Featured
Showing posts with label my2cent note. Show all posts
Showing posts with label my2cent note. Show all posts

Wednesday, 17 May 2017

Aku berlari pasal aku obesiti, bukan pasal nak enjoy


Ramai yang tanya berlari boleh kurus ke? Malah aku pun  satu ketika dulu siap google " run to lose weight" setiap hari sebab bercita-cita tinggi untuk turunkan badan

Seriously lari? Aku tak pernah terfikir untuk berlari atau menyertai mana-mana run semenjak bangku sekolah sampailah dah masuk lewat umur 30-an. Memang tak terfikir. Lari adalah benda yang aku paling benci ( dulu tak tahu sebab bodohkan...mana tahu dahlah tak pandai sombong pula tu). My personal opinion , semuanya bergantung kepada badan masing-masing. 

Jujurnya, aku mula paksa diri aku sendiri untuk lari lepas aku tekad nak masuk Viper arena pada tahun 2016 (pergh dah setahun dah) dan aku mula test power stamina aku pada 1 Jan 2016 di Bukit Broga bila aku dapati stamina aku memang out. Tau-tau turun daripada Broga 2 jari kaki aku ada "blood cloth" menunjukan betapa obesitinya aku sebab kaki aku pun tak termampu nak tanggung beban berat sebanyak 120KG semasa memanjat Broga. 

Aku pada 1 Januari 2016 ( baju kelabu), pada ketika ini aku mempunyai BP 180/100 bawah pengawasan Doktor dalam nak label diri aku sebagai seorang penhidap darah tinggi.

Dalam masa tiga bulan aku kena turun berat badan sebeberapa banyak yang boleh untuk menyenangkan pegerakan aku di dalam Viper Arena 2016 ( masa tu Viper arena dalam bulan March). Kau rasa? 20 tahun makan macam ada 20 saka ,nak turun 3 bulan mampu ke aku?

Jadi masa itu aku bertekad untuk berlari (walaupun masa tu aku ada kawan yang volunteer untuk training aku , tapi aku ambil extra mile training sendiri dengan berlari). Basically, aku tak cakap run la. Sebab mengikut otai, run adalah kelajuan 6.5mph ke atas (ni korang test dekat Treadmill nanti korang tahu macam mana kelajuan dia) manakala 6.5mph ke bawah tu dah masuk dalam kategori jog.


Tips berlari untuk kurus (mengikut pengalaman peribadi )

1. Berlari pada waktu pagi
untuk pengetahuan, bila kita obesiti, adalah sangat merbahaya untuk berlari. Aku selalunya bangun awal pagi (seawal 5 pagi) untuk berlari anak ataupun briswalk untuk permulaan. Sebelah malam pula aku pergi training dengan kawan aku.

Sebenarnya pada pendapat aku, workout pagi especially kalau kita berlari pagi banyak meningkatkan metabolism kita. Masa aku berlari pagi, aku lebih cepat penat sebab dada aku ni terlampau banyak nak sedut oksigen pagi-pagi.

2. Biar slow janji consistent
Dulu masa aku belajar berlari, ramai sahaja yang mengutuk aku -badak sembu tengah tanduk orang (sebab aku berlari suka menanduk kepala, masa tu perut aku buncit sangat) agak sukar untuk berlari. Tapi tu semua tak mematahkan semangat aku, aku mula stop update IG, Facebook etc bila ada ramai yang gelakkan aku. Aku slow-slow berlari dalam kawasan rumah. Tak larat lari aku jalan, kemudian aku cuba lari. Aku praktis , praktis... praktis sampai aku larat lari 5KM ( it took me 5-6 months kot berlatih sebab masa Viper Arena pun aku still tak mampu berlari)


3. Lari dengan application
Dengan berat 120KG untuk aku berlari terus... memang taklah....sayang lutut wei. Aku memang tak menyangkal application run yang aku install dalam telefon mudah alih banyak menolong aku. Selalunya application run akan guide run and rest pada waktu-waktu tertentu terutamanya newbies macam aku.

Untuk penguna Apple, aku suka application Running for weight loss (link) application ni yang banyak membantu aku untuk berlari sambil menurunkan berat badan.


4, Event run
Tengok niat korang kenapa korang nak masuk run. Ada setengah orang nak reward medal, ada setengah nak test endurance, ada orang nak kutip pengalaman pace. Tapi macam aku, aku gunakan event run untuk test training aku, (idaklah tiap-tiap minggu nak masuk) Bergantung kepada masa dan tahap kerajinan. Selalunya aku gunakan event run sebagai exam aku berlari (it works untuk motivate aku untuk kurus)

Tapi kalau korang nak masuk run for enjoy and fun...tepuk dada tanya selera (kalau nak kurus memang tak jalan sebab nanti lemak pun sama-sama enjoy makan aiskrim/minum air manis free masa event) sebab apa ...sebab lemak pun enjoy! 👋 (kena dengan PT mampus kena katuk kepala kalau time nak lari time tu lah nak makan ais krim, nak minum slurpee la etc)



Zaman selalu kena kutuk, orang selalu panggil dugong, badak sembu...banyak air...banyaklah nama. Kadang-kadang petang-petang masuk bilik air mandi menangis sampai teresak-esak.


Last year, first 5KM Jun 2016 masa ni berat yoyo 75KG



May 2017


Tips untuk overweight/ obesiti

I been there, aku pernah lari terkopek kaki kekadang belah peha melecet tapi jangan pernah patah semangat untuk bertahan semasa berlari :

1. Sapu vaselin pada tapak dan jari kaki untuk kurangkan geseran

2. Makan supplement kalsium /collogen untuk jaga lutut (long term effect) tapi rajin-rajinlah minum susu

3. Kalau selalu melecet belah peha , jangan pakai seluar jenis cotton. 

4. Kalau boleh kasut tu biarlah sesuai untuk kasut run

5. Kalau kaya atau duit lebih spend duit beli stokin khas untuk run

6. Briskwalk atau jog pagi dapat naikkan stamina orang-orang yang ada masalah berat badan macam saya.


Nota : sekadar berkongsi

Monday, 15 May 2017

Event Run/ Larian yang paling tak best







Event fitness sekarang adalah mainstream. Terutamanya run event ,setiap minggu berbagai event organizer akan melancarkan run event. Rata-rata rakyat Malaysia pun dah terbuka mata untuk participate malah aku tengok ada juga blogger-blogger dah start join dan promote run event. Tahun lepas, dapatlah aku merasa "real" run (run yang sebenarnya sebelum dicemarkan oleh mereka yang rakus). Tapi berbeza dengan Run event yang dilancarkan pada tahun ini.Hampir 70% run aku participate pada tahun ini, adalah sangat-sangat mengecewakan. Untuk pengetahuan, event run memang aku pakai budget sendiri ( tak main lah sponsor-sponsor, karang nak review kena tulis baik-baik). Oleh kerana run event dah terlalu mainstream, kebanyakan event organiser mengambil kesempatan ke atas penguna atau runner yang bayar untuk masuk ke dalam event mereka. Dahlah harga run mencanak-canak naik, tapi tahap quality dan service diberikan tidak setimpal dengan apa yang mereka janjikan. Contoh perkara yang agak sensitive untuk runner dalam run event :


1. Aspek keselamatan
Ini sebenarnya paling penting, terutamanya kalau run dijalankan pada waktu malam. Aku perasan dua tiga kali event , "usher" (kadang-kadang dipanggil marshal) yang menyambut pelari kurang atau tiada pada jarak-jarak tertentu. Benda-benda ini penting untuk memastikan keselamatan mereka yang menyertai larian yang dianjurkan. Common lah walaupun 10K orang yang menyertai risiko keselamatan adalah makin tinggi contoh :

-tiada kawalan lalu lintas
Boleh menyebabkan kemalangan dilanggar kenderaan , jika larian diadakan di jalan raya.( Terutamanya larian melibatkan bukit dan cerun)


-Kemalangan
Run yang ramai dikhutari boleh menyebabkan kecederaan tanpa pengawasan contohnya pelanggaran antara satu sama lain atau pun dipijak oleh pelari lain.

