Saturday, 27 December 2014

Hijab and round Face



I'm struggling to match my hijab daily . we wore hijab because we want to cover up our aurat. But I need to admit, if we wear good, we feel good .We need to feel good because it can bust up our confident in life, not to show off---- hey! I'm gourgeous! I'm pretty if I wear hijab...bla bla bla bla .When you feel this way (I mean feel good and confident) we become more motivated, energetics and love more to yourself  (which you will not do anything that may harm your life).

 I have dilemma because my face round. Round face is not easy to pairing hijab. Here some tips that I implemented in my hijab daily. Hope can encourage us to variety our hijab.

[ Plus , hope I can wear permanent and constantly ( is not easy to maintain hijab for newbies) . Hijab is our crown! ]

Tips Wearing Hijab for Round Face :

This fabrics not suit to my face...bam bam bam in the house yo!

1) Consider your hijab fabrics
The colour might nice to your skin, but not all fabrics type will suit to your face shape. Remember before to purchase your hijab. This is rule number one. Always try to match with your face first before buying a new hijab. ( You need to experimental it till you find which fabrics can suit with your face)






Flower pattern - failed

Totally failed

2)Flower motif not suit to round face
Sad, but is true. I have try to variety the flower pattern. But 99% no so so going well with me.
Beside flower ,we need to beware others pattern hijab we choose. Like I said before always experimental your hijab before purchase.








credit to (http://www.latestasianfashions.com/)

No pin under your chin
3) Formula = no pin under your chin
If I tuck a pin under my chin, my face will like balloon (baa baa looonnn waiting to pop up). Example you can wear style like above picture. Before I decide to wear  hijab, I'm practising hijab by watch YouTube tutorial. Unfortunately Tutorial for round face is quiet limited and not friendly wuduk. My suggest, you need to browse tutorial with search engine . There are lots tutorial out there for Round Face.   But pin under chin is not good idea for round face.







4) Volume your hijab 
Not all fabrics can unpin under your chin. In the end  pin is necessary example cotton , one of the fabrics that most comfortable but yet you need to pin under your chin. No worries. Simply volume your hijab that can give illusion to your round face.





5) The bigger your face, the wide shawl you need
I'm big frame and did try to wear small/medium shawl. However when in the picture I saw humpty dumpty. Hope you can get what I mean.



ok.Hope this tips can helps round face like me to wear hijab! happy weekend.!

Thursday, 25 December 2014

Resipi Mudah : Macaroni Baked ( Makaroni Bakar)


Ok, hari ini nak kongsi resipi macaroni baked mudah untuk orang bujang. Dan juga sesuai untuk isteri yang berkerja , jadi balik rumah boleh panas terus hidang untuk suami makan. Lepas tu kita boleh buat kerja rumah tak payah susah-susah nak masak . Frozen macaroni baked ni boleh tahan seminggu kalau simpan dalam Freezer. Alah Resipi ni resipi epic, tapi ni resipi aku yang mudah untuk orang yang terkejar-kejar masa untuk masak.


Mula-mula korang kena sediakan bahan-bahan masak. Tapi selalu dalam fridge , aku dah siap blendedkan bawang putih, bawang merah dan halia untuk stok seminggu. Senang just in case nak masak apa-apa , semua rencah bahan dah ready.

 Aku beli macaroni  yang halus-halus. First cepat masak dan lagi satu macaroni yang kecil size dia ni muai orang johor panggil. *Muai = padat dan kenyang tapi simple*

 Aku pakai  perencah  sos Spaghetti Bolonaise Maggi, sebab dia jenis serbuk. Jadi aku punya macaroni tu tak basah-basah berair


 
Lepas tu aku pakai daging kisar cap Saudi. Aku pakai ni pasal cebisan kisaran cap saudi ni halus-halus. Kalau siapa yang suka cebisan besar-besar daging dia yang tu optional.

*Tip dapatkan daging kisar yang halus- firstly korang kena cairkan dia dulu, letakan dalam bekas yang berisi air. Kalau satu bungkus tu dah lembut baru boleh bawa masak. Teknik untuk masak pun ada cara dia. Masa masukkan ke dalam periuk/bekas masak.Instead sudip tangan sebelah pegang garfu. Carik-carikkan dengan garfu sambil masak*  


Bahagian 1 (disediakan semasa Bahagian 2 sudah habis/separuh masak) :

1 cawan susu segar ( optional bergantung kepada berapa banyak macaroni digunakan)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
shredded cheese bergantung kepada tahap cheese yang korang suka
garam secukup rasa

 Cara :

1. Campurkan ke  bahan di dalam periuk dalam api yang perlahan
2. gaul sehingga butter dan keju cair
3. Boleh tutup api dan campurkan ke bahagian 2( bila bahagian dua sudah habis masak )



Bahagian 2  


 Langkah pertama, kenalah rebus makaroni sampai lembut. Rebusan tu letakan secubit garam. Bila macaroni dah lembut angkat dan asingkan daripada air dan letakkan dibekas yang lain.

