Wednesday, 7 October 2015

Kedai Makan yang kena cuba (Area Keramat, Setiawangsa, Wangsa Maju dan sekitarnya)

LanggaQ sup Utara


Lokasi di AU2, rasanya siapa yang duduk Keramat sat-sat sana memang akan arif kawasan ini. Bagi pengemar sup , anak jadi Utara atau sekali sekala nak makan sup. Recommended untuk makan  disini. Malah ini merupakan tempat spot saya terutamanya kalau mahu makan sup-sup. Dengan harga berpatut boleh try sup dia dan signature dish di sini adalah Moy sup. Sejenis bubur yang dicampurkan sup. Memang terangkat. Selain tersebut air signature dish dia air hijau-kuning (sebenarnya air jagung) antara air kegemaran anak jati kedah terutamanya pada musim bola sepak tempatan. Satay brother ni pun not bad gak.

Alamat : (landmark hujung corner) , LanggaQ Jalan AU 2A/17 , Taman Keramat Kuala Lumpur


Restaurant Barakah Pattani , Taman Sri Keramat



Landmark lokasi betul-betul tanah sebelah Jusco AU2, ada satu tempat makanan Melayu Pattani yang sedap. Untuk lauk-lauk dia memang terbaik. Tapi goreng-goreng macam mee goreng , nasi goreng (so-so je lah tapi oklah berasa).  Merupakan salah satu favorite saya kalau-kalau tiba-tiba berangan nak makan kerabu suhoon. Memang terbaik di sini. Selalu dekat sini Nampak family order ikan stim, tomyam dia. ABC dia pun agak menarik. Harga berpatutan.

Alamat : Cari Medan selera sebelah JUSCO AU2 yang terletak bersebelah asramai semai Bakti Felda dekat situ nanti akan Nampak signboard Barakah Pattani Tomyam




Restaurant AK-47, Bulatan Keramat




Ini pun lagi satu favorite tempat saya makan. Tempat dia agak tersorok-sorok di sebalik rimbunan pokok-pokok. Kalau lalu disini pada waktu senja dan malam terutamanya time masa dapat gaji, tempat ini selalu full house. Mungkin ramai yang datang kerana konsep atap rumbia dan bersila turut disediakan. Saya kalau  makan disini. Dua benda adalah  wajib untuk saya pesan : satay dan sup tomyam . Kalau nak banding Barakah dengan restaurant AK47 memang sedap lagi tomyam dekat sini. Tapi awas! Pedas!

Alamat : Jalan 37/56, Off Jalan Taman Setiawangsa 54200 Kuala lumpur (landmark Bulatan keramat yang menghala Jusco AU2)




Restaurant Fiske Steakhouse, Keramat AU2


Saya sempat merasa 2-3 kali dekat sini sewaktu berkerja di Pernec. Kedai makan ni betul-betul bertentangan dengan office. Kalau malam-malam, nauzubillah memang ramai orang berkerumun beratur makan dekat sini.  Kadang-kadang tak larat nak menunggu. Di sini adalah sajian western yang disajikan oleh orang Melayu. Dan juga terkenala dengan asam pedas Melaka yang sluprr meleleh ada dekat sini.Harga berpatutan tapi kalau tengah bulan boleh jatuh jadi kategori mahal.

Alamat : Fiske Steakhouse, Medan Selera Taman Desa Keramat



Warung Soto Berlada Mak Mah


Kedai ini diusahakan oleh pelakon veteran kita (Ruminah Sidek) atau dikenali sebagai Mak mah. Dekat sini memang terkenal dengan soto bergedil dan letak cili padi kicap yang sememangnya signature dish orang johor/ Singapore. Pendek kata warung ini menyediakan lauk johor/ Singapore seperti mi jawa( orang johor panggil mi rebus) , laksa, nasi ayam, nasi lemak dan soto dia memang terbaik .Tapi saya pun sebenarnya lama tak menyinggah warung ni. Mengikut minggu depan?



Alamat : Jalan AU1/2, Bengkel Mara Taman Keramat



Al- Ansar Steakhouse , Keramat


Antara western food yang affordable price dan lazat. Dulu masa zaman 10 tahun lepas sangatlah murah. Tapi harga naik mengikut peredaran zaman. Walau bagaimanapun ianya tetap murah. Dulu-dulu gerai ini ada terletak di atas. namun aku jarang pergi sini kerana kesukaran untuk mendapat parking. Namun apa yang saya boleh recommended untuk makanan di sini adalah chicken chop dia yang memang menjadi idaman tetamu tegar dia.

Alamat : Azeezah Al-Ansar Steakhouse, No.11 Jalan AU2A Taman Keramat




Cosy Restaurant, Setiawangsa

Ini lagi satu tempat yang best untuk makan dan lepak. Cuma yang tak best tempat ni tak ada tempat makan untuk orang merokok. Basically tempat ini adalah western. Usah risau halal ke tidak , memang halal sebab chef dia pun orang islam. Kalau makan disini favorite saya sememangnya Hainan chicken chop tak pun salted crab. Harga? Cekik darah sikit


Alamat : 27-29 , Jalan Wangsa Delima 2A ,Suburban Center II , Seskyen 5 Wangsa Maju.


Pop’s Comfort Food , Wangsa Maju



Ok, mesti korang tak perasan kedai ni. Dia ada betul-betul sebelah Burger king Wangsa Maju yang menghadap Wangsa Walk. Salah satu indie restaurant yang sempoi yang menyajikan makanan yang sedap serta berpatutan dengan harga. Hari saya pakai pasta Bolognese dia, memang awesome. Tapi rata- rata yang datang sini suka order burger patty dia. Nak cuba? Nah alamat dia


Alamat : Pop’s Comfort Food – Lot 28055 Jalan Wangsa Delima, Pusat Bandar Wangsa Maju. Seksyen 5




3 comments:

  1. Alhamdulillah saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal sebesar 8M,,mudah mudahan dana ini bisa saya pergunakan dengan baik bersama dengan keluarga saya dan alangkah bahagianya saya ini melihat keluarga saya senang dan tidak terbebeni lagi oleh masalah ekonomi dan tidak juga terbebani dengan hutang piutang dan kini kehidupan keluarga saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,saya sangat bersyukur kepada allah yang telah mempertemukan saya dengan Mbah Rawa Gumpala karna baru kali ini saya menemukan paranormal yang jujur dan ucapan beliau sangat bisa dipercaya dan terbukti nyata dan bagi saudara yang senasib dengan saya dan ingin dibantuh dengan uang pesugihan tampa tumbal silahkan hubungi Mah Rawa Gumpala di 085=316=106=111 atau silahkan buka blok Mbah  Pesugihan Putih Tanpa Tumbal

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sudah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di ��PESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBAL��

    ReplyDelete
  3. Benar-benar kue adalah bagian terbaik dari perayaan. Kue lezat dan mengesankan bagian dari perayaan seperti hari kelahiran, ulang tahun, dan hadiah kejutan. Untuk lebih jelasnya, Visit www.perpetualgifts.com

    Kirim Ulang Tahun Kue (=^.^=)
    Papan Bunga (=^.^=)

    ReplyDelete

Hello readers! I need a feedback. Negative , postive , happy or angry is important for me to improve my writing! - Love xoxo