Wednesday, 30 July 2014

Bon Appetite : Arjuna Village , Uptown Damansara Utama


Bila time raya, bila dah terlampau banyak sangat makan makanan macam lontong,lemak ,lodeh bertambah muak bila melawat 10 rumah, 10 rumah hidang lauk sama ( rasa tak sama ).Nak tolak , takut kecil hati. Nak kena jaga hati tuan rumah padahal butang kain seluar/baju kurung dah sendat... confirm masuk tandas jadi bulmia lepas ni ( pergi jolok, muntah balik)bahahahahahah!!!! sebab nak jalan terkangkang sebab baju dah tak muat.

Tetiba teringat masakan kampung dekat Uptown, Damansara Utama dekat Arjuna Village
Kadang-kadang layan makan dekat food court. Perrghhhh!!!!! asam pedas dia terbaik!!!
itu belum cerita pasal cicah dia ada sambal belacan, tempoyak, budu dengan cencalok...perrrghhhh!!!!
ada ulam-ulam...mai... aiii sedapnya. Kalau nak tahu dalam bulan ramadhan lepas entah berapa kali aku  repeat makan asam pedas dia. Non stop! Perghhh.... Kalau nak cari asam pedas sedap dekat KL boleh pergi dekat Uptown ni cari Gerai 1034. Harga asam pedas set ayam/ikan RM6.90 (termasuk nasi,ulam-ulam, keropok dan cicah ) Kalau asam pedas sotong,udang (seafood ) beza seringgit RM7.90. Blogger Jocko pun layan makan dekat sini boleh tengok caption gambar dekat blog dia (link)


Snips hair salon & nail bar , Sungai Wang Plaza

 Pedicure dengan Potong Rambut Dekat Sungai Wang Plaza|Snips hair salon & nail bar , Sungai Wang Plaza




Prologue :

Dah lama benar tak menjejak kaki di Sungai Wang Plaza. Sungai wang Plaza , since zaman aku sekolah, masa tu 2000 memang terkenal dengan zaman budak skate, merupakan tempat tumpuan budak-budak kerana antara satu tempat di tengah KL yang menawarkan harga barang mahupun service yang sangat affordable.

Sampai sekarang pun, kalau nak cari barang murah terutamanya baju , kasut , barang kemas vintage , night dress , head to toe yang murah tempat yang sesuai adalah Sungai Wang Plaza. Oleh kerana terlampau banyak sangat mall, aku hampir terlupa akan kewujudan Sungai Wang Plaza. Lagipun tempat center dia memudahkan kita nak menapak ke semua tempat contoh KLCC , Pavillion , Lot 10 etc.


One of Salon yang ada Head to Toe : Snips Hari Salon & Nail Bar



Saya suka konsep yang memang head to toe, senang sekali jalan-settel ,tak payah menapak satu tempat ke satu tempat. Jangan risau banyak lagi salon dan nail bar dekat Sungai Wang Plaza ni yang korang boleh survey.

Lokasi

Lokasi Snips hair salon & nail bar ni terletak di Level 1 , Lot F45 & F46. Landmark cari tangga tengah (bukan escalator). 

Promo

Tempat salon ni memang tengah ada promo, tak sure promo raya ke tidak. Package rawatan scalp RM120 dalam tu ada wash + blow + scalp treatment. Selalunya scalp treatment ni mahal. Oklah , and then kalau buat package ni kita dapat lagi satu set free wash+ blow which is kena redeem dalam masa sebulan. Manakala untuk pedicure full package yang berharga RM 108 dapat reduction sebanyak RM68...lupa mana tah aku letak flyers tu tapi dalam pedicure tu ada buffering, nail colour, scrub treatment, message treatment...aaah lupalah but memang worth it.



Snips Nail bar


Kita terjah  tempat nail bar dia, tempat dia memanglah tak semoden nail parlour yang terletak dekat KLCC tu(link). Tapi ok, dengan budget kita sendiri lagipun service kat sini memang tip top dan staff dia pun friendly. Staff dia pun chinese local kita . Tempat kerusi dia memang old school and just that , tempat letak kaki dia tu keras sikit. Kaki kita cepat rasa lenguh.



Walaupun mempunyai kelemahan tapi  yang best seat ni ada unlimited massage. Walaupun old school seat, tapi ada massage seat ok. Dah terasa macam OSIM . Saya duduk atas kerusi tu memang gasak non stop massage. Sampai tertidur atas kerusi! (berdengkur tak hingat bahahahaha)


Mata kuyu atas kerusi massage




Yang menambah rasa mengantuk tu, bila staff Snips buat pedicure kaki kita lemah lembut dan teliti. Memang rasa relaks. Tak macam setengah-setengah tempat ,staff tu akan buat kasar.Sampai sakit bila dia tonyoh buat buff. So far dekat sini dia buat teliti dan lembut tapi bersih dia buat kuku kita.



