Monday, 20 February 2017

#Diary kurus : Motivasi untuk kurus


Saya melalui “rough day” pada minggu lepas, melunturkan semangat dan motivasi untuk menuruskan program kurus. Demotivated , adalah standard akan berlaku mana-mana bila  kita hendak bersemangat waja untuk menurunkan berat badan especially bila kita hendak “keep fit”. Kita tidak boleh akan 100 % kekal motivasi sepanjang masa selama 365 hari, itu maksudnya kita robot. Biasanya saya akan melayan perasaan yang tak best tu  ,tetapi akibat terlalu lama demotivated dan tidak workout  ia akan menyebabkan:

1) Berlakunya bad eating habit
2) Bila berlakunya bad eating habit akan terjadinya penambahan berat badan and penurunan mass booty muscle (sebab saya tengah focus this part of muscle)
3) Bila tidak workout/exercise , keluaran hormon endorphins akan berkurangan
4) Bila hormon endorphins berkurang – kita akan berada dalam negative vibe.

Ada a few things  yang kita sendiri kena lawan untuk mengelakan demotivated terus menyerang kita sepanjang masa. Akibatnya, bila kita demotivated berpanjangan sebab itu kenapa kita cepat give up. Saya akui, 40 %  kita akan rasa re-motivated bila ada pendorong semangat daripada kawan-kawan yang akan push balik kita untuk keep the track. Sebab tu, kalau orang yang ada duit lebih sedikit, dia akan hire personal trainer untuk coach dan motivasi mereka.


Daripada personal opinion saya, ada beberapa perkara yang dapat membantu kita untuk terus bermotivasi. Ini bergantung kepada cara mereka dan nawaitu masing-masing :



1. Check balik apa Naiwaitu kita, fitness bukannya medan saingan
Setiap kali saya down, saya akan ingat kembali kenapa saya pilih gaya hidup sihat? Pertama kedua-dua belah ibubapa saya mempunyai sejarah kencing manis dan tambahan pada 2 tahun lepas saya hampir-hampir disahkan penyakit darah tinggi. Apa yang penting, niat adalah untuk diri kita sendiri bukan orang lain.


2. You are what you read and eat
Bahan bacaan yang kita baca juga sedikit sebanyak boleh mendorong kita bermotivasi. Selain daripada itu, jika pemakanan yang terlampau ketat dan kita tidak memahami konsep diet keperluaan badan kita sedikit sebanyak boleh menurunkan motivasi kita. Check balik pemakanan kita- jika kita mood swing kemungkinan gula penyebab kita berada di dalam keadaan moody.




3. Set matlamat
Gambar-gambar model Victoria secret akan penuh dekat wallpaper saya  tetapi masalahnya benda itu hanya menjadi impian saya terkubur. Jadi saya memerlukan sesuatu matlamat yang boleh membantu saya lebih agresif untuk terus berusaha untuk kurus. Selalunya saya akan register run event especially obstacle run pada tarikh dan waktu-waktu yang sesuai untuk saya berlatih. Contohnya seperti Viper Challenge pada bulan April ,dan saya akan mula training 2-3 bulan sebelumnya. Namun ada setengah orang ada cara dia sendiri,misalanya kawan saya dia lebih suka set holiday berbanding memasuki acara event. Jadi sebelum pergi bercuti dia akan workout bergantung tempat holiday dia pergi. Kalau dia hendak pergi ke pantai- dia akan workout untuk Bikini body. Semua orang ada acara masing-masing tapi make sure set matlamat yang boleh membantu kita untuk bertindak agresif






4. Is ok to be down, but “sometimes”

Is ok to be down tetapi “kadang-kadang”. Selalunya kalau down saya lebih suka pencilkan diri daripada bertemu dengan orang dan selesa untuk berjogging daripada memasuki gym.





5. Sediakan journal 
Jadikan rutin dan update. Saya baru mengunakan cara ini dan kita akan nampak kena kita demotivated- malas. Journal sedikit sebanyak dapat membantu kita daripada segi perancangan masa , makan dan workout yang kita mahu buat dalam proses keep fit dan menguruskan badan. Progress perubahan juga jangan lupa catatkan. Once you see the result, you will be more addictive !
















