Thursday, 26 September 2013

List benda/barang wajib untuk pergi bercuti


Anda sudah terbiasa buat event list ? Sama juga bila anda pergi bercuti, anda kena menyenaraikan barang wajib untuk bercuti. Kebanyakan kita lupa benda asas bila pergi cuti. Jadi bayangkan kalau anda pergi beli , ini akan menyebabkan kerugiaan. Walaupun anda mampu beli. Tapi fikirkan kos yang anda boleh simpan dan apa akan anda dapat ? Makananan sedap semasa bercuti atau duit kos tambang semasa anda sedang bercuti.

Extra card memori
Yang ini untuk siapa yang suka ambil gambar atau Mk panggil freak camera. Yang jenis ni akan snap, snap,snap tanpa bosanDan gerenti sepsis ini jenis cepat habis memori dia. Kalau ada jenis beli extra jangan lupa pack sekali. Sebab anda jenis sanggup beli daripada delete gambar daripada hanset atau kamera anda. Kan ? Saya nampak ada kepala angguk. Cuba bayangkan kalau anda dapat jimatkan harga disini


Copy Dokumen penting
Kalau jenis book jangan lupa copy kan document penting.Karang terhegeh orang kaunter nak cari. Jangan lupa copy ic atau passport( yang pergi oversea) kenapa benda ni penting? tetiba malang tak berbau hilang… dah korang dicopkan sebagai warga yang tidak berdaftar.Pernah tengok cerita Hollywood kan? Tetiba bangun esok pagi orang dah curi identiti kita. Jadi…worst case scenario sila prepare benda-benda bahan bukti identiti pengenalan kita

Mini First aid
Malang tidak berbau, apasalah standby first aid mini contoh korang kena ada panadol,minyak angin dan penampal luka tu. Nak beli lagi..nak beli takde masalah…nak cari tempat nak beli tu susah. Sebab kita tak berasal kat tempat yang kita nak lawat. Jadi apasalah prepare dan tak menganggu waktu percutian korang


Botol air
(yang ni lebih kepada siapa nak pergi oversea) , apasalahnya prepare botol air sebab for sure nak beli air mineral kekadang setengah tempat mahal.Tetiba tempat kita nak pergi tu dia jual Evian sahaja. Tak menangis ? Botol air kosong ni sekurang-kurannya kat hotel korang boleh masak dan tuang. Kalau takde botol kosong, mesti korang masak dan masak air cerek kat hotel tu sampai lembam… kan kan ?? hahaha tipulah kalau tak buat


Selipar
Jangan lupa selipar!!!!!!!!!! Tetiba feeling nak jalan depan pantai tu ke..nak jalan dekat lobi hotel tu ke..apa kejadahnya nak pakai kasut cantik-cantik????????? Lepas tu penatkan kan nak sarung ,nak tanggalkan lagi… kan best ada selipar



Beg Plastik  baju Kotor
Jangan harapkan beg plastic kotor hotel yang nipis yang panjang macam bantal pemeluk tu sekali letak seluar jean dah bocor. Time tulah nak letak selipar ,sepende basah, bra dan sebagainya. Sila siapkan beg plastic baju kotor awal-awal.

*yeaaahhh MK nak bercuti dah….alah tak pergi jauh pun bye bye*

Viking & History Channel



Photo Booth yang Kreatif


Pada 19/9/2013 yang lalu, MK bersama blogger lain telah pun menerima jemputan daripada Nuffnang yang dianjurkan oleh WestCoast Public Relations untuk meyaksikan Pelancaran Vikings untuk siaran History Channel bertempat di Healy Mac's.