Tada!! Ini hasilnya .Saya buat classic pedicure package . Total RM55 (termasuk harga buff RM10) .Dan saya memang tak minta dia color kuku saya (color kuku termasuk dalam package tapi saya tak suka colour kuku) 


GALERI PHOTO HARGA











Saturday, 26 July 2014

TAG : Raya Tag 2014


Assalamualaikum and hallu!!!!!


Eid 2014 is around the corner!!!!!! so Konah would like to join tag ray 2014 just for fun and I tag everyone to join it. It start from you tube but I'm camera shy (hiks X100 ), I'm prefer to post instead record it.


so camera shy!


1. What are your raya tradition ?   
Untuk keluarga konah tradisi turun temurun daripada yang diamalkan oleh keluarga, kami akan melakukan kenduri tahlil kecil pada awal pagi raya.  Selepas tahlil kecil, kami akan bersalaman-salaman bermula daripada yang kecil kepada yang tua dan lepas tu barulah kami makan beramai-ramai lauk pauk wajib raya yang mesti ada ketupat/nasi impit, ayam masak rendang , sambal kacang etc...tapi tiga benda ini memang wajib ada. Lepas itu barulah pihak lelaki pergi ke masjid, manakala perempuan akan 'transfom' daripada baju jubah kepada baju raya.


2. How many  and what kind of baju raya are you getting ?
Jujurnya saban tahun persediaan baju raya makin lama makin sempoi tidak seperti pada zaman kanak-kanak.  Tapi selalunya saya adalah jenis tradisional , saya lebih suka baju kurung tradisional johor(sembat) dan baju kurung tradisional pahang. Yang lebih sopan dan elegent sebab tak akan pernah lapuk.


3. What is your favourite makeup look for raya ?
Saya lebih kepada natural look makeup.  Inpirasi saya adalah Kate middleton dan karektor Katniss Everdeen ( Jeniffer Lawrence )----Gediknya.... (hiks X100)


4. What is your favourite raya dish and kuih ?
Raya dish : ketumpat + sambal kacang + serunding kelapa(johor style)
Raya : kuih makmur , kuih tart style johor


5. Balik Kampung mana ?
Saya orang johor, tapi setiap tahun saya beraya di KL [jarang dapat balik JB bergantung kepada dua faktor, satu kerana faktor cuti sebab saya nak simpan cuti untuk berjumpa professor saya dan selalunya 1st raya papa akan beraya dengan kami sebelum dia balik beraya dengan second wife dia (my stepmother)]. Selalunya within 30days of Raya , saya cuba melawat saudara mara saya dahulu, dimana saya dahulukan mana yang terdekat supaya tak lupa.



6.Fav Kasut raya ?
Sneakers and wedges 



7 . How many houses do you visit ?
depends , tapi saya akan dahulukan saudara mara. Selalunya kawan jarang...mana yang rapat sahaja atau by invitation saya akan datang.



8. How many open houses in the month ?
Tactically ,saya akan datang by invitation.  Sebab hukum - siapa tidak dijemput, haram makan makanan yang tidak dijemput di dalam majlis.


9. Duit raya dapat berapa ? or dah tak dapat ?
Mengikut tradisi family saya, siapa belajar akan dapat duit raya dan siapa dah berkerja tak dapat duit raya. Saya ada kedua-dua ciri tersebut, makna saya dapat tapi tak banyak sebab belajar part time =) *hiks hiks hiks*


10. Ultimate fav part about raya
KL jalan lenggang, boleh guling-guling dan kita boleh berjalan-jalan dengan baju tradisional tanpa dipandang serong sebab selalunya berdasarkan pengalaman peribadi kalau saya pakai baju kurung ke pavillion orang akan perhatikan saya macam orang kampung masuk bandar. Haluuu....saya dah bermustautin di KL lebih 20 tahun ok...


Wednesday, 23 July 2014

Skyview@11, Putrajaya (Buffet Ramadhan)


Prologue : Ramadhan datang lagi, rezeki jangan ditolak kalau ada orang nak belanja lagi. Ikatan silaturahim dijalinkan merapatkan lagi jurang semasa bulan Ramadhan ini


Jabatan Peguam Negara

Mula-mula *krik krik krik bunyi -cengkerik* apabila melangkahkan kaki di Jabatan Peguam Negara. Setahu Konah bangunan ini dikawal ketat. Siapa sangka di sebalik kawalan rapi  bangunan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya adanya restorant yang dikenali sebagai Skyview @ 11


selfie-selfie dulu




sebenarnya sebelum masuk ke arah lif, kita kena lalu pintu keselamatan. Tapi pada bulan ramadhan semua pejabat peguam dah ditutup dan dikawal rapi. Rasanya tiada masalah nak masuk cuma pada hari biasa kita tidak boleh bawa telefon bimbit langsung untuk memastikan keselamatan terutamanya keselamatan daripada segi integrasi data (maklumat)

Skywview @ 11 memang terletak di dalam bangunan Pejabat Peguam Negara dan berada di Aras 11. Dimana untuk hari biasa (bukan ramadhan ) dibuka daripada 7 am hingga 930 malam. Buffet Breakfast berharga RM11 dan Buffet Lunch berharga RM17. Ala carte juga turut disediakan. Manakalan untuk bulan ramadhan buffet satu kepala dikira RM20++. Skyview @11 adalah ilham daripada Putrajaya Marriot.


