Wednesday, 31 July 2013

Chelsea Asia Tour 2013 , Stadium Shah Alam

Hari tu ada orang dia belanja MK tengok  perlawanan Chelsea dekat  Stadium Shah Alam.MK pun ikut ( kalau nak ikutkan sebenarnya MK supporter Liverpool-jangan kutuk team aku ok.)  muahahah.Tapi tak kisahlah sebab MK memang layan bola. No hal ikut. Lagi satu nak ambil gambar dengan torres (kononnya- perasan jap)Ni kenapa tetiba nak short screen tempat duduk ??? jap lagi MK cerita.


Tips duduk tempat view cantik dekat Stadium Shah Alam


Sebenarnya MK dapat tempat duduk purple dengan harga RM88 (upper tier). Konon rasa best kot.Huh sekali harga RM88 ni  hanya dapat melihat padang Shah Alam yang terseregam indah (memang cantik pun). In future kalau korang beli tiket RM58 (lower tier warna merah tu ) pun dah ok. Ambil seat lower tier. (mungkin sebab MK rabun kot).  Ambil Upper sesuai untuk siapa yang coach atau nak rakam video untuk.Lihat cara permainan bola dan kepada siapa yang suka buat mapping game memang sesuai duduk






Chelsea Asia Tour 2013 kat Malaysia masa bulan Ramadhan

Ingatkan datang awal bolehlah berjalan-jalan dekat bazaar stadium Shah Alam,Rumor kata makanan Bazaar Shah Alam not bad. Sebab tu ada member MK yang dari Kajang.Sanggup turun ke bazaar Shah Alam (dasat ko ni ek).Sekali datang pukul 6 lebih tengok-tengok parking stadium shah alam ni dah penuh.Mau tak gelabah MK nak parking sekali.

Waktu buka pun gamble makan tepi jalan sambil mengadap bulan cantik.Tak kisah Mk chill. Satay dekat stadium shah alam tu memang world (sedap gila nak mam) !Sekali masuk stadium ,tengoklah gambar dekat dalam dewan(dekat bawah). Blue army fan dah berkumpul dengan semangatnya. (Itu belum start lagi tau). Gementar kejap MU punya penyokong kalau ada bhahahahaha






Suasana Stadium Shah Alam






Ini masa perlawanan di langsungkan, side sebelah sana memang untuk Chelsea FC



Dari jauh , leh nampak supporter blue army pakai baju warna biru



MK sokong Malaysia team, tapi dapat free tangan ni.Lepas tu kawasan MK pun kawasan blue army


Malaysia kecundang 1 dengan Chelsea dengan skor 4.Oklah daripada telur ayam…not bad prestasi masa bulan ramadhan.



 Sebenarnya boleh dikata majorit stadium ni blue army punya penyokong.Dasyat….macamana red devil punya army? Penuh macam ni juga ke ?

Friday, 26 July 2013

Wishlist update




Nak update wishlist terbaru sempena dah 3 series ni. Setuju tak kalau kita tak update
kita ta akan nampak apa yang kita belum capai lagi,  Nak tulis atas kertas  ? jawabnya kejap lagi aku komot kertas tu  campak dalam tong sampah regardless lah tulis cantik ke tak.
Sekarang untuk jaga alam sekitar kita pilih paperless.


Degree in science Material 
Kereta 
(walaupun bukan impian aku, oklah aset nama sendiri)

Master in Information Technology 
( Tengah ambil , consider belum dapat,aku pilih untuk tidak ada break semesta sebab kalau ada 3 tahun baru habis, jadi aku target satu tahun setengah dah habis...kena struggle sikit sebab banyak pakai masa ,duit dan aku kena korbankan minat aku)

Simpanan hari tua
(aku baru buka simpanan hari tua aku, selain daripada KWSP...tak cukup kot menampung hidup aku bila umur 55 tahun...aku buka dengan member aku amirul,one day aku review macam mana aku buat dengan dia)

Berhenti Rokok


Tukarkan nama blog dan official jadi .COM
banyak lagi nak kena timba, sementara waktu ni ilmu tak sampai suku pun penuh kat dada, tetiba syok sendiri nak tukar .COM, one day mungkin tahun depan


Hutang bank
(aku nak susut sikit hutang bank , sampai nanti dah habis boleh clear nama aku nak tambah loan lagi nak beli rumah dengan buka business)


Rumah
 (setel hutang kereta dengan hutang kesilapan aku- aku ni bodoh pergi loan hutang dekat ex BF sat kali huh dia dah selamat dengan orang lain. Tapi lepas tu aku agak berhati-hati dalam semua aspek- target lagi dua tahun.... sekejap tu..)


