Monday, 30 June 2014

Resipi Nachos Paling Senang


Ini ciptaan Konah untuk juadah jamu selera untuk menu berbuka. Inpirasi daripada Mexican Cuisine sebab Konah suka makan Nanchos classic dekat Chilis. Maaflah bahan sangat ringkas sebab sesuai dengan namanya Bachelor Nanchos, sesuai untuk event-event keramaian kerana penyediaan dia mudah mungkin lebih kurang dalam 15 minit


  1. 4 bungkus chachos ( Digalakan beli perisa original, tapi konah suka campurkan BBQ Bonanza dan Cheese ni sekali )
  2. 1 tin Prego  Traditional / tomato
  3. 2 biji Tomato Potong dadu kemudian simpan dalam peti sejuk untuk hiasan
  4. Burger ayam/ daging ( dimana dagingnya sudah dicarik -carik dahulu)
  5. Dalam bekas biru tu adalah stok bahan kisar ( kisaran bawang putih, bawang merah, halia- bahan ni stok seminggu maklumlah aku ni busy...balik-balik nak terus masak senang dah grind siap -siap)
  6. Herbs oregano atau bay leaves
  7. cheese cream
  8. susu segar
  9. Thousand Island
  10. perisa lada sulah

 Dip sour cheese :
  1. 125 gram cheese cream masuk dalam pengisar (blender) , 
  2. kemudian campurkan sedikit susu segar (jangan terlebih nanti cair sour cheese tu- optional kepada individu)
  3. letak Thousand Island ( letak dalam 4 sudu , kalau nak masam sikit letak lebih)
  4. letakkan perisa lada sulah
  5. Blend sampai sebati dan pekat 
  6. masukkan dalam bekas berasingan dan  simpan dalam peti sejuk

Beef/Chicken dip :

  1. Masukkan kisaran bawah putih,bawang merah dan halia di dalam minyak untuk bahan tumis
  2. bila dah bangkit bau letak prego sos tomato 
  3. Jangan bancuh dengan air( letak sikit je kalau nak) - letakan herbs oregano atau bay leaves
  4. masukan carik daging/ayam
  5. gaul perlahan-lahan sehingga daging/ayam dah masak dan kuah agak pekat sikit
  6. masukan  garam ikut rasa dan sedikit gula untuk balance rasa masam.
  7. kalau dah pekat sikit dah boleh angkat.

Cara Hidang : ( boleh taburkan tomato yang dipotong dadu tadi ke atas chahos )


Sunday, 29 June 2014

Buka puasa di KL @ Tonka Bean, Impiana KLCC Hotel



KL , pada masa bulan Ramadhan memang terkenal kesesakan lalu lintas. Tik tok tik tok jam menujukkan waktu berbuka, korang masih lagi terperangkap di tengah KL. Usah risau, Tonka Bean Cafe yang berlokasi di Impiana, KLCC adalah tempat sesuai korang menjamu juadah puasa. Malah kemudahan surau turut disediakan kepada pengunjung.






Special menu daripada Chef Ali diperkenalkan dan senarai menu ini telah memikat hati kami blogger dan para media semasa melakukan food testing Ramadhan di Tonka Bean, Impiana Hotel. Antara menu Buffet Ramadhan di Impiana hotel adalah : kerabu mangga, pecal Indonesia, popia, tauhu bakar,belinjau, acar buah, tempe goreng jawa, salmon gravalax, tiram, udang and kepah atas ais, briyani gam ayam dan daging, kebab ayam, bbq,kepak ayam panggang madu, kelapa botak!

Banyak tak mampu konah nak taip, terlampau banyak dan akan selalu rotation food setiap hari bagi variasikan makanan mereka. Harga menu buffet hotel Ramadhan 2014  untuk Impiana hotel adalah sebanyak RM118++ seorang  manakala harga untuk kanak-kanak(bawah12tahun)  adalah sebanyak  RM59++ seorang .kanak-kanak dibawah 6tahun adalah percuma . Harga promosi 3 hari awal puasa dan 3 terakhir hari puasa, harga promosi adalah RM108++, bagi yang bukan muslim dan ingin merasa, anda dialu-alukan kerana period time bermula 6.30 petang hingga 10 malam.



Sneak peak apa yang konah makan : 


     
Oyster raw adalah makanan kegemaran konah, ini konah senduk selagi boleh. Bagi konah value makanan buffet di Impiana hotel adalah worth it kerana bahan dihidangkan adalah bahan A list. Contoh macam oyster, ini 6 keping dekat luar untuk oyster sahaja dah mencecah RM70++ dekat klang valley.


