Wednesday, 7 March 2018

Idea lunchbox

Hi!

Eat clean sebenarnya mudah. Sebab tu ada sesetengah coach akan cakap nak kurus kena  makan (kalau siapa yang sign up kelas untuk certified coach… saya ulang “certificate coach”, sebab banyak naw dalam Instagram sekarang mengaku coach tapi ajar benda yang bukan-bukan siap melanggar akta kesihatan #my2centnote ).

Saya tak sign up personal trainer, agak kurang berkemampuan di situ. Tapi  rezeki saya, ilmu ini saya  daripada orang-orang berpengalaman dan belajar daripada pengalaman jatuh bangun saya dalam menuju perjalanan “healthy lifestyle”. Itu pun ada juga mengutip ilmu free daripada skodeng social media coach yang certified, sebab  ada yang antara mereka kadang-kadang ada yang kasi tips secara percuma.

Perjalanan saya untuk kurus bukan maksudnya untuk “kurus” atas penimbang berat tapi adalah “strong and fit”.  I been there :
makan supplement kurus ,

diet kalori rendah,tak makan,
eating disorder


etc. Tapi gitu lah jadinya…oh ya benda paling gila bila  ayah saya panggil saya dugong terdampar, saya terus pergi sign up ke slimming center( what the heck, sebab feel rejected disayangi oleh ayan sendiri – so emo ).

Bayar mahal-mahal tapi end the end sama sahaja kaedahnya. Let me share personal experience ke Slimming beauty  center. Dorang akan semak berat kita, apa kita makan , berapa umur etc (pendek kata detail yang mempengaruhi kadar metabolism kita). Lepas tu mereka akan design spesifik menu plan selama seminggu  yang selalunya kalori dalam 1200 dan ke bawah ( serious lapar gila tahap gaban) habis plan datang center buat treatment bakar lemak.

Ya allah machine dia sakit nak mampus. Itu belum cerita duduk dalam blanket panas. Yang kononya boleh bakar lemak. No exercise katanya…tapi masa kau dah kena hentam dengan machine tu, masa tu kau akan rasa nak pergi exercise terus daripada menghadap machine sliming beauty center.

Lepas tu repeat sampai achieve target. RM8K untuk 10 session treatment including menu plan. Perghh…. I’m so desperate during that time. Lepas tu ,terduduk makan pasir macam dekat tengah KL. (eh pasir pun mahal tau nak beli sekarang ni kat KL)


Sebenarnya  kita boleh dapat secara free sahaja untuk kurus  ( saya ulang “free eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee”  harakat panjang nak sebut ). Iaitu dengan mengawal pemakanan kita atau mengubah lifestyle cara hidup kita dengan memilih eat clean sebagai caranya.


Balik kepada topik asal. Mencari idea lunchbox sihat ? Di sini saya kongsikan beberapa resipi (style saya) untuk eat clean.

Idea Pertama : Ayam bakar dan salad


Cara masak ayam bakar : Portion ayam saya adalah ¼ . Basuh dan bersihkan ayam (cara saya untuk bersihkan ayam adalah dengan bersih campur dengan tepung , jadi lemak-lemak atau lender ayam tu akan melekat pada tepung tu dah agak bersih bilas dengan air sampai bersih tak ada tepung). Kemudian tu, cucuk ayam dengan garfu. Perap pakai olive oil (sikit cukup syarat lumur pada ayam) + paprika + canyan. Kalau dapat perap lagi lama lagi bagus. Lepas tu bakar. Saya pakai oven manual. Jadi cara bakar saya ye lah api atas dan bawah. Suhu dalam 150 darjah celcius (tengok tahap kepanasan oven manual ni). Bakar dalam 30-40 minit.  Kenalah rajin tinjau ayam ni kot takut terhangus.Salad mudah sahaja saya sediakan, ambil salad jenis iceberg bilas dan potong. Rebus kacang peas (yang kering punya , saya tak pakai dalam tin) manakala carrot potong ikut mana korang hendak. Kot rajin bentuklah love-love. Tu je



Idea kedua : ayam grill rosemary + salad


Cara sediakan : ayam macam biasa saiz ¼ , bilas dan bersihkan. Perapkan dengan olive oil (sedikit cukup syarat perap) + rosemary dan black paper. Dah agak-agak perap tu dah masuk. Boleh masak. Grill atas pan stick sampai masak. Kemudian sediakan salad , bahan untuk ini saya sediakan salad iceberg,capcisum setengah warna kuning dan sebatang lobak merah.







Idea ketiga : ayam bakar paprika + salad
Cara masak : sama sahaja macam kaedah di atas, style ni bakar. Perapan terdiri daripada paprik dan olive oil. Manakala salad adalah jenis butterhead,carrot dan timun. Cuma untuk endurance repair muscle – saya tambah telur rebus satu biji dalam lunchbox ni.




Senangkan eat clean? Stay away from processing condiment macam sos dan kicap. Salad tu pun saya memang makan raw. Saya akan cerita pada lain post pasal sos ini. Kos penyediaan bekalan pun murah memang sesuai siapa nak budget terutamanya orang macam saya. Daripada kos penyediaan ini saya dapat daripada kak yani punya tips yang Saya cuma pass down apa saya faham J harap dapat memberikan sedikit idea kepada korang.



Extra information :

1. Beli ayam potong empat (dah boleh buat 4 hari bekalan tengah hari)

2. Telur beli sepapan (lagi jimat)

3. Sayur boleh beli dekat NSK. Sayur murah : sawi, salad iceberg, timun, tomato dengan lobak merah


1 comment:

  1. 友族同胞特别钟爱【 叶绿素 】🆒
    因为他们知道 【 它 】经济又实惠,营养价值高。

    30ml的叶绿素,等于一公斤的蔬菜。不喜欢吃菜的你可以饮用试试。

    长春的叶绿素添加了「 小球藻 」抗氧化造血功效更胜一筹。
    微微的薄荷让你入口凉凉,舒缓喉咙。
    只需 RM 6⃣X ,会员价 RM 4⃣X
    有机会免费会员哦🆙

    Visit @ http://phhpdealerkarentan.blogspot.my/

    ReplyDelete

Hello readers! I need a feedback. Negative , postive , happy or angry is important for me to improve my writing! - Love xoxo