Ruin Business
Aku dah planning apa yang nak buat tengah kumpul duit dengan duit sponser,
tapi nak buat ni kena ada sijil dulu.Back up online business dulu, itu pun mungkin target dalam tahun depan

3rd Certificate
mungkin aku ambil course atau diploma dalam kanak-kanak...so korang dah boleh predict business apa yang aku nak buat kan. ahahaha...

Naik haji
Ada duit lebih nak angkut mak aku sekali pergi haji dengan aku.....kena setel dulu hutang melipat ganda. Sebab simpanan aku kat tabung haji tak bergerak-gerak

Anak angkat
dalam umur 40 tahun, aku nak ada anak angkat, kena stabil dulu apa yang ada.


Kalau atas ni dah complete, aku duduk diam-diam dan maintain apa yang ada sampai aku tua.
Kekadang kita boleh merancang, ketentuan-Nya datang daripadanya

Thursday, 25 July 2013

Awesome rules to be creative

I'm grabbed this picture from churp churp , and would like to share it with you, you ...yes you. Being  creative will cheer up your life beside it will stimulate your brain to produce. Generate an idea.One of the steps, write more...and more..... you might polish your wording.

Anyway don't stop yourself to be creative. Chow! 

Wednesday, 24 July 2013

Review Filem : The Conjuring



Tayang perdana pada malam semalam pada 23 July 13 di TGV OU , Bandar Utama.
MK boleh “brief” perasaan dia adalah sama macam kali pertama  melihat cerita seram Ju-On Version Pertama.
Ingat lagi tak memori tu ?Kenapa MK nak tengok ? Meh sini cerita sejarah dia dulu. Cerita ini berkisah pasal penyiasat panoramal ( benda ghaib/pelik) bagi pasangan Lorraine dan Ed Warren. ( Cerita benar yang diolahkan semula)

Dalam banyak-banyak persitiwa mereka ada dua pengalaman yang mungkin mereka tidak dapat lupakan.
Pertama Patung Annabella dan yang kedua peristiwa rasukan kepada keluarga Perron. Tetapi dalam The conjuring menceritakan cerita ngeri rasukan Keluarga Perron.  Sebelum cerita ini dikeluarkan salah seorang anak Perron telah pun mencerita cerita yang mereka alami di dalam buku : House Of Darkness House of Light



Biasalah bila dah masuk wayang, cerita yang seram akan bertukar menjadi ngeri kerana ada beberapa penambahan ajinamoto.


Plot Cerita : Lorraine dan Ed Warren cuba untuk menyelamatkan Keluarga Perron daripada rasukan. Dimana Isteri Perron suspek dirasuk oleh roh jahat daripada keluarga ahli sihir  rumah tersebut( pemilik asal rumah itu). Dimana roh terdahulu telah membunuh anaknya sendiri untuk upacara keagamaan (tetapi kalau kita google banyak version pasal roh jahat ni). Dan kebetulan Lorraine masih belum pulih semangatnya daripada siasatan dia yang lepas. Tapi mampukah mereka untuk menyelamatkan keluarga perron ? Saksikan di pawagam anda pada 1 August 2013


Review : Awal permulaan cerita dia mendatar, sebab banyak bla blab la bla… sebenarnya adalah mukadimah untuk kenalkan semua watak-watak yang penting dalam cerita, tetapi cerita ini terus naik ke puncak bila Isteri Perron tinggal seorang bersama anak-anak dia bila beliau diganggu pada malam tersebut ( start daripada bingkai gambar jatuh) Start daripada point tersebut semua babak bakal meranapkan jantung kita. Saya tak nasihatkan bawah umur dan ibu mengandung untuk lihat cerita ini. Ada sentiment  gereja ( biasalah cerita orang putih mesti refer kat agama dia), tapi sikit sahaja tak banyak. Tapi kalau tengok kali kedua mungkin tak seram kot.

Complaint/aduan/Rungutan ?

Bab ini adalah membincangkan secara zahirnya (general) . Berkenaan dengan complaint...tapi sebelum tangan leka menari nari, saya ingin bertanyakan satu soalan. Apakah keperluaan untuk membuat aduan atau complaint bukan hak kita?
Tepuk dada tanya selera. Saya mempunyai pendapat sendiri tapi jangan dipolitikan apa pandangan yang diberikan.
Tapi sebelum tu saya memohon maaf atas kenyataan lepas berkenaan dengan SK Sri Pristana, tapi saya masih memegang kepada pendapat saya....murid-murid layak untuk dapat bilik yang khas .

Mana tahu satu hari kita renovate rumah kita mungkin makan di "bilik persalinan"  yang di ubahsuai. Betul? Ala tepi gerai ada tikus lalu lalang apa ada hal..sebab kita mampu makan ini kan anak kita makan dalam bilik persalinan.Setuju?
Aku tak nak anak aku makan kat situ, tapi kalau itu caranya untuk dia jadi orang....maksud bukan sampah masyarakat....why not?---> tapi tetap tak setuju.