    
Sup gearbox yang sebesar pemeluk, uools should go to entri mahamahu.com untuk entri Tonka Bean ni, besar bapak....memang besar...konah mampu melihat si maha mahu ni makan.ini pun antara special menu yang bakal menjadi rebutan masa ramdhan buffet 2014.


                                   
                                               Kambing golek...membereedkkkk






     

Untuk menambahkan lagi keistimewaan buffet di Impiana hotel adalah unlimited Baskin Robbins dan ditawarkan 18 aneka perasa yang terkenal and then off course lah ada perisa cookies and cream. Siapa yang hantu BR diwajibkan untuk makan disini, kitaorang telah menerima jemputan daripada Rawlins sangat menghargai food tester ni. Memang makan BR unlimited benda lain dah tak pandang dah.nom nom nom nom.....sedap!



                               
Suasana meriah untuk makan semasa buffet bila dapat makan beramai-ramai bersama kawan atau family. Di Impiana hotel menekan concept home style yang akan korang rasa melekat di hati

Untuk special reservation boleh hubungi terus direct kepada management Impiana 0321471111 sambungan 3034 atau 3035/3320.


Selamat menyambut bulan Ramadhan 2014, uools! Semoga diberkati kehendaknya!





Good Deal #OFTD Biru


Aku berjalan melangkah kaki, hari pertama puasa 2014 dekat Midvalley. Aku rasa sesuai nak beli belah sekarang sebab orang dah berpusu-pusu balik KG untuk 1st day puasa. Biasalah family come first. Jadi Midvalley tadi agak kurang muka melayu.

Selalu kalau cerita pasal shopping, aku suka buka kedai (maksudnya jadi first customer ). Aku terpandang ZARA, MNG dan SEMBONIA. Umur aku macam tak sesuai nak pakai jenis fancy. Aku lebih suka brand ni. Mungkin masa student inilah jenama aku dibesar. Masa tu manalah ada Forever 21 ni dan entah apa-apa brand lagi yang baru ni . Itu je mampu dan affordable untuk aku belanja sampai sekarang.



Tengah ada SALE, aku ambil. 
Tak mampu nak beli masa belum SALE. 
20% duit nak kasi mama,  
50% duit nak bayar duit yuran Master sebab aku punya biasiswa sponser aku ada isu, entah aku tak pasti bila boleh clear isu tu, so aku tekad aku teruskan pengajian dengan duit sendiri, alah tinggal 2 semesta je lagi  tutup mata buka mata nanti aku pakailah topi goyang-goyang (inilah delima aku sekarang, kita kadang-kadang nak sesuatu kena berkorban sedikit betul ndak ? )
20% bayar kereta. 
10 %  Duit aku belanja aku pareng dua orang punya makan (anak bulu aku kat rumah yang suka merajuk duduk bawah katil tu nak pujuk kena kasi makan sedap-sedap)


Dapatlah borong seluar jeans Zara Harga asal RM199 lepas less RM99. Zara Blous RM45 kalau tak harga asal tu mahu cecah RM150. Lepas tu sepasang kasut wedges Sembonia RM103.20 lepas diskaun. Kalau tak harga asal tu mahu RM140 kot...tak ingat. Lepas tu boleh siap belanja kasut untuk adik aku Ainaa Sembonia Ballet shoes sama harga dengan aku RM103.20, oklah good bargain sebab bulan ni aku boleh beli kasut branded sikit untuk adik aku.





Mama dapat portion dia
Ainaa dapat beli kasut jalan dia
Aku dapat shopping sikit




Halamak teruk betul mata aku masa World Cup 2014. Aahahahahahah. Abaikan UooLSss * sambil flip-flip hair*... berilah peluang kepada Konah nak berangan posing dengan mata tak cukup tidur ditambakan dengan mata yang layu.




Tetiba aku baru perasan bila feeling berangan menyarungkan kasut....lah warna biru ke ??? outfit aku semua warna biru.. hikhik hik hik Teringat lagu I'm Blue da ba dee da badee......