Sunday, 12 February 2017

maid service di KL




Dalam keadaan"high demand" masa , everything we can order, book & survey service secara online. Contohnya cleaning house service . Dulu kita ada "hassle" untuk mencari cleaning house service, terpaksalah "ricky"  kawan-kawan untuk share contact house maid yang mereka kenal. Masalah yang kita akan hadapi :

1. How secure their are ?
2. How efficient their are?

Solution to this, saya recommend korang untuk service maid easy (link) , yang sememang easy. Di mana saya terjumpa daripada search engine google semasa cuba mencari maid mengikut masa (maid separuh masa).



saya suka maid easy dan recommend untuk korang kerana sebab utama :

1. online information content senang hendak faham- compare to other online cleaning and home maid service

2. pembayaran online dan book senang dan secure - compare others bila saya buat survey

3. Maid dia adalah pekerja tempatan kita ( Malaysia) jadi mudah daripada pemahaman bahasa, dipercayai  dan budaya compare to others maid yang bukan daripada Malaysia . Dioarang mesti tak faham needs dan sensitivity kita.


Mesti korang akan tanya rate dia instead provide local maid ada a few services dia offer with affordable price. Saya recommend korang visit website dia yang friendly user.


dalam maideasy dia ada variety services, tapi main dia adalah maid mengikut masa (maid separuh masa) : 

1. Basic cleaning service ( yang  ini untuk maid service yang living room, bed room , kitchen dengan toilet)

2. Move-in clening ( untuk siapa pindah rumah , untuk bersihkan)

2. Spring cleaning

3.  Categories other service -cat rumah ( price dia memang affordable) , carpet cleaning etc



Maid Service


Untuk maid service korang boleh pilih dan book dalam kategori basic home cleaning, sebelum ini saya dah pesan feature dekat website dia mudah difahami (friendly users) as long korang tahu which category yang korang hendak.

Untuk maid service  daripada maid easy dia 1 jam ( RM20), sebelum ini melalui contact saya dapat daripada kawan memang murah RM10 tapi bukan local plus dia macam blur-blur saya hendak tapi.... (faham tak perasaan dia macam mana bila kita instruction maid non-local ni tak faham apa kita hendak), dengan maid service daripada maideasy memang puas hati terus.

Untuk maid service atau basic cleaning service harga dia seperti berikut ( harga bergantung kepada service selection korang pilih but this price refer to maid / basic cleaning home) :















Area coverage maideasy adalah klang valley & Johor bharu. Overall I satisfy  with their service.

Saturday, 11 February 2017

Kucing cirit birit berdarah


This one ambil untuk purpose rujukan kepada doktor veterina - this within 24 hours after a few times dia cirit birit sampai perut kosong.


Terpanggil saya untuk kongsikan pengalaman kucing berak berdarah terutamanya kalau cirit-birit berdarah. Habit selalu check najis kucing little box memang diakui sedikit sebanyak membantu kita. Lepas Bitsy kena FIP, menjadikan saya lebih berhati-hati untuk filter little box kucing saya (Che cha). Dan tips itu memang betul dan crucial di mana kita boleh mengenal tahap kesihatan kucing kita.


Prevention 
  1.  Consistent check litter box kucing dan kenal najis kucing (sebab tu setengah artikel online kita baca mengalak kita 1 little box 1-2 kucing) . Dekat situ kita kena tahu apa jenis berak dia (keras ke normal ke, ada cacing) , senang dia nak berak ke, kais-kais berak ke tidak.
  2. rajin selalu bersihkan little box ( alhamdulillah lesson learned, kalau rajin dan jemur little box bawah matahari kuman/parisit kita boleh kurangkan setakat ini memang little box saya  tak ada bau kucing, you know kind of smell kalau orang masuk rumah kita ada bau kucing, so far tak ada - dan sebab faktor adik saya takut kucing, little box saya memang saya bawa masuk bilik tidur dekat sudut yang bersesuaian)
  3. Fresh water and food supply. Saya perasaan lately lepas ada banyak development dekat area rumah saya , memang habuk banyak melekat dekat air dengan mangkuk. IT MUST to be replace consistent
  4. Bunuh lipas kalau nampak ada berkeliaran di dalam rumah
  5. Elakan persekitaraan stress kepada kucing dan create bonding dengan kucing

👆  point di atas adalah basic prevention untuk mengelakan kuman/parisit dan paling dikhuatiri virus datang menyerang kucing kita. Nampak remeh, tapi ini adalah antara benda penting kita patut pegang jika kita membela kucing terutamanya mereka yang membela lebih daripada dua ekor.

