Wednesday, 28 May 2014

#saysomethingnice



Prologue : Rasa-rasanya kita masih lagi tak tahu apa itu #saysomethingnice ? Jika anda masih lagi mencari-cari projek tahunan CSR ataupun aktiviti di pejabat atau pun di sekolah. Anda boleh mulakan melalui #saysomethingnice


Konah bersama Managing Director Anas Zubedy

Pengenalan

#saysomethingnice, adalah satu projek daripada Zubedy , dimana target masa tempoh selama 17 hari antara jurang hari bermula daripada Hari Merdeka 31 Ogos hingga Ke Hari Malaysia 16 september. Untuk menyebarkan aura positif di dalam Komuniti.Di mana projek ini adalah tahun-4 yang telah dikelolakan oleh Zubedy. Dan pada 24 Mei 2014 merupakan ulangtahun Zubey yang ke-20 tahun.



 

Peranan Kita sebagai Rakyat Malaysia

Kepada pengamal media social tegar terutamanya blogger-blogger diluar sana. Bolehlah ambil peluang dengan menyebarkan #saysomethingnice ( sesuatu yang baik atau pun sesuatu yang sinonim dengan negara kita, Malaysia )  selama 17 hari melalui platform yang kita sedia ada. Mudah pun...tak payah pakai duit. Show your concern beb/dude! Sayang Malaysia tak???


To make it clear :

Apa itu #saysomethingnice ? : Kita mahu aura positif sepanjang tempoh 17 hari. Mungkin melalui #saysomethingnice boleh disebarkan ke seluruh Malaysia. Kita mahu, kita sebagai rakyat Malaysia menghargai tanah air ini.

Bila ? : Kempen ini dilangsungkan selama 17 hari sekali setahun sahaja. Secara rasminya bermula daripada 31 Ogos dan akan berakhir 16 September

Kenapa? : Nilai teladan dan budi bahasa semakin dimamah oleh teknologi dan masa. Jadi dalam masa 17 hari kempen ini sekurang-kurangnya boleh menyemai nilai-nilai Malaysia yang semakin pudar.


Cara Nak Join


Boleh buat sticky note dan tampalkan di satu tempat terutamanya tempat yang menjadi laluan,
sekurang-kurangnya satu hari ada qoute-qoute #saysomethingnice, bercerita tentang makanan,kehidupan,budaya dan sebagainya. Apa yang anda bangga tentang Malaysia


ATAU

Post kan gambar-gambar yang mungkin disamakan dengan #saysomethingnice
pasal Malaysia. Mungkin Korang boleh post di Intagram dan letak hastag #saysomethingnice


ATAU

Sebenarnya tanpa had, anda boleh gunakan selama 17 hari ini untuk post-post benda #saysomethingnice melalui blog ke, instagram ke, twitter ke...



Jangan lupa, jika korang participate selepas 17 hari tersebut korang boleh emailkan aktiviti apa yang korang dah buat ke email : saysomethingnice@zubedy.com   untuk menyokong kempen ini.



Matlamat jangka Panjang : To be frank jika kita ramai-ramai yang menyertai #saysomethingnice, bayangkan ianya menjadi trending di media sosial . Yang sekali gus boleh menarik pelancong luar negara datang pada bulan Ogos- September. Lagipun pada tempoh bulan ini, Jika kita amati, Malaysia mempunyai kemuncak aktiviti yang luar biasa. 







Tuesday, 27 May 2014

Dutch Harbour Cafe, Melaka




Saw this place during Digi Treasure hunt 2008, but I did not have the opportunity  to try their food. So I decided to try it when it remind me during my visit to Malacca last month ago.  The cafe is on left side of the shop lots at the  Stadhuys (Malacca famous red building). The main attractive to dine in here because you will have your meal by river



Back side view

We sat by the river, watching the boats come and go. OH yes!!!!... at Dutch Harbour cafe, it has two area, back side and front side. Front side view is Red building and back side view is river. But  definitely majority of their customer will sat back side of the cafe to have meal as you can sit by Malacca river



My Hungry face!

