Monday, 15 May 2017

Event Run/ Larian yang paling tak best







Event fitness sekarang adalah mainstream. Terutamanya run event ,setiap minggu berbagai event organizer akan melancarkan run event. Rata-rata rakyat Malaysia pun dah terbuka mata untuk participate malah aku tengok ada juga blogger-blogger dah start join dan promote run event. Tahun lepas, dapatlah aku merasa "real" run (run yang sebenarnya sebelum dicemarkan oleh mereka yang rakus). Tapi berbeza dengan Run event yang dilancarkan pada tahun ini.Hampir 70% run aku participate pada tahun ini, adalah sangat-sangat mengecewakan. Untuk pengetahuan, event run memang aku pakai budget sendiri ( tak main lah sponsor-sponsor, karang nak review kena tulis baik-baik). Oleh kerana run event dah terlalu mainstream, kebanyakan event organiser mengambil kesempatan ke atas penguna atau runner yang bayar untuk masuk ke dalam event mereka. Dahlah harga run mencanak-canak naik, tapi tahap quality dan service diberikan tidak setimpal dengan apa yang mereka janjikan. Contoh perkara yang agak sensitive untuk runner dalam run event :


1. Aspek keselamatan
Ini sebenarnya paling penting, terutamanya kalau run dijalankan pada waktu malam. Aku perasan dua tiga kali event , "usher" (kadang-kadang dipanggil marshal) yang menyambut pelari kurang atau tiada pada jarak-jarak tertentu. Benda-benda ini penting untuk memastikan keselamatan mereka yang menyertai larian yang dianjurkan. Common lah walaupun 10K orang yang menyertai risiko keselamatan adalah makin tinggi contoh :

-tiada kawalan lalu lintas
Boleh menyebabkan kemalangan dilanggar kenderaan , jika larian diadakan di jalan raya.( Terutamanya larian melibatkan bukit dan cerun)


-Kemalangan
Run yang ramai dikhutari boleh menyebabkan kecederaan tanpa pengawasan contohnya pelanggaran antara satu sama lain atau pun dipijak oleh pelari lain.

-Ragut
rata-rata pelari selalu akan berlari dengan earphone dan phone malah memakai smart watch ,fitbit etc untuk rekod prestasi

-kecederaan
Bila usher tidak diletakkan pada jarak-jarak tertentu, jika ada apa-apa kecederaan tiada orang untuk dirujuk semasa kecemasan ( tiada station first aid-kit)



2. Water station
Dalam gambar bukan meriah banyak water station , mahupun facebook page yang tiap-tiap hari update layout map pasal water station . Malangnya, water station tidak disediakan dengan alasan air sudah kehabiasan (come on lah yang register masuk tu anggaran 3k orang darab dengan RM70 register fee). Berapa dah dapat kat situ? Tapi kat banner bukan main meriah banyak sponsorship. (masuk dalam poket ke bang?). Water station adalah bab paling sensitive dalam event run. Please take note kalau ada event organizer baca my post. Paling menyedihkan first water station habis??!!!!!!!! tapi dalam banner bukan banyak sponsorship Starbucks lah…Fonte la… puih!!



3. Medal
medal macam medal tadika gradution bahahahahahah!!! ( even I'm not really to it, but come on guys we're paying yang harga dia boleh makan Tony rommas yang total dia bersamaan dengan 2-3 orang makan).



4. Tin Sardin
Bila event organiser terlampau tamak, mereka sanggup menyelit beberapa orang mereka hendak kalau boleh sepenuh satu bangunan Midvalley. Yet harga masih lagi mahal dan service sangat low. I wondering where is the money goes? when you serve bad service to participate ??? Itu satu hal. Hal kedua, kau bayangkanlah bila dah penuh, kau rasa syok nak lari? Ramai-ramai  memang lah best ( tapi diingatkan risiko tinggi mesti ada bab meraba-raba) need to think twice. Sepatutnya makin ramai makin murahlah harganya dan yang mahal tu bila limited head count . Betul tak?

