Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Monday, 15 May 2017

Event Run/ Larian yang paling tak best







Event fitness sekarang adalah mainstream. Terutamanya run event ,setiap minggu berbagai event organizer akan melancarkan run event. Rata-rata rakyat Malaysia pun dah terbuka mata untuk participate malah aku tengok ada juga blogger-blogger dah start join dan promote run event. Tahun lepas, dapatlah aku merasa "real" run (run yang sebenarnya sebelum dicemarkan oleh mereka yang rakus). Tapi berbeza dengan Run event yang dilancarkan pada tahun ini.Hampir 70% run aku participate pada tahun ini, adalah sangat-sangat mengecewakan. Untuk pengetahuan, event run memang aku pakai budget sendiri ( tak main lah sponsor-sponsor, karang nak review kena tulis baik-baik). Oleh kerana run event dah terlalu mainstream, kebanyakan event organiser mengambil kesempatan ke atas penguna atau runner yang bayar untuk masuk ke dalam event mereka. Dahlah harga run mencanak-canak naik, tapi tahap quality dan service diberikan tidak setimpal dengan apa yang mereka janjikan. Contoh perkara yang agak sensitive untuk runner dalam run event :


1. Aspek keselamatan
Ini sebenarnya paling penting, terutamanya kalau run dijalankan pada waktu malam. Aku perasan dua tiga kali event , "usher" (kadang-kadang dipanggil marshal) yang menyambut pelari kurang atau tiada pada jarak-jarak tertentu. Benda-benda ini penting untuk memastikan keselamatan mereka yang menyertai larian yang dianjurkan. Common lah walaupun 10K orang yang menyertai risiko keselamatan adalah makin tinggi contoh :

-tiada kawalan lalu lintas
Boleh menyebabkan kemalangan dilanggar kenderaan , jika larian diadakan di jalan raya.( Terutamanya larian melibatkan bukit dan cerun)


-Kemalangan
Run yang ramai dikhutari boleh menyebabkan kecederaan tanpa pengawasan contohnya pelanggaran antara satu sama lain atau pun dipijak oleh pelari lain.

-Ragut
rata-rata pelari selalu akan berlari dengan earphone dan phone malah memakai smart watch ,fitbit etc untuk rekod prestasi

-kecederaan
Bila usher tidak diletakkan pada jarak-jarak tertentu, jika ada apa-apa kecederaan tiada orang untuk dirujuk semasa kecemasan ( tiada station first aid-kit)



2. Water station
Dalam gambar bukan meriah banyak water station , mahupun facebook page yang tiap-tiap hari update layout map pasal water station . Malangnya, water station tidak disediakan dengan alasan air sudah kehabiasan (come on lah yang register masuk tu anggaran 3k orang darab dengan RM70 register fee). Berapa dah dapat kat situ? Tapi kat banner bukan main meriah banyak sponsorship. (masuk dalam poket ke bang?). Water station adalah bab paling sensitive dalam event run. Please take note kalau ada event organizer baca my post. Paling menyedihkan first water station habis??!!!!!!!! tapi dalam banner bukan banyak sponsorship Starbucks lah…Fonte la… puih!!



3. Medal
medal macam medal tadika gradution bahahahahahah!!! ( even I'm not really to it, but come on guys we're paying yang harga dia boleh makan Tony rommas yang total dia bersamaan dengan 2-3 orang makan).



4. Tin Sardin
Bila event organiser terlampau tamak, mereka sanggup menyelit beberapa orang mereka hendak kalau boleh sepenuh satu bangunan Midvalley. Yet harga masih lagi mahal dan service sangat low. I wondering where is the money goes? when you serve bad service to participate ??? Itu satu hal. Hal kedua, kau bayangkanlah bila dah penuh, kau rasa syok nak lari? Ramai-ramai  memang lah best ( tapi diingatkan risiko tinggi mesti ada bab meraba-raba) need to think twice. Sepatutnya makin ramai makin murahlah harganya dan yang mahal tu bila limited head count . Betul tak?

5. Agihan finisher item
Dah tau penyertaan melibat 3K ke atas, patutnya pada garisan penamat event organiser sepatutnya dah organize dan prepare awal-awal tentang serbuaan yang bakal mereka. Banyak alternative yang boleh dibuat , adakan palang pada finisher line untuk educate participate untuk beratur, ramaikan crew pengagihan finisher item secara tak langsung agihan akan dibuat secara adil dan tanpa berat sebelah. Pantang nenek moyang runner, kalau sampai finisher mereka dimaklumkan fnisher item dah habis ( melainkan competitive run)… perghh wa cakap sama lu masa tu memang kau nak maki baik punya kat muka event organizer.



Paling tak best Event organiser akan menepek copy paste pasal term and condition. Common lah we're Malaysian (not stupid) especially we're facing diffcult challange to surive in Malaysia Politics . Lagi sekali , oleh kerana terlalu mainstream pihak event organizer banyak mengambil kesempatan untuk mengambil untung tanpa memikirkan apa yang dirasai oleh mereka yang membayarnya sendiri. Dah tu kena serang boleh pula tak nak main tanggujawab si event organizer ni…haissh hakk puihh!!


