Friday, 27 February 2015

CPUV,CPC Nuffnang dan Rezeki


Prologue : Percayalah setiap orang rezeki lain-lain dan berbeza. Itu aku pegang.





Setiap kali tusukan jarum iblis menusuk hati aku. Aku tepis jauh-jauh. Yelah aku ni sekadar picisan blogger. I show , I feel, I write. It prinsip apa aku tulis.  Dulu pernah sekali orang kata 1000UV baru dapat income. Atau kena ada follower beribu riban baru lah bergerak-gerak.

Tak sedikit benda tu meluntur hobi aku menulis. Yup, I like to write...everything , sincerely .This is my journal. Namun begitu setelah berjumpa pelbagai blogger yang lebih berpengalaman.Banyak aku belajar. Setiap daripada mereka mempunyai prespektif  ,idealist dan perjuangan dalam blogging yang berbeza. Tapi apa yang sama, kami membiarkan ayat itu berkata-kata. Kata-kata adalah bahasa blog.


Kutip pengalaman dan luaskan kenalan blogger

Daripada pengalaman aku selalu kena invite invitation ke event Nuffnang masa 1st year aku menulis dengan serious. Masa tu memang CPUV ke CPC ke... UV ke memang tak dapat sambutan. Tapi luckly Setiap invitation tu aku dapat. Memang gilalah kalau tak dapat. Memang dapat. Asalkan ada je movie premier . Mesti aku antara orang yang terpacak. Asal ada je event nama aku akan shortlist tapi bukan untuk advetorial berbayar. Adalah dalam setahun lebih aku dapat offer EXCEPT advetorial yang berbayar. Dapat pergi jalan Genting, fashion show, makan tempat-tempat best, jumpa one to one famous person , banyak lagi event yang aku dapat daripada Nuffnang.

Kalau nak fikirkan balik, aku sepatutnya tak layak kena jemput sebab to be honest  sebab masa tu UV aku boleh kira pakai tangan beb ( nak reveal pun malu). Sebab bila nak bercakap,hangout, dan berborak dengan blogger-blogger yang jauh lebih berpengalaman daripada kita. Kita akan rasa sangat malu. Betul tak? Sebab kita akan rasa sangat low self-esteem. Tapi aku lupa, sebenarnya masa aku attend event Nuffnang tu , Nuffnang kasi aku banyak peluang untuk kutip pengalaman.  Aku jumpa banyak blogger-blogger pengalaman masa event.  Sebenarnya rezeki yang Allah beri aku pada saat itu adalah pengalaman dan berkenalan dengan blogger-blogger yang berpengalaman. Macam mana nak bergaul dan share pendapat. Ingat senang kau datang event seorang-seorang lepas tu kau sorang je noob. Yang lain semua duduk berpuak-puak. Aku gagah tebalkan muka bergaul walaupun kadang-kadang ternampaklah juga aku noob. Orang kata kalau bodoh, jangan sombong. Masa tu kat situlah berborak dan berkongsi dengan dorang-dorang.

Sabar
Lepas dah setahun lebih, sikit demi sedikit Nuffnang lepaskan aku. Perlahan-lahan. Masa tu aku tak rajin nak tengok dashboard aku bagai. Masa tu kecil hati jugalah aku dekat Nuffnang, ada satu tahap tu aku curang dengan menampal iklan yang bukan sekutu (A*******) dengan Nuffnang. Daripada glitterati  jadi non-glitterati. Lepas tu glitterati lepas tu jadi non glitterati. Lepas tu bila fikir balik, banyak-banyak iklan yang best serta analytical statistik yang transparent dan friendly user. Aku stick back balik kepada Nuffnang. Walaupun masa tu Nuffnang dah tak beberapa nak invite aku sangat.Kebetulan kebanyakan event kawan-kawan blogger ada post dekat social network, aku akan join jika berkesempatan. Masa tu CPC je jalan adalah RM1 macam tu, tapi CPUV tak juga gerak-gerak. Kosong. Beb...kosong....tapi UV aku start increasing.  Yang sedih tu kalau nak join sesetengah event UV kena mencanak paling busuk kau kena ada 300 UV. hurgh...tak mampulah aku nak join. Tapi aku tebalkan muka je join. Yang pasti kadang-kadang melekat juga. Dekat sini aku kenal erti sabar, sebab aku perasaan kalau aku consistent menulis UV aku akan meningkat. No wonder ada setengah blogger 1 hari sampai 2-4 post. huuhhuhuhu...bapaklah aku nak tulis apa?

So the best thing , aku cuba menjadi diri aku sendiri, sebab aku selalu mengingatkan banyak kali dekat diri aku Rezeki masing-masing. Rezeki orang lain-lain. One day, bila aku bangun tidur meleret laptop untuk update " apa yang aku kena tulis hari ni" Aku pergilah dashboard nuffnang  CPUV masuk!!!! tapi masa tu RM0.01 sahaja. Bahahahaha tapi excited giler!!!!!!!!! macam orang giler...Siapa kata kena ada 1000UV baru ada CPUV? gitu, masa tu terus aku bersemangat tulis. Tulis dan tulis dan tulis.Sekali sekala untuk elak syok sendiri, aku tanyakan kawan aku, ok tak aku tulis? Manalah tahu, ada setengah orang tak suka macam ni lah. Ada setengah orang tak suka macam tu lah. 

aku start adapt dan boost up apa-apa yang patut. Contohnya contact me (memang sangat penting untuk ada ni kalau tak macam mana orang nak contact kau), rajin update, keyword penulisan dan apa-apa yang penting be yourself. Walaupun rezeki aku untuk tahun kedua dengan Nuffnang macam kurang, tapi aku belajar erti sabar dan setia. Alhamdulilah walaupun tak diterima event tapi selalu ada CPUV yang masuk. Sikit -sikit. Noob macam aku ni kalau dapat RM 0.001 dah syukur dah.


