Friday, 30 October 2015

Military Diet session 1 Review

Session one ?. Ya Allah, I'm struggling a lot and more focus in this time. I manage to discipline myself by following all meals diet Military diet.  I start on 27 October 2015 and last on 29 October 2015.


3 day menu diet in Military Diet



What they said about Military Diet : This diet can lose up to 4.5 kg in one week. This 3 days diet is cheaper and you are eating right. The food combinations in the military diet are designed to burn fat and kick start our metabolism. The military diet is one of the natural diet weight loss without a prescription

What I said about Military diet : This diet is pretty tough for beginner unless  if you're discipline . Most cheaper diet I ever experience and the food is easy to find except grapefruit. I lose 1 kg in 3 days . I need to strong sprit and mental.  My obstacle is environment  surrounded me . (People often tease us when we seriously in diet mood…)


Result : Lost 1 kg in 3 days  and excited to write down in my blog. I need to wait for another 4 days to know the result.

This picture has been taken on 18 October 2015







After Military Diet Session 1

Action plan : I already set the date for next session. In November 2015  there will be 4 session and end of November I would like to target my weight will be around 75kg







This is my action plan for November 2015



So I will have 4 day off from Military diet and will continued next week Tuesday. This is what I'm afraid off. During this 4 days, I might consume back my old weight. Today is my first day off , I stay clean and kick off my day with smoothie and for lunch I cooked fry mix veggie and shredded with chicken breast. Here recipe banana peanut butter



Breakfast 1st Day off : Banana Peanut Butter Smoothie



Banana Peanut Butter Smoothie Recipe ( my own way version) - 300 calories

1 banana (cut into chunk)
2 tablespoon of gula Melaka
2 cups of milk
1 scoop chocolate ice cream (actually I just notice there are not ice cube in my refrigerator so I substituted with one scoop ice cream)
¼ cup peanut butter
1 tablespoon of Greek yogurt (optional)



Peanut butter in blended


Gula Melaka as flavour




Blended and this is your breakfast. Smooth and you gonna love it. Dan sangat mengenyangkan serta energy sampailah pukul 1 , taka da pun layu-layu. I hope this recipe can give some idea to you for your breakfast.  Eat clean and stay healthy peeps.


Xoxo Ash/Konah

Wednesday, 28 October 2015

Knowlegde dalam sakit barah payudara (breast cancer)





Kenapa aku kena risau pasal breast cancer ? antara fakta-fakta yang mengejutkan dan posibility kita untuk lebih berhati-hati , selepas aku digging information ni daripada salah satu majalah kesihatan yang papa kasi aku untuk baca bagi mengelakkan aku termenung tengok luar tingkap tanpa arah tujuan.


Antara punca barah  payudara 

(fakta mengejutkan jelah aku share,yang common tu aku tak share sebab sama macam punca barah-barah yang lain)

  • penuaan (posibility selepas menopause) , dan lebih menguatkan kita kena berjaga-jaga kalau dalam family kita ada yang kena barah (tak kisahlah jenis apa-apa) disebabkan genetik
  • Estrogen yang berlebihan (maksudnya siapa yang kena haid awal contohnya macam aku kena masa darjah empat)
  • Gemuk (tahap obesiti ,sekarang kena lebih berhati-hati tengok BMI kita )
  •  Perempuan tinggi ( entah pakar sains Amerika pun bengong nak explain rata-rata orang kena breast cancer ni majoriti semua orang tinggi macam galah, orang-orang ketot comel loteh tak adalah pula kena) *sumpah tak tipu artikel rujukan ada kat sini baca link ni*
p.s : percaya tak , tiga terakhir tu ada dekat ciri aku ?, dan bila sebut breast cancer bukan orang perempuan je dapat lelaki pun dapat tapi tahap yang rendah.


However, I believe yang kita boleh buat prevention kan ? Sebab aku percaya kepada qoute Prevent better than cure. Ya ndak ?


