Thursday, 22 September 2016

Pencarian Kasut New Balance

 (Untuk resolution gambar penuh klik pada gambar tersebut)

Benda yang paling "crucial" patut kita tekankan adalah pemakaian kasut yang betul semasa bersukan (terutamanya dalam pertandingan sukan). Banyak kali insiden berlaku tapi aku pandang ambil mudah dan berharap tidak berlaku kepada korang. Tapi selepas event Ultimate Challange Tarzan Race 2, tempoh hari betul-betul mengajarkan aku untuk memakai kasut yang betul yang boleh Akibat salah pakai kasut dalam acara tersebut, kaki melecet teruk dan berdarah. Nampak kecik tapi dalm wo....

Dah tak tahan dah, sebab pakai kasut salah melecet teruk sampai terpaksa tanggalkan kasut.





Aku dah buat eksperimen dah and nak share,  sebab dengan kaki melecet ( pakai stokin double layer) serta kasut yang betul itu  pun aku bertukar kasut selepas "skodeng" kasut Usue dan Kak yani tempoh hari sebab dia cantik dan full support, terus aku dapatkan kasut New Balance Malaysia secara online. Kasut yang betul adalah yang boleh support kaki kita ini penting dan tips untuk bertahan lama dalam mana-mana bidang sukan. Kasut yang betul memberi prestasi ketika bersukan, posture badan supaya tidak mudah penat. Sukan yang kita tak larat adalah “penat” .


Cantik kan? Kasut New Balance dorang, ni masa dorang dekat Birthday Party kawan dorang , aku ambil dekat Instagram dorang.



Pemakaian kasut betul adalah salah satu faktor  aku dapat habis larian 10KM di Padang Merbok kerana dapat bertahan sedang kaki aku berada tahapa melecet yang teruk selepas event Tarzan Race 2, ternyata ciri tersebut sangat penting kalau kita hendak bertahan lama ketika bersukan. Selain daripada itu brand jenama “New Balance” pun memang berada dalam budget aku dan aku rasa mampu dimilik semua orang selain style dia yang menarik dan boleh dibawa pakai berjalan. Kadang-kadang tak larat nak beli banyak kasut jalan. Kasut New Balance! !!! mesti kena ada dalam collection korang.



Tuesday, 20 September 2016

Kecam bila dah kurus?


Susah sebenarnya nak puaskan hati manusia. Bila gemuk kena kutuk das-das. Bila dah menyusut kena keji dipanggil anorexia (anorexia tu tak makanlah gila!). Ingat lagi  masa gemuk, macam-macam orang panggil aku. Sampai satu tahap tu ada orang tegur parents aku. " kenapa anak awak ni gemuk sangat?"" padanlah tak ada orang nak "

Post aku nak tulis nak share dan berharap mengandungi nilai value :

1. Kurus dan keep fit dengan cara yang betul
Sebab aku berharap korang tidak mengikuti cara yang salah macam aku

2. Untuk Haters
yang pandai memerhati dan mengecam kerana komen anda bakal mempengaruhi masyarakat media sosial. Serta untuk yang gemuk dah kurus tak sedar diri yang mengeji orang berimpian kurus.


(susah nak puas hati manusia, bila gemuk kena kutuk dan kurus sikit dikata)


Kurus
Firstly, nak tahu kenapa korang nak kurus? sebab objektif yang betul dan tulus akan membantu korang dalam proses kurus. Ke tepi soalan "kurus".  Bila perkataan tersebut muncul apa orang akan fikir adalah :

Ini adalah gambar contoh/sampel. Tapi ini persepsi masyarakat bila kita sebut nak kurus. Mereka akan imagine "kurus-kurus". Kita bukan nak macam ni, ini kalau lari pun tak tahu lepas ke tak.





tapi apa sebenarnya aku hendak adalah body fat % yang balance dengan aku.


Berangan nak macam ni, tapi ramai masyarakat tak faham dan skeptical bila sebut pasal "kurus". Orang perempuan pergi gym selalu dipandang serong - ramai kata nak kurus. Padahal kita nak fit dan sihat (dapat body cantik tu satu package bonus). Pendek kata ada muscle yang sesuai dengan badan. pakai baju pun cantik je.


