini dimulakan mungkin agak membosankan , ini mungkin kerana mood anda sebelum melihat permulaan cerita ini amat memainkan peranan penting. Dan lagi satu sebab sebab watak gru telah bertukar menjadi baik antara sebab start point 20 minit tu macam mendatar.

Tapi jangan risau lepas titik yang mendatar tu, cerita terus dapat menarik minat penonton secara mendadak macam ada magik trick di situ. Kalau nak dibandingkan babak despicable me 1 yang lepas lebih menumpu watak gru yang jahat nak curi bulan tapi babak kali ini semua watak dimainkan dengan seimbang. Yang pasti kemunculan minion yang comel-comel tu
Lagi banyak daripada squel lepas. Yang boleh ,membuatkan anda rasa macam nak cubit-cubit pipi minions yang nakal tu.

Konah tidak mahu cerita isi kandungan cerita ini, kerana bagi konah adalah lebih baik, pengemar despicable me ini hadir dan tampil diri anda di pawagam nanti.Anda seharusnya menikmati pengalaman yang indah itu sendiri. Cuma konah boleh bagitahu gru dah jadi baik, minions peragai sangat comel walaupun menjadi warna ungu, dan ada berita baik untuk gru juga dan anak-anak angkatnya.

Tapi yang pasti minions kali ini akam membuatkan anda sangat-sangat teruja. Dan cerita ini layak untul dilihat melalui 3d, sebab konah tak boleh layan 3d sangat sebab lepas habis movie mesti jatuh dari tangga...confused kejap.

Akhir kata..... banananananananan elo lopa la popa !

Wednesday, 26 June 2013

Review : the heat

Ahahahaa. Hari ini nak review pasal cerita the heat  yang dilakonkan okeh sandra bullock dan Melissa mccarthy. Tapi sebelum tu terima kasih nuffnang atas jemputan tayang perdana ni.

Bayangkan cerita dia macam "bridesmaids" cuma ceritanya bertukar dalam situasi polis. walaubagaimana pun agak keras lawaknya. Tapi memang lawak . Lawak sinis yang boleh bantai gelak. Tapi konah lihat daripada point of view yang berlainan. Tak semestinya orang tu gemuk dia tidak mampu melakukan tugasnya dengan baik. Jika semangat yang tinggi , ianya mampu mengatasi segalanya.

Diharapkan siapa yang bakal tengok dapat version yang uncut.

Sandra bullock kali ini membawa watak sebagai agent khas FBI yang angkuh dimana untuk dinaikan pangkat beliau kena selesaikan misi dadah di bostan. Malangnya misi ini beliau rasa terganggu kerana kes ini sama-sama disiasat oleh polis tempatan melissa mccarthy yang bermulut jahat tapi baik hati yang mempunyai telepati yang kuat.
Mereka ibarat anjing dan kucing tapi mereka memerlukan satu sama lain seperti simbiosis.

Konah rasa mereka berlakon secara spontan, sebab apa lawak yang disampaikan adalah natural dan tak kaku.Apa-apa pun lawak dia adalah 18PL .

Jangan lupa saksikan tayangan di pawagam berdekatan pada 27 Jun 2013 ini.

Samsung galaxy tab 7.0

Tuesday, 25 June 2013

Wedding Planner : Bilik Pengantin Part 1

 

Gambar hiasan yang diambil dari : http://ayumieka.files.wordpress.com/2010/09/bilik-pengantin1.jpg

 

 

 

Seharusnya keluarga pengantin,  tidak kira belah lelaki dan wanita kena memahami situasi pengantin.

Mereka haruslah membantu bakal pengantin terutamanya dalam hal hiasan bilik pengantin.

 

Contoh cuba bayangkan

Anda adalah mak/bapa ingin menghantar anak anda ke persandingan menantu anda dan kemudiannya bila

Mencecah kaki ke bilik pengantin…bilik seperti hambar….lagi cantik bilik aku kat rumah.

 Aku kalau selaku mak menantu, aku rasa macam korang tak serious Nak jaga anak aku. Lepas tu main pukul larung

( kena selidik background family, kena cerewet…good luck kepada bakal pengantin)

kalau jenis pukul larung tu, senanglah Hidup letak cadar biasa bantal siap.

Kalau jenis anak pertama kahwin…habis kim salam , mak mentua korang

Mesti high demand.

 

 

Itu adalah perspektif pandangan manusia. Untuk lihat semada orang ini serious atau tidak.

