Thursday, 20 April 2017

Kronologi demam denggi

Bila kita baca online pasal demam denggi, dengan jaga orang yang pernah kena demam denggi. Adalah sangat lain daripada realiti kalau kita kena sendiri demam denggi ini. 2 minggu lepas, telah banyak merubah kehidupan aku 360 darjah selepas aku "confirm" demam denggi.
Tanda-tanda awal denggi
1 April 2017, Sabtu -Kalau online banyak sangat penerangan daripada segi tanda-tanda, ruam lah..demam panas lah etc. Tapi untuk  aku 2 minggu pertama aku mengalami sakit kepala yang teramat sangat pada bahagian keseluruhan kepala (macam migraine).Lepas 2 minggu , tak tahan aku pergi ambil MC untuk rehat daripada pejabat kebetulan MC aku pada hari sabtu. Petang sabtu tu macam dah demam, tapi aku datang juga gym buat training untuk obstacle run.
Serangan demam denggi
3 April 2017, Isnin  -Dua hari kemudian aku kena sudden "demam" yang mencanak tinggi. Waktu tu dah petang, aku pun tengah nak prepare mental aku untuk obstacle run dalam masa seminggu. Firasat aku, pada masa tu mungkin demam biasa mungkin esok dah kebah. Jadi takut melarat demam, aku minum air kosong lebih daripada 3 Liter petang tu.

4 April 2017, Selesa-Esok bangun, sendi-sendi teramatlah sakit, aku memang lawan balik minum air kosong banyak. Yang pelik, aku jenis kalau nak demam 6 Liter kalau dah minum- insayallah selalunya esok dah sihat. Tapi hari tu aku rasa lebih 6 Liter aku teguk, tapi tak juga surut demam. Terus pergi jumpa doktor klinik . Check tempeature dia cakap demam aku dah menjangkau 40 darjah celcius. Dia buat Q & A dengan aku , as result  aku mengalami :
1. sudden high fever ( 40 darjah celcius)
2. tak ada sakit tekak
3. tak ada selsema
4. sakit sendi
5. satu belakang biji mata


Aku pun cakap dengan doktor minta simpang jauh demam denggi sebab minggu tu lah aku nak kena submit thesis dan minggu tu juga last prepration mental dan fizikal aku untuk obstacle run. Doktor nasihat aku banyak minum air dan kalau demam lagi esok kena ambil darah. Plus dia cakap dengan aku kalau badan demam “biasa” kalau high fever dia dah flue, tak pun sakit tekak. Masalahnya, aku dah cecah 40 darjah celcius tapi flue dengan sakit tekat serta ulser tak ada kelihatan langsung dan aku sendiri pun tak terasa. (Terus dia [doktor] aim aku denggi)

Lepas dah dengar daripada mulut doktor, (aku dibesarkan dengan doktor ni, so you know kind of feeling you take serious apa yang dia cakap). Sebab tak pernah treatment seumur hidup aku dengan doktor panel regular aku, ni tercabul atau termuncul daripada mulut dia kata aku suspek denggi. This is very “first time”. Balik jumpa dia terus aku bedal minum air ber “gallon”, semua air aku bedal daripada air kosong, jambu jus pink sampai ke 100 plus. Sampaikan aku makan sup ketam. As precaution , doktor aku dia kasi paracetamol sahaja, dia khuatir kalau kasi ubat lain takut gusi atau badan aku berdarah. 100 plus aku minum habis 1.5 liter dua botol okeh!

Bila aku nak makan sup ketam tu, something fishy sebab badan aku reject bau ketam. Padahal, ketam adalah seafood kegemaran aku. Aku makan slow-slow untuk mengelakkan muntah. Hakikatnya pada masa itu, selera makan aku dah hilang. Tapi pasal aku ni saka bela 20 ekor, demam ke tak demam ke…makan tetap kena makan.

Demam yang berlanjutan

5 April 2017, Rabu -Malangnya, esok harinya aku masih lagi demam. Dan bertambah lemah, aku struggle untuk lawan demam aku . Ikut nasihat doktor ,dia ambil darah aku untuk counting blood sample charge lebih kurang RM45 untuk check darah, within an hour dah dapat result.Doktor kata aku demam pasal tak cukup air ( baca dekat atas berapa banyak air aku minum), tapi dia kata lagi dua hari datang lagi (demam ke tak demam ke) sebab dia sangat confident aku kena denggi. Plate darah masa tu 200ml ( suhu badan turun 37 darjah celcius)

* Bergallon untuk aku, ialah 6 Liter ke atas. Sebab normal dos aku minum sehari adalah 2L-3L

Tolak hakikat

6 April 2017, Khamis -Aku tarik nafas lega bila dia kata negative denggi (berdasarkan blood count aku), tapi untuk elakkan sebarang kemungkinan aku masih lagi meneruskan minum air ber “gallon-gallon”. Aku rasa muka aku sembab air (water retention ), kencing yang peliknya tak lawas padahal minum air dah satu kolah  , membuatkan aku rasa “kegemukan” dah mula menyerang dan aku plan masuk gym malam nanti .Pada masa yang sama, aku ambil air betik minum satu mug,nak kebah demam punya pasal. After a few hours lepas minum betik, aku rasa sakit sendi dah hilang tapi demam kebah sikit je. Kepala aku je berat dengan biji mata macam nak tercabut.

