Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Monday, 18 April 2016

Tips for Viper Challenge Arena

Helllo and assalam everyone!

I need to admit, after I’m enroll myself to become more discipline in workout routine. My life is totally super busy and become meaningful *lol*. Suddenly, I’m become “kamikaze” to participate in Viper Challenge Arena 2016. Gila kan ? This crazy plan happen because I’m totally damage heartbroken with someone.  Like people said, when you heartbroken : You tend to do crazy things.


It took 50 days to prepare myself for this challenge furthermore this event can be consider as my first time fitness challenge. To whom that never enter to Viper or any obstacle challenge (adik beradik dia macam Spartan , mad warrior , Ironman etc)  50 days is not enough unless you fully focus in your training. Padahal Viper Challenge 2016 ni : 7KM 20 Obstacle ( For me is big deal because I’m beginner)







Before Viper Challenge :
Perlu diingatkan, Viper arena and Viper challenge yang lain adalah berbeza situasi dia. Tips ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri terutamanya untuk beginner yang baru participate. Rasanya kalau otai tak payah kot baca blog ni *lol*


1. Benda paling penting adalah persedian daripada stamina. You need to build your stamina from workout to diet food. ( How to build stamina for beginner)

2. Training workout routine adalah paling penting (crucial) adalah upper body.  Paling basic yang wajib korang buat adalah “bergayut” selama mungkin. Do it every day till 1 day before challenge(percayalah cakap I uolls because I did skip this thing lepas tu menyesal tak latih) . But somehow, If you are wall climber dengan badminton/squash/tennis player person . You upper body mesti strong. Macam my friends dia tak payah masuk gym bagai macam I ni. He just playing badminton (memang wakil daerah pun mamat ni , badan fit gila—should be no problem because he have strong grip)

3. For beginner , I advise your training memang kena little bit hardcore. Jangan compare dengan orang yang pernah masuk Viper. Maklumlah dorang ada experience sendiri. Between training workout- advisable korang kena turunkan berat selagi boleh( bagi memudahkan korang memanjat dengan senang). To know whether you capable or not. Cuba buat workout ni :


Or you can do it workout yang mengunakan berat badan you example pullouts, bumping etc. (Please research by yourself what kind of routine yang sesuai). So kalau workout atas ni tak lepas. That’s mean you lower body pun memang out gila.


4. Determine you weakness areas and improve it. For me… my lower and upper memang sangatlah jahanam. So my teammate yang training I tu, memang mengucap astafiruallahalazim banyak-banyak. So 50 days for beginner like me. Memang tak sempat nak improve lower and upper. But sebab ada #yakin boleh spirit. Memang redah je. What I do for my first Viper . I improve a lot for my lower body compare to upper body


6. Diet memang sangat memainkan peranan penting for your stamina. From  day one till end day of viper training. I keep discipline eating clean food. Diet clean food adalah susah compare to others diet because in your food there are no salt, no oil ( except olive oil) & no sugar.  You need to carefully do your own research because every type of body have different type of diet.  I’m indulgence myself with comfort food only one cheat day every week.

7. The day before viper challenge , you should have carbo and protein loading. Carbo loading my tak expert. What I know, kalo event petang. Uolls punya carbo loading mesti around breakfast. Kalau pagi, night before event is your carbo loading.


8. Jangan terlebih makan dan terlebih minum semasa Viper day. Sebab nanti nak terkencit dengan berak. Celah mana uolls? To be frankly hakak nak berak ok masa tu. Nasib baik viper arena. Bukan Viper challenge yang masuk hutan tu. Sebab arena mesti ada tandas sebab dalam stadium. Tapi terkencitla nak cari tandas dalam tu .