Kapisiti ruang skyview @11 adalah terhad, mungkin pada anggaran konah muat kot dalam 100-150 orang. Yelah dah dalam bangunan Pejabat Peguam Negara ya dok ? Secara keseluruhuan interior adalah urban/modern warna oren yang boleh menyebabkan kita cepat rasa lapar.


Photo Galeri Makanan

sayur goreng


kerabu soo hon...entah macam bihun pun ada

telur masak kicap


bubur hitam

kuih-muih

kuih-muih



Personal View

Hidangan makanan tak beberapa banyak  tapi sesuai dengan harga buffet dia RM20++ satu kepala. Tapi masa ni konah dah start demam, deria rasa pun hilang. Nak katakan sedap ? biasa-biasa je kot. Sebab  khabarnya inspire by Putrajaya Marrior, should be more than my expectation. Tapi tak tahulah kalau ala carte dia yang  dish killer dia (one day kita try). Kalau nak tengok review daripada blogger lain pun boleh :

3. yanty

Monday, 21 July 2014

I Style Beauty, SS2 dengan Streetdeal part 1



Prologue :This is my first time guna voucher daripada streetdeal untuk facial treatment.  Harga untuk satu voucher treatment adalah bernilai RM5 , jadi aku membeli voucher sebanyak 2 unit. Tak rugi pun. Tapi bila kita fikir tentang facial pertama sekali kita akan fikir dimana muka kita akan dipicit-picit untuk mengeluarkan daki , blackhead mahupun jerawat.


Lama juga dah tak masuk 'bilik seksaan' sebab bagi aku kalau kita pergi ke salon kecantikan untuk buat salon. Macam masuk bilik bedah dimana muka kita akan dipicit-picit untuk buang mana yang tak patut. Perempuan digalakkan pergi ke bilik seksaan ini sebulan sekali Untuk dapatkan blood circulation yang bagus pada bahagian muka. Lagi satu malas nak masuk ke bilik seksaan selalunya salon-salon kecantikan ini bukannya apa suka force customer dia suruh beli produk. So korang kena betul-betul firm atau tak kasi muka, cukup bersyukurlah pelanggan datang untuk buat facial don't force kami nak beli produk-produk ya.






Jadi nak Ikut cerita, aku masuklah page streetdeal melihat tawaran-tawaran menarik .Maklumlah nak harga murah. First time nak merasa pembelian voucher streetdeal, so bila aku nampak voucher aroma theraphy facial and foot bath aku pun beli.. Ingatkan bila sebut facial dengan semurah RM5, jadi bila sebut facial sahaja sah-sah muka aku akan dibelek-belek oleh beautician tu.(nak harga penjimatan atau facial murah dekat klang valley rajin-rajin tengok streetdeal tapi service dia kita tak tahu 
Macamana lagi itu sahaja risiko dia)

Untuk redeem voucher dah beli tu, print sahaja dalam account streetdeal. Aku terus buat penempahan...lama kau nak tunggu bila aku call fully book sahaja memanjang, maklumlah RM5 voucher siapa tak nak. Tunggu punya tunggu muka aku pun dah start banyak jerawarat akibat kekurangan minum air kosong pada bulan ramadhan, kerja stock melenjan minum air manis. Kulit aku ni memamg jenis keturunan sensitif...haisssh




Haiashh nampak muka aku nampak tompok-tompok merah tu. Nak selfie pun malu dah macam mengerutu muka aku. So bila sampai waktu tarikh facial tu muka aku dah sangat teruk tu yang instagram pun tak ada muka selfie aku.so ugly duckling....aku memang kadang-kadang ada penyakit low self esteem sikit.


I Style beauty salon ini terletak di SS2 , petaling jaya. Tempat office lama aku, digi center. Salon ini betul-betul bertentangan digi center dekat deret-deret rumah tu. Sampai-sampai keluar voucher tunjuk dekat beautician tu, maka upacara kebersihan muka mula dilakukan .Ingatkan dia nak picit-picit jerawat aku rupanya tak....dia sapu sahaja mask muka...what do we expect RM5 punya service kan kan kan? 

Mula-mula aku pun hangin juga....sekali dah chit chat chitchat dengan aku , aku kena bayar RM10 untuk mobilezer...aa entah macam nama gadget pula...dia sapu muka aku dengan satu ubat ni untuk susut merah-merah 
Jerawat aku. No harm aku ok sahaja. So bila dah settel, dalam 30 minit dia basuh muka , lepas tu terus aku buat foot bath.... by 15 minit setel....dalam voucher tu  worth it RM88 dan patutnya treatment 60 minit. Nak komen lebih-lebih tak boleh..sebab kau bayar RM 5 sahaja wahai konah... yang aku tak puas hati tu bila dia basuh muka aku dari mask tu tak betul-betul...just that aku bayar RM5? Aku rasa macam tertipu pula dengan streetdeal.