Sorry, kualiti gambar kureng sikit sebab MK pakai Gtab ambil gambar. Alah dalam kegelapan korang boleg agak muka-muka blog otai ni ehehehe






Terima kasih yang tak terhingga kepada Nuffnang dan Westcoast Public Relations, pada malam itu kami disiarkan 2 episod secara eksklusif Viking. Kami berpeluang menontonya sendiri dimana rancangan ini belum disiarkan di Malaysia... *yeepieee antara orang pertama*

Tapi jangan risau dimana rancangan ini akan menemui di kaca TV anda pada 29 September di mana lagi kalau bukan di History Channel pada jam 10 Malam. Viking sebenarnya berkisahkan kehidupan puak viking yang berusaha untuk meluaskan jajahan tanah mereka untuk meningkatkan taraf kehidupan dan mutu tamadun puak mereka.Seperti kita maklum, tidak semua orang boleh menerima pembahruan di dalam kehidupan secara mendedak. Begitu juga di dalam puak Viking sendiri. Mampukah mereka membawa perubahan di dalam puak Mereka ?

Untuk maklumat pembaca, anda harus menonton  kenapa????? Nak menang Harley Davidson tak ????? khas untuk penonton di Asia terutamanya di Malaysia. Dimana anda boleh tonton dan menang dan peraduaan ini bermula pada 29/9/2013. Untuk maklumat lanjut boleh tonton link ini

Caranya mudah sahaja, tonton rancangan Vikingds Di History Channel pada setiap ahad pada pukul 10 malam dan cari CODE WORD dan hantarkan jawapan anda di http://vikingsasia.com . Mudahkan ? kalau tuah sentiasa ditangan anda….jangan lepaskan peluang untuk mencuba. Mana tahu boleh angkut Harley satu.. kan kan ???


Kesempatan yang diberikan ,MK tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan tema background dibelakang. Lagi sekali MK ucapkan terima kasih kepada penaja-penaja event pada malam tersebut. Terutamanya dalam penyediaan makanan halal kepada blogger islam . Terima kasih atas kepekaan anda kepada kami.


MK macam entiti dan sembelih orang

Antara miniature yang kami dapat


Beg "Gedabak " adalah Kegemaran Kate Middelton







Aku panggil bag tote longchamp ni ,beg gedabak. Selalunya aku bawa dekat office dan kelas sahaja kerana
Kebolehan untuk mengisi di dalam isi perutnya adalah tidak dapat dinafikan boleh dimuatkan semua.
Kekadang kalau overnight dekat rumah cousin pun aku guna beg ini senang dan ringkas.


Yang kadang-kadang aku panggil beg telekong sebab boleh sumbat semua di dalam ni.
Sebenarnya adalah beg kegemaran Kate Middelton. Jadi jangan pandang sebelah mata
Dengan beg tote longchamp





 
Yang sebenarnya memang merupakan fashion icon terutamanya di England.
Walaubagaimana pun Longchamp di Malaysia seperti diciplak berleluasa yang menghilangkan
Seni elegentnya.Tapi tip untuk melihat bagaimana ianya fake atau tidak boleh dikesan
Untuk mengelakkan diri kita sebagai penguna tertipu kerana membeli barang yang tiruan :
(Jangan tertipu dan bayar sama mahal dengan original beg MK pakai beli di butik longchamp sendiri di Pavillion hampir mencecah RM600)
Ada diluar MK tengok sampai RM700 , belek-belek tiruan tapi memang hampir sama seperti asal)

Jahitan ditepi luar beg yang ni memang ketara sebab longchamp lining
Dia memang original kulit



Penutup beg perbezaan daripada segi butang
Yang orginal selalunya timbul

Didalam butang beg , yang asli selalunya dikepilkan dengan plastic keras
Untuk perlindungan




Longchamp Original mempunyai zip bertulis YKK

Tuesday, 24 September 2013

Diet Menu Research& Diet Ballet

Berikut dibawah adalah menu yang MK guna dan nak share, tapi MK nasihatkan jangan terlalu drastik kerana kebanyakan badan kita akan terkejut.Selalunya Mk akan mix dan max diet dibawah. Setakat ni selama dua minggu, MK berjaya menurunkan 1 KG. Semalam tak nampak masa timbang.
Hari ni bila timbang baru boleh nampak.Dah susut…jadi setakat ni 2KG dah turun untuk dua minggu.




