Showing posts with label peha. Show all posts
Showing posts with label peha. Show all posts

Thursday, 16 March 2017

Rahsia mengecilkan peha

Tipu kalau kita perempuan tidak menghadapi masalah lemak terkumpul di bahagian kaki or should I describe as  lower part body fat/ lemak bahagian bawah badan. Kita perempuan memang faktor genetik untuk store fat terutamanya pada bahagian bawah badan (nature seorang perempuan).Manakala untuk orang asia terutamanya macam kita penyimpanan lemak berlebih kepada belly fat ( tak caya baca link ni) .

Sebab tu aku nak recommended hot pants yang boleh membantu kita mengecilkan bahagian peha, kaki ,betis serta bahagian belly tu sikit. Aku rasa adalah dalam sebulan aku dah try benda ni sebelum aku publish post untuk berkongsi dengan semua orang. Jonlivia product ni well recommended sebab aku dah pernah try shaper dia ( throwback link). 

Pada mulanya ,aku  beli hot pants dia adalah untuk aku bawa seluar pergi untuk workout yang mobility menyimpan kunci locker gym dengan mudah tapi style. You feel me ? tak kan nak mengangkut kunci bunyi *kling kling kling kling* masa exercise especially kalau kau jog kat luar , nak bawa mana kan ( itu pun lepas aku review blog daripada Yeelinda ). Seterusnya aku research untuk baca review yang hot pant Jonlivia ni  memang mengatakan selesa bawa pergi workout membuatkan aku rasa worth it untuk aku buat investment.


Ciri-ciri utama kenapa aku beli sebab ada poket dekat belakang dia, memang senang masuk kunci, tak payah nak sangkut dekat jam ke apa kunci locker ni silap bulan tercicir dekat celah-celah treadmill .



Dulu peha aku sangat besar,memang tak pernah mimpi nak pakai seluar Levis. Kalau dapat pun cutting lelaki. Paling best masa tu tak silap 2008 aku beli levis masa tu senak nak pakai . Beli juga kononya nak jadi ilham pembakar semangat. Tapi sebab hangat-hangat tahi ayam. Memang tak muat sampai 2016 (seminggu sebelum nak Viper Challenge Sepang) baru aku dapat pakai  itu baru dapat pakai. Masa dapat pakai terus sebak dan menangis. Susah kot. Berapa tahun aku struggle macam-macam nak kurus.

Gambar bawah ni tak silap September 2016, walaupun dah susut but I’m struggling ada kulit mengelebeh dengan  peha yang besar. Dan berat masa ni drop 69KG (kekadang ting tong 70KG)


Korang boleh nampak besarkan peha aku. bahagian yang paling lambat turun adalah bahagian peha. Kadang-kadang rasa macam menangis buat routine workout leg day – macam-macam buat tapi penurunan sangat lambat di bahagian peha. Bila aku buat experiment  dengan Jonliva hot pants , jujurnya memang tidak rugi kita buat sedikit investment dengan hot pant Jonlivia ini.





Untuk menguji efektifnya hot pants Jonlivia, aku ukur sebelum aku pergi jogging dan selepas aku berjogging dengan mengunakan hot pants jonlivia. Ternyata hot pants jonlivia sangat berkesan dapat membantu kita mengecilkan peha. Awalnya memang betul apa yang hilang tu adalah berat air semata-mata ( sebab kita berpeluh) , daripada segi sudut sains aku tak pandai nak explain sebab tak habis buat research. Tapi bila kita dapat berpeluh, ianya dapat membantu meningkatkan kadar metabolism dan toxin-toxin di dalam badan kita akan keluar melalui peluh.





Hot pants Jonlivia selesa untuk dipakai dan memang betul sesuai bawa workout. Kulit bahagian situ pun selesa hendak bernafas. Tapi untuk mengecilkan peha, kau janganlah pakai sahaja itu nampaknya slow dan berat air je yang turun. Dia lagi effective kalau kau bawa pergi workout cardio. Bagi aku lah…sebab seluar macam ni best bawa pergi cardio macam jogging dan Zumba, memang lepas buka seluar ni lecun habis dengan peluh yang berkuap-kuap.

Kelas Zumba Zin Ivan





Bawa pergi jogging pun best gak!... sorry resolution tak beberapa nak cantik sangat.





Aku dah cakap dah perbezaan ketara dekat bahagian peha aku kalau nak compare. Peha aku memang besar kan?







Effect lepas sebulan pakai boleh nampak bila ada orang tegur peha nampak “macam kecil” sikit. Sebenarnya aku tak suka cepat berpuas hati
Sebab nanti bila kita cepat berpuas hati kita akan cepat give up dan berada di dalam zone maha selesa.






Bila dah nak masuk tiga minggu dia dah susah sikit nak turun sebab aku budget dah yang tinggal sekarang ni adalah lemak-lemak tepu
Tapi ok still ada nampak perubahan, korang  boleh bandingkan dengan ukur lilit gambar terdahulu.




Perut belly kat bawah tu pun dah susut dan perut aku dah terbentuk sikit. Aku tunjuk bahagian perut pasal seluar hot pants jonlivia yang panjang tu sampai tempat bahagian belly kita. kalau lemak banyak terkurung dekat situ- bahagian situlah banyak peluh





Tipulah kalau aku diet dan workout semata-mata tanpa mengunakan apa-apa alat atau supplement . Tapi untuk peha hot pants jonlivia memang
Banyak menolong aku. Tapi ingat jangan pakai aje tanpa sebarang aktiviti yang sihat. Kalau mahu cepat kenalah usaha.