Takpelah aku malas cakap apa-apa sebab aku boleh buat beauty review aku sendiri mana salon yang best with cheapest price, kalau best service dia aku datang lagi. Memandangkan aku ada satu unit lagi, aku pun nak try lagi next month...kasi peluang lagi ni...kali ini aku book with normal facial +voucher RM5, so aku nanti akan bayar RM45 nanti aku nak tengok layanan dia macam mana dengan aku.


Tadaaa Ini muka aku keesokan paginya....memang produk style beauty berkesan jerawat aku berkurangan kemerahan dia nampak tak? Ini caption daripada jarak dekat. Bila aku belek-belek voucher dia...aroma theraphy facial with foot bath worth RM88...laaa aku tak baca betul-betul....memang dia urut dan pakai mask dia sahaja, kat situ normal facial yang picit-picit jerawat lebih kurang RM48, next month aku try. Cuma satu sahaja aku terkilan kenapa muka aku kau tak basuh betul-betul lepas pakai mask tu, dah muka aku capok-capok macam tepung gomak masa pergi buka dekat uptown.


Takpe-takpe aku kasi peluang lagi try next month redeem voucher aku dan bayar lebih...kalau service dia tip top aku stay...kalau tak tip top aku cakap bye bye

Saturday, 19 July 2014

Iftar @ Restaurant K'Chiang Mai



Prologue :  come on and get it !!!, it is Holy Ramadhan month. When was the last time your friend sat down and enjoyed your iftar together ?



Big claps to Che ar cause she manage humble iftar with fully bless. Our futsall group having iftar at Restuarant K'Chiang Mai located at Taman Punjak Jalil. Our plan early supposedly at Ikan Bakar Bagan Lalang however after discussion and review the consequences we change our mind to have our lovely "ikan bakar" in KL.

When talk about "ikan bakar" , peeps in Klang valley ussually will hunt ikan bakar at Malacca and Port Klang. Why ? because we hunt for economical price and fresh seafood and surprisingly Restuarant K'Chiang Mai  did have this. criteria . There are 9 people of us and total all meals and drinks cost RM150++ and what we order ?

  1. Ikan bakar pari
  2. Steam fish
  3. Sweet sour fish
  4. 2 plates of tempura prawn
  5. 2 kind of fried vegetable
  6. 2 big pots of tomyam
  7. 2 jar of drinks ( Watermelon and Ice lemon tea )



Photo Gallery


  
Fish steam Lemon grass




crispy fish sweet sour



Photo of our futsall team member



Review : what i can said "cheaper, fresh  and delicious delight". Better than Umbai, santubong , port klang and bagan lalang. Just that no seaview peeps. Ahahaha. Very recommended, however during ramadyan you need to come early as you can cause restaurant k'chiang mai will be full house by 6.30pm. 

Location
Jalan PUJ 3/13, bukit jalil.



Coordinate gps: 

3.022884,101.675854

Wednesday, 16 July 2014

Bon Appetite : Kafe Skrin, Ukay Boulevard




Prolog  
Looking ideas for "breaking" your Ramadhan Fast  ?  A calm, relaxing and entertaining place ? Far away from KL city (not far away but still in KL) and want to try something new ? You can remark Kafe Skrin in your next "Jalan-Jalan Cari Makan" directory.

 Design Cafe
Step inside the cafe,  you will surprised and welcome by interior atmosphere  is filled with local and international famous movie posters. Certainly not only youngster will  be excited but to the oldies too. Kafe Skrin located in Ukay  Boulevard, Ulu Klang (Same row with Courts Mamonth Ukay Branch)

Food Concept
Kafe Skrin concept serving  western and local food and with unique name (that relate to movie line) example Dream tea and Coffee , Malay film studio favorite, Fried Rice paddy Semerah ( actually in Bahasa called " Nasi Goreng Semarah Padi ) , ABC KL Lagenda.


What Konah eat ?


I choose burger,  since each dish from Kafe Skrin prepared  size that can be eaten by two.  Plus their burger  more economical price  around RM19++ compare to the others food.  There are some economical food like fried rice..but pssss I tried to  control my rice craving .But trust on me, It worth it to eat here because you can share for two cause like I told early each dish serve can be eaten by two person.





Then for side dish, I ordered "crispy skin potato "  . I select this dish because of impressive name  as Imaged crispiness of potato skin. But actually it just potato jacket that serve with sauce taste like pasta bolognise . Oklah, the dish did not disappointed me at all. The price is around RM6-7++ ( sorry I can't recall but below  RM10).