Pertama  : bilik tidur

Kedua :Bilik air

 

Sebab tu orang-orang yang kepohchi ni suka curi-curi masuk nak tengok bilik tidur dengan bilik air

Inilah peramal-peramal perangai manusia hanya dengan mengenali 2 tempat ini.

 

Lagi satu bila pengantin sedang siap di bilik, para tetamu yang kenal rapat, akan hadir ke bilik tidur pengantin.

Hiaslah dengan serdahana dan bergantung kepada budget. Kalau budget lebih pun tak salah

Jika kena gayanya. Benda boleh DIY kalau kita kreatif. Tak payah nak beli mahal-mahal.

 

Yang penting background color bilik

Dan deco mampu menaikan seri bilik tersebut.

Kekadang kalau pandai main warna lampu,

Pun tiada masalah boleh bangkitkan seri.

 

 

 

 

Monday, 24 June 2013

101 : Tips Untuk Kucing Sakit Tengah Malam



Hari tu Mk masuk teater, MK telah menerima panggilan tergempar daripada dylla(kawan MK)
La ni sampai sekarang lupa nak follow up dengan dia. Message for Dylla
MK harap anak kucing , u ok dah sekarang ni. * pray for dylla babies fur *

Dalam tiga bulan ni MK asyik kena selamatkan anak kucing je.
Ada yang masuk dalam bahagian kereta MKlah, ada yang terjumpa nak terjun kat
jalan ampang lah (korang pun tahukan Jalan Ampang punya kereta macam mana lalu..
tak sanggup nak tengok anak kucing tu kena lenyek), Ada yang kena tinggal
dengan mak dialah.... kerja nak menangis je duduk dalam semak.

ok... tajuk sebenarnya nak share macam mana korang
nak handle anak kucing atau kucing korang sakit
tengah-tengah malam. Tetiba korang baru balik kerja tengok dia demam.
Atau pun badan dia lembik. Paling sadis bila kena tengah bulan ,
memalam nak hantar veterina tu mahal kot. MK pernah kena RM150 untuk warded sahaja
belum kos perubatan.


1. Jangan Panik
kucing kesayangan kita ni pun mengada-gada, dia tengok kita panik
lagi dia suka acah-acah. Biar muka nampak cool je, dalam hati siapa yang tahu kan ?


2. Air gamat (optional kalau tak nak makan)
selalu standby kan air gamat (bukan minyak gamat tau), selalu kalau urgent
luka boleh bersihkan luka air gamat ni dekat kucing ,Kalau dalam
kes kucing yang tak nak makan, korang kena kasi dia minum air gamat

3. Glukos(optional kalau tak nak makan)
Kalau air glukos takde, korang pergi 7-eleven beli yang tin putih tu
kasi dia air masak campur glukos biar kasikan dia bertenaga
glukos ni untuk tenaga selain ada beberapa zat untuk diberikan kepada kucing


4. Wet food(optional kalau tak nak makan)
kalau sakit kekadang dorang tak nak makan dry food. Boleh beli dekat 7-eleven juga
ambil junior wetfood. Mungkin boleh sedikit sebanyak boleh
bangkitkan selera kucing korang

5.Panadol kanak-kanak
ambil panadol kanak-kanak, pecahkan empat bahagian, ambil bahagian kecil tu
kasi kucing makan selepas korang dah kasi dia (makan ke, minum gamat ke atau glukos)
yang ni untuk kucing tetiba sudden demam dan suhu dia tinggi.




At least korang boleh cool down dulu kucing korang, so esok pagi terus
pergi veterina berdekatan. Digalakan disini kalau korang dah biasa dengan
veterina tu, korang boleh ambil nombor telefon admin atau doktor.
Kekadang ada doktor yang boleh standby case urgent.
Harga pun kena standby lah.
Diharapkan tips ini dapat bantu korang sikit

Saturday, 22 June 2013

Review : Restoran Victory



Assalamualaikum wbrt

Macikz konah hendak ucapkan selamat beristirehat di hujung minggu. Malang cuaca bulan June 2013
Tidak beberapa bagus, sebab jerebu datang semula. Hari ini macikz konah nak share tempat makan 
dekat kawan-kawan. Terutamanya kawan-kawan yang berasal daripada selatan ( Johor dan singapura)
dan juga kepada kawan-kawan yang pernah merantau ke selatan dan terus jatuh cinta dengan makanan orang selatan ni.