Ok, come let see talk what we ordered....



Fried Vegetable 



Sotong sambal nyonya




Stingray fish asam




coconut





Lamb Chop




Specialty


By the way, did you ever watch Astro  channel , one of the program called Man VS Food ? Yup... Dutch Harbour cafe have their on Wall of fame, Call Dutch Harbour Monster burger. Finish your monster burger and you can write your name on wall.




 

 

 

Personal Review

The location of this cafe is lovely - river. At night, back side cafe have duo tables with candle on them. Food so-so, however I prefer to select western instead Malaysia delight at here. Kita masak lagi sedap.Service ? average...so-so. Depend on your crowd / luck. But don't forget to raise your hand every time the boats pass thru... eheheheheeh just enjoy your moment at there.



Operation hour : Monday - Sun  9am to midnight

Address : No.39 Jalan Laksamana (riverside), 75100 Malacca

Monday, 26 May 2014

Projek : PITP

Nota : Kebanyakkan gambar tidak dapat dipaparkan, untuk menjaga privacy pihak-pihak terbabit


PITP singkatan untuk Park in The garden, adalah projek sukarelawan yang berkonsepkan 'picnic' ditujukan khas bagi kanak-kanak istimewa yang mempunyai cabaran dalam kesihatan. Saya bocorkan rahsia...harapan bangsa yang mempunyai kanser tahap  4(peringkat akhir)....any time.... (penganjur saya minta maaf jika penulisan saya mungkin sedikit terguris tetapi percayalah niat saya adalah untuk kesedaran dan bukannya untuk menguris ataupun melenturkan semangat waja juang si kecil ini) Ini kerana tak ramai yang menyertai projek-projek seperti ini mungin kerana :


1.public tak tahu nak rujuk mana

2.Tak semua blogger/artis/public participate mungkin ada personal isu mahupun emotional. Frankly speaking... berapa kerap event yang berkaitan dengan charity yang kita pernah join ?

3.Peraturan ketat daripada pengajur seperti kesihatan, emosi dan sebagainya bagi memastikan harapan bangsa cilik ini terjaga.


Asalnya konah tak dapat pun seat tempat event ni( bahagian acara kek), tapi konah mungkin ada hikmah sebaliknya  yang konah dapat belajar apa itu perkataan "tabah" dan "redha" from point of view yang berlainan.Terima Kasih kepada "sis- hamba Allah" and the rest penaja PITP , it is emotional event however we manage to control our feeling.Kita tak kenal pun each other tapi mungkin emosi pada masa itu yang connect kita semua.




PITP  berazam untuk membawa suasana ceria di mana, harapan bangsa cilik ini  tidak dapat nikmati aktiviti di luar kebanyakannya masa mereka dihabiskan sepenuh di dalam bangunan terutamanya treatment di hospital dan juga masa-masa emas untuk memenuhi memori indah bersama yang tersayang. Konsep ber "picnic" ini telah diadakan di Talent Lounge , PJ Trade Center.



Ada rumput karpet, ada bakul "picnic", ada kain "picnic", ada roti betul-betul, yang telah membawa suasana "picnic" party  menjadi hidup. Ada starwars troopers! ada clown! ada jamuan harijadi! , ada cat-cat di muka. Banyak lagi! untuk membawa suasana keceriaan untuk mereka dan keluarga mereka( supaya memberi sokongan untuk mereka terus tabah dan redha)



Touching Story : Apa yang betul-betul menyentuhkan hati kami semua, selesai upacara tiup lilin.  Mereka semua tidak potong kek tersebut untuk upacara makan kek. Tetapi kek masuk di dalam kotak. ( kerana mereka bukannya bernasib baik seperti kita semua untuk mempunyai customized cake semasa hari jadi ) . Sad part... ada seorang budak perempuan kecil, mengangkat kotak kek yang besar daripada dia. Sebab dia tak mahu orang lain sentuh kek dia. Imagen badan dia sangat kecil, tapi dia boleh tampung kek sebesar  itu.
Untuk memastikan kami tak touching, kami semua mempunyai lawak-lawak sendiri untuk terus gelak. Sebab siapa-siapa yang menangis di dalam event, akan dihalau keluar untuk sertai majlis 




Perkongsian :

Diberi penilaian untuk  kanak-kanak kanser stage 1 yang boleh dirawati dan mempunyai harapan ( yang muram, negatif thinking dan tahu dia mempunyai kanser ) dan kanak-kanak stage 4...anytime will go ( happy dan tidak tahu dia sakit). 

