Tuesday, 7 October 2014

Expose Mistik : Pengalaman seram di Hotel

Cerita ni nak dekat 3 tahun menjadi pekasam yang telah menjadi pengajaran kepada aku kalau aku pergi travel atau book mana-mana hotel. Korang pernah tak kalau nak bercuti mana-mana dan book hotel korang akan baca hotel review? Aku tak pernah buat till aku mengalami pengalaman tu sendiri. so after this after book, better you guys review dahulu.

This is happen during hari raya yang ketiga, apa aku ingat aku jadi runner hantar kuih tart aunty nah ke arwah ungku ajis ( I believe one of my relative juga..sorry I bad in tracing my family tree). Aunty noi dah ajak untuk tidur rumah dia sesudah aku sampai JB tapi aku degil juga nak singgah Melaka , sebab insist nak melawat uncle yip. Yang menemani aku masa tu BFF aku boleh merangkap cousin aku jugalah bau-bau bacang katanya , creepsz.  Imagine one whole day  from kl to JB pepahamlah during eve jalan highway memang jem then patah balik ke Melaka. 

Masa sampai Melaka, BFF aku ni dah tergerak suruh aku check in mana-mana hotel. Aku tak aspects Melaka masa raya orang ramai. Yelah orang balik kampung kot tak kan nak check in Melaka. Hati degil juga nak juga singgah Rumah uncle aku, Uncle yip dulu. Cot cet cot co cet ada kot 2-3 jam aku lepas rindu kat aunty, uncle dan cousin aku.

So dalam pukul 8 malam gagah round Bandar Melaka nak check in. Ada full , ada yang tak reasonable harga dia mengalahkan 5 star KL. Dipendek cerita  jam pun dah menunjukan 11 malam. Badan aku memang dah penat. Cousin aku ni pula mata  dah kecil. So last aku decide untuk ke bandar hilir near to hotel holiday inn sana.

Ya allah penuh juga...masa tu cousin aku ni tak hadap sangat pasal charges hotel . Aku je yang kisah, sebab aku kalau check-in lepas 9pm, baik kita ambil bilik murah-murah je tak berbaloi.  Seriously aku lupa nama hotel ni. Betul-betul di sebelah holiday inn. Tapi hotel dia busuk-busuk. Aku tak pandang kiri kanan. Tanya uncle tu kata kita punya bilik harga RM150 satu malam. Lepas tu tangan dia melilau cari kunci..erkk amoi dia panggil aku full tapi ada satu bilik ni je I kasi RM45 satu malam. You tambah 1 malam lagi I kasi RM80 je.

Oklah good deal. Pehal nak kasi murah2..mungkin aku check in lambat kot atau mungkin hari raya promo.

So aku habaq BFF aku dengan bangga aku kata on me, esok ko belanja aku jalan. Tapi cousin aku ni diam je. Penat sangat. So malam tu aku tidur, bilik dia selesa ala-ala hotel tune. Oklah tak adalah busuk sangat. Tapi cousin aku entah apa masalah dia, diam je. Malam tu dia memang tak tutup TV . Kalau masuk bilik air pun tak tutup bilik air. Apa bendalah masalah dia.

Malam tu tak ada lah pelik-pelik, cuma aku kena hempap tu jelah. Buka-buka mata TV terpasang cerita hantu. Bodoh betul tau. Tetiba trauma nak tidur, yang cousing aku ni pula tak pernah-pernah tidur selebung badan. Dah macam apa pula aku tengok malam-malam. Sampailah keesokan paginya, cousin aku ni bertubi-tubi paksa aku siap mandi awal. Cuti relaks lah, dia tengok aku macam siput, dia siap dulu. Still dia mandi tak tutup  pintu.

Aku jadi sengal , sebab tak boleh nak pusing karang dia cakap aku mengintai dia mandi. So aku pasanglah TV, aku rasa tak adalah kuat mana. Tapi agaknya floor tu senyap macam bergegarlah bunyi dia macam bilik kami je meriah. Entahlah aku rasa kuat kot.

Tetiba bilik aku ni bergegar tiga penjuru, kecuali penjuru pintu . Cousin aku mandi ni pun siap tanya apa benda tu? Entah aku jawab, orang main kot sambil gelak. Tak semena bila aku cakap kotor macam tu tetiba bilik tu gegar kuat. Aku diam jelah lepas tu. Ada juga timbul rasa tak sedap hati. Tak kan tiga penjuru pelanggan lain-lain bilik nak main ketuk-ketuk bilik. Tapi bilik tu bergegar kuat giler macam nak rutuh. 

Cousin aku keluar terus sound aku, kau ada 5 minit je mandi. Ko lambat je, aku tunggu ko bawah kereta.  So aku pantas siap aku rasa kurang 3 minit aku dah siap dengan rambut basah basah tu pergi pack. Masa nak pack tu mulut aku dah tercabul tanya cousin aku. Apa benda tuh? Dia cakap dah habis siap dah?

Aku angguk, lepas tu keluar bilik. Tanpa cakap apa -apa cousin aku tunjuk bilik  kitorang tu, which is bilik tu memang isolated than others bilik dan sebelah bilik kitorang tu adalah stor memang tak ada bilik pun dekat bilik kitaorang kena langkah 10 langkah baru ada bilik. Aku terus je jawab...ok kita check out. Forget it for one night lagi satu tu.

Lepas check out....aku baru perasan, kereta kitaorang je park situ. I wonder...siang-siang pun kena kacau ke? Rupanya cousin aku ni jenis nampak, lepas tu malam tu dia memang nampak ada benda tu terbang-terbang. Tahu-tahu terbang atas kepala aku, masa tu dia kumat kamit baca apa-apa yang patut. Patutlah aku rasa kena himpit dan memamg patutlah dia selubung badan dia macam casper.
Taubat lepas tu tak mahu tangkap muat . Orang kata dalam banyak-banyak travel  mesti at least kita akan ada satu pengalaman seram.

7 comments:

  1. seram ni...nak tau hotel apa..hishh..seriau..

    ReplyDelete
  2. Klu mahkota hotel, aku sendiri dgn wife n 2 anak pernah stay situ n kena gangguan. X ingat no bilik. Tp tingkat 11. Block yg betul2 hujung next to simpang 4 yg ada traffic lights tu.

    Kes aku ni kira last minute check-in almost midnight. Bilik mula2 penuh katanya. Then bila aku merayu2, tetiba plak dia kata ada 1 bilik lg. Aku plak dah penat seharian drive spi ke mlm, x pikir apa dah. Trus grab bilik tersebut. Sudahnya, esok pagi sebelum jam 7pagi aku dah cepat2 check-out. Haizzz

    ReplyDelete
  3. sebab 2 kalau hotel penuh jgan memandai pujuk sampai dapat bilik.sebab setiap hotel akan ada bilik yg kosong tidak di sewa kn kecuali bila penyewa merayu2 minta bilik baru dia kasi.tapi yg dia kasi 2 lh bilik yg puaka.

    ReplyDelete
  4. sebab 2 kalau hotel penuh jgan memandai pujuk sampai dapat bilik.sebab setiap hotel akan ada bilik yg kosong tidak di sewa kn kecuali bila penyewa merayu2 minta bilik baru dia kasi.tapi yg dia kasi 2 lh bilik yg puaka.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Hello readers! I need a feedback. Negative , postive , happy or angry is important for me to improve my writing! - Love xoxo