Tuesday, 12 July 2016

Moment Raya 2016



Bila kita makin "membesar" excitement untuk menyambut raya akan berkurangan tetapi kerinduan kita kepada Ramadhan akan mula menebal. Entah kenapa,malam berkumandangan takbir aku menitis air mata bukan kerana kesepian tetapi merasa sedih untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadhan (ceh Bahasa puitis sangat). Hari raya aku disambut macam biasa cumanya bila excitement itu kurang, kita lebih focus kepada insan yang kita sayang seperti parents dan adik-adik. Untuk kita cukup ala kadar beli apa yang perlu untuk mengantikan benda lama. (You feel me tak bila umur dah jadi matang macam ni?, I'm not longer interest to shopping benda mengarut-garut tanpa tujuaan).




Ramai juga yang terkejut, bila petang raya I already start my workout. Tampak seperti over-trained. But sincerly not. I'm enjoying my workout and tracking it with phone application. So maksudnya kat sini, my workout being filter by application. Untuk memudahkan apa yang perlu dibuat. Malas aku nak tulis dalam diari atau pun sticky note. Penat wei.



Life kena balance kan?Even dalam Islam pun mengajar kita untuk berserdahana dalam semua aspek kehidupan :

Allah said:
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا
Thus, We have made you a justly balanced community that you will be witnesses over the people and the Messenger will be a witness over you.
Surat Al-Baqarah 2:143
(copy from link )

Plus my first and second raya in KL. Apa yang ada di KL sama macam kampung je. "M.A.K.AN" but pressure dia tak sama seperti kampung. More relax and flexible. Di kampong….. Assalamualaikum… knock knock knock…. Who's there? Lepas tu dah balik lagi sekali… Assalamualaikum knock knock knock…. Verse
'
'
'
'

#teamrayakl , senang je you can control your crowd. Arrange time datang pukul. Simple. Untuk mudahkan kerja. Harukkan sekali. So penat pun sekali. ( You feel me #teamrayakl)


FYI,
Petang raya tu , aku dah start exercise. Even sehari sebelum raya aku sibuk buat brisk walk dekat area rumah aku. Flexible, pasal ramai yang dah balik kampong. Stay in shape during raya is my choice. I do moderately. Aku pun ada life. Ada kucing nak kena manjakan, ada parents, ada partner dan ada kawan. I stick with my timetable. Workout is workout. Dapat 1jam tak pun 30 minutes dah cukup bagi aku. I believe in concept eat then burn (sama macam equation Albert Einstein tu  E=mc ). Time-time raya ni rugi nak berdiet. Just controlling what you eat. Perrh!!! Hari tu  time raya dapat makan 4 pinggan nasi lemak terbaik terus tidur. Best moment raya I ever had. Lepas bangun tidur. Balik terus masuk workout for 2 hours (2 pinggan bersaman 1 jam- cukup syarat nak buat hati ni lega).


P/S : Moment tak best bila balik JB, tak dapat makan kacang pool. Tak lengkap betul trip ke JB









.

Monday, 4 July 2016

Viper Training 3 @ Bulan Ramadhan


Aku jarang dapat masa free. Especially untuk training obstacle run. That's why aku prefer untuk training lepas balik kerja and need to admit memang masa terkejar-kejar. Nak siapkan master thesis lagi. Tapi kalau benda kita dah minat semuanya tak jadi masalah.Acara viper dekat arena Stadium Shah Alam tempoh hari, dah menambat hati aku terus menjebakkan diri dalam healthy lifestyle ni. Walaupun tak beberapa nak "terror" sangat. Kesungguhan kita untuk menyelesaikan obstacle tu sendiri menjadi obstacle kepada kita. (Healthyh lifestyle ni baru implement je dalam hidup aku lepas aku rasa hidup aku penuh dengan unsur negative yang boleh tikam hati sendiri)Apa-apa pun viper memerlukan semangat teamwork yang jitu. Masa tu bolehlah nak implement 1Malaysia sebab kita dah bercampur berbagai race dan religion masa tu. So hari tu "ter" daftarlah diri sendiri masa bulan Ramadhan untuk viper training.









Kalau nak tahu training viper ni buka bila, likelah fan page Viper Challenge tu. Buat sementara waktu ni tak ada lagi training dia. Dia pun sekejap je Cuma selama 1 jam apa yang memang aku terus grab tanpa fikir panjang dan sign up without my teammate pasal viper training adalah percuma. Masa datang tu obstacle dia tak adalah banyak. Course obstacle dia pun mini version. Kalau nak compare real life memang panjang (panjangggggg sangat). Masa aku pergi tu pun viper training session 3.

Session 3
Crawl session
Rope climb
Sand bag
Kargo rope climb ( tapi dalam keadaan melintang)
Pullups


Masa aku sampai… tak adalah awkward moment kat situ. Sebab ada 1 team melayu islam sekali kat situ. Memang sengaja pilih timing training between 6pm-7pm. Latihan pun dibuat dekat Padang Astaka Petaling Jaya. Tempat famous ragbi Malaysia training. Auwww… *emoji muka gatal* Tak rugi datang viper training masa bulan Ramadhan sebab coach dorang pun faham kita berpuasa. Tapi coach dorang sangat supportive, positive and very strict timing. Insayallah kalau ada training nak datang. Attire baju memang kena pakai macam nak pergi viper challenge la.