Antara langkah yang boleh diambil untuk mencegah barah payudara :

Kalau ada salah satu simptom kat atas tu bawa-bawa lah ambil langkah berjaga (contohnya macam aku, tetiba jadi freak healthy tetiba ni pehal?---> ni maksudnya faktor umur beb)

  • Diet - rerajinlah check BMI kita. Aku mengaku BMI aku sekarang ni overweight , sebab tu sekarang tengah diet gila-gila . Instead of diet, pemakanan pun kena jaga. Hari tu dengar rancangan Dr. Murhaya dot com jangan selalu sangat makan daging berwarna merah.
  • Rerajinlah exercise - Doktor Amerika kata, tak yahlah nak buat kaw-kaw sangat. Janji kita ada bersukan dan perbaiki lifestyle kesihatan kita.
  • Siapa perempuan yang tinggi-tinggi tu kena lebih peka kena jaga kesihatan bagai terutamanya makanan. Sebab perempuan yang tinggi-tinggi je selalu yang akan kena.----> itu pakar cancer Amerika yang bagitau, bukan aku ek.... (damn..... 167cm tinggi ke????)
  • Breastfeeding lebih enam bulan posibility tak akan kena cancer.......(sekarang banyak blogger tengah cerita pasal Breastfeeding),contohnya : (boleh klik nama untuk baca artikel pasal dorang tulis)

    Cik Epal
    Maria Elena
    Namee Roslan
     



Hari tu...kena admitted pasal demam virus. Suh check darah sekali...tengok untuk sel darah kanser ada ke tak...langkah berjaga-jaga je sebab alang-alangdah dapat kelebihan medical office, gunakan jelah. Alhamdulilah...clean...tapi simptom high blood pressure tu dah ada.#throwback

Cafe Peranakan Place, Low Yat

I'm applied  my annual leave before this (I think around weekdays,  can't  remember the day) and plan  to spend my holiday at Red box Low Yat,  KL.  I don't want to miss this opportunity since only weekdays they offer cheaper  price. 



Lepas  dah cucuk  duit dekat ATM machine ground level tu.  Perut  pun sama  naik  melalak nyanyikan lagu.  Damn.... lapar  katanya. Imagine,  I went to Plaza Low Yat around 10.55 am. Tak  banyak lagi  kedai makan yang buka dekat Lower ground Low Yat ni. There were few stalls  yang dah  buka.  Round punya  Round,  terjumpa lah kedai comei  yang tersorok depan  BBQ Korean.  Niat  di hati  nak  usha kedai Korean tu tapi  ada  label non-halal.hmmmmm..... Batalkan niat nak makan korean food BBQ tu,  so pergilah kedai Peranakan Place nuh depan kedai Korean  tu. 





Perut pun dah lapar,so  I decided  to have my brunch at Peranakan Place. Even  it was my cheat day,  I  carefully  selected my food. Kekonon nak jaga 1200 calories je.








This is kerabu lady finger. Itu  untuk perananakan/nyonya tapi Kalau in Malay ulam dan sambal kering *ngeh*. This kerabu is my favorite. Even,  we can prepare  it by ourselves  but trust me,  we're  unable to bet the nyonya's one.  The addition of dried shrimp adds depth to taste structure of this simple but scrumptious  dish. (RM 15.90). Calories  for Kerabu lady finger, I estimate  around 130 calories.






Sebenarnya killer dish dia adalah Roti bakar dia uoolls.  Kalau pusing-pusing KL nak cari Roti bakar best, salah satu tempat dia dekat sini.  Saya syak dia bakar pakai arang. These day,  Kaya  toast is consider Malaysia favorite dish and also a popular snack that delight with tea or coffea. (Roti bakar Kaya Dan mentega untuk satu set bersamaan Lebih kurang 390 calories)












Then I've tried Ice lemon  grass,  *Kirk krik krik* it might sound weird but this ice lemon grass is totally delicious. Taste milder and sweet but smell like serai.  *Dah  memang air serai pun*





Main course dish - cantones style noodles,  I'm sharing with my partner. Walaupun bentuk dia agak menakutkan tapi sedap woo. Noodles served in thick broth and I like the tasty cripsy (but not so crispy) soaking up the egg based sauces.  So blended. This dish might have around 300 calories. Masa tu dah terfikir daripada makan roti bakar dua set yang boleh cecah sampai 600 calories tu baik makan sepinggan cantones style noodles dia.  Haiyaaa.... takpelah ni balik rumah denda sejam buat aerobik kat rumah. 


