Tuesday, 31 December 2013

Expose mistik :office aku


Hari ni "dia" kacau boleh tahan.Aku tak adalah nak cakap besar sangat. Nak kata dah biasa, tapi still penakut macam ayam . Yang pasti dunia ghaib itu wujud untuk menguji betapa besar keimanan kita.

Office aku ni, semenjak setahun lebih. Bangunan dimana terletaknya department aku dikatakan keras. Ini terbuktI pada tahun lepas , bila aku hisap rokok di belakang bangunan tetiba terbau lauk pauk kenduri kendara orang kahwin. Gila ke apa tengah hari buta bau lauk pauk? Aku tegur sambil menghembus asap macam naga (itu setahun lepas punya cerita, sekarang aku dah stop) Entah tetiba tak semena-mena aku jalan rambut macam kena tarik.kaki aku tetiba mengeletar tak kuat nak diri aku tersungkur.Apa aku tahu 80% aku dah separuh pengsan aku gagahkan diri menjerit 'allahuakhabar' tiga kali.kaki longlai minta tolong supervisor aku....tahu-tahu tu petang tu aku admitted tangan kanan aku patah.

Tapi ikut logik, aku fikir sebab aku tersungkur aku nak selamatkan daripada jatuh cedera kena muka. Takut cacat dowh...muka tak lawa. Lepas tu nak accident lagi jadi tak lawa.

Lepas  tu aku senyap jelah.Sampai abang jamal tegur aku kata asal lama tak nampak? Aku cakap hospitalized sebab tangan patah .Dia tanya kat mana? Aku jawab belakang tanpa cerita details apa jadi.Selamba dia jawab, belakang ni kampung bunian. Aku kejung kejap.

Kejadiaan tu aku simpan je dalam diari hati aku. Masa aku semesta 2 tengah cuti exam seminggu. Aku dengar ramai budak-budak company dok cerita pasal momok kat bangunan ni.Sebab aku tengah bercuti , aku malas nak ambil port sangat sebab nak fokus exam.

Tapi salah satu cerita aku terdengar orang tingkat bawah aku ni selalu kena kalau siapa yang stayback. Ada kata tengah bercakap dengan orang tu (tak tengok sebab ada setengah cerita kata bertegur dalam bilik air/pantry) .tahu-tahu nak punch card orang tu dah balik awal siang-siang. Rumor kata, sampai ada tak tahan terus floor bawah aku ni semua pindah.Itu rumor yang aku dengarlah...Tak tahu betul ke tak?

Yang aku perasan, lepas aku balik kerja, kak ida one of boss aku akan balik awal dia selalu stayback paling lama 6 lebih nak masuk pukul 7. Sekarang nak stayback....jangan harap.

Aku kategori stayback, stayback lah sangat kononnya. Biasalah kalau setakat dengar tapak berderap, berdehem, main komputer kategori biasa. Sebab ada sekali tu aku tengah membuang di kala aku seorang, tetiba lampu bilik air tutup.2-3 kali gak aku fikir nak keluar bilik air tu.Mana tahu tetiba dia sergah aku depan pintu bilik air.Tak terpengsan aku kat situ? Kalau kelibat-kelibat tu dah biasa dah.tapi aku tak suka bayangan budak-budak kecil. Aku lepas tangan patah tu agak rajin nampak kelibat.Tu aku minta simpang jauh-jauh.

Kekadang aku selalu sedapkan hati cari alasan logik dan berdasarkan sains.Ini semua mistik expose...
Sampai lah aku kena kacau lagi hari ni...kali ni lagi best dia kacau uji trauma aku. Fira dah balik tinggal aku sambil pengsan dia galakkan aku stayback kat luar.Lagi satu bonus , aku tak bawa kad pass .

Tepat 7.30 malam. Aku dikejutkan dengan bau terbakar maca, bau hangit litar. Aku dok usaha semua desktop tapi tak jumpa apa-apa. Tahu-Tahu handphone aku bunyi, cousin aku dah sampai kat bawah. Bila aku tengah kelam kambut nak susun barang .Satu aras aku ni dah berkabus memang macam kena jilat api. Tapi takde api.Tapi bau tu macam bau tak bau..tetiba aku rasa macam benda tu dekat je dekat aku.

Aku fikir logik satu je kalau betul api mati...hangus aku ni..sebab kad pass tak ada.macam mana aku nak keluar? Dan nasib baik handphone aku sipi-sipi ada bateri. Aku telefon partner aku suruh report guard selamatkan aku. Tangan aku dah standby pemadam aku.Sebab kabus dengan bau hangit bangkit merebak sangat cepat. Dalam keberaniaan tu aku tenung bilik yang sepi dan gelap dengan hadiah kabus aku dapat.Diri aku mula memaki mencabar dia muncul. AKU TAK KACAU KO! KO JANGAN koco aku...*cuak tu ada...tipu kalau takde*

Aku tenung sampai pak guard buka pintu bawah...baru aku turun bawah dan terus mengadu dengan guard. Guard cakap dengan ketebalan asap kalau terbakar....fire alarm mesti dah bunyi....aahkan..bengong...guard tanya aku...seorang?

