Cabaran Di A'Famosa Resort Hotel,Perjumpaan Harimau

December 29, 2013



Anda sudah bersedia untuk cabaran sebenarnya ? A' Famosa Safari Wonderland akan membawa anda kepada perjumpaan dengan harimau dimana pertunjukan ini dipanggil Tiger Encounter. Pertemuaan ini akan diadakan setiap hari pada jam 3 petang . Anda akan menjajah tempat kandang jajahan wilayah harimau itu dan memberi makanan kegemaran mereka dengan tangan anda sendiri. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendekati harimau-harimau A' Famosa Safari Wonderland, ini adalah antara satu pengalaman yang saya tidak akan lupakan .Dimana trip media review ini dijayakan oleh A famosa Resort dengan kerjasama blooggers dot com ,terima kasih atas peluang yang diberikan kepada MK untuk menghadiri sidang media review ini






Review :
Pengalaman pertama pada awalnya kaki mengeletar sebab pengalamannya berbeza daripada kaca mata media. MK  suka kucing ,dan memang ada bela kucing. Memang rasa takut tapi bila 5-10 minit anda berada di dalam kandang tersebut. Saya rasa mereka sama juga macam kucing cuma saiz je yang berbeza. Bila anda melihat kepada pasangan mata harimau-harimau ini, seperti ada satu telipati mengatakan mereka tidak sabar untuk anda memberikan makanan  kepada mereka, tangan macam gatalnya nak usap kepala mereka... tapi masih lagi memikirkan risikonya.Tapi usah risau ini kerana kandang tersebut kukuh dan selamat untuk pelawat anda cuma perlu mendengar arahan instructor anda
Ilmu tunduk Harimau : Kuatnya harimau bergantung kepada tiga bulu di atas bulu keningnya kalau didirikan bulu-bulu ini semasa merenungnya,dikatakan kaki kita akan mengeletar dan lebih. Dan kemudian sama ada kita jatuh atau tidak boleh lari kerana takut. Kalau dicabutkan salah satu bulu, makannya cuma 3 bulan sekali
Semua pengalaman ini terdapat di A' Famosa Safari Wonderland, selain daripada itu nikmati pemandangan habitat dan persekitaraan hidupan liar di dalam truck Safari. Anda akan melihat kerabat diraja harimau, singa,Zirafah,unta , Gajah dan kehidupan liar yang lain yang bergerak bebas di dalam safari.



Review :
 Mungkin anda impikan taman safari yang besar, tapi cukuplah kita berbangga kerana Malaysia sudah ada taman tema safari ini, mungkin kehidupan jika bilangan bertambah lagi  dari jenis sepsis, ini akan menambahkan keterujaan pelawat. Walaubagaimana pun kehadiran kami pada hari tersebut boleh dikategorikan sebagai beruntung kerana pemandu bas kami sangat berilmiah dan tidak lokek berserta setiap sepsis dan kejadiaan binatang-binatang liar. Pemandu bas yang petah berkata menjadi satu bonus kepada pelawat yang hadir disini untuk menambahkan ilmu yang tidak dapat daripada bahan bacaan


Keterujaan anda tidak akan berakhir disitu, ini kerana konsep A'Famosa Safari wonderland adalah untuk memberi peluang kepada umum untuk mendekati haiwan-haiwan, anda boleh menghabiskan masa anda untuk menonton pertunjukan haiwan  dan memberikan makanan kepada haiwan tersebut. Saya boleh katakana worth it! 



Jika anda berani untuk menghadapi cabaran kehidupan di Safari Wonderland dan menimba pengalaman dalam penerokaan haiwan liar sila layari ke www.afamosa.com / www.facebook.com/afamosa.my atau hubungi di talian 03-2781888 / 06-5520888


  

You Might Also Like

1 comments

  1. Seonok nye kasi harimau makan.. mcm sweet jer.. bagi kucing makan hehehe :D

    ReplyDelete

Hello readers! I need a feedback. Negative , postive , happy or angry is important for me to improve my writing! - Love xoxo

Subscribe