Ok itu bukannya topik hari ini, cuma hendak membincangkan wajar kah kita bersuara jika kita tidak berpuas hati di dalam sesuatu. Complaint/aduan dilihat dalam mata kasar sebagai satu bentuk negatif tetapi jika bijak digunakan ianya boleh menaikan taraf mutu sesuatu kualiti organisasi.Contoh makan ayam goreng brand ali tetiba tengah makan tergigit kaki lipas..... nak diam ke? Ke nak buat aduan?

Itu kalau tak buat aduan confirm dalam masa sebulan at least jumpa 5 ekor lipas dalam ayam goreng

Senario lagi satu,  perkhidmatan wireless "percuma"  diberikan kepada anda. Tapi line macam haram sikit. Sekejap ada sekejap takde.Bila disuruh bayar sikit untuk kos baik pulih kita kecoh satu dunia sampai masuk fb.

Bai....nak mutu perkhidmatan baik...bayar lebih leh....benda free dan murah memanglah macam ni....

Cuba bandingkan makan dekat gerai dengan makan dekat hotel, dekat hotel tu taklah sedap mana.Tapi harga melambung boleh beli cincin perak satu. Tapi service terbaik.

Secara kontranya kita memang mempunyai hak untuk bersuara. Tapi laungan yang dipilih itu sama ada mengikut emosi, fakta ,logik atau main sauk je.
Hey Malaysia sepatutnya adalah negara yang bebas bersuara janji bergantung tata lunasnya.

Daripada sudut negatif, situasi harian kita. Daripada pengalaman aku, kita ni sering 'complaint'  kerja pejabat sangat banyak.....cot cet sana cot cet sini. Satu hari aku terdiam, aku ni kuli memanglah kena arah... Cuba jadi boss. jadi aku diam buat kerja alhamdulillah setakat ni kalau aku rancang kerja aku betul-betul , pukul 3 petang dah siap. Lepas tu dah boleh mengular buat kerja lain.ahahahahahaha

Ok secara umumnya aku rasa atau aku rasa semua orang tahu benda ni, kita mempunyai pendapat atau hak untuk bersura sama ada kita nak ambil secara emosi atau tidak. Macam aku jujurnya ,biasalah perempuan dipengaruhi oleh emosi bila masuk hari kedua dan seterusnya baru aku fikir...oh...salah ni....

Kesimpulan : complaint/aduan hendak disalur kepada saluran yang betul dan kena gayanya.

Tuesday, 23 July 2013

Terima Kasih Korang!

 

 

 

Terima kasih korang tak terhingga pertama sekali kepada Ariey Aziz yang merancang Kejutan Iftar pada

Waktu berbuka semalam di Sri Melaka . Mk ingatkan Iftar biasa-biasa je.

Jeng jeng lepas tu berjumpalah dengan dorang. Nak ucapkan ribuaan terima kasih tak terhingga kepada korang.

 

 

Jutaan Terima kasih kerana menyambut hari jadi MK dan hadir pada makan malam tu.

 

 

Dari kiri

Ni geng lepas zaman-zaman dulu lepak 

 

Amiey dan (pasangan dia Ah ceng)

Kak nor ( kenal daripada kerja di Digi dan melekat sampai sekarang)

Ariey Aziz  [ sedara =) ]

 

Ini adalah blogger otai konah, tapi ada lagi seorang tak dapat datang

Takpe dia dah kena denda nyanyi dalam telefon semalam.

Dorang pun dalang kejadiaan iftar semalam

 

Dari kiri

Madi (mahamahu.com)

Rawlins(byrawlins.com)

Jae(jaehashim.blogspot.com)

 

*** alamak…lupa ambik gambar carl dan kawan dia***

 

Dari Kiri

Ha… founder dan owner B’Jewel Cuppies ( Usue dan Kak Abok)

Terima kasih kerana bersusah payah untuk memahat kek saya.

Cantik giler. (p/s kalau korang nak tempah kek ,konah rekomen buat dengan dorang link dia

Ada sebelah kiri blog konah bawah column fav bakery)

 

 

Terima kasih kepada Family Intan Sophie. Yaya  penghidup suasana

Siap kena denda nyanyi lagu happy birthday dekat saya..hi hi hi mekasih yaya.

 

 

Dan tak lupa kepada ex-officemates saya yang awesome ( ada banyak lagi katanya mereka semua sibuk)

Keep in touch yerk korang. Thank you

 

Hapis

Aby

Dylla kwinky (kenapa ko pejam mata ni)

Farid

 

 

 

 

 

 

Ok.Mari kita zaaaasssss dekat kek harijadi saya tahun ni.