Masa dah rebut makaroni boleh buat kerja lain, dengan tumis rencah ( kisaran bawang putih,bawang merah dan halia) sehingga naik bau. Kalau siapa nak berkuah atau basah-basah makaroni dia boleh letak lebih sikit rencah tu.

Lepas tu boleh masukan kisaran daging tu ke dalam perencah yang dah naik bau dia, untuk kisaran yang lebih halus boleh gunakan  tips aku kasi kat atas tadi.

Bila daging dah berubah warna boleh masukan perencah sos bologanise Maggie tu dan gaul hingga sebati. Dah cantik dah sebati dah boleh masukkan macaroni ke dalam . Dah boleh tutup api tapi belum habis lagi tau.

Ingat lagi tak bahan bahagian 1, Jangan lupa ya. Ok, bahagian 1 sekarang boleh masuk ke bahagian 2 dan gaulkan sebati .Biar mesra-mesra gitu.



 Agak-agak kalau tak cukup cheese tu, korang boleh tambah lagi cheese dan gaul hingga sebati.



 Lepas tu korang boleh letakkan kat dalam bekas. Aku sebagai orang bujang yang sangat padat aktiviti dan malas nak basuh bekas. Aku pakai aluminium ni ada dekat pasar. Yang ni aku beli 5 keping dengan harga RM4.90. Korang boleh letak banyak-banyak lepas tu simpan dalam freezer tapi sebelum simpan tu kena masak dulu.

 Lepas tu korang boleh bakar dalam oven, pakai api atas dan bawah pada suhu 150-170 celcius. Dalam 40-30 minit. Tapi masa bakar, jangan tinggal macam tu je. Sekali sekala jengah dan tengok. Sebab setiap oven tu lain cara bakar dia. Agree tak ?

 Inilah rupanya Macaroni baked yang dah masak. Boleh pergi makan atau simpan dalam freezer untuk stock makanan korang.

 Done!!!!!!!

 

Wednesday, 24 December 2014

EXPOSE MISTIK : cerita-cerita hantu dan seram dekat Asrama

Hari ni bukan hari khamiskan? Bahahahaah, ingat lagi masa zaman sekolah asrama even aku masih kecil-kecil dulu cerita hantu merupakanFolklore masa zaman aku. Pengesahan cerita belum sahih ada aku dengar dari asrama sekolah aku dan ada aku dengar dari sekolah asrama cousin-cousin aku :

Cerita satu :
Ada seorang pelajar ni terbangun daripada tidur. Tetiba dia terasa nak terkencing. Dia pun turun daripada katil atas, pergilah kejutkan kawan bawah dia suruh temankan . Kawan dia kata ok, jadi tak tengok belakang dia terus berkejar ke bilik air daripada dorm . * memang tak tahan nak kencinglah* . Dalam bilik air tu , dia dengar kawan dia masuk dan buka sinki air. Lepas tu dia keluar dia nampak macam kawan dia terbongkok-bongkok tengah gosok gigi. Lama jugalah dia tunggu kawan kat belakang. Dia pun pergi dekat sinki sebelah basuh muka, daripada pandangan ekor mata dia,dia nampak kawan dia dengan toreh pisau sambil darah terkeluar daripada mulut dan air sinki tu mengalir menjelaskan warna darah tu. Dia undur belakang, baru dia perasan yang tu bukanlah kawan dia tapi jelmaan macam kawan dia. Dia pun keluar sambil tegur kawan dia. " Ani aku mengantuk, balik bilik dulu ye". Lepas tu Jelmaan Ani tu sambut " mengantuk ke? dah tahu?" Pang.... terus dia lari tak pijak tanah masuk dalam dorm. Dia tengok Ani tu sedap je tidur.