Ballet diet : Yang diamalkan oleh penari ballet untuk mengekalkan berat badannya. Mereka tidak boleh menjadi berat kerana dikhuatiri akan menjejaskan prestasi tarian mereka. Dalam ballet diet mereka menjauhkan makanan bergaram kerana garam boleh mengakibatkan mengumpul air (berat air) . Jadi mereka akan mengurangkan makanan diproses. Mereka juga akan menjauhkan makanan bergula seperti dimaklumkan makanan/minuman bergula akan member tenaga yang berlebihan. Dalam hal ini mereka tidak memerlukan gula kerana dikhutari akan menjadikan super aktif dan tidak menghayati tarian mereka. (sebab tu kebanyakan mereka moody). Mereka lebih kepada minuman air kosong 2 liter untuk mengelakkan kelesuan bukannya lapar. Mereka mengawalkan makanan rendah lemak  dan mengamalkan diet protein yang tinggi. Dan mengawalkan karbohidrat yang rendah (elakkan karbohidrat yang berwarna putih)


Jenis Diet Ballet
Sarapan                                               1 gelas oren asli
Cawan kecil susu rendah lemak
1 keping roti(whole bread) @ 1 biji telur rebus


Tengah hari                                        15 buah anggur
2 biji plum
Setengah roti (whole bread)     



Malam                                                 50 g isi ayam sahaja
1 yougurt rendah lemak
200g tomato

Victoria secret diet : Yang diamalkan oleh model pakaian dalam Victoria secret. Siapa tak tahu apa tu Victoria secret ? . Regime yang diamalkan adalah senaman dan sebenarnya mereka makan 5 kali sehari dan mengamalkan protein diet untuk pembentukan otot mereka.


Jenis Diet Victoria Secret

Sarapan                                                                oatmeal
                                                                              Putih telur rebus
                                                                              Yougurt
                                                                               Buah

Tengah hari                                                        salad bersama ayam/ikan
                                                                             Buah-buah

Makan Malam                                                   sashimi
                                                                             Nasi bashmathi/brown rice
                                                                              Makanan berasaskan protien



Mayo diet : mayo diet adalah program untuk menguruskan badan dimana program ini mengikut kepada pyramid makanan yang seimbang dimana mencatatkan purata sehari makanan sebanyak 1000 Kalori


Mayo diet menu plan

Sarapan                                                                  telur dadar (tanpa minyak) + 1 cawan yang                                                                                                   mengandungi tomato ,green paper dan cendawan
                                                                                1 keping roti (whole grain bread)
                                                                                1 biji medium oren
                                                                                Teh(tanpa gula)


Tengah hari                                                            salad (seperti salad subway)
                                                                               Air tanpa gula (seelok-eloknya air kosong)


Makan Malam                                                      Roasted Broccoli
                                                                                1 potong Tembikai
                                                                                1 ekor ikan bakar (6 oz)





Paris Hilton diet :  Diet yang diamalkan oleh Paris Hilton dan kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan yang sememangnya efektif. Terutamanya untuk mereka yang obesitif,kencing manis atau pun dinasihatkan oleh doktor untuk turunkan berat badan. Diet ini memang serendah bawah 1000 kalori dan ada setengah tak tahan . Ini dikhusukan mereka yang tak buat apa-apa dan duduk dirumah sahaja. Sebenarnya tidak beberapa digalakan dalam regime diet tapi MK akan guna menu ni sehari sebelum cheat day dan selepas satu hari cheat day.


Sarapan                                                                susu lendah lemak



Tengah hari hari                                               Salad kosong ( atau kurangkan dressing)



Makan malam                                                   seekor ikan rebus

Monday, 23 September 2013

Selepas 14 hari

Pejam celik tetiba dah masuk ke hari 14 belas. Selepas pemakaian corset PB dan pengawalan makanan. Berat selepas selpas hari ke sepuluh kurang kepada 1.4kg.  Perbezaan selepas hari ke-14 masih lagi nampak di mata kasar orang lain tetapi MK merasa perubahannya. Selalunya pakai baju tang paling ketat adalah pada bahagian lengan. Dan cincin dijari MK semakin longgar. Tadi konah baru check dengan pemberat. Malangnya kenaikan 0.2kg. Mungkin penambahan air atau MK baru sahaja habiskan dan terus timbang. Atau mungkin pada hari cheat day hari ahad semalam konah telahpun meminum air ais bandung(manis) dan milo panas(manis) sebanyak dua kali. Yang mengakibatkan pada hari ini menambahkan guilty pressure kepada MK. Jadi dengan tegas menanam di dalam otak bahawa  air ais boleh mengembangkan badan dan gula menambahkan berat kita jika tidak dibakar