Aah jawab aku..., apasal ko berani sangat dik...abang pun lelaki tak berani nak lalu bangunan ni lepas jul 7.30pm. Bila aku tengok aras dua....tak de pun asap-asap yang macam lahar tadi dari tingkap.
Sebenarnya aku trauma kalau macam bau elektrik terbakar. Lagi sekali aku terfikir....ikut saintifik...adakah aku delusI sebentar tadi sebab lapar.?
Maca, oran gila rasanya tadi pegamg pemadam api dan abamg guard pun cakap masa nak balik...dik ni bukan terbakar ni dik....ni dia kacau nI.
From Samsung Galaxy Tab 2 7.0

The Atmosphere,Serdang



Minggu lepas macam biasa skodeng si mahamahu.com  dengan si kiflimally.com  punya instagram.

lepas dah skodeng tu, tersentap di hati kata... macam best macam best je macam bagus je dorang pergi tempat ni. Ini membuatkan pada minggu lepas MK pergi juga kat tempat ni... haaa sini MK carassss mahamahu dengan Kifli... ko ingat ko je yang best-best syok posing... meh sini MK pula posing.
Diingatkan ini adalah mural dan bukan katil sebenar

Diingatkan ini adalah mural dan bukan main lompat-lompat yang betul
the famous mural car... kalau korang google  ini antara mural wajib dalam list
oklah. Terlampau banyak gambar nak upload saya akan uploadkan di dalam facebook bila free nanti. Kerana ada sebanyak 80 mural yang anda boleh lihat dan bergambar. Ini antara aktiviti yang boleh dijadikan didalam  list aktiviti keluarga atau date. Dan kemasukan adalah percuma! Jika anda pengemar mural Jalan seni, Penang (link) .Akhirnya mural seumpama seni di penang sudah ada di sekitar seri kembangan. Kalau waze pun memang dah ada dalam list route korang cari giant seri kembangan itu landmark bagi The atmosphere.
Tips untuk bergambar the atmosphere ( berdasarkan pengalaman sendiri)
  1. Persediaan penting, pastikan pakaian anda dan kasut selesa. Jangan menghadap pakai tumit tingg. Ada 80 mural dan kedudukan berbeza-beza. Kalau ko pakai 6inci, sila bawa extra selipar melainkan model yang sedang shooting. Itu memang makeup,kasut,baju dah disediakan.
  2. Sila ambil peta lakaran kawasan sekeliling untuk memastikan anda tidak ketinggalan sebarang mural yang ada
  3. Bawa kamera yang sesuai. Lagi high resolution lagi tinggi effect 3D. Kalau pakai camera telefon sila bawa powerbank
  4. Setiap mural mempunyai kedudukan yang berbeza. Rancangkan daripada peta mural daripada mana anda mahu mula. Saya cadang bergerak melalui kenderaan seperti kereta, basikal, rollerblade, apa-apa yang beroda. Tetapi jika anda mahu beriadah. Sila jalan slow-slow
  5. Untuk hasilkan gambar yang cantik, jangan gelojoh dan berebut-rebut dengan perserta lain. Take turn...banyak kot 80 mural... rilek rileks sudaah....
  6. Kalau risau haus , tapi ada mamak dekat mural skateboard dengan apek jual cendol. Boleh beli air kat situ kat tingkat 2 pun ada kafe boleh rehat dan sejukkan badan dalam aircond
  7. Jangan gopoh ambil gambar, fikir posisi dan test snap shot untuk maklumat kebanyakan mural sudah ditanda point view nya.... cuba cari dilantai. Kesannya berbeza jika diambil daripada angle lain.
  8. Yang couple tu....sila bawa tripod. atau senang buat double date.





Sunday, 29 December 2013

A' Famosa Water Theme Park Ice Cream Besar & Lazat

Ada ice cream dekat Water theme park ?

Apakah ice cream water park A ' famosa ?


kredit gambar kepada kak izzati Ghafur ( ya...saya terserempak dengan kisah tatie punya penulis)


Adalah terpanjang, tertinggi dan terbesar ice cream di Asia tenggara dengan ketinggian 20.8 meter dengan kelebaran diameter sepanjang 18.3 meter dan jumlah keseluruhan panjang ice cream ini adalah 108 meter.

