Showing posts with label run. Show all posts
Showing posts with label run. Show all posts

Wednesday, 14 June 2017

Kasut run yang murah


Sumber gambar daripada Times of India

Tips top 5 for run for begginer ( pakai kasut lari yang betul). Aku agree dengan statement tersebut. Aku masih ingat lagi larian pertama aku cuma pakai kasut (yang entah function dia aku pun tak tahu)  dengan harga RM10. Harga bukan segalanya cuma hendak menunjukkan betapa berkira-kira aku untuk membuat “investment” dalam sport. Kalau jenis kedekut atau tak beberapa kisah nak bersukan kasut tulah kau bawa jogging, kasut tulah juga kau bawa hiking dan kasut tu juga lah yang kau bawanya pergi main badminton (Aku lah antara spesis macam tu dulu).








Inilah kasut lari (run) pertama aku, entah apa brand nama dia. Aku panggil kasut RM10. Kasut ni aku standby dalam kereta buat backup (kot kalau tertinggal kasut nak pergi gym atau workout) kadang-kadang aku bawa masuk pergi zumba. Sebagai orang yang baru menceburi bidang lariaan. Memang aku sarankan kalau boleh janganlah kedekut nak investment beli kasut lari (run) yang betul. Sebab :

1. Kaki melecet
2.Kasut salah boleh injured kaki (especially budak baru nak berlari sebab korang tak belajar pace kau sendiri tu apa)
3. Kuku berdarah (dekat dalam)


Dan banyaklah side effect dia. Tapi janganlah korang nak cari alasan dan bandingkan Tarahumara ( yang berlari dalam ultra marathon ) dengan hanya memakai selipar dan menang! ( baca link ini lebih lanjut kalau nak tahu cerita dia). Kerja dia setiap hari adalah pengembala lembu dan berjalan 10 batu setiap hari. ( Kita ni nak pergi shopping mall pun nak parking pun dekat-dekat enterance , tak dapat den nak menolong)




Jadi bila aku tekad untuk berlari terutamanya menjadikan regime utama aku dalam latihan OCR, aku belilah sepasang kasut mampu milik adidas . Lepas dah kena kuku ada darah beku tu, memang terus menyesal. Jadi siapa yang hendak beli kasut lari yang murah rajin-rajin tengoh warehouse sales. Korang boleh tengok dekat link (ni)





Kasut ni aku beli di Warehouse Toppers dengan harga RM99. Sebagai pemulaan seorang “beginner”  ok lah . Masa tu aku fikir tak payah nak beli kasut gempak bagai, kalau strategy untuk lari pun entah ke laut. Daripada kasut ni aku belajar untuk berlari betul dengan baca internet, downloadn apps (aku jadikan apps sebagai virtual Personal Trainning saya) dan ali mula follow IG-IG runner yang famous dekat KL. Kalau nak cari dorang, korang boleh skodeng facebook KLGCC Runner (link).

Tips :Kalau kasut atau barang sukan nak murah atau berpadanan dengan budget korang selain daripada warehouse sales, korang boleh pergi decathlon dengan Sport direct subang.



Sebenarnya aku tak start event fitness dengan run, aku bermula daripada OCR ( Viper Challenge Arena 2016 link ), masa tu tak tahu. Memang bodohlah (budak baru belajar) aku pergi OCR dengan mengunakan  kasut hiking (design untuk walk) . Siapa yang pro dan arif pasal run, korang boleh bayangkan macam mana berlari dengan kasut hiking dalam stadium. Perghhhh berat gila, dahlah masa tu berat between 75KG- 80KG ( berat aku memang suka swing terlebih-lebih ). Berat gila beb, berat gila. Dalam 1KM tu terus dah tak larat nak berlari (sebenarnya hampir nak berputus asa nak mengharung obstacle) tapi sebebkan tercabar orang yang badan besar mampu panjat spider web. Aku tergugat.



Start daripada tu untuk lari OCR  aku “invest” kasut trail run yang murah. Aku beli di decathlon.








Dah memang cinta aku pun mendalam dalam OCR, aku tutup mata beli kasut trail itu pun dengan harga murah RM79. Kasut trail aku pun, jenis basic. Performance aku lebih bagus (maksud tak cepat penat) bila belari dengan kasut yang betul. Kasut trail aku jenis basic ni lah aku pernah bawa sekali untuk 21KM VC sepang (link)

ok lah , aku pun surprise tak penat , dan lutut dahlah mengigil-gigil lepas habis. Dari situ, aku mula faham kasut run aku beli sebelum ni pun jenis basic boleh bawa pergi training. Tapi kalau hendak berlari kawasan berbukit memang kena pakai Kasut trail. Dan OCR lebih sesuai pakai kasut trail jenis grip ( yang atas ni basic trail dia tak grip).







