Wednesday, 30 December 2015

Pizza Plus, Bandar Sri Permaisuri


Even though I'm staying in Bandar Sri Permaisuri almost 10 years . I never complete explore local food in here. So pathetic. Jangan ditanya pernah pergi Downtown Cheras ? I only been there for two times. The number I went to Uptown Danau is more frequently compare to Downtown.So cerita dia gini, this is my first time menjejak kaki di Pizza Plus restaurant located in Bandar Sri permaisur. In Bandar Sri permaisuri , we have 3 Pizza restaurant which were :

1) Pizza hut
2) Domino Pizza
3) Pizza Plus














Pizza plus Bandar Sri permaisuri is independent restaurant, they are quaint little Italian pizza that serve good food. Masa first time makan. Memang dah terus jatuh cinta. Their pizza is very recommended because is homemade and fresh from oven. I love the way they cook their pizza. Totally Italian style. Sebab saya ada pengalaman berkerja dengan Pizza hut so I know how they cook the pizza. Pizza price is very affordable. Cheaper than pizza hut and low little bit than Domino and Quality of Pizza Plus is like 5 star Italian Pizza like Piccolo Mondo's Pizza. Why we should pay more if we can get same quality with affordable prize ?

But for salad , tak worth it. Sebab sikit. If you really on diet. Boleh kot makan portion dia salad dia. ( But still not worth it tak padan harga). There are pro and cons ...dekat sini.

Pizza dia superb gila!
but dessert caramel dia... perrghhh not my expectation cause caramel supposedly taste vanilla. Caramel taste more to lemon.
For pasta.....mmmm I love the gravy but the pasta is not under my expectation.
But I read some review said the pasta is very good and recommended. I don't know.
Semua orang ada citarasa sendiri.

In future instead go to Murni Permaisuri. You should try Pizza plus. Harga lebih kurang sama dengan Murni =). Pssss abang manager senyum sikit boleh. Takut orang nak order dekat awak.


Wednesday, 23 December 2015

Boxing Day 2015 @ JB



Boxing day selalunya diraikan pada tarikh 26hb ke atas dan disambut oleh setengah-setengah  negara. Traditionally, semasa boxing day- orang akan buka hadiah yang dibungkus kemas di dalam kotak. Tapi kalau di Malaysia lain pula maksud dia nok!. Ia adalah sempena sales yang jatuh kaw-kaw. I remember my last time masa pergi Boxing dah. Kaw-kaw barang murah. Contohnya satin shawl yang berharga RM3. Satin kot……RM3 je kot. Masa tu tengah baru belajar pakai tudung. Memang excited sambil juling-juling mata. ( Jualan harga runtuh ok…discount kaw-kaw…kaw-kaw punya… shop till drop).

Selalunya masa ni lah baru dapat merasa nak beli dan pakai benda branded and special collection yang design by artist Malaysia contohnya : Rozita Che wan, House of Doll (Fazura), Ashh & Annas, Fynn Jamal. Hampir semua collection yang design oleh artis ada kat Boxing day. Macam biasa boxing day akan dibuat di PERSADA ( Persidangan Antarabangsa Persada Johor ). Boxing day tu nama glamour  , nama komersial  Vendeur Festival 7.0. Selama dua hari 26 Disember – 27 Disember 2015





Tuesday, 22 December 2015

Charity : Dinner with NASOM






Alhamdulilah praise to Allah, I receive invitation from my partner's family to attend NASOM charity dinner last week ago. NASOM stand for National Autism Society of Malaysia.  This society has been formed in 1987. Unfortunately, awareness about Autism in Malaysia still lack about it. From source and observation that I dig from internet, 30 % know about Autism in Malaysia. Malaysia parents majority didn’t not accept that their children facing Autism ( especially Malay, sorry but is true). When I attend the event. 95 % donors were Chinese 5% donors were Malay


















My personal opinion :
1. Malay communities still not aware  : what is autism? ( Typical Malaysian will think this is kind of disease)

Or

2. They not accept that their child have autism

Or

3. Did not have source our reference if they know about Autism

Or

4. Maybe , Malay have their own community for special Autism

My personal point of view : Autism children is special kid. So far a few autism Childs that I meet they are able  to touch my heart. I called them " kind detector". They’re know your heart. Ikhlas ke tak? jujur ke tak? Even they're autism that have special sixth sense to know your sincerity.
Here some links for your easy reference if you want to know about autism more.