Dimana trip media review ini dijayakan oleh A famosa Resort dengan kerjasama blooggers dot com ,terima kasih atas peluang yang diberikan kepada MK untuk menghadiri sidang media review ini.Sukar untuk mentafsirkan pengalaman MK , tetapi kejutannya seperti jantung gugur di dalam ice cream ini apabila MK "dimakan" oleh Gergasi ice cream yang besar. Berbanding dengan vuvuzela di Sunway laggon ( Link) .Masing-masing mempunyai keunikan masing-masing. Tetapi di dalam ice cream ini,  air nya lebih banyak dan deras berbanding dengan vuvuzela yang telah menghasilkan kelajuaan yang terhingga apabila kita mengelosori ice cream A' famosa Water theme park.
Review : Walaupun air deras lagi berbanding dengan vuvuzela, Staff keselamatan A Famosa sangat ramah dan menekankan taraf keselamatan pelawat berbanding dengan staff keselamatan vuvuzela di sunway lagoon yang lebih sambil lewa. MK berharap staff keselamatan A Famosa yang ramah dapat dikekalkan Good Job!  Apa yang boleh MK beritahu kalau mahu mencabar adernalin anda, beratkan diri anda dengan air . Sebab makin berat anda dan makin laju pelampung anda. Permainan ni menitikberatkan bilangan pesertanya jika kurang 4 orang. Anda tidak dibenarkan naik berbandingkan dengan vuvuzela. Itu antara ciri keselamatan anda kena patuh. Apa pun....yang penting dia memang laju walaupun tak sebesar vuvuzela

Tetapi ini akan bergantung kepada berat gravity, semakin berat anda (factor bergantung kepada berat, jumlah berat dan kebasahan badan kita- yang menambahkan berat) . Semakin berat anda, semakin laju pelampung itu akan membawa anda pergi dan anda pun tak akan sempat mengambil nafas anda.


Anda akan rasa puas, seperti anda meninggalkan semua masalah anda kebelakang dan di dalam ice cream itu sendiri bila anda keluar daripada corong ice cream. Malaysia adalah pati khazanah Negara asia dan di Alor Gajah, Melaka  A' Famosa cuba memberi nafas baru ice cream daripada asia yang berada di Taman Tema air A' Famosa itu sendiri. Jangan lepaskan peluang untuk merasainya

Untuk sebarang maklumat , sila layari www.afamosa.com / www.facebook.com/afamosa.my  atau hubungi terus di 06-55208

Cabaran Di A'Famosa Resort Hotel,Perjumpaan Harimau



Anda sudah bersedia untuk cabaran sebenarnya ? A' Famosa Safari Wonderland akan membawa anda kepada perjumpaan dengan harimau dimana pertunjukan ini dipanggil Tiger Encounter. Pertemuaan ini akan diadakan setiap hari pada jam 3 petang . Anda akan menjajah tempat kandang jajahan wilayah harimau itu dan memberi makanan kegemaran mereka dengan tangan anda sendiri. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendekati harimau-harimau A' Famosa Safari Wonderland, ini adalah antara satu pengalaman yang saya tidak akan lupakan .Dimana trip media review ini dijayakan oleh A famosa Resort dengan kerjasama blooggers dot com ,terima kasih atas peluang yang diberikan kepada MK untuk menghadiri sidang media review ini






Review :
Pengalaman pertama pada awalnya kaki mengeletar sebab pengalamannya berbeza daripada kaca mata media. MK  suka kucing ,dan memang ada bela kucing. Memang rasa takut tapi bila 5-10 minit anda berada di dalam kandang tersebut. Saya rasa mereka sama juga macam kucing cuma saiz je yang berbeza. Bila anda melihat kepada pasangan mata harimau-harimau ini, seperti ada satu telipati mengatakan mereka tidak sabar untuk anda memberikan makanan  kepada mereka, tangan macam gatalnya nak usap kepala mereka... tapi masih lagi memikirkan risikonya.Tapi usah risau ini kerana kandang tersebut kukuh dan selamat untuk pelawat anda cuma perlu mendengar arahan instructor anda
Ilmu tunduk Harimau : Kuatnya harimau bergantung kepada tiga bulu di atas bulu keningnya kalau didirikan bulu-bulu ini semasa merenungnya,dikatakan kaki kita akan mengeletar dan lebih. Dan kemudian sama ada kita jatuh atau tidak boleh lari kerana takut. Kalau dicabutkan salah satu bulu, makannya cuma 3 bulan sekali
Semua pengalaman ini terdapat di A' Famosa Safari Wonderland, selain daripada itu nikmati pemandangan habitat dan persekitaraan hidupan liar di dalam truck Safari. Anda akan melihat kerabat diraja harimau, singa,Zirafah,unta , Gajah dan kehidupan liar yang lain yang bergerak bebas di dalam safari.



Review :
 Mungkin anda impikan taman safari yang besar, tapi cukuplah kita berbangga kerana Malaysia sudah ada taman tema safari ini, mungkin kehidupan jika bilangan bertambah lagi  dari jenis sepsis, ini akan menambahkan keterujaan pelawat. Walaubagaimana pun kehadiran kami pada hari tersebut boleh dikategorikan sebagai beruntung kerana pemandu bas kami sangat berilmiah dan tidak lokek berserta setiap sepsis dan kejadiaan binatang-binatang liar. Pemandu bas yang petah berkata menjadi satu bonus kepada pelawat yang hadir disini untuk menambahkan ilmu yang tidak dapat daripada bahan bacaan


Keterujaan anda tidak akan berakhir disitu, ini kerana konsep A'Famosa Safari wonderland adalah untuk memberi peluang kepada umum untuk mendekati haiwan-haiwan, anda boleh menghabiskan masa anda untuk menonton pertunjukan haiwan  dan memberikan makanan kepada haiwan tersebut. Saya boleh katakana worth it! 



