Monday, 14 September 2015

Resipi Roti Telur Goyang

Inpirasi berdasarkan telur goyang yang sememang terkenal di Ipoh. Entah ada beberapi kali saya telah menjejaki di Ipoh....malangnya nasib tidak selalunya menyebelahi aku untuk rasa roti telur goyang orginal made from Ipoh.

Orang kata kalau nak best atau kick...atau mmmmpppmm (macam iklan teh lipton tu)  kena makan dekat tempat dia terkenal . Ibarat coconut shake klebang Melaka...kalau ada cawangan di KL orang masih lagi tergila-gila berpusu pergi jalan pantai Klebang yang jammed tu. yakini mutu dia bila dah terkenal dah out.


Oh ya kalau di Kelantan pula Roti telur goyang ni turut popular dengan nama Roti titab. Di mana setiap penjuru Roti akan ada kaya. Yeaah itu beza yang Ipoh dengan kelantan.



Step one... Panaskan air di dalam periuk yang telah dimasuki satu sudu kecil cuka putih dan garam secukup rasa dengan api yang besar. Sukatan air itu penting pasti boleh tengelam kan telur yang dipecah nanti akan melekat pada dasar.






Step two....tips kalau nak telur cantik, pakai telur ayam kampung. Tips kedua pecahkan telur dalam cawan.

Bila air sudah mendidih, letak telur di air yang mendidih dengan letakan cawan yang ada telur dengan tengelam kan cawan tu sedikit dengan air tadi. Air yang mendidih tadi dengan api yang besar akan membentuk telur tu seperti dibungkus. Pastikan telur tak melekat pada dasar periuk dengan gunakan senduk untuk periksa bawah telur. Ambil air daripada air mendidih tu sikit pakai senduk dengan tuang atas telur tu itu masakan telur tu dan putih telur akan jelas kelihatan menunjukan telur sudah boleh diangkat pastikan dia tak beberapa pejal sangat atau lembik sangat just nice.


Step last....angkat telur dengan mengunakan senduk yang boleh tos air. Biarkan air habis menitis, dan letak atas tisu dapur untuk serap air berlebihan. Lepas tu boleh hidangkan telur bersama roti mengikut kreatif masing- masing. Ada yang nak letak roti bakar kaya, ada nak letak roti bakar dengan mentega, kalau rajin you can do extra mile dengan buat egg benedict. Selamat mencuba.



1 comment:

Hello readers! I need a feedback. Negative , postive , happy or angry is important for me to improve my writing! - Love xoxo