Miracle Happen
Aku tak tahulah, ada satu waktu  tetiba CPUV zasssssss sekali masuk. Terkebil-kebil juga aku. Macam ajaib, tetiba je mungkin berkat kesabaran dan tak jemu aku. Apa yang aku perasan bila aku fully permanent pakai tudung. Rezeki dekat blog mencurah-curah. Orang kasi ni, orang kasi tu Untuk buat review. Kadang-kadang nuffnag suruh buat blogbuster campaign. Tapi kuat hati aku mengatakan ini rezeki berhijrah.Ada invitation personal email ke aku. Yang membuatkan aku yang noob ni sedikit terharu. Apa yang penting, again aku cuba jadi diri aku. Alah rezeki orang masing-masing lain. Kalau nak advetorial berbayar, aku pun fikir balik...aku ni siapa?picisan yang noob, lepas tu muka pun bukannya macam Behaiti ke Cara Delevingne ke... Kate Middleton ke. Aku pun kena ingat, ada 250,000 blogger kat Malaysia ni di bawah Nuffnang. uhuhuhuhuhuhuhu. Agak-agak aku noob ni kat takat mana.

Miracle do happen! kalau kita tak stop believing. Thank you nuffnang! and Thank you readers and friends sebab dok baca teori-teori gila aku serta blogsphere aku kat sini. 


Lastly Happy  Birthday Nuffnang yang ke 8! ! Blog Macikz Konah pun baru 2 tahun 4 bulan.

Thursday, 26 February 2015

cucuk-cucuk

Korang layan cucuk-cucuk? Aku petama kali layan makan cucuk-cucuk ni masa aku belajar degree dulu. Zaman-zaman culture shock pergi clubbing dan masa dulu club buka sampai 7 pagi. Itu zaman dululah, zaman aku hingusan baru nak
Kenal dunia ni macam mana.


Sebenarnya sampai sekarang aku layan cucuk-cucuk. Tadi aku baru lepas balik kerja, tiba-tiba mengidam nak makan benda ni. Sekali-sekala nak adveterous makan. Sambil makan layan duduk tepi jalan tengok gelagat dan karenah manusia. Korang boleh nampak awek dengan pakwe bergaduh, nampak polis kejar kereta, nampak kereta cantik macam Lambo, Ferari, Mesarati etc. Macam-macam gelagat korang boleh nampak.


Sebenarnya kesedapan cucuk-cucuk ni bergantung kepada kuah. Aku paling suka layan sos kicap steamboat, letak kuah kacang dengan sambal steamboat tu. Selain daripada kuah, cucuk-cucuk tu kenalah fresh dan lepas tu air yang masak tu kenalah sangat-sangat panas. Supaya kita tak terhegeh-hegeh nak tunggu cucuk-cucuk ni masak. 



Bila tengok benda tu dah masak, macam teruja-uja  tengok dia berasap-asap.
Setakat ni ada satu tempat aku suka pergi makan, cucuk-cucuk dekat Ampang park .Dia selalu buka dekat tempat Tutti Frutti. Tapi sayangnya cucuk-cucuk ni selalu buka lambat, lebih kurang pukul 8 lebih malam. Yang kat situ, kuah kacang dia memang killer.  Yang ni , aku baru try rasa dekat depan Tesco Ampang .Brother ni  buka depan petronas tu.



Bagi yang tak pernah cuba, satu cucuk ni harga satu ringgit. Kalau dah makan 10 cucuk untuk orang yang kus semangat macam aku ni pun dah kenyang. Kalau tak kus semangat, makan 5 cucuk dah kenyang teramat sangat.


Sekali-sekala layan cucuk-cucuk memang terlayan terutamanta kalau dekat jalan-jalan besar. Boleh cuci mata

Window atau tingkap?





Ini adalah sesi mengimbas balik kenangan aku bila
aku buat troubleshoot dekat pelanggan aku melalui telefon
Aku rasa ada kot lebih kurang 4 tahun lepas
Selalunya aku dengar cerita ni melalui "mock call"
Dan tidak pernahlah terfikir terjadi dalam hidup aku.


4 tahun lepas, aku rasa line broadband kuasa tinggi
tak meluas lagi. Plus fiber optic di Malaysia
orang kata quite risky nak buat teknologi.


One day, aku terima call daripada pelanggan
yang melaporkan kesukaran untuk masuk ke dalam internet.
Kata dia internet mati. Jadi dengan penuh bersemangat waja
aku cuba selesaikan masalah pelanggan aku tercinta.

Bermula dengan basic troubleshoot aku buat.
Aku minta dia buat direct connection antara RJ45 , modem dan komputer.
Namun aku mengalami kesukaran untuk membantu pelanggan aku sorang ni
bila dia tak beberapa faham di dalam "term" teknologi.
Yang lebih membuatkan aku  sukar nak tolong Uncle ni
Bila dia merayu nak buat connection dengan anak dia dekat oversea
Gila tak touching? Sebab Dia kata dia rindukan anak dia.

