Friday, 31 January 2014

Awards and Recognition Food by MK

Makan Sedap di Klang Valley-KL- Selangor|Awards and Recognition  Food by MK


MK kali ini nak memberi awards dan regcognition  di hati MK...cewaaahh . Ini antara benda yang fantastik dan alhamdulillah korang kena try yang best di KL/Selangor


1. Award Burger Tepi jalan yang sedap : dekat Pandan Jaya depan 7 Eleven
Burger Ramly yang sedap.Cara masak sangat perfect  ramai orang kadang-kadang beratur untuk makan brother ni punya burger. Memang legend di Kalangan orang-orang KL. Event blogger Chinese terkenal : Bangsar babe   suka makan burger di sini. ( Harga burger jalan )


2. Award Mee bandung sedap : Food court PJ state , Gerai No. 4 menghadap balai Polis PJ State
MK discover masa MK berkerja dengan vads dan office terletak di QW, PJ. Selalu tempat ni memang cepat habis dia punya asam pedas dia. Tetapi MK pergi sini sebab original mee bandung muar.Melepas sedikit kerinduaan makanan kampung MK. Kalau siapa nak tahu original mee bandung macam mana sila datang sini. Mee bandung di KL/Selangor dah banyak kena modified letak sos tomato, mee bandung johor tak ada letak sos ye kawan-kawan. ( mee bandung muar biasa tak silap RM 4 tapi kalau special menu RM 6- RM 10 )


3. Award Best Tepanyaki yang sedap : Express Tepanyaki @ Food court Pavillion
 This is one of my favorite hideout .Tempat ni selalu full. Korang should try beef roll set dia memang terbaik atau side dish dia garlic mushroom antara menu wajib MK kalau bertandang di sini . Fried vege dia memang terbaik. Ranggup di mulut.( sekepala budget RM20 ++ bergantung kepada menu)



4. Award best Malay Food court : Aji-don Alley di Plaza damas
Tekak rasa mahu makan makanan ala- Hawker atau kita panggil street food dan makanan street food melayu yang best/sedap ada terletak di Aji-don Alley Di plaza damas. Ada satay, mee bandung, nasi lemak, sotong kangkung etc.Asalnya Aji don terletak di depan hartamas square ,tapi apabila hartmas square dirobohkan aji-don pun berpindah ke tempat lain. ( budget sekepala RM 6- RM 20 )


5. Award the best sekuang calit/Sekuang calit yang best : Lokas makana, puchong utama
Diperkenalkan oleh sis yani dan usue , mereka telah mengajak kami makan di lokas makanan. Mata saya tertumpu kepada sekuang calit  dengan banner old school. Memang terbaik! Kacang ranggup fresh dan kuah dibuat sendiri mengamit hati kami untuk makan tambah dan tambah lagi. Brother ni selalu solat maghrib dulu nanti lepas maghrib baru dia buka stalls. ( satu hidang RM 2.00 )


6. Award the best flavor handmade ice cream : Salted Gula Melaka by The last Polka
Ice cream buatan tangan yang dijual kebanyakkan Espresso lab. Boleh bertandang ke Espresso lab di Pavillion yang berhampiran dengan Food court pavillion. Sila beli Salted Gula Melaka yang merupakan best seller ice cream di sini. Kemanisan asli gula melak dimeriahkan sedikit rasa masin yang seimbang. Menyebabkan anda akan makan dengan perlahan-lahan untuk menikmati kelazatannya yang tak terhingga. Ice cream ni cair di mulut. ( Harga RM 7.50 )


7. Award best macaroon in the town : From Espresso lab
Yang ini diperkenalkan oleh rakan blogger saya Rawlins, pertama kali makan macaroon di sini ini antara perfect macaroon yang pernah saya jumpa...cair sedap di sulami rasa manis yang bersesuai dengan macaroon satu keping berharga RM 3. Sila beli perisa salted caramel dan coffee. Tapi MK boleh suggest the best Espresso Lab terletak di pavillion. Sebab macaroon dia sangat fresh dan sedap



8. Award Best Endo Mee : Bestari Hartamas
The best endo mee terletak di Sri Hartamas, tempat ni zaman-zaman shock MK kenal dunia. Baru berjinak nak pergi clubbing ( Astafirullahulazim.....nasib baik grade dan jadi orang, takpe kita kutip pengalaman ) . Endo mee dia memang terbaik sama ada boleh order endo mee biasa, endo mee letak telur mata kerbau atau endo mee burger....style!!!!. Masih lagi dihati ku walaupun dah basuh kaki zaman-zaman clubbing ni.





9. Award the best Cream Brulee : Pastel , Taman Setiawangsa
Terletak di jalan Lot 7-G/2, Jalan 9A/55, Taman Setiawangsa cari landmark CIMB setiawangsa, kedai dia comel sahaja tapi menjanjikan kelazatan pastrie yang tak terhingga kepada pengunjung. Kebanyakan pelanggan adalah pelanggan tetap. Cream Brulee di sini adalah best of the best setakat ini. Boleh dibawah balik, tapi lagi best kalau dimakan di sini. Anda boleh rasakan puding brulee yang cair dimulut yang membuatkan anda tidak akan lupa setiap suap yang anda makan sebentar lagi. Jangan terkejut kalau perut anda mahukan lagi :) Good luck





10. Award the best cook : Mengikut Pacikz konah punya recognition
untuk menawan hati sesorang, kena tawan perutnya dulu namun award ini datang daripada beliau. Makanan yang sedap adalah makana yang di masak di rumah. Macam contoh, kalau kita kenyang kita balik rumah kita nampak lauk mak terhidang di atas meja. Mampukah kita menolak masakan emak kita ?


