Restoran Hua Mui, JB

June 16, 2017

Sumber daripada  Tripwarriors_com

Salah satu tempat yang mesti makan dekat JB adalah Restoran Hua Mui.  Walaupun ramai cousin saya suggest di tempat lain untuk makan di JB, tapi hati saya masih tetap setia untuk singgah Restoran Hua Mui. Hwa Mui, Hua Mui… whatever it is ejaan dia tapi bunyinya sama. Adalah tempat kegemaran saya kerana banyak mengamit memori zaman kanak-kanak saya.
Tempat saya berjalan-jalan dengan arwah tok din (kalau dia ambil pencen)
Masa kecil-kecil , lepas raya dekat sinilah cousin berkumpul ramai-ramai (off course masa tu kecil, kena Uncle or aunty drive kan)
Diberitahu tempat ni adalah tempat dating mama,papa serta aunty and uncle ( bodygourd arwah Uncle Don yang teman dorang daripada jauh)



Yup, tempat ini tersangat old school dan bukan orang JB lah kalau tak tahu tempat makan ni. Saya datang makan di Restoran Hua Mui , untuk melepaskan rindu mengenangkan nostalgia dan memori saya, daripada personal point of view saya makanan dia memang tidak jauh berubah sampai sekarang. Yang berubah cuma decoration dan susun atur di dalam kedai.



Killer dish dia adalah Chicken chop, walaupun pada masa kini ramai dah beritahu saya ada tempat lain lagi sedap. Tapi dahulunya, the best chicken chop in JB town adalah di Restoran Hua Mui. Yang menarik Chicken chop dia boleh di “order” pada waktu sarapan pagi. Ayam digoreng garing dan rapuh datang pula bersama kacang peas dan kentang. Paling win sekali adalah kuahnya. Perrgh!! Sehingga kini pun kalau korang datang singgah rata-rata meja korang tengok akan order Chicken Chop.

Sumber daripada Kristinah87





Sumber NSEL


Kalau korang tanya halal ke tidak ? insaya Allah Halal makan di Restoran Hua Mui. Untuk kenangkan nostalgia zaman dulu, saya lebih suka makan di tingkat atas. Restoran Hua Mui ni terletak di Jalan Dhobby. Memang susah nak cari parking, ikut luck kalau dapat parking tepi. Tapi selalunya mennghadap Resotran Hua Mui ni ada satu bukit. Boleh parking dekat situ ( parking berbayar)











Next , kalau yang ni mama dengan adik beradik dia kadang-kadang suka makan mee hailam dia. Memang terbaik! . Kuah kicap dia pekat, manis dan berlemak susah nak describe macam mana rasa dia. Tapi akan win kalau makan dengan lada jeruk dia. First time saya belajar makan cili jeruk hijau tu adalah di sini.  Mama yang ajar. So, bila tambah dengan cili jeruk dalam mee hailam Hua Mui,  pedas manis  dan masa…. Perghhh sengat.






So ada sekejap hari saya balik JB hari tu pasal Viper Challenge Medini (link)  , sempat singgah kejap dekat Restoran Hua Mui  sebelum ziarah aunty noi dekat Kempas. Masa tu awal pagi, memang tak pernah rasa breakfast dekat Hui Mui. Saya pun tukar selera menu daripada makan Chicken Chop. Takut nanti esok semput nak berlari.











Dibuka semenjak 1946, sebab tu masuk dalam list Jejak warisan Iskandar Puteri . Sebab Sultan Johor pun makan sini ( daripada zaman atok dia pun makan sini ok). Kalau nak tahu alamat, kita tepek di bawah ni. Kita panggil dulu jalan ni Jalan dhobby. Dah ditukar namanya sekarang.





Alamat : 131, Jalan Trus . Bandar Johor Bharu.
Operation hour :8.30 pagi sampai 6PM ( dulu buka sampai malam)






Terubat sikit rindu dekat JB , bila dapat makan dekat Restoran Hua Mui. Lepas tu boleh jalan-jalan keliling JB








You Might Also Like

0 comments

Hello readers! I need a feedback. Negative , postive , happy or angry is important for me to improve my writing! - Love xoxo

Subscribe