Jadi dengan gigih aku cuba "try and error" apa masalah dia
padahal dekat dalam session DB. Line connection dia memang
sepatutnya no problem at all.
So aku menganggak sessuatu. Mesti window dia  berstatus offline.
Lepas tu aku tanya " Uncle... tolong tukar status window offline jadi online"
"Uncle tak faham." Suara sedih dia menjawab ...aku lagi lah bertambah sedih
"Ok macam ni ,uncle tutup semua window dekat desktop tu" aku bilang
"ok, nak tunggu kejap" Uncle tu balas.


Aku tunggulah punya lama nak suruh dia tutup window
padahal aku rasa masa dia buat troubleshoot tu
komputer tu ada je depan dia.
Atau mungkin dia nak pergi tandas kot. Aku sedapkan hati.
Erk....tak akan window tu dia tutup.... (korang rasa window apa?)


Lepas tu ada kot dalam 7 minit aku tunggu,
Uncle tu angkat call. Dia pun jawab
"Uncle dah tutup semua window dekat rumah ni"
Kenapa tak dapat connect lagi?
Aku dah tepuk kepala. "Tak apalah uncle, Uncle tunggu esok"
saya hantar technician tolong uncle. Aku dah tak sampai hati
nak suruh dia buat troubleshoot lain

Wednesday, 25 February 2015

Berita Baik untuk Kaki Tangkap Gambar!





Assalamualaikum and hello korang!

Korang suka buat duit tak ? Bak kata mek..."alah duit celah-celah gigi"
Kadang-kadang duit celah-celah gigi nilah yang tolong kita di takala kita
tengah kesempitan dan kadang-kadang inilah duit tabung kita
ditakala kita bertambah berumur.

ok, straight to the point aku tengok mostly from aku
punya media social IG, FB mahupun Twitter
ada sahaja potential photographer wannabe. *ini satu pujian*
Dan ada juga yang betul-betul amature photographer
So why not beside you do freelance , korang tambah lagi satu tabung sumber korang.

Dimana dekat ezyposter  ,   bila korang share dan upload gambar
korang dah start boleh dapat earning. Senangkan?
Instead you all upload amazing picture dekat FB mahupun IG for free
Why not korang start buat earning?


Cara yang senang dan mudah untuk earning :

Apa yang perlu korang lakukan , senang dengan upload gambar yang berpotensi tinggi untuk dijual ( ya.... melalui online sahaja...senangkan uoolss sekarang ni nak buat duit kan?) tetapi dengan syarat saiz gambar hendaklah 8 Megapixel atau lebih. Dan kemudian , kalau customer ezyposter berkenaan dengan gambar tu. Dia akan beli untuk buat poster canvas.


Earning

Earning kita akan dibayar mengikut royalty fee untuk satu gambar yang dipilih oleh customer. Jadual dia dibawah


Macam mana nak Start ?


Senang je sebab aku dah buat, caranya mula-mula pergi dekat website dorang (link). Lepas to click register. Lepas dah berjaya register dan dapat confirmation bagai. Masuk balik dekat account korang dan click dekat bahagian submit product.




Lepas tu dengan di hujung jari kita...tadaaa.. kita upload dengan mudah. Kasilah nama commercial sikit


Kching kching!!! dah lepas ni tak payah upload gambar free tanpa bayaran dekat FB atau IG. Kita buat sikit duit. Aku sarankan korang baca FnQ dia untuk faham boleh direct dekat sini---> FnQ Ezyposter. Sila ucapkan good luck dekat aku sekali!!!!! kita tengok gambar siapa selalu kena pilih.

MaGGi Kari vs Mi Sedaap Krispi







VS









Siapa tinggal asrama mesti rindu suasana bila lapar.
Makan ramai-ramai
share-share nak -nak kalau ada member kamching
yang boleh dibuat kawan.
antara makanan yang menjadi rebutan budak-budak asrama
(ini zaman aku 15 tahun lepas)
oreo, roti chocolate Sweety, Mi Sedaap Krispi, Maggi perisa kari dan Asam laksa
Antara makanan yang kalau kena songlap
memang boleh putus kawan dekat asrama.


Tapi yang betul-betul menjadi lagend.
Aha..ting! adalah Maggi Kari dan Mi Sedaap Krispi.
Heater memang menjadi barang band di asrama
yang terpaksa dibawa sorok-sorok dan
disimpan dalam lipatan baju kecil atas bawah.


Rindukan suasana masa asrama dulu-dulu.
Masak mi dalam gelap. Kalau yang takut tanggung risiko
lepas habis prep pergi kantin bawa air panas
masuk bilik dorm
Kalau nak ambil air water cooler ...
haish takut cik ponti kejar pula.
Selalunya pergi ambil air water cooler ramai-ramai

Maggi kari sedap masa makan sejuk-sejuk
contohnya kalau time petang-petang tu hujan
hmmm... memang terbaik. Sebab ramai-ramai boleh slurrrpss
kuah ramai-ramai. Masak pun ada caranya
air kena bawah atau separuh daripada aras maggie.
Barulah menyengat rasa kari.