Boleh nak melepas kerinduaan untuk makan kacang pool, original air bandung soda ,sup tulang daging merah dan murtabak johor. Untuk kengkawan yang ada di KL dan selangor. Korang mesti rasa sedih sebab kawasan ni susah sangat nak dapat makanan orang selatan. Sebab kebanyakanya yang berhijrah ke sini adalah daripada pantai timur jadi kebanyakkan semuanya daripada pantai timur belaka.

ok tak nak cerita panjang. Pagi tadi konah godek sana dan sini... akhirnya macikz konah berjumpalah
dengan tempat bernama Restoran Victory yang famous ada di singapura di Jalan Arab Street.





Nampak tak ? tak kan ?
ok terletak di taipan. Alamat dia :-

no.21-1 Jalan USJ 9/5Q
Taipan Business Center
Subang Jaya
(Cara senang ikut jalan kewajipan cari landmark Masjid Al Falakh)
Buka daripada pukul 9.30 pagi sampai 11 malam kalau tak silap

Pertama sekali konah order air sirap bandung dia. Nak test
orang selatan buat ke tak...rata-rata semua kedai yang admin dorang
berasal daripada selatan bila hidang air bandung soda... failed
sebab berketul-ketul....  tak pandai bancuh..
Bila sampai je air bandung soda... konah senyum..
perfecto! Memang orang selatang hidang


Lepas tu konah order starter konah, iaitu Kacang pool
bolehlah lepaskan kerinduan korang dekat kacang pool
tapi jangan bandingkan kacang pool dekat bomba. Sebab
kat sini pakai roti bakar biasa sahaja


BF konah order murtabak johor..
Ha ini baru panggil murtabak johor lebih daging,selalu
orang masak tebal dengan tepung tapi inti kurang


Ini lah sup tulang daging merah
mmm... sedap!!!!! dia ni kena makan cecah dengan roti
yang ni makanan famous dekat singapura.
Susah nak describe tapi dia memang manis daging.
Jangan lupa minta extra straw supaya korang
boleh sedup tulang sum-sum dia. Konah makan
lepaskan rindu benda ni dua kali

Keseluruhan konah kena banyar RM35.00
Konah rasa berbaloi....sedap konah makan sampai
jilat meja...eh... silap..
sampai jilat jari.

Jemput datang kat sini yerk.!






Thursday, 20 June 2013

Review : Monsters University


Nuffnang Terima kasih. Untuk maklumat ini tiket undangan pertama untuk filem kartun
Tak pernah dapat tiket filem kartun lagi daripada Nuffnang

Cerita ini adalah gabungan daripada Monster Inc. Di mana squeal kali ini
Adalah menjurus kepada fasa Univerisity ( Adik-adik baru nak masuk U boleh boleh tonton cerita ni , naikkan semangat sikit)
(Yang dah bersara dari Uni kalau tengok cerita ni boleh mengimbaskan kenangan masa dekat Uni)

Watak utama
Mata satu : Mike Wazowski
Gergasi bulu-bulu : James Sulley Sullivan

Review keseluruhan
 10/7

Pixar memang terkenal dengan watak kartun yang memberikan inpirasi dan motivasi.
Kalau kita ada adik-adik atau anak-anak yang memerlukan semangat. Cerita ini memang sesuai untuk
Korang heret mereka ini masuk dalam wayang.

Mize Wazowski selalu diperlekehkan dan diperendah sejak daripada kecil. Tetapi dengan badan dia yang ketot
Dia tidak pernah putus semangat dengan segala makian yang dilemparkan. Kerana
Yang pasti dia ingin mencapai satu matlamat. Iaitu mencapai cita-citanya. 
(Apa cita-cita  Mike? pergi layan cerita ni dekat wayang )

Manakala James Sulley terkenal kerana bapanya, dan beliau tidak memerlukan kerja keras
Untuk mengejar impian yang dikejar oleh Mike. Ini hanyalah memang
Tipikal manusia  berkenaan dengan heiraki . Jika bapa boleh buat, semestinya
Anak boleh buat.

Tapi adakah itu akan menjamin masa depan James sulley ?
Adakah usaha keras Mike akan Berjaya ?

Ahahahah kalau saya kata mereka semua tidak Berjaya
Kecewa tak ?
Dub dab dub dab….