Jika anda berani untuk menghadapi cabaran kehidupan di Safari Wonderland dan menimba pengalaman dalam penerokaan haiwan liar sila layari ke www.afamosa.com / www.facebook.com/afamosa.my atau hubungi di talian 03-2781888 / 06-5520888


  

Friday, 27 December 2013

Bahasa Starbucks / Kopi

Starbuck mempunyai bahasa mereka sendiri tidak seperti coffee bean. Ada antara daripada kita mengomel dan ada antaranya tidak pasti apa yang mahu di “order” mungkin kerana malu untuk bertanya dengan barista.  Barista starbucks mempunyai satu konsep dimana mereka menganggap semua yang masuk ke kedai mereka adalah tetamu dan jika anda perasaan layan coffee bean dan starbuck adalah jauh berbeza.Saya lebih selesa starbuck kerana aroma kopinya lebih asli tetapinya lebih kepada kopi moden atau kopi Bandar.  Ada setengah daripada kalangan kita tidak boleh menerima kopi lain kerana bancuhannya berbeza. Contohnya saya tidak boleh minum kopi daripada old town kerana kandungan dia akan membuatkan saya mabuk. Ting tong…sampai meleleh air liur ada setengah tu….boleh migraine.
Berkongsi sebentar sedikit ilmu barista ,suraya pun pernah kongsi sedikit ilmu dia. Dia ni master of beverage. Aku rasa dia boleh buka koptiam tapi minatnya lebih kepada pendidikan.Apa ceritalah minah ni. Busy lately ni.
Memula tahu rasa kopi anda antara faktor utama dalam pemilihan air anda
Asas jenis kopi



           
1.    Brewed: bancuhan kopi sama ada dengan air atau susu




2.   Espresso : kopi yang dibancuh dengan jumlah air yang sedikit selalunya espresso lagi tebal daripada kopi lain


3.     Latte: bancuhan antara espresso bersama dengan susu (stim)





4.     Macchiato : bancuhan espresso yang ditambah dengan susu yang sedikit---selalunya dihidangkan bersama flav lain seperti caramel


5.      Cappuccino : bancuhan kopi bersama espresso,susu panas dan buih susu (stim)--- sebab tu cappuccino tak beberapa digalakkan dihidang bersama ais



6.Americano : bancuhan air panas bersama espresso (kalau kat luar kita panggil kopi o)



<7.      Mocaccino atau mocha : base espresso bersama susu panas tetapi ditambah sedikit rasa koko /chocolate ( dekat mamak, kalau ada kawan kita high demand sangat, korang order neslo ais)
Ok jadi sedikit sebanyak korang dah tahu jenis, lepas ni korang taklah tercongok lama depan menu kaunter memikirkan apa jenis atau rasa. Tapi kali ni korang akan tercongok memikir jenis atau kepekatan kopi itu sendiri. Lepas dah tahu rasa. Sekarang jenis susu yang korang pilih di starbucks (setakat ini barista starbucks yang flexible untuk memilih jenis susu) Tapi kalau korang tak request dia akan assume susu biasa
1.      soy milk – susu soya dan sesuai untuk golongan vege atau alahan kepada susu biasa
2.      non-fat – sesuai untuk orang berdiet, kekadang kita nak  skim milk dia akan offer kita non fat
Kepekatan caffeine
Ada setengah orang yang cepat pening bila minum kopi, maksudnya korang alah kepada caffeine .Jadi jangan risau dimana mereka ada sukatannya mereka sendiri :
Half caf : half caffeinated atau half de caffeinated . Bila anda sebut haf-caf autamatik barista tahu anda sensitive caffeine
Decaf : tiada caffeine  ada amount dia sangat sedikit
Shot
Kekadang korang dengar dia cakap extra shot, shot… kat kitchen dorang. Lepas tu memandai cakap nak extra shot. Sure makes sure korang tahu karang main petik je, malam karang tak tidur sebab terlebih caffeine :
Shot merujuk kepada sukatan espresso. Apabila order minuman espresso seperti latte, mocha atah macchiato kita akan request extra shot.Kalau saiz :
Tall : sudah ada 1 shot
Grande : sudah ada 2 shot
Venti: sudah ada 3 shot
Contoh : anda order Grande iced mocha drink, anda cakap nak extra shot , maksudnya anda order Triple Grande iced mocha
Manakala flavor shot adalah shot atau perasa tambahan yang ditambah didalam air anda .Contoh perasa yang ada di starbuck :Vanilla,Caramel,Cinnamon dolce,Mocha,Hazelnut .Dan beberapa…. Yang atas ni standard yang selalu orang minum
Contoh : korang order caramel latte , korang nak extra caramel dia sebuat extra shot/extra flav shot caramel latte
Minuman yang ada whip
Whip
Ini selalu merujuk kepada cream / whipped cream. Ada setengah air bila kita order dia akan tanya with whip or not ?Tapi kalau jenis berdiet atau tidak suka cream anda boleh kata skinny atau simple je jawab balik without whip. Selalunya nya kalau kita dah order non-fat milk dalam beverage kita , dia tak akan tanya.
Size
Short – 8oz : kat Malaysia tak de kot, sebab shot ni untuk budak-budak je
Tall- 12 oz : consider saiz small
Grande -16 oz : consider saiz medium
Venti- 24 oz : consider saiz large
Cara hidang


