Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Friday, 6 January 2017

Ee Jiban Chicken Rice ball Halal

Personal review makanan dekat Ee Jiban Chicken Rice Ball

1. Ee Jiban Berstatus Halal (insayallah)

2. Dekat Eee JibanNak makan kena beratur daripada side kanan kedai, but fast move estimate 20-30 minit tunggu

3. Kalau tak reti makan Rice ball, Ee Jiban ada provide nasi ayam yang biasa tu

4. Size sebesar bola pingpong (min 5 bola nasi satu set)

5. Compare to nasi ayam cina (yang halal) dekat KL dengan price nasi ayam Ee jiban lagi murah. 5 kepala/orang subtotal around  RM56++ setelah membuat penambahan sebanyak dua kali portion nasi Chicken Riceball

6. Untuk nasi ayam Ee Jiban Chicken rice ball ,saya lagi prefer dan suka nasi ayam Hainan (cina- halal) dekat Taman melawati (link). Ok-oklah for Ee Jiban Chicken Rice Ball sebab dia unik

7. Dekat Ee Jiban untuk kawal diet- saya order stim chicken (buang kulit ayam sendiri) dan share chicken rice ball dia (makan dua biji) – dia variety lauk pauk dia so not just chicken rice ada lauk Melaka nyonya.

8. Kedai Ee Jiban Chicken Rice Ball nak cari, landmark dia The straits hotel and suites & Novotel hotel.

9. Alamat Ee Jiban Chicken Rice Ball 275, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya

10. Operation hours Ee Jiban Chicken Rice Ball 10 pag – 10.30 malam



















Pautan lain untuk Ee Jiban Chicken Rice ball :


































Friday, 1 February 2013

TGIF Friday, Wangsa Walk



 Hari ini cuti Wilayah tapi aku sedang berkerja, maklumlah berada di kawasan selangor, pagi-pagi member yang kerja dekat wilayah dah sms mengatakan mereka cuti. Takpe korang, Selangor cuti aku tembak sms macam M16.


Sebelum MK melangkah pergi MK pun survey dulu promotion untuk tengah hari dekat link TGIF
Lepas tu MK pun berangan nak ambil chicken parmesan.





Jadi bila dah melangkah masuk dekat Wangsa Walk Mall, dekat situ ada TGIF MK mencari dalam menu. Rupanya kawasan ini dah masuk dalam wilayah jadi maksudnya public holiday promotion untuk tengah hari tu dia.  Ok tak pelah. MK nak update untuk set offer tengah hari dekat TGIF  ni ada syarat dan terma , antaranya ialah :-

  1. Setiap hari isnin dan jumaat sahaja daripada pukul 11 pagi hingga ke 3 petang sahaja
  2. Tidak pada hari cuti umum
  3. Promotion menu ditawarkan di wangsa walk mall sahaja ( setiap branch ada promotion masing-masing)

Jadi MK dan partner MK orderlah menu  :



Tennessee Burger-(RM44.80) ( Tennessee ni mengikut pemahaman MK ada Jack daniel (arak) - Jadi kalau nak order ni bagi yang saudara seugama MK, cakap dengan waiter tak nak sos tennessee-/cakap dia tak nak wine- maafkan MK kalau cakap salah)




Grilled Lamb-RM36.90 (untuk mengelakkan was-was, MK berpendapat tanya waiter dulu yang ni peram dengan apa, kalau dia seugama kita, dia faham dan dia akan explain bahan-bahan dia sebab kekadang ada setengah masakan dorang peram dengan wine)



Minum jus Sprakling Kami berdua :

(RM 9.90)



(RM10.90)


Dan Akhir sekali Brownies ice cream

(RM15.90)




Total up makannya dia biasa sahaja ( mungkin sebab tak letak bahan-bahan tertentu) Mungkin situ tak ada kick dia.Kalau pergi chillis pun sama kena tanya dulu apa yang MK bold kan tadi dekat atas. Minta maaflah MK bukannya orang alim tapi sekadar berkongsi pengalaman yang ciput ni kepada semua.
Tapi kesilapan MK dan partner MK pergi order setiap satu makanan, walhal sebenarnya 1 portion boleh makan 2-3 orang. Kenyang! Mungkin sedikit lapar dan nafsu-nafsi mengawal.

Tapi main MK nak bagitahu sini walaupun MK tak makan promotion lunch dia. TGIF telah memberi complimentary lagi satu main course iaitu chicken & shirmp Cajun pasta atau sizzling chicken.
Dimana MK kena tebus dalam masa dua minggu ini.

Ini cara mereka menjaga hati pelanggan. uhuhuhu. Tapi kita kena bantu mereka juda dengan melayari website dan menjawab survey di tempat makan mereka. Yang ini untuk KP mereka. Dimana kita boleh komen service secara jujur.