Pada hari 6 Jan lepas, saya pulang ke rumah agak lambat lebih kurang mencecah jam 11 malam. Dengan point-point di atas, saya boleh mengenal pasti apa yang berlaku pada kucing saya. Saya tahu dia tidak makan lebih 12 jam ,sebab saya tahu the only things yang pelik happen tu kucing saya, a few  days before dia carik-carikan badan lipas satu-satu kaki, kepak ,kepala etc sebab sebelum tu  menjadikan guts saya sangat kuat mengatakan kemungkinan besar puncanya daripada lipas.

Saya rasa something wrong dengan kucing saya, bila behaviour terus bertukar 360 degree daripada behaviour dia yang saya kenal :

  1.  Kucing saya tidak sambut saya di pintu bila saya balik (neeh dia tak pernah miss tang sambut saya di depan pintu unless dia tengah berak, lain behaviour kucing lain cara dia sambut kita). Kalau behavior dan karektor dia berubah kemungkinan besar dia sakit/ merajuk.
  2.  makanan dan minuman dia tidak berusik untuk satu hari (2-3 jam acceptable  mungkin merajuk but more than 12 hours I should start worry)
  3. Dia lebih suka menyorok dan duduk di tempat yang kita tak boleh capai dia, dalam kes che cha dia menyorok di bawah katil mak saya. obviously tempat tu hanya untuk dia bila siang. But during dia sakit all the way dia nak duduk situ.
  4.  Muka murung dan masam. ( Is weird kan untuk owner kucing, once you ada bonding dengan kucing kita boleh tahu muka kucing masam atau senyum, but untuk normal person mereka tak akan faham apa kita rasa, that's specialty connection that owner cat have)
  5. Muntah berlarutan. (Once a while is normal untuk keluarkan furr ball but in a day... ada a few times muntah... that's red alarm my dear friends) dalam kes ini che cha muntah daripada muntah makanan hingga muntah kosong (air liur /muntah air).
  6. Berak bertukar menjadi cirit dan berdarah, it start with pink colour masa saya sampai rumah. I guessing benda baru hendak jadi bila saya rumah ( itu kelebihan kita ada when we keep filter our cat pop, kita mungkin boleh estimate dia dah lama berak atau tidak)
Benda ni  jadi dalam 👆  6 Jan 2017 satu malam, but signal kemurungan start malam 5 Jan. Untuk tunggu 7hb Jan pagi, saya memang panik, sebab saya tidak pernah ada experience kucing berak/cirit-birit berdarah. Malam tu saya banyak berdoa (memang tak dapat tidur nyenyak sebab che cha cirit dan muntah sampai perut dia kosong tak boleh keluar apa-apa) dan banyak online research. Untuk saya buat sesuatu memang saya tidak berani untuk ikut tips online sebab kita tidak dapat determine apa sakit kucing (unless confirm). Malam tu saya tak senang duduk dan berharap hospital veterina cheras buka secepat mungkin. Kalau ada duit lebih memang dah ward dia pergi hospital private (tapi mengikut experience masa Bitsy, kita bawa after 12 am pakar dan doktor yang ada only standby untuk kes-kes tertentu dan cas rawatan adalah double) dan klinik yang biasa saya bawa che cha pun buka dalam 11 pagi.

The only hope masa tu adalah hospital veterina cheras sebab dia buka pada 8.30 pagi. Lepas mama bangun, saya bangun dan solat subuh terus bersiap bawa ke Veterina dalam pukul 7.45 pagi by the time 8 pagi dah buka boleh register.