Pengajaran berdasarkan pengalaman personal :

Sebelum hendak register mana-mana run, kaji dulu latar belakang event organizer . Chances bad service adalah first timer organizer ( run event tu tak pernah buat dan kali pertama). Go deep dengan masuk dengan check post comment daripada Facebook mahupun google (tapi event ditaja dan disponsor jangan caya sangat yer)



List blacklist aku :

1. Inflatable amazing run 2017
2. Neo Challenge
3. Mad warrior ( dah kasi 2 kali chances pun service very bad)




Nota : Run event nowadays is not fun anymore! Packed like tin ikan sardin

Wednesday, 3 May 2017

Kesan diet Military dalam hidup saya



Hi Wawa,
Minta maaf sebab prolong topik post seperti dijanjikan atas sebab-sebab tertentu. Hope, post ini dapat membantu Wawa serta mereka yang lain dalam berusaha untuk fit dan kurus secara sihat. First thing first-decalaration : saya menulis berdasarkan pengalaman sendiri dan ikhlas dan share untuk mereka yang mencari maklumat tentang diet untuk turunkan berat badan secara sihat. Dan saya prefer lepas baca post ini, korang boleh buat research dan compare post  saya untuk memastikan kesahihannya serta untuk penambahan ilmu korang masing-masing.

Stage untuk diet?
So far stage  diet tak ada. Tetapi untuk workout, yes ada stage-stage yang saya buat (sebab tak tahu kena belajar daripada orang ). Tapi untuk diet selalunya nasihat saya , kalau korang cuba diet tu tak berkesan 2-3 minggu. Baik korang tukar kepada diet yang lain.

Figure 1 Berubahan diet mengunakan diet yang seimbang

Macam mana nak tahu diet tu berkesan atau tidak?
Kasi masa untuk badan adapt dengan diet yang kita amalkan (especially kalau baru tukar diet plan ). Kalau tak ada perubahan dalam masa 3-4 minggu contohnya berat tak turun, ukur lilit tak ada perubahan malahan memberi kesan prestasi stamina workout kita. Baik tukar plan diet yang lain dan kaji serta fahami diet yang kita hendak buat.

Boleh tak Military diet kuruskan badan ?
Saya tak sarankan  Wawa buat military diet sebab tengok IG Wawa, figure Wawa ok tak macam saya dulu. Tapi low calori diet macam military diet hanya boleh dipakai untuk orang tertentu dalam jangka masa tertentu.




Figure 2 Diet rendah kalori, cuba bandingkan perubahan low calories diet dengan Figure 2 dan diet sihat pada Figure 2. Perubahan lebih jelas sihat dan kekal lama adalah daripada diet yang sihat bukannya diet short cut atau rendah

Kenapa tak boleh buat low calori diet atau military diet?
(Bukan nak berlagak ke apa untuk kata saya dah buat semua diet gila yang tak sihat tu), namakan semua low calori diet yang  ada. Hampir kesemua low calori diet saya pernah buat contoh ballet diet, stewardess diet, Victoria secret diet, model diet, Coffee diet etc. 5 tahun buat tak juga kurus. Adalah turun tapi lepas makan normal gain balik 2 kali. Tak payah makan normal buat cheat day sehari pun dah cukup gain back 3kg.

p/s: btw victoria secret diet yang ada dalam internet tu tipu. If you follow betul-betul lifestyle victoria secret model, dorang preferable workout dan jaga makan . Bukannya low calori diet.





Apa itu Low -calori diet?
Adalah diet yang mempunyai kalori antara 800 -1000 kalori keseluruhan untuk satu hari. Remember this tips formula :

counting calori  = reduce weight not fat
control nutrient/macro/micro = reduce fat

Jadi kaji semula apa tujuaan anda berdiet dan fokuskan diet tersebut serta pastikan sihat.





Siapa yang boleh buat low calori diet?
Orang yang sesuai buat low calori diet adalah mereka yang mempunyai BMI lebih 30 maksudnya kategori obesiti. BMI normal mahupun overweight tak sesesuai (lagi sekali tak sesuai sebab kesudahanya kalau BMI normal ataupun overweight kalau dia buat low calori diet dia akan menternak lemak balik (explanation read this  article link) 


Kenapa orang obesity sahaja boleh buat low calori?
Orang obesti lebih terdedah kepada penyakit diabetes,high cholestrol dan blood preasure. Dan orang obesiti, aktiviti aktif kepada mereka adalah terhad atas sebab-sebab tertentu.Berdasarkan pengalaman saya sebab orang yang pernah berada stage obesiti yang pernah melawat dan menjalankan terapi di Slimming Center, mereka akan timbang berat kita untuk tentukan BMI dan kesudahanya mereka akan reka satu plan menu diet berdasarkan kategori BMI. Dan memang masa tu diet diamalkan low calori selama dua minggu dan jadual dia sangat ketat. Jadi tak payahlah membazir masa pergi slimming center ( yang betul kaya bapak tak apa) , sebab kesudahanya dia masih suruh kita diet yang rendah kalori dan bila peringkat tertentu baru boleh guna equipment moden untuk pecah lemak ( which is sama sahaja konsep dia macam masuk gym )



Figure 3 Ini adalah timeline semasa saya diet merapu


Kenapa tidak digalakkan buat low calori?
Daripada buat low calori diet lagi afdal terus puasa (sunat tak pun qada) dapat faedahnya kalau yang bukan non muslim, you can try  intermittent diet. Tapi aku percaya every religion ada puasa dia sendiri. Daripada buat low calori diet yang tak berfaedah better puasa ada dua bonus kita dapat- sihat dan pahala. Ada sebabnya kenapa low calori diet tidak berkesan untuk BMI overweight dan normal. Sebab (link) :

1) bila kita tidak makan, badan akan menahan "lemak" kita untuk mechaniscm survvior akibatnya yang ada adalah lemak di dalam badan.
 2) low calori cepat membuatkan kita berputus asa dan tidak "consistent"
3) next time kita buat low calori diet, dia tidak berkesan dan makin sukar kita menurunkan berat badan.


