Friday, 10 March 2017

Makan bihun untuk kurus?

Aku ni bukanlah pandai sangat ( tak ada pun certificate Personal Training) tapi boleh sekadar berkongsi dan memberi idea tentang ini.  Terlahir idea untuk entri ini bila aku ada following PT Syai  Aizat (Facebook link),aku follow Syai Aizat sebab dia tidak kedekut untuk memberi ilmu dan pendapat.Aku boleh recommend page beliau so far ringkas dan mudah untuk digest, yang susah-susah ni jenuh aku nak buka kitab biologi nanti nak faham. Seperti PT-PT page lain yang aku follow juga, aku tidaklah digest bulat-bulat. Kita  sebenarnya yang SENDIRI hendaklah buat research juga ( do your homework kalau tak nak berguru/ belajar daripada orang berpengalaman) baru apa kita faham untuk badan yang kita hendak.


Kadang aku tak tahu tanya, pergi tebal muka tanya dekat PT-PT terkenal tu dekat ruang comment. Kadang-kadang berbalas kekadang tidak… tak pun pergi tanya orang pandai-pandai dekat gym tu ( again janganlah digest bulat-bulat, nak senang terus masuk kelas PT yang korang percaya ).Cerita balik Facebook Syai Aizat, hari itu dia cerita pasal Bihun ni sesuai untuk orang makan untuk kurus ke tidak? Rata-rata semua tak faham apa konsep Syai Aizat ( pendapat aku lah, jangan marah). Kurus is kurus…. Bakar lemak tu cerita lain.  Tapi hakak tepek dulu photo yang hakak save daripada PT Syai ( terima kasih atas kebenaran dan kredit ke FB Syai Aizat Facebook link)













Carbs adalah dalam kategori macro (carbs, fat, protein) untuk membekalkan tenaga. Bila kita tak aktif, carbs kita makan akan bertukar menjadi lemak ( ni aku shortcut terus proses kimia dia karang aku tulis berjela-jela pula panjangnya ya ndak?)  sebab tu ada setengah orang dia akan terus cut down makan nasi. Tapi kita kena fikir Roti tu carbs, bihun tu carbs, chipsmore(biskut) tu carbs… tipulah kalau satu hari tu korang tak makan carbs! Haaa certain certain buah & sayur pun carbs juga tau!

Untuk maklumat, Bihun adalah sumber bekal tenaga yang tinggi dan rendah fiber (sama macam nasi putih lah effect dia J ) nak hakak tepek link yang menyokong kata-kata hakak (link) . Mengikut tulisan yang ditulis  oleh Jill Corleone, bihun kosong yang seberat 56gram/ 2 ounce atau bersamaan ¼ cawan bersamaan 200 Kalori. Imagine kalau kita masak goreng bagai mesti 200 kalori tu mencanak-canak naik boleh mencecah sampai 300 kalori (itu ¼ cawan tau, itu serve appetite hakak sendiri tak cukup tu). Kalau kita tidak berhati-hati , end up kita akan telan bihun tu melebihi keperluan badan kita, boleh kalah kalori satu pinggan nasi yang complete ada lauk-lauk sihat ( sayur dan ikan bakar).

Baik kau makan je nasi tu dengan ulam dan ikan bakar daripada bihun sup lepas tu kau lapar lagi…kau tambah lagi makanan tah apa-apa.



Ok nah tepek sikit nutrisi untuk bihun vs nasi putih ( korang buatlah sendiri comparison jangan cakap Kevin Zahri cakap macam ni… jangan cakap doktor cakap macam ni….jangan cakap eh Syai Aizat cakap macam ni)    :



VS

 Nampak tak nutrisi dia???? Nak tegur sikit Bihun goreng,bihun sup, nasi putih dengan ulam kalori yang sama tapi kandunga nutrisi dia berbeza tau daripada segi fat, sodium serta carbs dia.  👅

Bukan tak boleh makan carbs, tapi pilih carbs yang mengandungi high fibre contain contohnya oats, whole-wheat bread atau pasta yang mengandungi high fibre. Di mana carbs jenis adik beradik ini mengandungi jumlah gula yang rendah. Korang belajar kan sains kan? Gula kandungan kimia dia adalah C-H-O  which is ada dekat dalam carbs yang low fibre macam bihun dan nasi.