5. Agihan finisher item
Dah tau penyertaan melibat 3K ke atas, patutnya pada garisan penamat event organiser sepatutnya dah organize dan prepare awal-awal tentang serbuaan yang bakal mereka. Banyak alternative yang boleh dibuat , adakan palang pada finisher line untuk educate participate untuk beratur, ramaikan crew pengagihan finisher item secara tak langsung agihan akan dibuat secara adil dan tanpa berat sebelah. Pantang nenek moyang runner, kalau sampai finisher mereka dimaklumkan fnisher item dah habis ( melainkan competitive run)… perghh wa cakap sama lu masa tu memang kau nak maki baik punya kat muka event organizer.



Paling tak best Event organiser akan menepek copy paste pasal term and condition. Common lah we're Malaysian (not stupid) especially we're facing diffcult challange to surive in Malaysia Politics . Lagi sekali , oleh kerana terlalu mainstream pihak event organizer banyak mengambil kesempatan untuk mengambil untung tanpa memikirkan apa yang dirasai oleh mereka yang membayarnya sendiri. Dah tu kena serang boleh pula tak nak main tanggujawab si event organizer ni…haissh hakk puihh!!


Pengajaran berdasarkan pengalaman personal :

Sebelum hendak register mana-mana run, kaji dulu latar belakang event organizer . Chances bad service adalah first timer organizer ( run event tu tak pernah buat dan kali pertama). Go deep dengan masuk dengan check post comment daripada Facebook mahupun google (tapi event ditaja dan disponsor jangan caya sangat yer)



List blacklist aku :

1. Inflatable amazing run 2017
2. Neo Challenge
3. Mad warrior ( dah kasi 2 kali chances pun service very bad)




Nota : Run event nowadays is not fun anymore! Packed like tin ikan sardin

9 comments:

  1. i setuju dengan you event skg ni nak keuntungan semata-mata.
    this year i dah kene 2 run. 1 putrajaya half marathon. yg paling worst. event tu xdaftar pon kat putrajaya. sakit hati. entah-entah duit dah lesap. katanya postponed bulan 10. bertabah sangat. dari semangat nak run terus jadi tak semangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe jangan patah semangat in future kita sama2 selidik background organizer

      Delete
  2. kesimpulan die jangan main daftar je nak masuk event tu ye.. tgk dulu organizer die

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi jadi bubur dah...kita belajar lepas ni

      Delete
  3. I tak setuju.some how segelintir umat dan rakyat malaysia jer yg banyak complaint...for me i join evebt nak enjoying ...yet we were having so much fun that night..

    For me boikot ni kita dah boleh jadi menutup periuk nasi org kalau nak ckp minuman smua cukup siap ada slurpee free dan medic and persembahan pentas yg dijanjikan....

    Kesilapan org kita ialah bila banyak lihat perkara negatif dan positif dorang tak lihat dan even tak war2kan ...

    ReplyDelete
  4. Agree..neon run is the worst among the worst....!! 20 running event masuk this year and this one the worst..selain tu senarai blacklist chocolate run cyberjaya(bukan tin sardin dah..level tin ape ntah..and event buat petang..ayoo kegilaaan!!)...yamm night run(dtg amik race kit..baju tak siap!!..then tukar tempat sesuka ati tanpa inform..belum lagi kisah ko lepaskan 4km dulu baru 11km..citer pasal baju abis size sampai terpaksa lari pakai baju macam pakai kaftan)..madness (kegilaan yg betul2 giler..satu water station utk 40 obstacle..takkan nak togak air sungai kot)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry terpaksa mencelah, saya setuju dengan pengalaman buruk join chocolate run cyberjaya seperti Movie_Obses sebut tu sebab saya pun joint masa tu. Itu 1st running event kami suami isteri join sebelah petang. Selalunya kami join event awal pagi. Jadi memang trauma sebab banyak kelemahan organizer buat, jadi taubat nak join lagi next time...

      Delete
    2. Sy sgt stuju dgn anda...tobat xnk p dah...choco run n yamm nite run mmg worse ever n giless...smpi skang tshirt xdpt2 lg..pas ni kne ati2 pilih organizer...haih

      Delete

Hello readers! I need a feedback. Negative , postive , happy or angry is important for me to improve my writing! - Love xoxo