Monday, 27 January 2014

Konsert Di Raja 2014 UKM

Malam menjunjung kasih...itu adalah tema bagi Konsert Di Raja 2014 yang MK hadiri setelah mendapat jemputan khas daripada Rawlins ( Terima kasih uools ) . Tujuan utama konsert ini adalah menjunjung kasih Hari Ulang tahun Keputeraan DYMM yang dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Info : Untuk pengetahuan kenapa sambutan ini dilakukan di UKM, kerana canselor bagi Universiti Kebangsaan Malaysia



Acara persembahan ialah persembahan muzik yang berbentuk orkestra dan muzik klasik yang dipersembahkan khas daripada oleh orkestra  UKM dan artis jemputan khas daripada Dato' Shiela Majid dan Roy


Review Orkestra UKM : Bagi MK, UKM mempunyai orkestra yang mantap dan boleh  pergi jauh kalau digilap selalu. Daripada MK zaman UPM lagi, memang tahu kebudayaan dan keseniaan UKM adalah antara saingan hebat kepada universiti-universiti lain bila ada makum



Komen MK : Apa yang MK boleh beritahu sepanjang MK hadiri majlis formal apabila mengadap sultan atau DYMM yang dipertuan , setakat ini DYMM yang dipertuan Negeri Sembilan adalah antara yang paling humble ( MK belum hadiri majilis mengadap sultan kelatan lagi, khabarnya beliau  pun  dalam kategori humble )  MK bukan nak banding-banding, ini cuma pendapat MK berdasarkan daripada pandangan mata MK. Nak tahu humble ke tak tengok majlisnya, memang sempoi dan kemas serta tidak meleweh. MK tengok kerabat Negeri sembilan pun sempoi. Takde nak duduk kerusi skirting atau khemah khas. MK tabik spring. Suka tengok anakanda DYMM yang di Pertuan Negeri Sembilan bermain piano bersama okestra  UKM.


Last kali. Tq Rawlins appreciate sangat. Sorry tak dapat lepak lepas majilis.

Wednesday, 22 January 2014

Levain Boulangerie & Patisserie, Jalan Delima Kuala Lumpur

Inilah Levain Boulangerie & Patisserie

Levain Boulangerie & Patisserie , pada hujung minggu seawal pagi pukul 8 pagi adalah penuh. Kerana ramai yang ingin mengejar set breakfast. Terletak di lokasi yang agak tersorok. Sekali imbas dengan seni binaan diluar, kita akan bersangka mahal. Landmark di off Jalan Imbi, cari landmark renoma cafe dan Levain Boulangeria & Patisserie terletak di belakangnya cari nama Jalan Delima terseregam Banglow Kotej Levain.  MK tidak pernah cuba datang pada hari biasa. Tetapi siapa yang mahu mencuba pada hujung minggu tips :

1. Sama ada anda antara orang terawal sampai
2.Datang lebih kurang antara 9 lebih ke  10 pagi

Ini kerana tempat ini penuh dengan homo sapiens.  

Rombongan kali kedua , MK jejaki kaki pada 6 petang, kebanyakan roti telah habis

Levain menawarkan  60 pelbagai  jenis roti dan pastri  handmade yang bermutu tinggi setaraf hotel 5 bintang antarabangsa. Ini kerana rotinya yang segar di bakar , lembut dan lazat tidak dapat ditandingi  oleh kebanyakan bakery diluar sana. Ya... konsep kedai lebih kepada ala pastri dan bakery.



waktu operasi Levain adalah daripada 7.30 pagi sehingga 8.30 malam. Ada Set menu yang berbeza. Pagi dan petang. Pagi lebih kepada sandwich dan petang lebih kepada pasta dan soup.


Tips untuk order makanan :
1. Cari label "occupied" ada di tempat cutler ( berdekatan dengan tangga / kaunter beverage kalau di dalam) dan ( kalau diluar ada di bahagian belakang )

2. Ambil Label tersebut dan letak di meja kosong yang anda mahu duduk ( hafal nombor meja )

3. Boleh pilih roti atau order terus di kaunter

4. Bayar dan berikan nombor meja sebab pesanan akan dihantar di meja (kecuali roti yang kita ambil kita bawa sendiri)

Waffle boleh di minta untuk di panaskan satu keping berharga RM3.50- Ranggup dan lembut di dalam


Chicken Pizza satu keping/ slice RM4.80- antara recommended and hot stuff dekat sini - Memang sedap boleh makan kosong atau tabur chili flake dekat atas dia

Twist Donut berharga RM2.20

You guys should try this... very recommended . MK mula-mula panggil choco stick tapi nam sebenarnya spanish donut with choc sebatang berharga RM5
Potato Salad berharga RM5.90 . Yup dia ada salad. Yeppiee!
Sup ni dah menjadi sup kegemaran MK, MK repeat sampai 2 kali. Harga semangkuk  RM 7.50 - spicy seafood Tomato Soup memang terbaik
Jemput makan semua bon appettie : selamat menjamu selera!!!!

Nota kaki : Basically harga dia berpatutan tak mahal pun. Kesemua makanan tadi termasuk  pasta Aglio olio ( MK tak masukan gambar sebab dah habish mih mih mhi ) Lebih kurang RM49.61 ini adalah makan untuk dua orang. Jadi lebih kurang satu kepala RM20++ itu bergantung kepada apa yang korang pilih

Roti dan susu pekat


Selamat pagi!
Buntu hendak sarapan pagi? Tiada idea untuk makan? Imbas kembali sarapan kita di takala kecil, roti campur susu pekat. Kalau mahu kreatif ditaburkan milo style salji dihidangkan dengan milo panas. Memang kaw-kaw.