What is autism ( in Bahasa Melayu) : https://ms.wikipedia.org/wiki/Autisme
Blog and volunteer about Autism (Melayu)  : http://alkindi10autisme.blogspot.my/

Friday, 18 December 2015

M.A.D! review at Sunway Putra KL

Ok, asyik cerita pasal hantu on my previous stories. Dah rasa macam blog expose mistik. Stop for a while. Don’t worried, my stories will be continued after I write my personal review on this restaurant. Kita berehat dulu ye. Cerita pasal hantu tu.




Sunway Putra  KL , currently is one of my favorite “lepaking”  place. It used to be every week I will come here. Walaupun tidak ada apa-apa wow factor. I like the quite environment here. The crowd is ok and not pack compare to others Mall in KL. One of my favorite place to chill out in Sunway , is DC comics CafĂ© (link). Tapi kan, after experiencing rude moment from their staff (I’m referring to DC comics) and few of my friends kata “Tak sedap”. Which was totally too unwelcome there (maybe one day baru datang lagi).  So I give a first tried at M.A.D!


M.A.D stand for  Modern Asian dine. What is so special about this restaurant ? First impression  : Takut kot –kot nak masuk. Because is middle of the month masa try makan kedai ni. I thought the price will be expensive. Ok let me share some menu from M.A.D






Ok kan harga dia ? Not bad. This restaurant deco may look like fine dine, but the good news is the price still affordable untuk kita yang berserdahana. On top of that…. Haa…. I must share this story dekat uolls sebab M.A.D ni selalu ada promotion (base on term and conditions) . Kan saya dah cakap ni tempat lepak saya, selalu nampak advertising promotion M.A.D kat luar pintu.  Ingatkan promotion tu olok-olok. Tapi sebenarnya benar-benar belaka.







So masa tu , adalah weekend. I got 50 % on each food item…..walah…… so heaven.
















Personal review, M.A.D is humble restaurant. They provide A class food with affordable price. To people who is concern their budget ,can give a try at here. You can have steak that range around RM40++ but only paid for RM20++. Siapa tak nak? Furthermore, M.A.D also concern about healthy diet menu.  So tak payah nak risau ye siapa yang diet tu.
Lepas dah makan tu , I pun terfikir. Oklah boleh datang next trip. Very recommended.




Tuesday, 15 December 2015

MY HAUNTED HOUSE DEKAT FLORA DAMANSARA PART 3




*sambungan*

Hussh… I will try to finish this entry as soon as I can. Sorry because my time is hectic. I’m  in conjunction to collect research studies from previous research authors. So time tu memang macam tidak mengizinkan.  Last entry I ada cerita berkenaan dengan kelibat budak perempuan masa I mandi kan ? Things went weird and none of us discuss this thingy thing . Alah dia timbul pun macam tu je. Tak adalah critical sangat. (Maybe).


Parking Block D Flora Damansara
*iklan kejap before I sambung cerita yang I experience sendiri dekat Flora Damansara*
Sebenarnya blok D dekat Flora Damansara tu memang seram especially tempat parking dia. I wondering kenapa banyak kereta bersepah-sepah dekat luar. Kenapa tak nak parking dekat tempat disediakan? So as usually I would prefer to work in evening shift.  Tenang sikit suasana and upon that time geng petang Unifi memang selalu havoc. So selalunya bila dah sampai rumah mesti around 11 malam. Sebab kan sayang kereta,saya sanggup gagah parking dekat L7. Sebab L5 selalunya dah penuh dah parking ni ( Block D Damansara).

