Thursday, 1 February 2018

Viper Challenge Finisher series 2017


#entri simpanan kepam

Aku menjadi pengemar sukan OCR sejak pertama kali aku masuk run pertama aku di Viper Arena Shah Alam pada tahun 2016 (related link Viper Arena dulu link) . Semenjak daripada itu, minat aku dah terpupuk dalam OCR. OCR banyak membantu aku untuk matlamat aku menurunkan berat badan. Banyak mengubah aku dalam pelbagai bentuk perspektif kehidupan kira dan aku jadikan sebagai lifestyle aku. 

Tak kisahlah apa jua matlamat atau cara korang untuk kurus atau menurunkan berat badan. Pilihlah aktiviti yang korang betul-betul minat. Ada orang suka masuk "run" target pace, atau target kepada mileage. Ada orang masuk gym, dah achieve boleh pergi bercuti (pendek kata buat badan  leh pakai baju cantik, boleh posing, bikini post etc) . Ada orang masuk  ultra marathon , triathlon , muay thai etc.
Gambar post- convocation Master bersama medal finisher VC 2017

Tahun 2017, aku sahut cabaran untuk complete VC (Viper Challenge) Finisher. Bermula daripada Johor kemudian pergi ke Genting seterusnya berjumpa semula di Viper Arena Shah Alam dan terakhir adalah Cyberjaya . Kepada siapa yang baru nak berkecimpung kepada VC, korang boleh masuk dalam peringkat open. Dimana "open" boleh register sebagai individu mahupun secara group. Kalau "Elite" , you need to prepare yourself. Sebab kalau tak complete memang ada penalti (denda). Kalau open, tak ada hal nak skip (tapi tepuk dada tanya diri sendiri - because you compete with yourself ).

Nak lebih tahu lanjutViper Challenge boleh lawat (link) atau surf dalam search engine banyak blog-blog personal ada menuliskan pengalaman masing-masing. Empat distance atau millage yang terkenal di dalam VC series  iaitu 15KM 18 obstacles, 10KM 15 Obstacle , 7 KM 15 obstacle dan last penutup......21KM  20 obstacle. Sebenarnya  total obstacle dia sentiasa berubah-ubah kecuali distance yang sudah menjadi signature dia. ( Tempat pula sentiasa berubah dah extend ke Penang dan juga Singapore, ada sekali tu hingga ke Indonesia ) 



VC 2017 Journey



VC Medini, Johor

Throwback, VC Medini buat dekat Johor, kesilapan aku tak buat adalah mengkaji muka bumi di sini. Medini terletak berhampiran dengan pantai. Aku memang tak prepare "mental"(koyak jugalah) untuk menghadap keterikan . Plus, aku rasa kalau tak silap masa ni, aku baru dua minggu recovery daripada denggi. Further, tips, explanation, info etc aku cerita dekat bawah entri karang, let me brief some details on location and little bit throwback on a few pictures. 













VC Genting King of The Mountain

Seterusnya, post-post gambar di atas adalah di VC di Genting. Selalunya VC Genting akan dibuat dalam bulan 7 atau lepas Raya Aidilfitri . VC Genting adalah antara salah satu signature untuk VC series. Atau lebih dikenali dengan nama VC Genting King of the Mountain (KOTM). Majoriti ramai suka KOTM sebab scenery dia yang hijau dan sejuk (maksud full pack of homospien beb!!! ). Menjadi lebih memorable - selepas entah berapa kali OCR, aku rasa masuk ke 9 ( termasuk KOTM) tak sure 9 ke 6 malas kira. Aku discover aku dah boleh buat monkey bar ( oklah buat sampai setengah daripada tak boleh langsung). Habis KOTM aku terus buat latihan tubi dekat rumah monkey bar  👯












VC Arena Shah Alam

VC arena Shah Alam masa ni macam ibarat aku pulang ke kampung halaman. Nostalgia sikit sebab segalanya aku bermula untuk weight loss resolution adalah di VC Arena . 2017 aku datang balik, sebab masa 2016, aku rasa aku skip 6-7. 2017 aku sedikit "high expectation" untuk buat semua. Hmmmm.... dua obstacle tak mampu buat. Untuk aku frankly cakap - Arena daripada dulu sampai sekarang quit tough. To many upper ( can't complete it perfectly) 






Last sekali, Cyberjaya VC. Distance 21KM selalu dibuat dalam bulan terakhir dan penutup segala VC. Dengan moto Finished Strong!
