Cepat.. .cepat… pergi beli tiket sekarang

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Korang dah pergi wayang Citta Mall dekat Ara damansara ?
Rasa macam dekat dalam chocolate factory. MBO dekat sini baru lagi.
Interior dia memang cantik ada ting ting kat depan hall sebelum masuk cinema dia
Lepas tu koridor dia comel-comel… naik bukit.. macam wizard of oz
Sesuai untuk dating

Lepas tu seat dia macam GSC signature Midvalley Garden. Seat Couple.
Ruang dia besar. Konah tak tahu kalau masih ada orang tendang seat orang lain masa
Tengok movie…annoys ok… macam nak gaduh je….

Audio speaker superb! Dan screen dia macam HD je…mmm
Pergi try ok.


Alam wizard of the oz



Main ting-ting dulu sebelum tengok movie



Wednesday, 19 June 2013

Save22 For Shop and Awesome!

Attention to all shoppers!!!!!

yeah you... yes you.... don't go... please read this.

Are you :
1) Love to shop ?
2) In the same time like to travel?
3)ooh.... and like to eat.... food is your bestfriend ?
4)music lovers?
5)gadget person ?
6) there are to many....to list down (stay tune and continued to read)

What about if I tell you right now, you have new best friend in the board. I shall I said welcome  to the board
to http://www.save22.com.my * grafti throw and cheers* .For Malaysian typical thinking. Please don't judge the name of save22 like supermarket name... please don't... okeh. Let me introduce first about Save22.

Save22 allow you to window shop before you going to shopping.aah.. yes...(I see your eyes already bigger)The site is up to date to updating comprehensive price, promotion and sales information .
so when you click the link. You can see all the information about promo, sales and etc according to the place
.

either you can click according to the place or the categories. Me... I want to discover all. So I will
click categories for more option.

 so, once you discover this page  http://www.save22.com.my, It really convenient  you a lot.
you can do survey, budget your expenses and save your time. That's actual we need nowdays that hardly to get. Agree right ?

So when I want to save my petrol, time and make sure my time worth it to bargain. With easy breezy step
Just preview at shopping mall promo at Save22. From there you can see a lot of awesome promo. And the same time you can compare with other places.


Please imagine me with shopping bag ? Get it ?


And the same time , food is my besfriend



my enjoyable moment


With save22, It really means a lot to us. Infomartion can delivery staright to
our finger tips.

*Yeah* Let's Go shopping  and don't forget to visit :   http://www.save22.com.my








Give away :Ulangtahun Blog Macikz konah

Pertama sekali Macikz konah nak ucapkan ribuan terima kasih
kepada pembaca. Giveaway ini adalah untuk menghargai semua pembaca,
dengan rasa rendah diri MK nak hadiahkan Voucher GSC Movie
yang bernilai RM120 kepada pemenang yang tidak sebeberapa ni (simple je hadiah nyer).
Tengoklah movie sampai tak nak masuk movie lagi.Terutamanya kaki wayang

Syarat-syarat
1. Follow blog atau instagram Macikzkonah(search #macikzkonah)
2. Bila Tarikh first Enteri Macikz konah ?
2.Tinggal Jawapan bersama URL link dalam post ini


atau
(untuk penguna instagram )
1. Ambil caption gambar selca anda pastikan hastag #Macikzkonah
diletakan sekali
2. Jawab soalan kenapa anda hendak tiket wayang dan jawab soalan
bila tarikh pertama Entri Macikz konah dalam caption gambar anda

Pemenang akan diumumkan 24 June 2013

(clue : extra mile effort anda amat dihargai)

Tuesday, 18 June 2013

Wedding Planner : Pemilihan Door Gift





Secara fitrahnya konah bukannya seorang pakar berkenaan dengan majlis perkhawinan. Ini cuma pandangan bagi konah yang konah rasa kebanyakan  tetamu akan buat bila menghadiri sesuatu majlis
Perkhawinan. Majlis perkhawinan yang dirancang rapi antara element yang
tidak dapat dilupakan adalah door gift/ ole-ole.

Kalau kita imbas kenangan kita semasa kanak-kanak, kita memang akan tergila-gila
nak datang rumah orang kahwin semata-mata hendakkan
goodie beg. Lepas dah buka isi dia, terus campak kotak dia.
Tak kisah cantik ke tak.
Kalau besar bekas dia, boleh kasi mak buat bekas makan.