Coincidently, lepas rumah saya dah start ada benda-benda serangan makhluk halus tu. Mata saya ni rajin menangkap kelibat-kelibat. Tak kiralah dekat office. Sometimes rasa macam mengikut je balik rumah parents. Tengah-tengah masak Maggie pakai microwave dekat rumah parents mesti ternampak benda lalu masuk dalam bilik saya. Back to parking park. Ada sekali tu  baru balik, seorang. Selalunya my housemate aka partner. Rajin mengambil saya kerja kalau saya kerja petang. (Masa tu tak tahu kenapa dia tak suka duduk rumah seorang-seorang).


So masa nak parking tu…nak undur ke belakang sikit je. Memang tak tengok belakang pun pasal memang dah budget tak da orang time-time n *dam* macam terlanggar benda siap ada bunyi lagi. Cuak-cuak juga takut kalau terlanggar orang dan kalau boleh janganlah kucing. Serious memang jelas kedengaran  saya macam langgar benda. So berhenti. Duduk dalam kereta kejap. Kot- kot kadang-kadang ada orang try nak rompak kita tengah malam kan. Standby paper spray kat tangan. Handbeg pegang betul-betul. Mulut kumat-kamit baca ayat al-kursi. Sebab masa tu tak terfikir serangan makhluk halus ni. Terfikir serangan daripada manusia je. Sebab masa bulan tu, ada orang sudah kena bunuh dalam lif. Lepas tu darah dia terpercik-percik dekat lif.

Ada resident jumpa mayat dalam keadaan berdarah sebab kena tikam banyak kali, masa nak pergi kerja pagi-pagi tu. Apa lagi masuk kes polis (Flora Damansara memang black area pun sebab selalu polis masuk ). Lepas tu kalau lift tu buka. Tak ada siapa nak masuk dalam lif yang ada mayat tu. Sebab saya pun memang ada kepochi tengok lif tu.Memang ada darah merecik-recik. *Scaryyy nyerrr* Sampailah pihak management cat lif tu balik.  Tapi siapa yang tahu kejadian bunuh tu memang tak lah nak masuk lif tu. Cina kata sewei weeii. Melayu pula takut kena badi. India pula kata..bad luck… Orang –orang baru je akan naik lif yang berdarah tu. Tapi bukan kami.


Ok back tu bunyi yang saya rasa macam terlanggar. Lepas tu tetiba rasa macam nak lari je. Bukan tak nak ambil port. Takut seii… kita seorang dekat level tu dah lah perempuan. Lepas habis baca ayat kursi. Tetiba bau bangkai menusuk dekat hidung.mmmm… lain macam je. Entah kenapa kenapa tetiba firasat, lompat dekat sebelah seat driver. Lari ikut pintu kereta sana. Sambil tangan dah lock button kereta. *lari –lari* sampai tangga tergedek-gedek pakai heels. Masa lari tangga tu, macam siot…. Dengar macam bunyi plastik sampah melompat kejar saya. EEEeeeeeee….. sampai je ground. Saya lari macam lari pecut 100 m tu. Mamat-mamat motor yang parking tepi situ tu pun tengok saya macam perempuan gila….

Daripada lif saya tengok memang belakang saya tak ada orang pun….boleh dengar dengan jelas  plastik sampah yang mengejar…Plastik sampah ke?Cuba bayangkan plastik sampah ada isi dalam berat 1KG lompat daripada satu tangga ke satu tangga. Haaaa macam tulah bunyi dia. Start tu kalau balik malam, fikir dua tiga empat kali nak fikir parking atas. Sanggup parking lower ground mahupun parking dekat Block E. Now I know kenapa resident block D prefer untuk parking luar selain daripada car park dia.









Thursday, 10 December 2015

kenapa Roadtax blacklist from sistem MYeG



       
    




It's not happen to me everyday ( catatan ni iklan sekejap sebelum I continue pasal cerita hantu yang pernah I alami di rumah sewa lama). Kereta I yang lagi satu ni memang dah lama tak renew raodtax, last is March 2015 , baru nak renew after December 2015. It more than 6 months kan? I hope my lil sis Ainaa habis matrikulasi Banting tu cepat habis, so she can take care any one of these cars.