Kalau pergi koptiam , harga roti campur susu pekat harga macam gampang. 2 keping roti kena bayar paling murah mencecah 4 ringgit. Orang kaya baru berotakkan udang je tak ada hal nak order menu macam ini.

Kanak-kanak zaman aku mudah hidup, makan tolak batu dan kayu. Kanak-kanak generasi sekarang , aku rasa kebanyakan mereka lahir ikut jendela bukan ikut pintu. Tak pandai survive. Asalkan sarapan mahu high demand.

Aku , darjah tiga pun dah pandai masak nasi. Makan nasi dengan kicap pun jalan kalau mama balik lambat daripada tugasan. Tapi yang best, roti dan susu pekat menjadi pujaan sewaktu kanak-kanak. Budak-budak zaman sekarang? Nak gosok baju pun minta emak tak pun bibik. Aku yang boleh masak nasi ni pun dianggap tak pandai masak takala zaman itu kerana zaman aku , umur sebaya aku sudah pandai masa kari kepala ikan (style kanak-kanak la) .

Senang, mudah dan kenyang.

Asalkan dapat susu pekat, aku terus jadi hyperactive.  Boleh lompat sana-sini dan panjat sana sini sampai mama pun naik pening. Kekadang layan makan roti dengan susu pekat , kalau rajin pergi toast dulu roti tu.

Nota : Tidak boleh amalkan selalu kerana kandungan gula yang tinggi.


From Samsung Galaxy Tab 2 7.0

Tuesday, 21 January 2014

Chow Kit daripada pandangan kaca mata aku

Chow kit ?
Daripada pandangan mata aku, busuk, kotor dan lecak. Aku rela untuk beli barang di kedai runcit daripada menjejaki di sini. Tambahan untuk membawa kereta , jalannya kecil dan untuk mengharung kesesakan jalan dan  heraiki kehidupan orang di sini sangat berbeza – yang boleh dikategorikan sebagai 3rd class Thinker. Teringat akan aku pementasan istana budaya “ Chow Kit road the musical” yang pernah aku hadir pada tahun 2013. Penduduk tempatannya kasar daripada segi pergaulan dan kebanyakan yang ada di sana bukannya lagi rakyat tempatan daripada  cara percakapan mereka yang berbeza daripada loghat orang Malaysia. Ini menjadikan aku pelik, kenapa Chow Kit road menjadi cukup terkenal bagi orang tinggal bandaraya Kuala Lumpur sehingga mempunyai lagu yang dicipta khas oleh penyanyi kesayangan kita satu ketika dulu, Arwah Surdiman. Namun sebenarnya, Chow Kit road menyimpan satu tips yang besar dalam penjimatan barang dapur mentah.

Keunikan Chow Kit dikatakan mempunyai harga yang setimpal jika dibandingkan dengan harga di pasaraya yang lebih upgrade.  Harga barang dapur  mentah di sini dikatakan murah dan menjadikan kunci rahsia khazanah dalam penjimatan harga barang melambung selepas tamatnya Pilihanraya 2013. Isu kenaikan harga mentah yang meningkat secara mendadak menyebabkan kita untuk berfikir dua tiga kali untuk membeli barang baru-baru ini.  Kedatangan aku di Chow Kit  adalah untuk mencabarkan diri untuk melihat sejauh manakah penjimatan yang dapat dilakukan.  Kebanyakan barang dapur di rumah selalunya aku beli di Mid Valley  pada hujung minggu apabila aku menghabiskan masa bersama keluarga.

Aku teringat perbualaan aku bersama Che ar berkenaan dengan cost living di Kuala Lumpur  selepas bermain futsall pada hari Ahad lepas.  Ada orang sanggup berhutang dengan ahlong atau pun bank untuk bercuti mewah daripada memikirkan keperluaan kehidupan sehingga payday /hari gaji  dan ada sanggup berkerja sebagai pusher untuk menikmati  kehidupan mewah untuk menampung kekasih. Aku pernah menanggung hutang semata-mata nak tolong ex-boyfriend aku, kesudahan dia kahwin dengan orang lain. Kesudahan kita menanggung hutang bertingkat-tingkat. Perbualaan antara Che Ar dan team futsall kami membuka mata aku sedikit yang  aku memang dikenali nafsu sedikit boros. Boros aku ? entah membeli barang  kehendak melebihi barang keperluan kehidupan aku. Perempuan memang terkenal sebagai sifat boros kerana berpaksi kepada nafsu. Tak perlu melebarkan panjang.

Untuk membeli barang dapur di Chow Kit, nasihat aku tidak perlulah berpakaian cantik di sini. Digalakkan untuk berpakaian seperti penduduk tempatan di sini. Ini memudahkan proses tawar-menawar dan memudahkan kita untuk mendapat markah kesian.Kehadiran aku bukanlah kali pertama , aku hanya menjejak kaki disini pabila ingin memasak dalam kuantiti yang besar lebih daripada 50 orang.  Bayangkan Setengah kilo sawi  + setengah kilo chop cai (entah aku tak pasti ejaannya begini dan separuh kubis besar harganya sebanyak RM8. Berdasarkan  berat sayur yang aku pikul kalau harga diluar Chow Kit mungkin dikenakan harga sebanyak RM15 itu pun yang paling rendah.  Kemudian aku beli 3 tin sardin , pencuci pinggan mangkuk, ubat gigi, 2 tin red bean , Kicap pekat  dan akhirnya minyak masak semua sekali adalah RM12. Jadi kos dibelanjakan untuk beli barang mingguaan pada kali ini adalah sebanyak RM20 jika dibanding setiap minggu lebih kurang RM100- RM200 bergantung kepada bahan-bahan. Kenaikan harga barang memang melampau. Mujurlah harga kangkung dah dikurangkan. Kenapa perlu berbelanja lebih sedangkan kita boleh berjimat ? Tanyakan soalan ini di dalam hati aku balik. Aku boleh jimat suku daripada perbelanjaan barang dapur mentah.
,
,
,
Fikir-fikirkan jangan tengah bulan meraung duit tak cukup.Kadangkala duit perlu disimpan takala zaman kita kejatuhan. Yang pasti bila kita susah tiada siapa akan ingat kita tapi bila kita bahagia ramai yang menjemput untuk menjadi kawan. Tak perlu menghadap talian persahabatan seperti ini.

