Showing posts with label VictoriaStation. Show all posts
Showing posts with label VictoriaStation. Show all posts

Thursday, 13 April 2017

Cheat Day : Victoria Station,Jalan Ampang



 Victoria Station di Jalan Ampang, memang sengaja aku pilih untuk"reward" deparmant kami setelah bersepakat beramai-ramai untuk makan di sana. Jarang deparment kami dapat buat bonding memandangkan masing-masing tight-up dengan diet sendiri. Macam aku ada diet sendiri, Prajish, Paandian, Kak Puva pula memang rajin puasa vegeterian dorang.

Menu dan harga Victoria Station, aku survey online harga dia tak tumpah sama macam online (link)



Starter 



Starter dimulakan dengan sup "tomyam" dan mushroom sup. Sebenarnya sup ini dipilih untuk makanan hidangan bagi Prajish dan Paandian. Ini kerana kami tidak pasti bahawa Prajish masih lagi vegeterian dan Paandian ( lepas dah dua kali aku makan dengan dia) aku rasa dia tidaklah beberapa untuk western food. Mungkin semasa aku dan Kak Puva membaca menu pilihan Vegeterian kami menganggak sepatutnya Victoria Station ada membuat pilihan untuk mereka yang vegeterian. Hakikanya Victoria statition menu pilihan terhad dan tidak beberapa friendly untuk mereka yang vegeterian.

Paandian kata sup tomyam Victoria Station not bad. (sedap)





Setiap main course didatangi dengan side salad dan bun dan pilihan dressing salad yang best. Cuma korang kena pilih dressing mana yang korang suka.



Ini pun salah satu starter yang dipilih oleh Paandian. Randomly sausage ni style masak dia macam ala sweet sour.




Main Course Victoria Station, Jalan Ampang



Fish and Chip

Phoenix Kingdom

Lamb Steak

Dragon Phoenix


Sebagai orang "biasa" (aku bukanya terdiri golongan yang kaya ni) yang reward diri untuk Victoria Station, bagi aku biasa-biasa ajenya makan di sini. Tak pasti kalau mereka (Victoria Station) , yang melayan kami pun biasa-biasa. Agak mengejutkan bila yang datang semua kereta besar-besar. Untuk aku personally serta kawan aku yang lain hendak merasa apa yang orang kaya makan.

Bagi aku hidangan Lobster di Red lobster jauh lebih menyelerakan dan mewah berbanding hidangan makanan di Victoria Station yang biasa. Bagi aku, alhamdulilah dapatlah merasa "makanan" orang kaya ( sebenarnya tak adalah kaya sangat rasanya)

Akan tetapi aku tetap rasa bersyukur, kerana pada asalnya aku rasa tak mampu nak makan di Victoria Station. Tapi bila tengok budget boss dan company sebenarnya affordable kalau kita pandai pilih makan. Untuk 7 orang, RM400++ dengan melantak main course berbagai menu . oklah.


Tapi untuk personal, treat untuk diri sendiri.... tak beberapa (sorry, hidangan Red lobster serta Chinoz in the park lebih jauh mempesonakan dan mewah).

Tempat spot kami makan adalah di kepala kereta api itu sendiri. Worth it kalau makan ramai-ramai terutamanya untuk team bonding office.


Last , untuk penutup kami pilih goreng pisang dengan ice cream. Simple but delicious. Goreng pisang dia memang ranggup kena dengan ice cream vanilla dia ( Aku suspek ice cream Haangen dasz sebab dia punya lembut dan vanilla dia memang menusuk)