Permulaan Makanan untuk diet?
Untuk cara saya, (eat clean lebih flexible) sebab dia menekankan makanan yang tidak diproses dan tiada minyak, garam dan gula. Jadi Basically mudah dan saya tiada menu plan. Saya makan apa sahaja tetapi makanan yang lebih organik, fresh . Manakala daripada carbs saya control, saya hanya makan bila saya mahu workout lebih dan seminggu sekali saya akan buat cheat meal kalau minggu tu saya naik berat badan atau tidak turun cheat meal saya akan jadi dua minggu sekali.

Figure 4 Sekarang


Apakah kunci kejayaan kurus?
80 % jaga makan dan 20% senaman. Kalau tak boleh kawal makan percentage dia  0% jaga makan 110% senaman . (Percaya 20% senaman tu pun dah separuh pengsan). Kalau kita tengok mana-mana diet yang sihat pun 3 benda kita kena cut iaitu gula, garam dan minyak. Kalau tak percaya cuba try seminggu tengok apa jadi, korang akan lebih rasa sihat dan bertenaga (except BMI obesiti , sebab kesan dia akan mengambil masa)

=

Thursday, 20 April 2017

Kronologi demam denggi

Bila kita baca online pasal demam denggi, dengan jaga orang yang pernah kena demam denggi. Adalah sangat lain daripada realiti kalau kita kena sendiri demam denggi ini. 2 minggu lepas, telah banyak merubah kehidupan aku 360 darjah selepas aku "confirm" demam denggi.
Tanda-tanda awal denggi
1 April 2017, Sabtu -Kalau online banyak sangat penerangan daripada segi tanda-tanda, ruam lah..demam panas lah etc. Tapi untuk  aku 2 minggu pertama aku mengalami sakit kepala yang teramat sangat pada bahagian keseluruhan kepala (macam migraine).Lepas 2 minggu , tak tahan aku pergi ambil MC untuk rehat daripada pejabat kebetulan MC aku pada hari sabtu. Petang sabtu tu macam dah demam, tapi aku datang juga gym buat training untuk obstacle run.
Serangan demam denggi
3 April 2017, Isnin  -Dua hari kemudian aku kena sudden "demam" yang mencanak tinggi. Waktu tu dah petang, aku pun tengah nak prepare mental aku untuk obstacle run dalam masa seminggu. Firasat aku, pada masa tu mungkin demam biasa mungkin esok dah kebah. Jadi takut melarat demam, aku minum air kosong lebih daripada 3 Liter petang tu.

4 April 2017, Selesa-Esok bangun, sendi-sendi teramatlah sakit, aku memang lawan balik minum air kosong banyak. Yang pelik, aku jenis kalau nak demam 6 Liter kalau dah minum- insayallah selalunya esok dah sihat. Tapi hari tu aku rasa lebih 6 Liter aku teguk, tapi tak juga surut demam. Terus pergi jumpa doktor klinik . Check tempeature dia cakap demam aku dah menjangkau 40 darjah celcius. Dia buat Q & A dengan aku , as result  aku mengalami :
1. sudden high fever ( 40 darjah celcius)
2. tak ada sakit tekak
3. tak ada selsema
4. sakit sendi
5. satu belakang biji mata


Aku pun cakap dengan doktor minta simpang jauh demam denggi sebab minggu tu lah aku nak kena submit thesis dan minggu tu juga last prepration mental dan fizikal aku untuk obstacle run. Doktor nasihat aku banyak minum air dan kalau demam lagi esok kena ambil darah. Plus dia cakap dengan aku kalau badan demam “biasa” kalau high fever dia dah flue, tak pun sakit tekak. Masalahnya, aku dah cecah 40 darjah celcius tapi flue dengan sakit tekat serta ulser tak ada kelihatan langsung dan aku sendiri pun tak terasa. (Terus dia [doktor] aim aku denggi)

Lepas dah dengar daripada mulut doktor, (aku dibesarkan dengan doktor ni, so you know kind of feeling you take serious apa yang dia cakap). Sebab tak pernah treatment seumur hidup aku dengan doktor panel regular aku, ni tercabul atau termuncul daripada mulut dia kata aku suspek denggi. This is very “first time”. Balik jumpa dia terus aku bedal minum air ber “gallon”, semua air aku bedal daripada air kosong, jambu jus pink sampai ke 100 plus. Sampaikan aku makan sup ketam. As precaution , doktor aku dia kasi paracetamol sahaja, dia khuatir kalau kasi ubat lain takut gusi atau badan aku berdarah. 100 plus aku minum habis 1.5 liter dua botol okeh!

Bila aku nak makan sup ketam tu, something fishy sebab badan aku reject bau ketam. Padahal, ketam adalah seafood kegemaran aku. Aku makan slow-slow untuk mengelakkan muntah. Hakikatnya pada masa itu, selera makan aku dah hilang. Tapi pasal aku ni saka bela 20 ekor, demam ke tak demam ke…makan tetap kena makan.