-Ragut
rata-rata pelari selalu akan berlari dengan earphone dan phone malah memakai smart watch ,fitbit etc untuk rekod prestasi

-kecederaan
Bila usher tidak diletakkan pada jarak-jarak tertentu, jika ada apa-apa kecederaan tiada orang untuk dirujuk semasa kecemasan ( tiada station first aid-kit)



2. Water station
Dalam gambar bukan meriah banyak water station , mahupun facebook page yang tiap-tiap hari update layout map pasal water station . Malangnya, water station tidak disediakan dengan alasan air sudah kehabiasan (come on lah yang register masuk tu anggaran 3k orang darab dengan RM70 register fee). Berapa dah dapat kat situ? Tapi kat banner bukan main meriah banyak sponsorship. (masuk dalam poket ke bang?). Water station adalah bab paling sensitive dalam event run. Please take note kalau ada event organizer baca my post. Paling menyedihkan first water station habis??!!!!!!!! tapi dalam banner bukan banyak sponsorship Starbucks lah…Fonte la… puih!!



3. Medal
medal macam medal tadika gradution bahahahahahah!!! ( even I'm not really to it, but come on guys we're paying yang harga dia boleh makan Tony rommas yang total dia bersamaan dengan 2-3 orang makan).



4. Tin Sardin
Bila event organiser terlampau tamak, mereka sanggup menyelit beberapa orang mereka hendak kalau boleh sepenuh satu bangunan Midvalley. Yet harga masih lagi mahal dan service sangat low. I wondering where is the money goes? when you serve bad service to participate ??? Itu satu hal. Hal kedua, kau bayangkanlah bila dah penuh, kau rasa syok nak lari? Ramai-ramai  memang lah best ( tapi diingatkan risiko tinggi mesti ada bab meraba-raba) need to think twice. Sepatutnya makin ramai makin murahlah harganya dan yang mahal tu bila limited head count . Betul tak?

5. Agihan finisher item
Dah tau penyertaan melibat 3K ke atas, patutnya pada garisan penamat event organiser sepatutnya dah organize dan prepare awal-awal tentang serbuaan yang bakal mereka. Banyak alternative yang boleh dibuat , adakan palang pada finisher line untuk educate participate untuk beratur, ramaikan crew pengagihan finisher item secara tak langsung agihan akan dibuat secara adil dan tanpa berat sebelah. Pantang nenek moyang runner, kalau sampai finisher mereka dimaklumkan fnisher item dah habis ( melainkan competitive run)… perghh wa cakap sama lu masa tu memang kau nak maki baik punya kat muka event organizer.



Paling tak best Event organiser akan menepek copy paste pasal term and condition. Common lah we're Malaysian (not stupid) especially we're facing diffcult challange to surive in Malaysia Politics . Lagi sekali , oleh kerana terlalu mainstream pihak event organizer banyak mengambil kesempatan untuk mengambil untung tanpa memikirkan apa yang dirasai oleh mereka yang membayarnya sendiri. Dah tu kena serang boleh pula tak nak main tanggujawab si event organizer ni…haissh hakk puihh!!


Pengajaran berdasarkan pengalaman personal :

Sebelum hendak register mana-mana run, kaji dulu latar belakang event organizer . Chances bad service adalah first timer organizer ( run event tu tak pernah buat dan kali pertama). Go deep dengan masuk dengan check post comment daripada Facebook mahupun google (tapi event ditaja dan disponsor jangan caya sangat yer)



List blacklist aku :

1. Inflatable amazing run 2017
2. Neo Challenge
3. Mad warrior ( dah kasi 2 kali chances pun service very bad)




Nota : Run event nowadays is not fun anymore! Packed like tin ikan sardin

Wednesday, 11 March 2015

Karaoke and how not to embarrass yourself




Prologue : Pernah tengok cerita my best friend's wedding ? Part Cameron Diaz kena prank dengan Julia Roberst yang dia kena nyanyi?



Karaoke is now part our life. Refer to my lifestyle during 20's ago , my life has been influence by music, movie, lepaking, hartamas square ( no longer exist) , uncle don ( change location and  name) , NZ atas/bawah, Project station ( now change to  Shell and combine with 7E) etc. During that time Karaoke is quite sceptical to malay culture. But karaoke slowly adapt and taking place all the activities when some of these karaoke activities began clean and accessible to muslim. 

I remember my first time karaoke with my girlfriends . I quite shame & embarrass.  Macam mana nak nyanyi ? What I'm fear when I'm start to singing, I will become the spot light for them *krik krik krik krik krik* "sedap ke tak? sedap ke tak?. *krik krik krik krik* You will distract to sing when your mind start thinking your voice. Don't have a good voice ? Neeehh that is not the excuse.


Here some  weird tips :

  1. Select song that everyone can sing & dancing 
  2. always spare your best bet. ( Song that you comfortable to sing, you know the rhythm, song that you grow up together) 
  3. Know your limitations
  4. pay attention to your mood of the room ( always best trick example if the mood is mellow select  slow, rnb and romantic song  because people will follow you to sing and ignore your voice)
  5. Your favourite always not will be your bet song to sing
  6. Old school song always the best song to sing - easy 
  7. Less is better-- not to crowd ( If you don't want to sing you can pretend to select song and make sure your song will be in the bottom in the list)
  8.  Practice, Practice , Practice
  9. Last : slow the mic and high the music and pretend to sing (and sometimes you need to sing and miming, sing and miming ) ahahahahahah


Karaoke in muslim opnion ( Daripada perspesif pandangan Hukum Islam)


If girl and men are mahram , the law is require as long  the song and lyrics is not haram.Karaoke will be haram when our voice (refer to girl only)  can be heard from outside of the room.. ( when  not mahram heard from outside)  [ reference to Ustaz Azhar Idrus]




My safety zone song
  1. Kembalilah - Amy Mastura
  2. Knock Knock Heaven Door - Avril Larvine 
  3. Zombie -The cranberiess 
  4. When I'm gone - 3 Doors Down
  5. Hero - Mariah Carey
  6. A thousand years - Christina Perri
  7. Unbreak my heart- Toni Braxton
  8. Di persimpangan Delima - Nora
  9. Dia - Fauziah Latiff
  10. White Flag - Dido
  11. Numb - Linkin Park
  12. Wreaking Ball - Miley Cirus
  13. Lagenda - Sheila Majid



List  Budget/murah  Karaoke in KL

  1. Red Box Low yat
    Time : 11 - 2pm ( RM13++ per person exclusive meal)
    Time :  1- 6pm ( RM15++ only to student - show proud with your matrix card)
  2. KTV Ampang
    Happy hours : RM25 per hour ( small room and before 9PM)
    *but mostly old school song*
  3. Superstar Karaoke
    Before 7pm : RM18 ++ per person (basic package A)
    After 7Pm : RM25++ per person (basic package A)
  4. E-box , Endah Parade Sri Petaling
    Tak ingat tapi murah



Jangan marah , hujan tah turun

Thursday, 5 March 2015

TRUE LAB Community : MyKittylab Cafe Dream



When we lose something valuable , we start appreciate and lesson learned. I have cat called Bitsy. I'm taking care of her since she's 2 month. She choose me and we have strong bonding since then. Unfortunetly ,Bitsy sudden death broke my heart, she not even reach 5 years. She has been diagnose Feline Infectious Peritonitis (FIP) and suspected transmit from my cloth. Not all people aware what is FIP.? Ever since then, I start invented dessert " Sweety Bitsy" to collect fund to help stray cat/ dog out there. Where the profit will be donated to animal association , because is not easy to get fund especially when it involved animal. People who are animal lover and have pet can understand what I go throught.


With RM50,000 fund , I hope I can set up Dessert cafe that can creating long lasting fund to stary cat/dog. The cafe concept will be different than cafe concept that have in klang valley. You can spent time together with you lovely cat with dessert and coffe. There will be indoor play ground for guest pet, health education for your pet and monthly checking for Free for needed people, because medication is not cheap and lots of crazy ideas in my mind currently . My dream to have KittyLab cafe is because I want to change people prespective and make world become better place


I have submit my dream on the True Lab platform Don't forget to submit yours at True Lab Platfrom

Tuesday, 3 March 2015

Popular


Prologue : Berdasarkan kisah benar . Hidup aku banyak perkara yang memalukan yang pernah aku tempuhi kalau boleh ditulis boleh menandingi ketebalan buku cerita siri " Twilight".  Kisah yang memalukan yang pernah saya hadapi Part 2. (Hadapi dengan senyuman Part 1 klik di sini)


Gambar hiasan



Anda masih ingat lagi memori anda semasa di zaman persekolahan ? Pada tahun 1996 -1997 , aku adalah seorang budak perempuan yang cemerkap (ini menunjukkan kenapa aku boleh terjatuh ke dalam kolam di HQ DiGi Telecommunication semasa temuduga [link] ).  Dan aku masih ingat pada masa itu aku hanyalah pelajar perempuan yang kurang dikenali dan diklasifikasikan sebagai kurang "popular" di sekolah  asrama itu. Secara tipikal golongan pelajar popular adalah terdiri daripada golongan :