Cerita Kedua :
Aku dengar khabar kalau senior MRSM boleh dapat bilik dalam tu ada orang. Version ni pun aku ada dengar dekat Matrikulasi Penang. Selalu kalau nak belajar kena belajar dekat Bilik Study atau kelas. Budak-budak tidak dibenarkan sama sekali pasang lampu atau lilin dekat bilik. Ada seorang pelajar tengah belajar dalam bilik sampai larut malam. Minggu tu minggu exam mostly orang memang belajar dalam kelas. Tapi pelajar ni malas nak masuk kelas sebab dia memang jenis bersembang kalau study group. Bilik dia memang mengadap pokok dan berada di tingkat 2. 

Tetiba mak guard mengcekik pinggang kat tingkap dia. " Nak belajar kat dalam kelas ,jangan belajar dekat dalam bilik" Tutup lampu sekarang. Pelajar tu pun bising marah balik mak guard tu tapi dia ikut kata takut nanti mak guard report dekat warden. Dia tutup tingkap. lepas tu tutup lampu. Dan terus baring dekat katil. Lepas tu baru dia terfikir, dia tingkat 2, macam mana mak guard tu boleh sama tinggi dengan bilik dia. Pelajar ni terus bangun dah berlari ke kelas tak jadi nak tidur.



Cerita ketiga :
Siapa ingat lagu seksa Ukays ? ada orang kata lagi ni berhantu kalau nyanyi dekat bilik air. One day kerana kesibukan dan jadual ketat, adalah budak-budak curi basuh baju tengah-tengah malam dekat bilik air. Masa tu lagu Ukays Seksa tu tengah top. Ramai-ramai nyanyi dalam bilik air. Lepas tu tinggal sorang budak sebab baju dia sangatlah banyak. Yang lain tu semua dah blah. Dia ingat dia ada lagi seorang kawan dekat dalam bilik air tu, sebab masa tu gosok, bilik air sebelah pun gosok. Kira ikut retak cara dia gosok baju.

Sambil menyanyi kecil. Tetiba bilik air sebelah menyahut nyanyian dia dengan suara yang garau :

Walaupun leherku panjang
Tiada mimpi bertandang
Menghitung hari berlalu
Seksanya aku

Masa orang tu cakap leher ku panjang, mata dia pergilah usha syiling bilik air tu. Dia tengok bilik air sebelah punya syiling dia tengah nampak penanggal . haaa.. kau rasa? kalau aku kena macam tu pun aku dah pengsan.

Cerita empat
Cerita untuk budak yang tidur ada double decker atas. Satu malam ni black out, budak ni terjaga daripada tidur sebab nyamuk duk gigit-gigit dekat telinga dia. Lepas tu tetiba dia tak sedap hati dia terpandang almari kat berhadapan katil dia. Ada tu dia nampak budak macam dalam kain telekung (sebab tak clear sangat). Lepas tu dia nampak budak tu macam bergerak kiri dan kanan macam orang berzikir. Dia rasa tak sedap hati *mana ada orang gila dalam dormate dia buat kerja gila macam ni* . Dia pun tariklah kat selimut dan selubung sebab takut. Tetiba budak tu yang tak sure hantu ke apa, boleh plak nyanyi.

 Satu dah bangun
Jangan nak tipu
Saya dah tahu
(suara yang halus budak-budak)

Meremanglah member, sebab dia rasa dia sorang jer terbangun yang lain semua sedap tidur berdengkur. 



Cerita lima :
Ramai orang kata cerita yang kelima ni adalah cerita  MRSM ada yang kata hostel juruwat. Yang ni happen tu dorm yang ada bilik dua orang. One day masa satu budak belajar baru masuk dan pilih untuk dorm dua orang kononya nak fokus study plus senior. Selalunya senior akan dapat speciality untuk bilik macam ni. Bila dia masuk bilik tu dia nampak roomate dia tengah baring tidur tapi mengadap dinding. So dia tak beranilah kacau. Pendek kata sepanjang dalam bilik tu tak pernah lah dia kesempatan untuk bercakap dengan dormate dia. Dia ni pun tak pernah tanyak budak-budak kelas dia. Just that pintu tu adalah tulis nama dormate dia.

Kadang-kadang roomate dia takda, kadang-kadang kalau dia balik bilik roomate dia dah tidur dengan position pandang dinding.  Yang minah ni pula suka study dekat meja lepas tu selalu tertidur dengan lampu terbuka. Tapi setiap kali dia terbangun, lampu tu mesti dah ditutup oleh roomate dia. So one day, dia study dekat meja study dia. Tah kenapa tah malam tu terlelap dan terjaga tapi dia tak angkatlah kepala dia daripada meja. Lampu tu betul-betul mengadap ke arah dia.