Friday, 27 June 2014

Transformers : Age of Extinction




Prolog : Siapa peminat tegar jangan lepas peluang untuk menonton cerita terbaru Transfomers : age of Extinction di pawagam. Kalau siapa yang bukan peminat tegar akan merasakan cerita ini bosan dan penuh dengan percakapan robot. Well ...hello...sila baca balik tajuk movie tu.Meh saya eja T.R.A.N.S.F.O.R.M.E.R.S  .




Transfomers :  age of Extinction adalah sequal yang keempat yang dibintangi oleh pelakon yang berlainan daripada sequal terdahulu iaitu Mark Wahlberg. Kali ini cerita ini adalah berdasarkan sequal lepas Transfomers : Dark of the moon , selepas empat tahun kejadiaan pergaduhan antara Decepticon(robot alien yang jahat) , Sentinel prime ( ketua prime yang dulu) dan autobots tersepit untuk membantu manusia.. Dalam cerita kali ini, mana-mana robot alien diburu dan diijejaki untuk dihapuskan di muka bumi kerana membahayakan penduduk di bumi. Ini adalah tidak adil kepada autobots kerana mereka yang banyak memberi pertolongan kepada manusia









Pada sequal kali ini , optimus prime telah meminta Transfomer Beast prime (pedectron) untuk membantu mereka menolong manusia daripada kehilangan bumi lagi sekali. Ini kerana dalam kelompok manusia sendiri ada tali baru sendiri. Kepada siapa peminat tegar transfomers, anda mungkin sedikit emotional , apabila melihat manusia yang jahat menghakis autobots demi mendapat bahan mereka bagi membentuk robot ciptaan manusia sendiri. Rasanya macam melihat pembunuhan beramai-ramai. Actual megatron wujud tapi dalam bentuk yang lain. Dan berpakat dengan manusia yang tamak sehingga menjahanamkan diri dorang.

Tidak dinafikan cerita dia akan lama untuk memastikan korang faham akan kewujudan transfomer beast. Berdasarkan sequal ini, akan ada sambungan semula., rasanya wujudnya transformers revolution sebab dah start nampak watak jahat galvtron. 

Thursday, 26 June 2014

Recycle : Gulung rambut tanpa pemanas

Uolssss! Ada stoking lama-lama tak kat rumah?( yang bersih ok, bukan yang stock baling dekat sungai, ikan timbul) . Boleh recyle uolls! Ni hah konah dah buat eksperimen semalam dan menjadi.  Selain daripada budget kita boleh guna balik barang-barang lama . Ini adalah recyle stoking bersih konah masa sekolah. Kalau kita pergi kedai nak blow rambut curl hampir mencecah RM50  dan kalau nak perm permenent pula boleh menelan sehingga RM500 di kawasan klang valley. TAK KUASA AKU UOOLSS. Jadi siapa nak curl murah budget boleh buat di rumah. 

Cara Gulung rambut dengan stoking  dan tanpa pemanas/heat


Sediakan stoking bersih yang berapa banyak yang korang nak. Semakin banyak stoking, semakin banyak gulungan akan terjadi



ambil rambut dan gulung dengan rapi pada stoking. hasil gulungan adalah bergantung kepada gulungan yang kita buat pada stoking. Kalau nak yang kecil-kecil bahagikan kepada rambut yang nipis . Jika mahu gulungan yang besar. Bahagikan kepada bahagian yang tebal




Untuk mudahankan kerja, bahagikan kepada dua bahagian kiri dan kanan. Supayah tiada rambut yang ketinggalan
Manakala seterusnya proseskan gulungan disebelah kanan


Tips :  Rambut kering agar sukar untuk dibentuk, jadi spray rambut untuk basah bagi memudahkan proses gulung dan boleh membantu pembentukan gulungan supaya tahan lebih lama







Lepas tu boleh masuk tidur dengan gulungan-gulungan curl yang korang dah buat. Bak kat orang putih, beauty sleep.


ESOK PAGI

,
,
,
,
,


TADA!!!!! RAMBUT DAH JADI




AMARAN : aku sarankan siap-siap dan mandi dahulu dan settel, boleh buka gulungan tersebut. Makin lama korang gulung, makin lama dia tahan

Lepas dah buka gulungan tu, untuk bertahan lama korang bolelah spray hairstyle. Permulaan buka memang dia macam spring tapi lepas tu dia akan ke bawah dalam 1 jam secara natural. 