  1. Einstein (Pandai)
    Golongan yang mempunyai score high IQ level 140
  2. Royalty
    Golongan anak-anak yang berada ( kaya dan VIP) dan menjadi priority kepada sekolah mahupun rebutan orang ramai untu di dampingi
  3. Quaterback
    Golongan atelit-atelit sekolah . Kalau lelaki menjadi rebutan pelajar perempuan asrama
  4. Robin Hood
    Golongan-golongan budak-budak yang sedikit nakal tetapi terdiri daripada golongan Quaterback dan royalty . Walaupun selalu didenda oleh guru atau warden tetapi percayalah mereka ini adalah teacher's pet dan ada kalangan mereka adalah wakil pelajar.
  5. Bold & Beautiful
    Pakej lengkap seperti cantik dan kacak yang berstatus golongan Robin Hood, Quarterback, Royalty dan Einstein
Walaupun aku tidak berada di atas golongan di atas malah kadang-kadang kehadiran aku di sekolah itu seperti  organisma bernama "ameba" ( tidak pasti wujud atau tidak) , ini memberi kelebihan kepada aku untuk membuat " outlaw" .  Seperti keluar ke kedai tanpa izin warden dan guru, tidak menghadiri aktiviti asrama, latihan ulangkaji petang dan sebagainya. Tetapi Tipulah, kalau kita menafikan yang kita tidak " mahu" dikenali pada zaman persekolahan. Mungkin mereka yang "popular" tidak akan rasa emosi orang yang tidak popular seperti aku rasa. Betul tak ?

Nama salah eja atau disebut

Nama selalu tercicir daripada list ketua pelajar asrama

waktu makan , selalu dapat ayam kecil


'

'

'

Namun, tanpa diduga status itu tiba-tiba berubah apabila berlaku satu insiden yang sangat memalukan aku dan aku masih ingat sehingga sekarang. Seperti biasa selalunya dua minggu sekali sekolah asrama aku akan membuka pintu atau istilahnya "outing". Di mana pelajar-pelajar boleh keluar ke bandar atau pulang ke rumah. Dan kebanyakkan "outing day" aku tidak atau jarang sekali untuk keluar dan merupakan bukan aktiviti kegemaran aku. Kerana aku lebih suka untuk "outing" bersama keluarga aku dan selalunya aku memang dah selalu keluar secara sembunyi daripada asrama. 


Sehari sebelum "outing day" aku berjaya membolos diri keluar tanpa dikesan oleh pengawal asrama dan pergi ke pasar malam yang berhampiran dengan perumahan di asrama aku. Entah apa untung hari itu, aku dapat memborong makanan yong tau foo hanya berjumlah RM3 yang dipenuhi dengan telur puyuh, kebetulan Munirah (geng kaki keluar asrama aku) tidak berminat mengikuti aku dan aku pergi keseorangan. Dengan perasan tamak haloba aku telah memakan yong tau foo tersebut keseorangan.

Keesokan harinya, hari aku nanti-nanti apabila ramai yang telah keluar. Aku selalunya akan pergi ke perpustakaan untuk menonton rancangan kartun di hujung minggu dan kemudian aku akan pergi ke kelas yang kebanyakan terdiri daripada golongan "Einstein" .  Aku akan  pergi ke meja Faizal kerana di meja beliau terdapat banyak komik Dragon ball untuk dibaca. ' Fuh siap balut dengan plastik' gila perfectionist mamat ni.  Tiba-tiba perut aku keroncong mengikut irama lagu " Awas" nyanyian Kru untuk diminta untuk masuk ke tandas. 

*Krookkk Krookkkkk* perut aku berbunyi , mungkin aku terlampau banyak makan telur puyuh semalam.


*kroookkk krrookkk krrookk*....perut aku berbunyi lagi.


Aku berhenti membaca komik dan berjalan ke arah tandas, dimana aku kena melewati kelas senior tingkatan dua. Semasa lalu, aku bercadang berhenti dan mengintai kelas senior aku. Tiba-tiba aku disergah oleh senior aku Fadzrul "Ha... buat apa"?, Aku tidak rasa Fadzrul kenal aku   sambil aku berpaling ke arahnya  untuk mengenalkan diri takut-takut kalau dituduh pencuri.

"Prroootttttt...prrrooooooooooooottttttt..." 

Aku rasa aku bau apa yang aku bau dan aku harap Fadzrul senior tingkatan dua  tidak dapat bau telur puyuh yang sedang berleluasa mengikuti arah angin di koridor.Secara spontan aku membuat tanda isyarat "peace" tangan kepada Fadzrul dan menyapa

" Hai! nama saya As Nur Hidayah..!" sambil senyum kambing kepadanya

" Tak...nama kau kentut dan kentut kau busuk"  jawab Fadzrul yang cuba menahan gelak 

"kau buat apa dengan buku bulan sabit merah ni" sapa Fadzrul yang cuba beramah dengan aku apabila beliau melihat tangan kiri aku memegang buku bulan sabit merah yang dibawa untuk bekalan bacaan aku di dalam tandas nanti.


Oleh kerana tidak dapat menahan perut yang memulas aku berlalu pergi berlari sambil kedengaran"Prorttt prrottt prrrottttt prrooot "  macam bunyi motorsikal yang tidak dapat dihidupkan seiringan dengan aku berlari meninggalkan senior aku tanpa menjawab soalan yang ditanyakan tadi. Aku agak malu untuk keluar ke tandas semula jikalau bertemu dengan Fadzrul kerana beliau adalah golongan  golongan Quaterback + Robin hood. Bayangkan aku kentut depan senior yang kacak dan dikenali serta dikategori sebagai orang yang genius matematik. Aku tidak boleh bayangkan kehidupan aku seterusnya di asrama ini jikalau Fadzrul membuka pekung aku pada orang lain.


Masa berlalu dengan pantas selama seminggu, selepas insiden aku terkentut di depan Fadzrul . Setakat itu aku tidak mendengar apa-apa ejekan daripada pelajar-pelajar lain. Pada malam jumaat , kami berkumpul untuk melakukan pilihanraya jawatan pelajar pada tahun depan. Satu-satu nama jawatan dipenuhi oleh golongan-golongan popular daripada asrama lelaki mahupun asrama perempuan. Seperti biasa aku akan duduk paling belakang sekali untuk membaca buku komik yang aku pinjam tanpa izin daripada meja Faizal. Sayup- sayup aku kedengaran jawatan "Ketua kebajikan asrama perempuan" dilaungkan.

Dormmate semasa sekolah asrama


"Kentut...cikgu... kentut!!!! kentut jadi ketua cikgu! " aku terdengar beberapa sorakan daripada pelajar lelaki.


"Oh ada orang kentut ke?" Aku gelak keseorang dekat belakang sambil menyambung komik "Dewata Raya"  . Tapi sebenarnya rupa-rupanya Ketua Kebajikan itu telah vote di bawah nama aku apabila aku perasan apabila mata-mata pelajar di dalam dewan memaling ke belakang .

" Tu dia cikgu..tu dia cikgu... kentut saya... mokcik saya ... As Nur Hidayah"  Aku nampak geng-geng Robin hood + Quaterback berdiri sambil menunjuk arah aku.

"Ok... Husnul Hidayat sebagai Ketua kebajikan siapa setuju.... dan Husnul Hidayat  sila berdiri" Kata Cikgu Nazarudin  (yup! lagi sekali nama aku salah disebut)

Dan di saat itu aku nampak majoriti pelajar mengangkat tangan mengundi aku. Dan aku menang tanpa bersaing dengan pelajar-pelajar perempuan lain. Aku berdiri sambil membuat isyarat tangan *peace* kepada pelajar dan aku cuba pertahankan senyuman aku. Aku tidak pasti sama ada otak Fadzrul sudah teracun dengan kentut aku atau pun kerana aku senyum dan signal *peace* aku  yang mengaburi pemikiran waras senior aku.  Walaupun aku dipanggil kentut, aku berdiri dan senyum dengan lebar sebab aku dapat jawatan " Ketua Kebajikan asrama perempuan".  Thank you Fadzrul!




* Senyum jangan lupa untuk senyum walaupun kita tidak popular dan terkentut depan lelaki secara tidak sengaja* 

Buktinya saya dapat jadi Ketua  Kebajikan asrama puteri walaupun saya tidak popular


Selepas jadi jadi salah satu AJK pelajar asrama macam-macam kena hadiri salah satu dia aktiviti
pertandigan nasyid. Cari mana aku ?