For my opinion  tak rugi makan dekat sini,  you guys should try bread kaya  toast dia.  Memang nalek, sedap, crispy macam  Roti zaman - zaman atok  kita.


Cafe Peranakan Place Plaza Low Yat
LOT LG 031 & 32 
PLAZA LOW YAT
NO. 7 JALAN BUKIT BINTANG
KUALA LUMPUR








Tuesday, 27 October 2015

Corset Training and Diet

In this early morning, I decided to switch my routine diet from TWA diet( my article before)  to Military diet. This is my process flow  planning diet :





I have notice after at certain weight, we’re unable to drop the kilos. This time I want to push my limit to extra miles. I carefully read the new plan diet . It called “Military diet”. My planning follow the management planning concept and is easier to organize and determine our weakness.









(PADIM) stand for Planning, analysis, Design , Implementation and Maintenance. I start determine to drop down my kilos in 2013. But it not working out properly cause I’m not consistent on it. Susah beb, If girl use shopping as their therapy, mine? Food is my therapy.


(hantu makan , somewhere picture 2014)



After a few years, I’ve notice that not all diet suitable to certain body. We need discovery by ourselves, like I do by  keeping my blog as my journal.  And I’ve been notice in this 2 years, there are some food can sabotage my weight such as rice, carbonate Drink & fry food.  I don’t eat any extra supplement to lose my diet except corset training. In this 3 years, corset training helps me a lot in shaping my body. From flabby to ripped.


2013,2014 and latest 2015

PSSST  but not totally ripped sangatlah.   I used words as “ training” because when you wearing corset you need full of discipline. It must be consistent if you want to get good result.  Above picture was the result after 3 years. Itu pun sebab kadang-kadang pakai, kadang-kadang tak. I have two corsets. One is Premium Beautiful and another one under triumph brand.  So far PB is high recommended.  Additionally , I realize and figure out that all this while I’m wearing wrong bra (since my mother stop buying for me..entah beberapa tahun dekad yang lalu). Maybe this is one of the reason, why I look bam-bam (fatty) cause I have ill bra fitting for all this time.Did you know 90 % women in Malaysia wearing wrong bra size. So badan  macam aku ni pun jadi macam beranak  lapan orang. Padahal tak kahwin lagi. Sebenarnya aku diet gila-gila bukannya nak kurus melidi. I just want to get my ideal weight.






Current with high 167.7 cm,my BMI is 29 and under category overweight. I just want to achieve BMI 20 which around 60kg. I should be happy. Siapa ingat masa timbang-timbang sekolah people who are in 60kg kategori gemuk. Padahal masa tu kita tak belajar pun pasal BMI  boooo tak baik tau cakap orang lain gemuk. Lagipun frame rangka aku memang besar.  I have weird body (but I love it Cuma kadang-kadang kalau orang kritik aku gemuk tu..hmmm sedihlah sikit). kalau badan aku gemuk….macam tomato bergerak dan kalau kurus sangat  I will be look like queen drag.(  drag queen ke queen drag... Alah  senang  cerita saya  Alan kelihatan seperti pondan)


Back to corset training, I need to admit that I have ill bra fitting. So cepat-cepatlah pakai corset untuk betulkan apa-apa yang patut. Mama pesan badan orang perempuan nak pakai lama. So we need to some investment. Macam enjin kereta, nak pakai lama kena buat maintenance ya ndak ?



At first , I never get really serious to wearing corset. Leceh dowh…kena bangun awal, kena seluk sana seluk ni. Sebab you need to make sure that semua lemak-lemak kena berada di tempat yang betul.  Till I enjoyed when it able to support my back. Saya boleh duduk tegak and I look taller. Walaupun mempunyai ketinggian 167cm, I don’t have good posture because of my bad habit lifestyle, terbongkok-bongkok macam nenek kebayan.For me, corset is good indicator when I full. So I will eat accordingly to my portion.  Bila dah kenyang tu, full stop dah tak payah sambung-sambung.