Selfie dengan rambut


Kenapa perlu bayar lebih kalau kita boleh jimat, duit boleh simpan untuk sakit pening tak pun kumpul beli rumah. Ni aku selfie, feeling rasa rambut ikal-ikal gitu. Rambut ni boleh bertahan selama 2 hari kalau gulungan dia lebih kurang 8 JAM. Nampak natural dan rambut pun kurang rosak keran dek kepanasan thong curl yang korang guna.





Kelebihan taktik :

  1. Melambatkan proses kerosakan rambut, jadi tak perlu curl guna heat sebab boleh cepatkan rambut cepat kering dan bercabang. Jangan cantik di dalam gambar je uoolssss.... badan merana sebab banyak rambut cabang. Ya ndok ?
  2. Jimat, DIY, recycle, kos pembelajaan sifar melainkan korang nak beli stoking baru dan baru nak beli hairspray.
  3. Tangan tak melecur pegang thong yang panas terutamany orang kidal macam aku ni. Susah nak curl guna heat untuk orang kidal
  4. Nampak natural

Keburukan taktik :

  1. Kena buat sebelah malam sebelum tidur...rajin ke uollsss.... kunci kecantikan adalah rajin.
  2. kena pintal sendiri, kalau pergi salon ada orang buat.
  3. Untuk siapa ada kutu, esok pagi confirm pintalan tak menjadi. Sebab waktu tidur confirm dah tergaru-garu kepala. Nasihat dia pastikan kulit dan rambut korang adalah sihat.

Monday, 23 June 2014

Perubahan Faktor Umur Pemain Bola sepak World Cup 2014


Daripada pencarian gambar yang Konah perolehi daripada yahoo.com , perubahan ketara kepada pemain-pemain bola sepak untuk perlawanan World Cup 2014 yang berlangsung di Brazil. Di mana 2006 kita imbas semasa itu pelawanan world 2006 berlangsung di German. Ada yang makin handsome, ada yang makin mengalami masalah rambut dan yang lain ada yang nampak macam bapak-bapak.

Ok enjoy the picture guys!

Steven Gerrard, England

Lampard, England

Casillas, Spain

Messi, Argetina
Robben, Holland
Ronaldo, Portugal
Pirlo, Italy

Projek Hujung Minggu Konah


Dah lama rasanya untuk masak sesuatu yang baru. Selain daripada dunia blog, aku suka mengekperasikan  emosi melalui masak. Masak tibai-tibai je.

Masa waktu lapang bolehlah nak tukar-tukar resipi. Sebenarnya resipi dah sedia ada. Cuma tukar sedikit dan ubah suai apa-apa yang patut.
Beef Enoki Roll dengan Enoki & sprout Japanese  sauteed style .Dan dihidangkan bersama oreo milkshake vanilla coffee

1. Klik sini untuk resipi Beef Enoki Roll





Untuk dessert pula, Konah ubah suai resipi cheese cake no bake ( atau pun dipopularkan dalam bahasa melayu cheese kut )

4. Klik disini untuk resipi Oreo cheese cake no bake.

Resipi Cheesekut Oreo Paling senang

Orea cheese cake no bake , yang ni sebenarnya resipi yang turut dikenali sebagai cheese kut. Tapi saya telah ubah suai kan sedikit . Tak semua orang boleh makan cheese cake yang masam...atau terlalu manis... atau terlalu putih. Jadi saya menekankan rasa masin, masam, manis sedikit rasa cokelat yang datang daripada oreo yang boleh merasakan sedikit lemaknya.



Bahan-bahan


Susu segar
cream cheese (brand tatura)
Cheese Craker Ritz ( datangnya rasa masin)
susu pekat
oreo



Cara Penyediaan :
masukan 250 gram cheese cream taratura dalam blender . Kemudian masukan sedikit susu segar dan blend. tengok kepekatan dia. Pastikan bahan yang akan diblend ni tak cair sangat tak pekat sangat dan boleh masukan susu pekat. Kalau konah , konah agak-agak control susu pekat . Original resipi pakai 1/2 tin susu pekat. Nanti manis sangat takut cepat muakkan. Basically korang kena blend rasa, blend rasa. Bahan hendaklah di "blend" sehingga kembang dan bertukar warna
 