 

 

 

Perbezaan selepas 14 hari

 

 

Dibawah adalah plan menu diet minggu kedua yang lepas

Daripada post mortem di bawah kemungkinan kenaikan 0.2kg sebab MK banyak ambil oatmeal

Pada dasarnya konah kena kurangkan. Kerana oatmeal membekalkan kalori yang tinggi lagipun konah tak gerak banyak minggu ni.

 

Hari

Sarapan

snack

Tengah hari

Malam

Selasa

susu

1 cookies  subway

Oatmeal kosong

Kuah laksa kedah

Rabu

Oatmeal kosong

 

Oatmeal kosong

Ikan stim

Khamis

susu

 

Oatmeal kosong

Ikan stim

Jumaat

Oatmeal kosong + 3 helai seaweed

 

Oatmeal kosong

Ikan kembung stim

Sabtu

3 keping biskut oatmeal

 

Skip x makan sebab guilty preasure makan biskut

Ikan bawal stim

 

Event Charity KL Depressed Cake Shop @ Bangkung Row



Tahukah anda salah satu penyakit mental adalah kemurungan ? pada fakta 2002, purata24  daripada 100 penduduk Malaysia mengalami masalah mental. Ini adalah petanda yang kita sebagai masyarakt Malaysia perlu titik beratkan. Jadi bagaimana kita boleh membantu atau mewujudkan kesedaran ini ?


Pada 15 hb September lepas, MK telah menerima jemputan daripada salah peserta B’jewel Cuppies di dalam arena bakeri dimana sempena menyambut kedatangan Hari Malaysia pada 16hb September lepas satu event amal telah dilakukan dan salah satunya adalah KL depressed cake shop ( Terima kasih kak yani atas jemputan, kek anda yang heart tu memang menepati tema!)

MK bersama founder B’jewel Cuppies Cik Ros

Ini adalah merupakan salah satu event charity yang menarik dan patut dipupuk di dalam Masyarakat kita yang menyebabkan MK tidak melepaskan peluang untuk menghadiri secara dekat bagi KL depressed cake shop.The Depressed cake shop adalah salah satu inisatif yang dilakukan oleh badan-badan sukarelawan untuk menubuh pertabungan dan mewujukan kesedaran dan membuka pintu kepada kita semua untuk berfikiran lebih terbuka untuk membincangkan isu masalah mental terutamanya berkaitan dengan kemurungan.
Inilah antara kek yang hadir pertanding. Dan kek kegemaran saya  daripada B’jewel cuppies berbentuk hati retak tu memang cool!

Asas untuk menyertai The depressed Cake shop mudah, Menghasilkan kek samada berwarna kelabu atau hitam. Warna tersebut sebenarnya mempunyai maksud tersirat yang berkaitan stigma (Khusus berkenaan dengan penyakit mental) untuk membuka mata masyrakat kita yang memandang enteng perkara ini.

Bagi sudut pandangan, kek mesti kelihatan sedih dan berwarna kelabu diluar tetapi di dalam adalah sebaliknya(warna warni dan sedap) atau sebaliknya. Walaupun pada permulaannya Event Depressed Cake shop berasal daripada United kingdom tetapi dengan event boleh ditumbuh atau diperkembangkan lagi di peringkat global dan mari kita sokong daripada Malaysia  di kuala lumpur sebagai pusat komunikasi yang strategik.
MK harap tahun depan. Dapatlah event ini diperkembang lagi.

