Friday, 28 March 2014

Wangian Lelaki : Made to measure


Terfikir nak cari wangian baru atau hadiah kepada si "dia"? , boleh kasi kepada ayah, boyfriend, bestfriend lelaki , adik, abang , suami..scandal opppsss... ok mana tahu tetiba ada partner tanya kita which one minyak wangi best. Boleh sharing-sharing. Terbaru jalan-jalan di Pavillion terserempak booth Parkson , wangi sungguh Gucci : made to measure.



50ml , dijual dengan harga RM250 pairing dengan hadiah giveaway deodorant made to measure 75ml. Bau haruman ni merujuk kepada texture dan struktur bau maskulin. Macam bau fabrik lelaki macho.


Sniff....sniff curi bau sikit....gucci : made to measure berorentasikan bau oriental spicy

Aplikasi Agoda


Sebut pasal agoda,boleh download aplikasi si penguna andriod melalui google play store. AplikasI wajib yang perlu ada pada pengemar travel. Sama macam air asia atau MAS , agoda kadang-kadang kena harinya boleh dapat 30 % .Serious tak tipu...baru-baru ni hotel kat Melaka yang 5 star ada dapat offer. Daripada bilik satu malam yang mencecah RM400 lebih boleh dapat RM160 sahaja.



Terima kasih kepada maybank debit card. No hal , boleh digunakan untuk traksaksi penempahan hotel. Kalau ada credit card lagi jalan. Kekadang best duduk hotel, tenangkan jiwa daripada kerja yang berserabut kadang-kadang kita memerlukan motivasi untuk monday blues.








Daripada andriod gadget , korang cuma perlu taipkan destinasi dan kemudian pilih tarikh , berapa malam dan berapa orang. Kemudian tekan search, dan diberikan senarai. At least dalam senarai tu ada label merah tulis hot deal, best offer, best rate. Maksudnya ada diskaun. contoh bilik konah pilih : 





Nampak tak harga bilik tu? Tetiba dapat diskaun 30% jadi RM195. Lepas dah puas hati. Korang boleh klik book untuk transaksi seterusnya.





Lepas confirm amount, fill up details dalam bahagian guest details dan klik continue. Pada section seterusnyalah korang kena isi details debit/kredit card untuk pembayaran penuh.





Ok, lepas tu last page booking aplikasi akan tertera benda ni. To be frank for safety reason screenshot page. Just In case ada apa-apa boleh refer dekat reference nombor tu. Lepas korang dapat page ni secara automatiknya korang dapat email daripada agoda. Approval letter yang ada signature selalu within one hour...base on exprience 15 minit dah dapat dah.



Nilah email yang korang akan dapat setelah pengesahan dalam email ada file approval letter yang telah dicopkan oleh pihak agoda.





Benda korang perlu tahu pasal penempahan melalui apps agoda : 

1. Kalau booking di dalam hotel Malaysia, penempahan perlu dibuat sebelum pukul 4 petang. Untuk mengelakkan booking korang flooting. Ini sebab pukul 4 petang tu, office hotel kadang-kadang tak ada orang, jadi pihak agoda tak dapat 
Beri respon untuk pihak kita dan hotel

2. Pastikan selepas tranksaksi , balance bank kena ada lebih sikit untuk penguna debit card..karang tak pasal-pasal decline

3.connection masa aplikasi kena bagus...janganlah buat masa tengah slow atau bateri dah weak...risiko tinggi..agoda punya customer service bukan kat Malaysia.

4. Depends on hotel, walaupun korang dah bayar penuh.But yet still kena tinggal deposit cash kat hotel. Certain-certain hotel tak payah...so just prepare.

5.rajin-rajin usaha agoda, mana tahu hotel idaman yang mahal tu kekadang runtuh harga.


Thursday, 27 March 2014

Selipar Ipaneme Pair of 3


Prolog :flip flop nama glamour girl-girl panggil untuk selipar. Kalau sebut selipar orang terbayang selipar jepun.