Frappucino  : kekadang barista tanya kita nak “frap” ke? Pun sama maksudnya…frappucino tu ice blended,air yang kita order tadi dia campur ais pastu blend




Hot: Dihidangkan secara panas,selalu orang berdiet ambil jenis ni sebab hot selalunya mengenyangkan


Ice : dihidangkan bersama air
Ok sekarang kita test :
Saya nak vanilla latte with ice extra shot latte venti :  
Maksudnya saiz venti, kopi espresso bancuhan dengan susu stim dihidangkan dengan ais dengan sukatan 4 shot espresso.
Simple kan ? anda dah convo bahasa starbucks.
p/s : Bila anda dah terbiasa dengan minuman sesuatu starbuck, anda digalakan untuk menjadi regular customer disana. Mereka akan labelkan anda sebagai signature guess/customer value sebab hanya mereka je tahu shot apa yang anda suka (pastikan barista yang samalah) .Macam contohnya barista saya di Ampang point, walaupun saya duduk cheras dan berdekatan dengan maluri tapi saya sanggup pergi ampang point. Sebab mereka je tahu apa yang saya hendak. Dan sebab tu bila anda melompat daripada starbuck lain ke starbuck lain rasanya berbeza beza sebab mereka belum kenal lagi signature anda. –tips-

Thursday, 26 December 2013

Infinity @ Publika




MK memang suka arca atau mural.Masih ingat lagi perjalanan MK ke penang ? (Link) . Publika adalah antara bangunan seni dihati MK...cewah.... Masa MK berjalan-jalan di perkarangan tengah publika tetiba Nampak satu kotak hitam yang tertulis Infinity.


kotak hitam ni ala-ala sebesar rumah mini hantu. Mula-mula macam scary sebab dia tulis infinity.
Tapi hati dekad sebab terdengar suara budak-budak gelak.


Ilham inspirasi seni ini datangnya daripada Nacho Ruiz artis seni spain mengunakan konsep "light installation " berdasarkan daripada sumber fiber optic. Dimana kotak misteri ini akan berada sehingga bulan Feb 2014.


Pandangan MK : Mula-mula MK tak faham apa kena mengena konsep "light installation" dengan fiber optic dan juga dengan infinity. Infinity maksudnya terlampau banyak sehingga susah dikira. Tapi bila MK update gambar. Baru MK faham konsep Infinity. Jika anda masuk ke dalam kota hitam ini. Installation kotak ini terdiri daripada cahaya luminari  ,gentian fibre dan pantulan cermin.




cahaya dan pantulan cahaya cermin ini menghasilkan satu gambaran yang tiada sempadan dan kekal.Bila kita renung ke dalam cermin kita akan Nampak lagi satu gambaran dan dalam gambaran tersebut akan Nampak lagi satu gambaran. Now I know. Sebab tu dalam instruction tu dia suruh kita ambil gambar.


nota kaki : seni itu kiasan




Istana Budaya : Bahayanya Wanita





Memandangkan pada 25 December 13 adalah hari cuti perayaan natal, sebelum tu saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari perayaan pada rakan saya yang bukan muslim. Kesempatan yang diambil apa lagi, isi jadual menonton Bahaya Wanita yang sedang dipentaskan di Istana Budaya dan saya pun pergi pada malam 24 December. Senang. Esok nya boleh rancang nak buat apa.

plot cerita :
Berkisahkan Syed Maadon Al-Sidek yang mempunyai 3 orang isteri yang berlainan karektor.

1. Sharifah Fatimah Maruka (Umie Aida)
adalah tokoh wanita yang berwibawa kerana beliau adalah Presiden Persatuan Wanita Teraniaya. Perkahwinan gagal kerana beliau tidak dapat melahirkan zuriat

2.Kamelia ( Lakonan Erra Fazira)
Kategori  bini perfect, tetapi menjaga keperluaan syed maadon seperti bayi.