Friday, 20 September 2013

Entiti tersesat

Semalam Mk telah pun hadir ke tayangan perdana vikings yang bakal ditayangkan di malaysia di saluran history channel di astro Mk dan beberapa blogger lain antara orang yang pertama menontonnya. Naik-naik tangga terjumpa entiti berambut perang yang menakutkan. Dah nama vikings muka pun kena jadi vikings...kejung kejap tengok insan berambut perang tu.

From Samsung Galaxy Tab 2 7.0

Anti kaki kipas

*General*



Aku sebenarnya dalam banyak benda aku paling benci kaki kipas. Aku jenis tak pandai kipas atau bodek. Kalau bodek dekat mak aku pandailah, nak minta barang semata-mata . Biasalah, dekat siapa lagi nak kita bodek, karang minta bf macam kita murah sangat, nak tu nak ni.

Satu sahaja aku surrender kalau tang kerja(tak kisahlah pejabat ke, family besar {mentua, adik beradik mak ayah kita dam sebagainya} . Aku rasa kita semua manusia yang normal  , kita akan rasa jelek dan bosan dengan attitude yang manis untuk kaki kipas,bodek ,air cond dan sewaktu dengannya.
Padahal yang tulang belakang kerja adalah yang bukan kaki bodek atau kurang kaki bodek.

Itu sebenarnya lumrah manusia suka dipuji dan diagungkan. Contohnya kita tengok secara rawak proses interview .Lebih banyak proses temubual daripada melakukan pratikal .siapa pernah nampak interview sangat berjaya tapi akhir kesudahan kerja satu habuk pun takda?

Apakah perasaan anda pada masa itu melihat ketidakadilan mereka yang bernasib baik? Semestinya kita yang bukan kaki bodek ,muka pemberontak , cakap lepas atas benda yang tak sepatutnya akan membuatkan kita dilihat sebagai satu virus. Hanya data dan dokumen sahaja yang dapat menyokong kita daripada belakang. Seperti kebolehan multitask , menakul masalah dengan kreatif atau datang awal,pandai masak, aktif ada kerjaya..tapi naahhh kalau anda bukan kaki bodek  anda tetap tidak dipandang.

Kaki bodek tu kerana nak hidup satu permainan keji yang aku rasa kalau ada , aku sanggup letak jawatan daripada berganding dengan kaki bodek. Akhir sudah meraka dapat nama yang buruknya datang daripada diri kita. Itu memang muslihat yang pastikan anda terkena.

Cara menangani ? Buat hal anda, settel apa yang perlu. Pekakkan telinga. Sebab anda tak akan menang kalau anda tak pandai bodek.Itu sahaja formula yang ada.




From Samsung Galaxy Tab 2 7.0

Suka cari pasal

Bitsy kena denda, sepatutnya dia kena makan wetfood daripada penaja. Tapi memandangkan dia dah rosakkan buffer kuku aku....hancus....gigit sampai lumat. Aku kata kim salam dekat bitsy.
Aku cakap kat bitsy jom diet sama-sama. No wetfood as your treat...haisshhhh.

From Samsung Galaxy Tab 2 7.0

Wednesday, 18 September 2013

Diet Kira Kalori


Aku dah masuk minggu kedua untuk diet , aku boleh ambil snapshot sebelum dan selepas. Macam aku cakap perubahan masih lagi belum nampak berdasarkan gambar aku rasa mungkin ada 5 % fizikal yang berubah susut sikit. Jadi bila aku tekad masuk fasa minggu kedua aku nak kurangkan 500 kalori dengan drastiknya....kesudahannya tangan aku mengeletar dan rasa macam nak pitam. Aku bertambah saiko melihat cermin bila tak nampak sebarang perubahan .



Bila aku buat research , kekurangan kalori di dalam diet akan melemahkan kadar metabolisme yang menakutkan lagi andaikata lepas kita melalui fasa diet dan kita sudah pun mendidik badan kita untuk sebati dengan kalori rendah dan....bila kita makan terlebih berat kita akan naik dengan mendadak dan menyebabkan metabolisme kita susah nak kejar pola makanan baru kita.