Mi Sedaap Krispi pula sesuai makan masa gossip
tengah-tengah malam nak lepas tension study
masak. gaul pakai grafu. tapi kalau pakai tangan
walaweh...sebenarnya sedap gila!
Geli? hurrmm korang yang rugi kalau tak rasa
pengalaman tu. Every inchi of mangkuk
yang kitaorang prepare menjilat sampai licin.
Yang paling tangkap leleh bila ada
kriuk-kriuk garing tu....itu selalu kalau owner mi sedaap
akan kedekut dan akan sorok daripada kawan-kawan


Dulu satu bungkus maggi kari dan mi sedaap krispi boleh kongsi 3-5 orang
Sekarang 1 bungkus tak cukup makan satu. Apa kes? mih mih mih mih


Tuesday, 24 February 2015

Nike Running Tights








1-2-3....another 2-3 days will be payout day. I'm nailed to Nike Running Tight currently, furthermore is been a while I'm not joining futsall with my friend. I did not sure what's happen to them. We have group in whatsapp but currently all the members remain silence. * krik krik krik krik*

But never mind, I do my shopping window today via my office desktop.  I saw the brilliant splash colour on the Nike Running Tights for women. What I know Nike Running Tight have feature Dri Fit for moisture-wicking. So when you sweat, it will stay dry ( First I thought Dri Fit technoloy ni kalau basuh makin kecil. Now I know what the meaning of Dri-Fit.. *ngeh*). So far Nike tights more likely comfortable , sleek and stylish one. Looking forward!

Review Mee Jawa @ Publika


Prologue : Aku tak faham citarasa orang kaya nowadays di dalam makanan.


Kalau sebut Publika dua tempat makanan ni aku tak akan pergi
Chawan dan juga Ben's
Chawan pasal makanan dia sangat lousy, tak sedap, sejuk tapi harga mahal
Ben's sikap biadap staff dia yang lebih layan customer dia pakai kredit
Aku pernah sekali campak duit dekat staff dia dan kata
"saya tak berhutang pakai plastik dan saya bukannya lepak minum air SAHAJA sampai berjam-jam"
Lepas tu terus aku pandang Ben's sebelah mata.
Pasal penangan attitude staff di Publika
Sedap ke? Tak sedap langsung.
Plus staff third minded thinker
Kesian, orang melayu yang baru kerja best
tapi pandang serong dekat customer Melayu sendiri.



Kemudian minggu lepas, kawan-kawan aku ajak lepak
Dorang pilih Chawan, mati-mati aku kata " jangan"
Tolonglah Jangan.
Dorang akur dan pilih Mee Jawa seperti aku sarankan
yang mati-mati aku ingat sedap gila
sedap gila berdasarkan blog review aku baca





Bila aku tengok staff dia persis " kepulauan Archipelago" 
Aku budget sedap bangat!
Dah tentu menu aku pilih mee jawa, one of my fav food
kalau dekat JB, orang panggil Mee rebus.
Yang bestnya makanan aku sampai dulu daripada dorang
Tup..tap..tup...tap... bila makanan aku sampai.


Maik aiih...cair gilaaaaaaaa....seh!
Rupa sekali pandang macam mee rebus stulang 
sebab kalau mee rebus Pak haji wahid pekat sikit
Tapi bila kalau dua kali kau perhatikan betul-betul
Kecairan tu kau boleh tengok
warna pinggan dasar kau. Cair tak ?
Lagi pekat warna teh ais mamak tu.


Dahlah pakai cili merah. Tak versatility langsung
Mee jawa pakai cili hijau lah awak! bukan cili merah
Ini yang review blog-blog kata sedap?
Oklah. Aku pun tak mahu pandang sebelah mata.
Mak aiihhh kuah tak ada rasa kentang
mahu pun keledek.Gagah rasa rempah kari campur 
aku ada terasa sikit tepung jagung. Kekononya nak pekatkan kuah.
Telah menjawab persoalan aku kenapa warna kuah
mee jawa dekat mee jawa tu cair.



Kalau cakap pasal mee jawa,
Aku tahu masak mee jawa, sebab tu aku tahu
apa yang kurang.
Silap oranglah sebab lagi satu apa aku suka makan ni.
Gagah aku habiskan pasal Boyfriend aku belanja.


Lepas tu cucur udang.
Cucur udang tu entah berapa kali kena "preheat"
Warna gelap hampir ke level hangus
tapi dalam tasteless
Macam mana aku tahu "preheat"
Sebab dalam sejuk luar panas.
Wak lu!










Tak larat aku nak condemn makanan kawan aku yang lain
Tapi the only one yang betul sedap dan boleh tahan
adalah Tom yam dan nasi putih dia.
Aku yang masak tak sedap ni,
Aku rasa lagi sedap masakan aku compare kat situ




Sekali aku dengar staff-staff dia berborak
aiiih...bukannya daripada kepulauan.
Tak mymar , burma
Lain macam je loghat dia.

*krik- krik -krik* 


p/s : ini bukanlah kali pertama aku makan di Mee Jawa. Patutnya sedaplah. Cuma kali pertama aku makan di cawangan Publika yang lousy. Balik, aku fikir diam-diam. Dah kenapa- tekak orang-orang kaya sekarang ni. Teruk benar. Aku rasa aku yang miskin ni lagi nikmat dapat makan

Monday, 23 February 2015

Resipi Butter Kek paling Senang


Assalam and hello!

Hari ni kita main masak-masak tapi style masak paling senang dan mudah. Resipi ni saya ambil daripada Kak Namee Roslan. Cuma yang bezanya kak Namee pakai base Cadbury, aku pula pakai base oreo. Sahaja  nak buat testing. Alhamdulillah nasib baik menjadi. Resipi Kak Namee senang, boleh ingat terus bahan-bahan dia.


