Tuesday, 24 April 2018

Adakah MILO tidak baik untuk kesihatan?

Hi, terpanggil untuk aku buat research pasal Milo. Adakah MILO baik untuk kesihatan ? Di ulangi dan emphases perkataan " kesihatan". Disclaimer : Kot kalau aku tulis ni salah tolong betul. Aku terpanggil untuk menulis di dalam blog  dengan dua alasan. Yang pertama , untuk aku mudah buat research sendiri, orang kata kalau kita tulis dan research sendiri lagi senang kita ingat ilmu dan info tu. Dan kedua, baru-baru ini aku kena bantai kaw-kaw pasal biskut plastik. Pasal aku just sharing  and buat caption di dalam Facebook. Jadi tak fair untuk judge aku di situ pasal aku tak explain well in FB (sebab aku akan share dan letak beberapa caption). So the best way, aku pilih blog sebagai medium untuk express apa yang aku rasa.

 

                                                                        

Berbalik kepada topik yang berbangkit. Pertama untuk kita “judge” MILO tu sihat ke tidak. Kita kena kenal kandungan-kandungan yang ada di dalam MILO . Daripada sumber online (1) (2). Serbuk MILO yang kita makan atau minum tu adalah mengandungi : ekstrak malt, serbuk susu skim,maltodekstrin, gula, koko, minyak kelapa sawit, mineral,vitamin dan vanillin sebagai perasa tambahan. Just for info, Malt adalah biji bijian ( contoh yang gandum)  yang dikeringan.

 

Pada pendapat saya, bila sebut pasal gula, typical thinker. Oh…gula – tak sihat ( so Malaysia , including me). So, yup serbuk milo itu sendiri mengandungi gula (nanti dulu saya tak kasi personal point of view saya lagi, so don’t jump into the conclusion on based what I wrote)  

 

Ok , next stage. Merujuk kepada panduan label nutrisi yang diberikan belakang MILO. Kita kena faham apa maksudnya. Faham tak apa maksudnya sajian 30gram memberikan tenaga sebanyak 124 kcal ? .

 

Mengikut sumber link (3) rujukan aku, Bancuhan (satu mug standard secara kasar 200 ml ) dengan 30 gram boleh membekalkan tenaga sebanyak 124 kcal (bancuhan kosong yang tidak termasuk dengan apa-apa tambahan bahan contohnya tambahan gula atau susu pekat).  Di mana sukatan 30 gram adalah bersamaan dengan 4 sudu besar serbuk MILO . Manakala 15 gram serbum MILO merujuk kepada 3 sudu camca kecil.

 

 

 

Daripada sudut personal opinion aku, aku akan bentangkan point daripada segi kandungan lemak dan gula yang ada dalam bancuhan 30 gram. (Kenapa lemak dan gula sahaja?) Setakat ni benda ni adalah salah satu punca utama MILO nampak macam jahat.

 

 

Lemak

 

Untuk bancuhan serbuk MILO yang 30 gram total lemak dia adalah sebanyak 3.0 gram. Dimana ada tiga jenis lemak dalam bancuhan ini iaitu :

 

1. 1.1g lemak monotidaktepu

2. 0.3g lemak polyunsaturated

3. 1.5g lemak saturated fat

 

Sihat ke tidak lemak dalam MILO ni? Explaination : mengikut kajian saturated fat boleh menyebabkan LDL ( cholesterol jahat meningkat) . Boleh menyebabkan obesity dan saluran jantung tersumbat KALAU tidak jaga pemakanan.  Mengikut sumber (link) dicadangkan saturated fat dibenarkan adalah sebanyak 11% daripada daily calori kita. Contohnya macam aku daily intake 1900 jadi tahap selamat lebih kurang 209kcal saturated fat dibenarkan (AHAHAHAHHAHAHAHAHAHA) . Ambil lebih ( tak tahu apa jadi nanti kita buat research baru cerita pasal saturated fat)

 

 

Megikut sumber yang sama (link), ini adalah level-level lemak yang patut kita berjaga-jaga semasa membeli makanan/minuman yang menyediakan label

 

Kandungan lemak tinggi = lebih daripada 17.5g lemak per 100g

Kandungan lemak serdahana =3.1g – 17.5g lemak per 100g

Kandungan lemak rendah = 3.0g fat or less per 100g

 

 

Kandungan lemak saturated yang tinggi = lebih daripada 5g lemak saturated per 100 gram

Kandungan lemak saturated yang serdahana= 1.6-4.9 saturated per 100 g

Kandungan lemak saturated yang rendah = 1.5g atau rendah per 100g

 

 

(ok jadi untuk masa akan datang, kalau ada label makanan boleh refer yang ini untuk rujukan, #pesanan untuk diri sendiri)

 

Itu baru cerita pasal lemak dalam MILO tak cerita lagi pasal kandungan gula dalam milo

 

 

Gula

 

Kandungan gula dalam MILO pula ada sebanyak 12.2g dalam 30gram MILO. Maksudnya kandungan gula dalam MILO adalah 40.6666% ( calculation  12.2 /30 X 100 ) . WOW! Manakala lemak pula 10% (calculation 3/30 X100).  Tapi merujuk setengah debat mengatakan bila MILO sudah dilarutkan didalam air peratus gula menjadi 6% (tidak pula dinyatakan berapa ml) boleh rujuk kepada artikel ini (link)

 

Ok tak habis lagi 12.2g gula dalam MILO adalah datang daripada tiga jenis gula iaitu :

1. sukrosa 5.6g

2. laktosa 3.3g

3.maltosa 2.9g

 

 

Tinggi ke rendah kandunagn gula dalam MILO ? Mengikut rujukan label pemakanan (link). Aku screenshot di bawah ini

 

(ok jadi untuk masa akan datang, kalau ada label makanan boleh refer yang ini untuk rujukan, #pesanan untuk diri sendiri)

 

 

 

Kesimpulan daripada bahan rujukan aku ( yang tak beberapa nak perfect) serta daripada pendapat personal aku : -

 

 

1. MILO bukan makanan untuk kesihatan TETAPI baik dan bagus untuk sumber tenaga ( aku kalau emergency pun telan gak air milo kosong)

 

2. Viral mengata boleh mendatang penyakit. Tapi sebenarnya lifestyle sesorang tu sebenarnya penyumbang utama. You are what you eat. Lepas tu Nestle pun dah terang-terang buat disclaimer macam dekat bawah

 

 

 

 

3. Untuk pengamal diet eat clean (macam aku), MILO adalah TIDAK sesuai untuk pengamal eat clean sebab dia process food.

 

4. Dan tidak sesuai kepada mereka yang diet yang tak makan refine sugar.

 

5. MILO tu jadi tak sihat ada beberapa sebab. Satu pasal bancuhan tu sendiri. Orang Malaysia dia tak akan bancuh ikut label makanan , dia akan tambah. Tambah gula la…tambah susu pekat la..

 

6. Sebab kedua mengikut saranan, MILO disarankan boleh ambil satu kali sehari (tu bergantung apa jenis kau makan) kot tak diet dan tak jaga makan ha..memang sesuai ambil satu kali SAHAJA. (Sumber link).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1 comment:

Hello readers! I need a feedback. Negative , postive , happy or angry is important for me to improve my writing! - Love xoxo