Featured
Showing posts with label Berlari untuk kurus. Show all posts
Showing posts with label Berlari untuk kurus. Show all posts

Wednesday, 17 May 2017

Aku berlari pasal aku obesiti, bukan pasal nak enjoy


Ramai yang tanya berlari boleh kurus ke? Malah aku pun  satu ketika dulu siap google " run to lose weight" setiap hari sebab bercita-cita tinggi untuk turunkan badan

Seriously lari? Aku tak pernah terfikir untuk berlari atau menyertai mana-mana run semenjak bangku sekolah sampailah dah masuk lewat umur 30-an. Memang tak terfikir. Lari adalah benda yang aku paling benci ( dulu tak tahu sebab bodohkan...mana tahu dahlah tak pandai sombong pula tu). My personal opinion , semuanya bergantung kepada badan masing-masing. 

Jujurnya, aku mula paksa diri aku sendiri untuk lari lepas aku tekad nak masuk Viper arena pada tahun 2016 (pergh dah setahun dah) dan aku mula test power stamina aku pada 1 Jan 2016 di Bukit Broga bila aku dapati stamina aku memang out. Tau-tau turun daripada Broga 2 jari kaki aku ada "blood cloth" menunjukan betapa obesitinya aku sebab kaki aku pun tak termampu nak tanggung beban berat sebanyak 120KG semasa memanjat Broga. 

Aku pada 1 Januari 2016 ( baju kelabu), pada ketika ini aku mempunyai BP 180/100 bawah pengawasan Doktor dalam nak label diri aku sebagai seorang penhidap darah tinggi.

Dalam masa tiga bulan aku kena turun berat badan sebeberapa banyak yang boleh untuk menyenangkan pegerakan aku di dalam Viper Arena 2016 ( masa tu Viper arena dalam bulan March). Kau rasa? 20 tahun makan macam ada 20 saka ,nak turun 3 bulan mampu ke aku?

Jadi masa itu aku bertekad untuk berlari (walaupun masa tu aku ada kawan yang volunteer untuk training aku , tapi aku ambil extra mile training sendiri dengan berlari). Basically, aku tak cakap run la. Sebab mengikut otai, run adalah kelajuan 6.5mph ke atas (ni korang test dekat Treadmill nanti korang tahu macam mana kelajuan dia) manakala 6.5mph ke bawah tu dah masuk dalam kategori jog.


Tips berlari untuk kurus (mengikut pengalaman peribadi )

1. Berlari pada waktu pagi
untuk pengetahuan, bila kita obesiti, adalah sangat merbahaya untuk berlari. Aku selalunya bangun awal pagi (seawal 5 pagi) untuk berlari anak ataupun briswalk untuk permulaan. Sebelah malam pula aku pergi training dengan kawan aku.

Sebenarnya pada pendapat aku, workout pagi especially kalau kita berlari pagi banyak meningkatkan metabolism kita. Masa aku berlari pagi, aku lebih cepat penat sebab dada aku ni terlampau banyak nak sedut oksigen pagi-pagi.

2. Biar slow janji consistent
Dulu masa aku belajar berlari, ramai sahaja yang mengutuk aku -badak sembu tengah tanduk orang (sebab aku berlari suka menanduk kepala, masa tu perut aku buncit sangat) agak sukar untuk berlari. Tapi tu semua tak mematahkan semangat aku, aku mula stop update IG, Facebook etc bila ada ramai yang gelakkan aku. Aku slow-slow berlari dalam kawasan rumah. Tak larat lari aku jalan, kemudian aku cuba lari. Aku praktis , praktis... praktis sampai aku larat lari 5KM ( it took me 5-6 months kot berlatih sebab masa Viper Arena pun aku still tak mampu berlari)


3. Lari dengan application
Dengan berat 120KG untuk aku berlari terus... memang taklah....sayang lutut wei. Aku memang tak menyangkal application run yang aku install dalam telefon mudah alih banyak menolong aku. Selalunya application run akan guide run and rest pada waktu-waktu tertentu terutamanya newbies macam aku.

Untuk penguna Apple, aku suka application Running for weight loss (link) application ni yang banyak membantu aku untuk berlari sambil menurunkan berat badan.


4, Event run
Tengok niat korang kenapa korang nak masuk run. Ada setengah orang nak reward medal, ada setengah nak test endurance, ada orang nak kutip pengalaman pace. Tapi macam aku, aku gunakan event run untuk test training aku, (idaklah tiap-tiap minggu nak masuk) Bergantung kepada masa dan tahap kerajinan. Selalunya aku gunakan event run sebagai exam aku berlari (it works untuk motivate aku untuk kurus)

Tapi kalau korang nak masuk run for enjoy and fun...tepuk dada tanya selera (kalau nak kurus memang tak jalan sebab nanti lemak pun sama-sama enjoy makan aiskrim/minum air manis free masa event) sebab apa ...sebab lemak pun enjoy! 👋 (kena dengan PT mampus kena katuk kepala kalau time nak lari time tu lah nak makan ais krim, nak minum slurpee la etc)



Zaman selalu kena kutuk, orang selalu panggil dugong, badak sembu...banyak air...banyaklah nama. Kadang-kadang petang-petang masuk bilik air mandi menangis sampai teresak-esak.