 

 

 

Thursday, 18 July 2013

Berbuka puasa bagi Pengemar Sushi @ Saisaki



Mana lagi kalau bukan di Saisaki @Bangunan OUA Kuala Lumpur. MK memang kaki sushi, tapi pengalaman berbuka dengan sushi tak pernah.
Tempat ini adalah antara dalam list kegemaran MK setelah diperkenalkan oleh BF Konah.
So apa kata tahun ni, buka puasa ala-ala jepun di Saisaki. Konah pergi hari biasa
Sebab membayangkan kalau pergi hari minggu memang ramai  orang. Hari biasa satu kepala untuk orang besar
Macam konah untuk bulan ni Berharga RM56.90 ( sebenarnya bergantung kepada rate price)
Boleh lihat price dia kat sini http://www.saisaki.com.my/buffet-rates.html

Ia bertemakan konsep jepun campur Korean(sikit je) tapi sememangnya best…
MK rasa korang patut try malam punya buffet bila hari biasa. Sebab siang punya buffet macam
Biasa je

Sashmi yang menawan hati anda


MK cekup dan jala sashmi dulu lepas jejaki kaki di sini


MK punya kegemaran yang ni…. Tiram separuh masak…… sedap…

Lagi sekali…. MK layan tiram separuh masak dia dengan fried vege
Style jepun

Dim sum pun ada… ni kena pergi kat counter tenpayaki


Wednesday, 17 July 2013

Review Filem : Turbo






Dapat jemputan khas daripada Rawlins -salah seorang sifu MK  ( Terima kasih Rawlins), date bersama dengan beliau pada malam semalam untuk menonton tayangan perdana Turbo. Turbo adalah salah satu wayang animasi yang dipertaruhkan daripada dreamworks.  Jangan lupa saksikan di wayang berhampiran anda pada 18 Julai ini.


Plot:
Menceritakan tentang seekor siput,Turbo yang berangan-angan untuk menjadi pemandu litar.
Dimana impiannya itu yang pasti tidak akan menjadi realiti dan selalu dicemuh oleh persekitaraannya. Tetapi satu hari keajaiban telah berlaku dan tanpa pernah jemu untuk berusaha Turbo berjaya melayakan diri untuk memasuki  pertandingan litar.

Review :
Plot siri pada pendapat konah adalah salah satu cerita padat, straight to the point . Takde menyeleweh sana sini. Tapi janganlah nak mempertikaikan kenapa siput ni bergerak laju kalau segi logic. Hey… ini animasi kan. Apa konah boleh bagitahu memang best, mungkin sebab konah dah rasa pengalaman duduk dekat padock.


Kesimpulan :
Moral daripada cerita  :
1.Jangan Putus asa
2. Rapatkan diri dengan orang yang sama minat atau faham kita(hanya golongan ini sahaja yang boleh memberikan semangat untuk kita)
3. Jika berangan anda itu sesuatu yang baik, jangan berhenti untuk berangan




Monday, 15 July 2013

Rezeki daripada FCC

Terima kasih kepada jutaan padu azzalynn boutique and wedding, konah dapat rasa 4 produk daripada fcc iaitu :
1. CC cream
2. BB cream
3. Day cream
4.High performance foundation

Konah dah ada cc cream, memang best. Siapa yang lasak dengan aktiviti boleh pakai cc cream. Sebab dia tahan selain daripada memberi makanan untuk kulit kita. Yang best bahan dia letak kat muka pun sejuk.
Alhamdulillah rezeki bulan ramadhan. Terima kasih fcc dan sponser.

Friday, 12 July 2013

Kek Kepunyaan Tuhan

Pada satu hari ada seorang budak perempuan yang selalu ditimpa malang. Dan dia selalu menyalahkan takdir dan kekadang tuhan. Dia ditinggalkan oleh boyfriend dia, video klip yang dibuat private telah tersebar terpelosok dunia, Dia selalu dimarahi oleh ayahnya dan bila temuduga untuk kerja selalu tidak berjaya.

 

Jadi pada satu tahap, dia pun cerita dengan ibunya. Dan berkata dunia ini tidak adil dan dia rasa tuhan tidak pernah sayangkan dia. Kebetulan ibu dia sedang memasak kek. Lalu menjemput dia makan. Dan ibu dia bertanya akan kek itu sedap atau tidak. Dia membalas dan berkata bahawa kek ibu adalah yang tersedap dalam hidupnya.

 

Lalu  ibu dia kemudian tu memaksa dia meminum minyak jagung..

Dia rasa ibu dia bergurau…dan membalas. “Tak mahu…tak sedap”

 

“Nah makan telur” kata ibu dia..sambil menghulurkan telur ayam…

“eeee…..” jawab anaknya

 

“Tepung ni pun sedap” kata ibunya…kemudian anak dia rasa ibu dia gila.