Tiba-tiba dia nampak satu tangan panjang tutup lampu tu, which is katil roomate dia tu betul-betul ada belakang dia (kira sebelah katil roomate dialah meja belajar ni). So dia pura-pura tidur sampai esok hari. Lepas tu dengar azan subuh, dia kekonon bangun nak pergi  bilik air . Terus dia berlari ketuk dengan pintu bilik kawan dia kenal. Dan ceritakan apa jadi. Kawan dia pun cakap, bilik tu memang kosong sepatutnya dia sorang je duduk bilik tu. Rupanya itu hantu senior yang meninggal sudden death kat dalam bilik tu.

"kirk krik krik krik*

Tuesday, 23 December 2014

Best butterprawn in the town, Hokkaido Seafood KL



My mouth is watering when I remember butterprawn. It is delight food where I can describe as salted crispy at outside and juicy inside. I always choice chinese seafood becuase they are the best. Cook prefectly. Either Chinese or another option are Thailand and Kelantan if I would like to eat Seafood. For me Hokaido always the best. 

This place located at Jalan Lumut , KL. Don't be suprise this place always full house and if you wondering is that halal or not? It is pork free. All food is seafoood, the only things that non halal is beer.
Most of their customers is 1 Malaysia. Semua ada, cina, indian, melayu.... 










steam fish, fried vege and butterprawn that is what  I'm order...to large for 2pax . Rumor said, their chili crab also the best in town. The price is average for two person  maybe you can estimate around RM150++ or below...depands what kind of food you order.


Occay chow dulu,  I want to eat. Have nice day everyone. Wasalam.




Address :  
Hokkaido Seafood Restaurant
68,Jalan Lumut Off Jalan Pekeliling
kuala Lumpur






Monday, 22 December 2014

Booking Hotel Maluri via Hotel Quickly

                                
Inilah senarai kepam yang tidak terupdate pasal kesibukan masa. Ada satu tahap bila kita sibuk, kita lupa semua benda terutamanya masa untuk rehat. Sampai satu tahap ideology aku, kalaulah tidur tu bawa duit. Aku akan tidur. 

So one day, I decided to take  a few hours  untuk rehat dan bebas daripada dunia luar. Last minute check in dekat hotel tu memang menempah malang kalau dibuat secara online. So aku memerlukan tempat yang tak jauh daripada rumah aku dan tempat kerja. Orang kata just nice-nice. Aku go through daripada application Hotel quickly. Dipendek cerita dengan harga yang hotel quickly offer kat situ dalam satu masa aku book 2 hotel *kerja gilakan*


First , aku tengok hotel quickly  offer FOC hotel dekat aku...gila tak nak book? Ok lah takpelah. Aku book jelah. Plus aku tak sure Leo Leisure KL ni terletak mana.

                                            


Second lepas tu aku book hotel maluri, dekat dengan office dan dekat dengan rumah. Sebab aku memang check in sehelai pinggang , harapkan baju back up dan toilettree emergency dalam bonet kereta.Macam ada guts tak confident dengan booking pertama. Aku swap...RM59.04 untuk satu malam.*murahkan*


                                            

P/s: kalau nak tahu macam mana boleh dapat murah dan foc...stay tune guys end the end of this article aku kongsi.



Korang boleh booking last minute tapi transaction approval from side hotel aku estimate dalam 1jam dah setel kot. Aku pun dah buat exprimental calculation aku sendiri. Takut juga sebab hotel quickly apps kan still new in Malaysia.setakat ni aku boleh suggest Hotel quickly the best offer that I ever had. Balik kepada adventure aku, lepas aku balik kerja terus runner pergi Leo leisure hotel...terusk krik krik krik....tapi hotel ni sesuai untuk backpackers, one of the reason nape aku tak check in sebab parking kereta tak secure(dekat area Bangkok Bank ) aku dah start fikir bukan-bukan. Nasib baik back up plan Hotel Maluri, balik terus pergi Taman Maluri.

                         


                         

Aku sampai di pekarangan hotel maluri, dorang ada parking sendiri which more secure ada tembok (isolated parking) tapi nak menapak jalan ke lobby tu jauh. Maybe first time aku check in kat sini, plus walaupun dekat dengan rumah. Aku jarang pergi sini, setakat makan buffet dia masa ramadhan.customer service hotel maluri pun first time dengar booking hotel quickly, aku adalah introduce sikit-sikit. Tetiba dengan tak beretika (dorang sepatutnya tak boleh tahu rate kita) dorang tanya aku berapa bilik aku bayar , aku ni pula lurus bendul pergi jawab RM59 je....ha...gasak terus dia minta deposit duit RM200. Jeleslah tu.