Dulu  aku memang admit nawaitu aku salah.  Nak kurus pasal nak cantik  (tapi, salah kalau orang tu tak ada hati kat kau, macam mana pun kau cantik dan kurus . Kau akan tetap kena tinggal). Tanggapan  aku berubah bila satu hari aku ikut kawan aku pergi hiking( nak ubat hati aku yang lara kononnya). Masa tu aku tahu tahap fitness aku memang tak boleh blah.  Tahap ke laut tak boleh mendaki. Imagine untuk daki Broga tu pada  sehingga untuk "kawal breathing" aku rasa sepuluh orang ke hadapan aku ni boleh dengar masa hiking Broga sebab nak minta oksigen.

 Start daripada tu aku buat research dan banyak baca pasal fitness and cari kawan-kawan yang aktif dan menyerah diri kepada mereka.  Baru aku tau , apa selama aku buat untuk kurus tu salah ( korang boleh nampak homepage atas ni ada history pasal aku nak kurus dalam percubaan beberapa kali)





Persoalan dia, ada kurus kau dah cukup kategori fit ? Tidak.



Fitness
Bila cakap pasal fitness level, badan sendiri korang boleh agak macam tahap korang cergas ke tidak. Jangan pandang sebelah mata dekat orang yang badan besar atau kurus. Korang tak tahu cerita dia duduk diam-diam. Jangan sangka orang badan besar korang kata tak fit tak capable nak buat benda-benda aktif. Atau  sangka yang kurus keding tu sungguh fit. Sebab itu sungguh "bias".

Benda-benda ni  aku mula hadam bila aku masuk pelbagai jenis gym serta fitness event (contohnya run,obstacle run, fun run etc). Contohnya aku rasa ada je orang double daripada aku saiz dia. Tapi bila berlari ok aku boleh potong dia. Sat lagi dekat garisan penamat dia yang sampai dulu. Orang kurus..kurus gila. Masuk run sat lagi kau boleh potong laju daripada dia.  Dekat sini kita tak tahu capable badan kita.

Fitness terbahagi kepada stamina, strength , core, endurance dan beberapa lagi cabang yang aku  belum dalami lagi.  So untuk achieve benda ni semua korang kena buat workout/ exercise yang berpadanan. ( Tapi janganlah pasal aku cerita saiz badan tu korang relate tak payah workout- it show how our body metabolism react tapi jangan pandang orang sebelah mata boleh? )



Diet

Aku dulu pernah buat cara diet yang salah. Kurus tu memanglah kurus. Sebab you buat low calories. Plus tak ada value makanan tu. Zat besi kosong, calsium kosong, protein tah apa apa tah protein yang boleh buat tahap kolestrol kau boleh meningkat mendadak. (Makan kena ikut konsep piramid balance food tu)


Akhirnya bila kau salah diet, contoh to high protein boleh buat sakit buah pinggang, to low calories (tak ada element balance diet) kau boleh kurus but end the end kau boleh dapat low blood pressure  etc. Nak diet ni kau kena ada ilmu, buat research which one yang sesuai dengan kau ( sebab tak semua badan boleh ikut diet yang sama, sama macam DNA manusia, diet pun ikut kesesuaian badan ). Pernah dengar ungkapan in lose weight you need 80% diet 20% exercise. Maksudnya all the way yang mempengaruhi badan kita adalah makanan. "You are what you eat"

Sebab tu aku suka dengar apa Prof Dr.Muhaya kata: nak sihat dan kurus (bukan kurus semata-mata), dia encourage kita untuk makan benda yang baik-baik dan sihat-sihat. In Dr. Murhaya concept - kalau apa yang dia ambil tu not good, maka orang tersebut tak beberapa nak good lah sangat. Contohnya makan makanan yang berminyak selalu , end the end orang tu suka marah-marah, suka mengamuk-mengamuk sebab tahap kolestrol dia yang tinggi.