Semalam redah Sunway Pyramid , makan kat sana dan kononnya nak beli "glove" keeper futsall. Serik karang terkehel tangan main bola dengan budak-budak futsall geng ni .Bola masing-masing stok rembat laju ibarat 80KM/J. Dah rembat glove..... tetiba tetiba...ahooooiiii rak side ipanema ni menari-nari di depan mata konah. Sambil melayang-layang tetiba kat tangan dah pegang barisan ipanema.

Nak tahu tak? Konah ni dah dua tahun keluar asyik pakai kasut, formal betul kehidupan sekarang.Seriously memang nak beli selipar .Belek punya belek...ternampak ipanema pair of 3. Tengah offer 20 %. Kalau tak harga asal RM69.90. Masing-masing ada juga offer. Tapi better rembat pair of 3 ni.


Jenis pair of 3 Ipanema ni ada 3 jenis design rocker, glam dan lady rock. Aku pilih jenis rocker ada spike. Baru nampak imej ganas tapi dalam hati ada taman.


Kenapa kena beli Ipanema pair of 3 ni?

1. Sebab studio R offer 20 % daripada RM69.90 jadi RM55.90
2.selipar ipanema ni selipar jepun yang artis-artis hollywood pakai bila santai.
3.siapa suka material jelly....ipanema jenis jelly yang sejuk-sejuk
4.sekarang musim panas, kena pakai selipar yang trend dan sejuk
5.selipar ni style bawa dekat pasir-pasir pantai.
6. Ipanema pair of 3 ni ibarat 2 in one, dua jenis design berbeza
7. Nampak kaki gergasi macam saya ni comel-comel je.


Testimoni :(abaikan makhluk berbulu tu, diorang memang suka inter frame)


Sunday, 23 March 2014

Train anak kucing berak/kencing


Ada anak kucing dekat rumah, memanglah rasa meriah dan comel uools. Tapi benda yang paling penting adalah  training pengunaan little box. Korang kena train daripada peringkat awal. So lepas putus susu tu memang dah expert berak dalam pasir. Kalau tak melarat sampai ke tua kucing berak kat luar.

Bila dia start makan wet food pada peringkat awal untuk melangkah putus susu, korang dah kena standby untuk little box kecil bagi anak-anak kucing. Kenapa kena train awal-awal.? Senang saham tinggi kalau nak jual, sebab dah pandai little box. Compare to betina atau jantan, betina paling cekap untuk gunakan little box. Tips train ni adalah untuk baby kitten yang fresh korang dapat.



Firstly bila kitten dah start pandai makan, korang kena letak dia di pasir bersih little box. Urutkan pada bahagian unus tu dekat pasir dengan kedudukan macam ni. Kalau nak tahu dia cope cepat bila kita lepaskan dia , dia terus mengais pasir adalah satu good sign. Selalu konah buat benda ni bila kitten lepas makan dalam masa 20 minit.


Kalau jenis degil...tak mahu mengais ni, korang taburkan pasir bersih dekat muka dia dengan syarat baik-baik kena mata dia.


Apa-apa nak train kitten guna little box memang uji kesabaran nak pukul...kitten tak faham.,,, macam baby.Selalu kaedah ni mengambil masa dua minggu. Banyak sabar, sebab memang ada yang terkencing dan terberak kat luar. Pastikan litte box bersih, selalunya kalau kotor pun antara sebab kitten membuang hajat di luar. Ada setengah tips kalau kitten degil juga berak kat luar
Bawa dia hidu tahi dia tu secara paksa dan cepat-cepat bawa ke little box buat berulang kali. Good luck!

100 Doraemon Malaysia




Prolong : korang dah pergi doreamon expo dekat Viva Mall tu ? Konah terlampau busy busy busy....lepas tu suspected kena slip disc.... menyebabkan terlupa...doreamon.


Esok last day Expo Doraemon, 23hb March 2014. Ramai betul homo sapien di Viva Mall. Harga tiket untuk orang dewasa adalah sebanyak RM25. Kanak-kanak adalah RM15. No student diskaun (ingatkan nak guna kat matrik aku). Last waktu pelawat adalah pukul 9PM.