3.Farhanan(Nora Danish)
manja dan awal permulaan tiap-tiap hari seperti honeymoon tetapi memerlukan attention seekers yang lebih daripada suaminya.


Ketiga-tiga mempunyai isu yang berbeza tetapi syed Maadon kena menghadapi secara serentak dan menjadi satu bebanan yang memberatkan. Tapi cukup ke perkhawinan ketiga ? dan akan berakhir disitu ?

Ini Kerana Sharifah Fatimah Maruka dan Kamelia dikategorikan sebagai tag team yang sentiasa menekankan keperluansupaya Farhana tidak melebihi daripada mereka. Manakala Farhana attention seekers mengunakan alasan modal untuk bunuh diri supaya Syed Maadon dapat pulang ke rumahnya setiap hari ?  Itulah sedikit sebanyak cerita berkenaan masalah syed maadon . Jangan lupa saksikan di istana budaya.



Review Daripada saya : Gabungan kawan baik umie aida, erra fazira dan Erma Fatimah tidak dapat dinafikan memang mantap. Saya sebenarnya memandang sinis kepada erra fazira, tetapi sebenarnya beliau Berjaya membawa wataknya di teater sebab kita jarang nampak lakonan erra di teater. Kebetulan malam saya hadir adalah senikata yang boleh dikategorikan sebagai spontan.Teater ini boleh dikatakan adunan yang agak bercampur antara serious, komedi dan sedikit element musical yang agak bersepah sikit mungkin lawak yang menyeleweh daripada zizan (siapa peminat zizan tidak akan ada masalah)cerita mempunyai point tetapi mungkin agak terpusing-pusing dengan latar Ustaz Jon.Saya boleh cakap...oklah...tapi seperti tiada seri.

Lawak erma Fatimah memang umph....
zizan berlawak agak menyeleweh yang menyebabkan umie aida terpaksa menahan gelak beberapa kali apabila cuba mendominankan watak...

Malangnya malam pada bertemu peminat, mungkin atau inilah antara kali pertama peminat diberikan amaran sesi temuramah boleh diadakan selama 30 minit sahaja adalah merupakan satu kehampaan yang besar.


Nota kaki : Tapi takpe malam tersebut rezeki saya untuk berjumpa dengan senior waktu sekolah asrama saya. Kak ummie dapat berjumpa dengan hero-hero dalam hidupnya. (siapa tak kenal suami dia titik tangan ). Aiden sporting suka camera. Thank you kak ummie for your time

Tuesday, 24 December 2013

Idea untuk susun atur Meja Pejabat

Meja sebelum kena susun















Serabut
Penyelerak
Haru-biru

Sesuai untuk MK…dan Selamat datang ke meja pejabat MK. Ada komen lain tak ? selain daripada tiga label yang dah ditepek di kepala MK. Mohon pencerahan ? Macam biasa zaman ini semua “google” macam tiada daya kreatif langsung nak susun meja kan.

Masa makan tengah hari dengan hidung kembang kempis. MK menyusun meja dengan idea campur cedok sana sini. Meja MK ni tak nampak girl-girl pun. Jantan sangat meja ni.  Jadi tercetus ilham untu menyusun berdasarkan grid garisan MK buat hasil daripada kajian yang tak professional.



Meja Selepas susun




<1.  Inpirasi
Memandangkan saya suka blog dan menulis ruang ini saya letak tiket-tiket atau event yang saya pernah terima.Ruang-ruang ini boleh diletakan kata-kata semangat siapa yang suka tulis quote.
Kalau ada masa saya nak frame degree saya (kecil sudah karang besar-besar orang kata show off pula). Ruang ini akan member saya inpirasi tentang apa yang saya suka.
<2.  Hijau
Nak letak warna hijau bagi ruang ini bagi menghilangkan tekanan mata kita. Saya memula nak letak pokok bonsai dekat sini, tapi nantilah karang takut matilah pokok tu bila ada ditangan saya.


<3.  Informasi
Ruang ni saya akan kemas dan masuk kan di dalam satu fail. Kalau tak memang jenis berterabur saya buat. Tampal sana-sini. Lagi satu senang nak rujuk sebab saya pun kidal .senang nak capai.


<4.  Center
Center untuk focus. Sebab boss ada belakang saya. Sekurang-kurangnya saya buat kerja-rasa takut tu ada. Muahahhaaha *gelak besar* kalau tak kerja saya makan gaji


<5. Romantik
Romantik sikit , side ni letak gambar pasangan kita atau warna pinky winky


<6.  Alat tulis
Alat tulis direct sebelah kanan dan senang saya capai


<7.   Telefon
Ruang ini saya letak disebelah kanan agar tiada ganguan.kekadang kalau telefon depan mata asyi k nak main FB je. Habis waktu kerja



Cadangan
Nak letak gambar keluarga diantara hijau dan informasi. Nampaklah muka family kita yang tersayang dapatlah lepaskan rindu




Nota kaki : Nampak tak cahaya terang lepas meja ke susun rapi? Aura aura positif mungkin ?




