Showing posts with label Food review. Show all posts
Showing posts with label Food review. Show all posts

Friday, 16 June 2017

Restoran Hua Mui, JB

Sumber daripada  Tripwarriors_com

Salah satu tempat yang mesti makan dekat JB adalah Restoran Hua Mui.  Walaupun ramai cousin saya suggest di tempat lain untuk makan di JB, tapi hati saya masih tetap setia untuk singgah Restoran Hua Mui. Hwa Mui, Hua Mui… whatever it is ejaan dia tapi bunyinya sama. Adalah tempat kegemaran saya kerana banyak mengamit memori zaman kanak-kanak saya.
Tempat saya berjalan-jalan dengan arwah tok din (kalau dia ambil pencen)
Masa kecil-kecil , lepas raya dekat sinilah cousin berkumpul ramai-ramai (off course masa tu kecil, kena Uncle or aunty drive kan)
Diberitahu tempat ni adalah tempat dating mama,papa serta aunty and uncle ( bodygourd arwah Uncle Don yang teman dorang daripada jauh)



Yup, tempat ini tersangat old school dan bukan orang JB lah kalau tak tahu tempat makan ni. Saya datang makan di Restoran Hua Mui , untuk melepaskan rindu mengenangkan nostalgia dan memori saya, daripada personal point of view saya makanan dia memang tidak jauh berubah sampai sekarang. Yang berubah cuma decoration dan susun atur di dalam kedai.



Killer dish dia adalah Chicken chop, walaupun pada masa kini ramai dah beritahu saya ada tempat lain lagi sedap. Tapi dahulunya, the best chicken chop in JB town adalah di Restoran Hua Mui. Yang menarik Chicken chop dia boleh di “order” pada waktu sarapan pagi. Ayam digoreng garing dan rapuh datang pula bersama kacang peas dan kentang. Paling win sekali adalah kuahnya. Perrgh!! Sehingga kini pun kalau korang datang singgah rata-rata meja korang tengok akan order Chicken Chop.

Sumber daripada Kristinah87





Sumber NSEL


Kalau korang tanya halal ke tidak ? insaya Allah Halal makan di Restoran Hua Mui. Untuk kenangkan nostalgia zaman dulu, saya lebih suka makan di tingkat atas. Restoran Hua Mui ni terletak di Jalan Dhobby. Memang susah nak cari parking, ikut luck kalau dapat parking tepi. Tapi selalunya mennghadap Resotran Hua Mui ni ada satu bukit. Boleh parking dekat situ ( parking berbayar)











Next , kalau yang ni mama dengan adik beradik dia kadang-kadang suka makan mee hailam dia. Memang terbaik! . Kuah kicap dia pekat, manis dan berlemak susah nak describe macam mana rasa dia. Tapi akan win kalau makan dengan lada jeruk dia. First time saya belajar makan cili jeruk hijau tu adalah di sini.  Mama yang ajar. So, bila tambah dengan cili jeruk dalam mee hailam Hua Mui,  pedas manis  dan masa…. Perghhh sengat.






So ada sekejap hari saya balik JB hari tu pasal Viper Challenge Medini (link)  , sempat singgah kejap dekat Restoran Hua Mui  sebelum ziarah aunty noi dekat Kempas. Masa tu awal pagi, memang tak pernah rasa breakfast dekat Hui Mui. Saya pun tukar selera menu daripada makan Chicken Chop. Takut nanti esok semput nak berlari.











Dibuka semenjak 1946, sebab tu masuk dalam list Jejak warisan Iskandar Puteri . Sebab Sultan Johor pun makan sini ( daripada zaman atok dia pun makan sini ok). Kalau nak tahu alamat, kita tepek di bawah ni. Kita panggil dulu jalan ni Jalan dhobby. Dah ditukar namanya sekarang.