Lokasi :  Level 2, Viva Mall Jalan Loke Yew.
Parking : RM 1, untuk 5 jam pertama.

Siapa era zaman doraemon , diwajibkan pergi datang. Dulu masa sekolah rendah aku ada koleksi jilid dari 1 - 100. Selalu nak compete dengan Reene, budak junior sekolah aku yang sama satu van. Siapa baca dan beli paling cepat dan terawal. Semestinya Reene yang menang. Sebab aku jenis yang tak boleh berjalan sangat. Kena duduk rumah.
Mapping route doreamon berserabut sikit, sebab tak ada label. ( Siapa jarang pergi expo, mesti blur-blur skit) Tapi sebab dah biasa pergi expo dan attend event. Jadi tak adalah masalah aku untuk teka. Ni pintu masuk expo . Kebetulan niat aku nak berjalan dengan adik aku ainaa. So aku bertiga. Creep, Ainaa dan aku berjalan meredah kesesakan homo sapiens.



So lepas pintu masuk, rasa kan feeling untuk masuk ke "Mesin Merentas Masa" , serious gila, kalau korang nak pergi esok. Tarik nafas banyak-banyak sebab ramai yang berebut nak ambil gambar. Pula tu ada yang tak ada etika ambil gambar. Kadang-kadang gambar korang kena bom. Cuti sekolah kan pula tu esok hari minggu. Biasalah. Tapi kita chill... no harm nak laju-laju berebut-rebut.







Asal usul Doraemon : Doraemon dilahirkan pada 100 tahun masa akan datang dimana secara ringkasnya Doraemon dijaga atau berkawan dengan Sewashi. Dan warna doraemon yang asal adalah berwarna kuning. So satu hari, Sewashi mengukir tanah liat dan membentuk doraemon. Kemudian Sewashi mengarah robot tikus untuk mengigit telinga tanah liat model doraemon untuk membentuk 3-D. Malangnya robot tikus tergigit Doraemon yang betul bukan model tanah liat tu. Dikejarkan hospital robot. Lagi sekali,  malang tidak berbau....doktor robot telah membuang telinga doraemon. ( sumber * )

*Sebab tu doreamon takut tikus. Kalau baca komik,menjerit-jerit dia lari.



Kemudian bila girlfriend Doraemon, Noramyako ternampak....dia gelakkan doraemon kerana tiada telinga. Menyebabkan doraemon sangat sedih. Doraemon pergi ke menara seorang dan hendak minum cecair gembira  .Lagi sekali dia malang...terminum cecair sedih. Menyebabkan dia menangis tak berhenti-henti sampai warna kuning tertanggal menjadi warna asal biru dan suaranya juga bertukar. Dipendekkan cerita sewanshi telah menghantar doraemon ke nenek moyang sewanshi untuk menukarkan kehidupan nenek moyangnya... Si Nobita.

Pintu suka hati (anywhere door)

The famous door of doraemon...pintu suka hati.Dalam komik, hajatkan tempat mana anda nak pergi. Nanti pintu ni akan bawa. Pintu suka hati *suara doraemon.




4D poket
Model-model doraemon 4D ini mengimbaskan kembali semua alat-alat yang pernah keluar daripada poket doraemon





Kawasan perumahan Doraemon





Jajan kegemaran doraemon
1.Dorayaki
2.Roti Memori

Dorayaki....tak berapa sangat nak sedap...Konah beli perisa chocolate. Tapi roti memori dia...sedap, roti yang dah dikeraskan ranggup macam biskut..rasa garlic sikit. Tapi memang sedap. RM6 ada dua keping



 yang ni pun sedap juga. satu kotak RM10. custard milk...apa tah nama dia...macam kaya ball tapi dalam tu ada custard

Saturday, 15 March 2014

Restoran 35, Bandar Hilir Melaka

Prolog  :  pergi Melaka kerana urusan keluarga adalah masa yang singkat.Perjalanan ke Melaka membuatkan , aku terfikir-fikir apa yang perlu aku buat untuk wish list di Melaka. Tetapi jika ada urusan keluarga masa adalah sangat kritikal.



