Sunday, 29 January 2017

Lunchbox sihat

Makan proses contohnya seperti maggie, fast food atau makanan dalam tin memanglah satu rezeki makan yang kita tidak dapat menolak  tetapi dengan kandungan garam, minyak yang diguna berulang kali serta gula yang entah berapa sudu boleh mendatangkan keburukan kepada kita kemudian harian

80% diet makan dan 20% exercise

Hari ini saya nak berkongsi tips salah satu kejayaan turun berat badan adalah daripada makanan kita.Tahu atau tidak korang bahawa 80% diet makan dan 20% exercise diperlukan untuk mereka yang bercadang untuk kurus , fit dan sihat? Delima utama adalah penyediaan dan cara untuk makanan clean eat diet. Dalam keadaan terdesak , delivery food services memainkan peranan penting dalam hal ini terutamanya kepada mereka yang sangat busy. Agree tak?


Kita boleh berubah lifestyle pemakanan kita dengan ada Healthy food delivery service yang wujud di KL. Contohnya  servcie Dah makan (link) yang ada menyediakan set food delivery service bagi lunch dan dinner.



Salah satu menu contohnya adalah Honey BBQ Roasted Chicken with Pandan Brown Rice (RM 20), Dah makan  food delivery service akan memberikan sedikit info untuk acknowledge makan kita seperti


Jarang ada informasi food delivery service yang menawarkan counting calories. Dah makan adalah salah satu service review yang sihat lihat memberikan informasi yang padan . FYI, Honey BBQ Roasted Chicken with Pandan Brown Rice adalah satu contoh clean diet untuk carbs loading. Banyak menu yang disedikan di dalam Dah makan ( yang sihat dan ada di bawah 300 kalori)





Dan bentuk makanan yang dihantar oleh Dah makan food delivery service adalah seperti ini 💙👀 


Kredit kepada JewelPie


Jadi tiada alasan untuk makan clean diet sebab adanya service food delivery seperti Dah makan. Dengan harga berpatutan meal harga bermula daripada  range RM20.00 dan RM30++

Apa yang best, Dah makan tiada minimum order, sebelum 5 minit makanan sampai kita akan terima message daripada mereka untuk memudahkan kita- Free Delivery . Untuk tambahan maklumat, masa penghantaran adalah antara 11.30 am -1.30 pm



Semoga azam 2017 kita semua tercapai untuk dapat badan yang sihat dan slim adalah satu package.

Saturday, 28 January 2017

Salah satu cara untuk kurus dengan Jonlivia



Tahun 2013


Hello ❤❤❤❤❤

Walaupun ramai yang menegur saya kerana berjaya kurus cepat, saya masih mengalami delima : "perut yang mengelebeh", bukan itu sahaja ada beberapa masalah yang saya hadapi dalam usaha untuk kurus. Ada beberapa lebihan kulit terlebih yang bergoyang-goyang menari macam hiasan pokok christmas yang bernyanyi-nyanyi "jingle wibey jingle wibey" You feel me?. Terutamanya bagi mereka yang mahu kelihatan kurus dan tidak nampak lebihan lemak seperti muffin top.

Ada beberapa sebab kenapa saya menekankan isu lemak di bahagian perut kerana , kelebihan mempunyai core yang kuat atau baik ( core = bahagian tengah badan dan dikenali perut) :


  • Membantu kita dalam prestasi sukan
  • Elakan sakit belakang badan
  • Memperbaiki posture badan
  • Pengawalan pernafasan yang bagus ( back to no.1 , pengawalan pernafasan yang bagus dapat improve perfomance kita di dalam sukan)
  • Last sekali selain daripada muka, perut adalah salah satu bahagian badan yang dipandang oleh orang.


Oleh itu, saya mengambil sedikit insentif  untuk melabur selain daripada menekankan  exercise core. Dan terdapat beberapa review daripada blogger yang menarik perhatian saya tentang brand Jonlivia (link). Contohnya seperti review daripada Mama Darwiish, Misz-Ella, Lee Yann etc. Jadi sebelum invest , saya mencuba dahulu secara personal mengunakan Jonlivia Slimming Shirt Shaper (link), di bawah collection slimming shaper





Harga Slimming shaper jonlivia boleh didapati dengan harga RM120 (selepas diskaun daripada harga RM 200). Saiz Jonlivia berdasarkan ukuran saiz badan kita, dimana kita boleh ikuti ukuran yang disediakan di website Jonlivia.