Jangan lupa untuk singgah dan membaca kisah-kisah yang memalukan dan pernah dialami oleh blogger-blogger lain  di page Nuffnang (klik) Di ruang komen . Atau boleh dicari melalui :

Social media dan tag : #MYInvisalign and #NuffnangMY 
Twitter: @NuffnangMY
Instagram: @Nuffnangmy 
Facebook: @NuffnangMY



Sunday, 1 March 2015

Kerja lebih

Duit bukannya senang nak cari beb
Aku maksudnya duit halal dan berkat.
Kadang-kadang kau kena fikir punca source tu
Halal ke tak, was-was ke tak
Sama macam bab makan.

Sebab aku tahu , aku bukannya secantik Behaiti
Atau Kate middelton atau Maya karin, atau Lisa Suraini
Dan aku rasa duit tu tak akan berguling senang di tangan aku

It  quite disappointed sebab kau buat kerja
Lebih daripada satu kadang- kadang tak tahu
Kualiti sama tak dengan kuantiti
Nak-nak bila kau berniaga
Kau akan lebih appreciate dengan apa yang kau ada

Untuk aku, sebab aku anak sulung
Ayah ada dua isteri dan adik beradik aku ada yang lelaki
Yang pasti anak sulung didefinasikan
Mental challenge,  kau kena prepare apa in future

Itu tak campur dengan komitment aku
Tapi aku keringkan hati aku untuk asset jangka
Panjang aku. Aku perempuan dan aku
Penat untuk berkerja keras. Serious penat
Tapi there are no fun  in my life dictionary

The only fun time I have, during degree time
Melenjan badan bersuka ria menikmati kehidupan duniawi.
That was  my quality  fun time.
Tak payah fikir komitment dan future.
Bebas.

Jatuh , bangun, jatuh  dan bangun
Aku tak kisah kalau aku jatuh banyak kali pun
Sebab aku tahu aku boleh nafas dalam lumpur
Dengan apa pengalaman-pengalaman lepas
Mengejar aku. Tapi seriously aku penat
Bila orang mendefinasikan aku sebagai
Kuku besi.....it broke my heart.
Sebab aku tahu betapa susahnya untuk bangkit
Bila kita jatuh  atau aku terlampau
Determine?

Aku bukan orang "cantik" untuk
Hidup senang sekarang dan masa depan
Sebab tu aku kerja lebih

Thursday, 26 February 2015

Window atau tingkap?





Ini adalah sesi mengimbas balik kenangan aku bila
aku buat troubleshoot dekat pelanggan aku melalui telefon
Aku rasa ada kot lebih kurang 4 tahun lepas
Selalunya aku dengar cerita ni melalui "mock call"
Dan tidak pernahlah terfikir terjadi dalam hidup aku.


4 tahun lepas, aku rasa line broadband kuasa tinggi
tak meluas lagi. Plus fiber optic di Malaysia
orang kata quite risky nak buat teknologi.


One day, aku terima call daripada pelanggan
yang melaporkan kesukaran untuk masuk ke dalam internet.
Kata dia internet mati. Jadi dengan penuh bersemangat waja
aku cuba selesaikan masalah pelanggan aku tercinta.

Bermula dengan basic troubleshoot aku buat.
Aku minta dia buat direct connection antara RJ45 , modem dan komputer.
Namun aku mengalami kesukaran untuk membantu pelanggan aku sorang ni
bila dia tak beberapa faham di dalam "term" teknologi.
Yang lebih membuatkan aku  sukar nak tolong Uncle ni
Bila dia merayu nak buat connection dengan anak dia dekat oversea
Gila tak touching? Sebab Dia kata dia rindukan anak dia.

Jadi dengan gigih aku cuba "try and error" apa masalah dia
padahal dekat dalam session DB. Line connection dia memang
sepatutnya no problem at all.
So aku menganggak sessuatu. Mesti window dia  berstatus offline.
Lepas tu aku tanya " Uncle... tolong tukar status window offline jadi online"
"Uncle tak faham." Suara sedih dia menjawab ...aku lagi lah bertambah sedih
"Ok macam ni ,uncle tutup semua window dekat desktop tu" aku bilang
"ok, nak tunggu kejap" Uncle tu balas.


Aku tunggulah punya lama nak suruh dia tutup window
padahal aku rasa masa dia buat troubleshoot tu
komputer tu ada je depan dia.
Atau mungkin dia nak pergi tandas kot. Aku sedapkan hati.
Erk....tak akan window tu dia tutup.... (korang rasa window apa?)


Lepas tu ada kot dalam 7 minit aku tunggu,
Uncle tu angkat call. Dia pun jawab
"Uncle dah tutup semua window dekat rumah ni"
Kenapa tak dapat connect lagi?
Aku dah tepuk kepala. "Tak apalah uncle, Uncle tunggu esok"
saya hantar technician tolong uncle. Aku dah tak sampai hati
nak suruh dia buat troubleshoot lain

Wednesday, 25 February 2015

MaGGi Kari vs Mi Sedaap Krispi







VS









Siapa tinggal asrama mesti rindu suasana bila lapar.
Makan ramai-ramai
share-share nak -nak kalau ada member kamching
yang boleh dibuat kawan.
antara makanan yang menjadi rebutan budak-budak asrama
(ini zaman aku 15 tahun lepas)
oreo, roti chocolate Sweety, Mi Sedaap Krispi, Maggi perisa kari dan Asam laksa
Antara makanan yang kalau kena songlap
memang boleh putus kawan dekat asrama.


Tapi yang betul-betul menjadi lagend.
Aha..ting! adalah Maggi Kari dan Mi Sedaap Krispi.
Heater memang menjadi barang band di asrama
yang terpaksa dibawa sorok-sorok dan
disimpan dalam lipatan baju kecil atas bawah.


Rindukan suasana masa asrama dulu-dulu.
Masak mi dalam gelap. Kalau yang takut tanggung risiko
lepas habis prep pergi kantin bawa air panas
masuk bilik dorm
Kalau nak ambil air water cooler ...
haish takut cik ponti kejar pula.
Selalunya pergi ambil air water cooler ramai-ramai

Maggi kari sedap masa makan sejuk-sejuk
contohnya kalau time petang-petang tu hujan
hmmm... memang terbaik. Sebab ramai-ramai boleh slurrrpss
kuah ramai-ramai. Masak pun ada caranya
air kena bawah atau separuh daripada aras maggie.
Barulah menyengat rasa kari.


Mi Sedaap Krispi pula sesuai makan masa gossip
tengah-tengah malam nak lepas tension study
masak. gaul pakai grafu. tapi kalau pakai tangan
walaweh...sebenarnya sedap gila!
Geli? hurrmm korang yang rugi kalau tak rasa
pengalaman tu. Every inchi of mangkuk
yang kitaorang prepare menjilat sampai licin.
Yang paling tangkap leleh bila ada
kriuk-kriuk garing tu....itu selalu kalau owner mi sedaap
akan kedekut dan akan sorok daripada kawan-kawan


Dulu satu bungkus maggi kari dan mi sedaap krispi boleh kongsi 3-5 orang
Sekarang 1 bungkus tak cukup makan satu. Apa kes? mih mih mih mih


Tuesday, 17 February 2015

Hadapi Dengan Senyuman



Prologue : Kita semua ada masalah self-esteem yang sangat rendah.Cuma bezanya antara kita semua bagaimana cara kita menangani self-esteem tersebut.Merenung kembali apa yang aku ada di dalam kehidupan ini, Namun di dalam planet ini, tidak kira berapa banyak aku gembira,sihat atau berjaya dengan apa yang aku lakukan. Namun, ini semua tidak mampu untuk membuat aku senyum dengan berkeyakinan dan membuatkan aku tersepit untuk menangani "self-esteem" aku yang sangat rendah.  Ada orang pernah memberitahu aku "kategori "cantik" adalah mempunyai gigi yang teratur , putih dan cantik serta mempunyai bentuk muka simetri yang sempurna. Simetri sangatkah mereka itu"?






gambar hiasan

Dan percayalah kalau diberi peluang 3 hajat daripadaa"Genie in the Bottle" aku akan cakap satu sahaja aku hendak untuk hajat aku."Genie in the bottle, Saya mahu pendakap gigi untuk kelihatan cantik dan menawan" Itu sahaja aku minta dan cakap kepada Genie in the bottle. Tetapi kecacatan gigi yang aku alami semasa kecil akibat kemalangan basikal (ini salah satu sebab  kenapa aku agak trauma untuk membawa basikal ataupun apa-apa kenderaan beroda dua)  tidak akan aku benarkan untuk meragut kegembiraan dalam hidup aku.