Jangka hayat hidup yang panjang adalah Kanak-kanak yang stage 4. Impact Kanser pada kanak-kanak adalah sangat cepat. Berdasarkan penilaian dan kajian, nilai-nilai positif memainkan peranan penting dalam proses ini kepada kanak-kanak mahupun keluarga mereka. 







Sunday, 25 May 2014

Review Hotel Tune, Kota Damansara


Jika korang terasa untuk menyorok diri sebentar contohnya ada bergaduh dengan bini ke, girlfriend ke, boyfriend ke..mak ke ayah ke boss ke...-panjang benarnya list dia ( just kidding). Kadang-kadang kita nak lari sebentar untuk melepaskan tekanan di kepala. Terutamanya bila kepala sudah berserabut. 





Aku consistent check in di Hotel Tune, Kota Damansara. Ini kerana lokasinya agak tersorok dan berdekatan dengan kedai dan butik baju yang aku suka. Menyebabkan aku tak putus-putus untuk datang berdatang ke sini. Hotel Tune , Kota Damansara mempunyai privacy mereka sendiri.Kadang-kadang bila dah berpenat shopping di Sekitar Damansara. Boleh datang sini untuk rehat seketika. Esok baru balik rumah, memandang bulan puasa pun nak hampir tiba.


Lokasi








Terletak di dalam bangunan Sunsuria Avenue , bertentangan dengan Sunway Giza Shopping Complex menjadikan Hotel Tune, Kota Damansara easy access. Landmark mudah, cari compleks Futsall Sunsuria dan di situ ada Hotel Tune.


Interior

 




Great Value for money, bilik dia cozy , bersih dan selesa. Walaupun cuma bertaraf 3 bintang, tapi tilam dan bantal selesa mengalahkan 3 bintang. Adalah budget hotel yang standing dengan harga dia.




Bilik Air

Bilik air dia simple, shower sahaja tapi ada water heater. Don't worry.



Konsep

Bagi sesiapa yang tak pernah duduk di Hotel Tune, konsep dia mudah. Kita bayar apa yang kita nak guna sahaja. Maksudnya apa yang kita bayar asalnya adalah bilik semata-mata.  Konsep add-on adalah seperti berikut :


 Comfort Package(RM36)
1. Towel dan toiletries
2.Air Cond

Cozy Package (RM22)
1. Towel dan toiletries
2. Wifi
3.Air cond
4.TV


Kalau nak ala-carte pun boleh contoh :
nak ambil TV dan air cond sahaja pun boleh.Harga dia jauh lebih rendah dan sedikit berbeza.
selalunya untuk tips dapat harga yang lebih murah, boleh check on line kat sini. Tips lagi satu Hotel Tune ni, kalau nak murah kena book awal. Contohnya awal sebulan ke, sebab book last minute tu yang ranap sikit harga dia kepada siapa yang nak budget.