,
,
,
Yang pasti  Chow Kit banyak membantu penduduk kota dalam soal hal jimat cermat.



Note : Berkongsi nasi goreng kampung bersama Yuyu, harga nasi goreng yang dimasak dengan pemandangan bukit Ampang adalah sebanyak RM6.50. Nasib baik sedap.

Monday, 20 January 2014

Kisah pak guard YTL dan Konah


Hari Sabtu, tetiba benak rasa mahu keliling satu bandaraya Kuala Lumpur sambil mencari ilham untuk menulis di laman sesawang aku . Tambahan aku telah mengambil keputusan untuk cuti rehat belajar selama tiga bulan atas-atas sebab tertentu tambahan aku lihat naiwaitu aku sudah lari sedikit menjadikan aku sedikit riyak. Lagi pun setakat ini PNGK keseluruhan sudah mencecah 3.33 point, tidak perlu rasa gelojoh untuk menuntut ilmu. Ilmu itu untuk bekalan pendoman bukannya menunjuk-nunjuk.
Apatah lagi aku akan terluka sedikit dengan appraisal yang dibentangkan oleh boss aku untuk tahun 2013. 'Arrgh' kalau ada rezeki tidak ke mana pun walaupun timbul rasa kekecewaan. Lantas aku keluar di awal pagi seperti mencari rezeki di hari biasa. Memburu tempat -tempat yang boleh aku penuhkan di dalam blog macikz konah ini. Aku memburu tempat-tempat yang sesuai untuk dijelajah dan mengambil gambar di ibu kota. Walaupun keluar di awal pagi, masa berlalu pantas ada juga tempat yang tidak sempat aku kejar. Ini kerana kekangan masa... kebanyakan kawasan ditutup rapi seperti Memorial Tunku Abdul Rahman.
Aku? Pergi ke Memorial ? Kekadang bagus juga menjelajah kawasan arkib negara mengenangkan kembali perjuangan nenek moyang kita. Perasaan patrioik ini harus dipupuk sambil mendalami dan menambahkan ilmu pegetahuan.
Jam menunjukan lebih kurang 5 lebih dan semestinya petang.Jadi aku bercadang ingin terus makan malam dan balik. Seraya dengan itu, perjalanan kami melalui kawasan sentul. Partner aku mencetuskan satu idea untuk melawat kawasan KL PAC yang terletak di Sentul Park. Tak susah pun mencari kawasan ini berpandukan waze yang gila itu. U-turn dia sebut 'turn right and then turn left' formal sungguh bahasa English dia. Kawasan Sentul Park adalah kawasan peninggalan kauters KTM lama yang telah diambil alih oleh YTL . Bangunan lama tersebut dikekalkan ada yang ditinggalkan. Aku rasa aku suka landskap Sentul Park ni. Cantik dan unik tetapi aku tak pasti samada citarasa aku sama macam korang. Aku suka susunan batu bata tanpa simen atau bangunan kaca macam rumah Edward Cullen macam epik. Sampai depan, KL PAC  menghadap tasik buatan manusia dan bertentangan dengan Samira satu nama restaurant ekslusif . Mata aku tertumpu kepada bangunan bertentangan dengan KL PAC seperti seni bina Lord of The Ring version urban.
Lalu hati aku melonjak-lonjak untuk mengambil gambar bangunan tersebut yang aku rasa unik dan patut dijadikan cendarahati di komputer riba aku. Melangkah kaki menghala ke sana, aku terlihat akan pak cik guard  di tepi penjuru dan aku pun menyapa :
Aku : Assalamualaikum pakcik, selamat petang. Saya nak tumpang minta kebenaran.Saya nak ambil gambar bangunan ni
Pakcik guard: walaikumsalam , anak daripada mana? Maaflah tak boleh anak . Ini bangunan sulit YTL. Ini Data center syarikat YTL
Aku  pun minta maaf dan mengatakan tak tahu, aku ingat tempat ni sanctuary koi berdasarkan papan tanda di hadapan tadi. Dan aku tak pasti apa keywords aku gunakan dengan pakcik guard tetiba aku rancak berbual. Mungkin aku terdengar perkataan data center menjadikan daya penarik maklumat untuk aku berbual lebih jauh dengan pakcik guard. Setahu aku YTL baru sahaja menerajui bidang komunikasi tak sangka mereka mempunyai data center. Aku menyampai firasat aku kepada pakcik guard bahawa data center ini mesti mengunakan prototype data yang berteknologi tinggi kerana tidak dibuka kepada umum.
Perbualan menjadi rancak bila aku dan pakcik guard bertukar cerita berkenaan dengan YTL. Daripada amatan aku, walaupun berpakaian seragam guard , pakcik guard ni kelihatan segak dan bersih dan duduk pun nampak karisma dia. Cara bercakap tak macam pakcik guard yang lain pernah aku jumpa.... tak mesra alam , toya , bila tanya tak pandai nak menyahut dalam erti kata kasar..bodoh dan lepas tu nampak macam busuk-busuk. Maaf aku bukan menghina , tapi ini apa yang selalu kita kena di luar sana kan? Aku cuma huraikannya. Yang pasti pak cik guard ini tidak mempunyai jawatan berdasarkan satu paku di bahu kiri dan kanan. Andaian aku? Mungkin dia ni ex army atau ex police berdasarkan kepetahan  isi dia bersuara dalam memberi penjelasan.Sambil  mengamati dia tetiba
Pakcik guard : pandai anak ni bercerita....banyak anak tahu...anak ni siapa?
Dengan nada agak serious takut aku ni adalah onar untuk YTL. Maklumlah takut ada hacker menyerang YTL pakcik  mula sangsi dengan aku. Lantas aku tulis perkenalkan diri personal yang ringkas siapa aku. Melihat kesungguhan aku, pakcik guard pun bercerita tentang diri dia :
Pakcik guard ini adalah bekas salah satu GM Maybank di Menara Maybank Bangsar .Sampai peringkat tahun perkhidmatan tertentu , pakcik guard bercadang untuk berhenti untuk memulakan perniagaannya sendiri. Perniagaannya maju sehingga mendapat pasaran Cambodia.Tetapi hidup pakcik dari atas roda berada dibawah roda apabila mengalami masalah tertentu di dalam perniagaannya. Kesimpulannya , pakcik ini dulunya adalah orang berada. Pakcik kata untuk menampung kehidupan , pakcik tak berkira untuk memilih soal kerja. Tapi pakcik guard kata dia cukup berbangga dengan pengalaman dia ada.Sebab pengalaman tu tidak boleh ditukarkan harta benda yang dia pernah ada.Universiti hidup adalah pengalaman.
Nasib pakcik guard lebih kurang macam nasib perniagaan family aku tapi aku sahaja tak bersyukur sebab peluang masih cerah lagi tapi tak merundum dan tak berjunam. Sebab aku menyalahkan kesusahan bak sebesar bola golf ini kerana kos kenaikan global yang tidak seimbang. Baru susah macam gigit nyamuk tapi meroyan tak ingat dunia.
Pakcik guard turunkan satu ilmu kepada aku , lepas kami berkongsi pengalaman masing-masing.
Pakcik guard : Anak , pakcik hidup pegangkan rukun iman. Iman dalam tafsiran pakcik maksudnya percaya.  Maka pakcik guard mengingatkan aku rukun iman ada 6.
Pertama : percaya kepada Allah
Kedua : percaya kepada malaikat
Ketiga : percaya kepada kitab
Keempat : percaya kepada rasul
Kelima: percaya kepada hari kiamat
Keenam : percaya kepada qada dan qadar.
Tetapi kenapa diletakkan qada dan qadar pada susunan akhir? Pakcik guard bilang....manusia selalunya tidak boleh terima ketentuan yang telah ditetapkan. Indahnya islam, apabila Allah telah masukkan percaya dan redha dalam kehidupan manusia pada list yang terakhir dalam rukun iman.Pakcik kata tambah ilmu bukan sahaja belajar atau baca...tambah ilmu melalui campuran pelbagai pergaulan peringkat orang.Itu adalah perkongsian ilmu yang lebih mudah dan melekat di hati.
'
'
'
'
Aku kelu
Aku kedu
Terjawab persoalan minda aku...bagaimana seorang mempunyai kuasa tinggi sanggup kerja dan mengambil upah sebagai guard yang tidak mempunyai jawatan apa-apa. Bagaimana seorang ketua sanggup merendahkan diri.
Aku cakap dalam hati aku...pak cik seorang tabah...
Tak...
'
'
'
Pakcik mempunyai keimanan yang tinggi...pakcik percaya kepada qadar dan qadar....itu rahsia pakcik.
Pertemuaan kami diakhiri dengan ucapakan selamat tinggal aku dan terima kasih atas ilmu pakcik turun.
Nota kaki: aku berbual sehingga lupa tanya nam pakcik. Terima kasih pakcik atas tips pakcik.
From Samsung Galaxy Tab 2 7.0