Petang tu aku masuk gym, aku tak endah orang cakap apa. Tapi ramai cakap hari tu aku nampak lembik sangat. Daripada office mate sampaikan ke kawan-kawan gym. Aku jadi emo (ye lah aku struggle nak sihat , nak masuk obstacle run pun pasal) , aku pulun workout dekat gym nak keluar peluh.  Malam tu aku tidur lena, rasa sihat sikit sebab peluh keluar.


7 April 2017, Jumaat – Aku cuti, sebab ikut nasihat doktor nak check darah. Tapi aku tak pergi check, ingat semalam dah masuk gym sihat walafiat.

Hakikatnya, aku tak boleh nak bangun langsung hari tu. Pura-pura sihat depan partner aku dengan mak aku. Hakikatnya tuhan je yang tahu aku macam separuh nyawa nak bangun daripada katil. Petang baru terkial-kial jumpa doktor aku, itu pun lepas kena paksa dengan mama & partner aku (tapi dia dah balik) jumpa doktor lain yang ganti tempat dia. Rupanya doktor yang treat aku awal-awal tu dah buat note siap-siap kalau aku datang, dia preferable darah aku yang “fresh” dan dia sahaja yang boleh treat aku. Malam tu, doktor baru tu just kasi aku ubat paracetamol dengan antibiotic nak tahan aku punya sakit sampai esok pagi dan kasi warning dengan aku by hook aku kena datang esok ( suhu badan 38.7 darjah celcius)






Admitted

8 April 2017, Sabtu- Esok pagi-pagi aku jumpa doktor yang treat awal, dia offer aku denggi test kit dengan offer blood counting.  Denggi test kit ni bentuk dia macam pregnancy test kit cuma dia pakai darah, Denggi test kit aku positive (RM65 test ni result pun 15-30 minit dah dapat) , dia suruh aku balik rehat dan standby surat hospitalize untuk aku. Sebab blood test aku tak keluar lagi.

1 jam lepas balik, aku terima whatsapp dia yang aku kena admitted ke hospital ASAP sebab dia cakap plate darah aku dah jatuh daripada 200ml kepda 130ml. Dah dapat message dia, berat aku nak terima hakikat sebab aku kena let go juga obstacle run aku pada hari ahad.


Petang, pergi emergency hospital (sebab sabtu half day, counter registration dah tutup), aku malas nak masuk hospital pasal demam denggi ni selalu nak admitted ada standard level dia. Sebab doktor hospital yang check aku ni pun cakap kalau 100ml plate darah dia akan treat pesakit as outpatient. Plus , dia cakap dia tengok “aku boleh diri, berjalan dan bercakap. Selalunya orang kena denggi dia terkulai”(Hint dia macam nak treat aku as outpatient je)

Aku dengar je doktor hospital tu punya explanation pasal denggi (perlu ke aku nak give up sampai terkulai, kau ingat aku sesuka hati nak jumpa kau). Result denggi keluar, baru cepat-cepat dia panggil aku by time kat tangan doktor ni plate aku dah 98ml suspected boleh turun 60ml. By time tu juga dia nak admit aku, hidung aku dah bau-bau darah (macam nak tersembur darah dah sebenarnya).



Pengajaran daripada demam denggi yang aku belajar

1. Prevent better than cure, jangan pernah korang minta doa kena demam denggi ( doa aku 3 tahun lepas dah termakbul)

2. There are no cure untuk denggi tapi dia boleh resolved (reda) ,  reda dengan tidur/rehat dan megambil air/diet liquid

3. Support daripada kawan-kawan macam message dan doa tu membantu untuk boost kita punya willing power (serious tak tipu)

4. Kalau dah suspek denggi, cepat-cepat buat recovery awal contohnya makan ketam, minum air betik, minum air kosong banyak sebab kita akan recovery dengan cepat kalau betul disahkan denggi

5. Ruam-ruam merah ni selalunya susah nak muncul dia akan muncul masa korang kena drip air hospital.

6. gatal-gatal pada ruam-ruam merah tanda dia korang dalam proses nak baik daripada demam denggi

7. Cabaran yang paling mencabar adalah tempoh recovery daripada demam denggi- sebab kau rasa nanti macam bodoh-bodoh  dan slow


1 comment:

  1. Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sudah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di ��PESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBAL��

    ReplyDelete

Hello readers! I need a feedback. Negative , postive , happy or angry is important for me to improve my writing! - Love xoxo

Copyright © 2015 Konah & blog
| Distributed By Gooyaabi Templates