So pengajaran aku stick 1000 calories sebab ini bersamaan tenaga yang aku guna untuk berkerja didalam pejabat. Berdasarkan kesilapan aku yang makan 500 kalori pada tiga hari lepas ,ini memberikan kesan pemakanan aku pada hari berikutnya. Bayangkan dengan minum susu sekotak rendah lemah aku dah kenyang sampai tengah hari tapi tangan mengeletar walhal tidak terdetik pun rasa lapar. Kemudian tengah hari aku gagah makan oatmeal tapi kemudian aku termuntah sebab kenyang.


Start daripada tu aku make sure  gizi kalori aku antara 900-1000 kalori. Kalau bawah ,aku akan paksa ambil sebelum makanan/minuman untuk cukup target sebelum pukul 7-8 malam. Target aku sebenarnya nak turun 30 kg tapi tak naklah drastik sangat sebab aku takut side effect kemudian hari.


Fasa kedua diet , jujurnya perubahan fizikal tak rasa lagi jadi jangan nak berangan macam aku . Hari ni diet ...esok kurus macam tyra banks...ko gila apa?Tapi aku boleh rasa badan ringan dan tekak kita akan auto reject makanan berminyak dan manis.
Tapi dah ada orang start tanya aku, ash...ambil duromine ke?  Tak saya cuma ambil teh detox sahaja. Saya tak amalkan bahan lain seperti xenical, alpha lipid , matlab . Saya pernah amalkan tapi dah penat setiap kali stop mesti naik. Apa yang aku buat sekarang ni pakai corset
Tapi orang masih lagi mengomen.... ash nape comel..... nape comel.....relaks...relaks..... ko tunggu aku lagi 3 bulan...siap ko...
From Samsung Galaxy Tab 2 7.0

Reveiw Film : About Time


Thank you Nuffnang for having chosen Macikz konah (MK) to preview movie “About time” last night and this story will meet you on 26th September 2013. Ehehe Kifly (http://www.kiflimally.com/)  I’m going to “songlap” your picture from instagram *wink*About time inspired by Richard Curtis. Who is Richard Curtis ? He is produce to Four Wedding and a Funeral, Bean, Notting hills etc.


Plot :
This story involving  a young man how has the power to explore the time before ( Method : he need to focus in dark room and recall the event before) and he just knows about his power when been told by his father. When asked by his father , what will he do ? He replied “ looking for love” . The following summer his sister’s friend come to stay with his family. Tim (young man) falling in love and try to use his power on her and he realize  the girl did not like him and he cannot push her even his back to the time and that time travel will not able to help him.


His summer crush

Then Tim decide to move to London to pursue a career as a Lawyer, after several months his friend bring him to blind date where his Meets Mary ( Racheal Adam)


They seem to be attracted to each other and Tim able to get her contact number…but……(drum-drum sound) there a some mistake that Tim made and he need to struggle to get her back. Later Tim discover his father has cancer and he learn that death also something time travel cannot change. Eventually when his father dies, Tim keeps travelling back into the past (when his father was still alive) so that he may see and speak to him. Despite having great power but every power has certain limitations finally he need to decide to say goodbye to his Father (past time) .-àI don’t want to brief it details you guys need to watch this movie either else you can’t feeling it)

And the question that I want to ask you : What if every moment in life came with a second chance ? What you will be ?


Review :
If you are hardcore fan to the famous  Mitch Albom ,writer to For one more day. You will find this movie is meaningful to your life. For me this  story had touched my heart especially in the separation of his father (I did cried with this scene dialog)à mungkin aku terlalu emosi dalam hal kekeluargaan. There are some audient  said this movie is quit dull. But not for me, my opinion  watching this movie  seems  look like you read novel but in visually reading. But if you like to watch Notting hill, so this movie is not big deal for you. Many think that the story is romantic story but after seeing this I found the story  is about inspire your life and see from different angle. I think the narrator of this story is image how could we be if we can get second chance and change it to become better individu.  What is required when viewing this movie ? You as the audience should focus on the story if not, you will not understand the concept of this story.