Lepas tu masa awal Ramadhan, ada competition Spartan Race dekat Velocity Mall. Aku pun cuba masuk , nak uji kemampuan diri. Memang tahun depan aku nak target masuk OCR Spartan. Muka dekat atas ni baru lepas sesah obstacle untuk kejar timing selaju yang mungkin.

Mampu? Idaklah…tercabut jantung nak burpess (dah lah aku buat full burpess , kalau tahu buat half mak buat half je uools). Masa tu baru tahu betapa penting kasut trail run yang jenis grip. Orang yang tak beberapa nak upper body dia kuat , dinasihatkan untuk OCR korang beli lah kasut trail yang grip




Yang ni aku beli dekat Reebok, trail run warrior dapat harga discount RM200. Kalau tak kasut trail Reebok , aku akan fikir dua tiga kali nak beli. Penduduk marhean macam aku ni akan beli bila masa sesuai.




Aku jenis berhati-hati hendak belanja terutamanya dalam pembeliaan kasut sukan. Satu sebab budget dan kedua pembaziran. Pembaziran ini akan berlaku bukan pasal korang tak pakai, sebab korang tak tahu function kasut untuk apa. Banyak aku belajar (kutip pengalaman) sepanjang aku bergiat dalam aktiviti berlari. Lagi support kasut tu, lagilah mahal harga dia. Tapi tak menjaminkan performance korang juga kalau latihan korang ke laut.

Yang aku boleh buat rumusan berlari juga adalah jenis skill, kena praktis kerap untuk dapat kemajuan. Tapi orang jenis macam aku, hanya akan beli kasut sukan selepas tahap-tahap tertentu. Ada satu part tu- kasut run pun ada jangka hayat =p (yang tu aku belum explore dan dalami lagi). Mungkin entri akan datang lepas ada sedikit pengalaman, aku boleh share kan dalam blog ini.















Monday, 15 May 2017

Event Run/ Larian yang paling tak best







Event fitness sekarang adalah mainstream. Terutamanya run event ,setiap minggu berbagai event organizer akan melancarkan run event. Rata-rata rakyat Malaysia pun dah terbuka mata untuk participate malah aku tengok ada juga blogger-blogger dah start join dan promote run event. Tahun lepas, dapatlah aku merasa "real" run (run yang sebenarnya sebelum dicemarkan oleh mereka yang rakus). Tapi berbeza dengan Run event yang dilancarkan pada tahun ini.Hampir 70% run aku participate pada tahun ini, adalah sangat-sangat mengecewakan. Untuk pengetahuan, event run memang aku pakai budget sendiri ( tak main lah sponsor-sponsor, karang nak review kena tulis baik-baik). Oleh kerana run event dah terlalu mainstream, kebanyakan event organiser mengambil kesempatan ke atas penguna atau runner yang bayar untuk masuk ke dalam event mereka. Dahlah harga run mencanak-canak naik, tapi tahap quality dan service diberikan tidak setimpal dengan apa yang mereka janjikan. Contoh perkara yang agak sensitive untuk runner dalam run event :


1. Aspek keselamatan
Ini sebenarnya paling penting, terutamanya kalau run dijalankan pada waktu malam. Aku perasan dua tiga kali event , "usher" (kadang-kadang dipanggil marshal) yang menyambut pelari kurang atau tiada pada jarak-jarak tertentu. Benda-benda ini penting untuk memastikan keselamatan mereka yang menyertai larian yang dianjurkan. Common lah walaupun 10K orang yang menyertai risiko keselamatan adalah makin tinggi contoh :

-tiada kawalan lalu lintas
Boleh menyebabkan kemalangan dilanggar kenderaan , jika larian diadakan di jalan raya.( Terutamanya larian melibatkan bukit dan cerun)


-Kemalangan
Run yang ramai dikhutari boleh menyebabkan kecederaan tanpa pengawasan contohnya pelanggaran antara satu sama lain atau pun dipijak oleh pelari lain.