During Viper Challenge :


1. Sebenarnya persediaan barang-barang penting before viper challenge. This is checklist that you need to recheck before you go to viper:

a) Glove – you may use the cheaper glove. Contoh yang beli dekat untuk kebun dan potong bahagian part jari, but sincerely I would suggest better you buy yang glove ada grip.

b) proper shoes – advisable Trail shoes. You need something to grip and light. Hiking shoes can be consider.

c) proper pants – jangan yang nipis dan jangan yang labuh. Kalau boleh ketat sikit. So senang nak panjat and support from your teammate. So kalau siapa sayang kaki…. Please pakai seluar panjang ye. Kalau tak berbirat badan

d) energy bar/ food yang kecil dan simple ( jenis boleh simpan dalam poket)

2. Respect and humble to each other’s.  During that time kita akan berjumpa bermacam-macam orang.

3. Help each other’s – Be attentive and alert. Walaupun kita bergerak berkumpulan Tak semestinya kita kena tolong group kita. Atau tak semestinya kita tolong kaum kita je. With extra hand we will get this thing through together. Example I see my group help another group team. So ada satu part obstacle tu, masa tu my team member dekat belakang , since I consider the slow one. Dorang support untuk panjat dan gerak dulu.

Surprising group yang dorang tolong tadi helping me. Sebab dorang tengok aku sorang kat situ. Sweetnya, sekali dia baling kau, terus tercampak ke atas obstacle tu( obstacle to lebih kurang 2 kali ganda tinggi aku ).


4. Have fun J and enjoy every obstacle. Don’t panic. If you can’t do it leave it. But try first then you know what’s your limit.


5. I’m not encourage people to bring their phone. Unless your device is protected enough bolehlah kot. So far only apple have equipment yang anti pecah, anti gegar, kalis etc. Advisable you bring action camera/Gopro. Ha… yang tu ok.

















After Viper Challenge :


1. Have proper rest. Sakit badan oit. Lembam sana sini.

2. Eat recover food or have a good cheat day

3. banyakkan makan protein dan sayur berdaun hijau untuk muscle sore

4.Sebelum tidur lepas viper challenge . Jangan lupa makan Panadol yang sakit sendi






Tuesday, 17 June 2014

Tempah TicketTransfomers : Age of Extinction sebelum menyesal

Kepada peminat tegar Transformers,
advance sale ticket dah dibuka di kaunter TGV sekarang
Aku rasa last week lagi dah buka. 
Macam mana aku dapat tahu ?
Bila aku skodeng-skodeng peminat tegar Transfomer di FB aku.  
Release date di Malaysia adalah pada 26 June ini. 

Kalau nak tunggu Nuffnang, confirm Konah tak dapat *mih mih mih mih * 
Ni Konah beli dekat The Strand. 
Mall baru dekat KD ( Kota Damansara atau kawan aku swen panggil Kota Damn) 
Aku suka TGV dekat sini privacy sikit. 
Ingat lagi tak pasal artikel aku ni . Aku ada nasib malang sikit bila tengok movie.
So beli couple 3D. Habis cerita, tak ada gangguan kerusi kena tendang kat belakang
 

Ok satu-satunya tarikh yang memang keluar adalah pada 26hb 
seawal movie waktu adalah 8.45PM. 
Korang boleh usah dekat www.tgv.com.my tu. Kalau tak caya.
Ada juga buat tanya-tanya ada keluar ke 25hb Jun untuk tengah malam.
Katanya Tak ada kak.

Tapi dia kata khamis ni 19hb ada tak cinema waktu lain dibuka
Bagi aku to risky...benda-benda macam ni 
tak leh fikir dua kali
Dia punya aura macam Sequal terakhir Harry Potter tu.
So awat tunggu lagi Die hard Transfomer.
Jom serang panggung TVG

Trailer :


Friday, 13 June 2014

Jamuan Diraja 2014

Konah Ikut menyelit jemputan yang kawan konah, ckin comel dapat. Tujuan jamuan teh Diraja diadakan pada 8 June 2014, adalah sempena sambutan Hari keputeraan Seri Paduka, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Yang telah disambut di  Istana Negara. Jamuan Teh Diraja ini disambut dengan semi formal.

Para hadirin terikat untuk duduk di satu tempat dan boleh bergerak secara bebas setelah diperkenankan oleh pengurusi majlis. 



Walaupun semi formal, pakaian masih lagi beradat istiadat. Baju kurung hendaklah berselendang, malah kebaya disyaratkan labuh daripada punggung dan mesti berselendang. Bagi yang bukan bumiputra boleh  mengenakan baju kebangsaan masing-masing .Tetapi mestilah tertib tidak mendedahkan kulit. 



Nothing special nak dikenakan, sebab aku jenis lasak. So tak tahu nak pakai apa aku set rambut aku.