Semput jugalah nak maintain dua kereta. so after papa want to belanja me for the roadtax, I went to Perodua Office branch located in Ampang, alah yang sebelah Tesco tu. After do calculation, I pass the money to the officer admin to renew my roadtax . Then masa tu dah lega.... In my thought ok...semua settel by this evening I would have my roadtax. After an hour, I receive call from that officer, inform me that roadtax tak boleh buat tapi insurance dah berjalan dah. So meaning here, kereta aku si putih ni tak ada roadtax tapi insuranse dah ada. haisssh...masa tu baru aku tahu dorang ni pakai MyEG. She said that nama aku kena blacklist from JPJ and she request to me to settle it by myself.


So apa gunanya aku dah bayar upah runner tu?Generally runner ni kena settel A to Z untuk kita, tak cukup kita akan top up kan lagi ? nowadays technology making people more lazy bukannya untuk simplifies kan lagi kerja. Kelam kabut juga kerja aku dekat office tu dibuatnya. After lunch, I request permission from my reporting boss that I will in office little bit late. Lunch aku ni start from one o clock to two o clock.So I can go to the nearest JPJ at my office area.The funny thing, bila dah sampai JPJ Bandar Sri Permaisuri rupa-rupanya waktu pukul 1 JPJ Bandar Sri Permaisuri ni pun tutup because lunch time kan....and same time lunch like mine...dah sudah...masa tu memang doa banyak-banyak akan dipermudahkan semua kesukaran aku ni.


By 1.30pm, JPJ Bandar sri permaisuri ni dah start orang que up untuk ambil nombor giliran. aku perhati je dalam kereta aku sambil makan tengah hari dalam kereta. I have crackers and tuna spread light with 600ml mineral water yang beli daripada 7 Eleven. Gosh....gilalah....so I pun start berbaris ikut around 1.45pm tapi JPJ buka around 2pm. Aku adalah orang yang ke-15. I'm proud to share this sebab I gain little knowlegde from this exprience. Sebab after this hassle I been through rasanya moving foward I prefer to renew my license roadtax by myself rather than kasi orang untuk upah.


Finally, bila kaunter dah buka dan angka giliran dah panggil. Saya pergi tanya dekat office kaunter tu..."Cik , roadtax saya tak boleh renew pasal kena blacklist daripada MyEg"  . Sambil skodeng officer tu bukalah pangkalan data sistem MySikap. "Mmmm....cik hidayah....ni kena blacklist daripada PDRM" jawab Si officer ni. Kami pun tak dapat check. Dah sudah...masalah baru pula timbul. So akak tu pass slip.... Tertera kesalahan 2011 daripda PDRM. Ringkas je tulisan dia "PANDU LAJU". So I went to my office back, lambat dalam 30 minit. Walaupun boss tak kisah, aku faham kita ni orang melayu. Macam mana bagus mana kita buat kerja pun kalau dah nama Melayu, bangsa lain dekat office memang suka aim kesalahan kita, betul tak?

Bincang dengan boss, Can I apply annual leave for tomorrow?. Boss kasi greenlight.Esoknya  aku bersiap pergi Balai Polis Trafik lokasi di Jalan Bandar. Radiusnya berhampiran dengan Petaling Street kalau siapa yang tak pasti Balai Polis Trafik ni dekat mana. So aku pergi dekat bangunan first depan tu. Abang polis instruct aku untuk pergi dekat bahagian belakang bangunan pula. Bahagian compund katanya...Bila dah masuk deparment tu, ambil angka giliran lagi sekali. Lepas tu dia pun panggil aku . Aku pun cerita masalah aku....pasal kenapa aku tak boleh renew roadtax. Dia senyum dan print statement saman aku. Mmmmm.... Not so....good news. Aku ni dalam kategori waran tangkap. Yang pelik tu satu saman tak pernah dapat dekat rumah.

