Friday, 28 February 2014

10 benda kita tidak tahu pasal Malaysia


Prolog : What we did not know, we take it as granted.
Semalam, lepas balik futsal dan sebelum melelapkan mata. Konah melihat rancangan history discovery channel di Astro. Dan Konah ingin kongsikan informasi yang kita sendiri tak tahu dan kita assume kita tahu tapi sebalik fakta adalah salah. Jom kita share informasi bersama-sama:


1. Stesen Keretapi tanah melayu (KL) tidak akan tertimbus salji
gambar hiasan daripada globalbhasin.blogspot.com

Memanglah Malaysia iklim khatulistiwa, jadi Stesen keretapi tanah melayu tidak akan tertimbus dengan salji. Tapi fakta sebenarnya , tahu tak korang bahawa keretapi tanah melayu kuala lumpur direka khas dengan bumbung penahan salji. Ianya dapat menahan 2 kaki ketinggian salji macam mana rupa dua ketinggia salji ?

Ini adalah rupa 2 kaki ketinggian salji. Jadi pembinaan pada tahun 1900 pada oleh arkitek A.B Hubback untuk Stesen Keretapi tanah melayu KL adalah unik dan berteknologi tinggi
contoh gambar hiasan

2. Bandaraya kuala lumpur adalah antara bandaraya yang "berkilat"
KL merupakan antara bandaraya dunia yang  berkilat. Bukan maksudnya berkilat kerana mempunyai Menara Petronas Kembar sebagai mercu utama. Tetapi mempunyai kepadatan kilat yang tertinggi. Tahukah korang ? Malaysia adalah tempat kelima mempunyai kepadatan tertinggi manakala bagi bandaraya raya dunia yang mempunyai kilat yang tinggi adalah kuala lumpur ? Bandar? bukan kampung?  Di mana julat purata sambaran kilat di bandaraya KL adalah 200 hari untuk setahun berbanding ibu kota London 20 hari setahun dan New york  adalah 10 hari.

 

contoh gambar hiasan

Sedikit renungan untuk orang yang beragama isalam :
Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan. (Surah Ar Ra’ad :12-13)---daripada sumber ini






3. Negara mana yang mempunyai jambatan gantung yang tertinggi di dunia?

,
,
,
,
Jawapannya : Malaysia
taken from google map from user

Ya, jambatan gantung yang tertinggi terletak di Malaysai iaitu berada di Gunung Kinabalu dengan ketinggian 3,600 m tinggi paras laut. Dan tahu tak korang bahawa ianya tersenarai di dalam UNESCO World Heritage ? (sumber)



4. Namakan serangga yang terpanjang di dunia ?

krik krik krik.......*bunyi cengkering* cuba goggle dan jawapan akan diberikan terletak di Borneo . Iaitu dijumpai di negara kita sendiri Malaysia. Mula dijumpai pada tahun 2008 di Sabah dan setakat ini spesis ini hanya hidup di Sabah. Serangga yang berupa dahan bergerak yang dijumpai oleh Datuk Chan Chew lun (sumber) dan diberikan nama Chan's Megastick dengan panjang 56.6cm
 
gambar sumber daripada www.wildlifeextra.com


5. Populasi Lipas yang terbanyak di dunia
gambar sumber cari.com  Gua Gomantong
Gua Gomantong sedikit berbau ammonia ( sumber )   dikatakan mempunyai populasi lipas yang padat di dunia. Dan rekod koloni lipas yang besar di dunia adalah terletak di sini, Gua Gomantong, Sabah. ( Sumber )  dan satu - satunya di dunia. Kenapa ianya kuat berbau ammonia ? kerana longgokan tinggi tahi kelawar yang menjadi makanan kepada lipas
sumber wildmalaysia.org

Gambar di atas menunjukkan longgokan tahi di dalam gua Gomantong yang menjadi sumber makanan kepada lipas. 

6. Takde kelawar, Takde durian

Apa kena mengena kelawar dengan durian ?  Tahu tak kelawar ni agen pengangkutan pembiakan durian ? kenapa tak serangga macam semut ke ?  lebah ke ? . Konah mati-mati ingat lebah. FYI  bunga pokok durian hanya mekar pada waktu malam . Jadi hanya kelawar yang aktif pada masa itu dan aku ingat kelawar ni makhluk perosak tumbuhan. Tidak...mungkin kerana bentuk dia menakutkan macam vampire menyebabkan kita takut kepada kelawar. Padahal kelawar adalah agen pedebunga terbaik bagi pokok durian.( sumber )
gambar daripada sumber http://www.tompotika.org/