"Hey, kita kan hidup sekali sahaja dalam dunia ni !, tak payahlah nak bergundah gulana "  moto yang aku cuba gunakan setiap kali aku berada self-esteem di takat 0 darjah celcius.









Aku cuba menjalani kehidupan ini seperti biasa dan bergelut dengan "self-esteem" aku yang rendah. Selepas tamat pengajiaan Ijazah sarjana muda di dalam bidang Fizik major sains bahan di Universiti Putra Malaysia . Aku bergelut lagi dengan self-esteem aku semasa mencari perkejaan. Pelbagai temuduga aku cuba hadiri. Tapi percayalah, apabila kita mempunyai "self-esteem" yang rendah ini akan melemahkan semangat kita untuk menghadiri temuduga. Dua bulan aku berusaha untuk mencari kerja yang setimpal dengan kelulusan aku tetapi aku  bergelut dengan pelbagai soalan :

kenapa mereka tidak mengambil aku berkerja ? 
Adakah kerana gigi aku ?
Adakah kerana aku gemuk? 
Mungkin jerawat aku?




Untuk maklumat semua ,sepanjang aku temuduga perkerjaan, sedikit senyum tidak dipamerkan di riak muka aku. Pada satu peringkat aku mula berputus asa, Aku ambil keputusan untuk menghantar kesemua permohonan kerja kosong hampir ke semua tempat terutamanya secara on-line. Hinggalah genap dua bulan menjadi penganggur , aku menerima satu jemputan temuduga di HQ, Digi Telecommunication. Dan pada saat ini tahap emotional, self-esteem mahupun mental aku sangat merundum. Sehinggakan aku terpaksa memaksa kawan aku Hana datang menemani aku untuk memberi dorongan dan semangat.









Kredit gambar kepada Szeehoong

Setiba aku melangkah kaki di HQ Digi Telecommunication yang terletak di Shah Alam, aku agak terkasima melihat suasana dan persekitaraan pejabat ini. Sumpah ok! tidak nampak seperti pejabat sepertimana pejabat-pejabat lain yang pernah aku hadiri, ibarat pejabat mini google yang berada di Malaysia. " Hana, I want this job badly" kata aku dekat Hana. Hana memberi kata pendorong kepada aku untuk terus yakin.Seperti aku cakap,  suasana dan persekitaran sangat mengamitkan perasaan aku. Sehingga aku lupa keadaan sekliling DiGi. Bangunan Bergelas, terbuka dan konsep reka cipta bangunan yang moden. Siapa yang tidak mahu kerja dekat sini, walaupun apa jua jawatan diberikan kepada kita. Kami berjalan-jalan  masuk ke arah cafe bakery DiGi (satu ketika dahulu ada bakery shop dalam DiGi)

,
,
,
"kedeeeeeebuuummmmmmmmmm....." aku terjatuh dalam kolam tersebut yang sama aras dengan pinggang aku  secara tidak sengaja sambil menjinjing file yang berisi dokumen pelajaran dan kelayakan aku di atas kepala. Hana menarik  aku keluar daripada kolam cepat yang boleh. Kalau mahu ikutkan hati, ingin sahaja aku patah balik untuk pulang ke rumah  kerana malu dengan orang ramai di situ. Daripada pinggang hingga ke kaki , baju kurung warna ungu tuah aku itu basah kuyup dek terendam dalam kolam DiGi.









"Patah balik ke , tak nak, patah balik ke, tak nak..."Soalan itu terbenak di dalam fikiran aku sehingga nama aku dipanggil. Aku masuk ke dalam bilik temuduga dengan perasaan malu yang amat sangat selepas kemalangan tadi dan aku diberikan kertas soalan matematik. Dengan kelulusan sarjana muda di dalam bidang Fizik soalan matematik yang diberikan itu adalah mudah untuk dijawab. Tapi di dalam keadaan basah kuyup , gementar serta malu mengusasai jiwa aku apabila aku melihat ada sesetengah calon mengertawakan aku dan ada setengah calon cuba menunjuk rasa simpati dengan aku. Tetapi ternyata kemalangan tadi merencatkan keyakinan diri aku untuk menjawab soalan tersebut.

"Keddeeeeeebuummmmm".......aku dengar percikan air untuk kali kedua. Dan terus aku melihat keluar bertentangan dengan aku adalah Hana termasuk di dalam mini kolam yang bertentangan dengan bilik temuduga calon. Aku tidak mengerti kenapa, tapi jujur aku maklum kepada kalian pada waktu itu memang kami sangka kolam itu adalah lantai.Kalau tadi aku menjinjing file tetapi kali ini Hana menjinjing telefon bimbitnya ke atas untuk menyelamatkan telefonnya. Ingin sahaja aku ingin berlari keluar untuk menolong Hana.

" As nur Hidayah Awanudin , you next" pembantu temuduga memanggil aku
"Alamak Hana aku pergi dulu....apalah malang nasib aku ini" bisik hati aku sambil menepuk dahi dan berlalu pergi.

Aku gagah melangkah sambil menyeret kaki untuk mencuba peluang dalam keadaan memalukan itu . Cuba kalian bayangkan perasaan dan situasi aku sekarang, dengan melihat kawan baik anda jatuh ke dalam kolam sebelum temuduga dan anda juga adalah mangsa sebelum itu. Istilah "first impression" untuk keterampilan aku pada hari itu adalah GAGAL. Tetapi oleh kerana keinginan melebihi segalanya. Aku tetap ingin mecuba walaupun percakapan aku gugup terutamanya di dalam bahasa English yang sememangnya bukan bahasa ibunda bagi aku.

Seorang lelaki, aku rasa sebaya umur ayah aku berbangsa India menyapa aku dan memperkenalkan dirinya sebagai Encik Suren. Oleh kerana kegugupan aku ketara, dia cuba untuk berbual - bual secara informal kepada aku. Tidak ditanya pula kenapa separuh badan aku basah kuyup. Oleh kerana kegugupan ketara, perbualan kami cuma berlangsung aku rasa lebih kurang 5 minit. Dan kemudian menyuruh aku untuk pulang.

" No...No.. No, this is not good sign" bisik hati aku.

Sambil berdiri untuk siapkan diri keluar, aku pusing balik kepada Encik Suren.Persetankan semua apa negatif yang dia atau pun apa yang aku fikir itu yang aku sumpah. Dengan tiba-tiba muncul keberanian aku untuk berkata-kata

" Sir, don't judge me because the way I look today. I need to admit today was not my lucky day. I had bad day today but it never become obstacle to me to attend to this interview. Please I begging you, judge my spirit , willingness and sacrifie to attend company interview. How did you feel, if you  at my place.  I promise to you , I will be one of your best worker. Try me for one month than you can kick me "'



" Try you ?" Encik Suren bertanya dengan nada sarcastic.

"Apa yang aku cakap dekat dia tadi ni, syaitain" Aku menyumpah kepada diri aku sendiri di dalam hati


" Yes, try me, 100% sure" Aku membalas balik apa yang Encik Suren tanya sambil aku cuba memberi senyuman keyakinan kepada Encik Suren . Dan aku sedar maksudnya agak berlainan kalau aku fikirkan semula



Percayalah ini adalah senyuman pertama aku semasa di dalam temuduga. Aku tidak peduli sama ada gigi aku berterabur atau jerawat aku bersepah  atau badan aku gemuk tapi aku sedang memberi senyuman  yang penuh keyakinan untuk memujuk orang tersebut untuk menerima aku berkerja di sini.Encik suren, membisu tanpa membalas apa-apa yang aku kata tadi. Sambil tangan dia menulis ke kertas besar-besar dengan ejaan

A.C.C.E.P.T.E.D


Encik suren seperti sengaja untuk aku membacanya sendiri. Dan dia memberitahu aku , sepatutnya keputusan temuduga diberitahu oleh HR bukannya daripada beliau. Tetapi beliau berbangga kerana aku ada ciri DiGi iaitu  promise,easy,respect dan Inspire. Dan dia memaklumkan kepada aku bukan ciri fizikal yang dia cari tetapi ciri ini di dalam calon-calon temuduga tetapi sifat ingin tahu dan keyakinan calon adalah pengukur. Aku mengucapkan terima kasih dan melangkah kaki keluar.



Hari itu, aku belajar untuk senyum, walaupun berapa dalam aku terluka dan malu dengan "self-esteem" aku yang sangat rendah. Aku senyum. Dan andai kata pada satu hari ada orang bertanya kepada aku " Kisah apa yang anda tidak dapat lupakan  dimana anda berjaya melarikan diri daripada pengalaman yang memalukan dengan senyuman yang menawan? Aku akan cakap " Saya tidak melarikan diri tetapi saya menghadapi  saat itu dengan senyuman" dan aku akan ceritakan kejadian memalukan ini kepada mereka sebagai inspirasi.