Bahan - bahan Butter kek yang paling senang : 

1 buku butter ( aku tak sure Kak namee pakai unsalted ke atau salted...tapi aku pakai unsalted--> kurang lemak sikit)

4 biji telur

1 cawan gula halus

2 cawan tepung gandum

1 sudu besar perisa vanilla



Cara- cara  nak masak Butter kek paling senang:



masukkan butter ( yang dah cair pada suhu bilik) berserta gula. Kemudian mixer sehingga sebati dengan kelajuaan rendah. Pada masa yang sama- preheat oven pada takat 160 darjah celcius selama 20 minit.


Lepas dah sebati, masukkan telur ke dalam adunan. Masukan satu per satu. Pecah satu mixer, kemudian pecah satu mixer sehingga selesai



Kemudian masukkan tepung ke dalam adunan. Kalau rajin, pergi tapiskan tepung ke dalam adunan. Petua-petua orang tua, kalau nak dapatkan struktur kek yang halus dan lembut tapiskan dulu. Kalau rajinlah.Aku terlebih rajin sikit sebab nak kasi orang-orang tersayang makan. mak aku, adik aku, bff aku dengan kakak angkat aku. So kena buat elok-elok. Lepas adunan dah hampir sebati masukkan perisa vanilla satu sudu besar nak lebih sikit pun boleh, biar kasi wangi.


so masa aduan tepung tu tengah mix, korang dah boleh prepare loyang korang. Aku suka pakai spray oil sebab dia kemas  tak payah nak letak kertas minyak bagai. Aku suka panola brand. Spray dalam dulang dan ratakan dengan tisu.


Lepas tu bila adunan dah sebati, buat satu lapisan layer pertama dekat dalam loyang

lapisan kedua taburkan oreo. Tapi bila aku dah buat, aku rasa better korang pakai original resipi kak Namee roslan .Sebab macam kurang berlemak. Tapi siapa suka serdahan dan tak berlemak, korang boleh proceed ikut cara aku.

Bila adunan dah siap korang boleh bakar. Pada takat 160 darjah celcius pakai api bawah selama 30 minit. Just in casa permukaan dia tak tukar warna. lepas habis 30 minit tu tukar pula api bawah tapi buat sekejap je 2-5 minit. Dah tukar, cepat-cepat tutup. Angkat dan sejukkan di atas tray penyejuk.



Dah sejuk baru boleh hidang. Selalunya hari kedua baru rasa dia bangkit. Resipi Kak Namee Roslan tu memang Resipi butter kek paling senang dan sempoi untuk orang yang sempoi.

Saturday, 21 February 2015

Petua hilangkan blackhead dan whitehead


Prologue : Konon-kononnya rajin , hendak buat spa DIY katanya dekat rumah
Dulu masa first year dekat University. Aku kena duduk dorm. Nak diikutkan cerita dalam bilik tu ada 4 orang termasuk aku. 3 daripada roomate aku daripada pantai timur. Cantik-cantik orangnya dan luckly dorang pun sporting (jarang dapat kawan orang pantai Timur yang sporting). One day , aku balik kelas. Dorang buat slumber party (slumber party ini istilah aku kasi, untuk dorang adalah santai-santai duduk-duduk sambil share tips kecantikkan). Tetiba aku tengok , Kak aitirah pecahkan telur ambil bahagian putih, lepas tu ramai-ramai tepek muka dengan tisu macam masker. Aku naik join masa tu tapi takut sebab hanyirkan. So lepas balik rumah, aku try sendiri rumah. Ha...ambik kau melekat-lekat blackhead dengan whitehead aku. So sampai sekarang aku buat.

p/s : Hendak bandingkan rajin dengan tak rajin je. Kalau kita dah beli Biore pore pack tu dengan eggs mask tapi tak tepek juga pun, tak guna je.


Harga kos

Masker Egg white selalunya korang beli dekat luar dalam RM19.90
Biore pore pack lebih kurang RM5.90 - RM8.00
Putih telur pecah sendiri dekat rumah (sebiji telur = RM0.20- RM0.50)



Petua hilangkan blackhead dan whitehead

Pecahkan telur, asingkan putih dan kuning telur ( kuning telur ni boleh simpan untuk breakfast esok. Kalau rajinlah) .Sediakan berus kosmetik yang digunakan selalu untuk pakai blusher.




Lepas tu sapukan telur putih pakai berus dekat bahagian muka. Tekankan (lebihkan telur putih ) di kawasan T zone. Atau kawasan yang kemunkinan besar ada banyak blackhead. Kalau aku bahagian T-zone dengan bahagian daku. Selalunya aku buat lepas dah mandi, sebab pore-pore tengah lembut . Atau pun kalau tak mandi. Pergi stim dulu muka biar kasi lembut sikit kulit. Masa sapu ni. Kita akan rasa putih telur ni sejuk dekat muka. ( Yang tak tahan tu bau telurlah. tapi kalau pakai telur omega , bau hanyir tu agak kurang)





 ok untuk bahagian tisu, kerat tisu kepada bentuk yang senang kita nak tepek ke bahagian muka. Tisukan ada dua lapis, kita leraikan dua lapisan tu, Kita pakai satu layer. Untuk mudahkan tisu ni menangkap blackhead dan whitehead. Kalau aku , aku prefer tisu compare dengan kapas. Lebih kemas.