Gemuk ke tidak ni makan bihun?


Jangan bandingkan bihun ni kurus compare daripada mee kuning pasal dia gemuk. Semuanya bergantung kepada keperluan badan masing-masing. Badan ni sama macam DNA , tak semua sama. Sebab tu kita kena figure it out sendiri jenis diet apa yang sesuai dengan badan kita. Nak tahu apa yang sesuai, kena try jenis-jenis diet yang sihat yang ada contohnya blood type diet, GM diet, clean diet etc  Dan periksa sekali makanan apa yang bakal trigger scale kalau korang timbang. Dan korang kena check yang korang ni nak lose weight ke atau burn fat! . Itu baru nama dia commitment ! bukan main bedal dan absorb information yang orang kasi 100%


Kedua-dua ni adalah berbeza.







Apa kena mengena pula ni lose weight vs burn fat kalau makan bihun?


Sama macam konsep makan nasi dan bihun ni sebab kedua-duanya adalah carbs. Dulu masa proses nak kurus (masa tu memang focus on weight loss) , aku memang pantau makan carbs. Carbs ni aku makan buat carbs loading untuk workout yang berat-berat. The rest kalau workout bodoh-bodoh tidaklah aku makan carbs dan sepanjang proses turunkan berat aku memang boleh kiralah pakai tangan berat kali makan bihun . Daripada makan bihun , aku akan pilih nasi—zaass terus kenyang tak payah nak snacking –snacking. Kalau rajin masaklah brown rice.


Nak aku tepek sikit uraian carbs kalau kita jenis yang duduk dan tak aktif serta jarang exercise , ini apa yang akan terjadi dengan carbs tu tak kiralah nasi atau bihun





Tapi lepas dah turun daripada 120KG kepada 67kg, aku dah kena start strict carbs aku gila-gila. Sebab masa  sekarang ni bukan nak turunkan berat dah tapi aku nak burn fat. Target aku beranganlah nak dapatkan sikit muscle untuk perut dan hilangkan gelebehan lemak terkumpul bawah lengan itu tak cerita lagi pasal muffin top dekat perut tuh… boleh jadi buat kilang muffin.



Nak cakap bihun dengan nasi untuk waktu la ni?
,
,
,
No friends

Cuma macam biasa saya akan makan bila perlu contohnya HIIT, deadlift (angkat berat) , long run. Kerana untuk jenis badan saya, akan mengalami masalah water rentation bila saya makan carbs especially bihun dan nasi putih. Pagi baru saya berani ambil carbs untuk energy sepanjang hari contoh roti atau pasta ( ukuran 1 cawan)




Even Kevin Zahri pun cakap makan bihun jangan lebih segengam tangan ( sama macam dia cakap untuk makan nasi kan kan??? Nah aku tepek sekali dekat bawah)
= sama dengan


Tak caya pergi link ni (Kevin Zahri ) dan gambar-gambar ini saya cut daripada page website Kevin Zahri. Jadi untuk menjawab bihun untuk kurus ? If you seriously to lose weight or burn fat, you know what you should do kan?. Akhir sekali boleh nak makan, tapi control bebeh!! Control bebeh… untuk orang yang tak pandai control dan ada saka besar macam aku tu, terpaksa berdisplin dengam menjauhkan benda-benda ni.


Sekian bebelan diari untuk hari ini.






1 comment:

Hello readers! I need a feedback. Negative , postive , happy or angry is important for me to improve my writing! - Love xoxo