Fakta Pengalaman
  1. Between Hotel Tune Kota Damansara- Downtown , KL dan KLIA, so far Hotel Tune , Kota Damansara adalah rendah. Boleh budget budget cuti atau rehat di sini kalau bosan lepak di Rumah.
  2. Konah selalu borong harga bawah RM200, secara jujurnya price Hotel Tune, Kota Damansara unpredictable . Sebab dia ikut online promo. Macam konah cakap kat atas tadi, kalau beli last minute kekadang harga dia melambung juga bila tak buat add-on. So better tengok offer online sebab tu Konah tak tulis price kat dalam ni
  3. Tips, bawa towel sendiri dan ubat gigi sendiri ya....lagi jimat duitnya.
  4. Beli air minum siap-siap. Sebab nanti dah masuk , dah rehat korang malas nak keluar. Sebab kalau nak minum kena melintas kedai kat depan
  5. Lokasi ini startegik untuk siapa yang ada kenderaan. Public transport kureng sikit kat sini.
  6. Hotel Tune Kota Damansara, Kalau nak besar minta corner lepas tu minta yang ada tingkap...baru besar sikit bilik tu. Selalunya Bilik tingkap tepi corner ni hot stuff.
  7. Parking lepas 6 petang RM2

Friday, 23 May 2014

OPERASI : Miranda



Prologue: Hidup ini ibarat roller-coaster

23 Mei 2014- Saya reporter kepochi melaporkan operasi Miranda telah dilancarkan di Matahari terbit. Dimana operasi ini merujuk kepada suasana persekitaraan Matahari terbit sama seperti Movie The Devils wears Prada. ( Sama ok... sangat sama tapi version Malaysia). Saya selaku reporter , seperti melihat tayangan sambil megunyah pop corn menyaksikan operasi Miranda ini.

Gelaran Miranda ini merujuk kepada subjek tersebut untuk memudahkan operasi pergerakan kami semua. Kehadiran subjek akan disebut, Miranda akan sampai. Jadi ramai berpusu-pusu dan kelam kabut kembali ke tempat asal. Jika boleh, kami yang terlibat cuba mengelakan untuk bertembung dengan subjek.

Kali ini reportor memainkan watak "andy" kerana asyik dikejar oleh subjek. Laporan ini dibawakan khas daripada Matahari terbit.

Thursday, 22 May 2014

Energy Fitness Studio @ Dataran Glomac : Zumba


Prologue : Siapa tak suka aksi membakar lemak, ya ndak ?






 

 

 

Kepochi Nak Bercerita

Asyik zumba ni aku dah try semenjak cuti buruh hari tu, ini minggu kedua dan kali kedua dan diselangi swiming atau pun bermain badminton or futsall. Dulu, feeling-feeling cucuk langit (clubbing) masa zaman hingusan di takala zaman student degree.Sekarang ni time cucuk langit dekat gym masuk kelas zumba.

 First time zumba aku adalah session ini,  bila Kak yani ajak aku dekat masuk try zumba 1st class dekat energy Fitness Studio. Tempat ni dekat Kelana jaya sebenarnya, orang duduk sini panggil Kelana Jaya, dekat dengan Giant Lama. Landmark area Tutti Frutti. Memandangkan ianya kelas session terawal, why not kita  boleh start from beginning kan ?



 

Zumba

Setelah menghadiri 2 kelas di Energy Fitness Studio, zumba ni pada pendapat personal aku yang tak professional adalah fusion dance workout kerana combination tarian bertemakan international music tapi kecenderungan lebih kepada tarian latin. Suasana yang lebih meriah kerana pelbagai tarian dan steps diajar.
 Tak ada istilah salah langkah kalau korang tersilap langkah , asalkan lenggang lenggong korang diteruskan mengikut rentak. Menyebabkan ramai orang  memilih zumba sebagai senaman terkini.

Kelebihan Zumba

1. Body Toning 
sebab dah gelek sana gelek sini, lompat sana lompat sini, kata instructor tu badan kita akan shaping secara semula jadi jika dibuat dengan consistent

2. Kawan Baru
Bila masuk kelas-kelas di fitness. Boleh tambahkan networking baru. Tak rugi pun. Selain tu boost up level confident level untuk beramah mesra.

3.Fun Fun Fun
Kalau masuk "club" dah sah-sah balik  3-4 pagi. Confirm-confirm mata terkulai-kulai sebab kepenatan didalam tempat sesak + rambut bau rokok...isshhh...stok kepam kalahkan bau rumah orang lelaki bujang. Bezanya di kelas zumba , korang still boleh menari secara sihat. Dan siapa suka muzik dan menari akan suka kepada zumba. Don't be suprise peluh keluar non stop...bak ibarat peluh jantan.

