Wednesday, 17 May 2017

Aku berlari pasal aku obesiti, bukan pasal nak enjoy


Ramai yang tanya berlari boleh kurus ke? Malah aku pun  satu ketika dulu siap google " run to lose weight" setiap hari sebab bercita-cita tinggi untuk turunkan badan

Seriously lari? Aku tak pernah terfikir untuk berlari atau menyertai mana-mana run semenjak bangku sekolah sampailah dah masuk lewat umur 30-an. Memang tak terfikir. Lari adalah benda yang aku paling benci ( dulu tak tahu sebab bodohkan...mana tahu dahlah tak pandai sombong pula tu). My personal opinion , semuanya bergantung kepada badan masing-masing. 

Jujurnya, aku mula paksa diri aku sendiri untuk lari lepas aku tekad nak masuk Viper arena pada tahun 2016 (pergh dah setahun dah) dan aku mula test power stamina aku pada 1 Jan 2016 di Bukit Broga bila aku dapati stamina aku memang out. Tau-tau turun daripada Broga 2 jari kaki aku ada "blood cloth" menunjukan betapa obesitinya aku sebab kaki aku pun tak termampu nak tanggung beban berat sebanyak 120KG semasa memanjat Broga. 

Aku pada 1 Januari 2016 ( baju kelabu), pada ketika ini aku mempunyai BP 180/100 bawah pengawasan Doktor dalam nak label diri aku sebagai seorang penhidap darah tinggi.

Dalam masa tiga bulan aku kena turun berat badan sebeberapa banyak yang boleh untuk menyenangkan pegerakan aku di dalam Viper Arena 2016 ( masa tu Viper arena dalam bulan March). Kau rasa? 20 tahun makan macam ada 20 saka ,nak turun 3 bulan mampu ke aku?

Jadi masa itu aku bertekad untuk berlari (walaupun masa tu aku ada kawan yang volunteer untuk training aku , tapi aku ambil extra mile training sendiri dengan berlari). Basically, aku tak cakap run la. Sebab mengikut otai, run adalah kelajuan 6.5mph ke atas (ni korang test dekat Treadmill nanti korang tahu macam mana kelajuan dia) manakala 6.5mph ke bawah tu dah masuk dalam kategori jog.


Tips berlari untuk kurus (mengikut pengalaman peribadi )

1. Berlari pada waktu pagi
untuk pengetahuan, bila kita obesiti, adalah sangat merbahaya untuk berlari. Aku selalunya bangun awal pagi (seawal 5 pagi) untuk berlari anak ataupun briswalk untuk permulaan. Sebelah malam pula aku pergi training dengan kawan aku.

Sebenarnya pada pendapat aku, workout pagi especially kalau kita berlari pagi banyak meningkatkan metabolism kita. Masa aku berlari pagi, aku lebih cepat penat sebab dada aku ni terlampau banyak nak sedut oksigen pagi-pagi.

2. Biar slow janji consistent
Dulu masa aku belajar berlari, ramai sahaja yang mengutuk aku -badak sembu tengah tanduk orang (sebab aku berlari suka menanduk kepala, masa tu perut aku buncit sangat) agak sukar untuk berlari. Tapi tu semua tak mematahkan semangat aku, aku mula stop update IG, Facebook etc bila ada ramai yang gelakkan aku. Aku slow-slow berlari dalam kawasan rumah. Tak larat lari aku jalan, kemudian aku cuba lari. Aku praktis , praktis... praktis sampai aku larat lari 5KM ( it took me 5-6 months kot berlatih sebab masa Viper Arena pun aku still tak mampu berlari)


3. Lari dengan application
Dengan berat 120KG untuk aku berlari terus... memang taklah....sayang lutut wei. Aku memang tak menyangkal application run yang aku install dalam telefon mudah alih banyak menolong aku. Selalunya application run akan guide run and rest pada waktu-waktu tertentu terutamanya newbies macam aku.

Untuk penguna Apple, aku suka application Running for weight loss (link) application ni yang banyak membantu aku untuk berlari sambil menurunkan berat badan.


4, Event run
Tengok niat korang kenapa korang nak masuk run. Ada setengah orang nak reward medal, ada setengah nak test endurance, ada orang nak kutip pengalaman pace. Tapi macam aku, aku gunakan event run untuk test training aku, (idaklah tiap-tiap minggu nak masuk) Bergantung kepada masa dan tahap kerajinan. Selalunya aku gunakan event run sebagai exam aku berlari (it works untuk motivate aku untuk kurus)

Tapi kalau korang nak masuk run for enjoy and fun...tepuk dada tanya selera (kalau nak kurus memang tak jalan sebab nanti lemak pun sama-sama enjoy makan aiskrim/minum air manis free masa event) sebab apa ...sebab lemak pun enjoy! 👋 (kena dengan PT mampus kena katuk kepala kalau time nak lari time tu lah nak makan ais krim, nak minum slurpee la etc)



Zaman selalu kena kutuk, orang selalu panggil dugong, badak sembu...banyak air...banyaklah nama. Kadang-kadang petang-petang masuk bilik air mandi menangis sampai teresak-esak.


Last year, first 5KM Jun 2016 masa ni berat yoyo 75KG



May 2017


Tips untuk overweight/ obesiti

I been there, aku pernah lari terkopek kaki kekadang belah peha melecet tapi jangan pernah patah semangat untuk bertahan semasa berlari :

1. Sapu vaselin pada tapak dan jari kaki untuk kurangkan geseran

2. Makan supplement kalsium /collogen untuk jaga lutut (long term effect) tapi rajin-rajinlah minum susu

3. Kalau selalu melecet belah peha , jangan pakai seluar jenis cotton. 

4. Kalau boleh kasut tu biarlah sesuai untuk kasut run

5. Kalau kaya atau duit lebih spend duit beli stokin khas untuk run

6. Briskwalk atau jog pagi dapat naikkan stamina orang-orang yang ada masalah berat badan macam saya.


Nota : sekadar berkongsi

2 comments:

  1. Konah, impressed and inspired baca artikel ni. Thanks for sharing.

    Malas betul nk berlari. Tu berat makin naik. Harap pasni da boleh slow slow lari balik utk kurangkan berat badan.

    Keep it up konah. Keep sharing

    ReplyDelete
  2. Terjumpa blog awak, dan sangat setuju dengan entri ni...saya pun dulu sangat benci / tak suka berlari sebab saya memang gemuk dari lepas datang period (umur 12 tahun) sampai sekarang. Tapi, once saya dalam proses menurunkan berat badan, tak sangka berlari menjadi satu-satunya aktiviti bersukan yang paling saya suka. Kebetulan suami pun willingly nak join berlari dengan saya, jadi sebulan sekali minimum 1 kali kami suami isteri join running event. Tak pandai lari tapi jadi seronok berlari sambil berpeluh bakar kalori.

    ReplyDelete

Hello readers! I need a feedback. Negative , postive , happy or angry is important for me to improve my writing! - Love xoxo