Last kali aku pilih sutera batik old school. Ehehehehe aku ni bukan jenis berkoleksi baju kurung. So lepas dah pergi  majlis formal ni, aku rasa at least kita ada standby baju batik. Baju batik selalunya melambangkan majlis formal. Bagi aku ini warisan yang patut kita tekankan. Ingat lagi arwah endon? Yang fight habis-habisan untuk batik?



So , Ikut ckin masuk pekarangan pintu Istana Negara, terbulat-bulat mata aku bila ckin bawa aku masuk main enterence. Aku jadi minah jakun sambil gosok-gosok mata. Pass masuk ckin berbeza sedikit.Memang berderau sambil ternganga mulut sampai boleh masuk lalat. Tapi cuba control excited ni, sebab ni majlis formal karang aku terkinja kinja malukan ckin eheheheehe.


Istana Negara baru, besar dan cantik. Aku rasa ada kot 10 kali ganda besar daripada Istana negara lama. Tengoklah gambar aku dengan ckin ini baru part bahagian nak pergi surau kecil dia.




Majlis bermula sebaik sahaja ketibaan Agong diiringi PM Najib. Makanan dihidangkan secara buffet dan arti CTDK dan Jamal Abdillah menyerikan lagi suasana majlis. 


Thursday, 12 June 2014

How to Train your Dragon 2



Hello, jomlah tengok how to Train your Dragon 2 . Konah recommend korang tengok, terutama sekarangkan tengah cuti sekolah, yamg boleh menjadi aktiviti wayang family bersama. BUT please behave your child and adik-adik masuk wayang kena respect penonton lain.  How to Train you Dragon 2 , adalah sequel lepas dia. Cerita bersambung dan khabar - khabar angin mengatakan kemungkinan besar akan ada sequal ketiga target pada 2016.

Meh kita recap balik antara watak-watak yang ada di dalam How to train your dragon.


Mamat yang bernama hiccup bersama dengan naga kesayangan dia jenis night furry yang diberikan nama toothless sebab dia tak ada gigi tapi makanan kegemaran dia adalah ikan. 5 tahun lepas pada sequel lalu, mereka berdua berjaya mengubah pandangan penduduk viking di Pulau Berk. Bahawa , naga boleh dijinakkan. Namun begitu di dalam sequel kali ini , bukan dia sahaja penjinak naga termuka. Ada dua orang, walau bagaimanapun salah seorang daripada penjinak naga mempunyai kuasa jahat yang ingin mengusai dunia baru dan mengunakan kuasa naga.



Ini pula stoick , ayah kepada hiccup yang dahulunya memburu naga . Dia sangat-sangat berharap hiccup dapat mengikut jejak langkahnya sebagai ketuakaum viking di kepulauan  Berk. Dalam sequal ini, dia tidak lagi memburu naga tetapi sebaliknya membela naga....tapi satu je tak berubah. Dia mahu hiccup mengikut jejak langkahnya. Berjaya ke stoick meletak harapan yang tinggi kepada hiccup?




Siapakah gerangan perempuan ni? Ada ke dalam sequal lepas..jeng jeng jeng jaga-jaga kemunculan watak baru dan watak yang bakal mengegarkan kehidupan hiccup....nak tahu? Aaaaa gi tengok cerita how to train your dragon two di pawagam berdekatan dengan korang.



Bagi konah, wataknya ada touching-touchin terutamanya dalam elemen family. Cerita dia mudah, susunan atur yang berjalan lancar. Lawak yang hidup dan mematikan perspekif, dunia tiada happy ending but life must go on. Jadi adik-adik yang tengok ni, enjoy your moment with your parents sementara hidup ni... chow!

Tuesday, 3 June 2014

X MEN : Days of Future Past @ MBO, VIVAMALL


(Ini bukan review cerita X-Men : Days of Future Past kot)


Feeling nak tengok cerita best ,tak boleh layan pakai dvd, harus kena tengok X Men : Days of Future past dekat panggung. Walaupun macam aku dah terlambat tengok Xmen dan ramai member dah tengok preview. Aku lebih seronok tengok beli sendiri.