Cantik macam mana pun silap hari bulan
bekas goodie beg tu akan dimamah di makan habuk.
Ini cerita event perkhawinan. Nak order bukan takat 30 orang tetamu
paling busuk tetamu datang 500 orang.

Kalau hendak beli di bandung sekali pun,
sekali tempah tiket flight dah berapa ringgit. Cukuplah sekadar penghias
hati di mata tetamu.

Kita kena kira pelbagai faktor seperti :
Planning
analisis
Design

Jangan dilupa untuk perkhawinan, door gift dia ada beberapa peringkat
tetamu biasa
tetamu pihak pengantin (keluarga pengantin yang bertandang)
Meja sanding


Tetamu biasa
biarlah biasa selagi boleh. silap hari bulan lepas habis majilis bila kita
berjalan antara meja ke meja, tengok bekas bersepah...uikss tak sakit hati tengok
door gift budget adalah makanan yang tahan dan tak cepat rosak, seperti telur rebus (itik, biasa)
tak pun telur pindang. Bahulu, kurma ,gula-gula
dan sebagainya.Biar simple tapi teratur.

Tetamu pihak pengantin yang bertandang
biarlah special sikit, sebab kita dah melangkah kaki untuk bertegur
ahli keluarga, kalau boleh door gift dengan pihak tetamu digalakan berbeza
 biar simple tapi ada perbezaan, dan mereka akan rasa di hargai.
Digalakan benda yang boleh disimpan. Selalunya kebanyakan keluarga bertandang
akan simpan. Sebab mereka datang jauh-jauh nak sambut
majlis yang meriah ini.
Biarlah hadiah kekal itu seperti pen,frame, cawan, atau bekas balang kaca yang
cantik

Meja utama
selalu meja utama ni diduduki oleh orang kuat pengantin keluarga bertandang.
selalunya 10 orang, 5 sebelah bertandang dan 5 di sebaliknya.
Yang ni nak budget lebih pun boleh. Sebab orang yang duduk di kerusi-kerusinya
selalunya mak,ayah, nenek (kalau yang kahwin tu cucu kesayangan ) atau makcik
(kalau yang kahwin tu anak buah kesayangan) orang -orang ini yang memberikan green light kepada
anda untuk kahwing. Apa salahnya untuk ambil hati sedikit dekat mereka.


Akhir sekali pesanan.....tak elok membuat pembaziran, cukuplah
sekadar ala kadar untuk door gift.Yang penting bukannya apa
yang pengantin tu belanjakan. Tapi perhubungan yang
kekal sepanjang hayat tu yang penting
Selaku pembantu pengantin kita kena pegang benda ni. Kekadang pengantin mampu
nak berbelanja lebih tapi mereka pun kena fikir
sama ada perbelajaan door gift ini berbaloi untuk dibelanja lebih atau tidak.

Bagi konah biar ada door gift tapi simple je (on budget) .
Kalau pandai hias,benda murah pun nampak mahal.



p/s : macam mana nak dapat harga murah ? sebelum beli..silalah google taip door gift
orang kahwin dekat image macam-macam version korang boleh dapat ilham. Lepas tu
baru boleh pergi Nilai 3. Jujurnya nilai 3 sangat membantu
para pengantin.

Monday, 17 June 2013

Mencari Ramli ke 2 ( Musim Kedua)



Masih ingat lagi artikel saya berkenaan dengan Mencari Ramli 2, Rancangan ini telah ke udara ( 7.30 Malam Setiap hari Jumaat) pada 19 April 2013, di mana Akim Ahmad membuka tirai selaku pengacara Mencari Ramli 2 pada episod pertama. Seperti dimaklumkan Mencari Ramli 2 dilakukan secara berperingkat

dimana sebanyak 222 calon dipilih daripada 12 negeri dan disenarai pendek
ke dalam 30 senarai. Penapisan diperketatkan lagi dimana 30 calon
akan menjalankan latihan intensif selama 10 hari untuk merebut
tempat Ramli dalam musim Mencari Ramli 2.
Aspek yang diambil kira yang akan dipertimbangkan oleh para juri pada musim ini:


skill
kepintaran
bakat
teknikal
taktikal
kelajuan
kekuatan

Daripada kaca tonton Konah, untuk Episod 1hingga 3 sudah menunjukan Mencari Ramli 2 mendapat
sambutan yang hebat dan luar biasa. Dimana lebih mengharukan rancangan ini telah
mendapat sambutan positif di kalangan ibu bapa. Kemudian  pada episod yang ke 5hingga 7 telah memperkenalkan calon Ramli yang bertuah.
Senarai calon 15 pertama