Last kali selepas aku banyak buat bermacam-macam diet, yang paling suit dengan aku adalah clean diet. Itu pun lepas kawan aku tegur suruh buat untuk dapatkan stamina in the same time kurangkan pengambilan lemak (so maksudnya bolehlah kurus kalau mengamalkannya dengan betul). Bila aku perhatikan betul-betul tak susah.

Clean diet kita tengok betul-betul, diet dia macam amalan pemakanan pengamal tahfiz Al-quran. No proses food, makan yang segar, more green, less sugar (kalau boleh no sugar),  manisan pun daripada semulajadi macam buah , madu, tebu etc. 





Sometimes orang yang rasa good-good dah kurus ni tak faham dengan orang berbadan kita yang besar ni kalau diet. APa dorang tahu pasal dorang dah "kurus" dorang boleh condemned  apa yang kita makan. Bagi personal point of view aku, orang yang boleh condemn apa aku makan adalah orang yang tengok struggle kesusahan aku nak keep fit and losing weight. Parents aku, orang yang duduk sebumbung/sebantal dengan aku dan orang yang tengok aku menangis nak dapatkan fitness level aku. This kind of people yang layak untuk judge kita.


Bukanya orang tah mana-mana , nak kenal kita. Kita susah pun dia tak tahu. Kot main komen suka ti bapak kau je. Unless dia ni PT (personal training), budak sains sukan ke atau yang memang knowledgeable in this field. Tapi kalau orang yang jenis mengutuk kita ni, makan pun dia takut-takut (mengata orang je lebih), nak cakap orang gemuk (padahal dia pun sama or 10 kali ganda daripada kita). Kau tak payah nak butt hurt dengan orang macam ni.

Just keep do it with right way. Akhir katan, keep fit dan healthy ni kita kena penuhkan dada kita dengan ilmu. Ada yang kita boleh baca. Ada yang kita akan experience sendiri dalam journey kita. Sometimes komen-komen negatif ni pun ilmu juga. Dia akan encourage kita untuk tambahkan lagi proses pembacaan kita and sharing session with someone yang lagi knowledgeable.

(benda baik-baik saiton tak suka , ingat je tu).

Jangan give up!!!! keep going and kalau boleh balancekan everything from your food and time. Benda ni semua nak displin.



Tuesday, 13 September 2016

Tarzan Race 2016, Nur Laman Bestari



Last week, we do some crazy thing. Crazy thing -2 days before raya Aidil adha. We're participate in Tarzan Race 2 Ultimate Challenge that been held at Nuri Laman Bestari Resort. 8KM and 25 obstacle sound like very tempting- #gengbesi finally agree to participate for fun ( actual this is pretty awesome to test  our finest level before Viper sepang.). Review experience?




The experience is priceless because we're compete with others advance level obstacle runner. Seeing their body with balance fat body % make me wondering what kind training and food that they apply. I describe, awesome, susah ( yang bukit dia macam nauzubillah!!! Obstacle ok, trail ok…. Bukit tu lah penentu kekuatan but have some Abang manage to do 17KM below than 1 hours . Kau ni robot ke manusia?? But you inspire me!!!!). I can't imagine how they did it. It very awesome muddy , thirsty and bloody experience so far I experience  during fitness challenge.At certain point, I’m not longer using my body strength anymore. Only leave that time is “ will power” .I need to admit that there a lot of improvement that I need to do.

Body core – out
Strength - out
Body fat – out
Endurance???? Way out!!!!!!










But sadly pihak penganjur ni kedekutla ( honest feedback) .  I don't bring home any token appreciation. That’s sad of the most ( token appreciation like medal mark our victory of pain and gain, agree?). The only I have is awesome experience together with team member and supportive friends.








Nota kaki : Yang masuk tu semua pakai baju finisher yang tengok pun kita menangis. Example Trail Run Kota kinabalu 30km, trail run 60km, mudder tough finisher (oversea event). Setakat viper dgn mad warrior , rasa kami ni kecik sangat.