Location
If you want to try here the address :  9G, Ukay Boulevard  Jalan MRR2 Ulu Klang. Phone : 034101937

 

Monday, 14 July 2014

Borong Elianto @ warehouse sale, Taman Shamelin





Bagi saya, makeup Elianto antara makeup yang "affordable" untuk dibeli oleh semua lapisan feminin di sini.  Tahu tak apa maksud Elianto ? Dipetik daripada sunflower- Bunga Matahari di dalam bahasa Itali. Jualan gudang diadakan besar-besar  dan best part warehouse to selorong dengan HQ tempat saya berkerja.  Rupanya Elianto dibawah pengeluaran syarikat Aivoria Group sama dengan Branding Bonita dan Tiamo.



Dan ya , kesemua produk bawah Aivoria Group sedang melakukan jualang murah gudang besar-besaran di Taman Shamelin Perkasa. Sebenarnya dah berlangsung sejak 11 Julai 2014, walaupun cuma sebaris dengan pejabat saya. Kesempatan dan masa terluang memang terhad. Maklumlah bulan puasa, nak  kejar target company (Padahal duduk terjelopok je mengadap Komputer). Dan saya pun sibuk nak mengejarkan supervisor nomination Master saya.   Hari ini baru bersemangat gagahkan diri untuk datang ke jualan gudang.                                                                                                                                  Pukul 1.15 petang -Gudang ni memang dah dikerumuni oleh pelbagai feminin tak kira bangsa dan rupa. Semua tekun mencari barang. Sampai saya snapshot gambar ada yang tak sedar tengah tersenyum. Agaknya macam tu rupa saya. Maaf awak yang termasuk dalam snapshot saya , saya nak fokus benda lain tapi saya apprecite awak ada dalam snapshot ni. Sebab sangat M.U.R.A.H!!! 



Di dalam kerakusan dan menjadi rambang mata , saya telah menetapkan had limit . Daripada Office lagi dah ketepikan duit dan untuk borong cuma RM30. Macam tak percayakan ? Berapa yang saya boleh dapat dalam belian RM30 ,memang lah tak ada banyak mana. Tapi saya bukannya jenis yang bermake-up sangat. Lepas beli ni terpaksalah saya bermake-up kalau tak membazir mih mih mih . Nanti partner saya kata kalau saya tak pakai barang tu dia suruh saya masak gulai sebab membazir. Lepas tu untuk jenis blusher, mascara ,eye-shadow serta make-up yang spesifik untuk mata saya memang tak beli mahal-mahal. Sebab nanti membazir sahaja. End up nak sembahyang zuhur dengan asar kena cuci juga. So better beli biasa-biasa  Lagipun warna Elianto pun cantik juga dan tahan lama. Walupun Bonita dan Tiamo sale dia pun tak kurang hebat. Saya lebih kepada makeup sebab design handbeg dan pattern kasut macam similiar je semua. Karang Boria pula beramai-ramai orang sekitar tu.



Jumlah Borongan RM30 apa yang saya boleh beli :

1) Eau de Toilette Set I passion & I Pansy (Harga asal RM30) = RM10
2) Fresia Shadow Mystery Black ( Harga asal RM25 ) = RM 4
3) Glitter Liquid Eye Liner 2.5 ml ( Harga asal RM 25) = RM1
4)Sparkle Magic Power (Harga asal RM25) = RM4
5)Hydro Collagen Lip Gloss ( SPF15 & Vitamin E)  ( Harga Asal RM 29)  = RM 1
6) 3D eyeshadow cube - Emarland Green ( Harga asal tak pasti ) = RM1 
7)  Activewear Mascara ( Harga asal RM33 ) = RM 1
8) Sweet Kisser Lip Gloss 910 ml) (Harga asal tak sure)  = RM1
9) Safari Shadow- Brilliant Blue ( Harga asal RM12 ) = RM1
10) Ardour Shadow Purple sky (Harga asal RM12) = RM1
11) Splendour Shadow Night Blue ( Harga asal RM12) = RM1
12) Baked eyeshadow (Marble ) ( Harga asal tak pasti ) = RM1
13) Eyeshadow cube ( Harga asal tak pasti ) = RM 1
14) Lip Line - Pitch pink ( Harga asal tak pasti ) = RM1
15) Eyeliner- Martini ( Harga asal tak pasti ) = RM1




Ini lah minyak wangi yang saya borong, sangkaan ingatkan dalam kotak tu hanya ada 1 botol minyak wangi, bentuk macam ini sesuai untuk jadikan wallet perfume. Sedikit banyak meringankan handbeg kita. Macam mana teruja nak shopping raya untuk lebaran Syawal 2014 ?


Ni refer to flyers dekat bawah :


Ni selfie mata bengkak menangis sebab team Argetina kalah untuk world cup 2014...sedih sedih... see you another 4 years Argetina

Thursday, 10 July 2014

Courts : Fikir dua Tiga kali



Prolog :

Bila tiba musim perayaan tibalah waktu promosi sana-sini. Meletup sana dan meletup sini.Siapa sahaja akan tertarik dan the boom promosi  perayaan terutamanya daripada Syarikat The Court.Apa yang saya boleh cakap Courts adalah penipu besar dan lebih mengaut keuntungan tanpa menetapkan syarat kepada pelanggan. Tujuaan menulis artikel ini adalah untuk berkongsi pengalaman peribadi yang pernah dialami pada 5 tahun lepas. 