Sedikit info , tips dan share berkenaan dengan VC (berdasarkan distance dan tempat ) :

1. Oleh kerana minat, aku rasa OCR VC Finisher series 2017 adalah investment yang paling besar aku pernah buat sebab memakan kos dan masa : 

a) untuk budget , selalu untuk tiket akan dijual murah pada opening. Kadang-kadang ada offer diskaun, kena pandai rajin stalk social media FB,Insta dan website VC. 

b) Rancang perjalanan penginapan awal terutamanya VC yang berada di kawasan outstation daripada tempat tinggal korang. Book awal hotel akan dapat murah ( aku pakai Booking.com , boleh book dulu tanpa bayaran based on term and condition promo). Kalau boleh share pun ok juga. 

Tapi tengok purpose kalau korang book hotel ( kalau VC berada di dalam kawasan bukan outstation) , aku memang ada masalah time management. Book hotel adalah satu cara mudah untuk aku sampai ke destinasi dengan mudah.  Tapi kadang-kadang aku book hotel pasal convenient - lepas VC sah-sah penat memang nak cari tempat untuk berehat dan bersihkan badan.


Tak yah hotel gah. Pilih hotel biasa-biasa, confirm berselut lumpur dekat toilet tu. So jangan lupa bawa extra plastik dan berus yer.

Kawasan yang aku book hotel untuk overnight :

  • Medini - sah kawasan outstation, share dengan team untuk bilik family. Pilih lokasi yang berhampiran dengan Medini , sebab side-side sana hotel memang mahal ((sad))
  • Genting - aaa aku takut aku penat sebab pace aku untuk bukit atau gunung (pendek kata incline) memang ke laut . Member team majority aku tak overnight so dorang dah save budget dekat situ. Duduk je dekat Gohtong jaya, senang cerita memang walk in distance dekat Awana sebab selalunya Awana akan jadi kawasan untuk VC. Kalau mampu bolehlah rent or book dekat Awana.
  • Cyberjaya - 21KM memang pancit. So hotel tempat aku untuk rehat memang tak mampu nak bersihkan badan dekat shower yang VC sediakan. Lumpur pun jahat .Aku pilih hotel.
2. Selalunya VC akan annouce kawasan mana event VC diadakan walaupun tak secara spesifiknya kita boleh budget. Jadi kalau kita kaji kawasan dia pertama kita boleh book hotel berdekatan dengan event VC, kalau jackpot tak payah bawa kereta. (masa VC memang banyak betul kereta bersepah-sepah)  Kedua, survey kawasan VC juga boleh membantu kita membuat persediaan untuk training. Contoh kawasan KOTM berbukit ( jadi mungkin kena fokus kepada kekuatan dan stamina) manakala selalunya 21KM ni lebih kepada endurance training.

3. Jangan lupa survey weathercast dekat internet. Satu boleh prepare kulit kita untuk terbakar atau tidak dan kedua prepare badan ke tahan sejuk hujan ke tidak. 

4. Ingat tak list atas ni tadi aku cerita pasal tiket murah ? oh ye lupa...tiket juga dijual berperingkat mengikut masa. Dah habis dia akan berperingkat pergi ke jadual masa seterusnya. Ok let said kalau korang register group.....

4 orang pertama register pukul 8 am , tetiba next register pukul 12 tengah hari seramai 9 orang, jadi masa akan bertukar jadi 12 tengah hari (sebab dia akan follow majority )


5. OCR semakin diterima ramai dan menjadi trending dekat Malaysia. So!!!!datang awal untuk check in wave kalau tak bersesak. Tapi selalunyakan berdasarkan pengalaman aku, memang register time sakit kepala sikit (sebab kau bersesak lepas tu dengan parking kereta lagi) awal-awal dah kena obstacle mental. Alah nanti masa OCR nanti kau senyum balik. (ahahahah) Just...datang awal jangan potong Q ya.....attitude sangat.

6. Kalau group, buatlah whasapp senang nak communicate. Kalau getting serious stick je dalam group tu senang, sebab you already have bonding with each others. Volunteer atau assign lah siapa-siapa jadi admin. Sebab the end sangat membantu. Especially time printing eticket tu , lebih assign someone untuk print (inisiatif je)

7. Always check your gear ( barang keperluaan ) apa nak pakai. Kena makan betul kena ada training ( siapa yang nak aim kuruskan badan melalui OCR) kena training. Kalau rasa suka-suka (entah jawab sendiri) for me VC is not easy untuk certain-certain obstacle dia...dah macam ninja warrior kadang-kadang. untuk tips ni baca link aku terdahulu (link)







1 comment:

Hello readers! I need a feedback. Negative , postive , happy or angry is important for me to improve my writing! - Love xoxo