Alamat : 131, Jalan Trus . Bandar Johor Bharu.
Operation hour :8.30 pagi sampai 6PM ( dulu buka sampai malam)






Terubat sikit rindu dekat JB , bila dapat makan dekat Restoran Hua Mui. Lepas tu boleh jalan-jalan keliling JB








Saturday, 6 May 2017

Cheat day @ Dotty's pastries &coffee

Dotty's pastries & coffee (Branch Taman Tun) adalah tempat breakfast yang paling win. Setelah baca banyak review dan apa yang diperkatakan oleh orang tentang Dotty's pastries & coffee, memang betul Croissant filling salted egg yolk adalah main killer dorang. Perghh!!! sekali makan memang tangkap leleh.






Pada pendapat aku, apa-apa yang ada filling salted egg yolk dekat Dotty Pastries & coffee Taman Tun memang sedap! 💜


Untuk kemudahan dan rujukan serta review korang, aku sertakan menu yang ada di Dotty's Pastries & coffee Taman Tun ( aku minta kebenaran staff on floor tau nak ambil gambar ni)









Cappuccino




Egg Benedict


🙉, recommended, one of the perfect egg Benedict that I ever had. Dihidangkan pakai sizzling plate tapi tak ada bunyi terpercik-percik sizziling tu. Nampak small portion tapi very rich bila makan seorang.


Big Breakfast 

Recomended dan boleh makan dua orang (unless kalau korang bela saka memang tak cukup portion ni kena makan seorang ).








Apa yang aku suka :

1. Design dalaman yang esklusif ibarat masuk dalam kedai Tiffany (tapi version restaurant)

2. Filling Salted egg yolk terbaik!

3. Portion besar!

4. Staff sini family dan senior staff preferable explain menu untuk bantuk customer faham


Apa yang aku tak suka :

1. Harga dia boleh "tahan" lah ( maksud "tahan" double meaning)

2. Kalau datang lambat susah dapat parking (suggested early breakfast masa opening 8 pagi)

3. Customer regular dia gila suka borong pastry filling salted egg yolk sampai habis (mentang-mentang mampu, banyak duit)


Landmark :
Kalau google ada orang kasi alamat kan? ok dalam entri ni aku kasi landmark- cari mcdonald TTDI dia satu baris dengan mcdonald tu dekat sebelah hujung sana!. Nampak macam kedai cantik ala Tiffany and Co. tu lah dia.




Sunday, 12 March 2017

Hangout & Chill



Cafe Studio , Kota Damansara The Strand| Ini adalah kali kedua kedatangan aku ke sini , aku suka suasana cafe ini disebabkan konsep dalam dia adalah seperti ala-ala Alice in the wonderland ( This is one my favorite fairy tale story). Namun kedatangan untuk kali kedua , managament dahulu memang dah bertukar jad konsep makanan dia turut bertukar. 

Ada lah  satu ketika aku pernah tulis experience aku untuk first time (nah throwback post dulu link)  kalau korang hendak tengok decoration zaman management dulu , aku suggest korang baca link terdahulu. Sebenarnya kedatangan aku ke sini adalah :

1. Nak cari ilham thesis tinggal beberapa chapter sahaja (masa tu lah -sekarang dah siap nak tinggal edit je), siapa yang ada experience ni ? sila angkat tangan 👋. Kalau kau jenis student yang tengah sibuk buat thesis ada satu stage tu kau tak boleh nak fokus dekat rumah. 

Sekejap buka fridge 

sekejap buka TV


Last kali kau kena pergi pindah tempat lain,  contohnya pergi rumah kawan kau ke...pergi mcdonald ke... perrghh baru boleh fokus


2. Pasal aku mengidamkan salad Cafe studio ni!



Sekali bila aku dah menampak masuk dalam cafe, aku terkejut jugalah sebab sudah bertukar managament  salad dan sandwich yang aku nak sangat tu ( meleleh air liur ni) tak ada cuma ada beberapa minum terdahulu masih lagi dikekalkan contoh seni kopi dia (art cofee ) dan tea dia serta dan ada beberapa deco sudah tiada. Tapi masih lagi nampak macam dekat Alice in wonderland lagi.,,, (itu yang penting sebenarnya)