Apabila sampai, pada mula saya jujur saya khuatiri adakah saiz ini betul? Suprisingly it very fit on me! dan sangat selesa dengan mengikuti arahan pemakaian daripada bawah badan dan naik ke atas.




Jonlivia slimming shaper shirt mempunyai jaringan jahit yang kukuh, bukaan bahu yang luas (sebab tu kena pakai daripada bahagian bawah ke atas untuk senang tarik lemak 👰 ) dan stretchable





Testimonial saya selepas memakai slimming shaper selama seminggu adalah berdasarkan photography dibawah sebagai rujukan :





Sebelum pemakaian slimming shirt shaper jonlivia, kita boleh nampak akan lebihan kulit "flabby" saya di bahagian perut




Selepas pemakaian slimming shirt shaper jonlivia nampak kesan perubahan kurus cepat ? terutamnya di bahagian perut. Bukan itu sahaja walaupun nipis tapi shaper ini adalah kukuh, sejuk dan boleh pakai lama. Malahan saya dah cuba bawa workout pun ok. Just that kalau pakai lama dan terus workout memang tak selesa. Kalau nak pakai masa workout makesure baru fresh (bukan long hour wearing baru lepas tu workout).

Plus yang best, orang tidak tahu pun saya sedang memakai shaper, berbanding dengan produk lain ramai yang nampak kita memakainya. 



Basically pemakaiaan slimming shaper shirt jonlivia ini, memberikan kesan sama sepert korset (cumanya ia bukan korset). Ianya dapat membantu posture badan kita. Malahan semasa saya membawanya untuk routine mount climbers, semasa memakai shaper ini, ianya memberi performance yang bagus berbanding semasa saya tidak memakainya. Ini menunjukan saya kena fokus kepada core saya.



Result/Testimoni Review Untuk Sliming Shirt Shaper Jonlivia


Sebelum pemakaian Jonlivia ukuran badan sebenarnya saya adalah sebanyak 34 inch




selepas pemakaian shaper jonlivia , saiz ukuran badan menyusut mengikut benda shaper kurang satu inch.




Dengan diet yang sihat serta exercise rutin lari dan yoga, saya berjaya mengurangkan 2 inch dalam seminggu. Saya akan lebih focuskan exercise core untuk membina otot di bahagian perut.

Tadaa!!! final result




Tahun 2017





Wednesday, 25 January 2017

#Diary kurus : Consistency






Assalam & hello !

Saya mulakan hari saya dengan larian 3KM selama 26 minit  lepas tu balance 4 minutes buat crunch and hanging leg rise berikutan untuk mengejar masa ke pejabat. Sepatutnya rutin lari saya adalah pada waktu semalam, tetapi oleh kerana cuaca yang tidak menginzinkan saya terpaksa untuk bangun pagi dan memaksa diri saya untuk berlari. Selalunya jogging distance saya  adalah 5KM tetapi atas sebab-sebab tertentu saya akan melihat masa saya. Lebihan 2 KM saya akan complete pada waktu petang dan kebetulan pada hari rabu adalah jadual saya untuk Yoga. Untuk this time, challenge kurus saya- masa memang sangat cemburu kan saya. Tetapi untuk skip exercise dengan alasan masa adalah tidak munasabah ini kerana kita mempunyai masa untuk makan. Apa juga pun key untuk success turunkan berat badan adalah consistency dan jadikan exercise sebagai rutin bukanya trending.