How  I counter the issue :

  1. Bawa kucing ke klinik/ hospital secepat mungkin, dalam kes saya  tempat paling awal buka dan affordable to my budget adalah Hospital Veterina Cheras.
  2.  Don't be panic, by usap dan give positif words kepada kucing kita. Kalau boleh buat normal play with magic wand ( walaupun muka kucing kita macam nak tampar muka kita)
  3. During check up, give the details yang terperinci dan tempat example : cirit-birit estimate time, warna , bau dan bentuk. Muntah berapa banyak, warna, bentuk dan bau. Time frame bila jadi. Situation dia makan dan minum macam mana.
  4. IF doktor understand and satisfy dengan jawapan kita (mudah untuk dia post mortem) dia akan immediate masukan air dalam badan kucing kita sebab confirm stage masa ini memang sudah ke tahap dehydration  

After give details dan memberi gambar najis kucing (che cha), simptopm cha cha  doktor buat post mortem : parvo virus (link) tapi atas keadaan dia yang gagah (maksdunya tak terkulai) dan below than 24 hours doktor suspected demam dan perut problem (mungkin kuman atau salah makan) dan demam pada suhu 40 darjah celcius menyebab salah satu faktor kenapa kucing saya cirit birit berdarah.I struggle 4 days untuk jaga kucing saya dan kebetulan memang ambil cuti kerja atas sebab-sebab tertentu.



Crucial 3 days ( 7,8 & 9 Jan)


Ubat keraskan berak kena kasil 1.5mm x 3 kali sehari dan akan stop bila najis sudah keras
Antibotik untuk kucing saya (cara makan dan dos atas nasihat doktor)
Supplement tambah selera makan kucing


Lepas doktor dan post mortem dan saya bertanyakan sebanyak mungkin kepada doktor ( atas maklumat saya baca daripada online research)  do & don't . Carefully understand baru saya boleh bertindak atas maklumat saya faham. Doktor pun lepaskan kucing saya lepas dah cucuk masuk air dan ubat demam. Ubat boleh che cha makan mulai 8hb (antibiotik dan ubat selera makan) , untuk first day ini doktor kasi ubat keraskan berak.


  1. 3 days were rough day to me. Kucing saya memang tidak mahu makan dan minum langsung tapi lepas jumpa doktor, sign positif untuk muntah nampak dah hilang (so it's good sign)
  2. 7hb setiap 2-3 jam saya akan berikan air bercampur gula sedikit untuk memberikan tenaga dan penganti makanan untuk kucing saya. Part mencabar adalah  saya kena buat "force feed" paksa minum dan makan memang susah especially kalau dia suka menyorok.
  3. Saya gunakan syringe dan saya bersihkan tempat makan, syringe, little box sebersih boleh since suspected parvo virus ( walaupun tidak).
  4. Saya keep consistent tuamkan kain lembap dileher kucing untuk turunkan suhu badan kucing saya yang pada masa itu  ( atas nasihat doktor)
  5. 8hb tunjuk tanda positif jadi "force feed" saya berkurangan, dan saya tak adalah consistent paksa dia minum air ,since dia dah positif boleh membalas meow saya balik.
  6. 9hb , kucing saya moody sedikit  dan saya perhatikan cirit birit masih lagi berturusan tapi tiada darah tapi positif behavior lepas dia capable makan soft food sendiri. Dan dia tidak beberapa menyorok sangat.


Red alarm (10 Jan)

syringe saya memang basuh dengan air panas untuk maintain hygiene, kalau mampu . Sila beli pakai dan buang , especially kalau was-was ada effection 


  1. Saya bangun pagi untuk pergi kerja, malangnya saya tengok cirit-birit kucing saya back to 1 first day ada darah plus, saya boleh nampak bentuk makanan perfect di dalam najis dia. Saya buat andaian yang digestion problem
  2.  again pagi-pagi tu saya terus shot hospital lagi sekali, but after check up doktor kata kucing saya ok might be only perut luka atau problem sebab sign of parvo tu cuma ada kalau dia terkulai lembik. Doktor just tambah sukatan ubat keras berak dan advice untuk habiskan antibiotik yang  saya datang pada mula-mula dulu.  (Masa saya datang, saya bawa semua ubat untuk tunjuk kepada doktor)
  3. saya pergi kerja macam biasa (risau juga kalau dia dehyration), paling alhamdulilah sebenarnya dia makan soft food yang saya dah standby untuk dia.
  4. saya tawakal beri campuran air gamat dengan air biasa pakai syringe - tawakal untuk redakan luka dalaman perut kucing saya
  5. every 2 hours saya buat "force feed"  minum air



11 Jan

Alahmdulilah....dia bangun makan kibble instead of soft food dan behaviour kembali seperti normal.... perghh.... priceless walaupun duit melayang (bukan cost rawatan tapi soft food dia mahal)

Kalau dah baring dengan position macam ni memang dah sihat lah tu. Masa dia sakit, jangan nak expose nak baring pun dia tak nak.