Sunday, 19 January 2014

Things we can do at Tasik Perdana


Girls love to go out to be date. However nowadays lifestyle in KL city might costly and everything need to paid. Guys sometimes need to think twice to ask their partner to go out. However their only lucky if their partner willing to dutch ( in malay words...pareng... or tong-tong  or translate in malaylish ( Englihs + malay) - paid by half- half) . Here some ideas that Konah would like to share. You might find some of the place is free :


1. Picnic with space theme ( National Planetarium ) 







Forget about ordinary garden theme... try new environment and concept. National Planetarium picnic area with space theme and the admission is free. Just bring your basket of food and picnic here. Your view will facing ancient observatory  park. This place is clean, comfortable and unique and another bonus package it is privacy. Since you near to National Planetarium, you can watch daily show that play at Planetarium (Link Show ) and the price of ticket will be RM6 per person ( with Mykad) while without Mykad will be RM12 per person.

Suitable to : Family activities , couple love to explorer , couple love to learn  a new things , 



2. Explore  the hibiscus and orchid garden






Admission is free, recommended to new couple that lost ideas to go out. You can explore this garden which located in front KL bird park. Nice place to take picture and you can have your simple picnic at here. It is lovely garden city with fragrances blooms. Trust me it gives us  a chance to enjoy  nature and relaxing in lovely surroundings  by escaping a while from congest city

Suitable  to : Family activities , lovely dove , Therapy to conflict couple, couple that love to nature ,couple that love to explore , couple that love to take picture



3.Visit Tun Abdul Razak Memorial


Admission is free. This is memorial for official residence for Malaysia second Prime minister Al-Mahrum  Tun Razak. He is known as Father of Development ( Bapa Pembangunan ) .  The house was built on concept "Californian  ". Why visit we must visit here ? He is father to current Prime Minister  Najib Razak. The is cozy and refreshing and the view of this house facing Lake garden. 