7. Tanah perkuburan binatang peliharaan terletak di Semenyih.


Akhirnya soalan aku terjawab  apabila aku pernah menanam kucing kesayangan aku bernisankan pokok. Rupanya di Malaysia ada tanah perkuburan binatang perliharaan di Nirvana Memorial Park,Semenyih. Dan merupakan tanah perkuburan terbesar di dunia (untuk bukan beragama islam)  dan sekali gus menjadikan ia tanah perkuburan binatang peliharaan yang terbesar di dunia (sumber)

Sumber daripada Nirvana Memorial

8. Malaysia mempunyai 140 jenis bahasa termasuk dialek

Malaysia mempunyai pelbagai budaya dan pelbagai kaum menjadikan ianya mempunyai pelbagai bahasa. Macam pelik kan ? Ok contoh bahasa melayu jika dipecahkan kepada dialek...contoh dialek kelantan, Negeri, Utara etc. Itu tidak termasuk bahasa cina dan mandirin Malaysia ini kerana mereka mempunyai dialek yang berbeza juga.  Tapi masih tak masuk akal kan ? mungkin total di semenanjung dalam 50- 80 dialek. Tapi bila masuk ke sabah dan sarawak dan termasuk dengan suku kaum asli bilangan semakin bertambah. Ada bahasa iban, bajau.... dan sebagainya... Tambahan setiap suku kaum asli mempunyai bahasa mereka sendiri. Suku asli semenanjung sahaja dah ada 18 kaum manakalah untuk sabah sahaja suku aslinya 27. Dan kebanyakan bahasa suku orang asli diambang kepupusan kerana generasi baru suku asli banyak merantau....bahasa melambangkan bahasa. Luput bahasa, luput bangsa...


9. Asal usul Nama SAGA ( Proton Saga )

bila disebutkan pasal proton saga kita terbayangkan biji saga yang menjadi label dan kebangaan rakyat malaysia. Tapi tahu tak sebenarnya  nama proton saga bukan pun berasal daripada biji saga yang berwarna merah tu!

Nama ini dicadangkan oleh pesara askar Ismail Jafaar, sewaktu dia bermain scrable di depan rumahnya. Dimana dia meletakkan di papan scarble SAGA, tetapi markah untuk SAGA adalah 4.Jadi untuk menang scrable dia membuat pecahan SAGA kepada :


S  A f  E T Y
A c  h  i  e  v e m e n t
G
  r  e  a  t  n e s  s
A
b  i   l   i  t y


Menjadikan setiap berkataan dicantum di papan scrable itu memperolehi markah yang tinggi. Dan sesuai untuk kereta kebangsaan kita SAGA. Dan kebetulan sifat biji saga adalah unggul dan mempunyai kepadatan yang sama mejadikan ia menimbang emas yang unggul satu ketika dulu.



10. Di mana terletak "roundabout" terbesar di dunia ?

England ?
teeettt salah


Berlin ?

Teeettt Salah!!!!

ok last ...
Jepun??????????????
ahahahah salah......




Jawapan adalah :

diambil daripada http://mcarlosp1.blogspot.com

Ia , Putrajaya adalah roundabout yang terbesar di dunia walaubagaimana pun ramai orang barat menafikan dengan mengatakan. roundabout terbesar di dunia Queen park savanah, Port of Spain. 




Cuba bandingkan roundabout Savannah , Port of Spain dengan Putrajaya. Ternyatalah sekali kita adalah pemenangnya tetapi kalau kita google diluar sana, ramai penduduk barat mahu menegakkan benang yang basah dan mengiyakan bahawa Savannah lah pemenangnya.


Tapi bagi konah sebagai rakyat Malaysia selepas melihat fakta dan gambar. Kitalah juara. Kita mempunyai roundabout traffice yang berbentuk " roundabout" yang sempurna. Bukan itu sahaja Malahan di dalam roundabout putrajaya terdapat 2 bangunan yang penting ( rujukan gambar putrajaya di atas )

1. Istana Melawati - tempat persinggahan Yang di Pertuan Agong yang terletak di puncak bukit untuk melihat seluruh kawasan putrajaya

2. Mercu tanda Putrajaya - Time Kapsule yang ditanam oleh  Idola saya Tun. Dr. Mahthir. 

3.5 star hotel Shagri- La....


so siapa yang ada roundabout besar di dunia ? tepuk dada tanya selera. Itulah kawasan yang kita selalu lalu tapi selalu tak perasan



Tulisan ini adalah khas dihasilkan daripada tangan MK , yang diambil daripada History Channel dengan beberapa research online dibuat. No copy paste ya!