Betul orang kata, kalau kita mahu tekad sesuatu, first thing kita kena aim adalah organize time management kita. Time management adalah sangat penting daripada segi diet dan exercise, sebab kalau berlatih/exercise terlebih masa pun tak bagus juga. Kita akan terlepas daripada segi life dan masa dengan orang tersayang. Basically , commitment kita untuk kurus tu kita dapat lihat based on result kita ( daripada segi stamina, strength, muscle dan turun berat badan ). Tapi to be honest, pada awalnya saya terpaksa bertungkus lumus exercise pada tahun lepas. Ini kerana pada tahun lepas saya mempunyai target untuk memasuki Viper Challenge Arena di Shah alam. Saya tak boleh imagine dengan kena bangun awal 4 pagi untuk jogging dan kemudian pada waktu petang bergegas ke gym untuk berlatih dengan team mate sampailah waktu acara Viper Challenge Arena tu. Tahu-tahu sahaja masa tu berat saya dah turun 30KG untuk first time Viper Challenge saya ( thanks to Usue and Kak yani yang tak jemu give up untuk suruh saya commitment) .Saya rasa ini mungkin salah satu rahsia besar kenapa saya boleh turun 40kg dalam masa 9 bulan yang lepas berdasarkan event run dan obstacle saya register pada tahun lepas.




After exercise consistency




No exercise at all ( ngeh)


Consistency dan work hard.

Serta target on event run


Target masuk Viper Challenge last year pun salah satu juga kenapa saya kurus. Walaupun ada bisikan-bisikan kata “ kenapa perlu training?” . Tak kan lah aku nak biarkan aku yang gemuk dengan berat 119KG masa tu nak suruh orang tampung? Memandangkan pada masa itu dengan self-confident yang sangat low. For me , janganlah masa event run on that day itself kita baru nak exercise. The answer is NO, others else you akan injured.  Secret weapon is training. Memang betul , kita bukannya masuk sebab nak champion ke apa  but to test ourselves to the limit peak. Tanpa cukup training , push the limit pun tak sampai. Even myself pergi training ( ada haters duk complain tiap-tiap hari training) pun tak cukup tau sebab my exercise is only 1 hours. Kalau jumpa Usue dengan Kak Yani barulah dapat 2 jam. Apa-apa pun yang penting exercise yang berkualiti bukanya kuantiti dan jangan sibuk ambil gambar dekat dalam gym (membazir masa). Setakat 1-5 shot bolehlah. Ini kalau daripada masuk gym sampai ke habis gym pun ambil gambar... after affect burn pun taka da.



By the way banyak run yang saya cuba register on fews month upwards banyak dah sold out. Adakah rakyat Malaysia sudah mula mengamalkan gaya hidup sihat? Syabas!





Tuesday, 24 January 2017

Derma darah di PPUM


Tempoh hari, ada satu post viral daripada Fanpage Facebook dekat PPUM yang menyeru kita menderma darah. Ini kerana terdapat beberapa golongan darah A dan AB yang berkurangan pada waktu tersebut. Sejurus saya melihat post viral tersebut. Saya share dan like dan bercadang untuk dapat pada Hari Sabtu di PPUM. Niat asal pada ketika itu untuk menderma darah membantu mereka yang memerlukan dan untuk membakar lemak. Sebab bila kita menderma darah untuk Malaysia (standard pack 450 ml) kita boleh bakar lebih kurang 650 kalori (Itu niat asal). Bila sudah sampai di PPUM ( pada hari Sabtu, kalau hendak pergi ke seksyen menderma di PPUM , kita kena tanya guard untuk instruct ke unit tersebut, jadi kena panjat tangga 1 tingkat je – unit ini terletak di Bangunan Utama)


Ini tangan Eno yang berjaya menderma darah


Ingat tidak apa saya beritahu pasal niat asal saya? , ok so when I reach there , a few of people que up untuk derma darah. Cewah masa itu memang tabik dada saya (Riak) pasal semuanya tidak ada passport buku darah. Saya dengan kawan saya , Eno yang sahaja ada buku passport derma darah tu. (Yang lain akan dapat lepas session interview dengan Doctor) Sebelum menderma darah, proses flow dia kita kena isi borang dulu. Lepas dah isi jumpa denga admin unit derma darah . Dia akan tanya :

1. Dah makan ?
2. Makan apa tadi?


So saya pun jawab . Dah. Dan makanan normal diet saya selalu pada waktu pagi. Omelet dengan dua sausage rebus. Admin pun tegur aku sikit sangat tu makan. Mungkin pandangan saya, my KG is more than 45KG yang dia sibuk-sibuk tanya aku kena makan berat dah kenapa? Only me been asked this kind annoying questions-damn it (kurus sangat ke aku, obviously not). Dan pandangan saya, saya dah buat carbs loading malam semalam why you should worried?  Kan kan? (Itu pandangan bukan seorang Doktor yang cuba jadi bijak pandai).