Senarai calon 15 terakhir

Dalam episod yang ke-8, penyingkiran telah dilakukan dan di mana 9 calon telah
disingkirkan. Bagi konah short review terlalu pendek menyebabkan
konah tidak pasti kenapa 9 calon telah disingkirkan. Sebagai program realiti
Konah harap dapat memberikan short review tinjauan lebih terperinci kenapa mereka yang
telah disenaraikan untuk keluar (singkir) contohnya kekurangan stamina,kekurangan
skill  atau tahap persembahan di padang yang kurang memberangsangkan 
daripada calon lain dll.Mungkin konah terlalu emosi dalam bab proses penyingkiran ini,
sebab itu adalah daya penarikan utama dalam program realiti.

Jeng jeng jeng.... selepas mereka berhempas pulas di pandang, episod yang ke-9
mereka telah diberikan kejutan istimewa penambilan istimewa Lisa Surihani,
di mana mereka telah makan malam bersama Lisa Surihani untuk melepaskan tekanan
yang melanda

Bermulanya episod yang ke-6 hingga ke-9, pada pendapat konah sendiri,
kesemua calon adalah terbaik dan unik. Tapi adik Mazwan adalah
antara menonjol kerana sifat kepimpinan terserlah di dalam kebanyakkan episod.
 Di mana Padang dan beliau seperti tidak boleh dipisahkan , beliau boleh
memimpin untuk melakukan "warm-up" bersama rakan-rakan
seperjuangan yang baru beliau kenal antara salah satu bonus point di situ.
Dan beliau juga adalah seorang yang sporting( boleh klik link ni)

Mazwan atau dikenali obama oleh rakannya 
berada di tengah yang paling tinggi

Jangan biarkan pendapat konah mempengaruhi undia calon-calon Ramli yang layak.
Sekiranya anda rasa ada calon yang lebih layak. Lakukan kerja anda.
Pastikan pemilihan anda kepada calon yang benar-benar berbakat yang mampu menaikan persada persukanan bola sepak ke peringkat yang lebih tinggi.
Dan kepada pengundi setia anda layak tonton, undi dan menang.
Justeru itu pertandingan mengundi ini akan bermula pada 14 Jun 2013

Saluran Mengundi :
Hantarkan undian melalui sms 

Cara Mengundi :
1.Taip seperti berikut 

VOTE<jarak><RAMLIid> ke 26268

Id :  ID calon Ramli yang boleh didapati daripada 
link ini : http://tm.com.my/mr2 . Bila anda Klik anda akan pergi
ke website Rancangan Mencari Ramli 2, Klik kepada KOD SMS RAMLI
dan anda akan nampak nama calon dan kod masing-masing

2. Kemudian anda akan menerima sms maklumbalas dan menyuruh anda
untuk pengundi calon Ramli pilihan anda

caranya :
taip seperi berikut

VOTE/VOTE5/VOTE10<jarak><RAMLIid> ke 26268

Contoh Undian :
1 undian - VOTE RAMLIid 
5 undian - VOTE5 RAMLIid 
10 undian - VOTE10 RAMLIid


mudah sahaja kan ? Contoh konah boleh berikan. Seperti berikut, dimana
konah telah memilih Mazwan sebagai calon Ramli yang layak dan ID bagi Mazwan
yang konah lihat daripada website adalah 09



Antara Hadiah menarik yang ditawarkan kepada penontot di rumah
untuk peraduan pengundi ini adalah :

Pemenang Hadiah Utama
Pengundi dengan undian yang tertinggi akan memenangi trip
ditanggung sepenuhnya untuk dua orang ke sydney, Australia


Hadiah Sagu Hati :

Tempat Kedua
Pengundi yang kedua tertinggi akan memenangi buku berautograf
"The Official Illustrated History of Manchester United"

Tempat ketiga
Pengundi yang ketiga tertinggi akan membawa
Jersi Manchester United yang ditandatangani oleh
Ryan Giggs

Tempat Keempat
Pengundi yang keempat tertinggi akan
merangkul  Bola Nike yang ditandatangani oleh
Peter Schmeichel


Tempat Kelima
Pengundi yang kelima tertinggi akan membawa
Jersi Manchester United yang ditandatangani oleh
Rafael Pereira Da Silva



Menarik bukan ? terutamanya kepada peminat pasukan MU.
Jadi jangan lupa saksikan Rancangan Mencari Ramli Musim kedua
setiap hari Jumaat pada pukul 7.30 Malam di Saluran TV3


Jangan lupa untuk singgah ke lama sosial media Mencari Ramli 2


Twitter






Banyak betul masa nak update blog...