Raya 2013


September 2014







April 2015




August 2015



Alhamdulillah, make it slow and steady. Perbezaan tu memang tak nampak daripada sudut fizikal walaupun kita banyak kali tanya kawan-kawan kita. Setiap kali aku tanya…”eh..nampak kurus tak?”
*krik krik krik * geleng kepala….tak lah tu tanda dia. Kalau sekarang aku tanya pun taka da orang nampak. Sedih jugalah kadang-kadang

What I do I’m digging my old picture from previous entry blog. Memang nampak berubahan. Bila nampak dari situ baru start motivasi. Tapi bila dah ada perubahan , janganlah jadi macam saya. Stop terus. Kau ingat…..bila jadi kurus dan berbentuk dalam masa 24 jam? *pengsan*



So kipidap to myself. Jangan give up…….untuk menjalani lifestyle yang health dan bermotivasi.









Saturday, 17 October 2015

Yuna Live in Malaysia 2015

I remember when I first time heard Yuna voice live at Istana Budaya a few years back before.  When I first time heard her voice live , I'm cried. Ya allah kenapa suara kau sedap sangat. If you heard from record and compare to live voice. I choose live.

There are no words to  describe my feeling on Yuna's music.Yuna's song and lyrcis inspire by her exprience. What I like the most her song about love and Girl power Attitude.

When I brought the ticket, almost a few seats leave. When I arrived, remark show : Sold out. Suprise suprise. Here some picture and video that I would like to share with you . Sorry for low resoulution . I hope I can share my excitement with you .


 
p/s : Love.... stay read and support my blog


































































Wednesday, 14 October 2015

Masak fish and chip yang ranggup


Hmmmm... Nowadays barang-barang dah naik. Saya lebih suka masak di rumah lagi pun sihat tak ada recycle minyak ni. Plus kalau dekat rumah lagi berbaloi dan partner keluarga saya pun puji masak macam dekat kedai ( kembang kejap bontot ni). Resipi ni saya adaptasi daripada Resipi Jamie Oliver yang beza Jamie pakai beer saya tukar kepada benda lain. Entah ramai puji macam makan kat kedai. Here some sharing tips untuk Resipi fish and chip yang ranggup : 





Bahan- bahan
Satu soda tin warna hitam
Tepung
Serbuk penaik
Ikan dory
Kentang
Garam
Black paper
Minyak
Sos tar tar





                              

Tepung bergantung kepada berapa banyak ikan yang ada. Tak semua orang suka tepung banyak-banyak ni. Depands kepada berapa banyak tapi untuk 4 keping ikan dory saya pakai satu cawan tepung. Untuk bancuhan pakai soda kosong (tanpa gula) . Selalu untuk yang soda ni tin dia warna hitam. Kemudian tambah satu sudu teh serbuk penaik. Dalam kes ni saya pakai dua sudu teh serbuk penaik. Untuk bancuhan janganlah tibai semua air soda tu, tuang sikit-sikit. Bagi saya bancuhan yang perfect adalah bancuhan yang tak cair sangat dan tak pekat. Just nice. Kemudian masuk dalam peti sejuk. Bancuhan ni lagi dia sejuk, lagi crispy masa kita goren. Itu adala tips daripada Jamie Oliver kasi kat saya (dalam buku dialah, tak akan saya jumpa dia pula)



                           
Ikan dory ni boleh beli dekat bahagian frozen kat pasaraya. Korang defroze dulu dekat suhu bilik lepas defroze lap-lap air berlebihan dengan kain/tisu dapur. Kalau boleh jangan ada air berlebihan involve. Untuk perapan dan untuk serap air korang boleh marinated dengan sapukan ikan dory ni dengan garam ikut rasa dan juga black paper sikit untuk hilangkan bair hanyir ikan and put aside.





                            
Sementara nak tunggu bancuhan sejuk sikit dan marinated tu meresap dalam ikan, korang boleh goreng fries dulu. Untuk fries ni , kentang saya rebus sampai dia lembut just nice. Sejukkan dulu dan kemudian potong ikut kita suka. Lepas minyak dah panas ,boleh goreng sampailah garing dan bertukar warna dah siap goreng. Letak tepi, gaul dengan garam ikut rasa boleh hias dalam pinggan. Ni chip untuk fish and chip la ni.