Lepas dia dah tanya macam –macam ( but basically semuanya pasal kenapa aku tak nak makan banyak *krik krik krik krik* ) , pergi dekat admin sebelah dia akan cucuk jari telunjuk kita dengan jarum kecil untuk test darah kita lulus ke tidak. Ok pass , next session interview dengan Doktor (cerewet juga kalau nak derma dengan PPUM ni macam-macam dia tanya). Sementara hendak tunggu masa kena panggil dengan Doktor, ramai yang tadi datang tengok sahaja kami kerana kami mememang  sahaja yang memegang buku passport darah merah yang lunyai ( cewah macam nak cakap diri ni otai penderma – padahal baru berapa list je)


So after that my turn to meet up Doktor. Teettt……..! Failed untuk menderma darah kerana :

1. Sebab exercise pada waktu pagi
2. Tidak ambil makanan berat sebelum menderma ( dalam masa 4 jam)
3. suspected dehydrate (sebab exercise)
4. suspected low blood



Kesimpulannya apa saya belajar semasa nak menderma darah :

  • Baca syarat-syarat wajib dalam buku merah (passport derma darah tu)
  • 3 hari sebelum derma darah , banyakkan minum air
  • light exercise atau pun 3 hari sebelum tu jangan exercise
  • lastly tu nawaitu kena betul (naiwaitu saya terpesong pasal dah riak dengan nak burn calories)


Jangan hisapa dade, dermalah dare - famous quote from famous people




Online Printing KL : Gogoprint Malaysia


Dalam kesibukan masa dengan moto "cheap and fast" memang sangat dialukan di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur. Apa yang saya maksudkan adalah online printing di Malaysia. Pernah atau tidak, kita mengalami saat terdesak dan bila-bila lagi jika kita mahukan "cheap and fast" untuk printing ? Solution untuk jawapan tersebut adalah melalui cara online printing yang terdapat di Malaysia.

Sebenarnya saya mahu membuat satu feedback online printing yang ada di Malaysia. Setakat ini kalau kita google memang dah banyak pun online printing di Malaysia. Pada asalnya saya tidak tahu, service sedemikian  sudah wujud (uhuhuhu 💗💗💗 ).

Gogoprint (link) adalah company online printing Malaysia yang saya boleh recommend kepada korang. First thing kerana dia punya service cepat dan murah. Gogoprint ada offer a fews service printing contohnya  printing untuk : Business card, flyers, card (wedding , invitation ), booklets etc. Dan saya cuba mengunakan untuk printing business card dengan cara online printing.



Feedback online printing Gogoprint Malaysia



  • first thing first pasal instruction untuk order serta explanation dia friendly (senang nak faham)
  • pasal banyak choice of service serta budget kita
  • Just follow step by step dia (bawah kotak atas dia ada tulis step 1 , step 2...etc)

Pasal price (untuk business card sebab itu service yang saya guna) adalah affordable dan bergantung kepada budget kita, Tips kalau hendak dapat murah - design sendiri dan tempoh masa printing. Kalau nak cepat, cost dia pun ehemm cepatlah juga. Saya share pricing dia (instruction untuk purchase memang senang compare to others online printing). Sebab ini business card saya purchase daripada Gogoprint. So this is the price :



ok. untuk harga atas sedemikian ini kerana :
  • saiz
  • material
  • Masa
  • quantity 
macam saya cakap tadi harga dia affordable bergantung kepada pilihan kita untuk printing businees card ini, material pilihan saya adalah "Lamination glossy" (harga saya purchase business card yang mengunakan online printing Gogoprint ni adalah RM62.10 dengan kuantiti 500 pcs material Lamination glossy delivery dalam masa standard dia)----> Delivery charge dia adalah Free (untuk semua harga business card)





Daripada segi tempoh delivery dia (macam saya cakap tadi kalau pilih express- express lah harga dia), saya pilih normal delivery jadi dalam masa seminggu (lebih kurang 7 hari termasuk sabtu ahad ) saya dapat dah business card saya.