Demam yang berlanjutan

5 April 2017, Rabu -Malangnya, esok harinya aku masih lagi demam. Dan bertambah lemah, aku struggle untuk lawan demam aku . Ikut nasihat doktor ,dia ambil darah aku untuk counting blood sample charge lebih kurang RM45 untuk check darah, within an hour dah dapat result.Doktor kata aku demam pasal tak cukup air ( baca dekat atas berapa banyak air aku minum), tapi dia kata lagi dua hari datang lagi (demam ke tak demam ke) sebab dia sangat confident aku kena denggi. Plate darah masa tu 200ml ( suhu badan turun 37 darjah celcius)

* Bergallon untuk aku, ialah 6 Liter ke atas. Sebab normal dos aku minum sehari adalah 2L-3L

Tolak hakikat

6 April 2017, Khamis -Aku tarik nafas lega bila dia kata negative denggi (berdasarkan blood count aku), tapi untuk elakkan sebarang kemungkinan aku masih lagi meneruskan minum air ber “gallon-gallon”. Aku rasa muka aku sembab air (water retention ), kencing yang peliknya tak lawas padahal minum air dah satu kolah  , membuatkan aku rasa “kegemukan” dah mula menyerang dan aku plan masuk gym malam nanti .Pada masa yang sama, aku ambil air betik minum satu mug,nak kebah demam punya pasal. After a few hours lepas minum betik, aku rasa sakit sendi dah hilang tapi demam kebah sikit je. Kepala aku je berat dengan biji mata macam nak tercabut.

Petang tu aku masuk gym, aku tak endah orang cakap apa. Tapi ramai cakap hari tu aku nampak lembik sangat. Daripada office mate sampaikan ke kawan-kawan gym. Aku jadi emo (ye lah aku struggle nak sihat , nak masuk obstacle run pun pasal) , aku pulun workout dekat gym nak keluar peluh.  Malam tu aku tidur lena, rasa sihat sikit sebab peluh keluar.


7 April 2017, Jumaat – Aku cuti, sebab ikut nasihat doktor nak check darah. Tapi aku tak pergi check, ingat semalam dah masuk gym sihat walafiat.

Hakikatnya, aku tak boleh nak bangun langsung hari tu. Pura-pura sihat depan partner aku dengan mak aku. Hakikatnya tuhan je yang tahu aku macam separuh nyawa nak bangun daripada katil. Petang baru terkial-kial jumpa doktor aku, itu pun lepas kena paksa dengan mama & partner aku (tapi dia dah balik) jumpa doktor lain yang ganti tempat dia. Rupanya doktor yang treat aku awal-awal tu dah buat note siap-siap kalau aku datang, dia preferable darah aku yang “fresh” dan dia sahaja yang boleh treat aku. Malam tu, doktor baru tu just kasi aku ubat paracetamol dengan antibiotic nak tahan aku punya sakit sampai esok pagi dan kasi warning dengan aku by hook aku kena datang esok ( suhu badan 38.7 darjah celcius)






Admitted

8 April 2017, Sabtu- Esok pagi-pagi aku jumpa doktor yang treat awal, dia offer aku denggi test kit dengan offer blood counting.  Denggi test kit ni bentuk dia macam pregnancy test kit cuma dia pakai darah, Denggi test kit aku positive (RM65 test ni result pun 15-30 minit dah dapat) , dia suruh aku balik rehat dan standby surat hospitalize untuk aku. Sebab blood test aku tak keluar lagi.

1 jam lepas balik, aku terima whatsapp dia yang aku kena admitted ke hospital ASAP sebab dia cakap plate darah aku dah jatuh daripada 200ml kepda 130ml. Dah dapat message dia, berat aku nak terima hakikat sebab aku kena let go juga obstacle run aku pada hari ahad.


Petang, pergi emergency hospital (sebab sabtu half day, counter registration dah tutup), aku malas nak masuk hospital pasal demam denggi ni selalu nak admitted ada standard level dia. Sebab doktor hospital yang check aku ni pun cakap kalau 100ml plate darah dia akan treat pesakit as outpatient. Plus , dia cakap dia tengok “aku boleh diri, berjalan dan bercakap. Selalunya orang kena denggi dia terkulai”(Hint dia macam nak treat aku as outpatient je)

Aku dengar je doktor hospital tu punya explanation pasal denggi (perlu ke aku nak give up sampai terkulai, kau ingat aku sesuka hati nak jumpa kau). Result denggi keluar, baru cepat-cepat dia panggil aku by time kat tangan doktor ni plate aku dah 98ml suspected boleh turun 60ml. By time tu juga dia nak admit aku, hidung aku dah bau-bau darah (macam nak tersembur darah dah sebenarnya).



Pengajaran daripada demam denggi yang aku belajar

1. Prevent better than cure, jangan pernah korang minta doa kena demam denggi ( doa aku 3 tahun lepas dah termakbul)

2. There are no cure untuk denggi tapi dia boleh resolved (reda) ,  reda dengan tidur/rehat dan megambil air/diet liquid

3. Support daripada kawan-kawan macam message dan doa tu membantu untuk boost kita punya willing power (serious tak tipu)

4. Kalau dah suspek denggi, cepat-cepat buat recovery awal contohnya makan ketam, minum air betik, minum air kosong banyak sebab kita akan recovery dengan cepat kalau betul disahkan denggi

5. Ruam-ruam merah ni selalunya susah nak muncul dia akan muncul masa korang kena drip air hospital.

6. gatal-gatal pada ruam-ruam merah tanda dia korang dalam proses nak baik daripada demam denggi

7. Cabaran yang paling mencabar adalah tempoh recovery daripada demam denggi- sebab kau rasa nanti macam bodoh-bodoh  dan slow


Thursday, 16 March 2017

Rahsia mengecilkan peha

Tipu kalau kita perempuan tidak menghadapi masalah lemak terkumpul di bahagian kaki or should I describe as  lower part body fat/ lemak bahagian bawah badan. Kita perempuan memang faktor genetik untuk store fat terutamanya pada bahagian bawah badan (nature seorang perempuan).Manakala untuk orang asia terutamanya macam kita penyimpanan lemak berlebih kepada belly fat ( tak caya baca link ni) .