Tuesday, 6 September 2016

Aktiviti Yang Menarik Di Pulau Pangkor


Banyak aktiviti yang menarik boleh dilakukan di Pulau Pangkor. Cuma bergantung kepada masa dan budget yang korang ada. Dekat sini korang boleh book dorang base on aku punya recommendation setelah aku personal experience dengan dorang. Budget pun budget tapi korang boleh pilih sendiri atau nak tengok dulu . Dekat sini kami melakukan dua aktiviti menarik dan lasak/extreme di Pulau Pangkor iaitu : watersport and ATV




Aktiviti Watersport

kalau pergi pangkor, aktiviti yang terkenal dan mesti buat adalah watersport dia. Dan yang paling famous adalah snorkeling. Selepas kejadian hampir ditipu oleh Ulat. Kami bersyukur selepas dapat diselamatkan dengan local people  dekat situ dapat harga murah yang berpatutan(hasil bertanya dan begaul dengan penduduk pangkor). Kalau tidak mau kena cekau mencecah beratus ringgit. 

Untuk dapat harga murah, korang hanya perlu deal direct one-to one dengan beach boy dekat sana. Di teluk Nipah banyak booth-booth beach boy. Cuma kena pandai pilih mana murah. Tapi bukan murah yang kita cari, yang penting adalah service, keselamatan, informasi dan cara dia treat kita.



Kitorang touching sikit cara satu team beach boy layan kitaorang. Knowing judgemental  kepada orang yang suka pandang serong kepada "perempuan lasak" yang sedikit boyish dan tomboy (faham-fahamkan maksud dia). Menyebabkan kitaorang terus nak booking watersport dekat abang-abang ni. Aku boleh recommend service dia kat korang. Dia "treat" semua orang sama dengan cara dia sendiri tak ada berat sebelah. Plus harga dia not bad.Sebab tu terus jatuh cinta.

Nama abang-abang ni punya booth adalah "Musa Watersport Pangkor". Kitaorang jumpa booth abang ni dekat Gerai Kak Cha(makanan kategori budget murah dekat Teluk Nipah) booth tu mengadap depan Tempat Penginapan Hotel Horizon.

Untuk 3 orang trip budget kami , apa yang abang tu dapat offer ialah untuk seorang sekepala RM20 (pakai bot kecil sebab kami yang pilih). Apa aku faham kalau lagi ramai harga dia boleh dapat murah. Abang ni memang kreatif sebab dia boleh qoute harga ikut kitaorang (duit kitaorang pegang dah settel baru boleh bayarkan dia) . Itu pun dia sedih lepas kitaorang salah kira budget .Dia kata "purata nak spent kat pangkor ni around RM180 untuk 3 hari 2 malam  (bbq, watersport, tempat tinggal harga untuk sekepala, tidak termasuk transport charges)"---- actual percutian di Pangkor ni memang murahlah kalau pandai. Kalau korang nak boleh runding dengan Musa Watersport Pangkor. Details dia : (Signboard dorang juga turun dikenali sebagai  MN Watersports)





Tak habis cerita pasal apa yang kami dapat seorang RM20 untuk watersport dia. Kami dapat Island hoping, snorkeling unlimited time dan mandi pantai di Pulau berdekatan unlimited time. Apa yang penting google dan jacket keselamatan dorang memang tip-top















                             
                    



We really appreciate cara MN watersport  pangkor ni treat kitaorang sebab kitaorang hands on sendiri dengan dorang pakai duit sendiri. Memang worth it! tip top service. kalau tak caya korang boleh lawat sendiri dekat Facebook dorang . (Banyak lagi sebenarnya aktivit dorang buat, but I prefer to share my personal experience and explain kenapa aku recommended dorang, dorang pernah consult team building, untuk family even orang macam kami)

Tak caya leh pergi Facebook dorang, IG dorang

Lepas dah snorkeling , dorang akan recommended pulau yang sesuai untuk kitaorang spent unlimited time, Lama juga kitaorang melenjan . Which was our trip start from 11.45 am and kitaorang roger suruh abang tu ambil
ambil dekat Pulau Giam around 4.30 pm. So untuk RM20 , dengan time macam tu sangat berbaloi.