Nasib aku ni unlucky sikit, asal tengok movie. Orang belakang  atau kiri dan kana aku selalu macam sakai




Goyang  dan gegarkan kerusi...tak fikir perasaan orang langsung.Lepas tu orang kata kalau goyang kaki laju sangat, nafsu shawat tu tinggi gila...control sikit terutamanya bila masuk movie kalau siapa yang sakai ada bad habit macam. I bet orang sakai yang suka goyang kaki masa masuk movie bukan stok jenis membaca buku mahupun blog, sebab tu perangai macam beruk first time masuk movie.





 Kekadang tengok movie bawa anak, anak pula tak reti diam tu boleh aku pejam mata sebab aku pun ada adik kecil. Ini kalau dah stok berlari dan guling-guling dalam movie... aku stress...aku ni kalau tengok movie tu jenis menghayati tak boleh ada gangguan-gangguan mental ni , tak kisahlah kalau cerita tu best ke tidak.



Since selalu kena , tak kisalah hang out dengan girls ke guys, aku prefer beli couple set. PUAS HATI!!! 




Yang tak puas hati aku kekadang kiri kanan buat projek movie sendiri ( Romen dalam movie) . Gasaklah, aku mata tengok depan je. Tapi kalau mulut dah berdesing-desing...memang aku jerit sound cakap kuat-kuat. "CARI BILIK BOLEH???"



So...jump to the story

So last weekend, I had movie date XMen dekat MBO, Vivamall  @ cinema 4.Masa movie XMEN dah release , aku memang dah baca rajin baca preview dekat  Blog Rawlins .  Aku tak baca keseluruhan , randomly sebab Rawlins selalu habaq...ok and then of story jangan keluar dulu ada sneak shot atau pun kejutan.  Itu yang best baca blog preview siapa yang pergi dulu sebab dorang punya so far no tapis-tapis.


So dalam blog Rawlins tu dah cakap, masa cerita XMEN Days of Future Past dah habis jangan keluar dulu!!!. Tapi aku tengok....bila dah habis semua manusia dalam movie dah keluar. Tinggal aku dan partner aku and bunch of peminat tegar XMEN... ...lama gak lah... patah semangat juga nak tunggu. Tapi knowing Rawlins punya review, aku pun tunggu...tunggu... yup!!!! ada sneakpeak untuk Next movie!!!! 





Couple seat MBO, VIVAMALL dekat cinema 4 tak best! in future kalau korang nak pergi dapat pula dekat Cinema 4 ...dan ever-ever expect it. Sebab seat dia macam lebihan dewan tu. Kalau orang masuk lambat, dia kena lalu korang. Lepas tu rasa screen tu jauh gila.....siapa rabun good luck. Sib baik couple seat dia murah RM15 total untuk dua orang.










Wednesday, 28 May 2014

#saysomethingnice



Prologue : Rasa-rasanya kita masih lagi tak tahu apa itu #saysomethingnice ? Jika anda masih lagi mencari-cari projek tahunan CSR ataupun aktiviti di pejabat atau pun di sekolah. Anda boleh mulakan melalui #saysomethingnice


Konah bersama Managing Director Anas Zubedy

Pengenalan

#saysomethingnice, adalah satu projek daripada Zubedy , dimana target masa tempoh selama 17 hari antara jurang hari bermula daripada Hari Merdeka 31 Ogos hingga Ke Hari Malaysia 16 september. Untuk menyebarkan aura positif di dalam Komuniti.Di mana projek ini adalah tahun-4 yang telah dikelolakan oleh Zubedy. Dan pada 24 Mei 2014 merupakan ulangtahun Zubey yang ke-20 tahun.



 

Peranan Kita sebagai Rakyat Malaysia

Kepada pengamal media social tegar terutamanya blogger-blogger diluar sana. Bolehlah ambil peluang dengan menyebarkan #saysomethingnice ( sesuatu yang baik atau pun sesuatu yang sinonim dengan negara kita, Malaysia )  selama 17 hari melalui platform yang kita sedia ada. Mudah pun...tak payah pakai duit. Show your concern beb/dude! Sayang Malaysia tak???


To make it clear :

Apa itu #saysomethingnice ? : Kita mahu aura positif sepanjang tempoh 17 hari. Mungkin melalui #saysomethingnice boleh disebarkan ke seluruh Malaysia. Kita mahu, kita sebagai rakyat Malaysia menghargai tanah air ini.