 

“dan terakhir sekali makan mentega ni bulat-bulat”.

 

“Ibu gila….” Anak dia cakap.

 

“hahahahaha…” ibunya gelak dan mengatakan ini adalah bahan-bahan kek yang utamanya. Kesemuanya kalau dirasa terus memang rasa tak sedap dan buruk rasanya.

Tetapi apabila diadunkan dan disebatikan dia akan menjadi kek yang sedap.

 

Anak dia bertanya” maksud ibu?”

 

Ibu dia pun membalas “sama juga didalam kehidupan tuhan sudah tentukan mana yang terbaik untuk kita dan bagaimana kita mengandun dan mengisarkannya untuk menjadi satu kek yang hebat” Semua masalah itu memang buruk rasanya. Tetapi apabila disatukan di dalam kehidupan kita, percayalah ianya adalah satu kek yang hebat.

Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita.

 

 

Kepada yang muslim Selamat menyambut hari ramadhan yang ketiga.

Dan yang bukan muslim salam sejahtera.

 

Semoga perkara yang lepas dan masa akan datang akan menjadikan anda “satu kek hebat”

 

 

Nurkilan dari konah daripada ilham saisaki

 

 

 

Thursday, 11 July 2013

Review : The Lone Ranger



Terharu setelah menerima jemputan personal daripada Klips.my  bagi tayangan movie The lone Ranger pada tempoh hari. Bagi saya tarikan utama asal cerita ini adalah kerana pelakonnya Johny Depp dan Armie Hammer. Tetapi bagi saya ataupun segelintir, The lone ranger adalah cerita epik hero kita sewaktu kanak-kanak yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk menontonnya. Sebelum melangkahkan kaki ke wayang. Saya terbayang Ranger akan menyebut "Hi-yo Silver!" Dimana silver adalah nama kuda tunggangan Lone Ranger.Secara ringkasnya , cerita yang dimainkan di wayang ini tidak berkaitan dengan cerita Lone ranger yang pernah kita ikuti di televesyien satu ketika dahulu.

 

Plot :  John Reid ( Armie Hammer ) baru sahaja berjaya mendapat guaman telah memilih kampung halaman beliau untuk meneruskan cita-cita untuk menuntutkan keadilan , walaubagaimana pun kepulangan beliau ke kampung halaman telah diakhiri dengan tragis apabila ditinggalkan mati/separuh mati oleh penjahat. Dengan menyembuyikan diri disebalik topeng dia bersama wakil orang asli amerika (Johnny Depp) bergabung tenaga untuk memastikan penjahat yang tidak kenal hati dan perut ini untuk dapatkan balasan.

 

 

Review  Keseluruhan: Permulaan cerita agak mendatar dimana cerita dimulakan apabila Johnny Depp cuba menceritakan asal usul The Lone Ranger kepada seorang kanak-kanak di satu pameran. Bagi saya kenapa mendatar ? Ini kerana Johnny Depp masih lagi terbawa wataknya sebagai lanun di dalam Pirate Of The  Caribbean, Cuma ianya di dalam version Tonto  yang GILA dan LUCU. Saya harap perasaan yang baru di dalam The Lone Ranger seperti mana saya melihat Pirate of The Caribbean untuk kali pertama.

Dalam cerita ini, Tonto sepatutnya adalah seorang side kepada The Lone Ranger, tetapi dalam filem ini adalah sebaliknya. Yang kekadang akan membuatkan John Reid seperti sidekick dan ada kalanya kedua-duanya adalah hero di dalam cerita ini.  Apa yang menghidupkan suasana cerita adalah lawak Johnny depp and Armier Hammer sepanjang cerita ini.

 

Ada setengah watak dipertikaikan dan saya tidak pasti sama ada ianya dipotong di Malaysia. Seperti watak Madam Red (Helena Bonham ) apa yang terjadi dengan kaki beliau sehingga dia memakai kaki palsu dan beliau memang mahu sangat Butch Cavendish (William Fictner) di tangkap. Yang pasti pada awal plot cerita  Butch Cavendish adalah seorang yang tidak ada hati kerana telah menoreh jantung abang John Reid hidup-hidup.

 

Pada pendapat peribadi saya, klimaks cerita ini adalah aksi stunt untuk menumbangkan pejahat di babak keretapi apabila dikuatkan dengan lagu tema Lone Ranger yang dinantikan oleh saya. Hans zimmer berjaya membuatkan lagu itu hidup.