Kenangan tiga tahun bersama DiGi










Friday, 6 February 2015

Junko Furuta


Peringatan : jangan baca semasa perut anda tengah kenyang ( terutamanya selepas makan)

Kejadian pembunuhan kejam yang berlaku pada tahun 1988, masa tu umur aku 5 tahun . Kecil lagi. Aku pun baru terbaca cerita ni 2-3 hari lepas dan terpanggil aku untuk kongsi bersama. Aku digging satu per satu informasi untuk mendapat maklumat yang lebih lengkap dan terperinci . Sebenarnya aku sendiri tak sanggup nak tulis kerana pembunuhan dia memang sangat kejam. Kalau kita rasa Mona Fendi kejam (sekurang-kurangnya dia terus bunuh ) tapi pembunuhan Furuta ni, seksa Furuta berlaku selama 44 hari.  Masa aku terbaca artikel Junko Furuta ni aku tengah totally full (baru balik lepas makan tengah hari) zaassssss terus berlari dalam bilik air dan muntah. So nasihat aku, siapa tak kuat jangan baca dan kena ambil time untuk baca.


Pembunuhan Kejam Junko Furuta

Pada  25 November 1988 ,empat budak lelaki yang berumur 17 tahun telah menahan gadis bernama Furuta ( yang sama umur dengan mereka). Mereka adalah Miyano Hiroshi, Minato Nobuharu, Jo Kamisaku dan Watanabe Tasushi. 

Dimana pada masa itu Furuta dipercayai di dalam perjalanan ke tempat kerja sambilan beliau . Dan lebih menyedihkan pada masa itu Furuta baru sahaja menyambut birthday day pada 22 November [1]. Furuta kemudiannya ditahan di rumah keluarga Kamisaku . Untuk mengelak kehilangan Furuta dihebahkan  , 4 lelaki budak lelaki ini telah :

1) Memandangkan mereka telah mengurung Junko Furuta di rumah keluarga Kamisaku, Mereka berpura-pura mengatakan Furuta adalah teman wanita kepada Kamisaku [2]

2) Memaksa Furuta untuk call keluarganya  dan mengatakan bahawa dia tidak balik ke rumah dan bersama " kawan" dan dia tidak berada di dalam bahaya.


3) salah satu 4 budak lelaki ini adalah kumpulan yakuza, menyebabkan bila percubaan Furuta untuk melarikan diri tidak diendah oleh keluarga Kamisaku . Takut mereka akan dibunuh oleh kumpulan Yakuza.




Selama 44 hari hidup Furuta merana kerana seksaan yang dikena umpama binatang yang tidak mempunyai perasaan :


Kronologi Hari pertama, 22 November 1988
Diculik
Dikurung dan dipaksa berpura-pura sebagai teman wanita kepada salah seorang 4 budak lelaki ini
dirogol (total keseluruhan dirogol sebanyak 400 kali)
tidak diberikan makan sehingga kelaparan
makanan diberikan adalah lipas dan minuman adalah air kencing
dipaksa untuk beronani di depan mereka
dipaksa untuk bogel di depan mereka
dicucuh dengan ligther/rokok di telinga, mulut dan kemaluan
kemaluan dan dubur disumbat dengan objek yang pelik termasuk mentol yang masih bernyala


Kronologi Hari ke-sebelas 1 December 1988
Dipukul banyak kali
muka menghadap lantai dan budak-budak lelaki gila ni lompat ke atas dia (aku tak sure sama ada lompat atas badan atau muka tapi cara penerangan adalah muka) 
Tangan diikat dan digantungkan di syiling dan badan digunakan sebagai punching bag
Hidung penuh dengan darah sehinggakan dia kena bernafas melalui perut
dumbbells dijatuhkan ke atas perutnya
Muntah apabila cuba untuk minum kerana perut dia dah tak boleh except untuk makan/minum
percubaan untuk lari tetapi didenda denga mencucuh rokok di tangan
cecair mudah terbakar dituang ke atas tapak kaki dan bahagian keseluruhan kaki, kemudian api dinyalakan
botol dimasukan ke dubur sehingga cedera


Kronologi hari ke dua puluh, 10 December 1988
Tidak boleh berjalan dengan betul kerana sebahagian kaki melecur kerana terbakar
disebat dengan rotan buluh
mercun dimasukan ke dalam dubur dan dinyalankan mercun
benda berat dihempaskan ke tangan sehingga kuku pecah
dipukul dengan kayu golf
rokok dimasukkan kedalam kemaluan
dipukul dengan batang besi beberapa kali
Dipaksa tidur luar ( sewaktu salji turun)
Pencucuk ayam panggang BBQ tu masuk ke dalam kemaluan dan dubur sehingga berdarah





Kronologi hari ketiga pulu , 20 December 1988
muka disimbah dengan lilin cair yang panas
kelopak mata dibakar dengan lighter
bahagian dada ditikam dengan jarum jahit baju
nipple tetek bahagian kiri dirosakkan dan dipotong dengan pliers
mentol lampu yang panas dimasukan di dalam kemaluan
kemaluan berdarah tusuk daripada gunting
tidak boleh kencing

Hari keempat puluh, 30 december 1988
Merayu kepada 4 budak lelaki ini untuk dibunuh (dia rela untuk mati daripada diseksa)




Hari kempat puluh satu, 1 January 1989
badan cacat
tida boleh bergerak sepenuhnya


Hari kempat puluh empat , 4 january 1989
Mengunakan alasan atas kekalahan permaina mahjong, keempat-empat budak lelaki ini memukul Furuta dengan besi pengangkat berat( yang abang sado selalu angkat tu) sehingga badan cacat .Darah keluar daripada hidung dan mulut. Kemudian cecair lighter dituang ke ke muka, tangan, mata, kaki dan sebahagian tubuh yang lain dan dinyalakan api.

Kemudian kerana tidak tertanggung kesakitan Furuta menghembus nafas terakhir selepas bertarung nyawa diseksa selama dua jam.Pada 5 januari 1989, mayatnya dimasukkan ke dalam dram 55 galon yang berisi konkrit dan dikambus di kawasan pendalam dan terpencil di Jepun.



Aku cubalah mencari wajah-wajah pembunuh yang sebenarnya. Tapi kebanyakan tidak dijumpai seperti tertutup. Akhirnya  aku masuk ke  bahagian Guaman  [3]





mayat Junko Furuta akhirnya dijumpai selepas setahun[4] hasil daripada forensik  60 % kekurangan nutrisi (mungkin berdasarkan rupa bentuk  mayat yang kurus) dan terdapat kesan trauma di perut. Mukanya sudah tidak dikenali kerana musnah sama sekali,identiti hanya dapat dikesan melalui rekod gigi dan cap jari. Beberapa jarum di jumpai di payudara, kerosakan pada usus yang ketara, Di dalam kemaluan ada botol oronamin .[5] Dipercayai lapisan konkrit telah memusnahkan bukti pembunuhan Junko Furuta termasuk air mani dan bulu ari-ari lelaki.




Hukuman Pembunuhan Junko Furuta

4 budak lelaki ini telah dibicarakan sebagai orang dewasa , malah nama mereka didedahkan kerana dikategorikan sebagai "binatang".

Ketua kumpulan : Kamisaku  dipenjara selama 8 tahun dan dibebaskan pada ogos 1999
manakala yang budak lain-lain telah dipenjara 4-6 tahun tetapi  dinaikan kepada 5-7 tahun.

Ini telah membuatkan keluarga Junko Furuta tidak puas hati dan meminta perbicaraan yang adil. Dan akhirnya mereka menang, dimana rumah tempat Junko ditahan dan dirogol adalah kepunyaan keluarga Junko , kemudiannya dijual dengan harga 50,000 yen.


Hari ini pembunuh Junko Furuta bebas, dan menukar nama mereka.



Sepatutnya hukuman Gantung mati kepada Kamisaku

Selepas dibebaskan pada 2004, Kamisaku ditangkap, kerana terlibat dalam keganasan yang berkaitan dengan perempuan. ( Dia minat perempuan ni tapi perempuan tu minat orang lain, jadi dia pergi belasah orang tu). Masa dibedal orang tu dia siap cakap, aku pernah bunuh orang , so jadi tak ada masalah aku nak bunuh engkau. Tetapi selepas dicekup, dia menafikan dia pernah cakap benda tu. lagi sekali Si gila ni cuma dikenakan hukuman penjara 7 tahun sebab pukul orang.