Untuk gogoprint kalau pilih 24 hours (dua hari waktu berkerja dah dapat dah) . Cara nak bayar untuk service online printing Gogoprint pun mudah. Banyak channel. Korang nak submit dulu, dan bayar kemudian melalui cash deposit pun boleh.




Kalau nak cepat make sure picture korang kasi dalam bentuk (personal tips) :

  • High resolution
  • simpan dalam PDF
  • nak kemas dengan alignment betul boleh pakai power point.


Lastly I'm satisfy with the service ( Nada macam  cartoon disney Baymax)


Online Printing Malaysia | Gogoprint Malaysia


Friday, 20 January 2017

#diary kurus : Recap makan apa

Assalam dan salam jumaat,

Semoga post ini dapat memberikan inspirasi kepada mereka yang ingin kekal sihat dan cergas. Kurus definasi orang Malaysia kita ada dua , satu kurus ala model figure dan lagi satu kurus adalah untuk fit serta berstamina. Walaupun saya sudah menerima teguran “sudah kurus” namun saya seharusnya tidak patut berpuas hati dengan cepat. To be truth orginal niat saya adalah untuk menjadi kurus ala model figure (gila kalau tak mahu) sampai one stage , I stalk them lifestyle via instgram dan baca rutin kehidupan model Victoria secret. Sebenarnya not so secret – workout dan diet (it must dengan cara betul) . Tapi setelah parcipate pelbagai run- nawaitu saya berubah saya mahu jadi fit ,cergas dan berstamina. Sebenarnya nak kurus tu tak susah, yang nampak susah kerana dia mengambil masa.

I'm victoria's secret model, it such a secret not even victoria know

Sebenarnya yang PALING susah adalah untuk fit ,cergas dan stamina. Recently , saya terpaksa berhenti workout selama 4 hari kerana menumpukan thesis saya ( yang kerap berubah tajuk model-rasa macam nak menangis) serta beberapa isu personal (dah meroyan dalam Facebook bahahahaha –macam orang bodoh je rasanya). As result selepas 4 hari tinggal workout dan tidur yang tidak menentu (2-3 jam sehari berlaku dalam minggu lepas) :

1) Emosi yang berubah sekejap ok sekejap tidak dan mengunakan media social untuk mengarut (bisa begitu?--- macam orang gila juga aku tengok diri sendiri balik)

2) kurang fokus

3) craving (benda yang mengarut)

Therefore ,another side effect penambahan 2KG berlaku di dalam berat badan saya (tapi untuk mengelakan saya rasa down saya berfikir mungkin disebabkan “period”) sebab saya pernah datang bulan berat mencecah sampai 70KG tapi lepas selesai kembali kepada normal 67KG. Untuk recap minggu ini saya akan kongsikan apa makanan saya bawa pada tengah hari ke pejabat :


Isnin
Sayur goreng ( pakai olive oil make sure tiada garam) dan ikan grill kicap pedas ( kicap sahaja sebagai perasa)






Selasa

Ikan siakap stim lemon dengan celery (tiada garam dan portiona ikan siakap ialah separuh badan)






Rabu

Sawi goreng sahaja ( time ni bila tahu badan tak workout saya akan cut carbs dan lebihkan micronutrient)




Khamis

Daging grill kicap oregano dengan celery + salad (abaikan rambut sehelai tu- bahahahahah)




Jumaat

Salad and chicken grilled with lemon juice condiment.




Minggu ini adalah minggu saya cut down carbs sebab saya tahu carbs saya akan datang from craving saya yang melampau-lampau. Dan finally saya tahu kena saya craving, because “period” dengan tidur tidak cukup. Yup nampaknya saya kena buat skipping (tak boleh nak run sebab hari ini first day) and there will be no cheat meal for this week. Commonly , saya denda diri saya bukan untuk dapatkan balik berat saya terdahulu tetapi adalah untuk fit. As new beginner in run, kita boleh tahu yang  kita salah makan dan bila-bila lagi badan tak  dapat cukup tidur kita akan tidak beberapa nak fit (lebih kepada sengal dan macam game zombie and plant ) untuk melakukan sport activities. Semalam pagi (sebab dah trauma) saya dah start balik 100 days skipping challenge saya pada waktu pagi dan malam pula saya ada workout session Zumba dan 30 minit untuk half squat dan walking lunges with 15kg.