 

Daripada gaya penutup cerita, saya berpendapat bahawa THE LONE RANGER bakal menyertai cerita squeal seperti Pirate of the Caribbean di mana cerita ini mempunya squeal yang panjang dan akan menjadi epik.Keseluruhan saya menikmati cerita ini seperti dimaklumkan saya adalah peminat" Hi-yo Ranger!" sejak kecil. Saya berharap dapat melihat lebih aksi padat.. come on… this is wild wild west… bang bang bang…

Kalau ditanya nak tengok lagi ? Ya, saya hendak. Sekali lagi terima kasih Klips

 

 

  

 


Wednesday, 10 July 2013

Blogger : Komited



Apa yang wujud di dalam diri blogger ?
Komited. Komited kepada entry,
Komited kepada projek yang diberikan


(sehingga ada yang mengelarkan blogger seorang yang taksub dengan laman sesawang, tidak... ini adalah satu komited yang kami kotakan)

 Blogger memang memerlukan kepada komited yang sangat tinggi. Secara tidak langsung jika anda komited diri anda kepada blog anda, anda akan komited segalanya di dalam hidup anda.

Anda akan rasa semua ini bila anda melibat secara serious  dalam bidang yang anda minat.





Monday, 8 July 2013

LG Fiesta with Advertlets Bloggers at The Curve


Nak share video aktiviti konah ehehehe.Dah lama baru nak share dekat blog. Cuba spot mana MK?
eheheh mekasih bro broframestone .Appreciate sangat sebab dapat join event ni.


Restoran Kak Mah, Kampung Baru


Tertanya-tanya dekat mana bubur sedap KL ? salah satu bubur sedap dan personal review yang saya suka makan dekat kedai/Restoran kak Mah. Kedai ni terletak betul-betul di depan Universiti Kuala lumpur di Jalan Raja Abdullah. Tempat ni start jadi prihatian aku, selepas makan beramai-ramai dengan budak UPM. Yang ni disuggest oleh ex-coursemate fakulti aku Siti. Semenjak tu asal kan nak makan bubur antara tempat kegemaran yang aku akan pergi adalah dekat sini. Jangan terkejut kalau ternampak a few humble celeberity atau anak dato yang famous korang nampak sini makan bubur. ( So maksudnya tekak aku ni boleh dipercayai)


sebenarnya makanan di sini adalah mirip kepada masakan Pattani. Antara yang aku suka order adalah ikan siakap sweet sour dia, memang terbaik. Cuma tak faham, kenapa kekadang kawan pantai timur aku tak suka? Kebanyakan member aku dari kelatan tidak beberapa gemar( aku ada tanya dorang pun, dorang pun tak pasti kenapa). Sebab dia mungkin bukannya masakan pantai timur tapi adalah Pattani seperti aku beritahu tadi.(cara masakan dia lain kot agaknya) For me- their bubur is superb!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tapi apa yang MK layan dekat sini adalah bubur dia.Memang sedap  ni antara bubur yang dimasak secara sempurna.Walaupun boleh masak dirumah - ala bubur tu setakat kacang je leh buat, tapi 
struktur bubur yang dimasak disini boleh dalam kriteria yang sempurna macam nenek kita masak (orang-orang dulu masak). Tetiba terindu pula bubur masakan arwah tok nab kota tinggi. Pagi-pagi makan letak kicap manis. Lepas tu kicap tu buat lukis hidung, mata dan mulut dekat atas bubur.

 Lagipun aku dibesarkan di kampung dengan arwah nenek, jadi memang ini bubur antara makanan ruji aku cumanya di Johor, bubur ni makan masa sarapan pagi . Oleh sebab selalu makan, aku ni start lah mesra alam flora berborak-borak dengan pekerja, majoriti mereka yang berkerja di kedai Kak Mah adalah saudara, dan masakan di sini adalah masakan turun di temurun yang memang dibawa khas daripada Pattani, dan ini adalah perniagaan keluarga dan kedai ini sudah lama diwarisi oleh turun temurun lebih daripada 20 tahun (walaweh macam penulisan dokumentari pula)


Antara lauk-pauk yang wajib di order oleh aku untuk dimakan bersama bubur adalah :

Sayur campur masak sos tiram
(aku selalu minta campur kailan,cendawan tiram dengan asparagus)

Pembuka selera bubur : telur masin
(aku suka hirup kuah telur masin ni, pedas + masam)

Kerabu mangga
(best sebab dia ada letak carrot sekali)



Pembuka selera konah adalah Sohoon Kerabu.
(aku memang gila makan sohoon, orang omputih panggil glass noddles )




So total makan untuk dua orang dengan lauk di atas campur dengan air lai chi kang dan air buah adalah RM25.60, oklah. Sebab sedap.Bila kena sedapnya bebaloi dengan tekak.Kalau tengah bulan , untuk makan bubur disini (macam cekik darah sikit). Hahaha bagi akulah tak tahulah bagi orang lain. sebab portion dia comel-comel sangat, macam tak cukup untuk aku yang makan macam gergasi.