(Cerita ini mengingatkan aku kepada kawan aku, alia sebab dia memang suka baca Mitch Albom)



Makanan yang Melambangkan Malaysia

MK mengambil petikan daripada yahoo untuk dikongsi bersama. Makanan yang disebut dibawah memang tidak boleh dipisahkan daripada kita. Bayangkan kalau kita berada diperantauan. Inilah makanan yang bakal kita rindu dan idam-idamkan. Mungkin anda akan jumpa tapi tak akan sama dengan rasanya di Malaysia.


Nasi Lemak
Sinonim dengan nama Malaysia, bila sebut nasi lemak kita akan terbayangkan
Malaysia

Roti Canai dan teh tarik
Makanan yang wajib antara kena ada kat mapley. Takde makanan ni
Bungkus kedai la!


Maggie Goreng
Kita boleh buat kat rumah. Tapi entah kenapa air tangan mamak
Ni sedap rasanya


Burger tepi Jalan
Aku rela makan burger tepi jalan daripada restaurant atau fast food.
Sebab kita boleh nak tambah macam-macam. Yang famous selalunya Ramly burger


Cendol
Aku tak pasti dekat negara india ada benda ni ke tak. Kebanyakan cousin aku yang pergi oversea
Dorang mengidam cendol.


Assam Laksa
Antara makanan kegemaran aku


Nasi Daun Pisang
Yang ni pun layan…. Aku memang suka peria goreng dia.
Terbaik!!!! Aku suka makan yang kat legend @ Serdang

Satay dan ketupat


Roti John
Selalu ada kat pasar malam atau pasar ramadhan.
Lagi garing dan hangus lagi sedap… perghhh terbaik!


Nasi Kandar
Berasal daripada mamak penang. Kalau kat KL harga di melipat ganda.
Apa yang mahal sangat kat KL ni aku pun tak tahu kenapa…


Otak-otak
Sebelum ada KFC,Mcdonald dan sebagainya inilah makanan fast food orang Malaya
Otak-otak. Ini pun makanan kegemaran aku. Maklumlah orang johor katanya.

Tuesday, 17 September 2013

ah Tuan ee's Place ,The Curve

Minggu lepas semasa review cerita Paranoia, saya telah pun makan di Ah Tuan Ee’s Place
Antara salah satu tempat makanan kegemaran saya di The Curve, yang berstatus Pork-Free (tiada daging oink-oink)Memandangkan saya pun diet. Ada beberapa makanan yang tidak dapat saya nikmati dan hanya boleh dilihatDan melihat rakan-rakan memakannyanya terutamanya ayam goring dia yang sangat ranggup.

Ah Tuan ee’s place adalah cruisine Nyonya atau Peranakan yang diadaptasi daripada Peranakan Penang.Di Ah tuan ee’s Place menu yang menjadi pilihan MK adalah assam fish dia.( Entah MK memang suka style nyonya punya assam fish)

Selalunya MK akan makan dibelakang dia boleh cuci-cuci mata tengok orang lalu

Ah tuan ee tak silap MK dalam bahasa hokkien kakak mak yang tua.
(Betulkan saya kalau salah)


Memandangkan MK dalam proses diet makan start MK adalah sayur bendi yang dicecah dengan sambal udang Kering dia. Memang terbaik rasa dia ( Tapi lari sikit kiraan kalori MK sebab dalam sambal ni ada letaknya gula dan garam tapi cecah sikit bolehlah) Siapa boleh layan makan bendi tanpa dicecah kan ?




Ini pula ayam goring( nama menu dia lupa pula) antara kegemaran MK, tapi nak buat Macam mana. Tengok dan ambil gambar . Serious…kalah KFC yang ranggup tu!






Ni lah dia assam fish yang MK suka tu, MK makan ikan dengan sayur bendi. Tapi kuah hirup sikit-sikit sebab ada minyak.





MK boleh recommend tempat ni memang sedap gila. Kalau siapa yang suka makan nyonya style.
Kalau bulan puasa, tempat ni penuh dengan orang terutamanya weekend.

Alamat :
Ah Tuan Ee's Place
The Curve, Level 1
Western Courtyard
Mutiara Damansara

Apakah Pola pasangan anda?