Soalan yang selalu diajukan kepada blogger-blogger. Walaupun blogger picisan
macam konah ni. Sama je..."wah banyak betul masa engkau nak update blogger".
Berdasarkan daripada otai-otai blogger punya komen. "Alasan bukan segalanya"
Yang penting time management tu betul.

Dulu masa newbies.... tak faham konsep flow dia. Sampai sekarang pun
konah masih belajar dan belajar. Jadi selalunya konah akan refer kepada dua interface ni.
Blog dashboard dan nuffnang punya dashboard
Untuk tengok pageview macam mana. Sebab benda ni penting
untuk dalam sehari ada beberapa page view visit yang datang
kepada page kita. Macam buka kedai, kalau satu hari takde visitor
masuk kedai kita... agak-agak laku tak kedai kita ?

Nak update setiap hari memang tiada masalah.
Konah ambil tip ni pun dari otai Si budak jambu, dia siap ada jadual 
dalam sehari dia target nak tulis berapa dan bergantung kepada visitor 
yang datang mengunjung. Untuk update setiap hari... memang konah
pun tak larat. kerja lagi...belajar lagi... ajar tusyen lagi...
kena datang event lagi.... ha...semuanya nak buat.

Cara yang mudah daripada tips otai Si budak Jambu ni... simple
kalau korang perasaan tetiba dalam sehari tu meletus-letus idea korang bertulis sampai
boleh menghasilkan 10 blog...walaweh....kalah blogger full time
Takyahlah tamak. nak keluar semua. Simpan semua jadi draft.
Bukan biar dia jadi pekasam

Macam konah...tulis-tulis-tulis simpan.
Jadi bila nak post, targetlah bila visitor banyak masuk.
Untuk konah punya blog orang suka masuk time lunch lebih kurang 12.30 tengah hari.
Masa tu visitor masuk. Baca. So post satu blog.

Esok pagi kerja... agak-agak pukul 10 pagi, post satu daripada salah satu
draf kita. At least blog kita tu pun tak sunyi sepi.

Kalau kita perasaan kegagalan kita untuk update satu post dalam sehari
akan merundumkan graf visitor kita. Contoh hari selasa 11 Jun 2013
Konah busy sangat sampai tak update blog... pap... terus jatuh mata view
sama juga macam 16/6/2013 konah punya bank post dah habis dan konah
tak update satu post... pap jatuh merundum


Konah punya teori, bila tak update... orang pun tak masuk.
Macam buat promosi iklan jugalah.Orang baca ke... tak baca ke.
belakang kira. Yang penting apa yang ditulis oleh kita adalah asli
daripada tangan kita. Bukan copy paste hasil orang lain.


Sekian tips nak naikan graft pembaca


Sunday, 16 June 2013

Skills HTML


Tahu-tahu sahaja masuk dekat dalam 
kelas web design kena coding buat web page.
Dah nama web design 
mestilah kena belajar software design. 
Antara mata pelajar
core master degree yang konah
 kena ambil Sem ini.

Dalam kepala hotak dah fikir, 
mati lah... matilah matilah...
sebab konah bukan background IT 
masa buat degree dulu. 
So memang
konah struggle gila untuk study
 Konah kena belajar balik silibus IT.
Tapi alhamdulilah, lepas install dream wave
Ikut tunjuk ajar prof.
 web design.
har...har .. har...
 *tetiba tumbuh sedikit perasaan riak ni *

Ini semua coding yang konah
 pernah buat bila nak design 
interface blog konah. J
adi alhamdulilah taklah susah mana nak pick up.
Oleh kerana rajin menukar 
coding design website konah.
Konah masuk kelas ni 
menambahkan lagi pemahaman.

Dulu hanya guna keadaah cuba-cuba, 
kalau tak jadi. terus lompat ke bahagian lain.
Sekarang dah faham kenapa ada deffect.
 Lagipun pakai dreamwave takleh susah mana.
sebab coding tu dah sedia ada. Kena rajin praktiks je.

ehehehehe berguna juga jadi blogger picisan ni. 