Sunday, 7 July 2013

[18PL ] Kod rahsia di dalam movie


Ini adalah cuma ideologi dan pendapat saya sendir. Malaysia adalah negara demokraksi ,jadi saya berhak melahirkan pendapat saya selagi tidak bercanggah dengan agama saya. Mungkin apa yang berada difikiran saya yang cuba ditulis didalam blog mungkin menganggu sedikit emosi pembaca. Dan mungkin akan rasa artikel yang ditulis agak berat. Jadi saya tidak sarankan untuk sesiapa membaca jika mereka bukan jenis berfikiran terbuka.



Saya tidak pasti sama ada , anda berfikir sama dengan saya. Mungkin saya tipikal, tapi tipikal adalah majoriti. Maksudnya apa saya fikir , mungkin sama dengan pemikiran diluar sana. Tidak perlu berkias lagi, terus kepada point, sejauh mana anda menilai filem barat ? Secara tersurat dan tersirat ?

saya lihat kepada kedua-duanya.
Pernah atau tidak, semasa anda melihat filem-filem dalam kategori blockbuster, anda akan rasa seperti ada sesuatu metafora yang cuba disampaikan di dalam filem tersebut. Dan kebanyakan cerita itu adalah cerita kegemaran saya.

X-men contohnya adalah salah satu filem kegemaran saya sebab saya memang suka anime ini sejak kecil lagi . Tetapi setelah ditatap banyak kali, saya seperti nampak sesuatu kod rahsia yang cuba disampaikan.
Idea saya, megatakan X-men adalah metafora kepada jewish atau yahudi. Dimana mereka yang mutant adalah Yahudi.

Magneto " We are the better men "

seperti mana kita tahu bahawa hanya bani ini sahaja bongkak mengatakan mereka adalah yang terbaik daripada yang lain. Ditambahkan dengan squeal X-Men : First Class, telah menyokong lagi idealogi saya apabila buktinya didalam cerita ini apabila kaum mutant ditindas semasa zaman hitler.


Beralih kepada superman, yang watak yang diukir secara halus daripada mata kita. Tapi hakikatnya bila saya mula menjiwai di dalam watak superman. Saya tergamam..... superman juga adalah yahudi.Siapa sedar bahawa siapa ayah asal superman ada nama superman ? Kal -El.... cuba google sekarang dalam maksud yahudi, Ka-El bermaksud tuhan. Maksudnya superman adalah tuhan ? Kenapa ?

Ingat cerita nabi musa tak masa zaman pemerintahan firaun ? (Orang yahudi juga percaya kepada nabi isa) dimana zaman dahulu yahudi dipanggil bani isreal .Untuk selamat Nabi musa, beliau telah dimasukan di dalam bakul dan dihanyutkan oleh sungai nil lalu bakul itu telah dikutip oleh keluarga diraja Firaun Lalu dibesarkan nabi musa oleh keluarga firaun ( tafsiran kepada yahudi). Macam cerita superman... dimana untuk selamatkan superman, ka-el dimasukan di dalam kapsul dan dibawa ke bumi.

Lagi satu pada zaman perang dunia kedua, hitler memang suka bunuh orang yahudi. Jadi untuk selamatkan generasi muda yahudi, telah dihantar ke amerika. Dan sekarang mereka yang menguasai amerika setuju ? itu maksud cerita superman.


World War Z ? sudahkan anda menonton ? saya telah membaca komen abang ben shaari. Lantar saya teleh berpendapat untuk lihat sendiri melalui donwload. Bila dah tonton saya akhirnya bersetuju dengan abang ben.Lalu saya terfikir dan membuat kesimpulan sendiri adakah zombie itu islam ? Membangkitkan sedikit rasa tidak puas hati. Di mana Brad Pitt cuba mencari rawatan zombie di Jerusalam yang akhirnya meninggalkan hanya jawapan kepada Brad Pitt.


...... banyak lagi, mungkin saya melampau-lampau melihat sudut tersirat daripada filem-filem barat .Tapi
adakah atau tidak anda terfikir perkara ini ?


patutlah kenapa setengah-tengah orang warak, menolak cerita-cerita barat. Kerana ini mungkin caranya mereka membasuh otak genarasi muda terutamanya mereka yang beragama islam. Sekali -kala menonton filem seperti ini renungkan maksud tersiratnya.


p/s: sebab tu saya pilih karton .




Friday, 5 July 2013

Reveiw Make Up : FCC



Konah jenis make up ? Tidaklah... sebab konah ni jenis yang aktif. Sekadar colek sana sini
cukup syarat . Yang penting boleh naikkan  taraf keyakinan kita. So make up konah pun memilih.
Ialah jarang guna. Tapi konah nak kongsi satu benda make up . Make up selalu ada dekat Istana budaya.
Konah lalu lalang je . Tak pernah nak terfikir. Lepas pakai terus jatuh cinta. FCC nama make up tu.