Bila ? : Kempen ini dilangsungkan selama 17 hari sekali setahun sahaja. Secara rasminya bermula daripada 31 Ogos dan akan berakhir 16 September

Kenapa? : Nilai teladan dan budi bahasa semakin dimamah oleh teknologi dan masa. Jadi dalam masa 17 hari kempen ini sekurang-kurangnya boleh menyemai nilai-nilai Malaysia yang semakin pudar.


Cara Nak Join


Boleh buat sticky note dan tampalkan di satu tempat terutamanya tempat yang menjadi laluan,
sekurang-kurangnya satu hari ada qoute-qoute #saysomethingnice, bercerita tentang makanan,kehidupan,budaya dan sebagainya. Apa yang anda bangga tentang Malaysia


ATAU

Post kan gambar-gambar yang mungkin disamakan dengan #saysomethingnice
pasal Malaysia. Mungkin Korang boleh post di Intagram dan letak hastag #saysomethingnice


ATAU

Sebenarnya tanpa had, anda boleh gunakan selama 17 hari ini untuk post-post benda #saysomethingnice melalui blog ke, instagram ke, twitter ke...



Jangan lupa, jika korang participate selepas 17 hari tersebut korang boleh emailkan aktiviti apa yang korang dah buat ke email : saysomethingnice@zubedy.com   untuk menyokong kempen ini.



Matlamat jangka Panjang : To be frank jika kita ramai-ramai yang menyertai #saysomethingnice, bayangkan ianya menjadi trending di media sosial . Yang sekali gus boleh menarik pelancong luar negara datang pada bulan Ogos- September. Lagipun pada tempoh bulan ini, Jika kita amati, Malaysia mempunyai kemuncak aktiviti yang luar biasa. 







Monday, 26 May 2014

Projek : PITP

Nota : Kebanyakkan gambar tidak dapat dipaparkan, untuk menjaga privacy pihak-pihak terbabit


PITP singkatan untuk Park in The garden, adalah projek sukarelawan yang berkonsepkan 'picnic' ditujukan khas bagi kanak-kanak istimewa yang mempunyai cabaran dalam kesihatan. Saya bocorkan rahsia...harapan bangsa yang mempunyai kanser tahap  4(peringkat akhir)....any time.... (penganjur saya minta maaf jika penulisan saya mungkin sedikit terguris tetapi percayalah niat saya adalah untuk kesedaran dan bukannya untuk menguris ataupun melenturkan semangat waja juang si kecil ini) Ini kerana tak ramai yang menyertai projek-projek seperti ini mungin kerana :


1.public tak tahu nak rujuk mana

2.Tak semua blogger/artis/public participate mungkin ada personal isu mahupun emotional. Frankly speaking... berapa kerap event yang berkaitan dengan charity yang kita pernah join ?

3.Peraturan ketat daripada pengajur seperti kesihatan, emosi dan sebagainya bagi memastikan harapan bangsa cilik ini terjaga.


Asalnya konah tak dapat pun seat tempat event ni( bahagian acara kek), tapi konah mungkin ada hikmah sebaliknya  yang konah dapat belajar apa itu perkataan "tabah" dan "redha" from point of view yang berlainan.Terima Kasih kepada "sis- hamba Allah" and the rest penaja PITP , it is emotional event however we manage to control our feeling.Kita tak kenal pun each other tapi mungkin emosi pada masa itu yang connect kita semua.




PITP  berazam untuk membawa suasana ceria di mana, harapan bangsa cilik ini  tidak dapat nikmati aktiviti di luar kebanyakannya masa mereka dihabiskan sepenuh di dalam bangunan terutamanya treatment di hospital dan juga masa-masa emas untuk memenuhi memori indah bersama yang tersayang. Konsep ber "picnic" ini telah diadakan di Talent Lounge , PJ Trade Center.