Muka takut aku ahahaha, cuak awalnya. Tapi ok (tak sangka muncul kat muka memang tak boleh control macho aku ni)
This is Pulau Giam, dekat situ ada tempat persingahan macam ni. Yang korang boleh order makanan. Harga? faham-fahamlah sendiri tapi dekat sini at least berbaloi dengan harga
yang abang Pulau Giam ni masak.

Pangkor sesuai untuk beginner snorkeling. Tak yah risau sangat tentang laut dia. Tapi untuk dapatkan pemandangan cantik tips Abang Musa Kasi, dia suggest kitaorang datang pada bulan mengikut bulan Islam iaitu pada awal atau pun akhir bulan Islam sebab pada bulan tersebut laut dipanggil laut mati. Air tenang dan cerah boleh nampak jelas ikan-ikan





Menhayati keindahan tepi pantai Pulau Giam, berbeza dengan Teluk Nipah, Pulau Giam , Pangkor ni memang best gila mandi air dia
nak tanned kulit pun best. Pasir dia lagi halus dan air pantai dekat sini lebih sejuk berbanding dengan Teluk Nipah, no wonder abang tu
suggest kitaorang spent lama sikit dekat sini.


Tips : kalau nak dapat murah dekat Abang Musa ni, korang pergi berjemaah sebab kalau1-3 orang Island hoping(include snorkeling dengan lepak tepi pantai pulau)  total RM60, kalau 5 orang, setiap satu orang di charge RM20, tapi kalau 7 orang ke atas RM15 seorang





Kalau ATV di Pangkor , aku recommend korang try Abang Wan, tempat dia dekat sebelah Tempat penginapan Horizon senang je nak cari dia. Tak pun korang boleh booked, yang ni confirm one to one terus dengan dorang. Abang Wan 011-12269025 & 01127460251


ATV advaenture Pangkor

Kitaorang pun tak terfikir nak try ATV ni mula. Tapi why not, kita orang pun nak tahu juga track jalan ATV dekat Pangkor adventure ke tidak. Kalau korang pernah jejak kaki ke Teluk Nipah, korang akan tahu macam mana challenge bukit ke arah teluk nipah. ATV ni pun Abang Musa watersport recommend dekat kitaorang. So bila kitaorang try - why not kita tak recommend dekat korang pula.

Untuk ambil  ATV advaenture Pangkor (itu memang ejaan dorang - nak lain daripada lain, yang ni lokasi dekat sebelah Tempat penginapan Horizon), aah memang kitaorang survey side-side sana je yang menawarkan harga berpatutan yang gempak serta service yang tip top





Kos dorang ATV 200C jenis auto RM180 per ride, yang ATV 200C boleh ride dua orang dan berat. Tapi aku lagi puas hati naik seorang , selain tu dia ada ATV 125C yang ni manual murah sikit daripada ATV 200C iaitu RM120 per ride.

Untuk ATV dekat Abang Wan ni, perjalanan dia masa dengan kitaorang mengambil 1 jam setengah. For me , track dia interval : Senang-susah-senang-susah-senang.


Ni Check point pertama, kitaorang panggil tasik paya. Dekat kitaorang berhenti kejap checking-checking each others, abang tu pun buat briefing and kasi air minuman dekat kitaorang
sambil share cerita pasal trecking dekat Pangkor.





Antara jalan track dalam hutan yang aku nak share dalam post ni :

Abang Wan dengan crew-crew lain memang bagus, dorang stock menjaga keselamatan user dia. Dia pun tak main lepas sebab memang ada satu treck tu
mencabar sikit. Tak leh nak tekan lebih salah sikit je memang terbabas 









Ni check point yang kedua dekat Airport, bawah tu sebenarnya landasan Berjaya. Tak sangka pangkor ni ada airport. Yang lalu ni stok stok kapal terbang jet private.
Landasan tu lupa pula aku nak ambil. Part -part kat sini jalan dia little bit tricky sikit untuk ATV200C sebab dia berat. Tangan memang kena mahu kuat.