Ok sekarang 2015 dah nak masuk 2016 kan? You know what? Saman pandu laju tu dapat masa 2009. Zaman tu memang zaman perangai macam jahiliyah pun. Bawa kereta nak sampai 100KM tak mainlah 60KM. Kalau highway nak bawa sampai 150-160kM( cakap pun nak up-up). Memang patut pun dapat waran tangkap. Bayangkan 2009 punya kesalahan baru 2015 nak renew ni baru blacklist. Betapa baik hatinya peluang diberikan aku. Jadi aku ni pun ibarat menyembelih leher sendiri dekat Balai polis trafik tu.

Bukan 1 saman yer....3 saman yang mencecah RM750. Kerang-kerang busuk aku senyum dekat pegawai tu...*gambar emoji senyum sengih sambil keluar peluh dari dahi*."Encik... Boleh minta kurang tak?".straight je aku tanya, tak ada corner-corner. Boleh ..jawab tu sambil bagi option

1. Bayar 1 saman, dapat buang blacklist tapi tak boleh renew roadtax dekat MyEG tapi boleh renew dekat JPJ (itu minumumlah)

2. Bayar semua boleh buat roadtax dekat myeg dengan JPJ

Nak yang mana satu.?


Muka aku *gambar emoji mata tanda pangkah dengan mulut ketar*

Psssss....tak leh tolong lagi ker?

Psss... Sini kata pegawai tu sambil tulis atas kertas bayar pada amout tertentu... Petang karang baru boleh buat roadtax...sebab dia nak buat rayuan dekat bukit aman petang karang... Petang pun petanglah jangan melayang RM750 sudah. So lepas dah bayar tu....pukul 4pm dia sms personal. Dah setel....alhamdulilah.....Esok dah boleh buat roadtax.

Kesimpulanya :

1. Kalau tak boleh renew roadtax maksudnya kena blacklist
2. Blacklist ni pasal ada saman. saman ni datang daripada pelbagai pihak. So kena check satu per satu dalam kes majoriti orang pasal ada saman dengan penguatkuasa seperti polis ataupun JPJ sendiri.
3. Benda yang boleh kita budget kita budget
4. Nak kurangkan saman ni ...dalam ayat conversion...kena letak perkataan rayuaan untuk kurangkan saman.
5.kalau setahun tak renew roadtax nanti kena buat puspakom punya inspection




                       
                 Stress sampai makeup pun tak pakai pasal nak settel roadtax

   


Wednesday, 9 December 2015

MY HAUNTED HOUSE DEKAT FLORA DAMANSARA PART 2






Sambungan….


So upon that time when things become fishy. I already live with my housemates.  I never thoughts the things become crazy. Tak adalah kena kacau teruk sangat. If you want to know something wrong with your house. Bunyi guli dan orang alih-alihkan perabot everytime sometimes tak kena tempat. That’s early stage to detect. Orang tua-tua kata kalau kuat bunyi ( I referring to bunyi guli or bunyi orang alih-alihkan perabot) benda tu sebenarnya jauh lagi daripada kita. However kalau sayup-sayup je bunyi dia. Sebenarnya benda tu dekat je dengan kita and sometimes sebelah kita. In my previously entry I did told you, when I’m alone (masa tu kerja shift). I can heard loudly orang basuh pinggan dekat dapur. *ketang-ketang ketang* As far as I know I’m the only one yang rajin pergi dapur because majority of my housemate is workaholic and luckily that they  work in office hour compare to me.


Benda tu tak adalah seram. Sebab dia rare happen and maybe I’m never care benda-benda yang mengarut-mengarut. So one day upon that time bunyi guli-guli semakin lama semakin sayup. Kadang-kadang macam bunyi kayu golf tengah pukul bola dia. Dan bunyi dia menyeret from living room kea rah pintu masuk rumah. Start from there kadang-kadang dalam rumah ternampak kelibat. Tapi masa tu selalu fikir, maybe Sis Intan (my housemate). Benda yang paling ketar bila I want to take a bath. Imagen bila kita duduk seorang. Semua orang dah pergi kerja. Dah tentu saya mandi buka pintu bilik air. This one part lepas gosok baju dan setel kemas rumah. I want to take a bath sebab nak masuk kerja shift tengah hari.