Kes pembunuhan pelajar di dalam konkrit telah diadaptasi oleh katsuya Matsumura pada tahun 1995 sempena memperingati pembunuhan kejam Junko Furuta yang bertajuk "Concrete"  ada di dalam youtube , aku link sekali dalam blog ni.




Wednesday, 4 February 2015

Betul ke bohong? Tak payah belajar tinggi-tinggi masuk dapur.



Masa kecil-kecil dulu, aku selalu dengar orang cakap kat aku . "Tak yah lah belajar. Nanti belajar tinggi-tinggi pun masuk dapur".Huh lepas aku dah habis tingkatan lima baru aku tahu semua benda tu tak leh pakai. Korang ingat, nak posing-posing gitu jadi suri rumah. Aku bet, kalau kita tak pergi sekolah confirm kita kat dapur pun akan failed. Even , zaman dulu pun, orang siap hire cikgu masak datang rumah. Kenapa aku cakap macam tu?

Daripada perspective sains ( lebih kepada subjek kimia)

Korang ingat lepas masak benda berminyak atau melekit-lekit terutamanya benda berlemak boleh basuh pakai air paip macam tu? Kekadang ada setengah orang pergi rendam. Sebenarnya benda-benda yang melekit dan berlemak ni sebelum basuh korang kena jerus dengan air panas. Tak caya, haaaa pergilah buat lepas ni. Nescaya, lebih mudah dan efficient.

Penjelasan : air panas, partikel atau molekul di dalamnya bergetar dan ada ruang antara molekul . Just imagine kalau korang basuh dengan air sejuk yakini dikenali sebagai air paip, nescaya korang tenyeh macam mana pun susah sikit nak tanggal .Lepas tu geli-geli nak basuh sebab melekit kan kan? Sebab air sejuk , korang encourage benda tu untuk menjadi lagi pepejal sebab molekul di dalam benda tadi akan lebih duduk rapat.

Daripada perspective matematik

Masuk dapur ingat tak ada matematik? Wak lu.....

Penjelasan : Tak tahu pula kau , kalau nak masuk dapur dan masak sebenarnya kena pakai matematik. Example nak buat measurement untuk kira 1 sudu,1/2 cawan atau 3/4 cawan...kalau orang tak tahu matematik  dia mesti tak faham macam mana ukuran 3/4 cawan. Silap hari bulan dia masuk 3 kali cawan. Lepas tu example lagi satu korang tengok suhu resipi dalam Fahrenheit lepas tu korang tengok oven pakai celcius....mesti korang garu kepala lepas tu. Tak tahu pula korang kena convert dulu daripada fahrenheit kepada celcius...haaa nampak tak permainan matematik kat situ.

Daripada perspective biologi

Orang-orang tua pernah kasi petua, kalau lauk masin nak betulkan balik korang boleh masuk kentang, nescaya akan korang masinnya. Atau kuah tawar, korang nak pekatkan kuah tu pun letak kentang.

Penjelasan : tak tahu pula korang yang ni dah involve pelajaran biologi, dimana proses ni dipanggil proses osmosis.  Dimana pergerakan bendalir daripada kepekatan tinggi kepada rendah. Dimana contohnya kalau kuah masin, maksudnya kepekatan dia tinggi. Korang masukkan kentang nescaya kepekatan kuah masin tu akan bergerak masukkan ke dalam kentang.

Daripada sudut agama

Engkau ingat, masak main tabur - tabur je. Tak yah baca apa-apa.? Nyeettttt salaahhhhhhhh!

Penjelasan  : nak masak kena baca bismillah dulu sebagai bacaan permulaan diikuti selawatan atas nabi dan masa masak tu bolehlah baca surah Al-kautsar. Semoga apa yang kita masak tu lebih diberkati , mengikut sunah rasullah dan sekurang- kurangnya kalau dibiarkan terbuka minta jauh daripada kecelakaan contohnya black magic, kena berak atau kena kencing syaiton! Dan moga kalau siapa yang makan hatinya bersih. Benda- benda ni semua kena ada hafazan , kena tau maksudnya. Bukan main beduk baca. Insayallah amalkan bacaan masa masak kita tak cepat nyanyuk.


Saturday, 31 January 2015

Mana kapal terbang kita?

Tahun 2014, menjadi saksi akan nahas kapal terbang yang teruk di bawah kategori komersial. Antara nahas yang teruk diklasifikasikan adalah MH370,MH17,AH5017 dan QZ8501.

Secara umumnya kejadian telah mencuit emosi dan mental Malaysia . Tak salah untu aku katakan , walaupun pesawat QZ8501 adalah kepunyaan Indonesia tetapi salah satu subsidari

Air Asia adalah negara Malaysia[1]. Manakala AH5017 adalah kepunyaan Air Algeria di bawah Negara Algeria[2] iaitu kebanyakan penduduknya adalah sunni islam. Sekaligus membangkitkan

Satu spekulasi atau komplot bahawa ada sesuatu yang cuba menganggu ketenteraman  penganut Islam atau cubaan memecah belahkan Islam dengan fahaman dan agama yang lain.


Spekulasi Teori : Perang Ekonomi ?

Namun begitu kita tidak boleh menolak ketentuan-Nya(Allah) bahawa semua perjalanan hidup sudah diaturkan. Namun aku sedikit sangsi kemalangan kapal terbang yang terteruk di dunia pada 2014 yang

ditulis di atas melibatkan satu persamaan Negara-negaranya = Islam [3 ,4 ,5].  Namun di sebaliknya MH370, MH17 dan QZ8501  kapal terbang berasal daripada rantau asia. Adakah kemungkinan besar kompolot

senyap untuk menyerang ekonomi sejagat Asia ? [6]

Nahas Kapal Terbang
QZ8501 berlaku pada 28 December 2014
Currency Rate Before
<![if !vml]><![endif]>
Currency Rate After Crash
<![if !vml]><![endif]>






























Nahas Kapal Terbang
MH370 berlaku pada 8 March 2014
Currency Rate Before
<![if !vml]><![endif]>
Currency Rate After Crash
<![if !vml]><![endif]>







































Nahas Kapal Terbang
MH17 berlaku pada 17 July 2014

Currency Rate Before
<![if !vml]><![endif]>
Currency Rate After Crash
<![if !vml]><![endif]>









































Tambahan akhbar asing daripada The New Yorks Time seperti mengejek akan kejatuhan kapal terbang Komersial mengalami fasa kejatuhan apabila mereka menilai kadar kemerosotan

Malaysia online mencecah RM 443.4 juta selepas tragedi MH370. Hasilnya kebanyakan penduduk di China melakukan boikot ke atas produk keluaran Malaysia untuk menunjukkan protes kepada

Kerajaan Malaysia mengendalikan penyiasatan MH370. Di mana syarikat pelancongan dan travel agensi termuka seperti Elong,LY.com, Qunar and Mango telah melakukan serangan ke atas  Malaysia dengan

Menyenaraikan hitam semua tiket percutian ke Malaysia. Dikatakan 50% sektor pelancongan Malaysia telah meyusut kerana Negara China antara Negara yang terbesar membuat lawatan ke Malaysia. [7,8.9]



Spekulasi Teori : Kewujudan badan sulit/rahsia

Namun hingga kini, di ambang akhir Januari 2015, MH370 masih  lenyap.Sehingga pada 29 Januari 2014, telah diwartakan secara rasmi bahawa semua anak kapal dan penumpang MH370 telah terkorban. Kita

diperingatkan kisah MH370 hampir sama dengan Air France 447 dimana bangkai dan kotak hitam ditemui sepenuhnya selepas 2 tahun daripada  nahas.Cuma yang membezakan  penumpang dan krew kapal

ada dijumpai bersama serpihan kapal terbang tetapi tidak MH370 yang tiada sebarang tanda [10]. Lantaran itu ramai melaungkan mana MH370?.Malah Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti memberi hint kepada kita

, CIA & Amerika adalah dalang kepada misteri MH370. Beliau memaklumkan di dalam blog post, bahawa ada agensi ( badan rahsia mungkin dikenali sebagai ilumuninati atau badan rahsia yang berkaitan dengan

Isreal) boleh mengawal kapal terbang komersial seperti dikawal oleh alat permainan untuk tujuaan tertentu.[ 11 , 12 ]. Di mana artikel itu telah di tulis di dalam blog  beliau bertarikh 18 May 2014 [13] .  Artikel

daripada Tun Dr. Mahathir, menyebabkan aku terfikir sejenak seperti jelas mengiyakan  mimpi Ustaz Darul Manzil yang menjelas kan :


Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.”