Monday, 23 December 2013

Restaurant Sri Melaka, Amcorp Mall PJ

Untuk pergi ke taman tun (TDDI) menyebabkan kita berfikir dua kali kerana kawasan ni memang terkenal untuk mencari tempat letak kereta. Siapa sangka di Amcorp Mall adanya branch Restaurant Sri Melaka.

Lokasi Amcorp mall terletak berhampiran dengan LRT Taman Jaya dan berhadapan restaurant makanan segera A&W Petaling Jaya.  Dan Restaurant Sri Melaka terletak di tingkat satu dan lokasinya agak tersorok ke dalam.Jika anda pergi pada hari biasa(waktu berkerja) sememangnya penuh tambahan kalau bulan puasa.Digalakan kalau bulan puasa sila buat tempahan dahulu untuk mengelakkan kekecewaan dihatinya anda dengan perut anda yang kosong tu.

Ini merupakan salah satu tempat makan kegemaran dalam A-list saya. Dan kebetulan pada tahun 2013 kejutan hari jadi saya telah dibuat disini (Link). Jika hari hujung minggu, tempat ni merupakan antara tempat yang paling privacy dan sesuai untuk janji temu serta jika anda dah bosan dengan hiruk-piruk orang ramai terutamanya di kompleks membeli-belah. Ini adalah tempat yang saya cadangkan.

Makannya lebih kepada makananan tradisional nyonya Melaka yang asli dan mungkin sudah diubahsuaikan sedikit mengikut citarasa tempatan kuala lumpur.Setiap kali datang ke sini kegemaran saya adalah ikan stim asam (asam pedas ikan stim).  Yang sememangnya tidak dapat ditolak oleh saya dan sesuai untuk orang yang sedang berdiet.

Cuma pada minggu kali ini saya bertukar kepada menu lain. Tapi sebelum jari saya menari-nari menulis. Tip untuk anda, jika anda makan berdua, memang tidak dapat dinafikan lauk di dalam menu sememangnya lazat, tetapi sila rancang dan pastikan anda tidak tamak, ini kerana saiz hidangan sangat besar, kelak kemudian hari akan berlaku pembaziran. Kalau anda jenis tidak makan banyak disarankan untuk mengambil ala carte seperti nasi goreng atau bihun/mee.


Tom yam sup

Tom yam yang dipesan oleh MK adalah bersaiz small(kecil). Walau bagaimanapun saiznya adalah sebesar mangkuk hidang nasi. Yang sememangya penuh dengan isi.Rasanya tidak seperti masakan kelatan atau siam. Memang ada kelainan sedikit.Tetapi rasa lengkaus dan daun limau purut boleh dirasai.Apa-apa pun anda tidak akan menyesal jika anda memesan menu ini. *sesuai untuk siapa yang jaga badan*


Deep fried chicken with hot & sour
Yang ini tidak dapat dinafikan memang sedap. Rasa masam adalah element penting dalam masakan lauk-pauk nyonya. Ayam yang digoreng dan disira rasa pedas dan masam. Rasa masam sukar untuk digambarkan kerana disilangi dengan rasa pedas yang seimbang ianya menjadikan satu santapan yang hebat kalau dimakan denga nasi putih kosong yang panas. Memang menarik.



Kangkung belacan
Kaya element ikan masin basah dan belacan berbanding dengan masakan kangkung.Ikan masin belacan diluar sana


Kerabu sotong

Untuk yang berdiet boleh jadikan sebagai salad.Sotong yang dihidangkan .Adalah segar mungkin direbus tepat pada suhunya disimbahi dengan air limau kasturi.Memang kombinasi yang terbaik.


Jumlah keseluruhan :
Bersama lauk diatas , 2 nasi putih dan 3 minuman ( lemonand & teh panas)
Adalah RM100 ++ bagi makan dua orang








Friday, 20 December 2013

Back to Vaseline



I almost forgot about the existence  of Vaseline and I did keep in office drawer. If you notice, nowadays, we pretty wary to purchase anything because Malaysia  market price start to increase the rate price. I’m honestly ,become more calculative especially when to buy my personal make-up( because I’m concern more to “makan sedap”- good food, If I don’t eat  I’m will become grumpy girl. additionally  I’m master student…. I need to spend expense more on my coming research for next semester. This is one of obstacle I need to face currently : $$$ Kching!



Ok, I want to share my personal review. Briefly my skin is quit oily and have breakout when I have menstruation + my skin is super sensitive . This experience is suitable to them who have same issue like me.  



Heal your pimple & new scar
If you worried to put Vaseline on your face. No worries . It is guarantee save and will not cause pimple or any side effect insayallah. I did my own experiment  put Vaseline on my pimple and new scar .Originally Vaseline uses was  healing cuts and scrapes on the skin. The occlusive properties of Vaseline seal the skin breakout (pimple ). This prevents bacteria from entering the problem area and allowing the body natural healing properties without interruption. Only work to reduce on new scar pimple because it still content the bacteria.