Link bacaan untuk rujukan :


Note : Moment menangis, bila dengar dia makan sendiri. Perghhh meleleh air mata ucap syukur, boleh katakan down jugalah sampai diet dengan workout tak buat.

Friday, 3 February 2017

Kelas Zumba

Sanggup travel 20 batu lebih daripada KL sebab hendak attend kelas zumba Cikgu Ivan.Masa dulu (throwback), saya dan zumba memang tidak serasi, asal menari 10 minit pancit. Itu dululah, tapi sekarang zumba adalah salah satu workout yang saya suka. Terutamanya bila dah jumpa Cikgu Ivan , terus jatuh cinta tengok step dia. Baru 2-3 bulan saya join semula zumba dan suka suka jadual waktu workout saya untuk tahun 2017. Untuk jadual workout tahun 2017 :

Isnin-Selasa : optional run/ skipping/weight lifting
Rabu : Yoga + leg days
Jumaat : Zumba

(sabtu /ahad : rotation salah satu hari long run).Ini pun tidak finalise lagi jadual workout saya.

Pada mulanya takut hendak join zumba, teringat masa zaman badan gempal. Memang tak boleh bawa dan give up. Rasa macam nak menangis je.  Tapi sekarang, lepas dah join ok alhamdulilah, penat lelah training saya yang dulu itu berbayar. Dah tak pancit macam dulu. Dulu jangan kan 10 minit, 5 minit rasa macam hendak  menangis duduk tepi. Sekarang ok, tarik nafas 2-3 minit boleh sambung step menari zumba. Itu pun ada sekali kaki cramp, saya duduk tepi buat post mortem apa yang saya buat untuk seminggu itu (cramp is not good sign in fitness level) .



Apa yang best tentang Zumba, from my personal point of view :

1. Shaping badan, asalnya saya kembali kepada Zumba untuk dapatkan bentuk badan (sebab nak masuk salsation tapi selalunya timing bertindih). Sebab area target adalah core, legs, glutes and booty!


2.  Penganti and variety  routine untuk cardiovascular saya instead depending on lari, skipping, cycling etc


3. Tidak membosankan kerana dengan step yang berubah , kita akan lebih focus kepada rutin step, kalau hendak dibandingkan dengan lari/jogging (gitulah rhythm dia lari-lari lepas tu cuci mata kalau tengok “ciptaan Allah yang indah”)

4. Peluh jantan terpecik-percik ( kalau tidak cheat step) kalah peluh run.

5. Sesuai untuk mereka yang suka bersosial, sebab kita akan jumpa new circle group of friends.


Apa yang tak best pasal Zumba , from my personal point of view :

1. Kalau first time join Zumba, first problem ia lah macam mana hendak follow step. Compare to Zumba and salsation ,Zumba step memang tidak dapat dinafikan laju terutamanya kalau zin dia adalah lelaki. Step dia memang jahat.

2. kalau kita beginner dekat kelas Zumba tu, memang macam “awkward”. Untuk Zumba professional trainer, semua sama sahaja tetapi apa yang membuat dia best atau tak best  tu adalah  sebenarnya bergantung kepada group/crowd untuk kelas tu (agree atau tidak?)



How to counter feeling tak best bila datang Zumba ?

1.  Take it easy , first time menari memang sepah-sepah. Tapi ahhh…. Peduli apa. Orang tidak ada masa nak pandang kita buat salah ke tidak (percayalah)

2. Kawalan pernafasan sangat penting dan stay focus on step (kalau ter miss tidak mengapa, janji kita bergerak badan jangan stop untuk burn kalori lagi) don’t be surprise one day  one of benefit attend kelas Zumba dia akan membuatkan minda menjadi sharp (kesan latihan focus)

3. Lupakan crowd/group, sebab kalau kita as new comer dekat tempat tu . Kita buat hal kita sendiri. Nawaitu kita adalah untuk workout untuk sihat , as new comer implement lah etiquette “ Masuk kandang kambing mengembek..embeek embeekk, masuk kadang harimau mengaum… aummmm aumm”

4. Enjoy your session . Don’t stop and have fun, baru boleh dapat benefit daripada Zumba.




Wednesday, 1 February 2017

#Diary Kurus :Jaga Makan


Assalam & Hello  💗💗💗💗💗💗💗!!!!