Sebab tu aku nak recommended hot pants yang boleh membantu kita mengecilkan bahagian peha, kaki ,betis serta bahagian belly tu sikit. Aku rasa adalah dalam sebulan aku dah try benda ni sebelum aku publish post untuk berkongsi dengan semua orang. Jonlivia product ni well recommended sebab aku dah pernah try shaper dia ( throwback link). 

Pada mulanya ,aku  beli hot pants dia adalah untuk aku bawa seluar pergi untuk workout yang mobility menyimpan kunci locker gym dengan mudah tapi style. You feel me ? tak kan nak mengangkut kunci bunyi *kling kling kling kling* masa exercise especially kalau kau jog kat luar , nak bawa mana kan ( itu pun lepas aku review blog daripada Yeelinda ). Seterusnya aku research untuk baca review yang hot pant Jonlivia ni  memang mengatakan selesa bawa pergi workout membuatkan aku rasa worth it untuk aku buat investment.


Ciri-ciri utama kenapa aku beli sebab ada poket dekat belakang dia, memang senang masuk kunci, tak payah nak sangkut dekat jam ke apa kunci locker ni silap bulan tercicir dekat celah-celah treadmill .



Dulu peha aku sangat besar,memang tak pernah mimpi nak pakai seluar Levis. Kalau dapat pun cutting lelaki. Paling best masa tu tak silap 2008 aku beli levis masa tu senak nak pakai . Beli juga kononya nak jadi ilham pembakar semangat. Tapi sebab hangat-hangat tahi ayam. Memang tak muat sampai 2016 (seminggu sebelum nak Viper Challenge Sepang) baru aku dapat pakai  itu baru dapat pakai. Masa dapat pakai terus sebak dan menangis. Susah kot. Berapa tahun aku struggle macam-macam nak kurus.

Gambar bawah ni tak silap September 2016, walaupun dah susut but I’m struggling ada kulit mengelebeh dengan  peha yang besar. Dan berat masa ni drop 69KG (kekadang ting tong 70KG)


Korang boleh nampak besarkan peha aku. bahagian yang paling lambat turun adalah bahagian peha. Kadang-kadang rasa macam menangis buat routine workout leg day – macam-macam buat tapi penurunan sangat lambat di bahagian peha. Bila aku buat experiment  dengan Jonliva hot pants , jujurnya memang tidak rugi kita buat sedikit investment dengan hot pant Jonlivia ini.





Untuk menguji efektifnya hot pants Jonlivia, aku ukur sebelum aku pergi jogging dan selepas aku berjogging dengan mengunakan hot pants jonlivia. Ternyata hot pants jonlivia sangat berkesan dapat membantu kita mengecilkan peha. Awalnya memang betul apa yang hilang tu adalah berat air semata-mata ( sebab kita berpeluh) , daripada segi sudut sains aku tak pandai nak explain sebab tak habis buat research. Tapi bila kita dapat berpeluh, ianya dapat membantu meningkatkan kadar metabolism dan toxin-toxin di dalam badan kita akan keluar melalui peluh.





Hot pants Jonlivia selesa untuk dipakai dan memang betul sesuai bawa workout. Kulit bahagian situ pun selesa hendak bernafas. Tapi untuk mengecilkan peha, kau janganlah pakai sahaja itu nampaknya slow dan berat air je yang turun. Dia lagi effective kalau kau bawa pergi workout cardio. Bagi aku lah…sebab seluar macam ni best bawa pergi cardio macam jogging dan Zumba, memang lepas buka seluar ni lecun habis dengan peluh yang berkuap-kuap.

Kelas Zumba Zin Ivan





Bawa pergi jogging pun best gak!... sorry resolution tak beberapa nak cantik sangat.





Aku dah cakap dah perbezaan ketara dekat bahagian peha aku kalau nak compare. Peha aku memang besar kan?







Effect lepas sebulan pakai boleh nampak bila ada orang tegur peha nampak “macam kecil” sikit. Sebenarnya aku tak suka cepat berpuas hati
Sebab nanti bila kita cepat berpuas hati kita akan cepat give up dan berada di dalam zone maha selesa.






Bila dah nak masuk tiga minggu dia dah susah sikit nak turun sebab aku budget dah yang tinggal sekarang ni adalah lemak-lemak tepu
Tapi ok still ada nampak perubahan, korang  boleh bandingkan dengan ukur lilit gambar terdahulu.




Perut belly kat bawah tu pun dah susut dan perut aku dah terbentuk sikit. Aku tunjuk bahagian perut pasal seluar hot pants jonlivia yang panjang tu sampai tempat bahagian belly kita. kalau lemak banyak terkurung dekat situ- bahagian situlah banyak peluh





Tipulah kalau aku diet dan workout semata-mata tanpa mengunakan apa-apa alat atau supplement . Tapi untuk peha hot pants jonlivia memang
Banyak menolong aku. Tapi ingat jangan pakai aje tanpa sebarang aktiviti yang sihat. Kalau mahu cepat kenalah usaha.











Tuesday, 14 March 2017

Lose weight vs Burn fat

Assalam  & Hi korang!