Kami ada tiga orang jadi order dua dish (ye lah masa tu tengah bulan). oklah berkongsi sambil berlepak dan aku pula update thesis dekat cafe ni. (aah dia ada wifi free tapi kena minta password yer dengan dorang)

Order club sandwich dengan Caesar salad (version managament baru) 












Nasib Irish coffee ada lagi dalam menu... ok masih lagi lebih kurang macam management dulu



Nak mengubatkan kekecewaan kami kepada makanan dia yang dulu , kami mainlah monopoly dekat sini. Bagai nak rak jugalah layan (aku tak main propa je lebih dorang je yang main dua org) aku sibuk meng 'edit' thesis mana yang patut.


Basically , management baru pun not bad jugalah. Boleh recomend tapi hakak boleh habaq lah yer makanan yang sekarang ni lebih variety yang dulu. kalau tengok feedback pun banyak kasi review best. Tapi aku tertanya gak what happen to management lama ? sebab promotion dia not bad juga siap panggil blogger-blogger tip top untuk review tempat makan ni.


Meh hakak tepek sikit information ni korang boleh follow dorang dekat Facebook (link)


Friday, 6 January 2017

Ee Jiban Chicken Rice ball Halal

Personal review makanan dekat Ee Jiban Chicken Rice Ball

1. Ee Jiban Berstatus Halal (insayallah)

2. Dekat Eee JibanNak makan kena beratur daripada side kanan kedai, but fast move estimate 20-30 minit tunggu

3. Kalau tak reti makan Rice ball, Ee Jiban ada provide nasi ayam yang biasa tu

4. Size sebesar bola pingpong (min 5 bola nasi satu set)

5. Compare to nasi ayam cina (yang halal) dekat KL dengan price nasi ayam Ee jiban lagi murah. 5 kepala/orang subtotal around  RM56++ setelah membuat penambahan sebanyak dua kali portion nasi Chicken Riceball

6. Untuk nasi ayam Ee Jiban Chicken rice ball ,saya lagi prefer dan suka nasi ayam Hainan (cina- halal) dekat Taman melawati (link). Ok-oklah for Ee Jiban Chicken Rice Ball sebab dia unik

7. Dekat Ee Jiban untuk kawal diet- saya order stim chicken (buang kulit ayam sendiri) dan share chicken rice ball dia (makan dua biji) – dia variety lauk pauk dia so not just chicken rice ada lauk Melaka nyonya.

8. Kedai Ee Jiban Chicken Rice Ball nak cari, landmark dia The straits hotel and suites & Novotel hotel.

9. Alamat Ee Jiban Chicken Rice Ball 275, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya

10. Operation hours Ee Jiban Chicken Rice Ball 10 pag – 10.30 malam



















Pautan lain untuk Ee Jiban Chicken Rice ball :


































Wednesday, 12 October 2016

selera Bajet in KL


Nowadays , everything is pricey in KL when you withdraw RM50 the values same as RM10 and you can feel this especially when you dine out. Duit semuanya keluar macam air, did you feel me? Or just my salary is not  under standard living in KL? Nak cari makan murah, bajet dan sedap taraf lima bintang is quite tricky right now. Luckily, I live in affordable area and I’m feel so grateful . HS Wheat and Grill cafe , is one of the famous western food in Cheras KL that give us satisfaction food from price to taste. This humble store located at Hawker street in Jalan Sembilang, Taman Tenaga ( Landmark near at block Flat Ikan DBKL - that's what local call). People always come here because of their chicken chop, the price of  chicken chop is RM4.90 which is below than RM10. Due to control my weight , I carefully to choose my food during eating outside. At here , you are allowed to control and customized your food. Not just that they will  giving you extra Pasta (with same price) when you like to exchange fries . Price and their portion suit with me ( recommended people who are eat small portion and want to control their diet).




This is chicken grill, this plate suppose come with fries, but I request them politely to change it with coleslaw and they also give me pasta for free. Sayur tidak tak leh letak banyak pun, might be they already carefully sukat.