Kalau nak fit, sihat dan terutamanya mission untuk kurus adalah Jaga makan. I feel you! kita diet dah turun lepas tu  dapat result sikit sahaja terus rosakkan diet (is human nature). Dalam proses untuk kurus bab menjaga makan adalah penting. No matter how it is selepas berjaya turunkan berat badan, we should maintain the process. Every time saya down, benda pertama saya cari adalah makanan. Food always be my best friend untuk comfort the situation.


Saya pun tidak terlepas daripada bab " Jaga makan" ni. That's why the qoute always remind us , untuk kurus kena fokus 80% diet dan 20% exercise. Maksdunya displin diet menjaga makan adalah penting. Sebelum ini, saya adalah meluahkan personal opinion bahawa sebenarnya untuk kurus senang sahaja ( cuma yang nampak susah adalah masa, untuk kurus makan masa only tu sahaja problem dia).


Bab paling susah how to keep fit dan mendapatkan berat ideal serta body fat yang bersesuaian dengan badan kita. Tahun ini 2017, saya berazam untuk cuba dapatkan berat ideal yang memudahkan saya untuk membuat " monkey bar" serta run 5KM di bawah masa 30 minit (but seriously it will take a lots of years to achieve it maybe in next two years). Itu sebenarnya azam saya. Tetapi to be honest, this a few weeks , Jaga makan saya amat ke laut. Example, recently :



👅👅👅👅 sebenarnya saya memakan 4 slice pizza pada masa tu. And this is my answer (sahaja nak menyakat)



Itu adalah antara satu reponse comel saya terima dan bawah ini sekali :











Comel kan dorang ( hihihihi) , walaubagaimana pun dengan statement saya kata di atas tadi. Bukan saya menabik dada bahawa untuk kurus itu senang , tapi at this point sikit-sikit saya cuba faham (dalam sihat dan fit, saya masih lagi beginner dan belajar ) dan absorb . Ada benda yang susah... iaitu "Jaga makan"


Bila tidak jaga makan - stamina performance decrease

Bila makan terlebih - badan kumpul lemak

Bila kurang makan - gemuk ( sebab body restore fat for adaption environment )

Bila salah makan - tak boleh performance workout heavy

so when you unable to do workout heavy - there are no after effect burn fat



Idea sebenarnya untuk jaga makan adalah : displin dan ilmu. Pokoknya kalau kita tidak ada ilmu kita tidak akan faham proses yang kita cuba buat Untk gain knowledge in this field, saya banyak baca dan google tentang "fitness" , tips food for workout and back to basic in biology.



As prove kalau kita , tidak jaga makan  memang betul dia akan menganggu performance aktiviti sebagai contoh :


Ini adalah performance saya semasa saya menjaga makan. Kalau dengan makan yang betul dengan kesihatan yang mengizinkan (maksudnya tidur yang cukup, sihat dan tidak demam)-- ye saya tahu saya lari slow (mih mih mih mih)




Jadi selepas makan 10 keping pizza.... pada keesokan harinya. Saya tidak mampu untuk menghabiskan rutin saya 5KM pada 10 meter terakhir saya sudah dapat "blur vision". Selalunya blur vision ini akan dihabiskan dengan muntah.

Ini menandakan kandungan oksigen badan berkurangan (nampak sangat banyak fat/minyak dekat pizaa ni).








Jadi dengan demikian ,benda yangg paling susah adalah  Jaga makan. Bukan bermaksudnya saya kena diet selama setahun , kalau diet setahun boleh masuk Tanjung Rambutan. 5-6 diet sihat 1 hari cheat meal. Namun untuk saya kotakan selalunya memang tidak dapat (tak boleh wo..saya suka makan)

tapi itulah hakikatnya pokok pangkal  yang paling penting dan utama untuk kurus serta stamina bermula daripada "makan"

Kalau nak tahu cara saya Jaga Makan, baca (link) yang terdahulu.