Why date here ? :  
1.  Impressed your partner with knowledge
2. Show your partner how patriotic who you are  
3.Increase your charisma with your partner
4.Educate yourself and partner

p/s: macam goosebumps sikit rumah ni. Tapi benda tu tak kacau pun. mungkin penjaga rumah ni. Rasa kuat macam dekat bilik mengaji sebab ayat al-quran dimainkan sangat kuat dan boleh kedengaran satu rumah.


4. Romantic chat at Butterfly park



 

Admission RM10 per person. Definitely worth to visited by couple, you can see butterfly dance  with relaxing environment. It have seats that you can sit and have small chat with your partner here. It is kinda romantic. Depends on your luck, some season there a not lots of butterflies but I'm lucky today cause I did meet friendly butterfly that like to take picture with me. Don't forget your camera and tripod or if you have gapro. 


Suitable for : Selfie couple, romantic couple, animal lover, butterflies lover , lovely dove, new couple


Friday, 17 January 2014

Bon Appetite : RSMY ( House of Real Beraini )


Hari tu kenapa tah...tekak nak menelan benda yang beroti-roti. Pastrie gitu. Tapi malangnya niat hati nak ke Levain...jalan sangat jem. MK pun berkejar waktu makan sebelum pukul 8 malam. Takut tahap metabolisme turun lepas tu esok pagi tak berak.

Terlintas untuk masuk KL , sebab lepas office hour untuk masuk ke KL tak sesak macam jalan ke luar KL sebab ramai berpusu-pusu nak balik ke rumah. RSMY adalah list naan yang tersedap dalam senarai MK. Ada 3 senarai naan terbaik dalam list MK di KL dan masing-masing unik :

1. Naan ampang point (bertentangan ampang point sebelah kedai muzik )
2. Steven corner , pandan indah
3. Rsmy (house of Real Beraini)


Dulu untuk panggil kedai ni, MK eja R.S.M.Y tapi sebenarnya orang panggil "Rasmi" Terletak jalan medan tuanku 1. bertentangan dengan wisma Koperasi. Ala nak senang cari Maju junction bertentangan maju junction. Lagi satu landmark,cari jalan masuk ke jobstreet.  Area-area nya di situ


Abaikan kotak rokok tu, itu bukan MK punya kotak. MK dah berhenti setahun dah ni. Kalau kita tengok check-in foursquare rata-rata sarankan makan cheese naan di sini. Ramai kata best in the town. Ini bukan kedai mamak. Ini kedai pakistan dan don't be surprise naan di sini agak berkhasiat sebab sihat tak berminyak-minyak  . Kecairan cheese dan cheese jenis dipakai adalah mozalela...jenis mahal sebab tu harga dia bersama kuah lebih kurang RM8. Cheese cair dan tidak muak terasa seperti makan cheese crust pizza hut.



Yang ini order daripada MK , MK order garlic naan. Memang tidak berminyak. Best. Nipis nampak macam tak ranggup tapi percayalah lepas makan dia adalah ranggup. Naan dia lembut. MK rasa bukan naan garlic je lembut. Mostly naan dia lembut-lembut.

Kalau nak order naan jangan lupa order kuahnya. Naan sedap dimakan dengan kuah dia. Berdasarkan check-in foursquare MK try kuah kacang pool dia dan daging cincang. Akan masin tapi kalau diratah begitu memang tak sesuai. Main concern kemasinan adalah dicicah dengan naan. Memang dah masuk dalam mulut terbaik... cicah macam la-ala tortila memang naal!


Jumlah keseluruhan belanja : RM27 ( naan cheese, naan garlic, kuah kacang pool,kuah daging cincang, milo ais dan teh ais)

p/s: bancuhan milo di sini terbaik



Tips MK makan naan untuk mendapat kepuasan maksimum

naan ni best makan bergantung dengan air. Air yang kena ada susu. Baru mmpph... kick. selalu kalau kebanyakan naan pairing dengan milo kalau nak kaw-kaw pairing dengan milo tabur/milo dinosour. Itu memang kenyang tahap cipan.

Tetapi kalau naan cheese janganlah pairing dengan milo...muak jadinya. Dia lebih balance minum dengan teh ais atau teh tarik... kaw-kaw anda akan rasa naan tu tengah mengembang dekat perut.

lepas tu jangan lupa naan tanpa seri dengan kuah cicahnya. Jangan takut untuk cuba kuah yang berbeza tapi setahu MK kuah variety ada di RSMY dan naan Ampang point tu.

Wednesday, 15 January 2014

Desa Water Park Review

Konah bersama writer www.budakpacak.com


Kedatangan saya pada hari 14 Januari 2014, mencuba nasib apabila mendengar banyak spekulasi berkenaan dengan Desar Water Park. Ucapan terima kasih atas jemputan penulis kisahtatie dan hasil kerja usahasama dengan management Desa Water park Encik David sendiri.[ Nota kaki : Tahukah anda bahawa Desa Water park adalah salah satu anak syarikat Berjaya ? ] .

Taman Desar water park, terletak di dalam lingkungan kawasan ibukota kuala lumpur menjadikannya satu kawasan startegik untuk dikunjungi. Mungkin ramai tidak perasan kerana taman tema ini agak tersorok di sebalik Taman Desa dan tenggelam dengan kemasyuran Sunway lagoon dan Taman tema air I-City. Hakikatnya Taman desa mempunyai keunikan sendiri.