Tada....  dia akan jadi macam ni. Biarkan kering betul-betul. Agak mengambil masa lebih kurang 30 - 45 minit. Dan pada masa itu muka kita sangat-sangatlah tegang. Untuk percepatkan lagi proses pengeringan masker DIY ni. Duduk bawa kipas.





Dah kering betul-betul dan tak basah. Cabut masker daripada bawah ke atas. Kita akan nampak minyak-minyak dengan kulit mati kita pun terikut sekali.




(Abaikan kaki tibby tetiba muncul entah daripada celah mana), ok nak belik Miracle water tak mampu. Aku Beli Mask set SKII.  Kulit muka aku memang sensitive sikit , lepas buat DIY telur putih masker ni. Aku akan tepek pula masker treatment SKII untuk kasi makan dekat kulit muka aku. Aku prefer buat lepas masker telur putih sebab lepas ni senang nak serap masuk nutrien daripada SKII sebab kulit lepas buat masker telur putih ni lembut dan kulit mati pun dah tercabut sekali.


Kasi tepek dekat muka. Yang ni selalu aku bawa sampai tidur.



Ok ini muka sebelum dan selepas buat facial dekat rumah sendiri. Kulit lebih lembut lepas tu senang nak pakai krim pelembap.  Aku memang jenis maknusia tak bermekap. Mekap hanya untuk function sahaja. Cukup gincu, mascara dengan krim pelembap. Dah habis cerita.[ Tak adalah rajin sangat nak buat treatment ni, at least sebulan sekali patutnya kalau rajin 2 minggu sekali kena buat]

Tuesday, 17 February 2015

Hadapi Dengan Senyuman



Prologue : Kita semua ada masalah self-esteem yang sangat rendah.Cuma bezanya antara kita semua bagaimana cara kita menangani self-esteem tersebut.Merenung kembali apa yang aku ada di dalam kehidupan ini, Namun di dalam planet ini, tidak kira berapa banyak aku gembira,sihat atau berjaya dengan apa yang aku lakukan. Namun, ini semua tidak mampu untuk membuat aku senyum dengan berkeyakinan dan membuatkan aku tersepit untuk menangani "self-esteem" aku yang sangat rendah.  Ada orang pernah memberitahu aku "kategori "cantik" adalah mempunyai gigi yang teratur , putih dan cantik serta mempunyai bentuk muka simetri yang sempurna. Simetri sangatkah mereka itu"?






gambar hiasan

Dan percayalah kalau diberi peluang 3 hajat daripadaa"Genie in the Bottle" aku akan cakap satu sahaja aku hendak untuk hajat aku."Genie in the bottle, Saya mahu pendakap gigi untuk kelihatan cantik dan menawan" Itu sahaja aku minta dan cakap kepada Genie in the bottle. Tetapi kecacatan gigi yang aku alami semasa kecil akibat kemalangan basikal (ini salah satu sebab  kenapa aku agak trauma untuk membawa basikal ataupun apa-apa kenderaan beroda dua)  tidak akan aku benarkan untuk meragut kegembiraan dalam hidup aku.

"Hey, kita kan hidup sekali sahaja dalam dunia ni !, tak payahlah nak bergundah gulana "  moto yang aku cuba gunakan setiap kali aku berada self-esteem di takat 0 darjah celcius.









Aku cuba menjalani kehidupan ini seperti biasa dan bergelut dengan "self-esteem" aku yang rendah. Selepas tamat pengajiaan Ijazah sarjana muda di dalam bidang Fizik major sains bahan di Universiti Putra Malaysia . Aku bergelut lagi dengan self-esteem aku semasa mencari perkejaan. Pelbagai temuduga aku cuba hadiri. Tapi percayalah, apabila kita mempunyai "self-esteem" yang rendah ini akan melemahkan semangat kita untuk menghadiri temuduga. Dua bulan aku berusaha untuk mencari kerja yang setimpal dengan kelulusan aku tetapi aku  bergelut dengan pelbagai soalan :

kenapa mereka tidak mengambil aku berkerja ? 
Adakah kerana gigi aku ?
Adakah kerana aku gemuk? 
Mungkin jerawat aku?




Untuk maklumat semua ,sepanjang aku temuduga perkerjaan, sedikit senyum tidak dipamerkan di riak muka aku. Pada satu peringkat aku mula berputus asa, Aku ambil keputusan untuk menghantar kesemua permohonan kerja kosong hampir ke semua tempat terutamanya secara on-line. Hinggalah genap dua bulan menjadi penganggur , aku menerima satu jemputan temuduga di HQ, Digi Telecommunication. Dan pada saat ini tahap emotional, self-esteem mahupun mental aku sangat merundum. Sehinggakan aku terpaksa memaksa kawan aku Hana datang menemani aku untuk memberi dorongan dan semangat.