-Ragut
rata-rata pelari selalu akan berlari dengan earphone dan phone malah memakai smart watch ,fitbit etc untuk rekod prestasi

-kecederaan
Bila usher tidak diletakkan pada jarak-jarak tertentu, jika ada apa-apa kecederaan tiada orang untuk dirujuk semasa kecemasan ( tiada station first aid-kit)



2. Water station
Dalam gambar bukan meriah banyak water station , mahupun facebook page yang tiap-tiap hari update layout map pasal water station . Malangnya, water station tidak disediakan dengan alasan air sudah kehabiasan (come on lah yang register masuk tu anggaran 3k orang darab dengan RM70 register fee). Berapa dah dapat kat situ? Tapi kat banner bukan main meriah banyak sponsorship. (masuk dalam poket ke bang?). Water station adalah bab paling sensitive dalam event run. Please take note kalau ada event organizer baca my post. Paling menyedihkan first water station habis??!!!!!!!! tapi dalam banner bukan banyak sponsorship Starbucks lah…Fonte la… puih!!



3. Medal
medal macam medal tadika gradution bahahahahahah!!! ( even I'm not really to it, but come on guys we're paying yang harga dia boleh makan Tony rommas yang total dia bersamaan dengan 2-3 orang makan).



4. Tin Sardin
Bila event organiser terlampau tamak, mereka sanggup menyelit beberapa orang mereka hendak kalau boleh sepenuh satu bangunan Midvalley. Yet harga masih lagi mahal dan service sangat low. I wondering where is the money goes? when you serve bad service to participate ??? Itu satu hal. Hal kedua, kau bayangkanlah bila dah penuh, kau rasa syok nak lari? Ramai-ramai  memang lah best ( tapi diingatkan risiko tinggi mesti ada bab meraba-raba) need to think twice. Sepatutnya makin ramai makin murahlah harganya dan yang mahal tu bila limited head count . Betul tak?

5. Agihan finisher item
Dah tau penyertaan melibat 3K ke atas, patutnya pada garisan penamat event organiser sepatutnya dah organize dan prepare awal-awal tentang serbuaan yang bakal mereka. Banyak alternative yang boleh dibuat , adakan palang pada finisher line untuk educate participate untuk beratur, ramaikan crew pengagihan finisher item secara tak langsung agihan akan dibuat secara adil dan tanpa berat sebelah. Pantang nenek moyang runner, kalau sampai finisher mereka dimaklumkan fnisher item dah habis ( melainkan competitive run)… perghh wa cakap sama lu masa tu memang kau nak maki baik punya kat muka event organizer.



Paling tak best Event organiser akan menepek copy paste pasal term and condition. Common lah we're Malaysian (not stupid) especially we're facing diffcult challange to surive in Malaysia Politics . Lagi sekali , oleh kerana terlalu mainstream pihak event organizer banyak mengambil kesempatan untuk mengambil untung tanpa memikirkan apa yang dirasai oleh mereka yang membayarnya sendiri. Dah tu kena serang boleh pula tak nak main tanggujawab si event organizer ni…haissh hakk puihh!!


Pengajaran berdasarkan pengalaman personal :

Sebelum hendak register mana-mana run, kaji dulu latar belakang event organizer . Chances bad service adalah first timer organizer ( run event tu tak pernah buat dan kali pertama). Go deep dengan masuk dengan check post comment daripada Facebook mahupun google (tapi event ditaja dan disponsor jangan caya sangat yer)



List blacklist aku :

1. Inflatable amazing run 2017
2. Neo Challenge
3. Mad warrior ( dah kasi 2 kali chances pun service very bad)




Nota : Run event nowadays is not fun anymore! Packed like tin ikan sardin

Friday, 12 May 2017

Pengalaman Viper Challenge Medini 2017



Pengalaman Viper Medini di Johor Bharu tu memang lain daripada lain Viper yang aku pernah masuk. Tapi setakat ini , Viper kali ini aku buat adalah lebih relaks dan chill. Hati aku bertaut dengan OCR (obstacle course run) bila aku mula menjejaki kaki di Viper arena pada March tahun 2016.  Terus daripada Viper Arena Shah Alam 2016, aku berjinak-jinak dalam OCR. ( Rasanya dah banyak kali aku cerita benda ni).