Kali ni hakak tertarik nak kongsi satu entri dan pendapat berkenaan dengan lose weight dan burn fat.Kalau hakak singgah dekat mana-mana PT punya page (Facebook, Instagram etc ) ramai mengutarakan kalau dia makan macam tu turun je berat badan dia tak adalah pun masalah apa-apa. Contohnya “ aku makan je sayur goreng tapi turun je berat badan” tapi sebelum kita pergi jauh ke dalam bebelan entri ini. Hakak tepek disclaimer untuk korang :

Disclaimer : Penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman penulisan sendiri sepanjang penurunan berat badan beliau. Penulisan ini adalah untuk berkongsi pengalaman, jika ada sebarang kesalahan maklumat diberikan sepanjang  penulisan saya menasihatkan agar pembaca membuat rujukan sendiri dan sebarang comment kritikal dialukan terutamanya bagi mereka yang berkecimpung dalam fitness & health . Tulisan yang ditulis tidak ada kaitan dengan individu hidup mau mati .


Dulu masa aku nak terlibat dalam healthy lifestyle ni asalnya nak kurus (lose weight). Kalau korang baca blog aku post lama-lama ,macam –macam gaya dan kaedah aku dah cuba ( yang mana tak sihat tu jangan ikut ya) .  Last year, aku nekad nak buat betul secara sihat and no short cut.  Berangan nak dapatkan bentuk badan Victoria secret. Masa tu lah (dulu bodoh tak tahu apa-apa) , tak ada ilmu – so aku diet sahaja. Malas nak workout-workout ni lepas tu nak jimat duit pergi Zumba aje . Padahal rumah aku tu 2.5KM lari dah sampai Tasik Permaisuri. 

korang nak tahu tak Victoria Secret tu, dorang punya training lebih kurang sama dengan athlete sukan dengan bukannya diet dengan memakan sayur-sayur atau buah-buahan SAHAJA macam aku sangka kan. Oleh kerana badan kita manusia lain-lain , each of Victoria secret model ni (pun sama macam kita) dorang workout pun cara yang berbeza sebab rate metabolism badan orang lain-lain (macam DNA) dalam untuk menjaga bentuk badan dorang (nah baca link rujukan ni )







Apa kena mengena pula cerita Victoria secret dalam lose weight vs burn fat. Meh aku pecahkan pengalaman aku dan masalah aku hadapi satu per satu.


Lose weight

Lose weight ni senang je kaedahnya. Korang kurang makan dah turun dah “berat” badan. Sebab kita terlalu tipikal dan dididik mengikut skala pemberat kekononya nak ikut BMI.  Mengikut perjalanan aku semasa  nak kurus dengan diet SAHAJA, turun tu memanglah turun tapi berapa banyak sahaja dia boleh turun ? ( ini cerita kalau daily lifestyle kau tak ada exercise langsung). Even kalau kita berpuasa sekali pun pada bulan Ramadhan, berapa  banyak je pun boleh turun? Kan kan kan? Jangan nak menipu.   Lepas tu masa raya sekali naik melambung kaw-kaw.
Itu sebenarnya maksud penurunan berat badan. Kita kurangkan makan (kalori) jadi air akan menurun dan berapa kerat sahaja kalori akan terbakar kalau kita tak aktif langsung. Peringatan – berat yang selalu turun cepat tu Sebab kebanyakan air.

Mana pula datangnya berat air? (sebab aku tengok ada satu tweet #hastag Drmedic ada mengatakan tak wujudnya berat air ni?) haiyah…. Dia doc anatomy bolehlah cakap macam tu sekarang kita masuk dalam bab biologi ye.Kebanyakan air tu datang daripada carbs dan air yang kita minum. Ni general knowledge je tau

Subunit Carbs ialah carbon, hydrogen dan oksigen



Di mana untuk nisbah atom Hidrogen dan atom adalah bersamaan dengan nisbah 2:1, which is sama dengan
Nisbah air




Sebab tu bila korang cut down carbs contohnya nasi korang akan turun dengan mudah atau korang cut down air manis turun dengan mudah (dah la gula , gula tu adik beradik carbs lepas tu campur dalam air nampak tak molekul atom air banyak dekat situ). Jangan pula lepas ni korang tak nak minum air pula (tepuk kepala) . Sebab tu bila siapa yang mengamalkan diet Atkins dia boleh turun kaw-kaw dalam masa 2-3 minggu. Sebab pengambilan carbs telah disekat . Nanti dah masuk minggu ke-empat Atkins baru korang tahu betapa azabnya berat tu nak turun kan kan kan ? cut dan control macam mana pun dia agak susah nak turun. ( jangan nak menipu sebab aku pun pernah buat diet Atkins tapi dia tak sesuai untuk badan aku) .



Losing weight secara diet selalunya :

1. memenatkan sebab kau akan cut kalori kaw-kaw untuk pecah lemak korang ( yang tak tahu bila nak start pecah lemaknya)
2. tidak akan kekal lama, sebab bila kau start semula kau punya makanan yang normal. Rate weight akan bounce back
3. Cepat demotivated
4. Emosi cepat terjejas contohnya kau cepat meroyan dan update drama pukul 7 kau di post facebook (itu aku, kalau korang?)
5. Boleh Berjaya menurunkan berat dan lemak ( tapi akan memakan masa yang sangat-sangat lama)
6. Muka cengkuk macam tak cukup nutrisi dan zat
7. kulit bermasalah contohnya dipenuhi jerawat batu
8. Mudah penat dan letih



Ambil contoh bawah ni aku megamalkan diet sahaja, aku siap tulis lagi dalam blog ( throwback link) . To be honest – moment of truth , lepas diet  memang turun tapi tak pernah kekal lepas aku makan normal bouce balik
Kalau korang follow up balik post-post lama aku dahulu . Aku memang struggle almost 5 years dengan diet yang tah apa-apa. Akibatnya bila terlampau mengamalkan low kalori bila aku makan normal balik berat terus mencanak sehingga tak nak turun lagi
Bila aku diet dan puasa bagai.