Ditambahkan cuaca panas terik, aku sempat melihat kebakaran yang tercetus sendiri kerana cuaca yang sangat terik. Kereta dipandu menuju untuk menziarah Uncle Yip dan keluarga di Taman Rambai. Perut masih kosong dan aku rasa sepupu aku Afiq menunggu aku untuk makan bersama. Aku rasa mereka satu keluarga tahu...aku suka asam pedas.



Restoran 35 terletak di bandar hilir, antara tempat yang tak akan lupa untuk disinggah. Kalau orang datang ke Melaka untuk ikan bakar, aku pula memburu restoran 35 kerana kelazatan asam pedas cara Melaka. Orang sibuk cari lambang jalan-jalan cari makan. Tapi percayalah, walaupun tidak ada cop jalan-jalan cari makan. Restoran 35 menjanjikan kelainan.



Asam pedas dekat sini di masak periuk serdahana macam rumah yang meyebabkan rasa itu seperti suasana rumah. Macam air tangan orang tua, selalu pekedai akan masak dalam kawah membuatkan rasa tak berasa sangat.

Hari tu sampai kedai ni lambat, dapat asam pedas jenahak


Orang-orang selatan seperti negeri sembilan, melaka dan johor memang suka makan sambal belacan. Yang ni rupa sambal belacan melaka
Kecur liur tengok restoran 35 punya kerabu mangga. Selain daripada  asam pedas, kerabu mangga di sini merupa killer food di restoran 35.

Ulam kalau pairing dengan asam pedas memang terbaik.
'
'
'
'
Apa pun nak cakap....kalau singgah Melaka jangan lupa makan asam pedas dia


Keseluruhan makan di sini untuk 4 orang RM68. Jenahak asam pedas 2 ketul, ayam goreng 2 ketul, sotong kicap satu pinggan, kerabu mangga satu pinggan, ulam satu pinggan, ikan kering satu pinggan 4 air fresh orange.

Lokasi :  Jalan PM 5, bandar hilir melaka. (Cari papan tanda Restoran 35)

Friday, 14 March 2014

Peguam yang terlampau

Prolog : jangan berjirankan peguam kalau mahu hidup lama sama ada jiran mahupun pejabat ( dalam 30 adalah 1 orang yang benar-benar ikhlas)
Seriously Baik punya statement aku kutuk dekat lawyer. Aku tak tuduh semua peguam tu jahat. Tapi itu adalah realiti yang aku hadapi semalam.
Dulu cita- cita aku memang hendak menjadi peguam, kalau tak dapat jadi detektif polis. Sebab aku rasa selain daripada POLIS , peguam adalah tempat untuk menuntut keadilan dan rasa selamat.
Hakikatnya bila dah pecah lubang, baru  aku tahu data raw aku dapat adalah sangat menyedihkan.Rasa respect tu hilang dan kepercayaan aku kepada peguam yang tinggi mengunung hilang lalu aku rasa peguam ni sama sahaja dengan orang di luar. Beza cuma daripada
Pegetahuan dan kedudukan status. Ironiknya attitude peguam memang terkenal dengan double agent.
Kenapa? Masa perjumpaan dengan lawyer, aku pretends sebagai seorang berkedudukan tinggi. Kemas, make up, pakaian cantik-cantik yang penting kena tunjuk barang branded Kemudian selang seminggu aku switch perwatakan comot bagaikan pegemis hingga tiada siapa mengenali perubahan aku. Memohon dana kebajikan.
Survey ( 200 badan berkanun. Hanya 1 yang ikhlas ) -bukan amount sebenarnya
1) bila berhadapan dengan umum, merekalah yang terbaik dalam segi penasihat. Anda rasa mereka charm dan berkarisma. Tak kisahlah dihadapan keluarga atau family dan potential pelanggan mereka.  Selalunya mereka akan nampak sangat bertanggujawab
2) Hakikatnya bila tiada siapa. Terutamanya berdepan si miskin lagi hina contoh lakonan aku buat 2-3 hari lepas. Mereka adalah kejam umpama tiada hati perut.
Sorotan perjumpaan lakonan aku beberapa hari lepas (isi kata diubahkan untuk dipendekkan)
Konah : ( jalan tempang) , cik/encik saya mahu lakukan program kebajikan
Peguam : eh...saya tak masa lah nak layan non sense  program. Tahu tak saya sibuk nak hadap kes ( padahal takde kes court sangat- konah dah check)
Konah : (berlarutan sampai 15 minit)...oklah encik/cik satu soalan saya mahu tanya lepas tu saya tak kacau encik/cik
Kalau ada kematiaan tragik...yang melibat nyawa anak...ibu diberi pilihan
1) satu juta-insurance
2) nyawa anak  jika pencegahan kemalangan tragis dilakukan peringkat awal.
Jawapan tu ada di dalam hati korang. Kalau korang menghayati apa konah terus....korang akan tahu lawyer-lawyer tu pilih apa. Tapi konah cakap tak semua tak ada hati perut. Ada yang baik, sebaik manusia.