Dekat Medini, aku bercadang untuk bermalam 3 malam sebab agak berisiko tinggi untuk gerak sehari sebelum Viper Medini. Ikut kemampuan dan badan masing-masing, untuk maknusia yang tidak berdisplin macam aku. Aku agak risau untuk bergerak lambat plus boleh buat survey jalan dan obstacle yang disediakan dekat Medini. Aku tak pernah jejak area nusajaya kot last minit gerak entah mana-mana aku pergi. Siapa kawan aku memang kenal perangai aku macam mana (belajar daripada pengalaman) karang Viper ke mana aku ke mana. Pendek kata , mostly aku kutip pengalaman Viper Challange yang pernah aku masuk dulu.


Figure 1 Salah satu obstacle di dalam Viper Challange (diberi nama Diamond cube)


Pengalaman Viper Medini Johor Bharu

1. Distance dia adalah sebanyak 15KM  + 18 Obstacle (link)

2. Personal review aku, untuk  Medini tak adalah lah susah obstacle dia cuma jarak dan cuaca adalah faktor utama mengunci ketahanan kita. Tak silap bila tengok weather cast 40 darjah celcius. Pecah telur atas batu pun boleh masak jadi telur goreng.

3. Pakai sunblock pun habis hitam kulit aku (sah panas gila-gila)

4. Tapi tidaklah aku kata obstacle dia kacang gila nak mampus. Semuanya bergantung kepada korang punya training.

5. Kalau baca blog ramai senaraikan obstacle dia. Aku pun pernah buat list tu dulu, tapi end up obstacle Viper Challange selalu berubah-rubah  mostly ada benda sama dan ada yang baru. So far newbies don't aspect aku nak tepek gambar apa benda obstacle yang ada di Viper Challange Medini  dalam post ini but you may refer to my previous link for your easy reference (aku akan tepek bila akhir post ni nanti).

6. Yang pasti kalau siapa hendak masuk Viper Challange aktiviti panjat, lari( ikut korang nak lari ke jalan), berendam dalam lumpur (kecuali Viper Arena) dan merangkak.

5. Antara Viper Challange yang paling aku enjoy (sebab kami lebih fokus kepada penaklukan obstacle)


Figure 2 : Sebelum Flag-off semua muka berseri-seri


Figure 3 : Lepas finisher - semua muka hitam terbakar


Pengalaman baru Viper Challange Medini

1. Viper Challange Medini kali ni pelik daripada Viper Challange lain. Masa aku dengan team aku nak complete obstacle aku jumpa 5 group yang makan dan berkelah di tepi jalan (what the heck? ahahahaahah masa tu aku wave 9.30 pagi)

2. Untuk maklumat, aku nampak tapak kasut bersepah-sepah. Viper Sepang 21KM pun tak banyak macam ni. Dah macam party tapak kasut tercabut (aku doakan korang recovery sebaik mungkin )

3. Kalau korang rasa jahat lumpur dia...eh jahat lagi Viper Challange yang distance 21KM ( jangan mengeluh ni lah masanya nak mandi lulur free)

4. Wave aku ramai orang pakai slipper ( L ) , I hope your guys punya knee ok tak ada apa-apa ( boleh nampak masa flag-off)




Pencapaian
Untuk Viper medini , kami kali ini memang tidak berlari tapi brisk walk dengan selaju yang boleh sebab aku pun baru baik daripada demam denggi aku tak aspect more untuk target timing. Kami dapat habiskan dalam masa 4 jam tapi untuk obstacle aku berjaya takluk 16 . 2 obstacle lagi aku skip sebab pakai tali ( tali memang out , aku punya upper memang tak beberapa nak bagus)


Feedback/ my2centnote :

1. Ramai yang mengeluh dan mengomen negative. Korang patut bersyukur sekurang-kurangnya event organiser ada update guide line dan reminder . Ke korang tak baca dan tak buat homework? Contoh guideline tu dah terang-terang datang register 90 minit awal sebelum wave korang. Parking jauh daripada event (tak pe boleh buat warm up) ada setengah tu OCR event parking dahlah horror tapi Viper Challange organiser siap ada anggota RELA kawal dan jaga kereta korang. Ada pula setengah OCR organizer tu tak kasi guideline langsung lantak mampus lah dah bayar kan? Tapi Dorang aku tengok ada initiative nak buat reminder seminggu awal ( keep up Viper Challenge Organizer)