Ada rumput karpet, ada bakul "picnic", ada kain "picnic", ada roti betul-betul, yang telah membawa suasana "picnic" party  menjadi hidup. Ada starwars troopers! ada clown! ada jamuan harijadi! , ada cat-cat di muka. Banyak lagi! untuk membawa suasana keceriaan untuk mereka dan keluarga mereka( supaya memberi sokongan untuk mereka terus tabah dan redha)



Touching Story : Apa yang betul-betul menyentuhkan hati kami semua, selesai upacara tiup lilin.  Mereka semua tidak potong kek tersebut untuk upacara makan kek. Tetapi kek masuk di dalam kotak. ( kerana mereka bukannya bernasib baik seperti kita semua untuk mempunyai customized cake semasa hari jadi ) . Sad part... ada seorang budak perempuan kecil, mengangkat kotak kek yang besar daripada dia. Sebab dia tak mahu orang lain sentuh kek dia. Imagen badan dia sangat kecil, tapi dia boleh tampung kek sebesar  itu.
Untuk memastikan kami tak touching, kami semua mempunyai lawak-lawak sendiri untuk terus gelak. Sebab siapa-siapa yang menangis di dalam event, akan dihalau keluar untuk sertai majlis 




Perkongsian :

Diberi penilaian untuk  kanak-kanak kanser stage 1 yang boleh dirawati dan mempunyai harapan ( yang muram, negatif thinking dan tahu dia mempunyai kanser ) dan kanak-kanak stage 4...anytime will go ( happy dan tidak tahu dia sakit). 

Jangka hayat hidup yang panjang adalah Kanak-kanak yang stage 4. Impact Kanser pada kanak-kanak adalah sangat cepat. Berdasarkan penilaian dan kajian, nilai-nilai positif memainkan peranan penting dalam proses ini kepada kanak-kanak mahupun keluarga mereka. 







Thursday, 22 May 2014

Energy Fitness Studio @ Dataran Glomac : Zumba


Prologue : Siapa tak suka aksi membakar lemak, ya ndak ?






 

 

 

Kepochi Nak Bercerita

Asyik zumba ni aku dah try semenjak cuti buruh hari tu, ini minggu kedua dan kali kedua dan diselangi swiming atau pun bermain badminton or futsall. Dulu, feeling-feeling cucuk langit (clubbing) masa zaman hingusan di takala zaman student degree.Sekarang ni time cucuk langit dekat gym masuk kelas zumba.

 First time zumba aku adalah session ini,  bila Kak yani ajak aku dekat masuk try zumba 1st class dekat energy Fitness Studio. Tempat ni dekat Kelana jaya sebenarnya, orang duduk sini panggil Kelana Jaya, dekat dengan Giant Lama. Landmark area Tutti Frutti. Memandangkan ianya kelas session terawal, why not kita  boleh start from beginning kan ?



 

Zumba

Setelah menghadiri 2 kelas di Energy Fitness Studio, zumba ni pada pendapat personal aku yang tak professional adalah fusion dance workout kerana combination tarian bertemakan international music tapi kecenderungan lebih kepada tarian latin. Suasana yang lebih meriah kerana pelbagai tarian dan steps diajar.
 Tak ada istilah salah langkah kalau korang tersilap langkah , asalkan lenggang lenggong korang diteruskan mengikut rentak. Menyebabkan ramai orang  memilih zumba sebagai senaman terkini.

Kelebihan Zumba

1. Body Toning 
sebab dah gelek sana gelek sini, lompat sana lompat sini, kata instructor tu badan kita akan shaping secara semula jadi jika dibuat dengan consistent

2. Kawan Baru
Bila masuk kelas-kelas di fitness. Boleh tambahkan networking baru. Tak rugi pun. Selain tu boost up level confident level untuk beramah mesra.

3.Fun Fun Fun
Kalau masuk "club" dah sah-sah balik  3-4 pagi. Confirm-confirm mata terkulai-kulai sebab kepenatan didalam tempat sesak + rambut bau rokok...isshhh...stok kepam kalahkan bau rumah orang lelaki bujang. Bezanya di kelas zumba , korang still boleh menari secara sihat. Dan siapa suka muzik dan menari akan suka kepada zumba. Don't be suprise peluh keluar non stop...bak ibarat peluh jantan.

4. Improve "alert" kita
Bila dah terlampau lama kerja dekat pejabat atau menghadap kerja-kerja. Kelas zumba membantu kita untuk tangkas dan alert. Secara tak langsung membantu kita untuk kekal cergas dan alert supaya kita tak sengal-sengal dan slow. Sebab tarian zumba memang pantas.