Sehinga tukar warna macam ni. Lupa nak cakap pastikan blender ni khas untuk kuih-kuih dan tak bercampur dengan rempah atau cili, bawang dan sebagainya sebab nanti effect bau kuih korang
pada masa yang sama kalau korang blend, boleh hancurkan oreo ni dengan cara macam ni supaya tak bersepah dan hancur betul-betul
cara dia macam susunan biskut batik, layerkan biskut atas alas dalam bekas ( selalu orang pakai wrap plastik, paper oil etc) ini sebenarnya memudahkan untuk keluarkan cheese cake no bake ni nanti
lepas dah layer biskut layerkan dengan campuran cheese cream kemudian taburkan oreo dan letakan biskut ritz balik


ulang lapisan lapisan tersebut dan pastikan layer terakhir (penutup) adalah taburan oreo . Atau korang boleh hias dengan apa yang korang suka. Lepas tu tutup bekas dan masuk dalam freezer, cuba tengok lepas 2-3 jam. Kalau dah keras dah boleh potong dan makan

resipi Oreo milk shake Vanilla Coffee


Bahan-Bahan

sukatan ais yang bersesuai dengan bekas blender

1 cawan susu ( kalau diet boleh pakai low fat )

4 kepingan orea yang sudah dihancurkan

1 camca kecil kopi perasa vanilla

4 scoop vanilla ice cream(optional nak berapa scoop)

Blend.......

dah ready boleh hiaskan dengan biskut jika mahu

Resipi Enoki & sprout Japanese sauteed style


Inpirasi masakan ini adalah daripada makanan kegemaran saya iaitu Tepanyaki di Pavallion( Artikel sebelum ini)

Kini kita beralih arah pula kepada enoki sauteed style . Sauteed maksudnya tumis di atas api yang perlahan. ( Kot salah definasi aku betulkan ya ). Pun mudah juga.

Bahan-bahan dia :


cendawan enoki satu bungkus
kaiware sprout vegetable
Mentega Choice ( boleh beli dekat kedai Ramli) by the way kenapa saya sarankan mentega ni, sebab dia free kolestrol di samping bau dia sedap ( recommend ambil perisa vanilla)


Cara Penyediaan pun simple juga :

1. Guna pan leper, letakkan mentega choice dan cairkan lepas cair make sure cairan mentegah diseratakan satu pan (api pastikan perlahan sedikit ikut kata hati)

2. Campurkan dengan sos tiram dan gaul sebati

3. Lepas tu masuk enoki , masuk sayur ( sayur tu optional boleh tukar ikut kegemaran korang)

3. Gaul perlahan atas api perlahan sehingga celur dan hidang

4. Sauteed selalunya best kalau mentega lebih. Sebab tu saya suka pakai mentega choice sebab dia mentega sihat.


Resipi Beef Enoki Roll

Inpirasi masakan ini adalah daripada makanan kegemaran saya iaitu Tepanyaki di Pavallion( Artikel sebelum ini)

Barang-barang dia sangat simple ,  barang  seperti berikut :

Kepingan daging, atau disebut ham beef boleh dibeli di bahagian frozen food




Cendawan enoki satu bungkus
kaiware sprout vegetable
Mentega Choice ( boleh beli dekat kedai Ramli) by the way kenapa saya sarankan mentega ni, sebab dia free kolestrol di samping bau dia sedap ( recommend ambil perisa vanilla)
Sos tiram brand adabi
Cara penyediaan : (sangat simple)

1. Asing helaian daging ham, sebab kalau beli dekat supermarket dia akan melekat. Tapi Kalau korang ada skill untuk hiris daging lagi bagus.




2. Letakkan enoki dan sprout jepun ( sebenarnya sayur optional, lagi sedap untuk letak asparagus atau carot ) tapi kumpulan enoki dan sprout jangan banyak sangat nanti gulungan tak cantik

3. Lepas dah letak gulung molek molek

4. ikat benang kepala dan hujung gulungan

5. Marinate ala kadar dengan adabi sos tiram, jangan banyak sangat kalau korang guna helaian ham tu, sebab dia dah tersedia masin . Kalau hiris daging sendiri baru boleh letak extra sos tiram tu .
Ini takut masin terlebih nanti


6. Agak-agak lepas 1 jam dah marinated,  boleh start masak. Pakai pan leper.

7. Letakkan mentega choice  dalam pan yang sudah dihidupkan api. Sesudah cair  letak sikit lagi sos tiram campurkan lada sulah sikit danmasukkan gulungan daging tersebut.

8. Lupa nak cakap, pastikan api itu perlahan, guling-guling ke atas mentega sehingga masak. Kalau nak berkuah sikit lebihkan mentega

9. Agak-agak daging dah bertukar warna, dan sayur serta enoki dan celur boleh angkat.