2. Bukan nak cakap besar,aku pernah kena macam-macam lagi haram jadahnya. Korang tak pernah kena panas terik lari-lari sekali first water station air habis (Mad warrior Cyberjaya), Korang tak pernah kena bayar mahal-mahal OCR sekali obstacle dia macam budak tadika (inflammable obstacle run - pergh yang ni sampai sekarang aku marah), Korang tak pernah kena OCR yang lansung tak sediakan tempat bersihkan badan. Perghhh basah-basah busuk masuk kereta (yang ni sedih)

3. So far Viper Challange , ok lah event dia tapi aku harap dorang boleh limited kemasukan orang macam Spartan. Sebab terlampau sesak nak buat obstacle bila ramai orang. Kena pula yang datang lalala alalal alalal (skip obstacle) snap snap gambar lepas tu ambil medal (caption : done complete my course tapi muka cantik/handsome tak lumpur) perghhh drama queen sangat! (unless case-case tertentu contohnya period, last minute injured etc tu lain cerita dan dimaafkan)



In future, kalau siapa berminat nak join dan mahu mencari sedikit tips, sini ada beberapa link untuk rujukan :

1. Persediaan Viper Challenge (Pengalaman Viper Sepang)







p/s : Program ini tidak ditaja mana-mana , tetapi memakai budget penulis dan rakan-rakan penulis sendiri.

Saturday, 14 January 2017

Amazonian Race, (new year race resolution )


Personal Review on Amazonian Race 2017

  1.  Amazonian Race is my opening running in 2017, it's obstacle run that have 5KM 12 obstacles.
  2. Amazonian Race ini dibawah anjuran event organizer (Score atau lebih dikenali Mantra Attractive)
  3. Uniknya Amazonian Race ini - race ini hanya untuk PEREMPUAN sahaja
  4. From my personal opinion , Amazonian race ini consider mahal kerana early bird dia berharga RM115 (saya beli semasa harga RM135). Tetapi selepas mengharungi it worth it (ok lah) pasal :

    a) Time release berperingkat, tak bersesak compare others obstacle run

    b) Sistematik dan mementingkan keseleasan peserta wanita (salah satu ada tempat surau- solat subuh)

    c) Obstacle majority barang baru memang selesa dan paling penting selamat

    d)Goodies bags yang worth it ( sorry unable to provide picture) example treament hair, enegry bar, energy drink, koyok etc.

    c) cool t-shirt finisher
  5. Amazonian Race 2017 dibuat di Sepang (suku location Viper Sepang 2016 -link #cerita pasal post lepas Viper 2016)
  6. Level of difficulty : easy (except high- I'm phobia with high place tak tahu macam mana boleh masuk Viper Challange)

Obstacle Amazonian Race


  1.  Balancing
    Tips : stay focus and control nafas ( siapa amalkan yoga will have this advantages)
  2. Swing
    tips : upper body kena kuat ( no comment upper body saya memang siap lagi)

3. Berlari/Berjalan di tayar
halangan tayar paling panjang pernah masuk selalu standard 10 kaki (but this time 50 kaki ) obstacle ni akan buat kita confuse.


4. Laluan berhalang
Panjat/lompat dan cangkung, panjat/lompat dan cangkuk (repeat). Kelebihan untuk orang yang selalu squat this obstacle good for you




5. Grip Wall

Obstacle ni tak kira, MESTI ada dekat Viper Challenge, Spartan, Mad Warrior, etc. Grip tangan kena kuat. Tapi oklah untuk amazanion race grip senang (mungkin baru) dekat obstacle run lain susah nak grip sebab terlampau licin, ramai orang dah selalu calit calit dekat situ.





6. Longkang tanah
Macam laluan race motor scrambler tu, bayangkan lagi dalam lepas obstacle ni baru ada water station. Tak silap longkang tanah ni ada 5 (lupa) cara catch up once turun cepat-cepat guna force badan kita untuk naik jangan turun slow naik pun slow (nanti penat nak panjat). Tips ni dapat daripada sophia memang sekejap settel.