Thursday, 27 February 2014

Cozy Corner , Ampang Park

Prolog : Sebelum terdirinya Menara KLCC, Ampang Park antara pusat membeli belah yang termuka di Bandar raya kerana lokasinya adalah strategik terutamanya pada pengangkutan awam. Aku melihat dan dibesarkan bersama Cozy corner, ini merupakan tempat makan dan family gathering aku  satu ketika dulu sewaktu kami kecil. Last kali makan, sempat merasa bersama arwah wak dol (pak cik aku) sewaktu dia sempat tidur di rumah mama. Dan last kali aku makan bersama sepupu aku, ketika arwah uncle yunos masih ada. Dan Selepas itu aku mengorak langkah aku di sini sendiri dan kadang-kadang bersama mama dan papa.


Cozy corner, didirikan semenjak tahun 1972 lagi merupakan tempat kelas pertama makanan yang disukai oleh pegawai tinggi kerajaan terutamanya “Navy” dan “army” . Oleh sebab itu hiasan dalamnya seperti zaman Britsh.Saya difahamkan saya dibawa makan di sini semasa bayi lagi ketika mama dan papa masih bertugas sebagai pos tertinggi kerajaan pada masa itu.  Ini antara tempat makan yang tidak akan lekang daripada ingatan saya.

Kini tempat makan ini , lebih banyak kepada perjumpaan perniagaan dan tiada lagi kelihat kelibat pakaian seragam seperti saya lihat dahulu, tetapi veteran pegawai yang masih lagi saya cam , masih lagi makan di sini bersama cucu mereka. Jika ditanya Cozy Corner dan Cozy  House, Great Eastern Mall adakah ia serupa ? Jawapannya tidak sama sekali. Walaupun simbol dan nama seakan sama. Yang pasti restoran Cozy yang asli, bertapak di Ampang Park.

Makanan di Cozy corner dipecahkan kepada dua iaitu  western dan local delight (makanan tempatan). Yang pasti  “killer food” di sini adalah western, dan kegemaran saya sehingga kini hingga menjadi makanan kegemaran adik saya adalah chicken chop versi Hainan.


Pembuka selera
Pembuka selera saya, saya memesan Danish kaviar. Atau dalam masyrakat melayu lebih dikenali sebagai telur ikan, merupakan pembuka selera yang saya minat di sini, dengan berharga RM14 , saya rasa kaviar mewah yang mahal ini boleh didapati harga murah di sini berbanding dengan restoran 5 bintang diluar sana.




Dihidang bersama telur rebus yang dicarik berasingan kuning dan putihnya berserta kan bawang merah. Kaviar ini dimakan bersama roti keras yang disapukan dengan mentega masin untuk membangkit selera si pemakan. Kaviar mudah rosak rasanya. Jangan terkejut jika hidangan anda dialas dengan ais untuk menjaga mutu makanan tersebut.



Entrée /Pembuka

Kemudian dialih kepada Entrée , saya tidak akan lupa memesan  shark fin soup atau dalam bahasa melayunya sup sirip yu. Merupakan antara shark fin soup yang paling sedap di kotaraya KL yang pernah saya rasa. Saya mempunyai style saya sendiri jika saya memakan sup ini. Saya akan lebih suka memakan bersama cili jeruk hijau bersama sup ini untuk menyerlahkan rasa enak sirip ini berbanding cuka yang diberikan semasa hidangan.  Ditambahkan rasa masam –pedas menambahkan lagi keeneak lemak sirip ikan yu. ( Saya tak beberapa ingat harganya, sebab saya tidak pernah berkira harga bila makan di sini mungkin range RM18++)


Main Course

Untuk main course , saya memesan 2 jenis main course iaitu chicken sizzling dan lamb chop sizzling. Untuk pengetahuan selalunya western food cozy corner akan dihidangkan sekali bersama satu mangkuk salad dan roti panas kepada penjamu selera. Manakala daging/ayam anda akan dihidang bersama kentang dan tomato panggang yang dipanggang secukup masa.

RM 25.00

RM32

Datang sekali bersama western food yang dipesan



Bergantung kepada apa pesanan anda, tetapi malam ni harga keseluruhan makanan saya ialah lebih kurang RM138.00 ++, bagi saya masih lagi murah untuk hidangan ekskutif . Diingatkan bahawa kedai ini selalunya penuh pada hari jumaat dan hari minggu . Manakala hari biasa selalu penuh pada ditengah hari. Jangan terkejut jika penuh anda kena menunggu di barisan beratur. Saya selalunya tidak memesan minuman, mereka sudah sediakan air kosong yang refill. Bagi saya berbaloi untuk tidak menempah pesanan air jika anda ingin kelazatan rasa itu tersimpan di lidah anda.