                             

Kenapa aku cakap dorang jelous, pasal aku dapat bilik deluxe room kalau ikutkan rate RM186.90 . Sebab tu dorang suruh aku tinggalkan deposit kat kaunter. Aku pun pandai pergi bagitau dorang. Anway harga Hotel Maluri from my point of view still standard , dan hotel dia aku yakin untuk duduk sebab tak ada feeling takut-takut. 


      
                            

Bilik aku quite big, deluxe with 2 queen bed. Besar gedebak katil dia, nasib baik aku dah heret BFF aku sekali suruh teman aku duduk bilik ni. 



Overall aku bagi average markah untuk hotel ni, which is aku tengok management hotel ni tengah buat maintenance. Aku boleh tengok ada element future lama dan future baru dalam hotel.  Hotel ni ada standard quality kemudahan contoh TV with limited channel ada astro tapi tak ada vision 4, lepas tu ada peti keselamatan, bath tub , fridge, complimentary drinks, cerek...tapi tak ada room service. So kalau lapar, pandai-pandailah bawa diri turun ke bawah guna lif pergi ke restaurant dia. Tapi jangan risau area ni ada banyak kedai makan. Just that tempat ni very isolated from public transport,




Macam dijanjikan tadi, kalau korang nak dapat harga murah untuk book hotel via hotel quickly apps. Korang boleh sharing code korang with others. Macam kalau korang tak ada boleh download dan guna code MKONA secara auto korang akan dapat RM70 dalam account hotel quickly korang. Macam tu lah mek buat dengan memaksa kawan-kawan dan sedara-sedara download dan guna code kode ni bahaahahah. Lepas tu korang buat cara konah nescaya korang akan dapat deduction yang sangat murah!


Tak caya...gi buat sekarang! Sumpah tak tipu. Win-win situation.













Sunday, 21 December 2014

Kcolly experimental

I'm promise you to update my testimonial pasal kcolly collogen after a month. Aku rasa effect collogen sama sahaja apa jua brand pun.However I choose kcolly first of the reason sebab because dia berwarna pink. Some part of me memang suka pink! Pinkish ...wot wot wot .  Basically before consumed kcolly , i have skin problem. Till now..but it reduce slowly. 


                            

Day one
Malunya nak tunjuk muka ni, this is one day before I consumed kcolly . Macam aku cakap dulu i took 3 months betul-betul buat research about collogen. Sebagai seorang perempuan kita memang kena tambahkan pengambilan collogen terutamanya kalau siapa yang dah beranak. Collogen sort of our protien source dalam badan. Example siapa perasan kalau masa nak datang period belakang-belakang selalu sakit. Fyi girl, tulang belakang kita ada proses utama untuk membuat darah merah. Siapa yang kekurang minum susu habislah akan rasa cepat sengal-sengal.Antara yang perlu disedut di tulang belakang adalah sumber protien contoh collogen.Day 1 , masa tu kulit kering, bibir kering....selalu kena cover up pakai makeup




                         


Day 3
Aku rasa semua produk supplement kena minum air kosong banyak-banyak. So kena rajin minum 3liter satu hari, biarlah rajin ke bilik air. Mungkin dia nak plus semua toxin kita ada. This stage, nampak jerawat macam kecut-kecut sikit. 




                        




                                  


Seminggu
Nothing much....rasa macam sedikit bam bam mungkin stress belajar






                       

Sebulan

Ni jerawat tumbuh tak adalah merah-merah sangat biasalah datang bulan comparekan dengan first gambar . Ni tak pakai apa-apa pun, confident dengan naked face pergi kerja. Tapi rasa macam muka putih....betul ke?



                          
2 bulan
Ok this is another naked face recently I took my picture, even my sis pun tegur...akak kenapa nampak putih? Krik krik krik krik .....entahlah rasa macam biasa, tapi dari segi sudut kesihatan badan dah tak rasa lenguh-lenguh dekat office aku rela panjat tangga banyak kali compare dulu....bila dapat kerusi tak nak bangun-bangun.Rambut cepat panjang rasanya dah lepas bawah dada. Yang penting complexion muka dah kurang pore-pore yang besar macam muka bulan tu.