                          
Ok now boleh goreng fish dia, korang kena berenangkan dulu ikan di dalam bancuhan , dah baik punya selaput....berenangkan dia dalam minyak . Bila dia dah tukar warna keemasan .korang boleh angkat dan hidang




                           
So tada boleh hidangkan dia macam ni dan tar tar sos boleh beli kat kedai. Selamat mencuba korang! Xoxo.
 
 
 

 
   

Monday, 12 October 2015

The Stewardess Diet plan

Something to share…..effective but be aware

I  decided to follow stewardess diet plan. It already began couple months ago. I don’t know whether it successful or not but after comparing with my previous picture and current. I know there a some changes happen.  Stewardess diet is not recommended plan diet ( because it’s very low calories and takut when you start consume normal food you might get back your old scale). However this diet not harmful. This  diet may be a good option to try if you want to know either is effective on you or not.


Caution :
1. Never skip meal
2. This diet should be used for 4 days and then followed by 4 days of normal eating
3. Drink a lots of plain water









After




Before




Breakfast :
All 4 days ½ Grapefruit (sometimes I substitute with different fruits banana/papaya/green apple) + Black coffee ( no sugar)



Lunch
Day 1 :  Bahagian dada ayam rebus (boleh ganti dengan ayam stim nasi ayam) , salad mangkuk without dressing, satu potong jenis buah

Day 2 : ikan bakar (can substitute with protein and make sure no oil involve contoh macam lauk ikan singgang ke), salad satu mangkuk, one smoothie air buah buat sendiri.

Day 3 : bakar/rebus burger patty , salad , satu potong jenis buah

Day 4 : 2 telur rebus , satu jenis masakan sayur, satu gelas jus buah buat sendiri



Dinner
Day 1 :  2 telur rebus, satu jenis masakan sayur (kalau boleh elak goreng), satu potong jenis buah

Day 2 : satu mangkuk salad dan satu gelas jus buah

Day 3 : ayam rebus , sup sayur, satu gelas jus buah

Day 4 : ayam rebus / optional steak , salad satu mangkuk, satu gelas jus buah.






Good luck!




Wednesday, 7 October 2015

Kedai Makan yang kena cuba (Area Keramat, Setiawangsa, Wangsa Maju dan sekitarnya)

LanggaQ sup Utara


Lokasi di AU2, rasanya siapa yang duduk Keramat sat-sat sana memang akan arif kawasan ini. Bagi pengemar sup , anak jadi Utara atau sekali sekala nak makan sup. Recommended untuk makan  disini. Malah ini merupakan tempat spot saya terutamanya kalau mahu makan sup-sup. Dengan harga berpatut boleh try sup dia dan signature dish di sini adalah Moy sup. Sejenis bubur yang dicampurkan sup. Memang terangkat. Selain tersebut air signature dish dia air hijau-kuning (sebenarnya air jagung) antara air kegemaran anak jati kedah terutamanya pada musim bola sepak tempatan. Satay brother ni pun not bad gak.

Alamat : (landmark hujung corner) , LanggaQ Jalan AU 2A/17 , Taman Keramat Kuala Lumpur


Restaurant Barakah Pattani , Taman Sri Keramat



Landmark lokasi betul-betul tanah sebelah Jusco AU2, ada satu tempat makanan Melayu Pattani yang sedap. Untuk lauk-lauk dia memang terbaik. Tapi goreng-goreng macam mee goreng , nasi goreng (so-so je lah tapi oklah berasa).  Merupakan salah satu favorite saya kalau-kalau tiba-tiba berangan nak makan kerabu suhoon. Memang terbaik di sini. Selalu dekat sini Nampak family order ikan stim, tomyam dia. ABC dia pun agak menarik. Harga berpatutan.