Beginner

Kalau siapa baru nak start atau mencari-cari kelas zumba boleh cepat-cepat join dekat Energy Fitness Studio sini sebab kelas dia baru sahaja mula pada 1 Mei 2014. Sebelum steps-steps dia menjadi advance lebih baik join.

Masa
Di dalam perancangan  sehingga dimaklumkan ,setakat ni kelas bermula setiap selasa malam pada pukul 8 malam hingga 9 malam. Kena datang on time sebab sambutan dia sangat- sangat mengalakkan.

Yuran
Untuk non member sekali masuk kelas RM15 lepas habis kelas, boleh guna equipment gym untuk workout . Pakailah sampai gym tu closing.


Tempat:Unit c-1-02, Jalan ss6/5b Dataran Glomac, Petaling Jaya, Malaysia ( cari Giant lama kelana Jaya. Lepas tu cari kedai Tutti Fruti. Dia betul-betul atas kedai mamak)

Cuba Spot kepelikan saya pada minggu kedua ni?

 

Tuesday, 20 May 2014

Redbull Air Race : Putrajaya 2014

[Bahasa Melayu ]



Prologue : Aku nampak sahaja caption instagram Gyena , terus aku balas komen. Nak! tak cukup nak. Masuk facebook message terus pm (private message). Gila tak nak...Red bull Air race tiket ni aku usha daripada haritu, mencengkau nak beli "MAHAL" paling murah pun RM170++ itu pun early bird, sebab aku tengah budget student. Yuran last semesta aku agak mahal sebab dah masuk research lepas tu berangan nak ambil security network. [BTW Thank you Gyena, appreciate sangat-sangat ....benda yang melibatkan race-race ni memang I minat uools]



LOGO Rasmi Red Bull Air Race

Red Bull Air Race

Adalah perlumbaan di udara yang rasminya bermula semenjak 2003 dan founder daripada syarikat Redbull. Sebab tu ianya dipanggil Red Bull Air Race. Perlumbaan ini bukanya seperti Motor GP atau pun F1 mahupun Motor Series, perlumbaan ini ialah  di mana para peserta akan memandu pesawat mereka melalui halangan tertentu dan mencatatkan masa terpantas. Maksudnya perlumbaan 1-1








 

 

 

 

Nak tahu tak ?



Acara  Redbull Air Race, adalah merupakan acara yang bersejarah untuk negara kita, sebab pada 17 dan 18 Mei acara ini adalah acara yang pertama yang dianjurkan di negara kita.

Memandangkan sambutanya yang luar biasa, Menteri Belia dan sukan , Khairy Jamaluddin bersetuju bahawa acara ini akan diadakan berterusan pada masa akan datang (NST).  Tak percaya ke sambutan hangat ????? Meh kita terjah







 

Result

 Pemenang 1

 

Pemenang 2

Name:Paul Bonhomme
Date of Birth:22/09/1964
Resides in:Cambridge
Plane:Edge 540
Website:teambonhomme.com

 

Pemenang 3

Name:Nigel Lamb
Date of Birth:17/08/1956
Resides in:Oxfordshire, GB
Plane:MXS-R
Website:nigellamb.com

 

 

Pendapat Personal

Bagus juga kalau kerajaan teruskan acara ini. Mungkin ini boleh boost upkan lagi industri pelancongan Malaysia. Tapi jujurnya daripada review warganegara Malaysia yang hadir termasuk aku, acara ini first time so, memang nampak orang blur-blur pasal acara ni.  Yelah kita selalunya didedahkan perlumbaan ramai-ramai , di mana siapa yang sampai dulu atau membuat pusingan paling banyak dialah pemenang. Tetapi di dalam Redbull Air Race ,acara ini berlawan dengan masa. Dimana siapakah mencatatkan rekod yang terpantas.

Untungnya aku duduk dekat zone B , sebab tempat kitaorang ada calculation masa di screen. Yang lain macam grandstand, view je cantik...macam kawan aku seorang tu datang...setengah jam lepas tu dia cabut. Sebab dia blur...apakah event ni ?

Mungkin next year , siapa yang datang. Akan lebih memahami konsep perlumbaan ni


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Extra photo :

Spot cousin saya

wazzuup wazzupp... I'm here!!!!