Saya dibesarkan oleh mereka berdua, aunty disebelah saya berkerja semenjak 1982 dimana saya belum dilahirkan..manakala abang ni semenjak saya darjah 1 sampai sekarang .Bermula daripada waiter dah jadi supervisor. Memang diaorang kenal saya dari kecil. Thank you cozy corner, you the best!!!

Wednesday, 26 February 2014

Bila anak kucing boleh makan ?

Prolog:Kalau dalam BI , kitten tu anak kucing bila diterjemahkan agak pelik dan panjang. Korang mesti tertanya-tanya bila anak kucing boleh makan ?Konah memantau tumbuhbesaran anak kucing. Sebab anak kucing ni macam baby manusia. Ada label “handle with care”. Lantai kena besih dari benda kecil-kecil sebab mereka ada semangat inkurusiti yang tinggi.

 

 

Kitten / anak kucing / anak bulu…atau apa-apalah… selalunya mata akan buka antara 2-3 minggu. Paling cepat pengalaman aku hari ke-10 dah buka mata. Selalunya dalam minggu ke-4 bila kaki dah boleh jalan agak-agak betul dan tak mengesot. Antara minggu ke -4 dan 5 gigi dah mula tumbuh. Kuku pun dah mula terbentuk keras. (Masih lagi duduk dalam sangkar, balik rumah sahaja baru lepaskan, tapi di dalam bilik)

 

 

Selalunya Mk akan introduce dulu makanan  berbentuk wet food(dalam tin). Untuk kitten dry food, konah galakkan korang minta sample daripada kedai dulu. Takut nanti beli membazir. Best baby kitten food adalah royal canin bawah label baby kitten. Untuk satu KG berharga RM32. Agak mahal. Takut kalau membazir beli, sebab khuatiri dah beli, kitten ni masih lagi tak pandai makan. Sila minta sample baby kitten dry food. Tak banyak kedai yang ada sample, the best thing kena survey-survey kedai. Salah satu kedai yang ada MK pergi dekat SS2,Uptown(kedai dia warna biru) dengan Sri rampai.Sorry nama kedai kita lupa ( Lokasi Di PJ dan Kuala Lumpur).

 

 

 

Wean atau dalam istilah asing daripada susu. Yang ni nantilah konah cerita bab lain. Proses start wean adalah bermula dalam minggu ke-4 bila :

·         Mata dah buka sepenuhnya dan boleh response. Kadang-kadang bila dah buka mata, kitten still tak nampak. Cara test dia ,cuba gerakkan jari anda di depan anak kucing tu ada response tak    ?Kalau ya ,dia dah nampak

·         Kaki boleh berdiri untuk berjalan, tidak mengosot

·         Sudah pandai bermain dengan yang lain

·         Proses menyusuan yang kerap, tetapi ibu kucing selalu lari dari mereka sebab mereka dah ada gigi

·         Suka bau makanan ibu kucing

·         Suka merayap

·         Suka mengigit

 

Proses pengasingan biarlah dilakukan secara semulajadi oleh ibu kucing. Kita cuma membantu daripada segi menambahkan nutrient gizi makanan baby kucing. Mulakan dengan wet food, konah selalu beli yang fancy feast kerana sesuai untuk semua peringkat umur kucing. Daripada pengalaman konah untuk batch kali ini, 3 daripada 4 anak kucing konah dah start makan wet food. Dry food masih belum lagi. Yang lagi seekor yang tak makan wet food tu memang akan kecil sedikit. Selalu macam ni kita kena pantau dia minum susu ke tak. Pastikan keutamaan susu diberikan kepada yang tak beberapa pandai makan tadi. Yang lain tu dah pandai hidup, kita boleh pass wet food dulu.  Pastikan wet food jenis juicy dan berair untuk menambahkan kekenyang mereka.

 

Tapi awas…tak start kena train guna little box, sebab mereka dah start makan.

 

 

 

 

Tuesday, 25 February 2014

Bon Appetite : M2Cafe dalam J2CM bersama Blooggers

gambar diambil daripada website blooggers.com


Assalamualaikum wbrt & halluuuuu

Hari tu konah dapat dinner review dengan Blooggers di M2 Cafe yang terletak di Setapak. Dan kebetulan ada shooting Jalan-jalan cari Makan daripada TV3 di sini.
 Dengan harga RM30 seorang, M2 Cafe menjanjikan satu kelainan berbanding steamboat buffet diluar sana. Dan untuk maklumat , M2 Cafe tidak tertakluk kepada buffet sahaja tetapi turut menyediakan ala carte yang lebih flexible dan versatile untuk pelanggan mereka.