4. Improve "alert" kita
Bila dah terlampau lama kerja dekat pejabat atau menghadap kerja-kerja. Kelas zumba membantu kita untuk tangkas dan alert. Secara tak langsung membantu kita untuk kekal cergas dan alert supaya kita tak sengal-sengal dan slow. Sebab tarian zumba memang pantas.



Beginner

Kalau siapa baru nak start atau mencari-cari kelas zumba boleh cepat-cepat join dekat Energy Fitness Studio sini sebab kelas dia baru sahaja mula pada 1 Mei 2014. Sebelum steps-steps dia menjadi advance lebih baik join.

Masa
Di dalam perancangan  sehingga dimaklumkan ,setakat ni kelas bermula setiap selasa malam pada pukul 8 malam hingga 9 malam. Kena datang on time sebab sambutan dia sangat- sangat mengalakkan.

Yuran
Untuk non member sekali masuk kelas RM15 lepas habis kelas, boleh guna equipment gym untuk workout . Pakailah sampai gym tu closing.


Tempat:Unit c-1-02, Jalan ss6/5b Dataran Glomac, Petaling Jaya, Malaysia ( cari Giant lama kelana Jaya. Lepas tu cari kedai Tutti Fruti. Dia betul-betul atas kedai mamak)

Cuba Spot kepelikan saya pada minggu kedua ni?

 

Tuesday, 20 May 2014

Redbull Air Race : Putrajaya 2014

[Bahasa Melayu ]



Prologue : Aku nampak sahaja caption instagram Gyena , terus aku balas komen. Nak! tak cukup nak. Masuk facebook message terus pm (private message). Gila tak nak...Red bull Air race tiket ni aku usha daripada haritu, mencengkau nak beli "MAHAL" paling murah pun RM170++ itu pun early bird, sebab aku tengah budget student. Yuran last semesta aku agak mahal sebab dah masuk research lepas tu berangan nak ambil security network. [BTW Thank you Gyena, appreciate sangat-sangat ....benda yang melibatkan race-race ni memang I minat uools]



LOGO Rasmi Red Bull Air Race

Red Bull Air Race

Adalah perlumbaan di udara yang rasminya bermula semenjak 2003 dan founder daripada syarikat Redbull. Sebab tu ianya dipanggil Red Bull Air Race. Perlumbaan ini bukanya seperti Motor GP atau pun F1 mahupun Motor Series, perlumbaan ini ialah  di mana para peserta akan memandu pesawat mereka melalui halangan tertentu dan mencatatkan masa terpantas. Maksudnya perlumbaan 1-1








 

 

 

 

Nak tahu tak ?



Acara  Redbull Air Race, adalah merupakan acara yang bersejarah untuk negara kita, sebab pada 17 dan 18 Mei acara ini adalah acara yang pertama yang dianjurkan di negara kita.

Memandangkan sambutanya yang luar biasa, Menteri Belia dan sukan , Khairy Jamaluddin bersetuju bahawa acara ini akan diadakan berterusan pada masa akan datang (NST).  Tak percaya ke sambutan hangat ????? Meh kita terjah







 

Result

 Pemenang 1

 

Pemenang 2

Name:Paul Bonhomme
Date of Birth:22/09/1964
Resides in:Cambridge
Plane:Edge 540
Website:teambonhomme.com

 

Pemenang 3

Name:Nigel Lamb
Date of Birth:17/08/1956
Resides in:Oxfordshire, GB
Plane:MXS-R
Website:nigellamb.com

 

 

Pendapat Personal

Bagus juga kalau kerajaan teruskan acara ini. Mungkin ini boleh boost upkan lagi industri pelancongan Malaysia. Tapi jujurnya daripada review warganegara Malaysia yang hadir termasuk aku, acara ini first time so, memang nampak orang blur-blur pasal acara ni.  Yelah kita selalunya didedahkan perlumbaan ramai-ramai , di mana siapa yang sampai dulu atau membuat pusingan paling banyak dialah pemenang. Tetapi di dalam Redbull Air Race ,acara ini berlawan dengan masa. Dimana siapakah mencatatkan rekod yang terpantas.