Apa yang konah boleh rekomen. Kandungan dia 100 % halal. Tak payah risau kan.Secara jujurnya konah ni main tenyeh janji cantik. Astarafiruallahalazim....tak pernah fikir make up ni pun ada kandungan halal dengan tak halal. Terus insaf.  Jadi kedatangan konah ke booth di malam pementasan Nyonya The Gang telah buka mata konah. Make up dia pun cantik dan tahan.



                         
Sebelum



Selepas

sebenarnya konah tak pakai make up, konah pakai
skin perfecting balm ( light to medium)
dia bagus untuk kulit bermasalah macam konah.
dia ada multimineral, vitamin B3, Vitamin C, Macademia Oil , Collagen
banyak lagi... dia cream pada masa sama boleh cover dan touch up muka.


Konah pakai benda ni seawal 8 pagi dan lepas dalam lebih kurang pukul 4
cream ni pun masih mampu bertahan



Walaupun nampak dah cair, sebenarnya bila dah tepek kat muka tu
dia macam natural gitu.
Tak yah pakai make up setebal 3 inci.
hik hik hik



Wednesday, 3 July 2013

Review : Kuih Raya 2013

Must admit, my guilty pleasure is warm, moist freshly baked Choc chunk cookies. Any idea where i can fulfill my cravings in Kl or Malaysia? If you're really into chocolate, get the chocolate chip cookie, but they also have chocolate chip cookies with marshmallow.Mmmmmmmmmm!!!!!

Ini bukan sebarang cookies ini juga boleh dibuat sebagai kuih raya anda untuk tahun ini.

 Batang buruk,semperit,suji,sarang semut etc  Memang tidak dapat dinafikan tidak boleh dipisahkan dengan kita. Tapi daripada pengalaman konah, setelah masuk rumah raya yang ketiga. Kita mencari satu kelainan kuih di tetamu kita. Kita akan dengar " ok dah rasa ni, ok.. dah rasa next..." wow...kuih baru… ok next…. ok.. wow...

So what is my secret to attract guest to come my house ? It is my c.o.o.k.i.e.s that I got from my favorite bakery " B'jewel cuppies" . konah reveal, antara kuihnya Almond mocha and chocolate suprise. Atas sambutan hebat untuk chocolate suprise, B'jewel cuppies telah mengeluarkan satu perisa terbaru yang sedap iaitu chocolate strawberry suprise.

sebelum menyusuri gambar konah dibawah. Konah berikan dulu butiran B'jewel cuppies, andai kata anda berminat untuk menempah. Jangan lupa untuk rasa. Rugi tak! Kalau konah kata sedap tu sedaplah jangan nak degil!   .. message/pm/sms/whatssapp/wechat di 0122671566 ( Rose) atau email  : bjewel_cuppies@yahoo.com

 

Review :
serious sumpah sedap! rasa mocha dan chocolate
yang seimbang macam irama lagu...mmmmm
ha dengar tak lagu tu ? mmmmmm...
bukan itu sahaja disaat chocolate itu sedang cair dilidah anda...
ianya diselangi dengan chorus ranggup daripada almond.
Yang unik almond disusun secara kepingan dan pecahan.
membangkitkan rasa mocha tu *mmmmmmmmm*



Review :
99% kanak-kanak yang baik dengan saya hari ini
adalah kerana kuih chocolate suprise ini. So setiap kali mereka terserempak dengan konah
ha itulah kakak yang ada kuih unik dan sedap.
(Siapa nak bodek anak buah bf/gf boleh beli ni)
Kebanyakan kanak-kanak atau pun jiwa kanak-kanak macam konah ni.
akan jatuh cinta dengan kuih ini.
cuba bayangkan ini....ranggup ,lembut, cair dan ranggup di lidah anda.
Tapi lagi sedap daripada m & m .
Apa yang unik? marshmallow bawah tapak dia ada cookies dan dibalut dengan
white chocolate...mmmm sedap......
kalau letak satu balang sambil mengadap TV memang boleh habis.




Review:
Ini kuih baru mereka, dan jujur konah tidak rasa lagi. Tapi konah
percaya dia boleh memberi kejutan untuk konah macam chocolate suprise.
Konah suspect tengah-tengah dia ada suprise sedang menanti konah.


ok. sekian review kuih raya konah tahun lepas dan yang konah confirm akan beli
borong untuk tahun ni... berminat ?
tak yah scroll atas. Nah.. konah berikan lagi sekali dan kita share reramai :
message/pm/sms/whatssapp/wechat di 0122671566 ( Rose) atau email  : bjewel_cuppies@yahoo.com