Dimana kebanyakan tasfir mimpi beliau banyak dipertuliskan diblog-blog dan menjadi viral, malah Ustaz Darul Manzil diejek dan diperkotak-katikan  kerana memberi andai yang bukan-bukan  melalui mimpi

adalah satu mainan tidur. Dimana apa yang diperkatakan oleh beliau pada bulan March 2014 kemudiannya jelas seperti disokong oleh Tun selepas 2 bulan berikutnya.




Spekulasi Teori : Hilang di Selatan Lautan Hindi

Pengumuman telah dibuat pada 24 Mac 2014 , dimana Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak telah megumumkan bahawa hasil daripada siasatan Bahagian penyiasatan Nahas Udara United kingdom

(AAIB) telah mengesahkan bahawa pesawat Boeing 777 MH370 telah terbang dan isyarat terakhir di terima adalah di selatan lautan Hindi [14]



spekulasi liar semakin berleluasa ,selagi belum menerima keterangan jujur daripada mereka yang terbabit. Jika ditilik dengan betul  kedudukan titik kehilangan MH370 dan markas Deigo Garcia tidaklah jauh.

Persoalannya kita sedia maklum malah dibesarkan dengan wayang Hollywood yang hebat dimana Risikan Amerika adalah hebat. Takkat setitik zarah punTidak dapat menghidu atau mengesan pesawat yang terbang

di lautan hindi.  Tidak dapat dinafikan, apabila berada di lautan luas tambahan dengan lautan yang gelora proses pencarian adalah terhad dan sukar dilakukan.









Merujuk kepada mimpi Ustaz Darul Manzil (sebelum pengisthiraan MH370 hilang di selatan lautan hindi)  seperti merujuk kepada Dieo Garcia . Kepulauan ini adalah strategik bagi pangkalan tentera kerana

Kedudukan antara Afrika timur, Timur tengah dan asia tenggara. Pulau ini didiami lebih kurang 3000-5000 askar dimana kebanyakan mereka adalah British dan Amerika. Pulau ini digunakan untuk loading muatan

barang dan keperluan askar semasa  perang(misi) Iraq dan afganistan. Kawasan ini adalah kawasan larangan dan sulit. [15]

Menurut daripada sumber [16] , Diego Garcia pada asalnya mempunyai penduduk asli mereka yang digelar “chagossians” yang telah dihalau daripada tempat kediaman mereka sendiri tanpa belas ihsan oleh pihak

Amerika, selepas British menyerahkan Diego Garcia kepada mereka (Amerika) semasa perang dingin . Bertahun-tahun chagossians cuba untuk mendapatkan tempat kediaman mereka tetapi suara mereka ditidak

didengari. Adakah nasib MH370  seperti mereka? DINAFIKAN? Deny deny deny itulah apa yang mampu dibuat oleh pihak Amerika.






Spekulasi Teori : Cyber Terrorist

Boeing 777 adalah antara pesawat yang mempunyai kelengkapan teknologi dan software yang canggih. Adakah kemungkinan besar pesawat ini “dihijack” oleh hackers? Dimana pada 2006 Boeing telah

Dipatenkan mempunyai remote control system dimana boleh dikawal mengunakan komputer di dalam dan diluar.[18, 19]





Spekulasi Teori : Badan rahsia Isreal Punca dalang nahas Misteri



Tahun
Jenis Kapal Terbang
Operator
Isu
24-Mar-68
[20]
Viskers Viscount 803
Aer Lingus
Aer Lingus 712 - Kemalangan yang meragut semua nyawa di dalamnya. Hasil siasatan melaporkan  ada sesuatu yang ganjil pada ekor pesawat tersebut ada mengatakan kecacatan pembuatan dan ada mengatakan serangan burung.


Punca : Ada yang melaporkan saksi yang nampak kapal terbang terhempas kerana bedilan missle daripada British. Namun tiada bukti kukuh.


Status : Dijumpai Terusan St George , Ireland.
4-Dec-77
[21]
Boeing 737-2H6
Malaysia Airline
MH653 - Rutin penerbangan normal  daripada penang ke kuala lumpur dimana telah terhempas di tanjung kupang

Punca : nahas pertama kapal terbang Malaysia  mengikut sumber telah di"hijack" dan bertukar arah ke singapura. Masih lagi diselubungi misteri. Antara penumpang terkenal di dalam pesawar ini adalah menteri pertaniaan - Dato Ali Haji Ahmad, Dato mahfuz khalid dan ambasodor cuban ke Jepun Mario Garcia Inchautegui


Status : dijumpai di Tanjung kupang
31-Oct-99
[22]
Boeing 767-366ER
Egyptair
Egyptair 990 -Kemalangan yang menjadi perdebatan sehingga kini dimana kapal terbang ini jatuh di lautan Atlantik selepas berlepas daripada Los Angeles.


Punca :  ada dua punca yang berselisih fakta

Kemalangan secara sengaja dilakukan oleh pilot Gameel Al Batouti (National Transport Safety Board)  


Masalah Mekanikal (Egyptian Civil Aviation Authority)


Status : Dijumpai - di lautan Atlantik 100KM (62 batu) dari nantucket
14-Aug-05
[23]
Boeing 737-31S
Helios Airways
Helios Airways flight 522- Dua jet pesawat pejuang melaporkan bahawa kerusi kapten kosong dan Copilot terbaring tidak bergerak dan penumpang tidak bergerak daripada tempat duduk. Mereka telah mengiring pesawat berhantu ini sehingga merempuh lereng bukit Grace


Punca :

Daripada laporan menunjukan kerana tekan dalam kabin yang membuatkan semua penumpang dan termasuk anak kapal menjadi hipoksia dan pengunaan bahan api yang berterusan. Ramai tidak boleh menerima kerana siapa yang berada di pesawat itu mati sebelum terhempas.


Status :
Dijumpai di Marathon ,Greece
1-Jun-09
[24]
Airbus A330-203
Air France
Air France Flight 447- selepas penyiasatan dilakukan aircraf pitot tubes telah diselaputkan dengan ais/salji yang menyebabkan kegagalan dalam autopilot.

Punca : Adalahah pesawat airbus A330 komersial pertama yang mengalami nahas kapal terbang, kerana kedudukan altitude menghasilkan selaput ais yang menganggu perterbang. Menjadi tanda tanya kerana penumpanya bukannya calang-calang orang : Putera Pedro Luiz takhta ketiga Monarki Brazil, Silvio barbato -komposer dan konduktor simfoni okestra brazil,Fatma Ceren  pensyarah piano dan harp di Universiti Anadolu, Pablo Dreyfus pembanteras perdagangan haram senjata

Status : Tidak jumpai( hanya beberapa mayat dan serpihan shj dijumpai) hanya dijumpai selepas 2 tahun daripada nahas iaitu May 2011 di dasar laut Atlantik


8-Mar-14
[25]
Boeing 777 200ER
Malaysia Airline
MH370- dikatakan hilang daripada radar

Punca : Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat tetapi pada 29/1/2015 pegumuman telah dilakukan dimana MH370 disahkan terlibat di dalam nahas kemalangan kapal terbang.


Status : Belum ditemui




Adakah kemungkinan besar, kerana kebanyakan nahas udara yang bermisteri adalah berpunca kepada komplot daripada dajjal Isreal ?  Sebab tanda amaran atas sokongan kepada Palestine ?


Aer Lingus : kepunyaan Negara Ireland, dimana Negara ini banyak mempunya aktivitis untuk menyokong kebebesan kepada Palestine [26]
Malaysia Airline : Kepunyaan Negara Malaysia, sememangnya mempunyai suara lantang dalam mempertahankan keganaskan yang dilakukan kepada Palestine. [27]
Helios Airways : penerbangan milik Negara Cyprus, dimana Cyprus adalah Negara sunni islam dan mempunyai hubungan kuat dengan Palestine [28, 29]
Egyptair :  Dimiliki oleh Negara Mesir dan merupakan Negara sunni Islam [30], dimana bersebelahan dengan Palestine dan merupakan peyokong kuat Palestine terdahulu tetapi kurang taring pada masa
kini [31]
Air France : Dimiliki oleh Negara perancis yang didiami oleh penganut islam seramai 5-6 juta, telah mengistiharkan Palestine sebagai satu Negara yang sepatutnya mendapat hak asasi [32]






p/s : Hanya Allah sahaja yang tahu rahsia kejadiaan-kejadiaan di atas.
Copyright © 2015 Konah & blog
| Distributed By Gooyaabi Templates