Kredit gambar kepada Szeehoong

Setiba aku melangkah kaki di HQ Digi Telecommunication yang terletak di Shah Alam, aku agak terkasima melihat suasana dan persekitaraan pejabat ini. Sumpah ok! tidak nampak seperti pejabat sepertimana pejabat-pejabat lain yang pernah aku hadiri, ibarat pejabat mini google yang berada di Malaysia. " Hana, I want this job badly" kata aku dekat Hana. Hana memberi kata pendorong kepada aku untuk terus yakin.Seperti aku cakap,  suasana dan persekitaran sangat mengamitkan perasaan aku. Sehingga aku lupa keadaan sekliling DiGi. Bangunan Bergelas, terbuka dan konsep reka cipta bangunan yang moden. Siapa yang tidak mahu kerja dekat sini, walaupun apa jua jawatan diberikan kepada kita. Kami berjalan-jalan  masuk ke arah cafe bakery DiGi (satu ketika dahulu ada bakery shop dalam DiGi)

,
,
,
"kedeeeeeebuuummmmmmmmmm....." aku terjatuh dalam kolam tersebut yang sama aras dengan pinggang aku  secara tidak sengaja sambil menjinjing file yang berisi dokumen pelajaran dan kelayakan aku di atas kepala. Hana menarik  aku keluar daripada kolam cepat yang boleh. Kalau mahu ikutkan hati, ingin sahaja aku patah balik untuk pulang ke rumah  kerana malu dengan orang ramai di situ. Daripada pinggang hingga ke kaki , baju kurung warna ungu tuah aku itu basah kuyup dek terendam dalam kolam DiGi.









"Patah balik ke , tak nak, patah balik ke, tak nak..."Soalan itu terbenak di dalam fikiran aku sehingga nama aku dipanggil. Aku masuk ke dalam bilik temuduga dengan perasaan malu yang amat sangat selepas kemalangan tadi dan aku diberikan kertas soalan matematik. Dengan kelulusan sarjana muda di dalam bidang Fizik soalan matematik yang diberikan itu adalah mudah untuk dijawab. Tapi di dalam keadaan basah kuyup , gementar serta malu mengusasai jiwa aku apabila aku melihat ada sesetengah calon mengertawakan aku dan ada setengah calon cuba menunjuk rasa simpati dengan aku. Tetapi ternyata kemalangan tadi merencatkan keyakinan diri aku untuk menjawab soalan tersebut.

"Keddeeeeeebuummmmm".......aku dengar percikan air untuk kali kedua. Dan terus aku melihat keluar bertentangan dengan aku adalah Hana termasuk di dalam mini kolam yang bertentangan dengan bilik temuduga calon. Aku tidak mengerti kenapa, tapi jujur aku maklum kepada kalian pada waktu itu memang kami sangka kolam itu adalah lantai.Kalau tadi aku menjinjing file tetapi kali ini Hana menjinjing telefon bimbitnya ke atas untuk menyelamatkan telefonnya. Ingin sahaja aku ingin berlari keluar untuk menolong Hana.

" As nur Hidayah Awanudin , you next" pembantu temuduga memanggil aku
"Alamak Hana aku pergi dulu....apalah malang nasib aku ini" bisik hati aku sambil menepuk dahi dan berlalu pergi.

Aku gagah melangkah sambil menyeret kaki untuk mencuba peluang dalam keadaan memalukan itu . Cuba kalian bayangkan perasaan dan situasi aku sekarang, dengan melihat kawan baik anda jatuh ke dalam kolam sebelum temuduga dan anda juga adalah mangsa sebelum itu. Istilah "first impression" untuk keterampilan aku pada hari itu adalah GAGAL. Tetapi oleh kerana keinginan melebihi segalanya. Aku tetap ingin mecuba walaupun percakapan aku gugup terutamanya di dalam bahasa English yang sememangnya bukan bahasa ibunda bagi aku.

Seorang lelaki, aku rasa sebaya umur ayah aku berbangsa India menyapa aku dan memperkenalkan dirinya sebagai Encik Suren. Oleh kerana kegugupan aku ketara, dia cuba untuk berbual - bual secara informal kepada aku. Tidak ditanya pula kenapa separuh badan aku basah kuyup. Oleh kerana kegugupan ketara, perbualan kami cuma berlangsung aku rasa lebih kurang 5 minit. Dan kemudian menyuruh aku untuk pulang.

" No...No.. No, this is not good sign" bisik hati aku.

Sambil berdiri untuk siapkan diri keluar, aku pusing balik kepada Encik Suren.Persetankan semua apa negatif yang dia atau pun apa yang aku fikir itu yang aku sumpah. Dengan tiba-tiba muncul keberanian aku untuk berkata-kata

" Sir, don't judge me because the way I look today. I need to admit today was not my lucky day. I had bad day today but it never become obstacle to me to attend to this interview. Please I begging you, judge my spirit , willingness and sacrifie to attend company interview. How did you feel, if you  at my place.  I promise to you , I will be one of your best worker. Try me for one month than you can kick me "'



" Try you ?" Encik Suren bertanya dengan nada sarcastic.

"Apa yang aku cakap dekat dia tadi ni, syaitain" Aku menyumpah kepada diri aku sendiri di dalam hati


" Yes, try me, 100% sure" Aku membalas balik apa yang Encik Suren tanya sambil aku cuba memberi senyuman keyakinan kepada Encik Suren . Dan aku sedar maksudnya agak berlainan kalau aku fikirkan semula



Percayalah ini adalah senyuman pertama aku semasa di dalam temuduga. Aku tidak peduli sama ada gigi aku berterabur atau jerawat aku bersepah  atau badan aku gemuk tapi aku sedang memberi senyuman  yang penuh keyakinan untuk memujuk orang tersebut untuk menerima aku berkerja di sini.Encik suren, membisu tanpa membalas apa-apa yang aku kata tadi. Sambil tangan dia menulis ke kertas besar-besar dengan ejaan

A.C.C.E.P.T.E.D


Encik suren seperti sengaja untuk aku membacanya sendiri. Dan dia memberitahu aku , sepatutnya keputusan temuduga diberitahu oleh HR bukannya daripada beliau. Tetapi beliau berbangga kerana aku ada ciri DiGi iaitu  promise,easy,respect dan Inspire. Dan dia memaklumkan kepada aku bukan ciri fizikal yang dia cari tetapi ciri ini di dalam calon-calon temuduga tetapi sifat ingin tahu dan keyakinan calon adalah pengukur. Aku mengucapkan terima kasih dan melangkah kaki keluar.