Sebelum membeli dan mengikut lunas kredit yang disyaratkan oleh Courts. Berfikirlah 2-3 kali sebelum mengambil barang daripada Courts. Memang benar , barang-barang impian yang korang mahu boleh didapatkan dalam sekelip mata. *Jeng* tadaaa ada depan mata*

Tapi hakikatnya adakah sebetul-betulnya korang didedahkan pelan pembayaran yang betul dan apa yang kita jangka ? Kita sedia maklum setiap kali meminjam ada bunganya. Pada 6 tahun lepas, saya telah pun memberi satu barang elektronik berharga RM5K . Oleh kerana terlalu ghairah dengan harga jualan murah yang menetapkan syarat dan kebetulan baru nak merasai komitment tanpa berfikir panjang saya membeli barang tersebut. Pelan diberikan cuma setiap bulan berapa perlu aku bayar. 

Tup tap tup tap... bila barang sampai *jeng jeng jeng* bersertakan dokumen saya agak terjuling mata dengan harga termasuk bunga dimana pembayaran total jumlah kredit pinjaman hanya untuk satu barang daripada berharga RM5K  adalah sebanyak RM12K. Maksudnya barang elektornik saya tu boleh beli dua kuantiti kalau tanpa courts .Bila barang dah ada dalam tangan, termenung seketika dengan jumlah pinjaman yang saya buat.

Kalau kita pinjam bank pun tak adalah bunga sebesar itu. Rasa menyesal menyelubungi hati tambahan kalau saya bersabar untuk belajar untuk kumpul confirm dalam 3 bulan tu saya boleh beli "cash" . At less kalau pinjam dengan bank, duit lebih tu boleh dipulang balik untuk dibayar sikit demi sikit. Ini pinjam barang...tergadai emosi untuk berfikirkan bayaran.

Dah dapat barang, lepas tu barulah loan kereta saya approved menambahkan jumlah beban komitment saya berhutang. Beza courts dan bank, bank lebih bertolak ansur berbanding dengan Courst yang macam Ah long. kekadang saya tak faham apa staff courst fikir. Barang bukanlah berjenama sangat(Perabot), nasib baik barang elektornik saya ni kalau jaga betul boleh pakai lama kot hingga akhir hayat saya.

Setiap kali melewati Retail Courts ,hati saya kadang geram dan maki bertubi-tubi. Kenapa? bukan setakat dengan tidak berbaloi harga. Asalkan korang lambat bayar, bertalu-talu sms dan panggilan ugutan. Seriously bukan itu sahaja rasa dah macam pinjam dengan Ahlong. Patutlah orang kata pinjam dengan courts ni sama Ah long. Rata-rata search engine taip courst... courts penipu~!

Kalau setakat beli dekat courts pakai cash no problem beb. Tapi bawa-bawalah berfikir untuk pinjam secara barangan. Lebih menyedihkan setiap kali beratur barisan 95% adalah tergolong daripada golongan bumiputera berbangsa melayu termasuk diri saya.  Merenung kepada pengalaman tersebut menyebabkan saya serik untuk melakukan pinjaman berupakan barang ni. Bawa-bawalah berfikir sebelum nak masuk Courts ataupun adik beradik dengannya.


Tuesday, 8 July 2014

List Bazar Ramadhan Yang Mengetop Sekitar Klang Valley







1. Bangsar
Lokasi :Terletak diantara Bangsar food court dan  Masjid Bangsar
Makanan Terkenal :  Ikan Bakar Portugis, Raja Murtabak, Nasi Kerabu , Ayam Percik, Air Katira


2. Taman Melawati - Dikenali sebagai celeberati Bazaar ada artis jual atau artis beli banyak kat sini
Lokasi :  Depan pejabat pos lama  Taman Melawati
Makanan Terkenal :  Makanan tu terkenal kalau artis beli atau berniaga, dim sum, air kelapa, kuih muih



3. Kampung Baru
Lokasi : Yang Berdekatan dengan Masjid yang memberi bubur lambuk secara free
Makanan Terkenal : Roti John, Bubur lambuk


4. Jalan TAR
Lokasi : Jalan TAR , tempat yang selalu ada pasar malam hari Sabtu
Makanan Terkenal : Terkenal dengan kemurahan harga makanan


5. Taman Tun Dr. Ismail
Lokasi :  Jalan Tun Fuad 3, (landmark dia bangunan AHP)
Makanan Terkenal : Ayam masak merah, popiah, nasi tomato


6. Shah Alam
Lokasi :  Stadium Shah Alam
Makanan Terkenal : Ianya terkenal kerana bazaar terbesar di Selangor. Basically semua bentuk atau makanan ada dekat sini