Hopefully, I can manage my time to stay focus on thesis( lagi sikit je ni) dengan training sebab I will have a fews event fitness coming soon in this couple of month. Ok, this only recap I can share for this week- sesiapa nak kurus dan fit . Please don’t give up, biar lambat and enjoy your lose weight journey.


Thursday, 19 January 2017

Kelebihan yoga





Saya mula melakukan senaman yoga pada oktober 2016 selepas memasuki obstacle trail run (Tarzan Run 2.0 yang dashyat tu yang tidak akan saya lupakan) kepada siapa yang pernah memasuki Tarzan run 2.0 , mereka lebih tahu dan arif suasanaya terutamanya  bila berlari meredah bukit-bukau di dalam hutan belantara, betapa tingginya bukit yang kami kena berlari masa tu. Pada masa itu , saya memang ada kesukaran untuk berlari di bukit , jangankan lari mahu pun hiking. Selepas enam bulan melakukan latihan yoga di kelas, malah cuba-cuba sendiri di rumah.  Saya boleh nampak “progress” latihan yoga ke atas diri saya. Terutamanya selepas saya mendaki Bukit Kutu.






Progress atau kesan yoga kepada saya :

1. Lebih fokus kepada apa yang saya buat. Ya saya memang ada masalah fokus dan saya suspek saya ada minor autism (aahahahhaah – itu tak lawak sebenarnya).

2.  Lebih kepada flexibility dan membantu saya banyak di dalam obstacle run.

3. Balancing

4.  improvement untuk strength body (upper) terutamanya di dalam deadlift. Saya boleh nampak pengawalan pernafasan saya yang lebih teratur.

5. Daripada segi kurus?  No comment tapi lepas mengamalkan yoga , saya mempunyai endurance yang lebih baik terutamnya dalam mengangkat berat.



Apa juga key untuk fokus semasa bersukan adalah bagaimana kita mengawal pengawal pernafasan kita. Terutamanya semasa berlari, bila lari dengan mengunakan pernafasan cepat dan laju- selalunya kita akan lebih cepat berasa penat.  Untuk saya share posture yoga? Saya masih lagi bukan ke tahap yang “perfect” . Yoga kena ada cikgu , then baru lepas tu kita akan decide untuk melakukan latihan ke rumah atau tidak. Ini kerana kita perlu ketahui teknik badan dan pengawalan badan yang betul. Pose salah? à boleh menyebabkan kita injured atau pun tidak mendapatkan apa-apa faedah kepada kita. Namun pada awal 2017, saya akui terlampau sibuk dengan tugasan pejabat serta jadual belajar saya yang bercampur-aduk menyebabkan saya jarang untuk hadir ke kelas dan terpaksa banyak berlatih di rumah.


Kelas yoga setakat ini saya hadir, masih sama lagi dengan tahun lepas bersama Cikgu min (saya suka dia). Yoga yang dia ajarkan  ye nampak lemah lembut tapi…. Jangan sangka kelembutan tu tiada ketegasan dia. Saat kami kena menahan nafas dan pose yang merengangkan otot adalah saat yang paling kami takutkan. Tak caya try *sengih* .


Wednesday, 18 January 2017

"Error! Bookmark Not Defined" when updating Table of contents

Hello!

I decide to write this post, after I having trouble in configure to write up my thesis in Microsoft word. At first I thought, is difficult  to prepare thesis using Microsoft but -actual , Microsoft help us to make sure our report or thesis clean, tidy and organize well .  Before we proceed , make sure this 101 rule :

1) Never ever edit numbering for your heading manually. Let the Microsoft word do it numbering you.
2) Always check your Style format (later will discuss on this)
3) always make sure style in Multilevel list consistent from first heading till end ( either else you will facing difficulty in updating List figure/content/figures/index even caption)


(basically this post as your check list why the reason your caption and list figures is no tally – based on my experience)

Start

1.      Open Microsoft word, press button CTRL +F ( it will come out navigation part , easier for your reference )





2.Make sure your chapter and subchapter is proper organize, if not  is mean your format in Multilevel is wrong example :

In bad asnur, you can see the List of table and Subchapter 1.7 is not in proper place , this is because every Multilevel format is different If you do it correct you Heading in navigation will show like Good Asnur ( because good asnur never edit NUMBER manually and allowed Microsoft to do it)





4. Every time you go to next Chapter or subchapter, always go to Multilevel list and make sure the format same as previous chapter. Once you change it, you will affect all report. You unable to generate caption auto, even your numbering will not tally. Remember if the words not generate number auto for you. Please recheck all you format Multilevel list ( it should have same format to all level).