I remember that time, masa tu tengah nak buat waxing dekat kaki. Kan kita kena letak sebelah kaki ke atas untuk tinggi sikit. Lepas tu baru tepek benda chemical tu. From my eye right side, I can see clearly budak kecil perempuan staring at me betul-betul depan pintu bilik air. Pakai gaun putih meleret atas lantai. Rambut paras bahu. Peluk anak patung yang macam diperbuat daripa pada jerami. Sambil tangan kanan dia mengusap kepala anak patung tu. Tinggi dia macam budak umur lebih kurang 2-3 tahun. Lepas dah nampak tu. Saya terus kesat chemical wax tu . Tak jadi nak buat. Membuat menjerit terkejut. Terus mandi macam P.ramli and cabut pergi kerja.



Lepas tu cerita- cerita dengan my officemate, maybe dorang kata I banyak tengok cerita horror masa dekat rumah. Dan semua tu adalah imaginasi. So I believe it. Maybe it just my imaginary friend yang dulu-dulu. Rumah pun macam dah start pelik-pelik, bila masak nasi hari tu in the same day akan basi. Like seriously? Stock basi macam seminggu punya basi. Lendir-lendir. I thought I cooked wrongly. Commonlah, aku masa umur darjah 1 dah pandai masak nasi ok. I always good in menanak nasi ni…baik atas api mahupun atas rice cooker….


*sambung*


Friday, 4 December 2015

My Haunted house dekat Flora Damansara Part 1


It's happen to me 5 year ago when I'm rent an apartment at Block D, Flora Damansara. 5 years ago , the rental  can considered affordable to bachelor to living there. With Rm550 per a month you can afford to rent for alone. So after receive a key, I so excited and start clean and wash the apartment. Berbekal sedikit ilmu yang didapati semasa di Sekolah Asrama Agama swasta dulu. Saya pagarkan rumah dengan bacaan Al-fatihah, Ayat al-kursi dan ayat 3 kul sebanyak 3 dan disudahi dengan iqamat. And I believe every religion have their own way when you enter a new house.  So everything go smooth like I planned.  Balik kerja, masak, tengok movie dan buatlah apa-apa yang kita suka. It feel like you have a new space and have little bit privacy from your family.


After a while (because I'm not sure when it start happen). I always stay up in late night because I have one habit to watch  movie cetak rompak. Sometimes I’m playing with  PS2 video game at my living room. Every night I can hear orang main guli dekat atas rumah. The sound is pretty louder. Macam excited gila main guli tu. I never complaint and care because I have small sister too. Maybe budak-budak dekat atas tu kot.

Coincidentally, one day there are some water leaking from my ceiling. So, I complaint to my landlord complaint and he take this issue to management maintenance. Sebab a few weeks before that leaking, every night instead of bunyi guli yang memecah sunyi. Jiran atas saya ni suka alih-alih perabot setiap malam. I'm not sure. But I started feel annoy with my neighbor upstairs. So when my landlord come to checked the house , he want to meet the neighbour upstairs . I pun volunteer to follow him.

Bila dah sampai rumah jiran atas. Kitaorang pun ketuk pintu dan di selak oleh satu mamat India ni. Dia jemputlah kami masuk dan kami terangkan secara baik-baik. Everything goes well, thankful sebab nasib baik jiran atas ni jenis tak loghat.So before we went back , saya tanyalah dia. "Mana anak?". Dia pun geleng , “eh mana ada anak” Dia balas apa yang saya tanya. Sebab jiran atas saya ni  pun berasa pelik, dia reno rumah tu last year but bocor to baru start this year. So I pun tanya, “so before ni you tak adalah beli perabot baru”. My jiran pun macam pelik. What kind question of that...yang terpacul daripada mulut puaka saya.