Antara pakej buffer steamboat yang disediakan oleh M2 Cafe

1. pelbagai jenis makanan laut dan sayur


2. 2 jenis hidangan bubur manisan seperti bubur gandum,bubur pulut hitam etc


3. Ais Kacang 


4.Buah-buahan



5.Pelbagai jenis kek


6.Kambing/ayam golek / Grill



7.Nasi ayam


8. 1 jenis makanan fusion


9. Makan bercucuk seperti satay atau grill


10.Air free flow (refill)


Ramai food review membezakan makanan  yang dihidangkan oleh Qthai ,Seoul garden dan sinonim steamboat diluar sana tetapi apa yang membeza M2 Cafe adalah kualiti makanannya (maksudnya sedap) . Bagi konah kalau variety, banyak jenis tapi kualti makanan ke laut. Tak berbaloi untuk bayar lebih. Hidang M2 Cafe lebih padu menekan kualiti makanannya sendiri. Sup nya juga turut berbeza menghidangkan 2 rasa : Stok ayam dan stok udang. Sekali gus memecahkan tradisi steamboat yang menawarkan rasa stok tom yam

  
Review Konah personally : Bagi Konah M2 Cafe steamboat mempunyai konsepnya sendiri. Lebih kepada open kitchen. Kalau konah datang, Konah lebih prefer makanan buffet M2 Cafe yang lain. First time makan nasi ayam dia teringat Nasi ayam di Awana Genting. Dulu selalu lepak di situ, Konah memang suka makan ayam hainan dia. So bila konah tanya owner Chef Azahar, beliau sebenarnya mengupah berkhidmatan jururunding Chef Bob yang memang daripada Awana Genting. Terror tak konah ? Don't play play with me. (Nama M2 Cafe adalah nama gabungan pasangan owner kedai Encik Azahar dan isterinya...bukan highway MRR2 Ya )
Kuah steamboat M2 Cafe memang pure/asli berasa. Tak macam steamboat kedai lain. Konon variety , bila tang kuah ...hancus... tawar. Tapi disini lebih rasa, dan konah tak rasa dia pakai kuib perasa semata-mata sebab stok dia bangkit rasa manis tersendiri.M2 Cafe lebih mesra pelanggan.

Lepas tu air dia pun variety dan tak lokek rasa. Konah suka jus kurma dia. Memang pure dan best. Konah rasa killer dia nasi ayam,jus kurma, makanan dia yang bergrill serta steamboat stok udang dia. Mmmmm... sedap... nak makan sila kosongkan perut dahulu.


Alamat M2 Cafe : 
Blok A-01-06,Star Park Point,Jalan Taman Ibu Kota,Off Jalan Genting Lama,53300 Kuala Lumpur.
No.Tel:03-41618692

Landmark : cari KL Festival City Mall, Setapak .Kedai makan tu bertentangan dengan mall tu.


p/s : Last sekali terima kasih kepada Bloggers Kisahtatie, kalau tak de dia , Takdelah konah datang sini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bersama-sama Abang Nazz ,pengacara Jalan-Jalan Cari Makan...peramah orangnya


Review food bersama Man Raja Lawak dan founder Blooggers, MrJocko


sesi photoshot

Sunday, 23 February 2014

Kenapa Saya Nak Makeover Bersama Daisuke dan Blooggers ?

Prolog : Krik...krik....krik..krikk... bunyi cengkering...saya mahu makeover....

Saya nak makeover untuk rambut saya, kerana saya mahu sentuhan emas daripada professional stylist  contohnya seperti Daisuke Salon De Coiffure bersama dengan blooggers komuniti. Hasil tangan professional stylist yang berpengalaman adalah jauh berbeza dengan stylist jr. Ini kerana mereka ibarat consultant dan pakar imej yang sesuai untuk kita, contohnya style apa yang sesuai bagi bentuk muka kita. Bagi saya rambut adalah seperti bab di dalam buku, setiap bab mempunyai fasa dan cerita sendiri. Kadang-kadang bila kita makeover mengunakan makeup atau bertukar fashion pakaian tetapi ada sesuatu tidak kena dan kita seperti mamah dimakan usia...kerana style rambut yang tidak menarik.Dan saya ketandusan untuk tahun ini menyebabkan saya hanya ikat rambut untuk tahun 2014. Saya berharap Daisuke dan blooggers dapat tolong saya.

cerita konah pasal rambut
Nak tahu tak satu rahsia , saya potong sendiri jambul saya


Saya pernah mengerintingkan rambut saya



Saya pernah minta kawan saya potong rambut saya pakai pisau cukur