7. Angkat berat dalam guni (estimate 5kg kot berat dia)






8. Climbing Cargo net (Siapa yang gayat memang akan slow skit sini- masa nilah kena inhale dengan exhale)




9. Commando crawl





10. Wall Climbing


11. Lupa (krik krik)




12. Slide dalam ais




In think that's all obstacle yang saya harung, sorry miss out lagi satu. Memang betul-betul lupa. During registration , saya discover finisher medal dan T-shirt actual for Amazonian race ni medal dia adalah bracelet dengan pink finsiher





What in reality will look like this
,
,
,
,
,
,
,







We're wore finisher T-shirt





Some snapshot at finisher moment
'
'
'
'









How to prepare your obstacle run in future, in case next time ada Amazonian Race, read from my previous blog post (link)




Reference photo taken from :

1. Facebook Amazanian Race




Tuesday, 3 January 2017

Great Eastern Viper Challenge, Sepang 2016

Personal experience and journal  on Viper Sepang 2016

1. Booking decent hotel untuk tidur,rehat dan mandi. Saya hari tu book dekat hotel Sri langit Sepang (recommended Hotel perjalanan dia ke Litar sepang dalam 10-15 minit kalau drive daripada Hotel ke Sepang Litar).

2. Recommend untuk create group khas untuk Viper bagi whatsapp ( walaupun mostly ahli dia ada sama dekat dalam group wassap yang lain) bagi memudahkan berbincang untuk apa-apa

3. untuk 21KM proper training banyak membantu beginner untuk saya ( so never underestimate training time, the more you do training the less you get injured)

4. Carbon loading and water loading penting dua hari sebelum Viper 21KM

5. Prepare some food and drink ( kalau nak jimat) yang ni adalah untuk enegery lepas habis viper ( yup betul dorang ada sediakan ice cream tapi tak cukup- kalau betul-betul masa viper tu tak cheat)

6. Best time : 4 hours 30 minutes ( 21KM 20 obstacle)

Salah satu halangan, antara obstacle yang paling aku suka 💗💗






Halangan Sepang kalau tak berlumpur memang tak sah, memang kena pakai kasut grip dan senang nak bawa lari . The best is kasut trail run






This time monkey bar dia, cara kargo style. Tali kargo dalam viper memang tak boleh dipisahkan






Senang je, masuk dalam tayar ni ( yang susah nak menyelam dan basah bawa lari)




Lagi satu yang best gila tapi gayat...tinggi wooo

Lepas Viper Pengsan....kelebihan ada bilik. Boleh tidur dan rehat









Saturday, 1 October 2016

Batman Vs Superman MY Run 2016

Caption :During race kit collection at Citta Mall, baru balik daripada Tarzan Race terus berlari pergi ambil race kit Batman vs Superman pula


What's interesting about this run, you can pick up your own team.You can choose  to be in  team superman  or batman . Furthermore, the price for  both team were same and same to goes as to the category .Only two categories has been open to public which were 5 KM and 10 KM [RM90 early bird price and I grab it without think twice- sooner the price will be increasing, the payment was super duper easy  from their website]


Caption : Route map from e-book


This run, it little bit different from others run that I participated before this. It's my first test for 10 KM. and surprising (shock with my own stupidity)   my beginner 10 KM start with Padang Merbok .  Yup...this run was been held at Padang Merbok, Kuala Lumpur. For those who are beginner runner/jog who looking challenging pace. Padang merbok is one of the best place to test your will. Those who are hikers and good in trail run- Padang Merbok is not big deal for them.Padang Merbok route run, have surrounded with challenging lane incline , I amaze to those who can run  with high incline, they must be  have pretty high stamina or maybe they don't have body fat at all (Lolz)


This event from my personal point of view has been organize very well. It might be not 100 % perfect but is ok compare my previously run. What I can said- "bayar mahal-mahal , mestilah kena berbaloi-baloi". Experience worth it. Nice Medal finisher and I got my first timing chip and the important thing, since Padang Merbok is quite tricky, they provide the water station very well. 













I'm very proud with this Batman vs Superman run, because it evaluate my training last two months ago.... what I learned from this run :

* Never underestimate size person - sebab tak semestinya dia besar dia tak boleh lari laju dan tak semestinya dia kurus dia boleh lari. I manage compate a few skinny people during this run . Amazingly! and people who have double size than me...run faster than me (what?? seriously )


* My weakness is hills and high incline  ( I'm bad hikers), need to practice more and I see Tasik Permaisuri hills is one of the best place to train.

* 10 KM is different than 5 KM, after 6 KM you can feel burn sensation on my feet. To prevent this  I use double socks and put on some Vaseline  on my feet before run. (Next time I will invest quality socks only for run)

* Don't drink to much at water station, just sip and wash my face. I have lesson learned during viper arena.  Too much of water will slow you and your heart beat will slowing down.


* Good rest one day and wish "good luck" from friends helps me a lots during this run (love you all - you know who you are)