Berbekalkan dengan yuran kemasukan orang dewasa sebanyak RM35.00 dan bagi kanak-kanak sebanyak RM25.00 adalah yuran kemasukan taman tema air yang boleh dikategorikan rendah berbanding dengan sunway lagoon waterpark yang boleh mencecah harga RM90 untuk individu dewasa. Dibuka setiap hari kecuali Rabu bermula daripada pukul 10 pagi hingga 6 petang. Kapasitinya lebih kecil jika hendak dibandingkan dengan taman tema air yang lain. Secara umumnya MK boleh kata basic/asas taman tema air.[ Nota kaki : Dulu dongeng  atau Tripod advisor kata tempat ni busuk sebab berdekatan dengan loji. Tapi sure ke pengomen pernah datang ke tempat ni ? setakat ni tidak terbau busuk langsung tambahan air desa waterpark jauh lebih bersih berbanding dengan taman tema lain ]


Pun begitu, Taman Desa waterpark mempunyai 12 jenis water rides dan slides yang berbeza di dalamnya.  Tidak payah untuk menjejaki water slide dan rides Taman tema desa water park tidak besar kerana saiz yang memang  sepandang mata meluas berbanding water park lain. Ini menjadikan kawasan taman tema ini sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak yang ramai. Tambahan jarak dekat antara cabaran water slide dan rides lain mengelakkan kita penat kerana berjalan atau menaiki bukit. Jadi masa dan tenaga kita memang dihabiskan sepenuhnya untuk berendam di dalam air


Antara water rides dan slide yang MK jejak :
<![if !supportLists]>ü  <![endif]>Bubble pool
<![if !supportLists]>ü  <![endif]>Ripple Bay
<![if !supportLists]>ü  <![endif]>Shock Wave
<![if !supportLists]>ü  <![endif]>Super tube
<![if !supportLists]>ü  <![endif]>Tarzan in Town
<![if !supportLists]>ü  <![endif]>Surf Shack
<![if !supportLists]>ü  <![endif]>Thunderbolt
<![if !supportLists]>ü  <![endif]>Baby wave
<![if !supportLists]>ü  <![endif]>Water factory
<![if !supportLists]>ü  <![endif]>Slide
<![if !supportLists]>ü  <![endif]>Clown A Round
<![if !supportLists]>ü  <![endif]>Action River


Water rides dan slide yang menjadi pilihan dan kegemaran MK adalah :

Shock wave = kolam  tidak dalam mana hanya setinggi 1.5 meter itu dikala jika tidak dikenakan ombak. Cuba bayangkan bila dikenakan ombak setinggi 1.5 meter ia akan menjadi seperti dalam kerana gelombang yang dikenakan adalah bergelora. Untuk pegetahuan berbanding dengan gelora ombak taman tema yang lain. Setakat ini taman desa water park is the best. Life guard disini sangat straight semasa gelora ombak dikenakan. Walaupun tak sedalam mana tetapi untuk memastikan keselamatan para pengunjung terjamin. Good job! ( ada set time. Ombak dialunkan selama 30 minit dan akan direhatkan 2 jam kalau tak silap MK untuk memastikan mutu kualiti ombak seperti laut yang sebenar dapat dirasai oleh pengunjung)

Baby wave = mini kolam yang disambungkan dengan action river, selalunya baby wave akan berombak dulu sebelum shock wave berombak. Baby wave ni betul-betul mengadap kioks makan taman desa water park. Kalau shock wave ramai orang dan memerlukan privacy. Anda boleh melencong ke sini. Walau bagaimana pun arus itu pasti membawa anda ke action river

Photo kredit to penulis kisahtatie dan MK ambil daripada penulis budakpacak.com

Action river = Rasa macam sungai sebenarya sebab ada arus yang bawa kita bila kita duduk atas pelampung. Make sure korang duduk atas pelampung betul –betul. Berbanding dengan sunway lagoon dan a famosa water park, arusnya lebih deras yang mampu mengerakkan kita tanpa berkayuh. Cuba try masa ombak tengah naik memang best. Nanti dekat belakang tu ada waterfall dan jangan lupa bergambar dengan photographer di situ. Kat sini kalau Mk bawa partner boleh round 2-3 kali sebab sempoi.

Thunderbolt= adalah main utama attraction desa water park. MK tak sempat naik sebab berkejaran masa. Thunderbolt memerlukan bilangan min 4 orang untuk naik. Mungkin antara salah satu sebab MK tak naik. Dan untuk maklumat thunderbolt operasi  agak lambat lebih kurang 2 petang. Ini memastikan kualiti deras air bila anda menaikinya

Super tube = MK akan ambil yang open air punya. MK tak nak yang terowong dia. Tube dia memang gelap MK dah masuk. Gelap gila. Sebab MK ada dua combination fobia achluophobia + bathmophobia . Tempat gelap dan sempit. Bila masuk rasa macam tak nafas je terowong dia. Padahal tak ada apa-apa pun. Siapa ada phobia dua jenis  tak yah lah. MK sebenarnya dah kejung dalam tu nak pengsan. Tapi pejam je mata nak keluar cepat.

Bubble pool  = last sebelum balik korang kena try. Tempat dia tesorok sikit dekat sebelah Shock wave dan belakang Ripple bay. Dalam erti kata lain ini kolam jakuzi. Feeling-feeling rasa mewah boleh try kolam ni.