First time Marathon

Dulu masa zaman marathon dekat sekolah. Memang suka ambil kesempatan, orang lain sibuk merentas desa/marathon aku dengan geng aku sibuk pergi singgah kedai minum kopi. Kecil-kecil lagi dah buat perangai. Marathon is not my thingy thing before this. Memang tak suka lari. Tapi lepas mengamalkan gaya hidup sihat.

Figure 1Run buddies berjaya hasut budak office join run

Figure 2: 5KM finisher untuk Nivea Empower Run dekat Setia City Mall. Mall dia best wei tapi agak jauh daripada KL


Figure 3 : Ceremony Nak lepaskan belon




Figure 4: Running kit collection



Dan setelah 2-3 event fitness challenge dah masuk. Badan mula gian. No wonder, aku tengok beberapa orang kenalan aku- asalkan ada marathon signup. Asalkan ada event fitness challenge sign up. Tapi setelah melihat trending 2016. Rata-rata memang sudah mengamalkan cara hidup sihat. Health life style katanya. So Get Fit yang diwar-warkan oleh KJ dah meresap masuk dalam penduduk Malaysia sikit-sikit.

First time marathon, aku ni jenis kaki research dulu kalau nak buat apa-apa. Most of them recommended untuk start from fun run. Short Distance. 5KM nampak sikit beb. Tapi bila dah lari untuk orang yang baru nak enroll diri kepada healthy life style ni tak mampu kot. Depends on individu. Frankly speaking memang aku ada praktis 2-3 bulan juga ( bukan setiap hari lari , selang seli dengan HITT routine dan gym) tapi lepas bila in event itself. Beb…tak sama dengan practice setiap hari tu. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan : satu pasal mind set kita, sebab bila kita practice seorang lain feel dia , more relax and don’t have pressure. Dua bila ramai , oksigen kurang sebab kita akan berebut –rebut untuk oksigen yang sama. Dan ketiga pace kita selalu practice memang berbeza dengan event itself

So for a start a newbies like me, apa yang aku buat :


1. Practice make perfect
Masukkan workout cardio lari di dalam jadual harian. Start slow. Even sekarang pun aku tak mampu nak lari 5KM untuk habiskan dalam bawah 30 minute. Newbies macam aku akan mengambil between 47 minit – 50 minit.Asalnya memang aku tak suka lari, but when I start it. Dengan perlahan-lahan susut badan akan mengecil terutamanya bahagian kaki.  Tapi bagi orang yang super athlete 5KM tu boleh settle dalam 20 minit. (Pah mak tak mampu)


2. Pre workout
Pre workout tu penting bagi aku lah. Lagi sekali depends on individu . Sebab setiap badan berbeza. Sebab tu hendak kurus pun berbeza ikut badan macam mana. Pre workout adalah sumber makanan atau minuman untuk boost up kan energy korang untuk workout atau run. Since aku bukan ni jurusan budak sains, I believe you guys kena buat research dulu. Untuk aku, I prefer untuk minum pre workout drink supplement kalau tengah bulan tak mampu nak beli. Aku akan cari dark chocolate ( yang ada percentage yer. Kalau tak de percentage tu maksudnya dia bukan pure dark chocolate). Dan paling senang adalah kopi orang kampong tanpa gula. Contohnya  dalam gambar rajah di bawah :








3. Plan schedule
Plan schedule masa untuk training. Selalunya aku akan plan selang sehari lari lepas tu tak lari between tak lari tu buatlah apa-apa training example weight lifting ke, swimming ke dan aku akan make sure satu hari cuti. Tak pun kalau demotivated sikit gap paling lama tak workout pun 3 hari. Sebab for a start kita memang kena cari stamina dulu.  Kalau kita lama sangat tak gerak badan padah nak maintainkan stamina. Macamana mana nak lari jauh kalau 5KM pun tak lepas.


4. Proper shoes
Sebenarnya yang paling penting adalah kasut. Atas- atas tu tak beberapa nak penting sangat kalau kau jenis main tibai dan bersemangat waja. Kasut ni kalau pakai yang salah silap haribulan memang kasut tu makan kaki balik. Kalau kasut untuk lari cari betul-betul design kasut lari. Kalau kasut untuk hiking cari yang design untuk hiking.  Sebab pemakaian kasut yang salah akan effect pada masa badan kita dah start mereput.


5. Relax and fun
Tak payah dengar suara sumbang kalau ada tegur kau ni lari macam siput. For a start memanglah slow beb. Kita dulu masa baby , tak terus jalan kan? Kena pandai golekkan badan dulu, merangkak, pandai berdiri ha lepas tu baru belajar bertatih.  Beb kalau orang yang tegur tu kau lari slow…..tengok orang tu balik mampu dia lari 5KM. Hado? Tak hado kan? So keep up tak yah nak demotived sangat. Melainkan dorang ni super athlete then oklah barulah kau leh sentap.