This is Oglio Seafood that my partner love to order every time she come here. We’re usually request chili flake as condiment . For Oglio seafood’s HS Wheat and Grill café they portion is enough for one person.  I can’t recall the price but  I think it will be around RM6-7 (sorry)



What I love about this place : ³
<![if !supportLists]>1.      <![endif]>For two person , range  price to eat here will about around RM20 (or below)
2.  I love mango salad ( dekat kedai Tomyam sebelah)
3. Staff HS Wheat and Grill is superfriend and not bias , and their understand your diet if you explain politely


Monday, 22 August 2016

Food Truck : Babarittosmy


Lepas habis bakar butter kek. Aku pergi jalan.Tak tahu nak round mana. Aku pergi jalan dekat Uptown Danau Kota. Dan lepas tu , pergilah lalu area PV16,  landmark Colombia Hospital , ternampaklah Food truck Babarittosmy. Ini bukan first time aku makan dekat food truck Babarittosmy ni. Banyak kali dah. First time, aku makan dekat Foodgasm event yang dorang pernah buat dekat Kelab GOLF KPA tu. I think adalah a last a few years. Teringat masa feeling makan Babarittosmy ni sana - sekali makan Baritos dia yang dibuat oleh Babarittosmy ni terus tangkap meleleh-leleh dan terkecur air liur. (Padahal masa first time nampak bentuk wraping dia , aku ni pandang dengan penuh tak ada perasaan) 

Lepas tu dah , makan terus jadi stalker terhebat Instgram Babarittosmy ( yang korang boleh cari sendiri dekat @babarittosmy).

Bila kau bawa masuk barritos dia dalam mulut,tak semena-mena akan cair dimulut.Korang bayangkan satu barritos tu orang yang makan tak baca bismillah macam aku ni pun tak mampu nak perhabiskan satu barittos ( itu dululah tapi lately sekarang aku tengok macam dah kecil sikit...ke? selera tahapa aku macam dah melampau)


Masa aku lepak dekat food trunk dia dekatdengan PV16 dekat dengan Rsmy naan tu.Dia siap tatangkan air free untuk kitaorang. Air sarsi . Oklah tu, nowadays mana nak dapat benda free ? ya 
Aku memang salute dioarang, walaupun dorang tak famous sekarang ni . Dorang peramah dan tak berlagak. Just that kalau masa event-event besar aku tak akan beli dekat Babarittos, sebab panjang gila. Dan since aku tahu lokasi dorang dekat mana. Aku prefer untuk makan dengan aman dan tenang secara seorang.  ( Rajin-rajinlah skodeng IG). Babarittosmy ada a few items makanan yang lain. But paling recommended dan mengenyangkan untuk budget makan aku (supaya makan tak berulang-ulang aku preferable untuk makan barittos dia.  Range makanan dia oklah not that kind so expensive macam setengah-setengah food truck harga mahal tapi poyo masak tak sedap. Dorang is very recommended dan sesuai dengan budget.


So rerajin skodeng IG dorang. That's all only for my personal view on Babarittosmy in my electronic journal . IG : @Babarittosmy


Saturday, 20 August 2016

purradise cat cafe, TTDI

Purradise cat cafe TTDI is klang valley's first cat cafe.They offer a whole new social environment.The cat cafe is fun, comfortable and mostly kitty filled space for you to relax and you can play with lovely and unique characters of cats.In purradise cat cafe, you get to play and socialise with cats. You will be charge RM15 per hour (one person) and will get one free drink.Please aware that the Purradise cat cafe has placed strict  rules restriction to protect their lovely kitten.

Alamat untuk Purradise cat cafe TTDI ialah 24A , Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur. Landmark lorong yang belakang Corner Celcom lepas tu cari cafe hipster nama dia pickle and Fig.Operation hour 11pagi hingga 11 malam. 




Interior Purradise cat cafe , TTDI















Meet angels Purradise cat cafe