Makanan Di Desa Water Park

Makanan ditaja sepenuhnya oleh management Desa Water park, bagi MK makanan dia berbaloi. Tidak dapat dinafikan harganya lebih tinggi sedikit diluar namun begitu makanannya jauh lebih murah berbanding Taman tema air yang lain. Dan MK rasa lebih sedap berbanding dengan sunway lagoon yang cekik darah tu. Charge RM10 tapi nasi lemak sebesar RM1-2. Walaupun tak semewah seperti subway atau marrybrown. Makanan tempatan Desa Water park jauh lebih sedap. MK rasa korang patut try yang mengadap baby wave tu. Sebab makanan direct disediakan di situ. Basically orang luar tak boleh bawa makanan luar. Sebab depan check point tu memang dah ada orang check. Kalau ada makanan memang dirampas . Rasanya semua taman tema air mempunyai undang-undang yang sama.

Kalau lauk nasi campur lebih kurang RM10, ayam berharga RM  4 seketul. Ni MK ambil tanpa nasi. Khabarnya bahawa kegemaran orang ramai adalah ayam masak merah. No bad. Ayam masak merah dia sedap. Ada package di dalam bekas dan penuh kandungan dia seperti bihun goreng, nasi lemak ,nasi goreng dan sebagainya pack makanan tersebut lebih kurang RM5



Tak sure berapa harga dia. Yang pasti kalau nak sedap sila makan panas-panas



Sandwich adalah sebanyak RM4









Keselesaan bilik air






Keseluruhan review : Kawasan desa water park lebih kecil dan memang sesuai untuk kawasan istirehat keluarga dan pasangan. Jika di desa water park , anda boleh datang berdua berbanding dengan sunway lagoon kerana privacynya lebih terjaga. Kawasan water slides yang berdekatan mengelakan masa anda terbuang berbanding ditempat lain yang memerlukan tenaga banyak untuk berjalan, memanjat bukit atau tangga. Jika anda mempunyai bilangan keluarga yang ramai tempat ini sesuai dan tepat dengan budget anda. Berkenaan dengan makanan tak usah risau ini kerana makanannya mengenyangkan. Nasihat saya pilih amount














Thursday, 9 January 2014

Flora Kafe , Amp Walk Ampang


Ada satu ketika MK ketandusan tempat makan, Lalu MK teringat akan satu kedai makan yang berhadapan dengan secret Recipe di Ampwalk, Ampang yang bernama Flora Kafe. Sebelum menerangkan lebih jelas berkenaan dengan Flora Kafe, MK adalah anak kelahiran johor yang sememangnya "craving" mencari makanan johor di Bandaraya Kuala Lumpur.

Orang johor tak kisah mahal, janji sedap. Walaupun gerai, janji sedap dan makan kena hidang tertib. Itu JB. Contoh taugeh buang ekor, asam pedas biar biji cili kering tu dibuang dulu , ikan kena siang dan rendam dengan air asam jawa elakkan hanyir tapi malangnya jarang untuk dapatkan ciri-ciri ini di sini. Ini menjadi MK tergila-gila makanan kelahiran MK di KL.


Melangkah kaki ke sini dan terlihat menu di sini, rasanya apa yang MK nantikan sedekad MK berada di KL.  Akhirnya MK menjumpai salah satu tempat makan yang menghidangkan makanan tanah air MK. Hasil temubual MK dengan GM, owner kedai sememangnya adalah orang johor yang berasal daripada batu pahat.  Makanak kegemaran MK seperti mee bandung, laksa johor , ibu rebus dan asam pedas serta menu lain ada dijual disini.  Pertama kali menjejak kaki MK memilih apa  MK suka makan. Tetapi dengar khabar laksa johor dia orang suka. MK tak try lagi.



 Starter : Sotong kangkung... no komen MK order sebab MK punya kegemaran. Sotong dia fresh sebab crunching.... macam bunyi makan keropok.



*must try* : Mee bandung muar--> konah order without mee sebab konah nak cut down mengambilan Karbohidrat. Memang best. superb. Walaupun tak sama dengan original mee bandung muar. Sekurang-kurangnya dia memang pati mee bandung. Bukannya macam mee bandung dekat luar tu yang mengaku membandung tapi letak sos. (Mee bandung muar tak pakai sos tomato yer ingat tu)

minuman : MK pilih kendondong asam boi  .Thumb up macam sign tangan like kat Facebook tu.

*Pilihan makanan kedua*  : Soto Johor , memang masak ikut rempah pakai stok ayam dan paling best dan wajib cili kicap blend macam orang johor. "pedas"


Pencuci mulut : Caramel , cousin MK kata caramel ni dibakar berdasarkan rasa dia. Tak manis sangat just nice dan kita boleh rasa gula hangit. Ini adalah penutup segala makanan anda, Sebab lepas anda makan...dia jadi kedababooommmm!!!! kenyang gila.


Harga keseluruhan : untuk dua orang makan bergantung kepada pemilihan kita berdasarkan makanan di atas MK spent around RM60++ (kot lupalah tapi lebih kurang

Review : Bagi MK sebenarnya kalau dah makan satu dish pinggan tu dah kenyang. Sebab portion dia agak besar dan bila kita makan separuh daripada mangkuk/pinggan disini memang dah kenyang tapi MK gatal nak tambah. pencuci mulut saiz sedang-sedang dan memang digalakkan ambil lepas habis main course sebab memang feel santai-santai dekat sini.



Ok. Nak tambah lagi satu, suasana disini best.Kebanyakan selebriti makan disini kerana suasananya lebih privacy dan chill dan untuk maklumat mereka boleh setting untuk candle light untuk romantik special  atau pun gathering. Mereka adalah pakar. FYI, sebelum mereka buka Flora Kafe , mereka adalah wedding/event planner. So... they are the best. Nak tahu lebih lanjut testimoni atau gambar. Boleh Klik sini