Burn Fat

Lepas tu, bila dah tak nak turun. Aku give up, pergi sign Viper Challenge ( masa tu tak silap lagi 4 bulan nak Viper) . Jumpa Usue ( kawan aku yang memang aktif) minta tolong training – asalnya aku nampak comment dia nak masuk Viper Challenge terus aku mencelah kata nak join ( orang kata berani matilah masa, tu berat dah mencecah 120KG sebab bila stop diet dia mencanak-canak naik) . Masa tu tak tahu apa-apa ikut je lah. So aku post makanan dekat IG dorang tegur aku, sikit-sikit aku belajar daripada dorang dengan resesearch sendiri. Masa memang tak fikir berat tu dapat turun ke tidak sebab asal 2-3 minggu pertama memang susah. Dorang ni ajar aku 2 jenis diet Blood diet dengan eat clean. Last kali eat clean melekat dengan aku.

During that time routine aku yang kena bedal dengan Usue

1. HIIT ( high interval intestity Training) – memang rasa macam nak mampus , aku sampai termuntah kuning 2 kali
2. Sprint ( masa tu nak lari kelajuan 5mph pun tak mampu so maksium aku boleh pergi 6mph)
3. Angkat berat (aku rasa basic je kot nak kuatkan tangan aku untuk Viper Challenge tapi berat aku memang turun lepas kena bedal buat HIIT- sampai sekarang pun kalau buat HIIT macam nak menangis rasa dia)




Usue dengan Kak yani akan filter berat badan aku every week, tau-tau masa Viper Arena 2016 berat aku daripada 120KG dapat turun jadi 75 kg. Untuk ikut BMI aku masih lagi overweight dan masa Viper Arena tu lah aku terus jatuh cinta dengan healthy lifestyle dan membuatkan aku untuk teruskan perjalanan aku dalam fitness sambil belajar dengan siapa-siapa yang pandai.


Baru aku tahu selama ni aku buat losing weight dan bukan burn fat.




So basically pokok pangkal kita kena aim yang mana satu kita hendak , weight loss kea tau fat loss. Itu hak masing-masing lah, tapi personal journal aku- weight loss selalunya tak akan kekal lama. So lepas ni korang boleh nampak dan plan untuk badan korang






Berat sekarang dah 67KG  ni bekas seluar berat 84KG (masa tu dah tak boleh pakai seluar perempuan dah kena beli seluar lelaki)
'
'
'so basically kita bukan nak lose weight je kita pun kalau boleh nak kecilkan lemak tu






































Friday, 3 March 2017

aktiviti hujung minggu

Dua tiga kali buat eksperimen , kalau hujung minggu duduk melepek dekat rumah masuk kerja hari Isnin tu mesti sengal nauzubillah. Tidak semestinya duduk rumah tu tak best. Banyak lagi boleh buat, tapi aku preferable duduk rumah daripada jalan. Banyak benda boleh buat seperti khatam cerita Korean dekat Astro, download movie , kemas rumah yang macam tongkang pecah etc. Atau boleh masak mengasah skill membakar kuih. Tapi memandangkan Hari Sabtu adalah alternate kerja  kadang-kadang kena pandai membahagikan masa (oh ye thesis… thesis dalam proses nak edit).  Senarai –senarai aktiviti hujung minggu yang aku akan lakukan bergantung kepada masa, budget dan keadaan :


*melepek  maksudnya melepak tak bergerak-gerak

Run
Sebulan sekali pada hujung minggu pada masa yang sesuai. Aku perlu bahagikan masa kerana hujung minggu adalah waktu “limited” aku bersama keluarga. Tak semua run, aku akan participate tambahan dengan  trending “fitness event” harga untuk masuk harga “run” melampau-lampau. Tahun lepas memang waktu hectic saya , kerana diakui majority hari minggu saya akan menyertai run (itu pasal target nak kurus). Tahun ini, lebih kepada obstacle run sebab aku lebih target mahu mengecilkan pada bahagian bawah badan dan focus kepada “strength” dan endurance . Tetapi kalau ada run yang ada medal cantik, aku boleh menyelit sahaja last minute.






Monopoly hangout
Ada je orang yang mengkritik geng kami tak happening pasal main board game. Lantaklah labu, setiap orang ada opinion masing-masing. Bagi kami board game adalah salah satu cara kualiti kami untuk berjumpa kawan-kawan. Kami mempunyai ideology kalau lepak main telefon sila mohon balik rumah. Mengikut research Sham Gad- board game ini adalah permainan board game classic yang sudah berusia 100 tahun. Game ni banyak mengajar kami tentang  financial wisdom dan pengajaran. Selain daripada tu, ada je game lain kami main contohnya Scrabble dan UNO tapi end then end  Monopoly yang menjadi pujaan kami- sebab budak-budak ni suka nak membahan aku.





Mandi Sungai
Ni semua salah Eno,  tapi jarang nak pergi sungai pasal tempat yang kami berkenaan di hati tu memang jauh ke dalam hutan ( tapi tracking 1 KM je) memang kawasan kem motivasi. Walaupun dah bercadang banyak kali ke sungai lain, tapi end the end sungai ulu tamu juga menjadi pujaan hati satu kerana tempatnya lebih privacy dan kedua jernih dan masih lagi “virgin” daripada diterokai oleh manusia.