Last year, first 5KM Jun 2016 masa ni berat yoyo 75KG



May 2017


Tips untuk overweight/ obesiti

I been there, aku pernah lari terkopek kaki kekadang belah peha melecet tapi jangan pernah patah semangat untuk bertahan semasa berlari :

1. Sapu vaselin pada tapak dan jari kaki untuk kurangkan geseran

2. Makan supplement kalsium /collogen untuk jaga lutut (long term effect) tapi rajin-rajinlah minum susu

3. Kalau selalu melecet belah peha , jangan pakai seluar jenis cotton. 

4. Kalau boleh kasut tu biarlah sesuai untuk kasut run

5. Kalau kaya atau duit lebih spend duit beli stokin khas untuk run

6. Briskwalk atau jog pagi dapat naikkan stamina orang-orang yang ada masalah berat badan macam saya.


Nota : sekadar berkongsi

Friday, 26 August 2016

Berlari untuk kurus

Semua jenis aktiviti senaman adalah bagus. Tetapi, aku memilih untuk berlari kerana faktor budget serta tidak memakan kos dan masa. Setiap badan mempunyai penerimaan masing-masing, bagi aku- lari adalah salah satu senaman dapat membantu aku untuk kurus dengan mudah . This entry , I dedicate to those who want to lose weight . Never give up! and also to my beloved friend Suraya who give me this idea to write and share about this




Before Run, masa ni zaman banyak aktiviti memenuhi event blog, dalam sekitar April 2015 sebelum nak reduce sedikit blogsphere event


Recently picture early August at Café Studio, Kota Damansara. I can wear my levis jeans 6 years ago!!!



For a start, I facing difficulty to perform jogging and running. My weight during that time was under obesity category. Memang susah nak berlari. I dig some research on article. When your weight at obesity level . Tidak disarankan untuk berlari dahulu tetapi lebih digalakan melakukan senaman yang lebih relax contoh brisk walk, swiming, badminton etc (I recommend you to read this article as reference untuk maklumat lebih lanjut or dig some internet research in google contohnya "berlari untuk kurus, running for lose weight etc).

Untuk start make sure

1. Check tekanan darah tinggi.
Khas untuk mereka yang pasif yang tidak pernah melakukan aktiviti sukan. Aku tak sarankan untuk korang terus lompat dan lari. Check tekanan darah dan dapatkan nasihat doktor kalau korang jenis yang memang TAK pernah buat apa-apa aktiviti. (Tak boleh nak explain in good words sebab ilmu tak cukup lagi di dada hopefully you can do own research). Tapi yang pastinya untuk megelakkan jantung korang terkejut serta risk untuk injured. Sebab otot sendi semuanya keras sebab jarang bergerak.


2.Kasut yang khas untuk lari
Untuk start berlari, make sure korang ada sepasang kasut sukan yang dikhaskan untuk lari. Silap kasut boleh makan kuku korang. Sebab when I start to jog, aku pakai kasut tennis (menangis bila kuku kena ketam/cekam ketam…. Whatever sampai darkblue dalam kuku tu). Belilah brand yang mampu milik. As long dikhas untuk "run". Kalau tak jawablah, kuku kaki korang akan cacat nak dekat setahun. Terpaksa aku cover line dengan inai. Nak pergi pedicure pun malu.


3. Pre-workout
Before korang berlari ambil sedikit makanan yang boleh bangkit energy. Contohnya satu sudu peanut butter atau pun pisang. Is up to you . Kena rajin research pre workout food or drink yang sesuai untuk korang. This is good for endurance jogging/running untuk bertahan lebih lama.



4. Download apps
Disarankan untuk beginner untuk download apps running. Contohnya, I'm using apps called " running" . Memang ada guideline berlari untuk program kurus. (apps free sudah kalau mampu and nak commited leh suscribe). Apps banyak bantu aku untuk lebih berdisplin bagi achieve target kelajuaan. Lagi banyak kita berlari - lagi banyak burn.

5. Biar slow janji committed.
Takpe biar slow janji consistent yang penting. Sebab pada peringkat awal untuk kita bertahan lari untuk seminit pun susah. Tak pe biar slow-slow. If you receive unpleasant comment, takpe make it as your motivation. Yang penting kita lari. I take it around 3-4 months for jogging baru dapat move on ke next level running. Memang sangat slow and finally I  manage to speed up to 8mph and maintain after bulan 8. But still slow. But is ok. Make it as habit and one day you will conquer it.



6. Consistency and never give up.
Follow je instruction from application dan di "seimbangi" dengan diet pemakanan balance. Yang penting untuk lose weight adalah consistency bukannya fast result. Ada orang pernah bagitahu aku- untuk buat sesuatu yang baik not base on the result , it will base on our changes and plan baru boleh dapat result.




Copyright © 2015 Konah & blog
| Distributed By Gooyaabi Templates