7. Seksyen 16, Bandar Baru Bangi
Lokasi :  Tapak pasar malam Seksyen 16
Makanan Terkenal :  Ayam golek, nasi ambang ,  nasi lemak kukus dan burger bakar

8. Kelana Jaya
Lokasi :  seberang mini market giant Jalan ss6/1
Makanan Terkenal :  Nasi lemak kukus, sotong bakar


9. SS18
Lokasi : Dekat jalan SS18/4
Makanan Terkenal :  Murtabak lagsana dan antara bazaar yang buka awal seawal 3 Petang



Monday, 7 July 2014

#DapurJalanan Geng Che ah

Nampak posting wall facebook Che 'ah berkenaan dapur Jalanan. Kalau dekat Facebook pun boleh search dengan taip Dapur Jalanan Kuala Lumpur. Dapur Jalanan lebih menekan bantuan daripada segi bentuk  makanan kepada golongan kurang bernasib baik -golongan miskin yang tinggal di bandar. Terus saya PM personal kepada Che ah untuk participate, lepas 3 hari ber"message"  dengan che ah, meletup pula statement pasal Tengku Adnan (link). Namun begitu, aktiviti Dapur Jalanan tetap diteruskan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik di KL




Banyak juga derma Che ah dapat kumpul, tak silap saya ada dalam RM1k kot dekat tangan Che aah, petang sabtu tu saya terjah untuk hulur tangan di rumah che aah, tapi Che aah dah settel awal untuk pack.Persiapan Che aah ada dalam 150 pax dan kami menuju terus ke arah Jalan panggong yang berhampiran sangat dengan Jalan Petaling. Daripada kaca mata saya , homeless KL atau gelendangan warga miskin bandar raya bukanlah berpakaian terlampau selekeh atau pakai koyak sana sini seperti digemburkan. Pakaian mereka agak teratur cuma tak sekemas dan secantik seperti kita. Mereka ini bukannya pengemis jalanan yang seperti digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak media.





                                            


Mereka ini mempunyai perkerjaan sendiri cuma tidak bernasib baik seperti kita. Bayangkan gaji seharian mereka adalah sebanyak RM7 sehari. Mana mampu untuk menyewa bilik di Kuala Lumpur. Betul kata Neeney, antara rakan saya yang consistent membuat soup kitchen (memang wa tabik salute sama lu lah Neneey Marican)....ada antara mereka beranak-pinak, umur masih muda dan ada yang terdiri daripada warga tua ( yang sepatutnya anak-anak mereka jaga).


NAMUN DISEBABKAN KURANG BERNASIB BAIK daripada  segi kewangan mereka ini hidup  terhimpit dengan arus ekonomi . Kalau kita rasa terhimpit untuk hidup di bandar, inikan pula mereka ini. Merenung wajah masing-masing , mereka tak doakan untuk nasib begini. Lalu saya terfikir, apa yang sebenarnya langkah kerajaan mampu buat ? Mereka bukannya duduk mengemis di kaki lima. Untuk halau keluar daripada bandar ? Mereka sendiri mempunyai perkerjaan- itu ke definasi pengemis ? tak adilkan ?, andai kata dihantar ke Shah Alam dengan gaji seperti itu mereka sendiri pun tak mampu untuk menanggung kos perjalanan inikan pula untuk makan . Kita seorang sekali makan pun paling rendah total RM10++. 


Suhu badan saya melonjak tinggi bila tangan dah  bahagian sendi mula kebas namun Che aah, yuyu, Kak Mie & Kakak Che aah gagah menolak makanan daripada Jalan Panggong berjalan kaki ke Kompleks Sinar, time tu saya memang dah surrender sebab suhu demam semakin meningkat meminta untuk mengundur diri. Sambil beredar , saya masih lagi memikirkan nasib warga miskin ibu kota. *siggh* Kenapa duduk bandar, kita masih lagi mempunyai warga miskin di bandar ? Soalan bertalu-talu... keyboard warrior kah saya ? Namun pengalaman melihat daripada mata kaca sendiri sedikit banyak memberi kesalan kepada saya, kerana sebelum ini saya tak pernah bersyukur dengan nikmat-nikmat yang saya ada berbanding mereka.



Saturday, 5 July 2014

Thistle, Port Dickson


Bermalam di salah satu Hotel Di Port Dickson | Thistle, Port Dickson



Prolog




Artikel simpanan kepam, memang sebelum Ramdhan 2014 bercadang untuk merehatkan diri memandangkan  kesibukan tugasan pejabat menular. Mystery hotel email menunjukkan destinasi ke Thistle Port Dickson di mana terletak di Pantai Teluk Kemang.



Kedatangan para tetamu disambut dengan ramah, di mana "welcome" drink dan unlimited drinking water disediakan untuk tetamu tanpa lokek di hadapan pintu masuk. Sesuai dengan Taraf 5 Bintangnya malah turut dikenali sebagai 5 stars hotel PD.