Lepas tu cepat-cepat saya  cakap...nak cover line punya pasal. “Rumah cantik. Macam perabot baru”. Dia jawab ,tak adalah ini memang perabot dah lama dia pakai since duduk situ dan tak pernah ubah-ubah. After that…I feel weird. Oklah fine. Kita sangka jiran kita ni tak nak mengaku dah.The stranger thing happen bila kita dah discover jiran atas kita ni. Example if I stay alone, (lepas a year dah ada housemate) especially waktu zuhur-asar dan maghrib.  Startlah dengar orang basuh pinggan mangkuk kat dapur. Padahal kau seorang je ni kat rumah.


Sambung……





Wednesday, 2 December 2015

Homeless Part time



I counter myself to fit in my daily life as " gelendangan"  even is not completely homeless. I can feel it.  I been there, Masa zaman susah pernah duduk bergelap selama seminggu di rumah. Luckily, I have a car. Itu pun beli pakai loan and I spent a day inside a car untuk charge bateri telefon. Dan bila malam , cuma masuk rumah untuk  tidur bergelap dalam kepanasan waktu malam. That’s my rougher year in my life. I can choose to get help from my parents. However, I preferable to stay and struggle to solve my problem.The fact is ,kesusahan mengajar kita untuk kita mengenali diri kita pada waktu susah. My recommendation di kala waktu susah, don't you ever dare to think " siapa kawan kita masa susah". When you think like this, nescaya kita akan lebih murung, marah dan tidak redha  atas apa yang berlaku kepada kita. Memang betul pun kita akan tahu siapa kawan kita. Tapi adalah lebih bagus pada saat tersebut kita memperbaiki diri kita apa yang perlu.

Saya teringat satu petikan kuliah online yang saya terdengar, kemiskinan bukannya takdir tetapi ianya pelajaran daripada hidup.Tersepit dengan ekonomi bandar raya tidak stabil. I know how it feel. Pernah try tidur kat lantai berbantalkan lengan ? Saya pernah. Serious tak cool. Even benda itu ada kisah lepas, sometimes I prefer untuk tidur lantai. It keep remind me as warning untuk ready masa time susah. Bila kita sentiasa diuliti kesenangan. Tidur di katil empuk. Kadang-kadang kita alpa. Bongkak….hidup kita ni kaya. Tapi sebenarnya tak. Banyak lagi ujian akan datang terutamanya bila menjelang ajal menjemput kita.


Today, if I have some balance or extra from my paid. I tried to donate what I can.  Sometimes , if I purchase a new clothes. Existing clothes, still new yang boleh pakai and I rare wear it. I will give to homeless people.  Kadang-kadang kalau makan dekat KL. If the portion is consider big, I put aside and later on I will go around the city and give to homeless people base on my instance. Ada sekali tu ,pengalaman saya, saya memesan butter prawn dan nasi goreng untuk satu bungkus.  Sambil memandu kereta dan  mencari homeless yang saya cuba bantu additionally dengan bau semerbak bau butterprawn di dalam kereta  (can you imagine macam mana kan) yang sememang dah mengoda nafsu kita. Lantas saya ternampak susuk wanita melayu tua yang sedang baring di kaki lima di bangunan Wisma Jobstreet yang terletak berhampiran dengan Jalan TAR.


Dia sedang tidur, dan saya letakkan secara senyap-senyap di tepinya dan berhadapan dengan muka beliau. Baru berapa langkah untuk patah balik ke arah kereta. I can heard that lady shout loudly “Ya allah, makanan sedapnya”. Bila  saya toleh jeritannya. Cepat-cepat saya lari untuk masuk dalam kereta. Is pretty nervous if you go alone or with small group of people. Siapa yang pernah experience soup kitchen they will know.

In “soup kitchen” ( there a lots of volunteer group however I would prefer to call their as soup kitchen because it more elegant and have special mission)  First rule,  wearing as simple or as decent cloth as you can. If you wearing trendy they might think you are wealthy man. Kadang-kadang benda ini akan menguris hati mereka and second rule, never wearing high heels. Experience yourself then you know.

When I finish to wrote this post. I realize topic utama dalam Berita viral hari ini harga tambang ERL akan mula naik 1 Januari 2016 dengan tambahan RM20 lagi. *sigh* Be strong Malaysia.






Sincerely
Konah♡