 
So this is my review of kcolly sweet 17, experimental approve dan rasanya aku akan stick dengan brand ni. Sebab cara consume dia pun senang tak yah bancuh dengan air. Terus ambik sudu, senduk ikut measurement given masuk dalam mulut dan kemam. Cuma rajin-rajin minum air kosong tahap masuk bilik air  5 kali atau lebih .

      

Wednesday, 17 December 2014

Beef Burritos with Cheesey Sauteed Mushroom/ Resipi Mudah untuk Burritos Daging


Senang je buat burritos ni .Macam kacang je buat dia. Boleh refer youtube sekali pandang lepas tu akan ada idea sendiri. Kalau siapa rajin pergi jelajah #foodgasm atau pun paling common makan di Chillis (one of Mexican cuisine) boleh dapat ilham untuk buat burritos. Resipi Beef burritos with cheesy mushroom sauteed ni memang daripada idea aku sendiri. Kalau tukar nama dalam bahasa melayu jadi Resipi burritos daging cendawan sauteed.

Bergantung kepada orang , burritos boleh dijadikan makanan snack, apertizer atau bagi orang Malaysia boleh buat main course. Korang boleh buat untuk event ataupun sesuai sangat untuk makanan jenis picnic. Sebab dia bukan jenis remeh.

Bahan-bahan yang perlu disediakan : 
1)Tortilla (Gambar disediakan untuk pastikan apa dia tortilla ni macam bentuk capati tapi bukan capati , tak kisah pakai brand apa. Beli murah-murah udahlah janji halal)


2)Daging kisar

3)Cendawan butang yang fresh , bukan dalam tin

4)Keju kepingang 4 segi tu yang selalu guna untuk sandwich

5)Shredded cheddar cheese

6)Salted butter

7)Kicap masin

8)Oyster sos

9)Salad (optional)

10)Bawang  merah potong mayang (asingkan)

11)Bawang merah + halia kisar (Ikut budget korang jangam banyak sangat nak buat tumis asingkan)

Cara masak : 
1. Mula-mula  korang kena tumis kisaran bawang merah dan halia tadi sehingga naik bau pakai  butter  (lepas butter cair baru korang boleh tumis) Pakai api slow bila tumisan tadi dah bangkit bau

2. Susun bawang yang dimayang tadi dekat atas tumisan penuhkan macam buat layer atas tu. 

3.lepas tu baru masuk daging kisar yang dah lembut bukan yg frozen lagi. Ratakan atas lapisan  bawang tadi. Kira sekarang ni ada 3 layer . Layer pertama kisaran yang dah ditumis, layer kedua bawang potong tadi layer ketiga daging kisar.

4. Tunggu sampai berubah warna daging, dalam periuk atau bekas korang masak tu akan berair sikit sebab datang dari daging. 

Lepas tu lagi satu tips korang jangan letak butter lebih sangat sebab lemak daripada daging kisar tu akan keluar kalau tak berminyaklah dia.

5. Lepas dah tukar sikit colour untuk keseluruhan daging kisar tu baru korang boleh gaul seratakan dan korang boleh masuk fresh mushroom tadi. Tujuaan sebenarnya layer bawang tu nak harumkan aroma daging dan biar bangkit rasa manis daging.

6. Biarkan mushroom button tu berubah warna jangan lupa gaul serata dan api kena perlahan sikit. Lepas tu masuk kicap masin ikut rasa gaul serata dan biarkan kicap meresap masuk dalam mushroom dan daging

7. Lepas macam agak-agak meresap , boleh  letak sos tiram ikut rasa untuk caramelized kan lagi semua bahan tu. Gaul rata semua bahan

8.  Bila dah nampak macam perang dan meresap dan semua dah masak baru boleh angkat. Asingkan bahan yang berair dalam bekas lain boleh guna untuk lekat tortilla nanti.

9.Proses gulung tortilla bermula tapi sebelum gulung , letakan inti ditengah-tengah : cara letakan dia jangan letak banyak sangat(serdahana) karang terlebih susah nak gulung tak pun tortilla pecah kalau jenis nipis.

first layer : Cheddar
Second layer: daging + mushroom tadi
third: shredded cheedar atas tu

lepas tu gulung style gulung popiah.

10. Lepas dah gulung tortilla dalam bentuk popiah dengan berapa banyak yang korang boleh buat panaskan pan (tanpa minyak) dengan api perlahan dan terbalik-balik burritos  dan agak-agak garing angkat dan ready. So cheese dalam tu pun akan melted.

Dah boleh Makan dah!