Untungnya aku duduk dekat zone B , sebab tempat kitaorang ada calculation masa di screen. Yang lain macam grandstand, view je cantik...macam kawan aku seorang tu datang...setengah jam lepas tu dia cabut. Sebab dia blur...apakah event ni ?

Mungkin next year , siapa yang datang. Akan lebih memahami konsep perlumbaan ni


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Extra photo :

Spot cousin saya

wazzuup wazzupp... I'm here!!!!

Monday, 19 May 2014

Negara yang Paling Bahagia Di Dunia





Tadi baca The Star,
Tertarik Konah baca artikel  "The Happiest country in the world"
Dimana Denmark telah dimakhotakan sebagai negara yang paling bahagia...atau cuba translate
daripada English ke Malay...gembira. ( Negara yang paling gembira.... teruk benarnya bunyi dia , tu yang aku translate tajuk Negara yang Paling Bahagia ) 


Tapi bila flashback balik,
Konah pernah merasai berkerja di bawah naugan Denmark.
Memang lain macam sikit kerja dengan dorang
walaupun stress tapi happy... cam mane tu ?
Kenapa Denmark dapat anugerah ni ?




1. Kepentingan kesihatan
Dulu kerja dengan dorang, siapa-siapa yang MC . Maka elaun KPI akan ditolak. 3 kali MC...terus tak dapat elaun insantif  dalam bulan tu. Ini kerana element kesihatan amat ditokok beratkan. Lebih-lebih lagi kesihatan mental, kat office tu siap ada gelanggang basketball, ping pong, ada fuss ball table, serta ada ruang rehat untuk staff sendiri. ( Cerita kisah office aku yang aku kerja bawah laungan Denmark)

Kalau kat  Denmark sana, penduduk Denmark menganggap keperluaan kesihatan adalah satu hak asasi utama. Setiap daripada mereka mementing kesihatan dan kebanyak keluarga/individu mempunyai peguam tertentu dalan menasihatkan mereka dalam hal yang merangkumi kesihatan ( dorang tak main pakai doktor) dorang guna peguam terus contohnya daripada segi sudut insurance.






2. Hak Yang sama Rata
Kerja dengan orang Denmark, tak ada istilah seniority , lelaki, perempuan , cantik atau Handsome. Bila cerita pasal kerja, siapa perform dia punya. Even kekadang orang bawah pun boleh tegur orang atas kalau mereka buat salah. Mereka digalakkan untuk ada one to one session each other. So far , kat sini tempat paling cepat aku tukar deparment. Bodohnya...kenapa aku tukar kerja daripada situ..just because dia contract. Takpelah pengalaman  dapat kerja kat sana.
Megikut kajian aku yang tak professional, hak jantina adalah sama rata di Denmark.




3. Eco enviroment
Aku rasa company aku adalah antara company pertama yang pakai " Green technology" masa tu tak famous lagi "Green Technology" ni. Mula-mula aku ingatkan company aku ni kedekut nak cutting duit. Tapi bila fikir balik daripada Green Technology nilah. Lebih baik dia kasi benefit dekat staff dia... duit raya masa raya, ang pau masa Chinese New year, event setiap tahun wajib ada parti siap bawa artis. Dan semestinya team building dekat tempat yang gempak-gempak yang memang company sponsor. 

Kalau kita pergi Denmark pun, mereka mempunyai populasi penduduk yang tinggi, tetapi kebanyakan mereka rela berbasikal daripada bawa kereta.




Kesimpulan : Teladan yang boleh kita contohi daripada orang Denmark ni, sebenarnya nak happy. Hidup ni tak boleh stress. Apa korang rasa?





Nota kaki : Nak share caption dengan Rashid Sidek, dia datang office saya