Karaoke
Aktiviti ni kalau memang tak tahu langsung nak buat apa. Contohnya tak da movie cerita best, dah makan, hujan turun tak dapat mandi sungai. Last solution adalah pengumpulan beramai-ramai dan bernyanyilah secara berjemaah 3-4 jam . Suara aku kalau hendak dibandingkan dengan dorang lagi sedap suara dorang, memang dapat live band secara percuma kalau dengar kawan-kawan yang menyanyi suara sedap. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Professor Tanigawa- Karaoke dapat menghilangkan stress kerana apabila seseorang itu menyanyi dia akan mengawal pernafasanya dalam dan perlahan dan bagus untuk system saraf (bukan aku kata, professor ni kata)



Coloring book
Color book dah bukan untuk budak-budak dah. Ada yang untuk orang dewasa juga. Ini diakui antara salah satu hobi yang mahal. Kena pandai cari dan bargain harga yang sesuai untuk adult coloring book. Nanti dah gian, korang nak beli set color pula. Makin mahal set color tu makin cantik color dia akan menyerlah. Aktiviti ini hanya best bila aktiviti minggu sebab lagi kita spend time color lagi kreatif idea kita untuk color



Focus on being productive not busy- Timothy Ferris

Monday, 20 February 2017

#Diary kurus : Motivasi untuk kurus


Saya melalui “rough day” pada minggu lepas, melunturkan semangat dan motivasi untuk menuruskan program kurus. Demotivated , adalah standard akan berlaku mana-mana bila  kita hendak bersemangat waja untuk menurunkan berat badan especially bila kita hendak “keep fit”. Kita tidak boleh akan 100 % kekal motivasi sepanjang masa selama 365 hari, itu maksudnya kita robot. Biasanya saya akan melayan perasaan yang tak best tu  ,tetapi akibat terlalu lama demotivated dan tidak workout  ia akan menyebabkan:

1) Berlakunya bad eating habit
2) Bila berlakunya bad eating habit akan terjadinya penambahan berat badan and penurunan mass booty muscle (sebab saya tengah focus this part of muscle)
3) Bila tidak workout/exercise , keluaran hormon endorphins akan berkurangan
4) Bila hormon endorphins berkurang – kita akan berada dalam negative vibe.

Ada a few things  yang kita sendiri kena lawan untuk mengelakan demotivated terus menyerang kita sepanjang masa. Akibatnya, bila kita demotivated berpanjangan sebab itu kenapa kita cepat give up. Saya akui, 40 %  kita akan rasa re-motivated bila ada pendorong semangat daripada kawan-kawan yang akan push balik kita untuk keep the track. Sebab tu, kalau orang yang ada duit lebih sedikit, dia akan hire personal trainer untuk coach dan motivasi mereka.


Daripada personal opinion saya, ada beberapa perkara yang dapat membantu kita untuk terus bermotivasi. Ini bergantung kepada cara mereka dan nawaitu masing-masing :



1. Check balik apa Naiwaitu kita, fitness bukannya medan saingan
Setiap kali saya down, saya akan ingat kembali kenapa saya pilih gaya hidup sihat? Pertama kedua-dua belah ibubapa saya mempunyai sejarah kencing manis dan tambahan pada 2 tahun lepas saya hampir-hampir disahkan penyakit darah tinggi. Apa yang penting, niat adalah untuk diri kita sendiri bukan orang lain.


2. You are what you read and eat
Bahan bacaan yang kita baca juga sedikit sebanyak boleh mendorong kita bermotivasi. Selain daripada itu, jika pemakanan yang terlampau ketat dan kita tidak memahami konsep diet keperluaan badan kita sedikit sebanyak boleh menurunkan motivasi kita. Check balik pemakanan kita- jika kita mood swing kemungkinan gula penyebab kita berada di dalam keadaan moody.




3. Set matlamat
Gambar-gambar model Victoria secret akan penuh dekat wallpaper saya  tetapi masalahnya benda itu hanya menjadi impian saya terkubur. Jadi saya memerlukan sesuatu matlamat yang boleh membantu saya lebih agresif untuk terus berusaha untuk kurus. Selalunya saya akan register run event especially obstacle run pada tarikh dan waktu-waktu yang sesuai untuk saya berlatih. Contohnya seperti Viper Challenge pada bulan April ,dan saya akan mula training 2-3 bulan sebelumnya. Namun ada setengah orang ada cara dia sendiri,misalanya kawan saya dia lebih suka set holiday berbanding memasuki acara event. Jadi sebelum pergi bercuti dia akan workout bergantung tempat holiday dia pergi. Kalau dia hendak pergi ke pantai- dia akan workout untuk Bikini body. Semua orang ada acara masing-masing tapi make sure set matlamat yang boleh membantu kita untuk bertindak agresif






4. Is ok to be down, but “sometimes”

Is ok to be down tetapi “kadang-kadang”. Selalunya kalau down saya lebih suka pencilkan diri daripada bertemu dengan orang dan selesa untuk berjogging daripada memasuki gym.





5. Sediakan journal 
Jadikan rutin dan update. Saya baru mengunakan cara ini dan kita akan nampak kena kita demotivated- malas. Journal sedikit sebanyak dapat membantu kita daripada segi perancangan masa , makan dan workout yang kita mahu buat dalam proses keep fit dan menguruskan badan. Progress perubahan juga jangan lupa catatkan. Once you see the result, you will be more addictive !