Is not cool when you generate table list and appear “ Error Format”. I been there and I feel you!
I hope this tips able to help you guys!
Good luck!


For more reference :


Saturday, 14 January 2017

Amazonian Race, (new year race resolution )


Personal Review on Amazonian Race 2017

  1.  Amazonian Race is my opening running in 2017, it's obstacle run that have 5KM 12 obstacles.
  2. Amazonian Race ini dibawah anjuran event organizer (Score atau lebih dikenali Mantra Attractive)
  3. Uniknya Amazonian Race ini - race ini hanya untuk PEREMPUAN sahaja
  4. From my personal opinion , Amazonian race ini consider mahal kerana early bird dia berharga RM115 (saya beli semasa harga RM135). Tetapi selepas mengharungi it worth it (ok lah) pasal :

    a) Time release berperingkat, tak bersesak compare others obstacle run

    b) Sistematik dan mementingkan keseleasan peserta wanita (salah satu ada tempat surau- solat subuh)

    c) Obstacle majority barang baru memang selesa dan paling penting selamat

    d)Goodies bags yang worth it ( sorry unable to provide picture) example treament hair, enegry bar, energy drink, koyok etc.

    c) cool t-shirt finisher
  5. Amazonian Race 2017 dibuat di Sepang (suku location Viper Sepang 2016 -link #cerita pasal post lepas Viper 2016)
  6. Level of difficulty : easy (except high- I'm phobia with high place tak tahu macam mana boleh masuk Viper Challange)

Obstacle Amazonian Race


  1.  Balancing
    Tips : stay focus and control nafas ( siapa amalkan yoga will have this advantages)
  2. Swing
    tips : upper body kena kuat ( no comment upper body saya memang siap lagi)

3. Berlari/Berjalan di tayar
halangan tayar paling panjang pernah masuk selalu standard 10 kaki (but this time 50 kaki ) obstacle ni akan buat kita confuse.


4. Laluan berhalang
Panjat/lompat dan cangkung, panjat/lompat dan cangkuk (repeat). Kelebihan untuk orang yang selalu squat this obstacle good for you




5. Grip Wall

Obstacle ni tak kira, MESTI ada dekat Viper Challenge, Spartan, Mad Warrior, etc. Grip tangan kena kuat. Tapi oklah untuk amazanion race grip senang (mungkin baru) dekat obstacle run lain susah nak grip sebab terlampau licin, ramai orang dah selalu calit calit dekat situ.





6. Longkang tanah
Macam laluan race motor scrambler tu, bayangkan lagi dalam lepas obstacle ni baru ada water station. Tak silap longkang tanah ni ada 5 (lupa) cara catch up once turun cepat-cepat guna force badan kita untuk naik jangan turun slow naik pun slow (nanti penat nak panjat). Tips ni dapat daripada sophia memang sekejap settel.



7. Angkat berat dalam guni (estimate 5kg kot berat dia)






8. Climbing Cargo net (Siapa yang gayat memang akan slow skit sini- masa nilah kena inhale dengan exhale)




9. Commando crawl





10. Wall Climbing


11. Lupa (krik krik)




12. Slide dalam ais




In think that's all obstacle yang saya harung, sorry miss out lagi satu. Memang betul-betul lupa. During registration , saya discover finisher medal dan T-shirt actual for Amazonian race ni medal dia adalah bracelet dengan pink finsiher





What in reality will look like this
,
,
,
,
,
,
,







We're wore finisher T-shirt





Some snapshot at finisher moment
'
'
'
'









How to prepare your obstacle run in future, in case next time ada Amazonian Race, read from my previous blog post (link)




Reference photo taken from :

1. Facebook Amazanian Race