Moisturizes
It lock water into the skin and to prevent dryness .It can resolve dryness by prevent water loss from the skin and allow repair itself. So with your high imagination what you can do with Vaseline ?

<1.  Lip balm
<2.  Lip gloss ( mix your lipstick with Vaseline )
<3.  Lotion
<4. Moisturizer face ( with small amount)
<5. Hair protection (small amount and apply at end of your hairs )
<6.  Foot crack
<7.  Base make- up


Beauty aid

<1. It help to remove stain from your handbag.
<2.  Yes, it can extend you perfume smell. Rub amount Vaseline at “hotspot” point and spry on them.




Thursday, 19 December 2013

Resipi Popiah goreng Simple Style MK

Popiah goreng tak luak nak makan,terutamanya bila suam-suam dan ranggup. Tapi kalau beli kat luar kekadang merepek rasa dia, harapkan besar tapi inti kekadang bila kita nak makan . Kita jadi takut sebab ada setengah tu makan pecah/ belah dua nak tengok dulu apa dalam dia – lepas tu nampak ekor taugeh tak cabut, part tu memang potong stim betul nak makan. Lagi satu kadang kala harga tak reasonable ,kalau sedap tak ada masalah. Sekali sekala boleh makan popiah goreng , tetapi kalau siapa yang sedang berdiet ketat boleh makan popiah basah.

Saya ni hantu popiah. Mama pernah cerita masih mengandungkan aku. Dia tiap-tiap petang makan popiah. No wonder kenapa aku suka popiah. Cara MK  simple.




<![if !supportLists]>1.       <![endif]>Beli kuliah popiah jenama KG pastries ( sebab setakat ni dia ranggup bila goreng)
<![if !supportLists]>2.       <![endif]>Daging kisar Ramli (kalau nak masak banyak belilah yang saiz besar )-sebenarnya daging optional boleh tukar ayam atau daging kisar kalau korang suka
<![if !supportLists]>3.       <![endif]>Mixed vege- bergantung kepada korang kalau nak kacang pes sahaja boleh, atau boleh ganti taugeh kalau taugeh tu sila potong ekor dia dahulu ye. Tak senonoh nak serve orang kalau ada ekor. Atau unik korang boleh pakai kubis cincang halus-halus dan panjang.


Mula-mula korang kena defroze daging kisar korang. Masuk dalam air biar ais dia cair (masuk dengan bungkus sekali- karang ranap daging tu hanyut dalam air )  bila dah agak-agak lembut dan korang boleh pecah-pecahkan. Korang boleh panaskan minyak dan kemudian gorengkan daging kisar dahulu sehingga masak dan perubahan warna daripada merah darah ke warna kelabu. Kemudian asingkan air lebihan dan daging yang sudah masak dibekas yang berlainan

*kenapa kena goreng daging dulu ? sebab daging/ayam akan mengeluarkan air stok semasa goreng , air dia boleh digunakan semasa goreng  inti popiah nanti lepas tu kalau basah-basah sangat nanti dikhuatiri nanti popiah susah nak gulung dan koyak semasa goreng*



Inti popiah


Kisar :  bawah merah dan halia ( budget korang bergantung sukatan daging berapa banyak) MK suka lebihan bawang merah sebab dia akan bangkitkan makanan kita. Tapi korang jangan terlebih-lebih karang jadi kuah berlauk.


Panaskan kuali dengan minyak, MK pakai minyak jagung atau sayur jadi kalori dia rendah berbanding dengan minyak biasa. Kemudian masuk barang yang dikisar tadi. Tumis sehingga bangkit bau. Macam mana nak tahu dia bangkit , korang akan perasan akan terbentuknya bulatan-bulatan kecil.
Mama punya tips kat aku lagi lama tumis lagi bangkit tapi kena hati-hati takut hangus.


Bila dah bangkit bau, masuk daging dan gaul rata dengan bahan kisaran tadi. Agak-agak dah sekata masuk garam ikut rasa dan lada hitam. Agak-agak garing. Masukkan mixed vege korang.gaul rata.(optional korang boleh letak stok lebihan daging tadi) Biar 2-5 minit. Test rasa tengok sedap, cukup rasa dan masak. Kalau tak cukup tiga syarat ni, kena fix dia.Kalau ok. Angkat dan masukkan dalam bekas lain dan biarkan dia tak beberapa panas. Nanti karang terkinja-kinja korang nak lipat sebab panas


Lepas tu korang boleh start gulung, kalau takut pecah try 2-3 helai kulit popiah.sukatan isi boleh pakai
Sudu hirup sup tu. Sekurang-kurannya dia sekata isi walaupun kadang-kadang saiz popiah kita berlainan.
Lepas dah siap gulung. Korang boleh goreng pada keranggupan yang korang suka dan jadi
Seperti gambar dibawah :