Alamat : Cari Medan selera sebelah JUSCO AU2 yang terletak bersebelah asramai semai Bakti Felda dekat situ nanti akan Nampak signboard Barakah Pattani Tomyam




Restaurant AK-47, Bulatan Keramat




Ini pun lagi satu favorite tempat saya makan. Tempat dia agak tersorok-sorok di sebalik rimbunan pokok-pokok. Kalau lalu disini pada waktu senja dan malam terutamanya time masa dapat gaji, tempat ini selalu full house. Mungkin ramai yang datang kerana konsep atap rumbia dan bersila turut disediakan. Saya kalau  makan disini. Dua benda adalah  wajib untuk saya pesan : satay dan sup tomyam . Kalau nak banding Barakah dengan restaurant AK47 memang sedap lagi tomyam dekat sini. Tapi awas! Pedas!

Alamat : Jalan 37/56, Off Jalan Taman Setiawangsa 54200 Kuala lumpur (landmark Bulatan keramat yang menghala Jusco AU2)




Restaurant Fiske Steakhouse, Keramat AU2


Saya sempat merasa 2-3 kali dekat sini sewaktu berkerja di Pernec. Kedai makan ni betul-betul bertentangan dengan office. Kalau malam-malam, nauzubillah memang ramai orang berkerumun beratur makan dekat sini.  Kadang-kadang tak larat nak menunggu. Di sini adalah sajian western yang disajikan oleh orang Melayu. Dan juga terkenala dengan asam pedas Melaka yang sluprr meleleh ada dekat sini.Harga berpatutan tapi kalau tengah bulan boleh jatuh jadi kategori mahal.

Alamat : Fiske Steakhouse, Medan Selera Taman Desa Keramat



Warung Soto Berlada Mak Mah


Kedai ini diusahakan oleh pelakon veteran kita (Ruminah Sidek) atau dikenali sebagai Mak mah. Dekat sini memang terkenal dengan soto bergedil dan letak cili padi kicap yang sememangnya signature dish orang johor/ Singapore. Pendek kata warung ini menyediakan lauk johor/ Singapore seperti mi jawa( orang johor panggil mi rebus) , laksa, nasi ayam, nasi lemak dan soto dia memang terbaik .Tapi saya pun sebenarnya lama tak menyinggah warung ni. Mengikut minggu depan?



Alamat : Jalan AU1/2, Bengkel Mara Taman Keramat



Al- Ansar Steakhouse , Keramat


Antara western food yang affordable price dan lazat. Dulu masa zaman 10 tahun lepas sangatlah murah. Tapi harga naik mengikut peredaran zaman. Walau bagaimanapun ianya tetap murah. Dulu-dulu gerai ini ada terletak di atas. namun aku jarang pergi sini kerana kesukaran untuk mendapat parking. Namun apa yang saya boleh recommended untuk makanan di sini adalah chicken chop dia yang memang menjadi idaman tetamu tegar dia.

Alamat : Azeezah Al-Ansar Steakhouse, No.11 Jalan AU2A Taman Keramat




Cosy Restaurant, Setiawangsa

Ini lagi satu tempat yang best untuk makan dan lepak. Cuma yang tak best tempat ni tak ada tempat makan untuk orang merokok. Basically tempat ini adalah western. Usah risau halal ke tidak , memang halal sebab chef dia pun orang islam. Kalau makan disini favorite saya sememangnya Hainan chicken chop tak pun salted crab. Harga? Cekik darah sikit


Alamat : 27-29 , Jalan Wangsa Delima 2A ,Suburban Center II , Seskyen 5 Wangsa Maju.


Pop’s Comfort Food , Wangsa Maju



Ok, mesti korang tak perasan kedai ni. Dia ada betul-betul sebelah Burger king Wangsa Maju yang menghadap Wangsa Walk. Salah satu indie restaurant yang sempoi yang menyajikan makanan yang sedap serta berpatutan dengan harga. Hari saya pakai pasta Bolognese dia, memang awesome. Tapi rata- rata yang datang sini suka order burger patty dia. Nak cuba? Nah alamat dia


Alamat : Pop’s Comfort Food – Lot 28055 Jalan Wangsa Delima, Pusat Bandar Wangsa Maju. Seksyen 5