Saturday, 15 June 2013

LG Ultra HD TV


Minggu lepas antara even havoc yang Konah telah hadir bertempat di Curve dengan tema Fiesta untuk LG. Pertama sekali Konah nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Abang broframestone  , kerana memberi peluang konah dan kepada rakan-rakan konah : Kifli si Dolce dan Rawlins Glam .Acara dimulakan dengan review product LG Ultra HD TV.Ianya adalah antara yang pertama di dunia sebesar 84'Setakat ini ia adalah antara HD yang paling sempurna yang aku
pernah jumpa. Mahu taknya....Resolution dia adalah sebanyak 4 kali HD




Feature LG Ultra HD TV




Lepas dah cuba dengan LG Ultra HD TV, blogger yang hadir di bawa
untuk review kepada produk LG Smart
Remote Control dia cantik kan ? Ni memang tak boleh ganti beli dekat
kedai hardware

Setelah itu kami dibawa kepada satu lagi produk LG Cinema 3D

Keistimewaan LG Cinema 3D ialah dimana tv ini boleh menukarkan resolution daripada 2D kepada 3D.Dimana kita boleh membuat pilihan menukaran ciri. sesuai tengok movie ini sebab anda boleh mengawal kedalaman 3D nyamengikut kesukaan anda. Yang ni panggung wayang pun kalah. Sebab pixel dia .memang cantik.Kemudian kami dibawa kepada sound system XBOX LG
dimana Abang Ariff Shah menjadi DJ kami pada hari tersebut

Dan peringkat mencabar seterusnya blogger diberikan task yang menyeronokan kami bersama-sama membentuk pasukan seramai 3-4 orang ahli di mana kami akan mengumpul markah bagi 3 aktiviti: kuiz,teka movie dan menari.Dan yang paling mencabarkan adalah kami dikehendaki menari oppa ganam style.Boleh tengok page abang broframestone Atas kegilaan kami Akhirnya kami dapat hadiah ini


Bergambar bersama Orang Besar LG Malaysia


=========================================================
Review LG LA 8600

LG LA8600 adalah TV agak luar biasa. Apabila di luar, ia kelihatan seperti benar-benar TV bezel bebas. Apabila anda menghidupkan itu kepada kamu dapati bezel dalaman kecil boleh dilihat di sebalik kaca depan.Sama ada anda suka idea bezel bebas atau tidak ia adalah sukar untuk menafikan bahawa ia kelihatan agak menarik.  Ianya berukuran beberapa sentimeter bezel TV yang kelihatan banyak yang lebih kecil daripada 55 inci TV . Mudah dan ringkas yang penting
tidak memakan ruang.

Magic Remote baru membolehkan anda mengawal TV seperti Wii Nintendo atau dengan menggunakan isyarat. LG juga telah melaksanakan mikrofon untuk mengawal suara dan roda tatal. Ia diperbuat daripada plastik hitam dan perak berkilat dan walaupun ia kelihatan agak kukuh ia kelihatan dan berasa ringan.
Platform TV Pintar LG pada LA8600 adalah sebahagian besarnya tidak berubah dari TV tahun lepas. Walau bagaimanapun, ia adalah nyata lebih pantas kerana pemproses baru. Ia mempunyai seksyen app Premium dan bar pop-up di bahagian bawah yang disesuaikan. Dari Dunia App anda boleh memuat turun dan memasang aplikasi baru dan anda  boleh menguruskan secara manual aplikasi ini hanya yang anda gunakan dipaparkan di skrin permulaan.


LG BH9530

 LG BH9530 adalah pemain Blu-ray sistem pawagam rumah 3D yang merupakan pilihan yang terbaik untuk peminat filem yang ingin mencipta pengalaman pawagam di rumah mereka.  BH9530  menggabungkan kualiti gambar yang tinggi dengan bunyi definisi tinggi. Dengan 5.1 pembesar suara LG BH9530 sistem anda boleh mengharapkan bunyi yang jelas, dan 1460Watts kuasa output memastikan pengalaman audio yang sempurna.Dan, dengan maklumat produk, spesifikasi teknikal dan ulasan saya pada  kit pawagam rumah ini, saya berharap dapat membantu anda mencari sistem pawagam rumah yang patut sesuai untuk ruang tamu anda. Selain bentuk yang cantik memang mengamitkan anda untuk membelinya


=========================================================
Spot Perbezaan antara dua gambar ini A dan B


A




B