Last check point kitaorang lalu dekat pantai Teluk Dalam, ok track ni memang dah senang. Dia lurus je............lepas tu boleh lenjan main ATV dekat pantai. 





Percutian Di Pangkor


Percutian di Pangkor sebenarnya boleh dikategorikan percutian bajet/budget (whatever it's ejaan dia) yang selaras dengan ekonomi kita yang terhad. Mungkin bercuti di Pangkor selalu mejadi satu destinasi yang terlepas pandang (pada pendapat personal, sebab mungkin lokasinya yang dekat di Kuala Lumpur atau berada di dalam Malaysia) . Sebab sudah menjadi trending mereka yang berkemampuan lebih tertumpu ke destinasi yang jauh ataupun kalau lebih sikit duit belanja mereka boleh bercuti ke luar negara. Bercuti di Pangkor pun tidak kurang hebatnya namun ada keseronakan dan keindahan percutian ke Pulau Pangkor tercermar ,oleh segelintir mereka yang tidak bertanggujawab ( nanti aku share later on , so next time siapa yang datang tidak tertipu dan percutian korang di Pangkor bukan menjadi percutian yang serik dan korang akan repeat balik). Here some tips and share kalau korang bercadang untuk bercuti ke Pangkor


Tips /Share :

Illustration 1 : Perjalanan Pangkor mengikut masa daripada destinasi yang berbeza (1)


1.Untuk ke pulau pangkor,(pengalaman melalui kereta) kami mengunakan highway susur ke Bidor , untuk pun berdasarkan blog-blog yang kami baca di internet untuk mengunakan Feri di Jeti Lumut. Perjalanan daripada Bidor ke Lumut mengambil masa 1-2 jam , hanya cari jalan ke Lumut dan terus ke Jeti Pangkor mudah sahaja.  Apabila sampai, parking kereta ke medan tempat letak kereta berbayar di mana harganya 60 sen sejam (jadi total tiga hari dua malam dalam lebih kurang RM30)


Illustration 2 : Ini adalah medan tempat parking berbayar daripada belakang, kalau korang tak perasan. Korang akan notice ini antara bangunan tinggi dekat jeti. Langkah keselamatan , kami sanggup bayar tempat parking. Kot- kot apa jadi ada pihak tertentu kami boleh rujuk.

2. Tiket Feri ke Pangkor daripada Lumut hanya RM10 pergi-balik  untuk seorang , jadi lepas bayar sila jaga baik-baik tiket. Sebab nipis sangat kertasnya. Macam tiket bas konduktor dulu-dulu. Ok perjalanan Pangkor daripada jeti Lumut mengambil masa 45 minit. Tapi setelah berborak dengan penduduk tempatan, ada perjalanan ke Pangkor cuma mengambil masa 10 minit tapi korang kena pergi ke Marina Island Pangkor.


3. Tapi yang paling crucial dekat sini adalah ulat-ulat kat Terminal Jetty Lumut yang menawarkan water aktiviti sports  dan hotel . KALAU BOLEH AKU NASIHATKAN JANGAN.  This ulat mengambil kesempatan kononnya harga mereka adalah harga berpatutan.  Mereka ini duduk ditepi bermodalkan meja dan kerusi di kaki lima. Bukanya nak menutup periuk nasi dorang, tapi dorang ni yang mencemar nama baik Pangkor serta menutup periuk perindustrian pelancongan di Pangkor sendiri. Aku nasihatkan kalau nak book pun janganlah melalui telefon atau online unless tempat tu memang ada perniagaan yang disahkan. 