Hari itu, aku belajar untuk senyum, walaupun berapa dalam aku terluka dan malu dengan "self-esteem" aku yang sangat rendah. Aku senyum. Dan andai kata pada satu hari ada orang bertanya kepada aku " Kisah apa yang anda tidak dapat lupakan  dimana anda berjaya melarikan diri daripada pengalaman yang memalukan dengan senyuman yang menawan? Aku akan cakap " Saya tidak melarikan diri tetapi saya menghadapi  saat itu dengan senyuman" dan aku akan ceritakan kejadian memalukan ini kepada mereka sebagai inspirasi.





Kenangan tiga tahun bersama DiGi










Monday, 16 February 2015

Lunch @ NY Steak Shack, Mid Valley

( My dad shy with camera) bahahaha. Last Sunday after having express spa treatment . We decided to have our lunch at NY Steak Shack. Steak was aina and papa favourite menu while mama like to eat simple dish and me ? Tolak batu kayu. 


Mama and ainaa



Mama and ainaa , looking the menu. The price is pretty affordable ( I can said below chilis , tony romas and Manhattan Fish). I will share below picture, for better explanation about the menu I would like to suggest you to go to their website (menu link) . Currently NY Steak Shack status was under Pork -Free. Furthermore I'm not saw any suspicious menu that might cause we "was-was". But all source is halal and to validate the issue I check with utusan, NY Steak Shack already forwarded their certificate halal request to JAKIM ( still in progress). [Link]  So kalau siapa yang ragu-ragu don't worried . NY Steak Shack Malaysia adalah halal.







Burger menu






Another poultry menu. You can see the price slightly  affordable, we're quit surprising at first. Cause we taught in our mind the price maybe same as Chilis or Tony Romas price range.


Starter : Pumpkin  Soup RM 5.90


Their pumpkin soup rich , creamy , tasty and delicious. At first Ainaa quite scared to taste this soup cause macam belikan kan ada sup labu ? But when we eat this we feel like to order more. Since this is our first time. We don't dare to others another one- takut tamak haloba.


Drinks


Each of us order different kind of drinks. But one of drink catching us because it name and taste. Papa received free complimentary for this drink ( I don't know why). This drink call " spicy sprinkling mangoes) 





Main course



Ribeye steak - 150 gram [ RM25.90]

Papa order this. I did try  his steak...walaweeehhh so tender. Some give a feedback to me the food is quite so-so. But what I can said, NY Steak Shack Mid Valley branch is cool! Even thou the steak cooked well done. The meat is melting in our mouth and we can taste the onion that already caramelized into the meat.

Side dish : papa choose Mashed potatoes and mix vegetable ( carrot  & broccoli )



meatball & Pasta [ Rm 12.90 ]

Masa dimula-mula sampai. Kitaorang *krik krik krik krik* We thought "meatball pasta" should be red colour bahahahaha. That's our typical though. We're silent and looking to mama to tasted it first. "mmmmm sedap'. They using linguine pasta and cooked with caramelized onion, mushrooms and brown sause. Base on the meatball, I think it homemade. Kerana rupa bentuk yang tak sekata. Their meatball packed with meat. My mum just had 2 meatballs and she's totally full.



NY Striploin  150 gram [ RM25.90 ]



The most tendentious steak compare to papa. I think. Rasa macam daging kebab. Plus I can tasted caramelized onion . I think this is prefect steak for NY Steak Shack. For side dishes Ainaa choose  fries and mix vegetable. 


  Rosemary Chicken [ RM19.90 ]
lastly my main course. It is 200 gram butterflies chicken part ( breast) that I tasted  mixed herbs like garlic and onions. I choose corn on cob and mix  vegetable.  Overall delicious, and the chicken totally healthy diet sebab no bone and fat. Macam pelik bila makan semua isi tak ada tulang. So I modified the taste ( since kalau 100 % adalah isi takut aku cepat muak) . I put some chili saurce amd mix with olive oil and  tart saurce ) . It satisfied my hunger... herbs , sweet and sour. Aku kan pelik sikit



Dessert




Neehhhhh kami kenyang! NYC Steak Shack so far have 3 branches  Mid valley, Sunway pyramid & IoI City Putrajaya.



Mid Valley

Lot LG-012, LG Floor,
Mid Valley Megamall
1, The Boulevard Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
58200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2201 6132




Sunway Pyramid

LG 2.45 & 2.46, LG2 
Sunway Pyramid Shopping Mall
No. 3, Jalan Pjs 11/15,
Bandar Sunway 46150 
Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-5612 7217 



IoI City Putrajaya

LG-045, Lower Ground Floor
IoI City Mall
IoI Resort
62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel: 03-8957 2342