Kajian menunjukan kita sering tertarik dengan sesorang yang mempengaruhi kita semasa kanak-kanak. Contohnya kita akan tertarik dengan sesorang yang menyerupai ayah atau pun mak kita.Namun begitu terdapat pelbagai pola dan corak di dalam bentuk pasangan antaranya :

Orang besar dan budak besar

kadang-kadang umur bukanlah faktor penghalang di dalam usia perhubungan.Dimana di dalam perhubungan ini orang besar akan menjadi super tanggujawab dan budak besar lebih banyak bermain-main atau
tidak serious dalam semua hal(suka buat loya buruk). Ini akan membuat si matang akan mengajar si keanak-anakkan untuk lebih bertanggungjawab dan menjadi pengawal si keanak-anakakn.

Kebaikan: Jika kedua-duanya dapat bertolak ansur antara satu sama lain anda akan membentuk satu pasangan yang dinamik. Walaupun tidak dapat diragui ada pasang dan surut  antara  anda berdua


Keburukan:Oleh kerana pemahaman kedua-dua yang berbeza , maka kedua-duanya akan cepat bosan  antara satu sama  lain. Anda si matang akan bosan dengan sifat keanakan si dia. Dan Si budak-budak akan bosan dengan kehidupan yang penu h tangggujawab




Pasangan Hebat

Dimana  kedua-duanya mempunyai kehebatan yang sama paras daripada segi pencapaian. Masing-masing mempunyai pencapaian hebat yang tersendiri dan tidak memerlukan network pasangan untuk berjaya

Kebaikan : Memberikan pesaingan positif, anda kata anda tersungkur ke bawah anda cuba perbaiki kerana anda pasti mahu sama  duduk dengan pasangan anda.Kerana Kejayaan anda atau si dia  adalah melambangkan kemegahan perhubungan anda

keburukan : Anda menganggap pasangan anda adalah pesaingan dan sering untuk bertarung kejayaan masing-masing.Di mana masa akan menjadi jurang anda




Pasangan Mengancam


Anda bunga api dan si dia mercun. Saling bercakaran tapi anda serasi antara satu sama lain kerana anda melindungi antara satu sama lain

Kebaikan : Kehidupan anda tidak membosankan kerana jalan hidup yang menarik.Walaupun 
sering bercakaran anda masih sayang antara satu sama lain


Keburukan: Apabila salah satu sudah mula bosan dan keinginan untuk hidup tenang kerana mual
hidup hura-hara.Boleh mengakibatkan perpecahan

Pasanagan serasi

bagai pinang dibelah dua bukan sahaja daripada fizikal tetapi daripada segi peragai juga.
kedua-duanya tidak ada maksud tersirat kerana serasi bersama

Kebaikan :anda Meyokong antara satu sama lain dan tiada  jurang persefahaman
antara satu sama lain kerana anda sama dalam semua aspek

Keburukan: Jika berada sedikit jurang ini akan menyebabkan salah satu antara kamu
tidak dapat menerimanya.Seperti pertukaran tempat kerja yang berbeza jika anda dua kerja bersama





Pasangan ketua dan pengikut

Pasangan ini adalah pasangan yang memeting kerjaya dimana seorang ketua maksud didalam pasangan akan meletakan kerja di dalam list atas dan pasangannya kemudian.Sebaliknya pengikut akan mendahului  pasangannya dan ikuti kerjaya dan sebaliknya.Kebanyakan
pasangan bersifat "ketua" lebih menonjol dalam perhubungan walaupun si lelaki /bottom adalah
ketua di dalam perhubungan.

Kebaikan : Jika perempuan bersifat ketua, dia akan lebih fokus dan berdikari kepada matlamat
kehidupan bagi kesenangan perhubungan. Dan selalunya pengikut akan mempunyai jadual sendiri

Keburukan : kebanyakan bersifat ketua adalah bersifat workoholic dan jika sekali pandang mungkin dah nampak macam queen control/king control yang kemungkinan menyebabkan pengikut rasa tertindas.


Jadi mana satu pola perhubungan anda?