Tips : sebenarnya lagi murah, kalau korang pergi direct terus dengan Beach boys dekat sana. Tak ada istilah fully book bagai. Banyak je so again, don't booked dekat Ulat Jeti Lumut tu. (penipu)



Illustration  3 : Tiket feri ke Pangkor melalui Lumut

Illustration 4 : On the way naik feri ke Pangkor

4. Beberapa blog mencadangkan untuk ke Pangkor, lagi cun kalau duduk di Teluk Nipah [2, 3 ,4 ] . Tapi lepas duduk di Teluk Nipah , megikut pendapat personal aku, aktiviti sukan air di sini lagi murah berbanding tempat lain dan kebetulan ramai akan bertolak daripada Teluk Nipah sebab dekat situ start dia punya island hoping. Untuk Hotel/chalet atau tempat penginapan murah. I have no tips tapi aku dapat murah hasil daripada booking online from Booking.com yang lebih murah dan no hassle booking ( sebab ada option payment later on - depands on term and condition) . Here some view snapshort dekat Teluk Nipah













5. Naik Feri kami berhenti ke Jeti yang kedua sebab nak pergi Teluk Nipah. Turun-turun je ulat-ulat kereta sewa dan motor sewa dah serang kitorang bertalu-talu. Scary part dorang mengejar korang sampai ke kedai makan yang berhampiran. So beware dan jaga barang masing-masing. Walaupun kami ni semua ada belt seni pertahanan diri. Perempuan tetap perempuan. Just beware and stand firm dengan muka garang. Kitaorang preferable untuk naik Teksi Van bercolour "pink". Perjalanan ke hotel sekali jalan RM15 untuk tiga orang.


Tips : Untuk kemudahan kenderaan dekat resort dan hotel di Teluk Nipah ada menawarkan motor sewa 1 hari atau 1 jam tak silap. Since kami prefer Teksi Van Pink senang nak cari di Teluk Nipah kalau pergi ke town atau bergerak ke mana sekali pergi RM15 ( satu hala).  Teluk Nipah bukit dia macam horror sikit untuk first time jejak kaki. For first time biarlah kitaorang pakai teksi dulu.




6. About makanan di Pangkor, terutamanya di Teluk Nipah. MAKANAN DIA LAGI MAHAL DARIPADA KL. cekik darah betul. Nasihat aku bawalah bekalan yang boleh makan. Kalau boleh masak-masak. Lainlah kalau korang leh cakap loghat Utara. Ok alhamdulilah boleh berlakon jadi penduduk Pangkor.  You know that kitaorang kehabisan duit pasal makan dekat sini. Imagine Nasi lemak untuk tiga orang RM20. Makan dekat KFC lagi worth it. Not just that. Burger RM5 ( burger ala-ala yang dimasak style KL charge di RM2.80). I can't explain and digest tapi nak tolong orang Melayu punya pasal.... kitaorang mengalah dan menanggap  itu adalah sedekah.




Ada satu petang kitaorang lepak dan pekenakan Laksa Pangkor...mmm ni kuah jernih macam sup, ikan setengah ekor, ada sambal , mee macam spaghetti tak spaghetti sangat. Mmmm bukan tekak kami. Tapi oklah lepas modified sikit letak sambal banyak-banyak.  Kitaorang order burger satu, ABC satu, Laksa Pangkor, air kosong 3 dan sotong kering bakar ( yang ciput ada 3 helai je) dengan harga RM20 ( itu kelakar tapi redha je bayar dengan muka senyum). Kedai dia macam atap-atap rumbia sikit.



Tips : The only one makanan yang murah dan worth it selain daripada bawa sendiri dekat Teluk Nipah, korang boleh makan gerai kecil nama dia Gerai Kak Cha depan Rumah penginapan Horizon (lorong dua). Tempat lain tu semua berhantu harga dia. Dekat situlah kami jumpa Beach boys yang awesome dan menawarkan harga yang murah.




rasanya tips-tips penting dah share kan? Yang penting kita recap jangan sokong ulat-ulat yang merosakan nama pangkor. Kadang-kadang ada berlakon pakai IG and facebook. Ramai yang terkena sebab ulat-ulat ini akan makan komisen lebih dan mahal. Korang boleh dapat bawah daripada RM100. Ulat kereta sewa pun baik-baik. Sebab semua perangai menakutkan, pihak berkuasa should do something.  Makan teluk nipah...mahal (nak murah gerai Kak cha depan Tempat penginapan Horizon)...selebihnya I will divided article according to label for easy reference. 

Rujukan/kredit to :