Bilik : Deluxe twin Garden View


Dapat bilik deluxe twin Garden View dan menikmati ketenangan dan hembusan angin bayu dan bau air laut yang  menusuk masuk di dalam bilik. Dibekalkan WiFi WLAN yang besar coverage dia memang dah cukup lengkap percutiaan saya. ( Memang tak ada masalah untuk online ).Harga untuk satu malam bilik bagi Deluxe twin garden adalah RM891.  Di mana deposit untuk bilik ini adalah sebanyak RM300 yang akan dipulangkan selepas check out.  Selepas check-in, tak sampai 10 minit, pintu diketuk oleh staff untuk bertanyakan khabar dan mengalu-alukan kedatangan dan keserasian bilik kepada saya.

pssss.....kalau nak jimat rajin-rajin login mydeal atau streetdeal. Boleh dapat harga murah serendah RM180 untuk satu malam.




 Interior dia memang simple, contoh bawah cupboard TV ni ada fridge.
(p/s cuma satu je, lantai bilik dia gegar-gegar sikit tak boleh lari-lari dalam bilik ni ahahahahah  kena jalan joget-joget macam pencuri)





Bila melihat pemandangan daripada sini. Rasanya tak sabar nak melompat terus masuk ke laut.

 

 

 

 Bilik Air



Bilik air dia sebenarnya luas  , sayang dia tak buat bathtub, shower room dengan glass




ada hairdryer ,tak payah nak bawa hairdryer daripada rumah. Kelengkapan sabun ,shampoo dan berus gigi turut ada.


Caption peralatan bilik air yang disediakan oleh Thistle



Rest & Relax Package



selfie-selfi jom pergi spa! oppss cadar alas tu sama dengan bath robe saya
Untuk melepaskan tekanan, boleh bersantai-santai untuk merasa keunikan spa Thistle, Port Dickson.Rawatan bermula daripada bahan tradisional  digabungkan dengan gaya moden kontemporari.

 

 

 Makan

Makan tak ada masalah, tempat ni ada 3 jenis restaurant yang berbeza. Kemudian tu saya rajin bertanya helpdesk ada apa-apa promotion buffet. Contohnya rate buffet promotion buffet saya dapat RM25 satu kepala kalau tak RM50 satu kepala. Apa lagi belasahlah...sesah sampai kenyang. Alhamdulillah rezeki ada lebih sikit untuk bulan tu.


Kemudahan dan Aktiviti

Antara kemudahan yang disediakan kepada para tetamu adalah :

1.  Golf course
2. Team Building Course yang bertaraf Latihan S.W.A.T
3.Fitness center  dan Spa
4. Kolam Renang dan Kawasan permainan air Khas untuk Kanak-kanak




Aktiviti untuk family pun banyak jangan risau bukan untuk couple-couple yang honeymoon sahaja. Untuk Family pun ada, contohnya ada snake and Ladder giant ni yang saya tengah campak-campak dadu dia. yeahh yeaah



Kolam Khas untuk Kanak-kanak

Yang ini pula lagi satu kolam, Kolam yang di sini agak dalam , tak boleh lepas  kanak-kanak mandi disini tanpa orang dewasa. Bayangkan saya setinggi 1.67cm. Air Kolam tu tinggi lagi daripada saya, cuak jugalah bila berenang dekat dalam-dalam tu. Ingatkan tak dalam sangat

Nama Kolam Renang ni adalah Infinity, ini adalah kegemaran swiming pool saya sebab privacy sikit bila senja dan berhadapan dengan laut lepas tu ada jakuzi.



Inilah suasana malam di Kolam Infiniti, saya rasa siapa yang mahu sedikit masa rehat dan melepas tekanan sesuai ke Kolam Infiniti lokasinya agak tersorok sebab kena jalan ke hadapan sedikit Tetapi berbaloi kerana kolam ini betul-betul menghadap pantai, lepas tu boleh order hot chocolate sambil layan jakuzi dekat kolam ni. Memang chill habis!


Bila dah layan Jakuzi tak nak keluar pula tu, kan saya cakap kolam ni sedikit privacy. Tapi kalau hotel fully booked , kolam ni tempias-tempias sikit ada orang. Kelebihan duduk jakuzi mengikut kajian saya buat di online - boleh reduce stress, hilangkan penat urat yang seharian berkerja dan improve blood circulation. Berombak-omab buih keluar. Macam kentut dalam air...mihmihmih mih

Bonus

 Hotel Thristle mempunyai pantai privacy dia sendiri. Bila dah bermalam disini baru saya tahu aktiviti sukan air dia adalah unlimited.Macam banana boat, jet ski dan fish feeding . Tapi nak join kena register dan book nama dekat bahagian reaction dia dahulu. Serious tak tipu. Cuma bila high peak, limited sedikit nak join contoh jet ski ni saya boleh naik dalam masa 10 minit. In future nak stay lama-lamalah . Sebab banyak aktiviti disediakan tapi masa saya di sini sangat limited. Ok ,  jumpa lagi Thistle , Port Dickson !!! saya nak datang lagi sebab naik main jet ski lama-lama