Wednesday, 12 March 2014

Movie Preview Screening : Zombi Kilang Biskut


Prolong : Konah nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Blogger Kisah Tatie kerana banyak peluang kepada Konah secara tak langsung dalm journalism ni.Konah dapat jemputan media review di bawah nama beliau. Gila tak pergi. Thanks!!!!!




Konah memang layan trilogy Zombi arahan Mamat khalid. Selalu layan kat astro atau beli DVD sahaja. Sebab boleh ketawa melekek-lekek.  Filem kategori genre Seram + komedi  daripada Mamat Khalid mengeluarkan lagi sorotan movie terbaru bertajuk Zombi Kilang Biskut. Masih lagi mengekalkan barisan pelakonnya seperti Awie, Man kadir dan Usop Wilcha.Antara pelakon yang turut ada shuk SYJ , Dalimawati, Dayana Roza, Eina Azman, Soffi Jikan, Wani NS, Ilya Buang ada Adam AF, Zainuri Misfar dan ramai lagi.

Apa yang konah boleh buat kesimpulan , Zombi Kilang Biskut kena tengok di wayang instead of TV kerana efek lebih menyerlah dan penerimaan lawaknya adalah berbeza bila ditonton beramai-ramai humor dirasa beramai-ramai.


Plot cerita :  Bercerita tentang Abang din mamu mengajak usin untuk berkerja di kilang biskut. Usin bersetuju dan berkerja sebagi technician bersama-sama Wahab B. 



Di kilang biskut ini, pekerja selalu pengsan dan membuatkan Usin berasa pelik dan pernah ternampak kelibat zombi. 



Kampung pisang menjadi huru hara lagi lepas kedatangan potianak yang bernama Kamariah yang kerjanya hendak membunuh penduduk. Dan hadirnya Kamariah adalah untuk membunuh Usop. 




Maka Usin, Usop , Sofea , Wahab B dan Pain bergabung untuk menentang zombi dan serangan gila Kamariah. Jangan lupa untuk tonton Zombi Kilang Kasut yang akan keluar pada 20 Mac 2014 ini.



Personal Review : Serious kalau tengok dekat movie layan gila. Ketawa melekek-lekek tak ingat dunia.  Semua lawak pecah perut. Kalau siapa tak ikuti Zombi terdahulu masih lagi memahami konsep cerita. Tetapi siapa yang sudah mengikuti, korang akan rasa watak cerita ini hidup. Berbanding movie kampung pisang ini, genre seram + komedi berjaya disampaikan. Lagi best kalau dapat tengok di TGV IMAX. worth it. Cuma hambar kepada 20 minit terakhir penutup cerita. Dah macam resident evil. Memang bestlah ada satu lawak pasal Kamariah ni yang korang kena tengok. Tapi Hantu kamariah ini memang menyeramkan pada mulanya.


Konah share sorotan  klip :